CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kyas

ALLAH TAHU TAK?

[Copy link]
 Author| Post time 4-5-2005 02:16 PM | Show all posts
sesiapa pun boleh... mungkin aku juga... sbb kekadang kita ni memandai mandai... tak tau tapi mcm tau... ada juga yg tak tau diri sendiri dlm kesesatan lalu sebarkan kesesatannya... ada yg berilmu tapi sengaja putar belitkan fakta kitab mengikut citarasa sendiri...

bak kata iklan... macam macam ada!!

[ Last edited by kyas on 4-5-2005 at 02:36 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


msar This user has been deleted
Post time 4-5-2005 03:53 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 29-4-2005 09:56 AM:
allah maha mengetahui... adakah tuhan tahu di akhirat nanti kita masuk syurga atau neraka?



allah maha mengetahui...
syurga atau neraka bukan urusan kita... syurga dan neraka kedua-duanya makhluk

bak kata rabiatul adawiyah

"ya allah jika aku beribadat kerana nakkan syurgaMu maka haramkan aku darinya, dan jika aku beribadat kerana takutkan nerakaMu maka masukkan aku ke dalamnya"

kita beribadat semata-mata mencari keredahaan allah. kalau kita dah buat segala amal ibadat, tp allah masih nak masukkan kita ke dalam neraka, maha suci Allah yang menjadikan sekalian alam, Dia maha mengetahui...
Kita lihat malaikat Malik.. dia duduk di neraka tapi tak kena seksa pun

Tapi kita amal pun tak buat, pastu berangan nak masuk syurga.. pikirkanlah

kita ingatlah akan janji-janji Allah..
sesungguhnya allah tidak pernah memungkiri janji
Reply

Use magic Report

hihanz This user has been deleted
Post time 4-5-2005 06:29 PM | Show all posts
salam...

klu ader org tny kyas jwb lerrr.... tp jwb ngan berhati2...... ini hal ghaib...... ilmu pasal hal ghaib ini cukup terbatas bagi manusia...... kyas cuba explainkan pasal qada dan qadar..... insyallah allah org tue paham.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2005 09:52 PM | Show all posts

salam,

Originally posted by kyas at 29-4-2005 09:56 AM:
allah maha mengetahui... adakah tuhan tahu di akhirat nanti kita masuk syurga atau neraka?


I pernah berdiskusi ttg perkara lebih kurang sebegini dgn seorg kenalan... tahun lepas.. Ia berasas kepada konsep qhada dan qadar.

Kita semak maksud Qadha dan Qadar...

Sebab2 bg berlakunya sesuatu adalah tetap dan tak mungkin berubah pd bila2 masa pun, ia merupakan peraturan tetap bg alam.

Peraturan inilah yg dikatakan Qadar.

Kemudian segala sesuatu yg berlaku sbg hasil dr perkaitan satu sebab dgn yg lain itu dikatakan Qadha. Iaitu pelaksanaan (akibat) di atas peraturan yg tlh ditetapkan itu.

Maka, Allah tlh mengadakan peraturan sebab dan akibat bg sesuatu benda dan segala yg berlaku itu adalah hasil dr pertemuan sebab dgn sebab lain yg melahirkan Qadha Allah swt.  

Samada berhasil atau tidak, dikatakan Qadha belaka.

Pengetahuan Allah swt meliputi segala perkara dan kuasaNya mengatasi sekalian mahluk.

Rakan I  masih kurang faham.... so I buka cerita doremon...

Dlm siri doremon dia masuk ke dalam laci di mana dia boleh pergi ke masa hadapan.  Doremon boleh tahu apa yg berlaku pd masa hadapan... bagaimana pun sesuatu kejadian itu akan berlaku juga mengikut sebab dan akibat....

Hmmm... rakan I masih tak faham... u all faham tak apa yg nak I sampaikan....?

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 5-5-2005 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 3-5-2005 02:17 PM:
skrg ni camana nak jawap soalan ni:

kalau tuhan dah tau kenapa nak uji kita kemudian di hisab kemudian masuk syurga atau neraka?


kerana Allah anugerahkan kepada jin dan manusia kebebasan/kesedaran memilih. Makhluk yang lain tiada kebebasan ini selain patuh kepada perintah Allah.

Manusia boleh mencipta robot yang mengikut apa yang telah diprogramkan tetapi manusia tidak akan dapat mencipta robot yang punya kesedaran memilih||menilai mana yang baik atau sebaliknya. Ia tidak dapat berfikir dan memanipulasi sumber yang ada disekelilingnya sebagai ciptaan yang lain.

makhluk selain jin dan manusia - seperti robot||Program yang taat. Ada yang punya hawa nafsu dan ada yang tidak.

manusia - Robot||Program yang punya hawa nafsu dan kesedaran memilih taat atau engkar

Iblis seperti virus komputer yang menyerupai jin dan manusia yang sentiasa cuba menyesatkan manusia dari mematuhi sistem Pencipta manusia. Selagi ada kuasa elektrik(nyawa) dan komunikasi(hubungan melalui pancaindera dsb) selagi itu virus ini berusaha menyesatkan manusia.

Allah tidak menciptakan sesuatu untuk tujuan sia-sia. Dia Maha Agung, Perkasa, Mengetahui. Ciptaan manusia menyerlahkan kehebatan Allah sebagai Pencipta yang terbaik.

23:14. Kemudian Kami menciptakan daripada setitis mani, dadih darah; kemudian Kami menciptakan daripada dadih darah, seketul daging yang kecil; kemudian Kami menciptakan daripada seketul daging yang kecil, tulang; kemudian Kami mengelubungkan tulang dengan daging; kemudian Kami menumbuhkan dia sebagai ciptaan yang lain. Berkatnya Allah, pencipta yang paling baik!

Manusia||Robot||Program yang punya hawa nafsu dan bisa memilih dan membuat pilihan untuk mematuhi sistem Pencipta akan mendapat habuan yang cukup lumayan kerana mereka menjadi saksi kehebatan Allah.

2:33. Dia berkata, "Wahai Adam, beritahu mereka nama-namanya", maka setelah dia memberitahu mereka nama-namanya, Dia berkata, "Tidakkah Aku mengatakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib di langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu menampakkan dan apa yang kamu menyembunyikan?"

Manakala bagi manusia||robot||program yang telah memilih untuk dirosakkan oleh virus Iblis akan mendapat habuan yang tak kurang hebatnya dan mereka juga menjadi saksi kehebatan Allah.

Maka benarlah janji Allah, Maha Adil, Bijaksana, Perkasa.

15:39. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, oleh kerana Engkau telah membuat aku bersalah, aku akan menampakkan semuanya indah bagi mereka di bumi, dan aku akan membuat mereka bersalah, kesemuanya,

15:40. Kecuali hamba-hamba Engkau, antara mereka, yang tulus."

15:41. Berkata Dia, "Ini, bagi-Ku, adalah jalan lurus,

15:42. Kepada hamba-hamba-Ku, kamu tidak ada kuasa, kecuali orang-orang yang mengikuti kamu, yang bersalah.

15:43. Jahanam menjadi janji temu mereka, kesemuanya.

15:44. Baginya tujuh pintu, dan ke dalam tiap-tiap pintu, satu bahagian yang telah ditentukan daripada mereka."

15:45. Tetapi orang-orang yang bertakwa, di dalam taman-taman dan mata-mata air.

15:46. "Masuklah ke dalamnya, dengan kesejahteraan, aman!"

15:47. Kami mencabutkan perasaan dendam yang ada di dalam dada mereka; seperti bersaudara, mereka berada di atas sofa-sofa berhadapan muka.

15:48. Keletihan tidak menyentuh mereka di dalamnya, dan tidak juga mereka akan dikeluarkan darinya.

15:49. Beritahu hamba-hamba-Ku bahawa Akulah Yang Pengampun, Yang Pengasih,

15:50. Dan bahawa azab-Ku adalah azab yang pedih.

Sama-samalah kita meng-update hubungan kita dengan Pencipta setiap masa supaya terhindar daripada virus Iblis yang lama atau yang baru. Insya-Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2005 11:45 AM | Show all posts
ok... tima kasih pada yg sudi bagi buah fikiran... sungguh2 aku hargai

ni pendapat aku pulak:

"tuhan sudah tahu result kita lulus atau gagal, uji utk apa lagi?"

bg saya persoalan ni timbul sbb kita adalah manusia
yg punya pengetahuan yg terhad
tapi mahu meletakkan diri kita ditempat tuhan
maka takkan tercapailah akal kita

sedang salah satu sifat allah itu adalah ilmun...
iaitu maha mengetahui...
yg maknanya tiada satu perkara pun yg diluar pengetahuannya
yg meliputi segala dilangit dan dibumi
yg ghaib dan yg nyata
yg dahulu, skrg dan akan dtg

jadi kalau semua perkara adalah dlm pengetahuannya..
adalah suatu yg tak relevan kalau kita kaitkan suatu kejadian dgn apa yg tuhan tahu.

level soalan tu sama je dgn soalan2 seperti di bawah:

1. kenapa di ciptakan nabi isa kalau dia tahu injil akan dicemarkan dan 'ahmad' akan muncul sbg nab terakhiri?

2. kenapa bumi diciptakan kalau dia tahu akan berlaku kiamat?

3. kenapa manusia diciptakan kalau dia tahu mereka akan melakukan kerosakan dan berbunuhan?

4. kenapa tidak terus masukkan manusia ke dalam neraka kalau dia tahu mereka akhirnya nanti akan melakukan kemungkaran?

5. kenapa tidak jadikan manusia ini tidak punya nafsu kalau dia tahu manusia akan terdorong oleh nafsu?

6. kenapa tidak humban saja iblis ke neraka awal2 kalau dia tahusyaitan akan mempengaruhi kearah kesesatan?

7. kenapa tidak terus masukkan kita semua ke syurga kalau dia tahu dunia ini sementara je?

8. kenapa perlu diutuskan rasul2 dan nabi2 yg khabarnya beribu org kalau dia tahu manusia tetap berdegil?

bg saya persoalan2 di atas tidak punya kaitan dgn apa yg tuhan tahu... sbbnya tuhan tahu semua hal... sifat ilmun allah itu tak akan berubah walau apa pun berlaku...

ia lebih berkaitan dgn sifat allah yg lain iaitu allah punya kehendak iaitu iradat...

maka bila allah berkehendakkan sesuatu maka jadilah.

jadi bila ditanya kenapa begitu... sbbnya adalah itu yg allah mahu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2005 04:34 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 29-4-2005 09:56 AM:
allah maha mengetahui... adakah tuhan tahu di akhirat nanti kita masuk syurga atau neraka?

Apasal kau buat pertayaan maca tu. Allah maha mengetahui...so soalan kau Allah tahu Tak? sangat bertentangan sekali:no:
Reply

Use magic Report

hihanz This user has been deleted
Post time 5-5-2005 04:45 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 5-5-2005 11:45 AM:
level soalan tu sama je dgn soalan2 seperti di bawah:

1. kenapa di ciptakan nabi isa kalau dia tahu injil akan dicemarkan dan 'ahmad' akan muncul sbg nab terakhiri?

2. kenapa bumi diciptakan kalau dia tahu akan berlaku kiamat?

3. kenapa manusia diciptakan kalau dia tahu mereka akan melakukan kerosakan dan berbunuhan?

4. kenapa tidak terus masukkan manusia ke dalam neraka kalau dia tahu mereka akhirnya nanti akan melakukan kemungkaran?

5. kenapa tidak jadikan manusia ini tidak punya nafsu kalau dia tahu manusia akan terdorong oleh nafsu?

6. kenapa tidak humban saja iblis ke neraka awal2 kalau dia tahusyaitan akan mempengaruhi kearah kesesatan?

7. kenapa tidak terus masukkan kita semua ke syurga kalau dia tahu dunia ini sementara je?

8. kenapa perlu diutuskan rasul2 dan nabi2 yg khabarnya beribu org kalau dia tahu manusia tetap berdegil?


salam....

kyas... hanz ada dengar satu ceramah kenapa kita dihidupkan didunia..... Allah menciptakan manusia sebab nabi muhammad s.a.w..... itu jerr...... kita hidup sebab nabi muhammad s.a.w... hanz ceritakan sedikit pasal ceramah nie.....  selepas nabi allah adam makan buah khuldi allah menarik balik nikmat syurga... sebelum nabi allah adam turun ker bumi allah..... nabi allah adam pergi ke-asrys allah s.w.t untuk meminta ampun maaf kerana telah melanggar perintah allah....  nabi allah adam minta ampun ttp tidak diterima oleh allah di-asrys akhirnya nabi allah adam turun ke bumi bersama hawa... nabi allah adam still menangis2 kerana takutkan azab allah... allah tidak mengampunkannya... akhirnya nabi allah adam teringat diatas asrys allah terdapat satu nama "mim ha mim dal" muhammad yg bererti yg terpuji..... nabi allah adam membaca doa disertakan dgn nama muhammad.... akhirnya doa nabi adam diterima... allah s.w.t bertanya darimana kamu tahu akan muhammad itu.... nabi allah adam menjawab dari atas asrys Mu sebelum aku turun ke dunia aku terlihat nama itu.... allah s.w.t menjawab balik tidaklah Aku (allah) menciptakan kesemua ini (malaikat,jin iblis, manusia, syurga,neraka, dll) kecuali dia seorang...... Itulah allah..... kerana nabi muhammad s.a.w seorang.... allah sanggup cipta kita semua...... sbb itu kita mesti membiasakan diri berselawat selepas membaca doa...... klu tidak doa kita dianak tirikan..... Allah tahu apa yg berlaku..... ttp allah juga berhak mengubah apa yg berlaku.....

ok kyas pernah dgr tak cerita seorang pelacur dgn anjing..... pelacur tersebut byk buat dosa akhirnya disbbkan dia bvagi minum ajing yg kehausan dia dimasukkan kesyurga dan bukan ke neraka...... lgi cerita seorg pembunuh yg ingin bertaubat... dia dah bunuh 100 org paderi kerana kesemua paderi itu berkata taubat anda tidak diterima..... kemudian dia bertanya dekat paderi 101 dia nak bertaubat ttp paderi tersebut mengatakan taubatnya tidak diterima dan suruh berjalan kesuatu kampung yg dimana penduduknya boleh menolong org terbabit..... akhirnya pembunuh tersebut mati belum sempat dia bertaubat....  malaikat malik dan riduan berebut2 nak ruh nya... mailaikat malik berkat org nie byk melakukan pembunuhan dosa maka tempat yg selayaknya ialah neraka dan malaikat riduan menjawab org ini ingin bertaubat maka tempat selayaknya ialah syurga..... samapai akhirnya allah memberi kata putus kira jaraknya dan akkhirnya malaikat riduan menang dgn kelebihan jarak yg cukup sedikit.....

ok kyas.... byk lgi cerita .. sampai sini jer ..... ini semua hal allah hal yg terlalu ghaib..... jd jgn fikir yg bukan bukan..... syaitan cuba hilangkan keyakinan kyas.... ok.... para nabi jer boleh mendapat keyakinan 100% tp kita 1% belum tentu lagi.....  walaupun ia 1% ttp disisi allah kita amatlah tinggi darjatnya.... sbb kita manusia biasa... kita tidak pernah lihat allah.... kita tidak pernah berinteraksi dgnnya  berckp terus menerus sepertimana nabi2 rasul2 para malaikat..... lagi satu kita nie akhir zaman..... kita tidak kenal bagaimana rupa muhammad s.a.w, kita tidak kenal siapa itu muhammad s.a.w, ttp kita tahu muhammad s.a.w itu adalah rasul kita..... kita ttp yakin walaupun 1%.... dah 1400 thn dia meninggalkan kita tp kita ttp yakin..... itu lah kelebihan kita..... sbb itulah umat nabi muhammad s.a.w adalah umat yg teragung..... walaupun dipenuhi dgn segala rintangan, org membenci ttp kita tetap dgn hati yg teguh.....  still percaya still yakin.... islam adalah benar..... allah adalah benar.... kiamat adalah benar.... al-quran adalah benar.... malaikat adalah benar..... penghulu kita Nabi muhammad s.a.w adalah benar...... semua itu terpulang pada kyas... jgn hilang keyakinan tue...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2005 05:10 PM | Show all posts
insyaAllah... makin kuat...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2005 05:31 PM | Show all posts
Assalamualaikum.

Dalam kajian ilmu tauhid zat Allah itu bersifat ia dengan sifat Ilmu..iaitu mengetahui..pengetahuan Allah meliputi setiap yg wajib iaitu zat dan sifatNya dan Yg harus iaitu yg selain dari zat Allah.Allah mengetahui apa yg telah terjadi yg sedang terjadi dan yg akan terjadi...

Perlu diingat dlm pebahasan ilmu tauhid Allah mempunyai satu sifat yg harus..iaitu membuat atau tidak membuat akan sesuatu.Jadi faham disini ialah kejadian alam ini HANYALAH [b]HARUS DISISI ALLAH(Allah boleh buat dan boleh tak buat.)

Persoalan kenapa Allah buat begini dan begini dan begitu adalah mustahil dapat dijawap semuanya kerana itu adalah urusanNya.Soalan itu akan bekait kait yg membawa kepada kerosakan iman seseorg...sehingga nanti seseorg akan bertanya kenapa Allah tidak melantik aku menjadi nabi? atau kenapa bukan aku yg dilahirkan sebagai Nabi Muhammad s.a.w?

Ada atau tiadanya kita tiada nilai langsung disisi Allah yg maha tinggi.

Samaada kita dari ahli neraka atau tidak, semuanya ketentuan Allah ..tetapi Allah tidak melepaskan kita begitu saja..Allah telah memerintah serta menunjukkan apa-apa yg perlu kita buat setelah kita diciptakannya.Kerana itulah diturunkan Rasul dan KitabNya.

Dalam satu hadith: Seorg sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w, "dapatkah dikenali ahli syurga daripada ahli neraka" jawab nabi s.a.w "Ya". Sahabat itu bertanya lagi "Jadi untuk apa seorg itu beriman dan berbuat amal soleh"?.jawab nabi lagi" seorg itu beriman dan beramal soleh mengikut apa yg telah ditentukan utknya dan mengikut apa yg telah dipermudahkan baginya".(minta tolong yg pakar hadith betulkan hadith ini)

Abu Jahal diperintahkan supaya beriman tetapi dikehendaki Allah sebagai ahli neraka maka mati ia sebagai kafir.
Kita diperintahkan supaya beriman,tetapi belum tentu Ahli syurga kerana iman yg dikehendaki ialah ketika diakhir hayat kita..jadi disinilah "DOA" dianjurkan sebagai wasilah .

Kesimpulannya .kena ngaji Ilmu tauhid dari kitab yg muktabar dgn guru yg betul ..insyaallah.

Wallahua'lam..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2005 12:43 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 3-5-2005 01:50 PM:
ok rasa nya semua setuju tuhan maha mngetahui nasib kita di akhirat nanti. aku pun sama.

persoalan kemudiannya ialah kalau dah tau kenapa nak uji kemudian di hisab kemudian masuk syurga atau neraka?



Ini lebih kepada masalah bahasa sebenarnya, kalau soalan ni dapat diperbaiki, kekeliruan akan berkurangan insyallah...

Bila disbut ujian ramai yang fikir atau terlintas di kepala seperti ujikaji...
ujikaji kat makmal..faham tak?
Kalau kita buat ujikaji, tentulah kita nak tahu apa hasilnya dan tentulah kita nak tahu sebab pada asalanya kiat tak tahu.
Kalau dah tahu, bukan ujikaji lagi, tapi lakonan.
Jadi bila kita kata tuhan menguji kita, seolah-olah kita kata tuhan tak tahu sebab itulah konteks bahasa kita.

Kita selalu menggunakan perkataan tuhan menguji kita...
.... tapi yang lebih tepat ialah tuhan memberi kita ujian..
atau kalau nak lebih tepat lagi, kita diberi pilihan yang sukar, kalau senang bukanlah ujian namanya. Lagi kuat iman, lagi berat DUGAAN yang menimpa, ya dugaan adalah perkataan yang lebih tepat digunakan dari ujian...

Jadi kekeliruan banyak timbul adalah berpunca dari pengunaan perkataan ujian yang membawa pengertian ujikaji di minda kita.

Di dalam al-quran, perkataan yang digunakan ialah "balwa" dan jika kita tengok kamus arab ia bermakan kesukaran.

Kalau isu ni dah selesai, timbul pula isu, kalau Allah dah tahu apakah kesudahannya bagi manusia, kenapa kita masih dijadikan? Jawapan kyas memang sangat tepat iaitu kerana Allah berkehendak, dan tidaklah dijadikan manusia itu hanya untuk menyembah Allah. Tapi tidaklah dijadikan manusia itu untuk masuk neraka, tapi manusia sendiri yang diberi pilihan oleh Allah memilih untuk masuk neraka dengan mengikarinya.

[10:100] Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturanNya) dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintahNya).

[ Last edited by zentex on 6-5-2005 at 12:57 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2005 01:23 AM | Show all posts
Ada yang berpendapat, manusia melakukan kejahatan atau kebaikkan diatas kemahuannya sendiri bukan ditentukan oleh Allah.

Ada jugak yang berpendapat, baik buruk manusia itu datangnya dari Allah, bukannya dari manusia itu sendiri

Ada jugak yang berpendapat baik buruk manusia itu datangnya dari Allah, tetapi dapat dirubah oleh manusia.

Dan bermacam macam pendapat lagi...

Apa yang ditanya oleh kyas itu pada pendapat aku adalah asas sebelum mengenal tuhan. Susah nak aku explainkan kat sini tentang pertanyaan ko tu kyas, nanti ada yang tersalah tafsir, tak pasal pasal menanggung dosa yang teramat sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2005 01:44 AM | Show all posts
sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui...
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 6-5-2005 08:28 AM | Show all posts
39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

39:55. Dan ikutlah yang paling baik daripada apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, sebelum azab datang kepada kamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedari."

39:56. Supaya sesuatu jiwa tidak berkata, "Aduhai, menyesalnya aku atas apa yang aku melalaikan dalam kewajipanku kepada Allah, dan aku adalah orang yang mengejek."

39:57. Atau ia berkata, "Sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku, tentu aku termasuk orang-orang yang bertakwa."

39:58. Atau ia berkata, apabila ia melihat azab, "Sekiranya aku dapat kembali lagi, dan menjadi antara orang-orang yang berbuat baik."

39:59. "Ia benar! Ayat-ayat-Ku telah datang kepada kamu, tetapi kamu mendustakannya, dan kamu menyombongkan diri, dan kamu termasuk orang-orang yang tidak percaya (kafir)."

Manusia|Program mempunyai pilihan untuk percaya atau tidak. Yes or no. Bit 1 or 0. Alasan untuk menyalahkan takdir punca masuk neraka ditolak sama sekali.

Antara takdir yang biasanya dijadikan alasan,

- tidak tahu bahasa arab sebab bukan orang arab
- dilahirkan oleh keluarga non-muslim
- Allah tak pernah turunkan sesuatu pun sebagai panduan
- Mukjizat tidak turun bersama nabi Muhammad
- tak mampu berfikir sebagaimana ulama berfikir
- tersesat sebab ditakdirkan mengikut guru sesat
- hanya orang tertentu ditakdirkan dapat memahami Alquran, aku tidak.

dan macam-macam lagi alasan namun itu semua tertolak kerana manusia punya pilihan, percaya atau tidak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2005 08:57 AM | Show all posts
ayat berkaitan kehendak Allah

"dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu." [al maidah:48]
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2005 11:00 AM | Show all posts
Originally posted by UFWL at 2005-5-5 05:31 PM:
Assalamualaikum.

Kesimpulannya .kena ngaji Ilmu tauhid dari kitab yg muktabar dgn guru yg betul ..insyaallah.


Ya setuju.

Ada orang kata itu jawapan tipikal orang Islam ni...kena belajar ..kena belajar..cari guru...cari guru...

Satu masa dahulu saya juga sebegitu, tindakbalas awal saya bila mendengar ayat seperti di atas ialah "BOORING!!"

Tapi sekarang melalui pengalaman peribadi, saya dapati hakikatnya memang begitu, terutama dalam ilmu seperti tauhid.

Belajar melalui membaca sendiri ini hanyalah sebagai bahan tambahan , terutama bagi yang dah ada asas yang kukuh atau initial trigger bagi yang belum tahu apa-apa.

Banyak kelebihan belajar berguru ni kalau dibandingkan dengan belajar melalui bacaan / forum internet semata-mata. Antaranya:

i) Guru yang beradab selalunya akan membaca doa-doa relevan dan prosedur tertentu sebelum memulakan pengajian jadi menambah keberkatan.
ii) Pelajaran selalunya dibuat di masjid/surau/tempat kuliah yang boleh menambah lagi keberkatan pembelajaran ilmu.
iii) Bagi bab yang susah (mengikut pengalaman guru dan analisa audiens), dia akan go slowly -- dan diulang-ulang sehingga betul-betul faham secara verbal terutamanya dengan penekanan pada frasa/frasa atau konsep-konsep tertentu, satu perkara yang agak mustahil hendak dilakukan melalui media lain seperti cetak dan internet utk memperolehi kesan yang sama kepada pelajar.
iv) Semasa atau selepas pembelajaran boleh berinteraksi secara terus. Kita boleh hakimi keikhlasan guru dengan bersalaman dengannya....mendengar tone suara dia..melihat kelakuan dan adabnya....dia juga boleh menilai keikhlasan kita berguru dengannya..dan juga "appreciate" DOSA yang akan ditanggungnya sekiranya ilmu yang diajarkan itu tidak betul. Ini bukanlah satu cara foolproof utk penilaian tetapi adalah  LEBIH BAIK daripada berguru dengan seorang yang tidak dikenali di Internet.

Masalahnya ialah amatlah susah untuk mencari guru mengajar TAUHID yang baik sekarang ni...banyak yang fokus kepada ilmu yang lebih senang seperti hadith, tafsir, feqah dan sebagainya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2005 11:26 AM | Show all posts
saya pun setuju
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 6-5-2005 12:05 PM | Show all posts
30:20. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia mencipta kamu daripada tanah; kemudian tiba-tiba, kamu menjadi manusia, bertaburan di merata-rata.

30:21. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, teman-teman hidup, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia mengadakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

30:22. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah ciptaan langit dan bumi, dan perbezaan dalam lidah (bahasa) kamu, dan warna. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang tahu.

30:23. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah tidur kamu pada waktu malam dan siang hari, dan kamu menginginkan sebahagian daripada pemberian-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar.

30:24. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah Dia memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan dari langit air, dan Dia menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

30:25. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa langit dan bumi berdiri dengan perintah-Nya; kemudian, apabila Dia menyeru kamu dengan satu seruan, kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar.

30:26. Dan kepunyaan-Nya sesiapa yang di langit dan di bumi; semua patuh kepada-Nya.

30:37. Tidakkah mereka melihat bahawa Allah menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa yang Dia mengkehendaki? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mempercayai.

Pencipta manusia adalah guru yang paling baik kepada

- kaum yang memikirkan
- orang-orang yang tahu
- kaum yang mendengar
- kaum yang memahami
- kaum yang melihat
- kaum yang mempercayai
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2005 03:59 PM | Show all posts
Alhamdulillah,
Pandangan kyas seperti mengkaji dzat ketuhanan yg terhad pada pemikiran manusia. Sungguhpun allah itu mengetahui, ketentuan Allah bermula daripada sendiri

Jika Allah menghendaki kita selamat maka 'naluri' manusia akan menyelamatkan diri daripada bahaya. Jika sebaliknya, maka yg buruk adalah daripada kita sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2005 05:59 PM | Show all posts
Ini saya cut and paste dari http://suluk98.tripod.com/aqidah3.html. Pada pendapat saya, item 11 saya rasa adalah yang bersangkutan dengan soalan yang ditanya oleh tuan rumah.


Apa dasar Iktiqad puak Ahli Sunnah Wal-Jama'ah ??

Erti "Ahli Sunnah Wal-Jama'ah" iaitu orang - orang yang mengikut perjalanan Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan menggunakan segala hadis - hadis yang sahih dan sabit dari Nabi kita dan mereka juga mengikut perjalanan sahabat -sahabat Radhiallahu Anhum dan menggunakan segala perkataan - perkataan sahabat yang betul dan sabit yang datang dari sahabat - sahabat itu, bagaimana tersebut di dalam Kitab At Tabsir Fiddin.

Berkata Syaikhuna Al 'Allamah Al Syeikh Muhammad Zahid Al Kauthari :

"Wajiblah kita berkata bahawa orang yang selamat (annaji) daripada api Neraka, siapa yang berjalan di atas perjalanan sahabat - sahabat Radhiallahu 'Anhum dan di atas perjalanan golongan orang Islam yang terbanyak daripada umat Islam, yang mereka berpegang kepada iktiqad - iktiqad dan hukum - hukum yang sabit adanya di dalam ugama Islam yang diketahui dengan ilmu dharuri (yang nyata tiada boleh disangkal dan tiada dapat dibantah sebagai ada matahari dan ada diri kita sendiri) dan lain - lain puak (yang tiada mengikut perjalanan sahabat dan perjalanan orang - orang Islam yang terbanyak daripada umat Islam) adalah mereka sesat", (menurut suatu hadis : tiap - tiap sesat itu bertempat di api Neraka).

Hendaklah diketahui bahwa berpecah puak - puak dalam perkara iktiqad dan bercabang - cabang puak - puak itu tiada berkesudahan sehingga habis tarikh hidup manusia, maka tiadalah sayugia ditentukan sekian - sekian banyak bilangan puak - puak yang sesat itu, kerana sentiasa ada sahaja puak - puak yang mereka menimbulkan fikiran sesat itu dan fahaman yang menyeleweng (dari perjalanan sahabat dan perjalanan orang - orang Islam yang terbanyak), selagi ada hidup manusia dalam dunia ini. Di ambil dengan ringkas dari pendahuluan bagi kitab At Tabsir Fiddin.

Telah berkata puak Ahli Sunnah Wal-Jama'ah dan telah ijma' dan muafakat mereka bahawa dasar iktiqad seperti berikut:

1. Alam iaitu tiap - tiap yang lain daripada AlLah Taala itu baharu seperti bintang - bintang, matahari, bulan. Langit, bumi dan isi kandungan keduanya.

2. Wajib wujud ada AlLah Taala

3. Tiada siapa yang menjadikan sesuatu melainkan AlLah jua.

4. AlLah Taala itu qadim kekal selama - lamanya.

5. AlLah Taala itu bersifat dengan sifat - sifat ilmu (ketahui), kudrat (kuasa) dan lain - lain sifat kesempurnaan bagi AlLah Taala.

6. Tiada ada sesuatu serupa dengan AlLah, dan tiada ada lawan bagi AlLah dan tiada ada sebaya bagi AlLah Taala.

7. Tiadalah AlLah Taala bertempat di mana - mana tempat.

8. Tiadalah ada sesuatu yang baharu ada pada zat AlLah Taala.

9. AlLah Taala itu tiada mengambil sesuatu ruangan yang lapang, tiadalah AlLah Taala ada pada suatu pihak, dan tiadalah AlLah Taala dikatakan bergerak, berpindah tempat, jahil, bodoh, bohong, dan tiada ada sesuatu pun sifat kekurangan boleh disandarkan kepada AlLah Taala.

10. AlLah Taala itu boleh dilihat oleh orang - orang mukminin di akhirat kelak.

11. Apa yang AlLah Taala berkehendakkan, nescaya ia akan berlaku, dan apa yang AlLah Taala tiada berkehendak maka tiadalah ia akan berlaku.

12. AlLah Taala itu terkaya dari tiap - tiap sesuatu dan AlLah Taala tiada berhajat pada sesuatu.

13. Tiada wajib di atas AlLah Taala membuat atau meninggalkan sesuatu, kiranya AlLah Taala beri pahala kepada seseorang maka itu hanya dengan limpah kurnia kelebihan AlLah, dan kiranya AlLah Taala seksa seseoerang itu maka itu hanya berlaku dengan keadilan AlLah jua.

14. AlLah Taala membuat sesuatu tiada dengan ada tujuan mendapatkan faedah dari sesuatu itu.

15. Tiada sesiapa yang menjadi hakim memerintah AlLah Taala.

16. Tiadalah boleh dikatakan pada apa yang dibuat atau dihukumkan AlLah Taala itu suatu perkara yang zalim dan aniaya dan menyeleweng.

17. AlLah Taala itu tiada bersuku - suku dan tiada ada baginya had, dan tiada ada baginya batasan dan perenggan dan sempadan.

18. AlLah Taala berkuasa pada menambah bilangan makhlukNya dan AlLah Taala berkuasa pada mengurangkan bilangan makhluk itu.

19. Jisim manusia dan makhluk akan

    * dihidupkan semula pada hari qiamat adalah benar dan betul.
    * Begitu juga benar bahawa balasan baik atau jahat di atas perbuatan makhluk, dan
    * kira-mengira di atas perbuatan makhluk,
    * titian Sirat yang dilintangkan di atas api Neraka,
    * neraca timbangan bagi makluk,
    * Syurga telah ada sedia dan Neraka itu telah ada sedia dijadikan,
    * kekal ahli Syurga di dalam Syurga selamanya dan kekal ahli Neraka dalam Neraka selamanya,

semuanya itu benar dan betul dan hak.

20. Harus dan boleh bagi AlLah Taala mengampunkan kesalahan orang yang berbuat dosa.

21. Rayuan syafaat minta ampunkan kesalahan kepada AlLah Taala itu adalah rayuan itu hak dan betul dan benar.

22. AlLah Taala telah menghantarkan Rasul - rasul dengan disokong oleh berbagai - bagai mukjizat itu, dari semenjak Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kesudahan rasul - rasul tiada ada nabi atau rasul lepas dan sesudah Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, semuanya itu betul, benar dan hak.

23. Sahabat - sahabat yang mengikat taat setia kepada RasululLah Sallallahu Alaihi Wasallam di bawah pokok yang dinamakan Bai'atul Redzwan itu dan sahabat - sahabat yang ada di dalam pasukan peperangan di tempat yang dinamakan Badar itu semuanya mereka dari golongan ahli Syurga.

24. Raja yang memerintah umat Islam wajib dilantik oleh orang - orang Islam yang berpengaruh yang dinamakan mereka Ahlul Hilli Wal Aqdi.

25. Pemerintah yang benar, betul dan hak selepas wafat Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ialah Khalifah Sayidina Abu Bakar, kemudian Sayidina Umar, kemudian Sayidina Othman kemudian Sayidina Ali Radhiallahu 'Anhum Ajmain.

26. Khalifah yang lebih afdal dan lebih utama mengikut tertib dan susunan di atas ini iaitu

    * Khalifah Sayidina Abu Bakar, kemudian
    * Sayidina Umar, kemudian
    * Sayidina Othman kemudian
    * Sayidina Ali Radhiallahu 'Anhum Ajmain.

27. Kita Ahli Sunnah Wal-Jama'ah tiada menghukum kafir ke atas seseorang yang sembahyang menghadap Kiblat Kaabah di Mekah Al Mukarramah, melainkan kiranya orang itu menafikan ada tuhan yang menjadikan alam ini yang bersifat Maha Kuasa dan bersifat Maha Mengetahui, atau kiranya dia menyekutukan sesuatu dengan AlLah (syirik) atau kiranya dia ingkarkan seseorang Nabi daripada Nabi - nabi AlLah Taala yang telah nyata kenabiannya atau ingkarkan sesuatu yang telah datang daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang telah diketahui dengan ilmu dan ketahui yang dharuri, atau dia ingkarkan sesuatu perkara yang ijmak dan sekata ulama Islam pada seperti dia ingkarkan perkara yang telah sabit ijmak ulama di atas haram perkara itu.

Ini adalah iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jama'ah dan pegangan kepercayaan mereka Adapun puak - puak yang lain dari tersebut adalah bida'ah dan tiada kufur, maka iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jama'ah itu seperti yang disebutkan di atas ini adalah iktiqad yang selamat dan sejahtera dan sentosa dari api Neraka. Adapun iktiqad yang lain dari tersebut adalah bida'ah dan tiada kufur dan tiap - tiap bida'ah itu sesat dan tiap - tiap yang sesat itu adalah balasannya Neraka.

Berkata Al Imam Tajuddin Assubki dalam Mu'aidunni'am Wal Mubidunniqam :

    * Orang - orang mazhab Hanafi,
    * orang - orang mazhab Asy Syafi'e dan
    * orang -orang mazhab Maleki dan
    * orang -orang yang baik dari mazhab Hanbali

Alhamdulillah dalam perkara iktiqad semuanya bersatu, semuanya mereka berjalan di atas fikiran Ahli Sunnah Wal-Jama'ah, semuanya berugama dan menyembah AlLah Taala menurut Imam Ahli Sunnah iaitu Al Imam Abu Al Hassan Al Asy'ari Rahimahullah Taala.

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.121489 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list