CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: malarky

Wira Perang @ War Heroes

[Copy link]
Post time 1-9-2006 07:47 PM | Show all posts
Originally posted by taiaha at 1-9-2006 04:10 PM


Check ur PM:nerd::nerd:


Berdarah hidung aku tengok avatar kau :mll:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2006 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by swordman at 30-8-2006 20:56



atau mungkin kerana dasar kerajaan...


maksudnya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 12:03 AM | Show all posts
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1

yang ni wira perang tak?  atau cuma wira perak sahaja?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:18 AM | Show all posts
Wira jugak...cuma bukan wira perang sebab tak terlibat secara langsung dalam pertempuran
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:20 AM | Show all posts
mmg terharu tgk lepas abis parade agong berjumpa dgn wira negara. kanang was the first in line. lama jugak agong meluangkan masa dgn kanang. semoga meka akan dikenang selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:23 AM | Show all posts
ari jumaat ari tu ada tgk dokumenteri pahlawan jam 4.30ptg. episod kali ini pasal mej abdullah babu masa operasi kat area sarawak. mmg menarik lakonan semula adegan tu. by the way rashid maidin passed away ari jumaat tu jugak. aku baru beli buku pasal dia pg tu. what a coincidence. rashid maidin = pejuang bangsa atau pekhianat negara?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2006 10:02 AM | Show all posts
Saharudin bersara setelah 31 tahun menabur bakti
Oleh Ferzalfie Fauzi

Pada 1 September 1950, lahirlah seorang anak kecil yang menjadi penyeri kepada kehidupan sebuah keluarga. Tiada siapa sangka anak lelaki kesayangan ibu dan bapanya itu rupa-rupanya membawa tuah kepada orang tua yang tercinta.

Beliau yang dimaksudkan ialah Datuk Saharudin Samsudin, anak kelahiran Lenggong, Hulu Perak, Perak.

Daripada seorang Inspektor Polis, beliau naik satu demi satu anak tangga sehinggalah berjaya mengisi salah satu jawatan utama dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kariernya sebagai seorang pegawai polis bermula apabila beliau memasuki Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 4 Mei 1975.

Biarpun terpaksa menjalani latihan keras dan lasak selama enam bulan di pusat latihan tersebut, namun ia tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk menjadi seorang pegawai polis yang berdisiplin.

Setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan di pusat latihan, Saharudin tamat latihan dengan cemerlang sebelum ditukarkan ke Cawangan Jenayah di Pulau Pinang.

Bagai bulan jatuh ke riba, rezeki Saharudin semakin bertambah.

Atas kecemerlangan yang ditunjukkannya, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (OCPD) Balik Pulau, Pulau Pinang pada 14 Julai 1977.

Tugas sebagai OCPD bukannya mudah. Pelbagai kes perlu ditangani dengan sebaik mungkin, namun Saharudin menganggap semua masalah yang dihadapi adalah cabaran yang mematangkan hidupnya.

Tidak berapa lama kemudian, beliau dinaikkan pangkat sebagai Deputi Supritendan pada tahun 1980 dan seterusnya ditukarkan pula ke Tumpat, Kelantan sebagai OCPD daerah tersebut.

Sepanjang 10 tahun berkhidmat di negeri Cik Siti Wan Kembang, Saharudin pernah memegang jawatan sebagai OCPD di daerah Tumpat dan Kuala Krai.

Berkat ketekunan dan sifat kepimpinan yang dimilikinya, Saharudin dinaikkan pangkat sebagai Supritendan pada 1 September 1990 dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Perak.

Sejak itu, anak kelahiran Perak ini tidak menoleh ke belakang lagi. Beliau kemudian dinaikkan pangkat Asisten Komisioner (ACP) dan menyandang jawatan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan di Kuala Lumpur.

Pada 2 Februari 2000, beliau dinaikkan ke pangkat Senior Asisten Komisioner II (SAC II) dan memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) PDRM.

Sepanjang berkhidmat dengan Jabatan Pengurusan, Saharudin pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) sebelum dinaikkan ke pangkat Senior Asisten Komisioner dengan menjawat jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan dan Perjawatan).

Sinar kerjayanya kemudian semakin gemilang. Pada 23 Jun 2005, Saharudin dinaikkan pangkat Deputi Komisioner dan mengambil alih tugas sebagai Pengarah Jabatan Logistik.

Tahun ini, pada tanggal 1 Mei, apabila perjawatan Pengarah Logistik dinaik taraf, beliau telah dinaikkan pangkat Komisioner Polis dan meneruskan jawatannya sebagai Pengarah Jabatan Logistik.

Sepanjang tugasannya, Saharudin dihantar menghadiri kursus-kursus di dalam dan luar negara. Antaranya termasuklah Kursus Penyesuaian Pegawai Kanan, Kursus Ketenteraman Awam, Kursus Ketua Polis Daerah, Kursus Pengurusan Konfrontasi dan Kursus Kepimpinan.

Saharudin turut mengikuti kursus Dakwah, Sistem Cawangan Siasatan Jenayah (CID), Pegawai Kanan Kerajaan, Asas Bom Tangan, Kewangan, Kursus Bahasa Arab dan Jepun serta Kursus Pengurusan Mesyuarat dan Kursus Mikro Komputer.

Saharudin juga dihantar menghadiri kursus-kursus yang diadakan di luar negara seperti Kursus Pegawai Polis di Jepun dan Kursus Akademi Penguatkuasaan Undang-Undang Antarabangsa (ILEA) di Roswell, Amerika Syarikat (AS).

Jasa dan kecemerlangannya dalam PDRM amat dihargai dan ini jelas terbukti apabila beliau dianugerahkan pelbagai darjah dan bintang kebesaran.

Antaranya Dato? Pahlawan Taming Sari (DPTS), Johan Setia Mahkota (JSM), Bintang Setia Kinabalu (BSK), Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), Ahli Mangku Negara (AMN) dan Ahli Mangku Perak.

Beliau yang mendirikan rumah tangga dengan Datin Tengku Rozan Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Pada 30 Ogos lalu, berakhirlah tempoh perkhidmatan Saharudin dalam PDRM, namun jasa dan baktinya kepada pasukan tidak pernah dilupakan.

Selamat bersara pahlawanku!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 10:04 AM | Show all posts
Mohd. Taib siasat remaja diculik di Bosnia
Oleh Ali Mahmood

Jauh perjalanan luas pemandangan. Begitu juga dengan pengalaman cukup berharga yang dikutip oleh Koperal Mohd. Taib Md. Zin, 46, yang banyak menimba pengalaman semasa mencurahkan tenaganya berkhidmat sebagai polis di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bosnia-Herzegovina selama dua tahun.

Mohd. Taib menjadi anggota polis pemantau di Bosnia para tahun 1999 hingga tahun 2000. Beliau bertugas di tempat bernama Prejdor di daerah Bichac, iaitu sebuah kawasan kediaman orang Islam di negara itu.

Pengalaman dua tahun bertugas di negara berkenaan banyak memberikan pengajaran sekali gus membuatkan Mohd. Taib merasakan dirinya bertuah menjadi rakyat Malaysia.

?ehadiran saya di kawasan itu pada mulanya dipandang serong kerana mereka menyangkakan saya ini polis Amerika Syarikat. Salah faham itu timbul kerana bendera negara kita hampir sama dengan bendera Amerika Syarikat.

?agi meredakan keadaan saya terpaksa memberikan penerangan sebenar bahawa saya berasal dari Malaysia. Selepas itu barulah mereka menerima kehadiran saya,? cerita anak jati Batu Pahat, Johor itu.

Mohd. Taib yang sudah berkhidmat selama lebih 23 tahun dalam pasukan polis memulakan kerjaya polis selepas berjaya menamatkan latihan rekrut di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada tahun 1979. Selepas itu beliau ditempatkan di Cawangan Wisma Sukan, Pulapol.

Beliau yang bergiat cergas dalam olahraga kemudian ditukarkan ke Kelantan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Tumpat sehingga 1981 sebelum bertukar sekali lagi ke Balai Polis Wakaf Baru sehingga tahun 1987.

?ugas saya di Bosnia adalah untuk memantau tugasan polis tempatan bagi membantu mereka melaksanakan prosedur tugas polis seperti membuat kertas siasatan, menyiasat, menerima aduan dan mengawal ketenteraman penduduk tempatan.

?elama dua tahun bertugas di sana saya beberapa kali terlibat dengan kes tembak curi yang dilepaskan oleh puak Serb bagi menghalang penduduk tempatan Bosnia kembali ke kediaman mereka,? cerita Mohd. Taib yang pernah dinobatkan sebagai olahragawan PDRM Kelantan pada tahun 1983 dan 1984.

Semasa melakukan rondaan beliau sendiri berhadapan dengan penembak curi yang melepaskan tembakan ke udara sehingga memaksa beliau mencari perlindungan di belakang kereta dan meminta bantuan daripada tentera PBB lain.

Selain menjalankan tugas hakiki, beliau turut membantu penduduk tempatan membina semula kediaman tidak kira sama ada mereka penduduk Islam mahupun Kristian.

Sikap tidak pilih kasih semasa membantu penduduk komuniti berlainan agama itu amat disenangi oleh mereka. Beliau turut dijemput untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Krismas.

Pelacur

Mohd. Taib berkata, tugas yang paling mencabar adalah semasa menjalankan siasatan untuk membongkar sindiket menculik remaja Islam oleh puak Serb untuk dijadikan sebagai pelacur di Eropah dan juga Amerika Syarikat.

Bagi menyiasat kes itu beliau terpaksa tidur dalam kereta selama tiga hari tiga malam mengintip beberapa lokasi bagi mengesan laluan yang digunakan oleh penculik tersebut.

Di Prejdor, Mohd. Taib menyewa sebuah pangsapuri di tingkat enam dengan bayaran 300 Deutschmark sebulan.

Pengorbanan beliau mencurahkan khidmat di negara yang bergolak itu telah mendapat pengiktirafan PBB apabila beliau menerima pingat PNBB yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Polis PBB.

Mohd. Taib yang turut bergiat aktif dalam sukan bola sepak telah mendirikan rumah tangga sejak 20 tahun lalu dengan Rosnah Aseh, 40. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua anak iaitu Rozairul Ain, 19, yang kini menuntut di sebuah kolej dan Mohd. Indera, 12, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Peka Jaya.

Menurut beliau, pengalamannya kali pertama berhadapan dengan penjenayah adalah semasa kejadian rompakan sebuah kedai emas di Tumpat pada tahun 1985.

?alam kejadian itu salah seorang perompak terbabit melarikan diri ke dalam semak dan seorang lagi terjun ke dalam perigi. Mereka kemudian telah dikepung oleh beberapa anggota Rela. Dalam kejadian tembak-menembak itu kedua-dua perompak itu ditembak mati.

?agaimanapun, saya tidak dapat lupa saat-saat sebutir peluru yang ditembak perompak tersebut terkena rakan saya yang menyebabkan dia mengalami kecederaan serius hilang buah pinggang.

?ika tidak ditakdirkan saya terjatuh semasa berlaku tembak-menembak itu peluru itu pastinya singgah pada badan saya kerana waktu itu saya berada di hadapan rakan saya itu,? kata Mohd. Taib.

Sepanjang berkhidmat dalam pasukan polis beliau pernah bertugas di Unit Kawalan Sempadan di Pengkalan Kubur pada tahun 1991 sebelum di tukarkan ke Pekan, Pahang pada bulan April tahun yang sama.

Pada tahun 2004, Mohd. Taib ditukarkan pula ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di Kuantan dan ditempatkan di Cawangan Tatatertib sehingga bulan Mei 2006 sebelum ditukar semula ke IPD Pekan sejak bulan Mei lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2006 10:06 AM | Show all posts
Azam tembak mati dua pengganas komunis
Oleh SOPI SAMAILE



AZAM Hasyim menerima gambar cenderahati daripada Kurator Muzium PDRM, Deputi Supritendan Syed Zainal Syed Zin di Kuala Lumpur baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------



?acam cerita kartun,? kata pesara polis Sub Inspektor Azam Hasyim, 76, mengenai kejadian berbalas tembakan dengan beberapa anggota komunis pada tahun 1949.

Pada masa itu Azam baru setahun memulakan tugas dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pada ketika itu dikenali sebagai Polis Malaya.

Kejadian itu berlaku di Kampung Pecah Kuali di Terengganu. Pada masa itu beliau telah ditugaskan membawa senjata bren-gun dalam operasi memerangi komunis.

?asukan kita masa itu hanya duduk menghendap dan tenang sedangkan komunis yang berada di atas bukit telah bertalu-talu melepaskan tembakan tetapi satu pun tidak kena.

?ebaik sahaja komander menjerit fire, saya angkat bren-gun lalu melepaskan tembakan sekali harung dan tidak bagi peluang langsung kepada musuh,? katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan tren lama ?rmoured Wickham Trolley? yang digunakan pasukan peronda polis semasa zaman darurat di Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebaik sahaja Azam memberhentikan tembakan, dua anggota komunis tergolek jatuh di depannya manakala seorang lagi sempat melarikan diri.

Azam kemudian menuju ke arah dua komunis itu lalu merampas dua laras senapang mereka tetapi tindakannya itu telah dimarahi oleh komander beliau yang merupakan pegawai ?rang putih?.

Kedengaran komander itu menjerit dan memaki Azam dengan perkataan stupid kerana tindakannya itu boleh mengundang padah sekiranya dua anggota komunis itu belum benar-benar mati.

Azam terkedu seketika apabila dimarahi oleh komander itu. Bagaimanapun, setelah mayat komunis itu diperiksa, tiba-tiba beliau merasai satu tepukan di bahagian belakangnya serentak dengan satu pujian.

?ood fire, good fire,? kata Azam yang mengingati semula pujian komander beliau selepas mereka menjalankan tugas dengan jayanya.

Kejayaan Azam menembak mati dua anggota komunis itu telah mendapat pengiktirafan. Dia dianugerahkan wang tunai sebanyak RM25 oleh komandernya.

Azam yang mula menyertai PDRM pada tahun 1948 pernah menjalankan latihan di Johor selama tiga bulan dan tiga bulan lagi di Tanjung Rambutan.

Selepas itu, Azam ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sebelum menerima tawaran untuk mendapatkan lesen memandu di Singapura pada tahun 1950.

?aya mengambil lesen bersama-sama askar ?rang putih? di Singapura. Selepas lulus, saya boleh memandu apa juga jenis kenderaan milik PDRM,? ujarnya.

Pada tahun 1954, Azam telah ditugaskan ke Kangar, Perlis sebelum kembali semula di Dungun, Terengganu pada tahun 1960.

Selepas 10 tahun di Terengganu, Azam ditukarkan ke Kubang Badak untuk diserapkan ke dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) yang kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am (PGA).

Pada tahun 1975 pula, Azam sekali lagi mengalami pertukaran iaitu ke Machang sebelum ke Pasir Mas, Kelantan. Beliau bersara pada tahun 1986.

Sewaktu bertugas di Terengganu, Azam pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Pegawai Rendah Polis Terengganu. Kini beliau berkhidmat sepenuh masa sebagai Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia cawangan Terengganu.

Daif

Mengimbas kembali kemasukannya ke dalam PDRM, Azam memberitahu, penyertaannya itu bukan disebabkan minat tetapi lebih merupakan satu usaha untuk mencari rezeki kerana keadaan ekonomi pada masa tersebut sangat daif.

?aya nak tipu boleh dengan mengaku saya masuk polis sebab minat tetapi hakikatnya pada masa itu ramai yang menyertai polis sebab nak cari makan,? katanya.

Sepanjang bertugas, Azam mengalami banyak kisah lucu sehingga setiap kali mengingatinya beliau berasa geli hati.

Ketika itu Malaysia baru diisytiharkan merdeka dan beliau ditugaskan untuk mengiringi seorang pegawai daerah untuk membaca pengisytiharan kemerdekaan di Simpang Empat Syed Hasyim, Perlis dengan menaiki seekor gajah.

Ceritanya, sebelum gajah itu digunakan untuk membawa pegawai daerah ke Simpang Empat Syed Hasyim, haiwan itu telah dibawa dari Chuping, Perak oleh pengembalanya.

Syarat untuk membawa gajah berjalan menggunakan jalan raya pula ia mestilah mempunyai permit daripada Menteri Besar untuk kelulusan. Bagaimanapun untuk kes itu, tiada permit diperoleh.

?pabila gajah itu tiba di Perlis dan melalui di sebatang Jalan di Perlis, polis telah menahan gajah itu dan mengeluarkan saman ke atas pengembalanya kerana membenarkan gajah berjalan di atas jalan raya.

?agaimanapun, selepas dijelaskan oleh pengembala gajah itu, saman itu tidak diteruskan. Haiwan tersebut dapat digunakan membawa pengisytiharan kemerdekaan,? ujar Azam sambil ketawa kecil mengenangkan peristiwa itu.

Azam yang berumah tangga dengan isteri tercinta, Rabiah Abu Bakar, 60, telah dikurniakan tujuh orang anak, 35 orang cucu dan empat orang cicit.

Sepanjang bertugas dalam PDRM, Azam telah dianugerahkan pingat Kesatria Mangku Negara, Ahli Mangku Negara, Pingat Pingat Jasa Kebaktian dan Justice of the Peace.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=te_01.htm
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 10:24 AM | Show all posts
06 September, 2006 17:30 PM     

Kapal Perang Bawa Pulang Jenazah Panglima Melayu


SINGAPURA, 6 Sept (Bernama) -- Ketika kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Laksamana Mohamad Amin ditauliahkan pada Julai 1999, tidak ramai yang menyangka bahawa kapal perang itu suatu hari nanti akan ditugaskan untuk membawa pulang jenazah seorang pahlawan Melayu yang namanya diabadikan pada kapal itu.

KD Laksamana Mohamad Amin ialah antara empat buah korvet kelas Laksamana milik TLDM yang diberi nama sempena nama panglima Melayu. Yang lain ialah KD Laksamana Hang Nadim, KD Laksamana Tun Jamil dan KD Laksamana Tan Pusmah.

Esok, KD Laksamana Mohamad Amin akan berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor Baharu untuk membawa pulang jenazah Laksamana Mohamad Amin Alang dan Orang Besar Jajahan Hilir Perak Tengku Menteri Ngah Ibrahim selepas kerja-kerja menggali semula kubur mereka di sini.

Ngah Ibrahim dan bapa mertuanya Mohamad Amin bersama-sama Sultan Abdullah, yang memerintah di Hilir Perak pada abad ke-19, ialah antara beberapa orang yang dibabitkan dengan pembunuhan Residen British yang pertama di Perak, James W.W. Birch, di Pasir Salak pada 2 Nov 1875.

Berikutan penangkapan mereka, ketiga-tiganya dan Datuk Syahbandar Uda Maamor telah dibuang negeri ke Seychelles di Lautan Hindi pada 1877.

Orang Asli Si Putom, yang membunuh Birch, dan Datuk Maharaja Lela dan bapa mertuanya, Pak Indut, bersama-sama Datuk Sagor dan beberapa sekutu mereka telah dibicarakan atas tuduhan melakukan pembunuhan itu dan digantung di Matang pada tahun yang sama.

Selepas 16 tahun dalam buangan, Sultan Abdullah telah diampunkan oleh British dan dibenarkan kembali ke Perak dan tinggal di Kuala Kangsar sehingga kemangkatannya.

British, bagaimanapun, menolak rayuan oleh Ngah Ibrahim, Mohamad Amin dan Uda Maamor untuk kembali ke Perak. Mereka sebaliknya dihantar ke Sarawak dan kemudiannya ke Singapura di mana Ngah Ibrahim meninggal dunia pada 4 Feb 1895 dan Mohamad Amin pada 1908. Maamor juga dipercayai telah meninggal dunia di Singapura.

Menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, penggalian semula kubur Mohamad Amin di Pusara Aman di Choa Chu Kang akan diadakan pada pukul 9 pagi esok dan penggalian semula kubur Ngah Ibrahim di Pusara Al-Junied di Jalan Kubor, mulai 10 pagi.

"Jenazah mereka kemudian akan dipindahkan ke Pelabuhan Tanjung Pelepas menerusi link kedua pada kira-kira 3.30 petang," kata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dalam satu kenyataan.

Persiapan untuk menggali semula kubur mereka bermula semalam oleh ahli-ahli arkeologi dari Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia bersama-sama kakitangan Warees Investment Pte Ltd, sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Singapura (Muis).

Dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, KD Laksamana Mohamad Amin akan membawa jenazah kedua-duanya ke pangkalan TLDM di Lumut, Perak, di mana istiadat penuh dan sambutan wira negara akan diadakan oleh ketiga-tiga cawangan Angkatan Tentera Malaysia pada hari Sabtu.

Jenazah Ngah Ibrahim akan dikebumikan semula di perkarangan Kompleks Muzium Matang dan jenazah Mohamad Amin di Makam Diraja Perak di Bukit Chandan, bersebelahan makam Sultan Abdullah.

link
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 07:32 AM | Show all posts
DSP Abdul Razak Bin Mohd Yusoff.
Pencipta Gayung Perang VAT69.
'menyekolahkan' ketua Al-Maunah  sampai trus menyerah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.062535 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list