CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15859|Reply: 74

`SELIPAR SEBELAH

 Close [Copy link]
Mr.Forensics This user has been deleted
Post time 13-6-2005 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Huhuhu..aku dah lama tak masuk porem niii..dah lima bulan..sibuk sangat...
anyway aku terasa tiba-tiba saja nak mengepost cerpen kat sini..nih ekslusif nii tak penah post katner2 lagik..ni firsttime aku buat cerpen ala-ala autobiografi kirenyer ni eksperimen laaa...:lol

tolong bagik komen..apa2 jer la..dari segi corak persembahan akuu..dari segi watak dan perwatakan..dari segi penulisan..plot citer dan starting/ending...sori nih cerpen skema:malu:

anyway nih cerita rekaan jer tau hehehe:clap:..kalau dapat respon okkay lepas ni aku post lagik.semekommm
___________________________________________________________

[ Last edited by Mr.Forensics on 13-6-2005 at 12:56 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Mr.Forensics This user has been deleted
 Author| Post time 13-6-2005 12:58 PM | Show all posts

SELIPAR SEBELAH

EPISOD SATU:  DUA FAKTORIAL

Semasa saya berusia tiga belas tahun,emak telah menghantar saya ke sebuah sekolah berasrama,berdikari,pesannya.Saya angguk angguk sahaja tatkala emak meninggalkan saya selepas selesai segala urusan pendaftaran dan juga setelah selesai meninjau asrama yang bakal saya huni,emak mahu pulang cepat kerana adik sudah lama ditinggalkan dirumah,takut adik menangis,katanya.Saya cium tangan emak dan pada masa itu saya tahu,saya takkan menangis apabila ditinggalkan keseorangan.Tapi ceritanya bukan itu.

Pada hari pertama saya di asrama,saya telah kehilangan selipar yang telah emak belikan.Apa yang membingungkan ialah selipar saya hilang,tapi cuma sebelah sahaja.Hari itu saya betul-betul bingung,maklum sahaja,ini kali pertama selipar saya hilang dalam kondisi yang memualkan.Hilang selipar tidak patut menjadi satu masalah,tetapi apabila hilang satu perdua dari dua perdua selipar yang masih elok,masih baru dan tambah-tambah lagi selipar itu adalah selipar yang dibeli oleh emak saya:perkara ini sungguh tidak masuk akal.Atas inisiatif sendiri esoknya saya ke koperasi sekolah membeli sepasang selipar baru.Di atasnya saya torehkan nama saya,sebagai identifikasi,sangat jelas kelihatan,supaya tiada lagi orang yang 'tersalah' mengambil selipar saya.

Dua hari kemudian,selipar saya hilang lagi!Dan yang menyedihkan,ia masih hilang sebelah.Melilau saya mencari pasangannya,saya menyelongkar dalam tong sampah,dan juga di tempat yang mungkin,tetapi carian saya berakhir dengan kosong.Tiada apa-apa.Siapa yang melakukan ini terhadap saya?

Lama-lama,saya sudah lali dengan perkara ini.Seronok juga memikirkan kembali akan beberapa peristiwa yang ada kaitan dengan selipar sebelah ini.Hanya kerana pada masa itu saya seorang yang nihil dan juga nakal,maka,secara logiknya,saya telah mengambil selipar orang lain (sebelah sahaja) untuk melengkapkan selipar saya.Dan juga peristiwa dihalang masuk ke dewan makan kerana tidak berselipar.Peristiwa dihantar ke klinik selepas kaki saya tertusuk sebatang paku berkarat kerana berjalan di taman asrama tanpa memakai selipar.Semua ini sangat jelas bagi saya,hatta zaman sekolah telah lama saya tinggalkan.

Persoalannya,selepas sekian lama,baru saya terfikir;mengapa selipar saya hilang hanya sebelah?Bukankah selipar itu dicipta untuk berpasangan?Saya tidak pernah terdengar akan mana-mana cubaan manusia menghasilkan selipar yang bercantum,dan saya masih tidak terfikir akan idea untuk mengunci selipar supaya pencuri hanya boleh mencuri keseluruhan selipar itu.

Mungkin ia hanya 'hilang',mungkin.Cuma saya yang gagal mencarinya.
Mungkin.

EPISOD DUA:VERSI YANG LEBIH KOHEREN

Sebelum saya dilahirkan lagi,saya telah ditinggalkan oleh ayah saya,tanpa apa-apa pesan,terus sahaja dia berlalu,meninggalkan saya dalam keadaan terpinga-pinga,apatah lagi ibu kandung saya tidak mahu menjaga saya dan menyerahkan saya kepada pasangan lain yang tidak mempunyai anak.Saya tidak sempat mencium pipinya dan pada masa itu saya tidak tahu apakah saya mempunyai perasaan kesal kerana ditinggalkan,tapi isunya bukan itu.

Pada hari pertama saya bersama dengan ibu dan ayah baru,saya memang patut berdoa bahawa saya tidak patut kehilangan salah satu daripadanya,dan mana mungkin saya ingin kehilangan kedua-duanya.Tapi saya silap lagi kerana saya (seakan-akan) berfikir bahawa drama itu harus berada di plot yang sama buat selama-lamanya.Kali ini abah saya telah meninggalkan kami,hidup bergoyang-goyang seperti kapal kecil dipukul ombak,tapi saya masih gembira kerana emak masih ada bersama-sama saya!

Ketika saya berusia 9 tahun emak memberitahu bahawa saya hanyalah anak orang lain yang dibelainya dengan penuh kasih sayang,pada ketika itu,ah,hati saya  bingung saja menerima input baru tetapi saya hanya berkata ah emak,saya tidak kisah semua itu.(Pada masa itu saya masih tidak tahu untuk mengucapkan ayat 'Walaubagaimanapun saya masih anak emak bukan?')

Dan ketika saya berusia dua belas tahun,emak saya bertemu dengan seorang lelaki baru yang difikirnya dapat mengisi kekosongan hatinya.Pertama kali saya memandangnya,agak gementar juga,maklum saja,pertama kali menerima ayah baru sejak sepuluh tahun!Reaksinya nampak baik sahaja,mungkin mahu tunjuk bahawa dia seorang ayah yang penyayang,,dan saya menerima keputusan emak sepenuh hati.Pada awalnya gugup juga,hubungan kami berjalan dengan lancar,tetapi kemudian,dlm masa beberapa bulan,saya dipinggirkan.Alangkah kecewanya!Hanya Tuhan dapat menafsir bagaimana perasaan saya ketika itu.

Mujur emak menghantar saya bersekolah di sekolah asrama ketika saya berusia 13 tahun.Mujurlah.Dan apa yang lebih menyedihkan ialah tatkala itu saya sudah pandai mengucapkan ayat yang lebih kompleks dan emosional,seperti yang telah diucapkan terhadap emak saya ketika dia mahu pulang setelah menguruskan persediaan pendaftaran saya:"Kalau mak mahu lelaki itu jadi suami mak,saya rela saja..tetapi dia bukan abah saya,..saya tahu..mak pun tolong faham ini,ya?"

Air mata berjujuran jatuh menitik di atas tangan saya,ah emak,cukuplah menangis,kita sama-sama faham apa yang kita telah lalui selama ini,bukan?Ada seberkas senyum di bibir emak,dan malam itu,semua orang telah tidur,hanya saya menangis,keseorangan.

Tuhan harus faham babak ini.

EPISOD TIGA: SUIS

Kamu tidak tahu bagaimana saya boleh mengeluarkan satu deklarasi:saya tidak harus mendekati ayah baru saya buat selama-lamanya.Kerana saya tahu saya adalah jenis yang emosional,maka adalah mudah untuk melukakan hati saya buat kali pertama,dan setelah itu saya tidak akan luka lagi.Suatu hari ayah baru saya telah datang ke asrama dan buat pertama kalinya menampar saya sebanyak dua kali,begitu kuat,hanya kerana sekeping surat dari sekolah telah sampai ke rumah melaporkan bahawa saya sudah ponteng kelas sebanyak dua kali.Dan tamparan itu cukup berkesan untuk menyingkirkan dia dari hati saya,buat selama-lamanya.

Ketika saya terpijak paku berkarat di kawasan taman asrama,saya sedikitpun tidak mengaduh kesakitan,tapi saya masih ragu-ragu untuk mencabut sendiri paku itu yang masih terlekat di kaki kanan saya.Seorang cikgu lelaki datang setelah menerima berita ini,dan menghampiri saya,mencabutnya dari kaki saya;saat itu saya meraung kerana memang pedih rasanya apabila serpihan karat itu menabrak keluar dari kaki.Sudah tentu saya menangis (seperti yang telah saya katakan bahawa saya adalah seorang yang emosional tetapi hal ini lebih kepada reaksi fizikal),air mata meleleh tatkala saya dibawa ke klinik...
"Mengapa kamu tidak berselipar?"
"Selipar saya hanya sebelah,cikgu"
"Jadi kamu hanya pakai sebelah sahaja?"
"Saya tidak fikir ada orang yang sanggup buat begitu,"
"Beli sahaja selipar baru,"
"Hidup tak semudah itu,cikgu"

Dan dia terdiam,tiada lagi soalan, tiada lagi jawapan.Cikgu ini betul-betul mengharukan.Dia melayan saya melebihi tanggungjawabnya,tidak seperti ayah baru saya,tidak seperti ayah angkat saya,dan jauh sekali bezanya dengan ayah kandung saya yang telah lama mati dalam hidup saya.Tidak disangka masih ada lelaki yang baik-baik seperti ini,kerana,pada sangkaan saya,lelaki yang wujud dalam hidup saya semuanya iseng belaka.Baru kali ini saya terasa hidup saya lengkap semula,seperti terjumpa kembali sebelah selipar yang hilang bilamana kita kehilangannya setelah sekian lama.

Apabila saya sudah bebas dari alam persekolahan,jiwa saya kembali terpenjara kerana hubungan saya dengan guru tersebut sudah berakhir,tapi kali ini saya lebih rasional.Tapi saya masih menginginkan kasih seorang ayah sepertimana seorang anak kecil,saya adalah seorang anak kecil yang terperangkap dalam tubuh seorang dewasa.Emak,di kampung,melihat saya semakin dewasa tetapi apa yang emak tidak tahu ialah  saya menjadi semakin 'kecil' dalam lingkungan personaliti saya sendiri.Emak tidak akan tahu,emak sudah tahu bahawa saya tidak akan bercakap dengan ayah saya walau apa jua cara sekalipun,tetapi emak tidak tahu apa yang terperangkap dalam tubuh saya.Emak tidak harus tahu.

Adakalanya suis akan jadi rosak apabila ditekan berulang-ulangkali.Saya cuba meyakinkan diri saya bahawa saya adalah seorang yang normal,tetapi pada masa yang sama saya menafikannya.Penafian ini bertukar-tukar sepanjang hidup saya,sepanjang saya bernafas,sepanjang saya berfikir,tidak ada satu saat pun yang saya tidak berfikir seperti seorang lelaki yang waras.Satu ketika,saya terjumpa,dan berbicara dengan seorang lelaki tentang masalah ini (rakan sebaya),sekadar untuk meluahkan ketidaktentuan emosi saya terhadap lelaki.Akhirnya dia mengeluarkan kata-kata,perlafazannya sangat menyentuh hati:"Aku faham,aku tahu.Kalau kau mahu belaian seorang lelaki,yang kau maksudkan,aku tentu saja boleh tolong kau,kita adalah kawan dan tiada sebab kau tidak percaya pada aku,"

Suis ini memang sudah rosak apabila saya menerima pelawaannya,kegelapan pun tidak akan menghalang saya dari menerima belaiannya.Dan suis ini tidak dapat diperbaiki lagi apabila suatu ketika,saya mahukan sesuatu yang lebih dari tu daripadanya,begitu juga dia,tidak ada sebab saya tidak percaya pada dia kerana semua perlafazannya menyentuh jiwa belaka.
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
 Author| Post time 13-6-2005 01:00 PM | Show all posts

EPISOD EMPAT:HILANG

Jadi saya secara rasminya telah menjadi seorang homoseks,dari seorang kanak-kanak yang dahagakan kasih sayang seorang ayah,berputar menjadi seorang gay,memang saja satu hukum manusia yang tidak dapat dimaafkan.Baru kali ini saya dapat berfikir dengan waras,saya tidak terfikir soal ayah lagi.Rakan lama saya itu telah lama saya lupakan selepas kami tamat pengajian,dan saya kembali dengan hidup saya sendiri,berdikari sekali lagi.Episod lepas tidak berakhir di situ sahaja.Saya kembali ketagih mencari kasih dari orang lain,dan apabila mereka bertanya apa yang saya mahu,saya menjawab yang saya mahu bermanja-manja sahaja.Mereka menyatakan yang mereka tidak suka pondan,saya tergelak dan menafikannya.Saya adalah seorang lelaki biasa,biasa-biasa,seperti yang biasa kelihatan di tempat-tempat yang biasa,cuma bezanya saya adalah homoseks.

Dua tahun lamanya saya berseronok sebegini,akhirnya saya sudah muak dan tak ingin apa-apa lagi dari lelaki,apa jua,apa-apa jenis belaian,apa-apa jenis hubungan;ingatan terhadap ayah sudah lama padam,dan saya tidak mahu apa-apa jenis kasih lagi dari mana-mana lelaki.Apabila pulang ke kampung,melihat wajah emak yang masih menderita dimadukan suaminya (lelaki itu yang saya namakan ayah baru saya),saya sedih sendiri.Lelaki ini sungguh dahsyat dan kejam kerana sanggup menduakan emak saya,emak yang telah bersama saya begitu lama.Emak bersuara pada suatu malam tatkala kami berbual-bual di beranda:"Selepas kamu kahwin bawalah emak tinggal bersama kamu ya?"

Saya angguk angguk,saya tetap akan mengangguk akan apa jua yang emak kata,saya tidak pernah menggelengkan kepala terhadap emak- samada angguk atau berdiam sahaja.

Saya bertemu,kemudiannya,dengan seorang wanita yang saya fikirkan dapat mengisi kekosongan hidup ini,moga-moga dia dapat mengalihkan ingatan saya terhadap lelaki.Saya menceritakan bagaimana saya telah terbuang,dan dikutip kembali,bagaimana lelaki-lelaki yang muncul dalam hidup saya menghancurkan segala bentuk kepercayaan yang telah saya berikan (kecuali hal yang berkaitan dengan dunia seks yang telah lama saya lupakan itu).Dia memahami ini,dan berjanji akan bersama saya walau apa jua yang berlaku dan tidak akan membiarkan selipar saya hilang lagi.

Tiga hari sebelum hari perkahwinan,di saat semua orang bergembira,alangkah hancurnya hati saya apabila menerima berita bahawa emak kemalangan di sebatang jalan kampung,dalam perjalanan pulang mengambil hasil jualan kuihnya.Saya dan teman wanita berkejar ke hospital besar kerana diberitakan emak sudah nazak benar,hati saya kacau,tapi tak terkeluar setitis pun air mata,saya cuma mengongoi seperti budak kecil yang berpura-pura menangis.Teman wanita saya takut melihatkan perihal saya yang menangis 'kering',saya tak bersuara tapi hanya memecut sederas-derasnya,fikiran saya kosong ketika ini.Tiba sahaja di sana,selipar saya di sebelah kiri terputus,membuatkan jiwa saya lebih kacau,saya berlari ke wad kecemasan dengan sebelah selipar sahaja.Tidak ada lain ketika itu kecuali melihat emak dan berdoa agar saya masih ada waktu.

Ranap hati saya apabila emak sudah tiada.Ranap hati saya.Saya cium emak,wajahnya tetap tenang seperti selalu.Saya terduduk kekesalan,entah sebab apa,sambil memandang kaki saya yang hanya berselipar sebelah,mungkin juga kerana saya tidak pernah mengucapkan 'Saya Sayang Emak' sepanjang hidup saya.

EPISOD LIMAUA FAKTORIAL II

Saya kini adalah seorang ayah kepada dua orang anak,juga suami kepada seorang isteri.Peristiwa lama yang berlaku dalam hidup saya telah lama saya lupakan,kecuali bagaimana saya kesalnya saya emak tidak dapat menghadiri perkahwinan saya.

Babak saya menjadi homoseks adalah babak yang paling ngeri dalam hidup saya,kerana saya tidak menyangkakan bahawa hilangnya kasih sayang dari seorang ayah mampu mengheret saya ke lembah itu.Saya tidak memiliki ayah,saya tidak mendapat sebarang kasih,saya tidak diberi sayang,saya dipinggirkan,dan emak tidak tahu bahawa saya pernah ditampar oleh ayah baru saya itu,kerana jika emak tahu dia pasti kecewa kerana saya tidak layak untuk ditampar atas kesalahan nakal yang telah saya lakukan kerana ada manusia yang lebih kejam daripada saya,menghancurkan hati orang lain sewenang-wenangnya.

Kini saya adalah seorang manusia biasa.

Saya selalu memeluk anak-anak saya,seorang perempuan dan seorang lelaki,saya berikan kasih yang sewajarnya kepada mereka dan selalu berpesan supaya jangan sesekali mengecewakan orang lain,dan jangan menimbulkan kemarahan orang lain,juga selalu mengucapkan kata sayang terhadap saya dan ibu mereka kerana dengan cara itu,sekurang-kurangnya,saya tahu bahawa saya disayangi dan tidak gusar lagi untuk menahan diri daripada mati apabila masanya sudah tiba.Dan saya selalu berpesan supaya mereka menjaga selipar atau kasut mereka sebaik-baiknya,saya tidak pernah lupa tentang ini.



:ah:habis....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 01:32 PM | Show all posts
jarang jumpa cerpen macam ni....dan aku suka cerpen begini....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 02:43 PM | Show all posts
hmm.. ingatkan ending selipar gak.heheh:lol
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
 Author| Post time 13-6-2005 07:18 PM | Show all posts
haha..memang ending dier berkaitan dgn selipar jugak...cuba baca betul2 ayat terakhir tuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2005 01:06 AM | Show all posts
ko minat bidang penulisan yek... encik forensik...

aku rasa kalo ko sungguh2... bole pegi jauh ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2005 02:02 AM | Show all posts
Thank Mr.Forensics...

aku suka cerpen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Mr.Forensics This user has been deleted
 Author| Post time 14-6-2005 10:54 AM | Show all posts
takde le minat camner..aku cuma suka berlakon..dan cerpen ni aku terjemahkan dari hasil lakonan olok-olok akuuu hehehe:puke:
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2005 12:11 PM | Show all posts
kalo ader selipar yg bercantum camne nak jalan?? :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2005 12:41 PM | Show all posts
cam klasik gitu...

:solute:
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
 Author| Post time 14-6-2005 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by masjuana at 14-6-2005 12:11 PM:
kalo ader selipar yg bercantum camne nak jalan?? :stp:

:gila:melompat macam kangarooo lurr ahaks:clap:
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2005 10:15 PM | Show all posts
pasnih bleh buat kisah terompah plak..heheh:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2005 10:23 PM | Show all posts
pastu wat citer kasut but lak
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2005 11:25 AM | Show all posts
best la cerpen camni... ada kelainan..
Mr.Forensics, teruskan usaha anda...
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2005 11:53 AM | Show all posts
tengkiu tengkiuuu
dlm process siapkan tajuk seterusnyaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2005 10:52 PM | Show all posts
BEST!!!:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 09:24 AM | Show all posts
wah,,.. cerpen rupanya... ingatkan citer pasal sang selipar,.. sori.. sori.. silap...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 09:04 PM | Show all posts
Originally posted by Mr.Forensics at 2005-6-13 01:00 PM:

EPISOD EMPAT:HILANG

Jadi saya secara rasminya telah menjadi seorang homoseks,dari seorang kanak-kanak yang dahagakan kasih sayang seorang ayah,berputar menjadi seorang gay, ...


sedih gak baca nukilan ko nih ... speechless .. tetapi aku rasa ngko mempunyai option yg lebih baik .. sayangnya .. ko gagal mengambil peluang yg lebih baik itu
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
 Author| Post time 18-6-2005 09:35 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 18-6-2005 09:04 PM:


sedih gak baca nukilan ko nih ... speechless .. tetapi aku rasa ngko mempunyai option yg lebih baik .. sayangnya .. ko gagal mengambil peluang yg lebih baik itu

perturunkan aku makna kata-kata yang telah kau ucapkan itu sibel.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.076161 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list