View: 2249|Reply: 8
|
[Dunia]
iPhone 13 baru dilancar, Bloomberg dedahkan Apple akan keluarkan design serba ba
[Copy link]
|
|
Apple iPhone 14 Bakal Hadir Dengan Rekaan Serba Baharu
Diterbitkan pada 26 Sep 2021. oleh Aman.
Walaupun iPhone 13 baru sahaja dilancarkan, dan akan dipasarkan di Malaysia bermula 8 Oktober kelak, namun kita telah mula mendengar sejumlah desas-desus berkenaan dengan iPhone 14.
Terbaru, melalui Bloomberg, ia sekali lagi ditekankan yang mana iPhone 14 akan hadir dengan rekaan serba baharu.
Pihak Apple sendiri sedia mengikut jadual pengenalan rekaan baharu setiap dua generasi telefon pintar mereka. Mengikut desas-desus awal, iPhone 14 dijangka memperkenalkan skrin berlubang kecil untuk menyertakan kamera hadapan – sekaligus menggantikan rekaan takuk sebelum ini.
Malah, sebelum ia turut diperkatakan yang mana iPhone 14 akan mengambil sejumlah inspirasi rekaan berasaskan iPhone 4 sebelum ini. Ura-ura terbaru turut mengatakan ia tidak akan menyertakan bongol kamera seperti pada iPhone masa kini.
Dengan pihak Bloomberg turut berkongsi info terbaru ini, ia kini lebih kukuh, dan sama-sama kita nantikan kejutan rekaan baharu yang bakal dibawakan oleh Apple melalui iPhone 14 kelak.
|
|
|
|
|
|
|
|
I tunggu sale ke, black Friday ke atau birthday present!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Udah persis badut dah lubang kamera berterabur |
|
|
|
|
|
|
|
Ko letak laa kamera ko macam mana pon.. Kakyung tetap xmampu nak beliiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
Model baru takde lightning port?
Keras kepala sangat pakai lightning port padahal produk lain boleh pulak bertukar ke usb c. |
|
|
|
|
|
|
|
bye bye iphone..i dah berkenan dgn samsung z flip huhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|