CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11467|Reply: 92

[Tempatan] Rentas Negeri : tiada sekatan jalan raya, lakukan ujian kendiri, setuju?

  [Copy link]
Post time 6-10-2021 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by safriehalim at 6-10-2021 04:23 PM

PUTRAJAYA: Orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau melakukan ziarah bertemu keluarga di luar lokaliti dinasihatkan menjalani ujian kendiri COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata apabila negara memasuki fasa endemik, kerajaan tidak lagi boleh melakukan sekatan jalan raya dan memeriksa individu berkenaan sudah lengkap divaksinasi atau belum.

"Kini tanggungjawab dan tingkah laku bergantung kepada individu itu sendiri. Saya percaya kita dapat menghadapi cabaran ini.

"Sekiranya anda ingin pulang ke kampung dan bertemu dengan golongan berusia, lakukan kit ujian kendiri COVID-19 (RTK) air liur. Jaga keselamatan mereka.

"Hanya tinggal 1.6 peratus (belum divaksinasi lengkap) sebelum sempadan negeri dibuka. Kini Kementerian Kesihatan (KKM) sudah beralih ke ujian simptomatik.

"Kami meminta orang yang berada dalam persekitaran dan bertemu dengan ramai orang atau mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala," katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Sebelum ini data yang dipaparkan dalam laman web COVIDNOW menunjukkan sebanyak 20,698,852 atau 88.4 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima imunisasi COVID-19 manakala 94.5 peratus sekurang-kurangnya menerima satu dos vaksin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 22 September lalu.- Berita Harian

Single Polls, Total Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2021 04:19 PM | Show all posts
yang penting tunjuk sijil lengkap vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 6-10-2021 04:19 PM
yang penting tunjuk sijil lengkap vaksin

tapi tu tulis dorang tak check dah, maksudnya expect rakyat jujur ke mmg antibeks dibenarkan merentas jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni pandai2 sendiri lah kita jaga kita....
X kan selamanya kerajaan nk kena pantau..
Dah dekat 2 tahun kita praktis ikut SOP ni...

.. tapi aku percaya once takde sekatan dah.. SOP semuanya ke laut dalam... lupa terus!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bilanya........
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg berkokok bagai nk rak x beksin x blh rentas x betul la ya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm telegram MKN dh sebut rentas negeri dibenarkan dgn dose lengkap. Cuba check balik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 05:29 PM | Show all posts
masih ramai yang akan dapat mengekalkan disiplin sop nanti,.. akan tetapi ramai juga yang tak. Walaupun sop itu dapat mengurangkan kemungkinan kena jangkit tetapi nak handle benda tak nampak ni sukar, .. kalau entah mcm mana virus tu sangkut jugak, memang kena juga.. tetapi keadaan lagi teruk kalau langsung tak jaga, mahu bergelimpangan pesakit2 covid ni nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2021 05:34 PM | Show all posts
Firenzza replied at 6-10-2021 05:25 PM
Yg berkokok bagai nk rak x beksin x blh rentas x betul la ya?

ramai vaccinated yg kata camtu..

x tau apa motif depa
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg terbaru. Antivaks tersenyum sinis.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 6-10-2021 05:35 PM
Ni yg terbaru. Antivaks tersenyum sinis.

Dah xde sjr cmne nk tau dah beksin? Kena cucok cip pengesan kt bdn antibek ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka lah antibekkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 6-10-2021 05:43 PM
Dah xde sjr cmne nk tau dah beksin? Kena cucok cip pengesan kt bdn antibek ke?

Dkt sempadan negeri mmg akn ada SJR. Jgn risau. Rilek-rilek suda....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 05:50 PM | Show all posts
Alhamdulillah takde roadblock.selamat lah aku.
#Allahsyayangaku
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 6-10-2021 05:46 PM
Dkt sempadan negeri mmg akn ada SJR. Jgn risau. Rilek-rilek suda....

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata apabila negara memasuki fasa endemik, kerajaan tidak lagi boleh melakukan sekatan jalan raya dan memeriksa individu berkenaan sudah lengkap divaksinasi atau belum.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnyeee dah jd endemik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2021 06:12 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 6-10-2021 04:42 PM
tapi tu tulis dorang tak check dah, maksudnya expect rakyat jujur ke mmg antibeks dibenarkan meren ...

Mmg la boleh. Diorang pun bayar cukai. So they hv rights as well. Smpai bila semua nak berkurung. That why kena practice kendiri. Sendiri jaga lah diri masing2. Whether vacccinated or not
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 6-10-2021 05:29 PM
Dlm telegram MKN dh sebut rentas negeri dibenarkan dgn dose lengkap. Cuba check balik.

Yeke?
Kalau tak sesia je la pengorbanan 90% rakyat malaysia yg g vaksin tu.
Dahla kena caci maki dan di doakan yg bukan2 sampai di cop anak derhaka, mak tak guna bagai tup2 bila dah cukup 90% dibenarkan rentas negeri pastu dah takde sekatan sana sini.Semua org boleh g mana2.
Dah tu baik takyah buat sekatan sejak awal lagi.Biar je semua org leh masuk mall ke apa.

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 6-10-2021 05:52 PM
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata apabila negara memasuki fasa endemik, kerajaan tidak ...

Happynya dia. Selamat blk kg ye dek.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla mcm tu. Masing2 jaga diri sendiri. Buatla tested sendiri. Kalo bergejala sila jauhkan diri dan buat tested.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.071230 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list