CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: homeboy

Sarah : Tiada Dikau Tiada Makna

 Close [Copy link]
Post time 19-7-2005 12:52 AM | Show all posts
dh dgr lagu TDTM... boleh thn...... satu xperimentasi vokal dr sarah... nak2 part yg dia mcm nak naikkan suara dia... tp mcm tak tinggi sgt n dikontrol dgn baik sekali... sblm ni tak penah dgr dia buat teknik cmtu... ada harapan la aku akan beli gak album dia ni tak lama lg... aku suka sarah ni sbb dia suka buat xperiment dgn teknik vokal dia... mcm ct dlu2... n cara dia bwk sesuatu lagu tu msti ada kelainan dr lagu sblmnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2005 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by Raindancer at 2005-7-15 03:50 PM:
betul ke?:clap::clap::clap:

lagu Bersamamu tu slalu kuar kat KL.fm atau muzik.fm....lagi satu nak tanye sket, summer snow dengar lagu Menari Dengaku tu kat mane?:hmm: Red 104.9 ke?:hmm:
yap...
dgr kat red104.9
mula2 rasa cam biasa..
lama2 dgr..ok gak..:ah:

oo..Bersamamu slalu kat KL.FM/muzik.FM?
okey...tq
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2005 04:25 PM | Show all posts
ATTENTION!~

lagu BERSAMAMu dah pun masuk ke carta Baru@ERA....no.4...keep voting this song dan tolong la request lagu ni di Pilihanmu di ERA....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2005 07:12 PM | Show all posts
kat Radioblogclub, dah bleh layan lagu Bersamamu...so Rhyno pun layan la lagu ni for the 1st time tadi...not bad...:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2005 10:53 PM | Show all posts
Radioblogclub tu kat mane leh dengar?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2005 06:44 PM | Show all posts
www.radioblogclub.com

taip bersamamu kat kotak Search tu pastu klik  [-12d] Sarah - Bersamamu

got it?:bgrin:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2005 08:02 AM | Show all posts
kepada semua peminat Sarah,
minggu ni 30/7/2005  (sabtu)
jam 9 mlm
rtm
live ZOOM IN bersama Sarah

tiket macam biasa la,kena panjat bukit angkasapuri tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2005 06:47 AM | Show all posts
Originally posted by summer_snow at 25-7-2005 08:02 AM:
kepada semua peminat Sarah,
minggu ni 30/7/2005  (sabtu)
jam 9 mlm
rtm
live ZOOM IN bersama Sarah

tiket macam biasa la,kena panjat bukit angkasapuri tu...


aku dah tengok smalam.....pendpt aku ade kat thread siti sarah online....bace la...x nak bace pon takpe...
:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2005 06:49 AM | Show all posts
ni review dari BiPoP dari Treksuzan...bace la...

Cair juga dengar alunan Sarah

ARTIS: Sarah

JUDUL: Tiada Dikau Tiada Makna

GENRE: Pop



SETIAP satu lagu yang dimuatkan punya titik kepuasan yang tersendiri. Macam bersandar pada satu kekuatan yang ajaib. Jujurnya cair saya dengan lagu Tiada Kau TiadaMakna. Nukilan siapa lagi kalau bukan penyanyi dan komposer berbakat, Hazami.

Lagu berentak balada dan sentimental ini sesuai sangat untuk insan bercinta yang sedang melayan hati. Apatah lagi buat sang kekasih yang sedang di ambang perpisahan. Hmmm, entah mengapa tersentuh betul saya dengan lagu ini.

Apapun tidak lengkap rasanya kalau tiada hidangan yang rancak bertenaga daripada penyanyi kecil molek bersuara dinamis ini. Sarah terbukti tahu apa yang diingininya dalam album ketiganya.

Lantas Menari Denganku (duet bersama Zahid) oleh Neves Pretty Ugly menangkap halwa telinga. Memang cukup menarik sentuhannya. Lucu pula kerana ia turut diselitkan dengan dialog bersahaja antara Sarah dan Zahid. Hmmm, ada apa-apa ke...

Selain lagu yang disenaraikan, Sarah turut mencuba khidmat komposer muda Affendy untuk lagu berjudul Bersamamu.

Tidak ketinggalan Azlan Abu Hassan (Malis Cinta), Adnan Abu Hassan (Pesona Bicara), Ajai (Kasihku Tunggu), G-Nola (Perihal Cinta Sejati) dan ramai lagi. Sebagai bonus turut dimuatkan Sandarkan Pada Kenangan (duet bersama Jamal Abdillah).

Saya tabik pada Sarah dan mereka yang bertanggungjawab menerbitkan album ini. Memang terbukti ia album terbaiknya setakat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2005 08:56 PM | Show all posts
Ulasan dari album baru@ERA tentang album TDTM...

Sarah, penyanyi genit muncul dengan album ketiga, Tiada Dikau Tiada Makna. Segera dapatkannya di pasaran! 3.5/5 bintang.


Setelah muncul dengan dua buah album, Sarah Raisuddin atau Sarah kini boleh menarik nafas lega kerana muncul dengan lagu-lagu baru menerusi album ketiga beliau yang masih dibawah naungan NAR records. Apabila mendengarkan lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini, saya yakin ia akan menjadi salah satu album pilihan ramai untuk tahun ini.

Sarah masih mengekalkan identitinya sebagai penyanyi balada R&B dan kali ini album `Tiada Dikau TIada Makna ini ada keistimewaannya. Beliau muncul dengan single rancak berduet dengan Zahid AF2 berjudul Menari Bersamaku ciptaan dan lirik oleh Neves. Saya rasa kebanyakan stesen radio memilih lagu ini sebagai single pertama kerana ia sebuah lagu yang ceria, `catchy'', segar dan lirik yang cukup menghiburkan ditambah lagi dengan gandingan vokal kedua-duanya yang seakan serasi.


12 buah trek lagu tersenarai di dalam album ini dan selain tajuk album ini, lagu yang turut mendapat perhatian adalah sebuah lagu balada ciptaan dan lirik oleh Affendey berjudul Bersamamu. Saya yakin ia akan mejadi sebuah lagu hit suatu masa nanti.

Secara peribadi saya lebih gemarkan lagu ciptaan Hazami di trek nombor tiga iaitu Cuma Permainan. Saya berpendapat lagu ini benar-benar menguji vokal Sarah di tambah lagi dengan susunan muziknya yang menarik dan hebat.

Album yang diterbitkan oleh ramai penerbit terkenal ini juga menyelitkan beberapa buah lagu pop rock, antaranya Tinggal Serpihan ciptaan G-Nola. Rasanya lagu ini seakan bayangan lagu-lagu yang pernah didendangkan oleh kumpulan Exists.


Tiada Dikau Tiada Makna adalah buah tangan daripada Sarah kepada peminat-peminatnya yang sudah lama menanti lagu-lagu terbaru beliau. Semoga album ini mengembalikan populariti Sarah sebagaimana munculnya album pertama beliau dahulu.


Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2005 10:17 PM | Show all posts
GO SARAH....aku harap dia akan kembali ke tahtah... sarah pleeese.... takkan nak biar misha jer yg naik..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2005 12:42 AM | Show all posts
aku baru je beli album sarah last week. tapi tak sempat nak dgr lagi.
nanti aku nak bg gak pendpt aku sendiri psl album baru dia nih lepas dgr...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2005 11:02 PM | Show all posts
Komen dari Surat Pembaca di BiPoP

Album terbaru Sarah memang hebat!

Assalamualaikum,

PADA saat ini di mana semua orang terlalu gilakan Akademi Fantasia dan betapa tidak lakunya kisah lain selain AF, kita semua hampir tidak sedar akan kelahiran album terbaru Sarah Raissudin yang pada pendapat saya adalah sebuah album yang dahsyat, berkualiti tinggi dan dinyanyikan oleh penyanyi yang cukup hebat.

Perkataan yang sesuai saya berikan untuk album ini adalah WOW! Meletup!

Selama ini saya yang tidak pernah mengendahkan dunia artis Melayu yang selalu panas dengan gosip dan skandal hingga tidak perasan akan kehebatan Sarah. Saya sangka dia cumalah artis biasa seperti artis-artis lain juga.

Maklumlah cerita mengenainya agak kurang (Kerana tak berapa cantik?) dan lagu popularnya juga kurang menyerlahkan vokal mantapnya itu.

Tetapi kesempatan mendengar CD Tiada Kau Tiada Makna melalui kawan, membuatkan saya tersentak dan tersedar bahawa selama ini kita memang ada sebutir berlian berkilauan yang terlindung oleh seribu kaca nan malap.

Album ini menjanjikan kepuasan maksimum dengan lagu yang amat indah (Tiada Kau Tiada Makna), lagu rancak yang menggegarkan (Menari Denganku) dan tentunya lagu cinta yang cukup menyentuh jiwa (Bersamamu). Pastinya lagu terbaik dalam album ini dengan persembahan cemerlang Sarah ialah Cuma Permainanmu.

Tiada satu pun lagu yang mempunyai komposisi yang lemah atau dibuat ala kadar. Apatah lagi Sarah benar benar berjaya memberi jiwa pada setiap lagu.

Harapan saya supaya album ini disambut mesra oleh pencinta muzik berkualiti dan pada media. Janganlah pinggirkan Sarah. Saya yakin terlalu ramai peminat setia Sarah yang rindukan wajah & aksi comel manjanya dipaparkan.

Syahrul, Ampang
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 10:52 AM | Show all posts
syahrul cam jatuh cinta jek ngan album ni.. tapi kita mmg suker ngan lagu Bersamamu sejak ia muncul lagu tema drama Setulus Janji. tak beli albumnya lagi jek...  

SERIKAN SEMULA MAHLIGAI HATI YANG LARA
BERTAHUN LAMA KUTUNGGU BARTAUT CINTA DGNMU
BERIKAN KU CINTA SEMBUHKANLAH LUKA LAMA
SELAGI KASIH MEMBARA AKU SETIA SELAMANYA...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 10:05 AM | Show all posts
Album Sarah mmg best .. tapi aku rasa kurang promotion lar ..
Ramai jgk member2 aku tak tahu Sarah dah released new album ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 08:12 PM | Show all posts
nak wat camner....cian sarah......terus senyap sampai skarang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2005 12:28 PM | Show all posts
dah sebulan aku beli album sarah ni, tp masih belum dgr lagi... hahaha...
sampai terlupa aku dah beli... arini nak dgrla...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 03:30 PM | Show all posts
lor....nape x dengar lagi?:jeling::jeling:

nanti kalo rajin, tolong la reviewkan album ni.........dulu aku ade janji nak buat tapi sampai hari ni aku x sempat buat........
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 12:54 AM | Show all posts
ok dah dgr tadi...(for the 3rd time n kali ke3 ni baru dgr betul2).
susah gak nak masuk lagu2 baru sarah ni...

aku tak minat sgt lagu menari dgn ku. maybe sbb ada suara zahid...hahaha...

aku minat lagu malis cinta, tiada dikau tiada makna, pesona bicara, kembara kita n kasihku tunggu aje.aku rasa sarah patut try nyanyikan byk lagi lagu2 dr azlan abu hassan. maybe next time boleh try gak fauzi marzuki punye fast number, ni asik2 neves pretty ugly & along exist aje. bosanla... mcm stereotype lak, esp along exist punye lagu. neves prettyugly tu bolehla gak, sbb dia agak kreatif. tp sumer lagu sempoi aje. org dah boleh agak diorg yg cipta lagu n lirik cmtu.

lagu yg bosan giler lak... cinta usia kita, perihal cinta sejati n tinggal serpihan. meleret2 sgt n betul2 tak sedap.
lagu2 lain no komen.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 11:58 AM | Show all posts
aku masih suka lagu kembara kita
nice song arranged by roslan aziz...

waktu first2 beli aku selalu putar album nie..
skrng jarang skit dah
sbb aku dah hafal kebanyakan lagu dlm album tu
hihihihihihihihih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.061186 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list