CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2964|Reply: 0

[Tempatan] Artis ditahan miliki dadah bukan anggota TUDM

[Copy link]
Post time 13-10-2021 07:46 PM | Show all posts |Read mode

Contoh halaman media sosial yang memuat naik gambar artis tersebut yang berpakaian TUDM.

Artis ditahan miliki dadah bukan anggota TUDM

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan artis yang ditahan kerana memiliki dadah baru-baru ini pernah berkhidmat dengan pasukan tentera tersebut.

Bahagian Perhubungan Awam, Markas TUDM Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata, artikel yang disiarkan oleh beberapa media, blogger dan pengguna media sosial berkenaan seorang artis ditangkap kerana memiliki dadah telah disensasikan dengan menggunakan gambar berpakaian juruterbang TUDM.

“Perbuatan tersebut telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat selain mencalarkan imej TUDM. Artis berkenaan sama sekali tidak pernah berkhidmat dengan TUDM dan Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

“Gambar beliau berpakaian juruterbang tersebut adalah semasa beliau memegang watak sebagai juruterbang TUDM dalam sebuah drama bertajuk, Gempur Wira yang disiarkan dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2018.

“TUDM amat kesal dengan tindakan menggunakan gambar artis berkenaan yang berpakaian juruterbang TUDM yang dipaparkan dalam artikel berkaitan dakwaan kesalahan jenayah beliau sekaligus memberi kesan negatif kepada TUDM,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, pihak media, pengguna media sosial dan blogger diminta lebih peka dan berhati-hati melibatkan penggunaan gambar untuk sebarang artikel yang disiarkan agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Ini secara langsung mencalarkan imej TUDM khasnya dan ATM keseluruhannya. Justeru, TUDM meminta agar mana-mana media, blogger dan pengguna media sosial untuk tidak mengaitkan artis tersebut dengan TUDM dan dimohon membuat pembetulan bagi mana-mana artikel yang telah dimuat naik,” jelasnya.

Kosmo! Online pada 11 Oktober lalu melaporkan, seorang pelakon lelaki ditahan selepas didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak.

Pelakon berusia 29 tahun itu ditahan dalam bilik berasingan bersama pengarah dan penolong pengarah berusia 49 dan 47 tahun ketika serbuan pada pukul 7.15 pagi.

Ujian saringan air kencing mendapati pelakon dan pengarah positif dadah jenis THC manakala penolong pengarah pula positif amphetamine dan methamphetamine. – K! ONLINE.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.135864 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list