CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: mia_qistina

[MERGED] Panduan pemakanan semasa breastfeeding

[Copy link]
Post time 20-11-2006 10:43 AM | Show all posts

makanan berkhasiat untuk ibu yg menyusu bdn

ibu2 yg menyusukan baby mesti makan makanan yg baik2 untuk hasilkan susu yg berkhasiat

......... tp masalahnya macam sy susah nk minum susu, makan pun tak jage , xde pantang2 ..... tak kire pedas ke makan yg sejuk2 ke..... makan jer ikut selera ...... tp bile ingat baby kesian nyer ....... tak kembong ke perut die.......

pastu ada satu dr tu ckp...... ibu2 wajib minum susu sebab bile susukan baby by kalsium hilang ...... nanti tulang n gigi cepat rapuh n rambut cepat gugur? takutkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2006 12:41 PM | Show all posts
anak Aja pun fully breastfeeding.. Tapi Aja mmg berpantang sungguh especially ais, makanan yg sejuk2 dan pedas.. Susu mesti minum, Aja minum Anmum utk breastfeeding mother tu..

Hmm.. Susah nak cadang kalau u sendiri jenis tak berpantang dan balun semua benda.. Kalau camtu apa kata u stopkan susu badan kat anak tu and bagi dia susu formula jer, so kalau u mkn pape, effectnya tak laa kene kat anak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 12:59 PM | Show all posts
Yang penting ibu kena amik susu... dan makanan yang ada sumebr protein cam kekacang n daging...

Sedikit info..
Pelan pemakanan ibu menyusu

Menyusukan bayi menggunakan 500 kalori setiap hari. Kebanyakan tenaga ini diambil daripada simpanan lemak ketika ibu itu hamil. Justeru, kebanyakan wanita hamil mengalami pertambahan selera makan. Rasa lapar dan dahaga memang menjadi kelaziman dalam tempoh hamil.

Ibu menyusu bukan saja perlu mengisi pelan pemakanan mereka dengan makanan bernutrisi tinggi, tidak berlemak dan mengandungi kandungan gula yang tinggi saja. Keperluan pada protein, kalsium, folik dan vitamin C dan A juga perlu diberi perhatian. Keperluan ini harus diseimbangkan dengan pengambilan makanan yang sepatutnya.

Ibu menyusu juga harus minum air lebih daripada biasa dan mengelak daripada meminum teh, kopi atau minuman bersoda dan alkohol.

FAKTA
Nutrisi ketika menyusukan bayi

Kalori - Ibu yang menyusu memerlukan minimum 1,800 kalori sehari. Jika dia menyusukan bayi kembar, keperluan kalori itu bertambah. Selera ibu adalah panduan terbaik pada keperluan tenaga. Jika berat badan anda kurang antara satu ke empat paun dalam sebulan dalam tempoh menyusukan bayi, itu tandanya anda tidak menikmati makanan dengan secukupnya.

Wanita yang terlebih berat atau wanita yang berat badannya bertambah dengan banyak ketika hamil, mungkin boleh mengurangkan empat hingga enam paun dalam sebulan tanpa menjejaskan produksi susu untuk bayi. Tetapi menjadi kembali langsing dalam tempoh yang drastik sepatutnya dielakkan bagi ibu yang menyusukan bayi.

Protein - Keperluan protein bertambah ketika menyusukan bayi. Tetapi pastikan anda memasukkan pengambilan protein yang secukupnya. Protein harus ada dalam dua kali pengambilan makanan sehari. Daging, ikan, kacang, tofu, telur dan produk rendah lemak adalah sumber protein terbaik.

Kalsium - Keperluan kalsium ketika menyusukan bayi banyak tersimpan ketika hamil jika anda mengambil sekurang-kurangnya tiga atau empat makanan berkalsium setiap hari.

Cecair - Penghasilan susu badan memerlukan air. Minum sekurang-kurangnya lapan ke 10 cawan air setiap hari. Tetapi elakkan pengambilan minuman kafien kerana ia akan mengalirkan menerusi susu dan memberi kesan pada bayi.

Makan makanan atau snek secara tetap dan makan pelbagai makanan. Cuba masukkan senarai ini dalam diet anda setiap hari; susu, keju atau yogart, daging,ikan, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makanan yang harus dielak

# Ada sesetengah orang percaya bawang putih, halia, buah citrus perlu dielakkan jika anda menyusu badan. Tetapi ada baiknya anda mendapatkan kepastian daripada doktor anda kerana ia mungkin mengurangkan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.

# Minuman beralkohol akan menjejaskan susu badan membuatkan ia berubah bau yang akan memberi kesan pada bayi walaupun jumlah yang anda minum sangat kecil.

# Disarankan untuk mengelak makanan yang boleh menimbulkan alahan jika anda berhadapan dengan masalah alahan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 01:02 PM | Show all posts
wje605.. sumber kalsium ni tak semestinya dari susu tapi boleh gak kita dapatkan dari sardin, tofu, tempe, sayuran berdaun hijau cam bayam ngan brokoli...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 01:36 PM | Show all posts
kamar minum milkshake herbalife, keperluan protein mmg cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by dealova77 at 20-11-2006 12:59 PM
Yang penting ibu kena amik susu... dan makanan yang ada sumebr protein cam kekacang n daging...

Sedikit info..
Pelan pemakanan ibu menyusu

Menyusukan bayi menggunakan 500 kalori setiap hari. ...


sy minum jugaklah susu tp rase nk muntah ........ itu pun amik satu gelas je....... tp makan susah skt nk pantang pasal kadang2 xde pilihan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2006 01:58 PM | Show all posts
wja.. baru bersalin ke...? kat avatar tu ur baby ke...? comei... geram sangat tgk baby2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 02:05 PM | Show all posts
beyond dulu...bykkan mkn sayuran hijau n air kosong..

alhamdulillah dpt BF anak sampai umur 2thn++
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2006 02:11 PM | Show all posts
masa aku breastfeed mmg pantang
- ice/air sejuk
- makanan pedas

mesti minum susu hari2.. xkisahlah susu ape asalkan bukan susu pekat manis tu...

sayur ijau tiap2 ari mesti...

lain2 kurangkan makan berlemak.. nnti babynye pon ternak lemak skali..

supplement sama macam supplement org tgh pegnen... tu je
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 02:26 PM | Show all posts
Originally posted by dealova77 at 20-11-2006 01:58 PM
wja.. baru bersalin ke...? kat avatar tu ur baby ke...? comei... geram sangat tgk baby2 ni...


xlah my doter dh dekat 8 bulan pun .... tu mase die 5 bulan... tp Alhamdulliah tak pernah lah lagi rasenye die kena kembong ....... tulah sy nk cube lah minum susu selalu n makan sayur2 hijau
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 04:21 PM | Show all posts
Jihah pun BF bby, tp xpantang teruk sgt..
Takat yg org kate jgn makan, xmkn la.
Tp bila BF ni selera mkn mmg , KUSSSS SEMANGAT...
Xkisah la yg penting jgn over plak. Kalu lapor, mkn.
Jgn nk diet2 plak, kan??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.305049 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list