CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2727|Reply: 17

[Tempatan] Banjir kilat di kawasan Shah Alam

[Copy link]
Post time 26-9-2021 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Beberapa kawasan di Shah Alam dilanda banjir kilat
Astro Awani
September 26, 2021 22:19 MYT


Seorang pemandu sempat keluar menyelamatkan diri selepas kenderaannya terkandas dalam banjir kilat di Seksyen 13, petang tadi. - Gambar/ JBPM

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dilanda banjir kilat akibat hujan lebat lebih tiga jam petang tadi.
Antara kawasan terjejas ialah sekitar Stadium Shah Alam di Seksyen 13 yang dinaiki air mencecah kira-kira 1.2 meter (m).
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata tinjauan anggotanya di beberapa kawasan di Seksyen 13 tadi mendapati air naik separas dada dan pinggang.

"Bagaimanapun, air sudah mulai surut, tetapi kami masih lagi memantau dan mendapatkan maklumat mengenai kejadian ini," katanya malam ini.
Dalam pada itu, katanya seorang pemandu sempat keluar menyelamatkan diri selepas kenderaannya terkandas dalam banjir kilat di Seksyen 13, petang tadi.

Katanya, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian banjir itu pada jam 5.09 petang.
"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor menerima laporan beberapa kawasan sekitar Seksyen 13, Stadium Shah Alam dinaiki air sehingga ketinggian 1.2 m.

"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam ke lokasi mendapati terdapat sebuah kenderaan terkandas di dalam banjir di kawasan itu.
"Bagaimanapun, pemandu sudah keluar menyelamatkan diri. Setakat ini tiada mangsa terbabit dilaporkan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tacodd..mmg ptg td kuat bethol kilat
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kezut shah alam bah.
Sini tengah hujan lebat
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Gitu lerr kes nya tiap kali hujan lebat kat SA ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru lalu pkul 8 td..air di jambatan sama tinggi dgn highway...terowong dan laluan motosikal.tenggelam sama.sekali
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye....banjir kilat kan....mesti x sempat nak selamatkan kereta masing2. Berapa byk lah nak gune duit utk baiki, makin tertekanlah rakyat zmn covid ni.

Dulu area ttdi Jaya pun banjir, jatuh harga rumah di situ, lps dah lebarkan sungai tepi tu dah x banjir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2021 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawasan stadium ni mmg sdg construction lrt 3..korek mengorek giat selain pembinaan apartment etc..mmg tak heran banjir. Ttdi jaya tu mmg kama dh asyik banjir kilat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni kawan dari serdang nk dtg shah alam ajak akak jumpa di seksyen 13 petang ni...aku kata mintak mahap nk jumpa kat sana walau x jauh pun dari rumah...rela aku jumpa di tempat lain...kang petang ni hujan lagi mau tenggelam kereta ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 08:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 08:30 AM | Show all posts
kalau berlaku di negeri selain Selangor
tentu mhdaily, SR tanya mana wakil rakyat
tapi sebab dlm negerii PH Selangor
terus terkedu 2 portal tu nak troll
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2021 08:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 08:31 AM | Show all posts
Ni ujian ka bala?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
innalillahiwainnailaihirrajioun kesiannya yg terkesan dgn banjir semlm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 27-9-2021 08:30 AM
kalau berlaku di negeri selain Selangor
tentu mhdaily, SR tanya mana wakil rakyat
tapi sebab dlm n ...

Ada construction...tu yg masalah jadi mcm ni....nk buat lrt ke hape tiba2 kat shah alam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:09 AM | Show all posts
Tiap kali banjir kilat, sek 13 mesti kwsn yg teruk kena, sejak dulu lagi... State govt tak belajar dan buat apa2 ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.065250 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list