CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shidaaziz

MENU KITAR SEMULA

[Copy link]
Post time 19-7-2006 02:52 PM | Show all posts
kerak roti goreng bersira gula...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 06:37 PM | Show all posts


PUDING ROTI

Bahan A
1 buku roti [koyakkan sikit]
1 cawan susu manis
4 cawan air

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
3 s/b gula
2 s/b butter cair
2 s/b tepung jagung
kismis

Cara
1. Rendamkan bahan A sehingga kembang [dalam 1 jam]
2. panaskan oven pada suhu 180'C selama 10 minit.
3. Gaulkan bahan B dan campurkan dengan bahan A. Kacau rata.
4. Sapukan majerin apda loyang 10 x 10 inci.
5. Masukkan adunan dan dan taburkan sedikit kismis sebagai hiasan.
6. bakar selama 1 jam.
7. Sejukkan dan potong. Hidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 09:49 AM | Show all posts
masa kakliza ikut asben main kapal terbang dulu ada seorang isteri pemain telah membawa sardine roll [roti gulung berintikan sardin tin tu...]
nampaknya anak2 kakliza makan begitu berselera sampaikan makan nasi lemak yg kakliza buat bekal tu sikit jer...
kakliza biasa buat tapi dek sebab lama tak buat so depa pun sedap jer la makan...sabo jerla mak dia....  



SARDINE ROLL

Bahan
Roti sandwich biasa
3 biji telur
sedikit garam
bread crumb
minyak untuk mengoreng

Bahan Inti
1 tin kecil sardin
2 biji limak kasturi [ambil jus ]
1 biji cili merah cincang
1 labu kecil bawang besar cincang

Cara
1. Masukkan bahan nti dalam mangkuk dan hancurkan dengan garfu.
2. Sapukan inti diatas roti dan gulungkan. Gamkan dengan sedikit telur yg dipukul.
3. Celupkan roti dalam telur yg telah dipukul dengan sikit garam.
4. Golekkan gulungan roti diatas bread-crumb.
5. Gorengkan dalam kuali leper sehingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan dlam tapisan dupaya minyak menitis.
7. Hidangkan dengan cili sos.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 10:41 AM | Show all posts
sitislam selalu buat sardin roll ni ni simple jer

caranya roti tadi digiling nipis if keras kukus sekejap,letak inti sardin, pastu gulung cam buat popiah..pastu goreng, nak buat frozen pun boleh..sitislam dapati kulitnya crispy walaupun dah sejuk dengan syarat guna api perlahan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 01:23 PM | Show all posts
semlm buat puding roti caramel kak liza....... sedapppp. tp cam mane nak kasi kuah caramel dia tu watery n byk ekhhhh.... masak buat caramel tu kena tambah air ke bila gula tu dah hangus.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2006 02:02 PM | Show all posts
Originally posted by eena05 at 23-8-2006 01:23 PM
semlm buat puding roti caramel kak liza....... sedapppp. tp cam mane nak kasi kuah caramel dia tu watery n byk ekhhhh.... masak buat caramel tu kena tambah air ke bila gula tu dah hangus.....


eena, biasanya kalau buat puding or custard, gula hangus tu bila dah kuning kita masukkan air supaya dia cair sedikit. kalau tak masukkan air, nanti dia keras. kalau buat puding roti, nanti roti tu menyerap caramel kat bawah tu. buat puding caramel pun shida masukkan air dalam gula hangus. tapi tak banyak le sebab nanti puding tu akan mengeluarkan air dan mencairkan caramel di bawahnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2006 04:08 PM | Show all posts
Hai...daisys slalu dok lepak kat board ni tp jarang2 sgt reply.....
daisys nak share jugak resepi dr roti....slalu buat masa study dulu kat rumah bujang
sbb tak payah bakar atau kukus...

roti gardenia 8 keping potong 4
susu cair 1 tin
telur 1 biji
gula 1 cawan
agar2 1/2 bungkus (agak2)
air dalam anggaran 2 cawan

1) Rendam roti tadi dalam susu cair, tambah skit lg air
2) Masak agar2 dengan air sampai cair dalam periuk, then masukkan gula sampai larut
3) Masukkan roti n susu rendam tadi dlm periuk, masak sampai menggelegak
4) Pukul dulu telur then masukkan
5) Bila dah menggelegak bahagi 2 adunan nih...satu adunan boh milo sket (milo tu campor air sket), satu lg plain (nak boh vanilla skit pn bleh).
6) Ambik pelengat ke bekas apa2 ke then masukkan kedua2 adunan ni selang seli. Buat tampok2 je...
7) Biar sejuk, then masuk dlm peti ais....siap...

senang kan......masak je then masuk fridge
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 04:36 PM | Show all posts
daisys, pelengat tu pe?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2006 07:37 PM | Show all posts
setahu i pelengat tu tempat/bekas utk mengukus. cakap utara tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 08:43 PM | Show all posts
Originally posted by noraidil_06 at 23-8-2006 07:37 PM
setahu i pelengat tu tempat/bekas utk mengukus. cakap utara tu



kalu perak call lengat jekkk...... lengat or pelengat tu is loyang/tempat/bekas mengukus .
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 08:48 PM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 23-8-2006 02:02 PM


eena, biasanya kalau buat puding or custard, gula hangus tu bila dah kuning kita masukkan air supaya dia cair sedikit. kalau tak masukkan air, nanti dia keras. kalau buat puding roti, nanti rot ...



tu la semlm try buat gula hangus x kasi air setitik pon. mmg mengeras. ingat bila kukus dia akan cair tp keras gak ckit sampai bila dah kuar kan puding tu pon still melekat then eena panas kan balik loyang tu to get that caramel. kesimpulannye lain kali kena la letak air ckit gak. ape2 pon terima kasih byk2 shida for ur info :love:......
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 09:25 AM | Show all posts
Chinese Bread Pudding :-

Bahan2nye..
12 keping roti - rendam sekejap, buang excess air, ramas
150 ~ 200g keladi - dihiris atau potong dadu kecil kecil
1 sudu besar udang kering -  di tumbuk kasar kasar
1 sudu besar bawang goreng
1 sudu teh gula
1/2 sudu kecil lada putih
1/2 sudu kecil garam

Cara2nyer

Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Goreng udang kering sampai wangi. Masukkan keladi. Goreng hingga keladi separuh masak. Angkat dan sejukan sebentar. Masukan udang kering & keladi kedalam roti yang telah di ramas. Add lar bahan bahan yang lain. Tuang roti & bahan bahan tadi kedalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. Kukus selama 1/2 jam.

Dah masak biarkan sejuk sebentar. Potong dan kalau nak glamor boleh lah serve dengan taburkan additional bawang goreng, daun sup & bawang dan hirisan cili merah. Best di makan dengan sambal atau cili sauce.

Sakali cuba mesti nak lagi..sedap..garenti :nerd::nerd:

Rohayah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 11:50 AM | Show all posts


BINGKA ROTI BERLAUK

Bahan Bingka
1 buku kecil roti [10 -12 keping ]
800 ml santan [1/2 biji kelapa]
3 s/b tepung gandum
3 s/b butter [cairkan]
3 biji telur
garam

Cara
1. Roti dikoyakkan dan rendamkan denan santan sehingga kembang.
2. Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3. Masukkan dlam loyang 10 x 10 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.
5. Keluarkan loyang dan taburkan ahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6. Bila telah masak taburkan bawang goreng, daun bawang  & daun sup dan cili yg relah dihiriskan.
7. Potong dan dan hidangkan.

Bahan Lauk
400 g dasing kisar [kkliza gunakan daging kisar Ramly]
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 biji kentang [ potong dadu kecil]
1 batang carrot [potong dadu kecil]
3 s/b rempah kari
3 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan daging kisar yg telah diperoiikan. Kacau rata.
3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan kentang, carrot, garam,  sos cili & sos tomato. Kacau rata.
5. Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Bila telah masak masukkan dalam pinggan [jangan ambil lebihan minyak].

Bahan Hiasan [hiriskan]
daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 12:08 PM | Show all posts
wowww....boleh cuba...
nampak dapppp gak nie...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 12:24 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 26-1-2007 11:50 AM


BINGKA ROTI BERLAUK

Bahan Bingka
1 buku kecil roti
800 ml santan
3 s/b tepung gandum
3 s/b butter
3 biji telur
garam
  ...



kecur air liur bal tengok bingka ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 06:49 AM | Show all posts
Upkan sikit supaya senang nampak. Nanti bila free akak akan tepekkan resepi roti lapis daging. Sekarang tak sempat sebab baru tengok msg kacip.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2007 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by zettyhani at 31-1-2007 06:49 AM
Upkan sikit supaya senang nampak. Nanti bila free akak akan tepekkan resepi roti lapis daging. Sekarang tak sempat sebab baru tengok msg kacip.

haaa...saya dah tgk dah kak..masa dok belek2 majalah tadik..sempat gak saya scan..yg nie kan?!

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 07:51 PM | Show all posts
Senang hidup. Tak yah nak tepek lagi dah. TQ cip.:tq:

Pandai-pandai pulak akak tukar nama resepi jadi roti lapis daging. Tapi akak buat selapis saja tau. Tu pun dah cukup tebal sebab roti akak tebal kot. Omit juga serbuk paprika sebab anak2 tak leh makan pedas.

                           

[ Last edited by  zettyhani at 31-1-2007 08:00 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 05:50 PM | Show all posts
Originally posted by zettyhani at 31-1-2007 07:51 PM
Senang hidup. Tak yah nak tepek lagi dah. TQ cip.:tq:

Pandai-pandai pulak akak tukar nama resepi jadi roti lapis daging. Tapi akak buat selapis saja tau. Tu pun dah cukup tebal sebab roti akak ...

jap..jap..nk ingat...
rasanya kalau letak paprika pun tak apa kot..sebabnya..paprika bukan pedas..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2007 04:24 PM | Show all posts
karamel kdg2 guna belen2 roti tu time nk buat spaghetti meatball.

roti tu koyak2 kecik, rendam dlm susu. kedian campur dgn bahan2 daging nk buat meatball tu.

meatball die lebih lembut dan toing toing toing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.087951 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list