CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saifulms

Sufisme - antara kebenaran dan kesesatan..

[Copy link]
Post time 2-8-2005 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 2005-8-1 07:07 PM:
Tidak keterlaluan kalau aku mengatakan hal ini sudah berlaku di depan mata kita sekarang, seorang 'sufi' yang kini telah menyesatkan ramai yang menjadi pengikutnya, maaf kalau ada yang tersinggung. Padahal, inilah penyakit, yang dalam istilah kesufian disebut Istidraj, yakni perkara-perkara yang datang sebagai cobaan dan ujian kepada seorang Sufi.


Bleh terus terang siapa sufi ni...dan bagaimana kesesatan yg dia bawa. Atas dasar apa ko kata yg sufi yg dimaksudkan itu sesat.

Apa ajaran2 yg menyimpang yg dia bawa yg membolehkan ko cop sufi yg dimaksudkan sesat. Authorithy apa ko pakai nak menyesat2kan orang?

Nak bezakan antara sufi, da'i dan wali pun ko mcm terkial2, lagi jelas penerangan oleh akasyah meskipun ringkas...dari situ, authorithy ko utk sesat2kan org, bukan aku saja org lain pun bukan mudah nak terima.

Ko ni guru murysid kot...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2005 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 2005-8-1 07:07 PM:
Khatir yang Datang Kepada Sufl


Khatir adalah lintasan-lintasan hati, atau cetusan yang muncul di hati orang Mukmin karena sesuatu sebab atau yang lain. la biasanya datang secara tiba-tiba sehingga mengharukan orang yang didatanginya. Kalau ia telah terbiasa dengan khatir- khatir seperti itu, maka perkaranya agak mudah sedikit, akan tetapi khatir yang datang sekali-sekali harus diberikan perhatian yang cukup dan dipertimbangkan dengan sehalus- halusnya agar dia tidak tertipu. Jalan untuknya tertipu sangat mudah dan di sinilah lahirnya pelbagai aliran fahaman dalam kesufian yang kebanyakannya menyesatkan.

Apabila khatir itu muncul, dan hatinya kuat mengatakan, bahwa dia itu datang dari Malaikat, yakni Khatir-Al-Malak, mestilah dia bertenang lebih dahulu dan bertanya pada dirinya:

Siapa engkau ini, dan engkau datang dari mana? Mungkin tidak sukar ia akan mendengar suara hatinya menjawab: Aku ini sebahagian Nubuwah, yakni pemberitahuan khusus yang datang dari Al-Haqq, yaitu Tuhan yang sebenarnya. Aku memang benar. Aku datang dari Habib (siapa yang dicintai) dan Ar-Rafiq (Rakan). Khatir, atau bisikan hati ini akan memenuhi kebatinannya, pendengarannya dan pemandangannya. Sikap orang yang didatangi Khatir ini gemar sekali rnengasingkan diri dari kumpulan orang ramai, tidak suka banyak berbicara, seperti orang sakit lagaknya. Mukanya terlalu masyghul karena tekanan Khatir yang datang menyelubungi jiwanya itu.


Dari citer ko ni kenapa lah jadi susah sangat dgn khatir2 ni seolah2nya menunjukkan si salik yg ko maksudkan ni tak ada mursyid. Bukankah dlm menangangi khatir2 inilah, perlunya guru mursyid bukannya memandai2 sendiri menanganinya. Abih tu apa gunanya guru tareqat yg dibaiah tu kalau dah khatir2 pun merewang sendiri2 tanpa rujukan (dari citer ko ni lah).

heh heh ko dah dapat ke khatir2 ni membuatkan ko selayaknya berbahas bab2 ni...atau tahu cut paste aje...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2005 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 2005-8-1 07:07 PM:
Dalam zaman ini, ahli-ahli Sufi yang sebenarnya, yang bersesuaian dengan syari'at, makin lama makin berkurangan jumlah mereka.


Ahli Sufi yang hakiki dapat dikenali dengan dua cara:

Pertama, zahir mereka, yaitu mereka rnengamalkan syari'at.

Kedua, batin mereka, yaitu boleh dijadikan contoh teladan karena mereka mewarisi keruhanian Nabi Saw.
Sebenarnya contoh manusia yang paling baik ialah Nabi Besar Muhammad Saw. Dialah sebenar-benar Sufi yang hakiki. Syari'at dan Hakikat hendaklah bersama seiring jalan untuk kesinambungan agama dalam kehidupan mukmin dan mukminah sejati.

Seorang Waliyullah yang mewarisi keruhanian Nabi akan memberi berkat kepada Si Salik dengan kehadiran fisiknya. Sesungguhnya Iblis tidak dapat menyerupai Nabi Saw.

Awas, wahai Salik, orang buta tidak boleh menunjukkan jalan pada si buta yang lain. Pandangan kita hendaklah tajam supaya kita dapat membezakan kebaikan dengan kejahatan, walau sebesar zarrah pun!


Sorry la mawar mencelah gak walau blm habis posting saifulms ni...

Tertarik mawar nak tanya berkenaan yg mawar boldkan tu....ada statistik ke bila sdr mendakwa sufi yg sebenar bersesuaian dgn syariat makin berkurangan? Sdr rujuk di mana fakta ini? Kalau tak ada fakta soheh tak baik main agak2 saja kerana dakwaan sdr ini menjurus kepada fitnah.

Di mana sdr nak letak tariqat2 yg haq yg banyak di nusantara ini yg mana pengamalan syariat berserta dgn amalan kesufian mrk berjalan dgn seiring...

Mawar perhatikan post2 sdr ni banyak telahan2 secara rambang tanpa fakta yg terperinci terutama post yg pertama tu. Banyak sgt yg tak betul nya tapi sdr tak cuba terangkan pun sebaliknya terus2 menerus post cut & paste.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2005 06:22 PM | Show all posts
Originally posted by Guys at 2-8-2005 09:24 AM:


Bleh terus terang siapa sufi ni...dan bagaimana kesesatan yg dia bawa. Atas dasar apa ko kata yg sufi yg dimaksudkan itu sesat.

Apa ajaran2 yg menyimpang yg dia bawa yg membolehkan ko cop s ...



Assalamu'alaikum sdr Guys, aku harap anda bisa bertanya dengan penuh keramahan dan fikiran yang tenang. Jiwa yang penuh dengan sak wasangka dan kemarahan begitu mudah di jangkiti virus sang iblis....

Begitulah yang selalu aku sampaikan kepada pelajar2ku yang kini hampir semuanya lahir sebagai seorang yang berbudi bahasa dan penuh santun...


Salam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2005 07:03 PM | Show all posts
Kerana anda bertanya, mungkin kerana anda masih tidak bisa mendapat pencerahan dari perjelasan2 yang terdahulu, maka di sini aku menjawab dengan lebih terperinci lagi,

Tidak ramai orang yang dapat mengawal dirinya setelah sampai ke maqam Ittihad dan Hulul serta cabang2nya yang lain. Bukan sedikit yang bertaraf wali apa lagi sufi yang matinya dalam keadaan yang sangat merugikan. Terdapat banyak kisah yang sedemikian..

Dan terdapat satu kisah yang terbentang di mata kita, sedangkan kita memejamkan mata dan tidak terasa akan kehadirannya. Marilah kita berkenalan denganya;

Dia mendakwa dirinya memiliki tongkat Nabi Musa yang pernah menyelamatkan Bani Israel daripada ditelan laut Merah. Dia meyakini tongkat tersebut akan membantunya. Kalau dia mendakwa memiliki tongkat, seorang yang lain pula mendakwa memiliki selendang Rasulullah...

Dia mendakwa dirinya boleh berbincang dengan Malaikat Maut untuk menangguhkan kematian para pemimpin pertubuhannya. Malah, dia mendakwa ajal kematian seseorang boleh ditukarkan kepada orang lain. Dirinya memilik 慿aramah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2005 07:14 PM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 2-8-2005 02:31 PM:


Sorry la mawar mencelah gak walau blm habis posting saifulms ni...

Tertarik mawar nak tanya berkenaan yg mawar boldkan tu....ada statistik ke bila sdr mendakwa sufi yg sebenar bersesuaian ...


Assalamu'alaikum sdr/i Mawar yang sentiasa tersenyum tu, sejuk hatiku memandangnya.. ops! Berdosa dah aku..  sebenarnya habis dah artikel yang hendak aku tulis, cuma sekarang ni masa bersoal jawab dan akhir sekali nanti aku putuskan apa yang hendak aku putuskan! :lol

Matlamat "sufi" atau "tasauf" sebenarnya ialah untuk membawa seseorang itu ke taraf
"Ehsan". Menurut hadis di mana Jibrail as. datang menemui Rasulullah saaw
sebagai seorang manusia dan baginda Rasulullah saaw. menjawab soalan-soalan
yang ditanya oleh Jibrail: seseorang itu dikira Muslim apabila ia kerjakan
lima rukun Islam; seseorang itu dikira Mukmin apabila ia menurut enam rukun
Iman; dan, akhir sekali, seseorang itu dikira Ehsan apabila seseorang itu
menyembah Allah seolah-olah ia melihat Allah!


Hadis tersebut adalah bukti kebenaran apa yang kita kenali hari ini sebagai
"sufi", yakni cara bagi mendekatkan seseorang itu kepada Allah supaya
akhirnya ia akan dapat lihat Allah dalam segala hal dan perbuatannya atau pun dia sedar bahawa Allah melihat akan dia!!!


Cara mencapai matlamat Sufi ini pula ialah dengan berguru dengan seorang
guru bertauliah. Berguru ini juga satu sunnah, kerana Rasulullah
saaw. sendiri berguru dengan malaikat Jibrail a.s. Maka mustahil seseorang
itu akan dapat capai taraf tertinggi, yakni taraf Ehsan, tanpa berguru.

Guru bertauliah yang kita maksudkan ialah seorang guru yang sah ilmunya
dari Rasulullah saaw. Sabda Rasulullah saaw., baginda ialah bandaraya
ilmu, dan Imam Ali kw. ialah pintunya. Maka semestinya setiap jalan Sufi
adalah berguru dengan Imam Ali kw, dan seterusnya kepada guru-guru selepasnya
sehinggalah ke hari ini.


Sufi adalah berasaskan Quran, Hadis dan Sunnah. Bukan saja
begitu, Sufi itu penting supaya kita dapat lengkapkan agama kita seperti
yang disabdakan oleh Rasulullah saaw.



Wassalam.

[ Last edited by saifulms on 2-8-2005 at 07:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2005 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 2-8-2005 07:14 PM:

sebenarnya habis dah artikel yang hendak aku tulis, cuma sekarang ni masa bersoal jawab dan akhir sekali nanti aku putuskan apa yang hendak aku putuskan!


Jazakallahukhairankathira tuan,

Begitu jelas dan prrinci sekali ilmu ni. Hanya orang yang mempunyai pemikiran terbuka saja boleh menerimanya manakala bagi orang-orang yang taksub dan jumud.....buatlah macammana sekali pun....hati mereka tertutup rapat.
Reply

Use magic Report

PakMalay This user has been deleted
Post time 2-8-2005 11:54 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 2-8-2005 07:14 PM:


Cara mencapai matlamat Sufi ini pula ialah dengan berguru dengan seorang
guru bertauliah.
Berguru ini juga satu sunnah, kerana Rasulullah
saaw. sendiri berguru dengan malaikat Jibrail a.s. Maka mustahil seseorang
itu akan dapat capai taraf tertinggi, yakni taraf Ehsan, tanpa berguru.

Guru bertauliah yang kita maksudkan ialah seorang guru yang sah ilmunya
dari Rasulullah saaw. Sabda Rasulullah saaw., baginda ialah bandaraya
ilmu, dan Imam Ali kw. ialah pintunya
. Maka semestinya setiap jalan Sufi
adalah berguru dengan Imam Ali kw, dan seterusnya kepada guru-guru selepasnya
sehinggalah ke hari ini.
...



Perlukah pengajaran ilmu dari guru yang bertauliah? Tauliah macam mana tu? Kena ada degree, master atau phd dari institusi yang diiktiraf oleh kerajaan ker?

Setahu saya guru tersebut ialah guru mursyid. Sila lihat thread yang membicarakan guru mursyid.

Bab Imam Ali adalah pintunya.Boleh bagi sapa perawinya. Bidang ilmu tak semestinya didapati dari Saidina Ali!! Banyak sahabat-sahabat Rasululah ibarat bintang dilangit pun boleh dipelajari ilmu mereka. Seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Uwais Al-Qarni, Saiditina Aisyah dan banyak lagik!!

Yang penting kesemua ilmu tersebut lahir dari mulut Rasululah. Tak tahu ler kalau puak Syiah yang hanya mengiktiraf Ilmu dari saidina Ali. tetapi Saidina Ali pun tak mengaku dia Syiah atau Khawarij atau kumpulan mana2.

Sebab tu bab sejarah Islam kena baca dari semua sumber dan bukan dari satu sumber macam Pak Malau dan kroni dia.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sauber This user has been deleted
Post time 3-8-2005 07:57 AM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 2-8-2005 07:03 PM:
Kerana anda bertanya, mungkin kerana anda masih tidak bisa mendapat pencerahan dari perjelasan2 yang terdahulu, maka di sini aku menjawab dengan lebih terperinci lagi,

Tidak ramai orang yang dap ...


Siapa 'Dia' yang saudara maksudkan? Adakah ayah Pin yang mendakwa sebagai TUHAN tuh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2005 07:21 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum Pak Malay dan yang lain,

Berkenaan dengan guru 'bertauliah' yang aku maksudkan itu, bukannya degree, master atau phd dan yang seumpamanya, bukan sekali2 menghendaki pengiktirafan dari mana2 kerajaan di dunia ini... Mana mungkin anda dan orang2 yang belajar ilmu tidak mengetahui pengiktirafan siapakah yang diperlukan manusia? Adakah pengiktirafan dari sesama makhluk yang lemah yang kita perlukan atau pengiktirafan dari Yang Maha Berkuasa dan Yang empunya kerajaan lagi dan bumi? Fikirlah sendiri...


Thread yang yang anda maksudkan yakni berkenaan guru mursyid itu, sudah lama aku membaca, mentelaah dan menelitinya... Aku harap anda kembalilah ke sana dan fahaminya lagi... Di sana akan terjawab persoalan yang sedang anda ajukan kepadaku...

Sekiranya anda adalah pencari ilmu yang sejati dan megharapkan keredhoan Allah swt. semata2, tentu anda dapat mencari perawi hadis yang menjadi persoalan anda selanjutnya.

Tidak pula aku hendak menafikan ilmu yang ada di dalam dada sahabat2 Rasulullah saaw seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Uwais Al-Qarni, Saiditina Aisyah dan lain2 lagi, tetapi perlulah anda mengetahui bahawa ilmu yang ada di dalam dada Imam Ali kw. adalah lebih utama lagi. Aku tidak mahu memperdebatkan hal ini di sini kerana thread yang aku wujudkan ini tidak mengarah ke arah itu. Lagi pun untuk permasalahan ini boleh anda dapati dari 'bilik yang lagi satu' tu, meskipun aku tiada di sana tetapi benih2 pemikiran aku terdapat di sana.. Di persilakan..

..

Salam sdr. Sauber, aku minta maaf kerana tidak bisa mendedahkan nama 'dia' yang telah aku bawa bicara dalam tulisan aku yang lepas. Jika aku dedahkan perkara ini akan mengakibatkan orang sakit hati, marah dan dendam terhadap diriku sedangkan hal2 tersebut membuatkan bertambahnya dosa pada mereka dan tidak terlepas juga pada diriku sendiri. Biarlah 'mereka' tahu sendiri lantas akan melahirkan kesedaran dalam diri lalu bertaubat kepada Yang Maha Esa di atas keterlanjuran diri mereka. Semoga Allah swt. mengampuni dosa kita semuanya....:pray:


Wassalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2005 07:58 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum sdr. Akasyah, baru aku teringat, aku ada hutang denganmu... soalan dari anda belum kujawab;

dari Akasyah
Arah mana yg sdr cuba bawa bila membandingkan ajaran2 sufi dgn wahdat ul wujud dan rienkarnasi? Atas landasan apa yg sdr guna pakai. Apa kah sekadar guna logik semata2?

Sesudah sdr memaparkan artikel2 yg baik, saya ingat sdr ini setidak2nya ahli mana2 tariqat atau setidak2nya 'faham' apa yg sdr paparkan. Tetapi dari komen sdr yg menyamakan 2 bait puisi di atas saling tak tumpah mcm ajaran rienkarnasi dlm ajaran Hindu dan Budha....ternyata anggapan saya silap.




Di bawah ini bukan kata2 dariku, tetapi adalah kata2 dari seorang yang beragama Hindu, silalah anda teliti kata2 beliau denga jiwa yang tenang dan fikiran yang terbuka;

AKULAH TUHAN ITU

Ucapan itu sesungguhnya pengulangan dari dua ucapan Hindu dengan menyatakan "Aku adalah Tuhan." Satu adalah "Aham Brahmasmin," yang artinya "Aku adalah Brahman," Yang Tak tebatas. Yang satu lagi adalah "Tat Twam Asi," Itu adalah engkau," artinya bahwa jiwa individu itu sebenarnya adalah Jiwa Tertinggi (Supreme Soul).

Bila orang tidak mengerti seluruh cerita, "Aku Tuhan" (I am God) akan kedengaran bodoh dan egoistik. Orang-orang Hindu percaya bahwa dalam setiap badan ada satu jiwa yang tidak hancur yang bernama Atman. Jiwa ini diperdayai (ditipu) oleh tindakan-tindakan atau karma-karmanya di masa lalu dan masa kini. Kerana itu, ia lupa bahwa ia adalah satu bahagian tak terpisahkan dari jiwa universal, yang disebut Paramatman atau Brahman atau Tuhan. Menurut agama Hindu, dengan berbagai jalan seseorang hendaknya menyadari bahwa jiwa yang ada dalam dirinya adalah bahagian tak terpisahkan dari Jiwa Universal. Oleh karena itu semua orang Hindu mencoba untuk menyadari kenyataan itu. Penyedaran seperti itu dalam agama Hindu disebut keselamatan (Salvation).

Perbandingan terdekat mengenai Atman dan Paramatman adalah "eletrik dalam sebuah komputer dan eletrik dalam seluruh jaringan TNB." Eletrik dalam komputer adalah eletrik yang sama yang ada dalam seluruh jaringan perusahaan eletrik di seluruh dunia. Kerana itu bila kamu mengetahui semua tentang eletrik dalam komputer, maka kamu akan mengetahuai segala sesuatu tentang eletrik di seluruh dunia. Tiada seorangpun mengatakan bahwa eletrik dalam sebuah lampu dapat melakukan keajaiban, kecuali memberikan kemampuan kepada kawat fijar untuk memberikan cahaya dan panas. Demikian juga dengan jiwa individu, terperangkap dalam badan, dikendalikan oleh Hukum Karma. Itulah sebabnya kenapa tidak Krishna, tidak Buddha dan tidak pula Kristus dapat merubah dunia dengan satu perbuatan saja. Semua guru-guru agung telah menunjukkan kepada kita jalan tapi mereka tidak mampu menjelaskan tujuan yang terakhir. Tujuan terakhir ini ada di luar pikiran manusia, diluar kosa kata dari bahasa apapun di atas bumi ini. Manusia hanya dapat menjelaskan sesuatu yang dapat ia perbandingkan. Sebagai demikian, tujuan terakhir tetap merupakan sebuah misteri.

Namun demikian, dengan hanya mengucapkan "Aku Tuhan," dalam bahasa arabnya "ana Al Haq"  tiada seorangpun dapat menjawatankan Tuhan. Semua kita harus bekerja untuk menjawatankan hal itu dengan tindakan-tindakan baik, pikiran-pikiran baik dan meditasi. Agama Hindu tidak menawarkan alternatif yang mudah. Jadi bila kamu mendengar seseorang mengatakan bahwa ada jalan yang mudah, dia bicara bohong.

Jehovah berkata kepada Moses yang menanyakan siapa namanya, "Aku adalah Aku" (I am who I am) (Exodus 3:14). Jesus Kristus mengucapkan hal sama dengan mengatakan bahwa "Sebelum Ibrahim ada, Aku ada." Mereka yang mendengar Kristus meledak dengan marah, mengutuk dia karena menyamakan dirinya dengan Tuhan, dan kemarahan musuh-musuhnya semakin bertambah ketika Isa mengatakan "Aku dan Bapa adalah satu" (John 10:30). Jesus Kristus membuat lebih dari tujuh pernyataan yang dimulai dengan "I am" (Aku ada) dalam Perjanjian Baru. Krishna mengucapkan kalimat yang sama beberapa kali dalam Bhagawad Gita. Karena dibuat binggung oleh kalimat ini (seperti Moses) murid Krishna, Arjuna bertanya, "siapakah engkau?" Lalu Krishna memperlihatkan kepadanya 'Wiswarupa'nya yang sebenarnya merupakan jumlah keseluruhan dari alam semesta, dengan masa lalu, masa kini dan masa yang akan datang. Sama juga, para Sufi mistik Islam mengucapkan kata-kata "Aku Tuhan" (Anna al Haq, diucapkan antara lain oleh Al Hallaj di Irak dan Sjech Siti Jenar di Jawa, NPP) dan itu menyebabkan mereka dihukum mati (Kepala Al Hallaj, setelah dipotong dari badannya, ditusuk dengan tombak dan dipancang di pinggir kota Bagdad, sebagai contoh bagi orang yang berpikir 'menyimpang', menyekutukan Tuhan, NPP) . Jadi ucapan "Aku Tuhan" telah diulang-ulang sepanjang sejarah oleh banyak orang suci yang betul-betul telah mengalami kesatuan dengan Tuhan.

sumber; Aku Hindu - Ed. Viswanathan


Demikianlah serba ringkas yang dapat aku tuliskan di sini dan di harapkan anda dan teman2 yang lain semangkin dapat meneka apa yang akan aku simpulkan pada akhirnya nanti...



Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2005 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 2005-8-2 07:03 PM:
Kerana anda bertanya, mungkin kerana anda masih tidak bisa mendapat pencerahan dari perjelasan2 yang terdahulu, maka di sini aku menjawab dengan lebih terperinci lagi,

Tidak ramai orang yang dap ...


lol aku dah agak dah....

Senarai2 penyelewengan2 yg ko tulih kat atas tu semuanya dapat dari mana? Dari sumber2 yg merapu2 di internet ni?lol

Ko dah abih siasat ke segala dakwaan yg ko dapat itu semuanya soheh belaka? Ko dapat dari mulut anak murid dia yg sah ke atau dari mulut anak murid dia yg dah terpelanting kuar tu yg heret segala citer merapu2 ni?

Sebagai contoh bab yaqazah (bertemu secara jaga dgn Rasulullah saw) dah jenuh dah dibahaskan di board ni dan kat luar sana banyak buku yg dah kupas soal ni. Kalau di internet ni, ko nak dapat huraian panjang lebar pasal yaqazah ni sila ke http://www.bicarasufi.com

Try ko pi laman tu dan ko luahkan pasal penentangan ko pasal yaqazah ni....silap haribulan ko mmg boleh kena sembur pasal depa kat forum2 tu majoriti ahli2 tarrqat. Bab yaqazah ni menda yg dah biasa sangat bagi golongan tariqat.

Ko ni je yg ketinggalan flight bab2 yaqazah nilol
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2005 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 2005-7-28 11:06 AM:

Yang jelas munculnya nama baru ini ternyata membawa impak bagi kaum muslimin, dimana akhirnya ajaran Sufi ini pecah menjadi sekian banyak aliran (tharikat) dan sufi yang berkembang sekarang ini lebih banyak kebid'ahan dan pemyimpangannya dibanding pendahulunya. Berikut ini penjelasan syaikh Muhammad bin Jamil Zainu tentang beberapa pokok ajaran sufi beserta tinjauannya dari pandangan Al Qur'an dan Sunnah.

Ajaran sufisme memiliki tharikat yang sangat banyak, masing-masing mengdakwa bahwa tharikatnyalah yang paling benar. Padahal Al Qur'an melarang itu semua sebagaimana dalam firman Allah, artinya:

Ar Rum :31-32  "Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah. Yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka."


Oklah  hehehe...kalau saifulms copy paste dari sumber2 wahabi ni, mawar juga akan paste jawapan dari sumber2 ASWJ....then sama2 kita nilai ok..

___________________________________________________

Hujah kepada puak yang putar belit.

Betapa ramai yang menentang amalan Tasawuf dan mengingkari mazhab-mazhab Tariqat adalah di sebabkan banyak faktor. Sebenarnya hal ini berkait rapat dengan beberapa usaha jahat untuk melemahkan umat Islam sekaligus memfitnah dan merobek agama samada dari luar mahupun dari dalam.

Puncanya terlalu luas dan mungkin dapat di perkatakan sekadar kemampuan yang dapat dimanafaatkan dalam ruangan yang singkat ini.  Punca pokoknya ialah Kejahilan dan gagal memahami agama Islam secara komprehansif/menyeluruh .

Ada puak yang melihat sumber hukum Islam itu hanya satu saja iaitu Al Quran. Lantas mereka menilai hadis semula kerana mereka ragu dengan Al Hadis walaupun hadis itu diterima pakai oleh kesepakatan Ulama sebagai sahih seperti perawi Bukhari dan muslim dllnya. Akhirnya puak ini menerbitkan hukum yang tanpa tafsiran dari hadis maka ini adalah tertolak sama sekali MUKTAMAD. Golongan ini dikenali sebagai anti hadis. Sembahyang mereka berbeza dengan Umum, puasa dan lain-lain perkara pokok sudah berbeza akibat meninggalkan hadis.

Ada puak pula melihat sumber hukum Islam itu hanya dua saja iaitu Al Quraan dan Al Hadis saja lalu menolak Ijma Ulama dan Qias.

Mereka ragui kebenaran Ulama terdahulu dan sekarang lantas mereka membuat penilaian semula terhadap Ulama dan pandangan mereka akhirnya lahirlah fahaman :

1. Semua orang boleh berijtihad tanpa perlu apa-apa syarat.

2. Menilai semula Ulama hadis dan akhirnya mereka mudah meletakkan suatu hadis itu bertaraf dhaif atau maudhu bukan berdasarkan disiplin Ilmu Hadis.

3. Cepat menghukum bid抋h,sesat,kafir tanpa melihat pada disiplin agama samada ianya
furu atau usuliah.

4. Menolak amalan mazhab-mazhab Islam kerana diharamkan bertaqlid kepada mana-
mana mazhab.

5. Menolak amalan amalan tariqat sufi kerana ianya di anggap bid抋h dan sebagainya.

Sebenarnya puak ini adalah aliran fahaman modenisasi yang menganggap amalan umat Islam kebanyakkannya telah di resapi amalan bid抋h. Contoh fahaman diatas adalah sebahagian dari pandangan mereka. Bagi kita yang kerdil dalam Ilmu Islam pun kadang-kala terikut-ikut dengan fahaman mereka kalau tak menyeluruh pun tapi sebahgiannya telah kita yakini. Dari sudut ini kita ikut syafie manakala sudut lain pula kita hentam tariqat?Puak ini juga tertolak kerana fahaman mereka banyak membid抋hkan umat Islam yang sunni.

Sumber hukum Islam ialah 4 iaitu(mengikut turutan)
1. Al Quraan
2. Al Hadis
3. Ijma Ulama
4. Qias


Bersambung.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2005 11:17 AM | Show all posts
Sambungan...

Kalau kita pakai dua saja maka akan berlainanlah pandangan kita samada furu' mahupun usul. Contohnya:

Kalau kita faham Bid抋h itu ada dua(dhalalah-sesat dan hasanah-kebaikan) maka puak ni kata bid抋h tu satu je iaitu dhalalah(sesat).

Persoalannya... Sekiranya amalan tariqat ni sesat bid抋h mengapa Ulama-Ulama terdahulu menghayatinya seperti Imam Al Ghazali, Imam Al Qusyairi, Imam Junaid, Imam Wahab Syaroni, Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dsbnya.

Ulama di nusantara terdahulu yang sampai sekarang kitab mereka menjadi rujukan kita juga tidak terkecuali sebagai orang yang menghayati amalan sufi spt Syeikh Daud Al Fatani. Syeikh Ahmad Zain Al Fatani, Sy Abdus samad Al Falimbani, Tuan Tabal, dll.

Buktinya pergi ke arkib negara check kitab-kitab mereka majority keseluruhannya kitab tasawuf.

Kalau nak hukum sesuatu kumpulan tariqat itu sesat pun kenalah teliti dulu bukan ikut sedap kita. Bukan tak ada yang menyeleweng sama jugalah dengan mazhab aqidah, ada juga yang menyeleweng. Cuma yang dikesali dihentam satu seolah-olah hujah mereka mewakili hentam semua mazhab sufi. Ini yang batilnya!.

Lihat dulu ilmu kita seperti yang disarankan oleh Ustaz Tengku Fauzi apakah Ilmu kita dah setaraf ke dengan Imam Syafie atau Imam Al Ghazali atau dengan Syeikh Daud Al Fatani ke atau dengan Imam Bahaudin Naqsyabandi ke?

Ini kita terus hentam ulama sufi misalnya Imam Mahiyuddin Ibnu Arabi? Baru belajar Universiti Azhar dah boleh pertikai Ulama Dahulu.Tahukah kita ramai Ulama terkemuka dan muktabar membela beliau sewaktu puak-puak dangkal menghentam beliau di antaranya:

1. Imam Majduddin Al Fairuz Abadi.
2. Syeikhul Islam (di negeri Syams) Imam Sirajuddin Al makhzumi.
3. Syeikh Kamaluddin Bin Az Zamlakani (Qadhi Al Qudhah)
4. Al Hafizh Adz Dzahbi.
5. Syeikh Asy Suhrawardi
6. Imam Al Yafi扞
7. Imam Badruddin Ibnu Jamaah
8. Imam An Nawawi.
9. Ibnu Atta抜llah Askandari
10. Syeikhul Islam Badruddin Al Makhzumi.


Bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2005 03:34 PM | Show all posts
Sambungan...

Kemudian tentang keyakinan Nur Muhammad. Ada yang kata ciptaan kaum sufi lah , bid抋h tak ada dalam Islam dan macam-macam lagi kata mereka.

Sebenar nya Keyakinan tentang Nur Muhammad ini memang ada di dalam Hadis nabi s.a.w yang mana Abdur razaq telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir Bin Abdullah Al Anshari yang menutur sebagai berikut:

揂ku bertanya ; ya Rasulullah beritahu aku tentang apa yang mula pertama di ciptakan Allah swt sebelum segala sesuatu. Baginda menjawab: Hai Jabir, sebelum Allah mencipta segala sesuatu Dia menciptakan nur nabimu dari NurNya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2005 03:42 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 2005-7-28 11:06 AM:
Ajaran sufisme membolehkan berdoa kepada selain Allah, baik itu nabi, para wali yang masih hidup maupun yang telah meninggal. Diantara mereka ketika beristighatsah ada yang mengucapkan: "Ya Syaikh Abdul Qadir Jailani, Ya Rifai atau ya Nabi kepada-mulah kami bersandar dan minta pertolongan". Ini menyalahi firman Allah yang artinya:

"Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian itu) maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim". (QS. 10:106)

Ajaran sufisme meyakini adanya Abdal (wali badal), Aqthab (wali kutub) dan wali-wali lain yang diserahi oleh Allah mengatur segala urusan dan perkara di alam ini. Padahal orang-orang musyrik saja sebagaimana dikisahkan dalam Al Qur'an mengetahui bahwa yang mengatur semua urusan adalah Allah.


Jelas artikel ni menyelewengkan maksud sebenar. Ok utk menjawab persoalan tawassul iaitu apa yg dimaksudkan berdoa selain Allah......sila baca pula paste mawar di bawah.

_______________________________________________


Tentang Tawasul dan Rabitah.

Ramai di kalangan orang yang tidak berhati-hati dan tiada mengaji tentang ilmu Tasawuf terus menolak amalan Tawasul dan amalan rabitah. Sebenarnya kita mungkin rasa asing dalam kedua-dua amalan ini kerana kita tak memahaminya atau kerana kita tak mengaji Ilmu Tasawuf apatah lagi mengamalkannya.

Ini biasa terjadi kerana kalau orang yang mengaji fardhu ain dia mesti mengaji sekurang-kurangnya 3 ilmu iaitu Ilmu Tauhid , Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawuf tetapi bagi kebanyakkan orang sekarang mereka belajar ilmu fardhu ain hanya belajar Tauhid dan Ilmu Feqah saja tetapi mengabaikan ilmu Tasawuf kerana dianggap ilmu tasawuf bukan ilmu fardh ain .

Inilah kefahaman yang silap kerana Imam Malik r.a. berkata:

揃arangsiapa berfeqah saja tanpa bertasawuf maka ia fasiq dan barangsiapa yang bertasawuf tanpa berfeqah maka ia kafir zindik(penyeleweng), dan barangsiapa yang menghimpunkan antara keduanya maka jadilah ia muslim yang haqiqi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2005 03:45 PM | Show all posts
Sambungan...

Perkataan wasilah dalam ayat di atas kebanyakkan mufasirin hampir senada iaitu menuntut atau mencari pendekatan kepada Allah Taala dengan mentaati dan mengamalkan sesuatu yang di kasihi Allah Taala. Mengamalkan sesuatu amal-jalan (wasilah) yang menuju kepada kehampiran denganNya adalah bentuknya terlalu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2005 03:50 PM | Show all posts
Sambungan...

Untuk kita lebih faham tentang perkara ini kita kena tahu pengertian dua perkara dan kedua-dua perkara ini mempunyai dua makna ; kedua-dua perkara ini tidak terpisah sama sekali jika terpisah maka bathil jadinya iaitu:

1. Wasilah- cara atau jalan atau alat.

2. Ghayyah- matlamat atau tujuan.


Makna pertama iaitu Allah Ta'ala memerintahkan kita berwasilah yakni mencari jalan yang diredhaiNya samada amalan wajib atau sunnat samada dengan berdoa, bersholat, bertawasul dengan asma Allah al husna , dengan berkat RasulNya atau dengan amalan sholeh atau dengan keberkatan para auliya samada cara berziarah kubur mereka, membaca maulid , atau mengadakan haul bagi mengingat sejarah perjuangan mereka di atas jalan Allah Ta'ala atau dengan mengasihi mereka yakni dengan menambat hati dengan mereka(rabithah) supaya limpah rahmatNya ke atas kita .

Kesemua amalan-amalan ini dengan syarat berlandaskan syariat Allah DAN bermatlamat (ghayyah) mendekatkan diri kepada Allah iyakni dengan lain perkataan bermaksudkan Allah dan keredhaanNya jua yang di tuntut bukan lainnya.

Makna Kedua iaitu semua wasilah hanyalah wasilah jua (sabit dengan nas syarak) namun yang memberi bekas hanya Allah Ta'ala. Misalnya kita berdoa atau bertawasul dengan dengan orang-orang shalih di dalam doanya atas jalan Allah Ta'ala bahawasanya kesemua doanya itu mestilah di tujukan kepada Allah Ta'ala dan bukan kepada wasilah itu sendiri secara haqiqatnya dengan I'tiqad yang putus bahawa Allah jua lah yang menentukan dan memaqbulkan segala doa.


Bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 12:29 AM | Show all posts
Teruskan..teruskan kak mawar.
Orang-orang wahabi bodoh sombong perlu ditarbiah hati dan jiwa mereka supaya kotoran hitam dapat dihilangkan dari hati-hati mereka.:love:
Reply

Use magic Report

qqq This user has been deleted
Post time 5-8-2005 01:45 AM | Show all posts
Originally posted by BatuApi at 5-8-2005 12:29 AM:
Teruskan..teruskan kak mawar.
Orang-orang wahabi bodoh sombong perlu ditarbiah hati dan jiwa mereka supaya kotoran hitam dapat dihilangkan dari hati-hati mereka.:love:


Kita seharusnya bersikap lebih mulia. Jika anda berdakwah, berdakwahlah kerana allah, bukan kerana kebodohan mereka. Letakkan usaha ditangan anda, dan hendaknya kita tidak mendahului keputusan tuhan. Berjaya atau tidak, itu urusan tuhan.

Jadi, kelurakanlah kata kata yang lebih baik. Lagipun anda seorang yang beramal, tidak tinggal tahajjud malam. Solat itu dapat mencegah kita dari perbuatan mungkar spt mencaci caci orang lain atau urusan tuhan. Atau mungkin, ada yang tidak kena degan tahajjud anda itu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062676 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list