CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: MsAnonymous

Perubatan Islam & Khasiat Makanan (sunquick, Syd, guynextdoor)

[Copy link]
Post time 21-7-2006 11:28 AM | Show all posts

1001 Penyakit Misteri kaedah perubatan dalam Islam (info)

1001 Penyakit Misteri kaedah perubatan dalam Islam
Oleh: ZUARIDA MOHYIN

AKU berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Inilah antara perisai kalimah dan doa mustajab sebagai pelindung diri daripada gangguan, tipu muslihat dan angkara jahat iblis atau syaitan yang sentiasa mengancam umat manusia.

Hakikatnya, al-Quran mengarahkan kita memerangi ajakan syaitan dan sekutunya dengan cara beramal dengan suruhan agama serta menjauhi segala larangannya. Ini dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (al-Baqarah: 208)

Allah menegaskan antara lain dalam perintah-Nya yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168).

Meskipun kewujudan iblis dan syaitan tidak dapat dikesan oleh pancaindera biasa kerana berlainan unsur kejadian dan berbeza alam dengan manusia. Namun kehadirannya boleh dirasai dan diketahui berdasarkan ilmu dan dalil yang nyata. Walau mereka dicipta daripada unsur api yang menjulang megah dan angkuh, tetapi ingat api amat kalah dengan air terutama air sembahyang.

Oleh itu fahamilah sifat-sifat api untuk mengetahui kelemahannya. Fahami juga struktur molekul air di dalam jasad kita untuk membina ketahanan fizikal, emosi dan rohani di setiap ketika. Demikian juga dengan asal kejadian manusia daripada tanah yang tentunya mampu menewaskan keganasan api meskipun yang marak menjulang.

Makhluk ini walaupun mampu bergerak bebas dan pantas dalam badan manusia merenangi saluran darah yang berselirat. Tetapi darah yang mengalir hasil daripada sumber rezeki yang bersih dan halal tentunya akan menyesakkan nafas mereka. Makhluk ini juga mampu menghilangkan diri dan menjelma dalam pelbagai rupa tetapi tidak berupaya meniru wajah Rasulullah yang mulia.

Ingatlah mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah yang tidak terkecuali daripada bersifat lemah dan memiliki kekurangan sebagaimana perihal makhluk-makhluk Allah yang lain. Oleh itu, sama ada manusia, haiwan, tumbuhan dan termasuklah iblis dan syaitan, semuanya ini memiliki kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Namun di kalangan seluruh makhluk ini, manusia adalah sebaik-baik kejadian sehingga dinobatkan sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini sebagaimana diisytiharkan dalam al-Quran.

Memikirkan betapa pentingnya ilmu dan maklumat mengenai gangguan makhluk halus ini dan bagaimana kaedah pencegahan serta rawatannya, pihak MORAPIS (Modul Rakaman Penyebaran dan Pemikiran Islam) telah mengambil inisiatif menerbitkan cakera padat dan kaset, 1001 Penyakit Misteri Ganguan Makhluk Halus yang menyentuh pelbagai tajuk. Di samping penganjuran pelbagai program perubatan Islam dan gangguan makhluk halus, pencegahan dan rawatannya.

Pendengar berpeluang mendapat ilmu dan bimbingan daripada murid Syeikh Wahid Abdul Salam Bali sendiri iaitu Ustaz Sharhan Shafiee at-Tobibi, yang juga telah menerima sanad amalan perubatan Islam dan wirid yang telah diijazahkan oleh guru beliau di Mesir.

Mereka yang berminat sila hubungi pejabat MORAPIS, 31-B, Jalan Wawasan 2/1, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor. Tel: 03-4296 4661/62. Faks: 03-42973763. H/P: 016-2617221. Emel: pentadbiran@morapis.com.my. Atau layari laman Web: www.morapis.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2006 06:50 AM | Show all posts

SENARAI MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM

Tips Kesihatan : sorry kalO threaD ni daH adA, but ive checked kat searcH.. this title belum adA?


SENARAI MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM

Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)

Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Daging kuda:

Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

azwine This user has been deleted
Post time 7-9-2006 08:17 PM | Show all posts
terima kasih utk info yg cukup baik ini.
Reply

Use magic Report

lish This user has been deleted
Post time 9-9-2006 12:51 PM | Show all posts

sedihnya...

sampai hati JAKIM, kenapa siasat kilang High 5. lepas orang komplain jer. Info yg diterima roti tu tak leh makan ada bahan tak halal...BAB*

sah sah kat plastic roti high5 ada tanda halal!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by lish at 9-9-2006 12:51 PM
sampai hati JAKIM, kenapa siasat kilang High 5. lepas orang komplain jer. Info yg diterima roti tu tak leh makan ada bahan tak halal...BAB*

sah sah kat plastic roti high5 ada tanda halal!!



malay mail...9/9/2006

Oil is halal, says High 5

THE manufacturers of High 5 bakery products, Silver Bird Group Bhd, has refuted news reports that it uses non-halal cooking oil as an ingredient.
"There is no truth to the report. Cooking oil used in High-5 products is sourced from reputable local companies and certified halal by the Islamic Development Department (Jakim).

"One of our main suppliers is Federal Flour Mills and the halal status of the oils was confirmed by the companies themselves," said Azlan Abas, the director of Silver Bird.

Azlan said the halal certificates for the cooking oil was renewed this year and would only expire in 2008.

On reports that High-5 used non-halal cooking oil from Israel as an ingredient, Azlan explained that the oil is pure vegetable oil imported from Germany.

The oil, Trennaktiv PR100, is used as a release agent on the bread moulds before baking.

"It is not part of the ingredients. Trennaktiv is widely used by the food and beverage industry in Malaysia," Azlan said.

It was reported on Thursday that Stanson Bakery Sdn Bhd, which produces the High 5 bread, was raided for being unhygienic, employing illegal workers and using cooking oil without a halal certification.



ps ; tak tau lah...banyak syubhah je...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 04:43 PM | Show all posts
bersyukurlah malaysia masih dikawal oleh jakim.
kalo kat negara lain, wallahu 'alam.....sendirik kawal nafsu ler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2006 11:05 AM | Show all posts
PENAWAR PENAT OLEH RASULLULLAH

Penawar Di Kala Kepenatan


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahu pun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai
penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu
Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :


"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."


Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:


"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini.


Katanya:-
"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan
kepadaku."


Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang
merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan
membaca:
'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33
kali)pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah

petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian
kita.
Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Apabila Allah menyintai seorang hambanya, Allah akan memanggil malaikat
Jibril dan berkata:
Allah menyintai si fulan maka cintailah dia. Jibril pun menyintai hamba
tersebut dan kemudian mengumumkan kepada penduduk langit dengan berkata:
Sesungguhnya Allah menyintai si fulan maka cintailah dia. Semua
penduduk langit pun menyintainya.


Kemudian diletakkan penerimaan bagi hamba tersebut di bumi (maksudnya
disenangi dan disayangi)."


(Hadis no.3209 riwayat Imam al-Bukhari dalam kitabnya Sahih al-Bukhari)
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 05:53 PM | Show all posts

Soalan drp hamba Allah...

I tak sempat nak jawab... harap sesiapa boleh bantu... thanks

Assalamualaikum....

Sudah sebulan saya mengalami penyakit batuk2 yang agak serius sehingga mengganggu orang lain kerana batuk saya kuat...
sudah 3 botol ubat batuk saya minum tetapi masih same jugak...
tiap2 hari saya tidak putus berdoa supaya dapat sembuh dari penyakit ini...
jadi saya nak tanya, adakah surah2 atau solat2 yang saya boleh lakukan utk sembuhkan penyakit batuk2 ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.757619 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list