CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mawarbiru

   Close [Copy link]
Post time 7-4-2011 09:00 AM | Show all posts
lepas putrajaya sentral buat parking bayar kini dekat parcel E pula....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2011 09:00 AM | Show all posts
Reaksi terhadap caj tempat letak kereta awam di Putrajaya

PUTRAJAYA: Terlalu mahal. Itulah reaksi pengguna tempat letak kereta awam di Kompleks E di sini terhadap kadar bayaran parkir sebanyak RM1 sejam yang mula dikuatkuasakan Isnin lalu.

Kebanyakan yang merungut membabitkan orang awam yang berurusan di beberapa kementerian di kompleks berkenaan dan kakitangan awam yang meletakkan kereta di situ kerana tidak ada petak parkir di dalam kawasan kompleks. Kompleks E adalah antara lokasi tumpuan orang ramai kerana menempatkan Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau.

Pengguna, terutama kakitangan kerajaan yang meletakkan kenderaan di situ mendakwa, caj RM1 bagi setiap jam yang dikenakan itu adalah terlalu tinggi terutama bagi kakitangan kategori sokongan.

Kadar parkir itu lebih membebankan kakitangan awam berbanding pelawat yang meletakkan kereta pada waktu lebih singkat.

Tinjauan Sentral pada hari pertama penguatkuasaan caj itu mendapati jumlah kenderaan diletakkan di kawasan itu agak berkurangan berbanding sebelum ini.
Ada notis pada mesin tiket berkomputer yang menyatakan kawasan parkir itu mula dikenakan caj bermula 4 April lalu dengan caj bayaran RM1 bagi setiap jam.

Kakitangan kerajaan, Salwani Abd Wahab, 31, berkata beliau amat kecewa kerana pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) mengenakan caj yang tinggi sehingga menyusahkan golongan yang berpendapatan rendah sepertinya.

Katanya, ia sesuatu yang membebankan jika kakitangan kerajaan yang meletakkan kenderaan di situ terpaksa membayar RM8 bagi tempoh sehari bekerja.

"Ia tidak sesuai dengan keadaan ekonomi pada masa ini. Sebagai kakitangan kerajaan kami mengharapkan kawasan parkir dapat mengurangkan masalah, sebaliknya memberikan bebanan dan tekanan,” katanya.

Pengguna lain, Zulkifli Abas, 37, mencadangkan PPj memberikan diskaun kepada kakitangan kerajaan yang meletakkan kenderaan di situ setiap hari bagi mengurangkan beban mereka.

Katanya, PPj tidak seharusnya mementingkan keuntungan semata-mata, tetapi perlu melihat masalah orang ramai terutama pengguna.

"Saya meminta PPj supaya mengkaji masalah ini terlebih dulu sebelum melaksanakan sesuatu tindakan yang mungkin menimbulkan masalah kepada orang ramai terutama kakitangan kerajaan,” katanya.

Kakitangan kerajaan lain, Zabedah Musa, 34, berkata dia terkejut dengan kadar caj RM1 sejam itu kerana terlalu mahal jika meletakkan kereta dalam tempoh panjang.

Zabedah berkata, beberapa rakan sepejabatnya juga merungut dan tidak bersetuju dengan kadar parkir itu dan mengharapkan pihak berkenaan mengkajinya semula terutama mengeluarkan pas bulanan dengan harga lebih murah kepada kakitangan kerajaan.

Dalam kenyataan akhbar minggu lalu, Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam PPj, Zaharah Salamat, berkata tempat letak kereta berkenaan akan beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 6 petang dan dibuka setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.

"Perbadanan juga turut membina sebuah pondok menunggu bas di situ bagi memudahkan orang ramai menaiki bas ke mana-mana destinasi dikehendaki mereka (selepas parkir di situ)," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam PPj, Zaharah Salamat, berkata PPj menggesa penjawat awam dan pengunjung yang datang ke Putrajaya supaya beralih kepada sistem pengangkutan awam seperti bas Nadi Putra dan menggunakan tempat letak kereta sementara di Presint 1 di sini untuk berulang alik ke destinasi dikehendaki.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 09:01 AM | Show all posts
semua parking di putrajaya adalah murah2 belaka... :@
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 09:47 AM | Show all posts
masa utk mgutip hasil...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 11:50 AM | Show all posts
Reply 2383# zidlan

masalahnya bas2 Nadi Putra ni ... kata makin bertambah tp bila menunggunya lambat!!
aku kdg2 bermasalah ngan 401, dari opis nak ke skolah anak aku
kdg2 15 minit tggu baru sampai!! belum hari jumaat ... kdg2 1/2 jam menunggu

mcm mana nak suh org naik bas??? pas2 pusing 1 putrajaya baru sampai destinasi
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 11:56 AM | Show all posts
Reply 2386# mamasaffiya


    rasanya PPJ kena tengok semula jadual perjalanan bas2 nadi putra ni.
waktu sesak cuma masa pergi dan balik kerja sahaja. lain2 masa macam kosong je tengok bas tu.
tak rugi ke nadi putra ni ... ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2011 01:35 PM | Show all posts
bosan aa dok putrajayaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 03:13 PM | Show all posts
Reply 2388# Hana_Hirokawa


    jadi nak pindah ke mana   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2011 08:36 PM | Show all posts
assalamualaikum wbt... check in kat sini.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 10:31 PM | Show all posts
Reply 2390# cik_lin


    dok mana tu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 11:00 PM | Show all posts
Reaksi terhadap caj tempat letak kereta awam di Putrajaya

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam PPj, Zaharah Salamat, berkata PPj menggesa penjawat awam dan pengunjung yang datang ke Putrajaya supaya beralih kepada sistem pengangkutan awam seperti bas Nadi Putra dan menggunakan tempat letak kereta sementara di Presint 1 di sini untuk berulang alik ke destinasi dikehendaki.
zidlan Post at 7-4-2011 09:00


senang je bagi jawapan
   
tak de yg buat memo protes?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 11:03 PM | Show all posts
senang je bagi jawapan   
   
tak de yg buat memo protes?
ecomoda012 Post at 7-4-2011 23:00



    mana ada yang berani....
kat sini kan orang gomen. jadi redho jelah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 07:34 AM | Show all posts
nak citelah sikit pasal bas ni kan.....

kes ni berlaku pada kawan kepada kawan saya.... saya panggil A jer lah yer...

Si A ni naik bas nadi putra nak ke alamanda waktu malam... sebab dia keje utk shift malamkan.... mula2 bas ni memanglah penuh... tapi bila dah nak sampai, bas ni boleh plak pegi round kat tempat lain dulu...

dan si A ni plak dah tinggal sorang2 kat dalam bas. tiba2 bas tu berenti kat satu tempat yang gelap.. (dah malam kan) driver tu tunjuk anu dia.....:@:@

nasib baik A ni pandai pujuk... dia cakap nanti lah dulu... dia nak pegi keje dulu... nanti dah balik bolehlah...... dan driver bas ni termakan pujukan tu. tapi, dia siap mintak no. phone lagi. dah mintak no. phone dia buat plak miss call nak tau betul ke tak no tu....

A ni sampai gak ke alamanda. tapi, dalam hati Allah jer yang tau macam mana perasaan dia..

p/s: ingatan kepada perempuan yang naik bas sorang2 tu. hati2.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 07:55 AM | Show all posts
Reply  Hana_Hirokawa


    jadi nak pindah ke mana
zidlan Post at 7-4-2011 15:13


takleh pindah kemana2... dah terpakse keje disini...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 08:14 AM | Show all posts
nak citelah sikit pasal bas ni kan.....

kes ni berlaku pada kawan kepada kawan saya.... saya pang ...
cik_lin Post at 8-4-2011 07:34



    betul ke ni cik lin.....?
atas rumah zidlan ada seorang pemandu nadi putra.
kalau betul bahaya ni.... :@
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 08:15 AM | Show all posts
takleh pindah kemana2... dah terpakse keje disini...
Hana_Hirokawa Post at 8-4-2011 07:55



    tak boleh ke pindah ke cawangan negeri
dok cawangan negeri best tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2011 08:36 AM | Show all posts
Reply 2396# zidlan


    memang betul kes ni....
saya pun geram jgk bila jadi kes macam ni...
dahlah kita percaya kat driver tu nak suh antar, tiba2 boleh plak dai buat gila macam tu...
nasib baik orang tu tak kene ape2... kalau tak sape nak bertanggungjawab....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 09:44 AM | Show all posts
tak boleh ke pindah ke cawangan negeri  
dok cawangan negeri best tau
zidlan Post at 8-4-2011 08:15


takleh.. pasalnye HQ saya adalah di serdang.. baru tuko dari KL.. takde branch lain... huhu.. nk dok area lain susah lak dpt transport direct terus ke opis.... kang mau punch kad merah sajorkkkkkkkk.. bertabah saje aa jawabnye..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 12:14 PM | Show all posts

Rakaman Astro Arena semperna kejohanan ragbi di Putrajaya semua dijemput hadir.

Post Last Edit by dilaOHdila at 8-4-2011 12:49

Astro Arena akan membuat rakaman kejohanan ragbi Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) bagi edisi Liga Super yang akan bermula pada 9 April 2011.

Oleh yang demikian semua dijemput hadir bagi yang berminat untuk menyaksikan perlawanan ragbi di Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya,Presint 5, Putrajaya.

Lokasi: http://www.sukandaily.com.my/v3. ... ion=com_content&;view=article&id=66:ragbi-putrajaya-venue-pilihan-krm&catid=1:berita-sukandailytempatan&Itemid=13

Berita Sepenuhnya: http://www.sukandaily.com.my/v3. ... ion=com_content&;view=article&id=75:mru-super-league-bermula-9-april-2011&catid=1:berita-sukandailytempatan&Itemid=13

Terima kasih.
MERGED
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 03:14 PM | Show all posts
Reply 2398# cik_lin


    lepas kejadian tu apa yang kawan awak buat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.534108 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list