CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Rumah Anak-Anak Yatim / Rumah Kebajikan

[Copy link]
 Author| Post time 2-10-2006 03:52 PM | Show all posts


[ Last edited by  Syd at 2-10-2006 03:53 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2006 04:04 PM | Show all posts
via email (e-group)


> Asalamualaikum wbt,

> Umat Islam akan menyambut Ramadan tidak lama lagi. Bulan yang barakah itu
> akan menjadi bulan bagi semua umat Islam berlumba-lumba membuat kebajikan
> higga ketahap maksima. Anak-anak yatim juga tidak ketinggalan menerima
> limpahan barakah tersebut. Syarikat-syarikat dan orang persaorangan sudah
> mula menghantar jemputan berbuka puasa. Alhamdulillah dengan perkembangan
> yang sihat ini.

> Selain dari berbuka puasa, anak-anak yatim juga perlu dihidangkan dengan
> makanan untuk bersahur. Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah, Taman Mesra,
> Kajang, Selangor kini dihuni oleh 60 orang anak-anak yatim dan ibu-ibu
> tunggal. Perbelanjaan bagi setiap hidangan makan ialah diantara RM150
> hingga RM200 .

> Yayasan Nurhikmah menjemput anda yang prihatin dan ingin berbuat
> kebajikan untuk menyumbang kepada TABUNG SAHUR anak-anak yatim Nur Hikmah.

> Anda boleh menyalurkan sumbangan melalui Urusetia Sahur Nur Hikmah, Sdra
> Ahmad Fadzil Ahmad , akaun MAYBANK 514301119388 . Selepas anda melakukan
> pemindahan wang, sila SMS ke telefon 012-2968649 . Nyatakan nama dan
> jumlah yang dimasukkan.

> Selain dari sumbangan diatas, kami juga menjemput anda untuk menghulurkan
> apa saja bentuk sumbangan, samada dalam bentuk wang ringgit, material
> atau tenaga sukarelawan. Sila berhubung terus ke email
> presiden@nurhikmah. org.my untuk tujuan tersebut.

> Kami bagi pihak Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah mengucapkan jutaan
> terima kasih diatas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati
> usaha-usaha kita.

> Wasalam

> RENUNGAN:

> Hadith :

> Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin
> ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat
> rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu
> dan disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah

> Huraian

> i) Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama
> mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu
> memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan
> sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan
> belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar mereka turut
> gembira.
>
> ii) Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah
> meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah
> pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia
> seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib
> turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.
>
> iii) Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah
> membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah
> dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud :
>
> "Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu
> lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan
> kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu
> Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim.
> Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah
> engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya."
>
> iv) Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim.
> Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu
> dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang
> soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia
> kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati
> agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w
> yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan
> yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah
> telah memberi amaran melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma'un yang
> bermaksud : "Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia
> ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !"
>
>
> Layari Laman web Yayasan Kebajikan Nurhikmah di www.nurhikmah. org.my
>
> Anda juga boleh sama-sama berforum didalam Yahoo Group Nurhikmah di
> http://groups. yahoo.com/ group/nurhikmah/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 11:16 AM | Show all posts
dari email (e-group)

[quote]Assalamu'alaikum wrt wbt,

Semua harta dan wang ringgit yang kita milikki hasil
titik peluh keringat siang dan malam serta perit jerih
belajar di menara gading adalah milik Allah yang Maha
Kaya. Ianya hanyalah pinjaman di dunia yang fana ini.
Kini kita berpeluang untuk berkongsi harta dan wang
ringgit yang dipinjamkan ini dengan anak-anak yatim
dan pelajar-pelajar miskin, mudahan-mudahan Allah akan
meggantikannya dengan harta yang kekal milik kita
dengan berlipat kali ganda di akhirat, alam yang kekal
abadi selama-lamanya

Adalah dimaklumkan Nisa' NS akan mengadakan " Program
Sayangi Kami" yang mana dalam program ini anak-anak
yatim dan pelajar-pelajar miskin di sekitar Negeri
Sembilan akan menerima sumbangan sama ada berbentuk
wang ringgit dan barangan hasil sumbangan orang ramai
dan para dermawan.

Penyerahan sumbangan ini akan diadakan pada hari Isnin
16 Oktober 2006 jam 3 petang di Gedung Lalang 162,
Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.

Justeru itu, pihak Nisa mengalu-alukan sumbangan dalam
bentuk wang ringgit mahupun barangan bagi membantu
meringankan penderitaan anak yatim dan pelajar miskin
ini bagi sama-sama merasai kegembiraan menyambut
Ramadhan dan Hari Lebaran.

Sebarang pertanyaan untuk sumbangan barangan boleh
menghubungi Puan Norwani (O13-3851202) , Cik Jazilah
(019-3073100) atau Cik Hanadiah (013-2069775)

Sumbangan boleh disalurkan ke
NISA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2006 04:04 PM | Show all posts
via e-group

[quote]Sempena Ramadhan - Ingin Menyumbang untuk anak-anak Yatim/Miskin/ Saudara Baru

Assalamua'laikum wbth.

Gabungan Anak-anak Asnaf  Malaysia (ANAS) mempelawa muslimin muslimat untuk turut serta membantu anak-anak yang terdiri dari kategori yatim, miskin dan saudara baru. Ada beberapa pilihan yang tuan-tuan dan puan boleh menyumbang:-

Tajaan majlis berbuka puasa untuk 80 orang anak-anak yang terdiri dari kategori yatim, miskin dan saudara baru.
Kawasan pilihan:
Selangor / Wilayah Persekutuan
Kedah
P.Pinang
Kelantan
Pahang
Johor
Sabah
Kos penajaan adalah antara RM500
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2006 04:11 PM | Show all posts
RUMAH NUR HIKMAH

      Pusat Jagaan Anak Yatim & Ibu Tunggal
      Lot 11552   Jalan 18,
      Taman Mesra, 43000, Kajang
      Selangor

      Tel: 016-6699942 / 017-3839994 Haji Othman Ahmad
      presiden@nurhikmah.org.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 09:44 AM | Show all posts
Kasihnya Embun kepada anak-anak yatim
Oleh: ANGELINA SINYANG


ANAK-ANAK didik Embun yang memanggilnya Opah mengelinginya sambil bergurau senda di hadapan asrama Yayasan Hikmah di Gopeng, Perak baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

WARGA Amerika Syarikat berketurunan Sepanyol, Charles Cerda deVelaresto Conway merupakan seorang daripada Pegawai Penempatan British di Tanah Melayu pada sekitar tahun 1900.

Semasa bertugas di Perak, pemuda kacak bermata biru ini telah jatuh cinta dengan seorang gadis Melayu bernama Maimunah Karim. Conway tidak bertepuk sebelah tangan kerana rupa-rupanya Maimunah juga menyimpan perasaan yang sama.

Tanpa menunggu lama, Conway mengambil keputusan memeluk agama Islam dengan menggunakan nama Mohd. Ali Abdullah untuk berkahwin dengan Maimunah.

Beliau yang sangat suka kepada binatang mengambil keputusan berhenti kerja dengan kerajaan British kerana ingin menyertai pertunjukan sarkas sebagai kerjaya barunya.

Rumahtangga Conway dan Maimunah bertambah lengkap apabila mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Embun pada 5 November 1919.

Kebahagian pasangan suami isteri itu bagaimanapun musnah semasa Embun berusia enam tahun gara-gara keengganan Maimunah mengikut suaminya berhijrah ke Sepanyol.

Sejak itu, Embun terpaksa tinggal bersama neneknya di Kampung Gunung Panjang, Perak kerana ibunya juga berkahwin baru dan mengikut suaminya berpindah ke tempat lain.

Meskipun dijaga dengan penuh kasih sayang oleh neneknya, jiwa Embun tetap terasa kosong kerana hidupnya ibarat anak yatim piatu tanpa belaian ibu dan ayah tercinta.

Berkat ketabahan, Embun berjaya menamatkan persekolahan sehingga ke darjah lima dan dengan kelulusan itu beliau diterima menjadi guru mengajar subjek Sains Rumah Tangga kepada murid-murid sekolah rendah pada 1935.

Kerjaya beliau dalam bidang perguruan terus cemerlang selepas diterima mengikuti latihan sebagai guru terlatih di Malay Women Training College di Melaka pada 1937.

Semasa mengajar di Sekolah Kebangsaan Malim Nawar, Perak pada 1945, tercetus Perang Dunia Kedua dan Embun berhenti bekerja sebagai guru kerana enggan berkhidmat di bawah pemerintahan Jepun.

Apabila British datang semula ke Tanah Melayu selepas perang, Embun kembali menyambung tugasannya sehinggalah beliau bersara dengan jawatan sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang Fair Park, Ipoh.

Pengalaman membesar tanpa ibu bapa pula mendorong beliau menubuhkan Asrama Anak-Anak Yatim/Miskin Yayasan Hikmah bertujuan menegakkan syiar Islam melalui pendidikan dan kebajikan.

Asrama anak yatim terletak di Desa Kenangan, Kampung Pintu Padang, Sungai Itek, Gopeng, Perak ini ditubuhkan pada 1991 bersama suaminya yang juga bekas nazir sekolah, Allahyarham Din Kimi.

Pasangan suami isteri ini menggunakan wang pencen yang dikumpul selama 18 tahun berjumlah RM250,000 untuk membina asrama ini yang dilengkapi kemudahan seperti tempat tinggal, perpustakaan, bilik darjah, dewan perhimpunan dan dewan makan serta padang permainan.

Utusan Malaysia dan rombongan dari syarikat jualan langsung terkemuka, CNI Enterprise (M) Sdn. Bhd. bertemu Embun di Asrama Anak-Anak Yatim/Miskin Yayasan Hikmah baru-baru.

Dalam usia ini 91 tahun beliau kelihatan ceria biarpun hanya duduk di kerusi roda dan kurang jelas pendengarannya. Embun cukup sabar melayan kerenah anak-anak yatim yang sudah dianggap seperti cucu dan cicitnya sendiri.

Beliau yang mesra dipanggil `opah' oleh kanak-kanak di situ masih lagi kelihatan masih sihat dan tidak kedekut dengan senyuman biarpun pertama kali berjumpa dengan kami.

Oleh kerana menghadapi masalah komunikasi akibat kurang pendengaran, Embun membiarkan kami dilayan oleh menantu lelakinya, Ismail Din, 59, yang juga selaku Pentadbir di asrama anak yatim itu.

Hadir sama ialah isteri Ismail iaitu Dahlia, 53, yang juga anak kesembilan Embun selaku Setiausaha Kerja di situ.

Pasangan suami isteri ini sudah lama berhenti kerja semata-mata mahu menjadi sukarelawan sepenuh masa di asrama anak yatim itu.

Menurut Ismail, asrama anak yatim berusia 15 tahun itu mempunyai 47 penghuni terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir miskin dari seluruh negara.

揔ategori penghuni di sini ialah anak-anak yatim yang kematian ibu atau ayah atau kedua-dua orang tua mereka, golongan fakir miskin termasuk anak yang ibu bapanya bercerai, mangsa dera dan cabul yang dihantar oleh mahkamah.

揂nak-anak yatim di sini dipastikan menerima pendidikan formal di sekolah selain pendidikan agama, malah mereka yang cemerlang akan dihantar melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Syria, manakala yang lemah dimasukkan ke Pusat Giat Mara untuk belajar kemahiran,'' katanya.

Ditanya apakah cabaran dihadapi semasa menjaga kanak-kanak ini, Ismail memberitahu, masalah utama ialah kewangan disebabkan kos pentadbiran yang tinggi setiap bulan.

Menurut Ismail, setiap bulan, mereka memerlukan peruntukan sebanyak RM12,000 untuk menyelenggara asrama anak yatim ini merangkumi perbelanjaan bagi bayaran air dan elektrik, membeli makanan, peralatan pejabat, kenderaan, mesin serta membayar gaji pekerja.

Selain bantuan kewangan, Ismail juga mengalu-alukan tenaga pengajar sukarela datang memberi tuisyen kepada anak-anak yatim di situ terutama pada sebelah malam.

Berbanding rumah anak-anak yatim lain di negara ini, keadaan Asrama Anak-Anak Yatim/Miskin Yayasan Hikmah amat menyedihkan dengan bangunan masih diperbuat daripada kayu, malah kanak-kanak dihantar ke sekolah menggunakan sebuah van buruk berusia 16 tahun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2006 04:05 AM | Show all posts
SYD,
Thanx for the info.
Aku mmg tgh cari rumah anak yatim nak derma setakat yang termampu.
Info yang ada dalam thread ni lebih banyak dari yang aku jumpa kat Yahoo Search.

Good Job.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 09:25 AM | Show all posts
kalau ada sesape yang ada terjupe mana2 info waktu surfing tuh, boleh lah paste kat sini
nanti orang lain pun leh refer dan mungkin tergerak hati nak bantu sekali

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2006 09:28 AM | Show all posts

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=243283

(jika tak mampu menderma, sedekah, sumbangan, hebahkan berita ini melalui email pun memadai dan sudah membantu)

assalamua'alaikum,

rumah anak-anak yatim dan miskin nurul iman perlukan bantuan anda.  terutama penduduk ipoh.  asal berita yg diterima adalah sewa elektrik yayasan ni dah menjangkau rm800 dan keputusan belanja.  kediaman yg daif.  jumlah anak-anak yatim dan miskin adalah 15 lelaki dan 8 perempuan.  Alhamdulillah, sepanjang ramadhan badan-badan kerajaan, swasta, sponsor makanan berbuka setiap hari, jadi tanggungan berbuka tiada masalah.

kepada yg berminat menghulur bantuan, zakat, sedekah makanan, pakaian, peralatan, duit raya boleh hubungi en khairul di no tel di sertakan.  en khairul merupakan lulusan politeknik ungku omar, jurusan mechanical engineering yg berkorban mengurus dan menjaga rumah anak-anak yatim berkenaan.  

Yayasan Nurul Iman
359 A-B, Lorong Dato,
Kg Manjoi, 30200 Ipoh.

en Khairul Anuar b. Md Razi
tel 016-5460071
(tiada no akaun, berurusan terus dg en khairul)


(program bantuan sabtu, 07/10/06, lujnah kebajikan & kemasyarakatan, P-CTSR)


rumah sebelah tu bukan kediaman anak yatim tapi rumah berdekatan.


ini rumahnya, penginapan lelaki


rumah kediaman/penginapan wanita



bahagian belakang, dapur dan tempat makan.  sepanjang ramadhan, buka puasa di sponsor setiap hari oleh jabatan2 kerajaan dan swasta.


tempat solat, istirehat.  baju merah adalah en khairul.


en khairul - baju merah, lulusan mechanical engineering, politeknik ungku omar.  full time mengurus rumah anak yatim ini.


sumbangan duit raya disampaikan pengurus nusa enterprise, hj yunus.



tiada no akaun, penderma di minta hubungi sendiri en khairul di 016-5460071 untuk urusan sumbangan


sa

[ Last edited by  Gemukkkkkkk at 13-10-2006 09:33 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 09:10 PM | Show all posts
Gemuk,
wahh..awak sendiri ke sana ye? bestnya. Berkenaan bil api, air dsbnya takde ke cara supaya minta dikurangkan tarif atau percuma drpd TNB/Bekalan Air kerana ini melibatkan kebajikan bukan rumah perseorangan...takde cara ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 10:11 PM | Show all posts

Reply #90 sherrina's post

eh bukan he he..  ni mesti tak klik lilnk dan baca..  ni saya dapat dari email kengkawan di ipoh..  saya post di bod perak..  dan forumer yang cadangkan saya post di bod sini juga..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 06:58 AM | Show all posts
assalamualaikum,
sila refer thread link yang saya beri tu.. ada 2 forummer yang sudah mengesahkan kewujudan yayasan ini (jika ada yang was-was).

sekian, terimakasih..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 04:49 PM | Show all posts
Mukk, Saya dah post kat link tu..

Tadi lebih kurang jam 12.30 saya pergi ke Pusat Jagaan anak-anak yatim ini..Anak-anak yatim ini dilihat duduk di luar rumah..di bawah canopy..ambil angin kot.. Dan saya berkesempatan berbual dengan En Khairul...Ada seramai 23 orang anak-anak yang diberi perlindungan disini.jumlah anak-anak yatim dan miskin adalah 15 lelaki dan 8 perempuan.  Sepanjang ramadhan , makanan berbuka setiap hari,  tiada masalah kerana telah ada ditaja..

Ditubuhkan enam tahun dulu.dibawah Pertubuhan NGO..Dah tiga kali pindah..Dulu, pernah dapat bantuan dari Baitulmal...Rumah kediaman sekarang ni pun disewa dari orang...Menurut En khairul, apa-apa sumbangan adalah sangat dialu-alukan...terutama wang tunai kerana dia nak buat sedikit pengubahsuaian bilik, kalau ada rezeki...Sekarang ni, dia tinggal bersama anak-anak ini kerana kebanyakan pekerja dah tak ada..Kurang berkemampuan nak bayar pekerja..

Kepada yang ingin menyumbang:
                                                       Dengan cek atas nama :  Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman
                                                                                               (anak anak tiada sengkang, hanya jarak sahaja)

                                                      Atau bank in Melalui Akaun Ambank  Nombor : yayasan Nurul Iman
                                                                                                                    003-202-100094-2

[ Last edited by  noya at 14-10-2006 08:34 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 06:19 PM | Show all posts

Reply #93 noya's post

terimakasih bebanyak..  semoga Tuhan balas jasa noya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 08:25 PM | Show all posts

Reply #94 Gemukkkkkkk's post

Tanggungjawab kita sesama manusia...Apa yang akan berlaku pada kita pada masa depan tidak boleh kita ramalkan...Ini masa mereka, ketentuan untuk kita, tidak kita ketahui....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2006 09:49 AM | Show all posts
Bakti Mak Tom kepada penghuni Teratak Shifa
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


NORMAHILA Kheorul Azmi (kiri) dan Mak Tom (kanan) membetulkan tudung seorang penghuni baru yang masuk ke asrama Teratak Shifa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2006 07:10 PM | Show all posts
wahh...tak jauh dr umah sherrina. leh singgah disana
Reply

Use magic Report

Scotland This user has been deleted
Post time 18-10-2006 05:26 AM | Show all posts

Rumah anak anak yatim - KL

Assalammulaikum

Ada tak rumah anak anak yatim di Kg. Bahru, Kuala Lumpur?

Wasalam....

Scotland
Reply

Use magic Report

Scotland This user has been deleted
Post time 18-10-2006 05:53 AM | Show all posts

Bantuan anak anak yatim - masalah gambar

Assalammulaikum Syd,

Nie cuma nasihat mengenai gambar......rumah anak anak yatim di Malaysia.
Jangan lah taruk gambar kereta Stom ke, kereta mewah ke dll, bersama sama gambar anak anak yatim.
Sebab satu dunia akan nampak.......orang nak bagi derma pun akan teragak agak atau tertanya tanya nanti.
Ada kah duit yang mereka derma nie akan sampai kepada anak anak yatim atau kepada orang yang menjaga tu.....dengan kereta mewah nya?
Jadi kalau nak minta bantuan jangan lah taruk kereta mewah.

Masalah publisiti & marketing mereka.....ada problem sedikit. Mereka kena tumpukan publisiti tentang anak anak yatim aje. Bukan gambar gambar lain.

wasalam.....

Scotland
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2006 12:41 PM | Show all posts
jap, nak baca dari awal page

yang mana satu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.074216 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list