CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chumpon

SEJARAH KERETAPI TANAH MELAYU (KTMB)

[Copy link]
Post time 25-11-2006 01:04 AM | Show all posts
PEMBUKAAN JALAN KERETAPI PRAI

Tarikh Peristiwa: 15.7.1903

Pada hari ini dalam tahun 1903, jalan keretapi Prai, di Seberang Prai telah dibuka1. Pembukaan ini telah mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam kemajuan pengangkutan keretapi Tanah Melayu.

Dengan terbukanya jalan keretapi Prai ini, bahagian Pantai Barat Tanah Melayu kini mempunyai rangkaian induk jalan keretapi yang menghubungkan Prai dengan Seremban yang jaraknya kira-kira 450 kilometer. Jalan keretapi ini juga telah menyempurnakan rancangan pihak pentadbiran keretapi Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk mewujudkan Ialuan terus keretapi antara bahagian Utara dan Selatan Semenanjung.

Jalan keretapi Prai-Seremban ini telah dibina berperingkat-peringkat bermula pada keretapi 1899. Rangkaiannya menghubungi beberapa bandar bermula dari Prai ke Bukit Mertajam hingga ke Nibong Tebal. Ia kemudian bertemu dengan rangkaian jalan keretapi Perak di Tanjung Malim dan disambung dengan jalan keretapi Selangor di Kuala Kubu hingga ke Bangi dan Seremban.

Sejarah pengangkutan Tanah Melayu bermula pada 1855 apabila jalan keretapi pertama antara Taiping dan Port Weld dibuka. Ekoran dari itu dibina pula jalan keretapi yang menghubungkan lpoh, Tanjung Rambutan dan Chemor. la kemudian bersambung ke Sungai Siput dan pada 1898 sampai ke Enggor.

Pembukaan jalan keretapi Prai-Seremban ini telah menjadikan perkhidmatan keretapi bertambah terkenal di kalangan rakyat di samping memberi kemudahan pengangkutan di negara ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2006 01:05 AM | Show all posts
PEMBUKAAN JALAN KERETAPI TELOK ANSON,TAPAH

Tarikh Peristiwa: 18.05.1893

Pada hari ini dalam tahun 18931, jalan keretapi antara Teluk Anson ke Batu 16 Tapah, telah dibuka dengan rasminya. Upacara ini disaksikan oleh pembesar negeri termasuk Gabenor Cecil Clementi, Residen Perak Sir Frank Swettenham, Penguasa Hilir Perak dan Pegawai Kanan Keretapi serta pelawat-pelawat jemputan.

Jalan keretapi Teluk Anson ke Tapah sepanjang 16 batu ini adalah yang ke 4 dibuka di negeri Perak. jalan keretapi pertama antara Taiping dengan Port Weld sejauh lapan batu telah dibuka pada 1 jun 1885 manakala jalan keretapi kedua antara Taiping ke Kemunting dibuka pada 6 Mei 1890. Pada 1 julai 1892, jalan keretapi ketiga sepaniang 5 batu antara Kemunting dengan Hulu Sepetang pula dibuka kepada Ialu lintas.

Pembukaan jalan keretapi Teluk Anson Tapah ini bertujuan untuk memudahkan pengangkutan penumpang-penumpang dan juga barang-barang. Kerja-kerja pembinaan jalan keretapi ini telah menghadapi banyak kesulitan kerana sebuah jambatan terpaksa dibina merentasi Sungai Bidor yang terletak kira-kira 2 batu dari Bandar Teluk Anson. Pembinaan jambatan sepanjang 550 kaki ini mengambil masa selama 2 tahun dan siap pada bulan Mac 1893.

Di upacara pembukaan ini batu sebuah keretapi khas yang dihias indah telah digunakan untuk membawa rombongan pembesar dan pelawat dari stesen keretapi Teluk Anson ke stesen batu 16 Tapah ke Bidor dan kembali ke Teluk Anson. Penduduk-penduduk berbilang bangsa dari kawasan-kawasan yang berhampiran telah keluar berbaris beramai-ramai di sepanjang jalan keretapi yang akan dirasmikan untuk menyaksikan upacara tersebut.

Pembukaan jalan keretapi Teluk Anson Tapah ini adalah merupakan penyambung kepada perkembangan sistem perhubungan menggunakan keretapi di tahun-tahun berikutnya. Di negeri Perak sahaja sehingga 1903 jalan keretapi sepanjang 214 telah berjaya dibina. Ia menghubungkan Tanjung Malim di selatan dan Parit Buntar di utara. Kegiatan meluaskan lagi perkhidmatan keretapi ke tempat-tempat lain terus diperhebatkan kerana ia adalah pelaburan yang amat menguntungkan. Pendapatan yang diperolehi dari perkhidmatan keretapi telah dapat menampung kekurangan perbelanjaan untuk menambah jalan-jalan keretapi yang baru.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 01:06 AM | Show all posts
PENUBUHAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KERETAPI

Tarikh Peristiwa: 23.04.1958

Pada hari ini dalam tahun 19581, Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi telah ditubuhkan, di bawah peruntukan perkara 141, Perlembagaan Persekutuan. Pada hari penubuhannya ini, Suruhanjaya telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama untuk membincangkan perkara-perkara dasar berkaitan dengan tugas - tugas Suruhanjaya dan kerja-kerja pentadbiran keretapi. Menurut Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 144(1), fungsi-fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi ialah melantik, mengesahkan dan menempatkan ke dalam jawatan tetap dan berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan jawatan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota Perkhidmatan Keretapi.

Anggota-anggota Suruhanjaya ini yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, tidak kurang daripada dua dan tidak lebih daripada enam ahli yang lain. Salah seorang daripada Ahli-ahli Suruhanjaya adalah dilantik daripada kalangan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan dua orang daripada ahli-ahli yang lain dilantik daripada orang-orang yang bersesuaian dan berpengalaman dalam Perkhidmatan Keretapi atau Pentadbiran Keretapi. Seorang Pengurus Besar 2 yang juga dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa di bawah perkara 144 (7) Perlembagaan Persekutuan untuk menukar anggota-anggota Perkhidmatan Keretapi dengan tidak menukar tingkatan dalam perkhidmatannya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi juga boleh mewakilkan kepada Pengurus Besar Keretapi mana-mana tugas-tugasnya bagi mana-mana tingkatan dalam perkhidmatan dan Pengurus Besar menjalankan tugas-tugas tersebut di bawah arahan dan kawalan Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi.

Anggota-anggota Suruhanjaya ini yang telah dilantik buat pertama kalinya ialah Datuk Mohd Seth bin Mohd Sa'aid sebagai Pengerusi, Encik Abdul Hamid bin Abdullah sebagai Timbalan Pengerusi dan lima orang yang lain telah dilantik sebagai Ahli iaitu Encik Mohd. Tahir bin Kutah, Eneik Siew Wye, Encik S.Govindasamy dan Encik S.C.E. Singam.

Semasa penubuhannya pejabat Suruhanjaya ini bertempat di Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 01:07 AM | Show all posts
PEMBUKAAN JALAN KERETAPI TAIPING-PORT WELD

Tarikh Peristiwa: 01.06.1885

Pada hari ini dalam tahun 1885, jalan keretapi yang pertama di Tanah Melayu dari Port Weld (yang dahulunya dikenali sebagai Sapetang) ke Taiping telah dibuka.

Walaupun jalan keretapi ini hanya sejauh 8 batu sahaja tetapi pembinaan dan kejayaannya kemudian telah mendatangkan banyak faedah kepada perdagangan penjajah British di Tanah Melayu.

Jalan ini mula dibina pada tahun 1881. Pada peringkat awal pembinaannya, ia menghadapi banyak kesulitan. Di antaranya ialah modal pembinaannya yang tidak mencukupi dan keadaan muka bumi yang berpaya. Oleh itu banyak tanah terpaksa di bawa dari Taiping untuk menambak sepanjang jalan itu. Ini ditambah lagi dengan kekurangan tenaga pekerja mahir dan ketiadaan jurutera-jurutera yang mahir mengenai pembinaan jalan keretapi di Tanah Melayu pada masa itu. Kerajaan Negeri Perak terpaksa membayar kepada kerajaan Ceylon untuk menjalankan kerja-kerja itu.

Keretapi yang banyak menerima kritik pada masa pembinaannya ini telah dapat membuktikan bahawa ia adalah satu pelaburan yang menguntungkan dan merupakan sumber utama bagi hasil dalam negeri. Ini menjadi faktor utama dalam pembangunan Negeri Perak.

Jalan keretapi ini amat penting pada masa itu kerana selain daripada memberikan kemudahan dalam urusan pentadbiran kerajaan, ia menghubungkan Larut iaitu pusat perlombongan bijih timah dengan Port Weld. Port Weld selain daripada berfungsi sebagai pelabuhan bagi kapal-kapal pesisir pantai, ia juga menjadi pusat membekal bahan-bahan api untuk kerja-kerja perlombongan dan pembinaan jalan keretapi.

Di antara bahan-bahan yang dibawa melalui jalan keretapi ini ialah bijih timah, kayu api, beras, candu dan barang-barang kepentingan harian yang lain. Di samping itu ia juga membawa penumpang-penumpang.

Pembinaan jalan keretapi ini telah menelan belanja sebanyak  RM 400,000; ini termasuk juga kos keretapi itu sendiri. Walaupun harganya agak mahal tetapi ia telah memberikan keuntungan yang berlipat ganda kepada pihak kerajaan British kemudiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 01:09 AM | Show all posts
Pembukaan Rasmi Stesen Keretapi Tapah Road

Tarikh Peristiwa: 18.05.1895

Pada hari ini 18 Mei 1895 sebuah lagi stesen keretapi telah dibuka iaitu Tapah Road ke Teluk Intan telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat Sir Cecil Clementi Smith. Satu acara yang gilang-gemilang telah diadakan sempena perasmian stesen berkenaan. Turut hadir di Majlis Perasmian itu ialah Frank Swettenham, Residen Perak.

Sebelum adanya sistem pengangkutan moden di negara kita, sungai adalah merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan utama bagi penduduk di sini. Selain dari itu sungai juga adalah penting untuk berbagai aktiviti seharian penduduk. Penempatan dan bandar-bandar juga bermula di tebing-tebing sungai.

Selepas kedatangan Inggeris beberapa sistem pengangkutan moden telah diperkenalkan di Tanah Melayu, seperti keretapi, kereta kuda, kapal wap dan sebagainya.

Di Negeri Perak landasan keretapi yang pertama di bina pada 1885 iaitu menghubungkan Kuala Sepetang (Port Weld) ke Taiping. Perak State Railway telah memainkan peranannya dalam membina jalan-jalan keretapi di negeri Perak. Selepas jalan keretapi Kuala Sepetang Taiping beberapa jalan utama telah dibuka antaranya Taiping -Kamunting (1890), Kamunting - Ulu Sepetang (1892), - Batu Gajah - Ipoh (1893), Kota Baharu - Batu Gajah (1894) dan sebagainya.

Pada peringkat awal kontrak pembinaan landasan Tapah Road - Teluk Intan telah dibatalkan perancangan kerana halangan-halangan bentuk muka bumi di antara kedua-dua tempat berkenaan. Bagaimanapun dua orang jurutera Perak State Railway iaitu Spence Moss (Jurutera Penasihat Keretapi) dan Jurutera Tempatan Keretapi T. Scott Gardner telah mengambil anisiatif untuk meneruskan pembinaannya. Akhirnya pada hari ini dalam tahun 1893 jalan keretapi Tapah Road - Teluk Intan telah dapat disiapkan.

Setelah terbinanya landasan keretapi ini telah dapat menghubung beberapa landasan lagi dari Tapah Road. Landasan ke Talam telah siap dibina setahun kemudian iaitu pada 1895. Sementara landasan Tapah Road ke Tanjong Malim telah dibina pada 1899 dan Tapah Road - Bidor pada tahun 1902. Landasan Tapah Road - Tanjong Malim telah menyambungkan jalan-jalan keretapi di Perak ke sempadan negeri Selangor.

Pembinaan jalan-jalan keretapi telah mendekatkan lagi hubungan penduduk-penduduk dari Utara - Selatan. Perhubungan ini telah meningkatkan lagi kegiatan ekonomi, sosial dan kebudayaan serta menyumbang kepada perkembangan, pertanian dan pembangunan di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 01:10 AM | Show all posts
PENGUMUMAN BERMULANYA PERKHIDMATAN KERETAPI KELANTAN - BANGKOK

Tarikh Peristiwa: 08.03.1967

Keretapi adalah antara sistem pengangkutan yang lama di negara ini.  Perkhidmatan ini telah banyak mencorakkan sistem ekonomi, sosial dan sejarah penduduk negara ini sejak mula ianya diperkenalkan pada hari ini 8.3.1967.  Satu lagi sejarah telah dicatatkan oleh Perkhidmatan ini apabila Menteri Pengangkutan Tan Sri Sardon Jubir mengumumkan bermulanya perkhidmatan keretapi Kelantan - Bangkok.  Pengumuman ini dibuat ketika Menteri Pengangkutan itu merasmikan pembukaan stesen keretapi Wakaf Baru di negeri Kelantan.

Dalam ucapan perasmiannya itu Tan Sri Sardon Jubir juga telah menyatakan perkhidmatan keretapi Kelantan-Bangkok ini adalah hasil dari kerjasama Malaysia dan negeri Thai dalam gabungan ASA.  Beliau juga mengumumkan bahawa keretapi pertama dari Kelantan ke Bangkok akan berlepas pada pukul 6 pagi 9 Mac 1967 dari stesen wakaf baru.  Manakala keretapi pertama dari Thailand pula akan tiba di Tumpat pada malam itu.

Pada peringkat permulaannya perkhidmatan keretapi Kelantan-Bangkok ini akan dijalankan dua kali seminggu dan akan ditambah kelak jika perlu.

Di samping itu Tan Sri Sardon Zubir juga telah mengumumkan perkhidmatan- perkhidmatan keretapi selanjutnya iaitu:-

   1. Mulai 1 Julai 1967 Keretapi Tanah Melayu menyambung perkhidmatan relkar diesel Prai - Padang Besar hingga ke Haadyai di negeri Thai.
   2. Mulai 1 April 1967 perkhidmatan relkar diesel antara Kuala Lumpur dengan Singapura akan dilancarkan.

Di masa merasmikan pembukaan stesen wakaf Baru itu juga Menteri Pengangkutan Tan Sri Sardon Jubir telah mengumumkan beberapa rancangan baru pihak keretapi Tanah Melayu.

Antaranya ialah:-

   1. Penggunaan enjin diesel sebagai menggantikan 112 buah enjin kuasa wap yang ada pada masa itu.
   2. Peruntukan sebanyak 100 buah gerabak khas bagi mengangkut kayu-kayu balak.

Sesungguhnya perkhidmatan yang diberikan oleh Keretapi Tanah Melayu seperti Perkhidmatan Kelantan - Bangkok ini telah dapat memberikan kemudahan perhubungan antara Malaysia dengan negeri Thai di samping menggalakkan pelancungan antara dua buah negara ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2006 01:11 AM | Show all posts
UPACARA MENAMAKAN KERETAPI DIESEL 'SRI UDANI'.

Tarikh Peristiwa: 07.04.1960

Pada hari ini 7.4.1960, upacara menamakan sebuah keretapi diesel, hadiah daripada Kerajaan Australia kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah berlangsung di-stesyen keretapi Kuala Lumpur. Upacara ini telah dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur, T.K. Critehley. Menteri Pengangkutan, Encik Sardon bin Haji Jubir telah hadir bagi pihak Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Turut hadir di majlis itu ialah pegawai-pegawai kanan kedutaan Australia dan pegawai-pegawai Keretapi Tanah Melayu.

Keretapi yang diberi nama 'Sri Udani' itu ialah sebuah daripada 6 buah keretapi yang dihadiahkan oleh Kerajaan Australia dibawah Rancangan Colombo.Jumlah harga keenam-enam buah keretapi tersebut ialah lebih RM 2 juta. Hadiah ini merupakan sebahagian daripada hadiah Kerajaan Australia kepada Kerajaan Persekutuan di perayaan Merdeka pada 31hb. ogos 1957. Nama 'Sri Udani' diambil sempena pahlawan Melayu yang terkenal di Zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah Melaka yang telah berjuang dengan gagahnya menentang penjajahan portugis.

Di dalam ucapannya, T.K. Critehley telah menyatakan keretapi ini sangat sesuai di-beri nama 'Sri Udani'.   Beliau juga percaya perkhidmatan keretapi ini kelak akan mempunyai sifat-sifat pahlawan yang termasyur itu. Beliau menyatakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu mempunyai nama yang baik kerana kecekapanya yang tinggi walaupun perkhidmatan-nya mengalami kerosakan yang besar dalam masa Perang Dunia kedua dan dalam masa Darurat.

Menteri pengangkutan, En. Sardon bin Haji Jubir pula menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Australia dan berharap melalui upacara ini akan dapat mempereratkan lagi hubungan baik dengan Kerajaan Australia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 01:13 AM | Show all posts
DATO' AHMAD PERANG - ANAK MELAYU PERTAMA MENGETUAI KERETAPI TANAH MELAYU

Tarikh Peristiwa: 01.10.1961

Sejarah perkhidmatan keretapi di negara ini bermula sebagai pengangkutan bijih timah.  Menyedari tentang keperluan pengangkutan darat yang lebih cepat dan selesa ianya telah diperkembangkan lagi kepada perkhidmatan keretapi penumpang.   Pada mulanya perkhidmatan keretapi beroperasi secara bersendirian bagi memudahkan perhubungan di negeri-negeri, kemudian dicantumkan menjadi sebuah syarikat dengan nama Federated Malay State Railway (FMSR) yang diterajui dan dikendalikan oleh orang-orang Inggeris.  Sehinggalah pada hari ini 1 Oktober 1961, seorang anak tempatan telah diberikan kepercayaan oleh Inggeris dan dilantik sebagai Pengurus Umum Keretapi.  Beliau ialah Dato' Ahmad perang.

Dato' Ahmad Perang telah memasuki perkhidmatan keretapi Malaya pada tahun 1957.  Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan Negeri Johor.  Pada tahun tersebut juga Almarhum Tunku Abdul Rahman telah meminta beliau bertugas dengan Kerajaan Persekutuan.  Permintaan ini disambut baik oleh beliau dan telah dilantik sebagai Pengerusi RIDA.  Pada masa yang sama Dato' Ahmad Perang juga dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu iaitu antara tahun 1957-1959.  Seterusnya telah dilantik pula sebagai Pengurus Umum Keretapi   pada hari ini 1 Oktober 1961. Satu jawatan yang penting dalam organisasi itu.   Beliau menggantikan Tuan E.T. William yang berpindah ke jawatan lain.

Sebelum ini pihak Inggeris tidak yakin dengan kebolehan anak tempatan terutama untuk jawatan-jawatan yang tinggi dalam sesebuah organisasi.  Sikap mereka ini menunjukkan bahawa mereka tidak mahu memberi peluang dan menghalang anak tempatan dari membuktikan kebolehan mereka.  Jawatan yang disandang oleh Dato' Ahmad Perang adalah yang pertama kali diserahkan kepada orang-orang Melayu selepas 77 tahun sejarah perkhidmatan keretapi di Malaya.

Pada tahun 1962, beliau telah diberikan kepercayaan memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu.   Tugas ini terus disandang sehingga tahun 1968.   Beliau kemudian bersara dari jawatan ini dan dilantik pula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya pada 1967.    Beliau kemudian dianugerahkan Pingat panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran `Tan Sri'.

Kebolehan dan kecekapan Tan Sri Ahmad Perang dalam tugas-tugasnya telah memberikan keyakinan kepada Inggeris untuk melepaskan jawatan tinggi dalam perkhidmatan keretapi kepada anak tempatan.  Pihak Inggeris tidak ada pilihan lain selain dari menyerahkan kuasanya satu demi satu apabila kemerdekaan mula meresapi setiap jiwa anak negeri hingga akhirnya menyerahkan kemerdekaan sepenuhnya pada 31 Ogos 1957.  Selepas tarikh tersebut, mereka terpaksa mula melepaskan jawatan penting secara beransor-ansor kepada rakyat negara ini sehinggalah benar-benar bersedia menerima tugas-tugas ini serta adanya tokoh-tokoh tempatan yang berkebolehan menerimanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2006 01:14 AM | Show all posts
ORDINAN KERETAPI BAGI BORNEO UTARA

Tarikh Peristiwa: 11.08.1914

Sesebuah organisasi ataupun jabatan memerlukan peraturan dan undang -undang bagi mempermudahkan kerja serta memperlicinkan sesuatu organaisasi. Tanpa adanya peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasa sesuatu organisasi akan kelam kabut dan tidak dapat berjalan dengan lancar.

Pada hari ini 11 Ogos 1914, suatu Ordinan Keretapi Bagi Borneo Utara telah diadakan. Tujuan pembentukan ordinan ini sebagai satu pelembagaan dan kaedah mengawal pengurusan keretapi di Borneo Utara, Ordinan ini berkaitan dengan peraturan yang harus dipatuhi serta tanggungjawab kakitangan keretapi Borneo Utara.

Dalam usaha memperbaiki lagi pentadbiran dan pengurusan keretapi Borneo Utara, pada bulan Jun 1936, Gabenor Borneo Utara telah menguatkuasakan peraturan mengenai kuasa-kuasa pengurusan peringkat tinggi Jabatan keretapi. Menurut peraturan ini Jabatan Keretapi dibahagikan kepada beberapa jabatan iaitu Jabatan Pengurusan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Lokomotif dan Gerabak, Jabatan Trafik, Jabatan Akaun dan Jabatan Stor.

Sejarah pembinaan jalan keretapi di Borneo Utara bermula apabila William Cowie memikirkan untuk mengadakan `Trains Borneo Line
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 01:16 AM | Show all posts
Perjalanan Pertama KTM dari Kuala Lipis ke Kota Bharu selepas jalan keretapi ke Pantai Timur siap dibina

Tarikh Peristiwa: 16.07.1953

Keretapi merupakan salah satu sistem perhubungan dan pengangkutan yang terpenting di Malaysia. Ia telah memberikan sumbangan yang besar dan tidak ternilai kepada rakyat negara ini. Terutamanya berkaitan dengan kemudahan pergerakan dan ekonomi di negara ini.

Landasan Keretapi pertama dibina di Semenanjung Malaysia iaitu landasan keretapi daripada Johor ke Gunung Pulai pada 21 Julai 1869. Di Sabah pula bermula pada tahun 1898 yang dikenali sebagai Keretapi Borneo Utara (North Borneo Railway) dimana landasan keretapi dibina bermula dari Bakau, Teluk Brunei menuju ke arah satu kawasan ke sungai Padang (Beaufort). Sementara di Sarawak perkhidmatan keretapi bermula pada tahun 1912 yang dicadangkan oleh Raja Charles Brooke. Disebabkan Perang Dunia Kedua telah menjejaskan sistem perhubungan di negara ini dimana banyak landasan-landasan keretapi telah dimusnahkan termasuklah landasan di Pantai Timur.

Pada tahun 1948, landasan Pantai Timur dibina semula dan telah memulakan perjalanan pertamanya dari Kuala Lipis ke Kota Bharu setelah landasan keretapi ke Pantai Timur siap dibina dan pada 16 Julai 1953 dan telah dibuka rasmi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, General Templer.

Sebelum Perang Dunia Kedua, landasan Pantai Timur telah dibina pada tahun 1907 yang telah dirancang lebih awal lagi bagi tujuan membangun negeri Pahang dan Kelantan. Walaupun menghadapi berbagai-bagai masalah landasan tersebut siap pada 5 September 1931 dengan pembukaan rasminya oleh Sir Cecil Clementi, Pesuruhjaya Tinggi British ketika itu.

Dengan adanya pengangkutan keretapi telah memudahkan sistem perhubungan bagi penduduk dan negara ini dan merupakan salah satu sistem pengangkutan yang tertua di negara ini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 01:17 AM | Show all posts
PENUBUHAN RANGKAIAN JALAN KERETAPI ANTARA PRAI - SINGAPURA

Tarikh Peristiwa: 29.06.1899

Pada hari ini dalam tahun 18991, Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri-negeri Selat dan juga Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Lt. Kol. Sir C.B.H. Mitchell telah membuka dengan rasminya rangkaian jalan keretapi yang pertama dari Prai ke Bukit Mertajam. Turut hadir di upacara tersebut ialah Duli  Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Idris Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar; Residen British Encik Rodger dan Encik J.K. Birch serta beberapa orang pegawai. Mereka kemudiannya telah bertolak ke Bukit Mertajam dengan menaiki keretapi. Pembinaan jalan keretapi ini akan dapat menghubungkan antara Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Rancangan keretapi seterusnya pula bermula dari Bukit Mertajam ke Port Dickson. Panjang landasan keretapi dari Prai ke Port Dickson ini ialah 507.2 kilometer.

Rangkaian keretapi yang kedua menyambungkan Port Dickson ke Singapura dan mengambil masa perjalanan selama 15 atau 16 jam. Perjalanan keretapi dari Prai ke Singapura ini dijangka mengambil masa selama 36 jam. Perkembangan selanjutnya menyambungkan Prai ke Burma dan Siam.

Pembukaan rangkaian jalan keretapi Prai - Singapura ini dalam tahun 1899 telah memberikan sumbangan yang besar terutama kepada perkembangan ekonomi di kalangan Negeri, Negeri Melayu Bersekutu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 01:19 AM | Show all posts
PERLANGGARAN KERETAPI DENGAN GAJAH

Tarikh Peristiwa: 17.09.1894

Pada hari ini dalam tahun 1894, satu perlanggaran antara keretapi penumpang dengan seekor gajah telah berlaku berhampiran dengan bandar Telok Anson, Perakl. Perlanggaran ini merupakan satu-satunya yang pernah dialami oleh pihak Keretapi Tanah Melayu.

Kejadian ini berlaku pada sebelah petang semasa keretapi penumpang ini sedang dalam perjalanan dari Tapah Road ke Telok Anson. Walau bagaimanapun perlanggaran ini tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa. Hanya gerabak-gerabaknya tergelincir dari landasan di tempat kejadian itu selama 2 minggu.

Untuk memperingati kejadian yang bersejarah ini, satu papan tanda yang mencatatkan bagaimana peristiwa tersebut berlaku telah didirikan di tempat kemalangan itu. Tengkorak dan gading gajah yang dilanggar mati itu telah disimpan di Muzium Taiping. Bagi memudahkan orang ramai melihat tengkorak gajah itu, ia telah dipindah dan dipamerkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Sungguhpun kejadian perlanggaran yang berlaku ini tidak menjejaskan kemalangan nyawa tetapi ia telah menjejaskan pendapatan dan menganggu perkhidmatan keretapi penumpang Tapah Road-Telok Anson. Di samping itu ia turut menjejaskan kemajuan perkembangan ekonomi Keretapi Tanah Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 01:19 AM | Show all posts
SABOTAJ KERETAPI OLEH PENGGANAS-PENGGANAS KOMUNIS

Tarikh Peristiwa: 12.04.1956

Pada hari ini dalam tahun 1956, pengganas-pengganas komunis telah meletupkan landasan keretapi di Tapah, Perak. Kejadian ini adalah merupakan kegelinciran keretapi yang paling dahsyat dalam se arah Darurat.

Letupan itu telah menyebabkan kepala keretapi dan 8 buah gerabak barang-barang tergelincir dari landasannya. Pihak komunis telah menggunakan dinamit untuk meletupkan 150 kaki landasan keretapi itu.

Walau bagaimanapun, tidak ada nyawa yang terkorban, hanya 3 orang mendapat kecederaan. Kerugian kepada pihak Kerajaan telah dianggarkan lebih dari RM 100,000.

Kegiatan sabotaj seperti ini adalah merupakan taktik perjuangan Parti Komunis Malaya untuk melemahkan sistem ekonomi dan perdagangan pemerintah. Di samping itu ia juga adalah untuk menimbulkan rasa takut dan bimbang di kalangan rakyat, dan pekerja-pekerja awam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 01:22 AM | Show all posts
PERKHIDMATAN KERETAPI DARI PALEKBANG (KOTA BHARU) KE KUALA KRAI MELALUI JAMBATAN GUILEMENT

Tarikh Peristiwa: 09.09.1948

Pada hari ini 9.9.1948, perkhidmatan keretapi telah dimulakan dari Palekbang (Kota Bharu) ke Kuala Krai. Perkhidmatan ini melalui Jambatan Guilement yang telah dibuka semula setelah musnah sebahagiannya semasa Perang Dunia Kedua.

Jambatan Guilement yang meyeberangi Sungai Kelantan, merupakan jambatan terpanjang di Malaya. Ianya disambungkan dengan lima sambungan yang setiap satu panjangnya ialah 150 kaki dan tingginya dalam lingkungan 55 kaki dari aras sungai.

Pembaikan jambatan Guilement telah dimulakan sejak bulan September 1947, di bawah pengelolaan Ketua Jurutera, J. Cruichshark. Menurut J.O. Sanders, pengurus Agung Keretapi Malaya, perbelanjaan jambatan ini ialah RM 325, 000.

Proses pembaikan jambatan ini telah berjaya dijalankan dengan sempurna di bawah bimbingan Jurutera Residen dan penolongnya serta seramai 150 orang pekerja.

Perkhidmatan keretapi antara Palekbang (Kota Bharu) dengan Kuala Krai pada hari ini dalam tahun 1948, telah memberikan banyak kemudahan pengangkutan kepada penduduk-penduduk tempatan dan ini secara langsung dapat meningkatkan lagi mutu sistem pengangkutan awam di bahagian Pantai Timur.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 09:43 AM | Show all posts
Stesen Kereta Api Kuala Lumpur sesuai jadi muzium


SELEPAS siapnya Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) yang kini berfungsi sebagai stesen kereta api utama di ibu kota, saya dapati peranan besar yang dulunya dimainkan oleh Stesen Kereta Api Kuala Lumpur lama yang dibina pada 1910 kini sudah hilang dan tidak gah seperti kecantikan seni bina bangunannya.

Kini saya mendapati bangunan itu terlalu kosong dan besar untuk berfungsi hanya sekadar sebagai satu perhentian Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan ruang besar di bangunan itu seolah-olah membazir.

Sayang sekali kita lihat khazanah negara yang terindah tidak dimanfaatkan. Bagaimanapun tahniah kepada KTMB kerana berjaya mengekalkan tahap kebersihan stesen.

Saya ingin mencadangkan kepada KTMB dan kerajaan supaya menjadikan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur ini sebagai Muzium Kereta Api seperti di London. Artifaknya tidak semestinya tertumpu pada perkembangan dan sejarah Keretapi Tanah Melayu saja yang bermula sejak 1885.

Ia boleh juga boleh berfokus pada tempat lain yang mempunyai sejarah berkaitan dengan pengangkutan kereta api di Malaysia seperti Sabah State Railway malah pengangkutan kereta api pada era perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Rompin dan Sungai Lembing.

Malah, sistem kereta api dulu seperti sistem tram di George Town dan Singapura, Muar State Railway dan juga jajaran kereta api Johor Bahru-Gunung Pulai juga boleh menarik perhatian.

Sistem pengangkutan kereta api yang digunakan di ladang kelapa sawit seperti Jendarata juga boleh menarik minat generasi muda untuk mengetahui lebih mendalam mengenai fungsi kereta api yang kini bukan lagi sekadar mengangkut penumpang dan kontena.

Sistem kereta api moden seperti KTM Komuter, KL Monorel, ERL dan RapidKL juga boleh diselitkan sebagai pencapaian tahap tertinggi dalam sejarah kereta api negara.

Dengan adanya Muzium Kereta Api yang bertapak di stesen Kereta Api Kuala Lumpur dapat memberikan manfaat besar nilainya kepada rakyat Malaysia, khususnya mereka yang mempunyai minat mendalam mengenai kereta api dan juga menjadi titik permulaan untuk mengetahui lebih mendalam mengenai sejarah dan perkembangan kereta api di Malaysia.

Stesen Keretapi Kuala Lumpur amat strategik kedudukannya dan pengunjung mempunyai pilihan sama ada untuk ke sana dengan berkereta atau menggunakan sistem KTM Komuter yang berintegrasi dengan RapidKL, ERL dan KL Monorel.

Saya berharap pihak berkenaan dapat menimbang cadangan ini kerana ia bukan saja dapat memberi sinar baru kepada Stesen Keretapi Kuala Lumpur serta dapat memanfaatkan bangunan kosong yang mempunyai nilai hartanah tinggi tetapi juga dapat memberi sejuta ilmu kepada rakyat Malaysia.

Stesen kereta api itu juga boleh menjadi pusat tumpuan pelancong luar negara khususnya pelancong yang mempunyai minat mengenai kereta api.



HASBULLAH MAT DAUD,

Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 09:03 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 25-11-2006 01:22 AM
PERKHIDMATAN KERETAPI DARI PALEKBANG (KOTA BHARU) KE KUALA KRAI MELALUI JAMBATAN GUILEMENT

Tarikh Peristiwa: 09.09.1948

Pada hari ini 9.9.1948, perkhidmatan keretapi telah dimulakan dari Pa ...



jambatan Guillermard memang cantik merentasi Sungai Kusial.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2007 02:12 PM | Show all posts
thread ni bagus utk aku yg akan pergi interview dgn KTMB utk post engineer....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 02:20 AM | Show all posts

Reply #126 muor76's post

dulu dulu memang ada service dari Bangkok ke Tumpat (vice versa) yg dinamakan Southern Express oleh State Railway of Thailand (SRT) tp sekarang ni hanya setakat Sungai Golok aja. mungkin disebabkan politik antara kedua dua negara dan masalah penyeludupan.

[ Last edited by  Dunhill. at 31-8-2007 02:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 03:19 AM | Show all posts
KTM Jungle Railway M91 Mail Trainkonstii > albums > Malaysia-Truly Asia


  • [url=http://cards.webshots.com/ecard/personalize?photoId=1201404103055318452&source=c]


    Perjalanan ke Pantai Timur dengan Train memang memenatkan.. ada yang tahu sejarah pembinaan rel Pantai Timur (Northeatern Lines) ini ???
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 03:26 AM | Show all posts

Reply #132 muor76's post

Selain kejadian di atas dan kejadian Komuter menghemtam komuter yang lain berhampiran seremban hari tu ??? Ada tak kes kemalangan yang dahsyat yg layak dijadikan sejarah ???



Kalau ikut gambar bawah ni, aku rasa pemandu loko dia memang confirm kojol..



[ Last edited by  Dunhill. at 6-1-2008 03:30 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.063415 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list