CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: akubest

RELUCTANCE TO IMMUNISATION

[Copy link]
 Author| Post time 29-8-2005 09:17 AM | Show all posts
baik hang tanya dr lagi selamat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2005 09:30 AM | Show all posts
tu la
takut nak suggest apa2
baik jumpa doktor terus
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 09:36 AM | Show all posts
boleh amik tindakan kot kat ayah jenis mcm nih?
sat...aku nak try call someone..
nak tanya apa tindakan yang boleh diambil.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 10:05 AM | Show all posts
stat?i guess we should ask kem kesihatan for it.jgn luper yer..we all depends on imported maids...indon..philiphines..dulu ader satu kes tuh.msk paper.maid dia philipino..balik negeri sb sakit.dgr2 mati.skali anaknyer pun sakit..cek2 ghupernyer kena hepatitis ke haper ntah..luper dah...yg chicken kalo dah kena rsnyer mcm takyah..sb org kater mende tuh kena skali je seumur hidup.lepas tuh mcm bdn buat antibodi sendirik.but utk kepastian tanya your doc ler...hai kat indon ader wabak measle lak ker?memcm ler...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 01:19 PM | Show all posts
Imunisasi


Ibu bapa tidak mungkin dapat memastikan anak-anak mereka sihat sepanjang masa. Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit kerana sistem pertahanan badan mereka belum terbentuk sepenuhnya. Bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit berjangkit kadangkala mudah merebak apabila bersentuhan dengan manusia atau binatang. Sesetengah daripadanya merebak melalui udara. Untuk mengelakkan sepenuhnya penyakit-penyakit ini adalah sukar. Dengan mendapatkan imunisasi yang lengkap untuk anak-anak anda akan dapat mengelakkan mereka dari dijangkiti oleh beberapa jenis penyakit berjangkit tersebut. Melalui imunisasi (menggunakan vaksin) sistem pertahanan badan dapat dicetuskan secara tiruan. Antibodi ini akan melindungi bayi dari penyakit tertentu apabila mereka terdedah kepada penyakit tersebut.

Memang benar, bahawa suntikan telah memungkinkan kita mengurangkan penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi kepada tahap yang paling rendah. Namun, sesetengah penyakit masih sukar dibendung. Kita masih perlu disuntik atas dua sebab utama. Pertamanya, untuk melindungi diri kita. Walaupun peluang untuk kita mendapat jangkitan penyakit tertentu adalah rendah, ia masih tetap wujud dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang tidak mendapat perlindungan.

Sebab kedua, kita perlu mendapat imunisasi untuk melindungi mereka di sekeliling kita. Terdapat sebilangan kecil orang tertentu yang tidak boleh diberi imunisasi (disebabkan alahan yang teruk terhadap komponen vaksin, sebagai contohnya) dan peratusan kecil individu yang tidak memberi reaksi kepapa vaksin. Mereka ini mudah mendapat penyakit dan harapan mereka hanyalah perlindungan dari orang di sekeliling yang telah mendapat imunisasi dan dengan itu tidak boleh menyebarkan penyakit kepada mereka. Program imunisasi yang berjaya banyak bergantung kepada kerjasama semua pihak bagi memastikan kebaikan untuk semua. Kita sering berfikir bahawa adalah tidak bertanggung jawab bagi seseorang pemandu melanggar undang-undang lalu lintas sesuka hati dengan anggapan pemandu-pemandu lain akan mematuhi dan berhati-hati di jalan raya bagi pihaknya. Sama juga keadaannya, kita tidak sepatutnya berharap orang di sekeliling kita akan mengambil langkah-langkah mencegah penyakit dari merebak, kita juga perlu buat sesuatu.

Semua vaksin diberi melalui suntikan, kecuali vaksin polio yang diberi melalui mulut. Ianya diberi dalam dos yang sedikit, pada waktu-waktu tertentu di peringkat awal zaman kanak-kanak untuk mendapatkan perlindungan yang maksimum dan mengurangkan risiko kesan sampingan. Reaksi terhadap ubat biasanya adalah ringan dan mungkin hanya sakit kepala, demam ringan dan sedikit kemerahan dan sakit otot atau bengkak di bahagian yang disuntik. Amnya, gejala ini akan berakhir dalam tempoh 1-2 hari sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 01:23 PM | Show all posts
Melancong sama ada untuk bercuti atau atas tugas rasmi, memberi kita peluang untuk melarikan diri dari masalah di samping dapat memahami kebudayaan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun, melancong mendedahkan kita kepada jangkitan beberapa penyakit tertentu jika kita tidak mendapatkan imunisasi yang mencukupi atau tidak diberi ubat-ubat pencegahan. Hampir semua risiko penyakit ini boleh dikurangkan atau dihapuskan melalui langkah-langkah pencegahan yang munasabah.

Pelancong dewasa dan kanak-kanak kecil biasanya diberi program pencegahan perubatan peribadi berdasarkan jadual perjalanan, sejarah perubatan, keadaan fisikal, dan risiko dedahan mereka. Pertimbangan khas akan dibuat untuk memberi imunisasi dan menasihati pesakit yang hamil, pesakit diabetes, sakit jantung atau sakit paru-paru atau masalah-masalah lain yang mungkin menjadi lebih sukar ketika melancong ke luar negera.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2005 01:30 PM | Show all posts
Vaksin yang terdapat di Malaysia adalah:

Di klinik Kementerian Kesihatan
       
BCG
Hepatitis B
DPT
Polio
Measles
Rubela

Di Sektor Swasta

Measles, Mumps, Rubela (MMR)
Haemophilus Influenza
Varicella (Cacar air)
Meningococcus
Pneumococcus
Hepatitis A
Japanese B Encephalitis
Influenza
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.063551 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list