|
SESUDAH kejayaan Rindu Semakin Jauh (RSJ), Suhan Movies & Trading kembali lagi dengan drama bersiri keduanya untuk mengisi slot Samarinda TV3, kali ini menerusi judul Masih Ada Cinta.
Drama selama setengah jam bagi setiap episod itu dijangka mula ditayangkan pertengahan bulan depan, membabitkan ramai pelakon popular termasuk membariskan dua pelakon veteran ternama, Datuk Jins Shamsudin dan Datuk Sarimah Ahmad.
Suhan Movies & Trading adalah syarikat produksi pertama yang berjaya membawa kembali Sarimah ke lokasi penggambaran setelah lebih 12 tahun meninggalkan dunia lakonan dan menggandingkannya semula dengan hero lamanya, Jins.
Sebelum ini, pada era kegemilangan filem Melayu, kedua-duanya pernah berlakon bersama dalam filem Bidasari, Gerak Kilat, Bukan Salah Ibu Mengandung, selain Menanti Hari Esok.
Penerbit Masih Ada Cinta, Rosyam Nor ketika prapelancaran drama berkenaan di Kelab Tasik Putrajaya sebaik saja selesai penggambarannya di situ, baru-baru ini, berkata memang menjadi harapannya untuk menampilkan dua tokoh filem itu dalam penerbitannya.
揝elepas kejayaan RSJ dengan jumlah rating penonton 3.5 juta, saya harus lebih adil kepada penonton dengan menawarkan drama lebih bagus atau sekurangkurangnya mempunyai mutu sama dengan RSJ. Jadi, kami gandingkan Jins dan Sarimah kerana bukan saja dilihat menampakkan kelainan tetapi juga kami percaya, ramai peminat dua pelakon ternama ini tertunggu-tunggu kemunculan semula mereka, |
|