CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saifulms

Sufisme - antara kebenaran dan kesesatan..

[Copy link]
Post time 11-8-2005 12:40 AM | Show all posts
Bagaimana puak ini boleh muncul dan bila? Mengapa dinamakan Wahabi? Maaf banyak bertanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Uda_N_Dara This user has been deleted
Post time 28-8-2005 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by wulan_99901 at 11-8-2005 12:40 AM
Bagaimana puak ini boleh muncul dan bila? Mengapa dinamakan Wahabi? Maaf banyak bertanya



Siapa boleh terangkan? Sekadar nak tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2005 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by Uda_N_Dara at 28-8-2005 11:07 AM



Siapa boleh terangkan? Sekadar nak tahu..


Memang nak tahu ker ataupun supaya nak timbul isu supaya puak-puak Arqamis  boleh hentam keromo mengutuk?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 11:18 PM | Show all posts
salam
buat saudaraku semua
janganlah kita bercakaran lebh sangat
tengok ramai dah tak nak join
kita dok hentam depa, depa pun islam macam kita jugak
mana tau depa tu lebih baik dari kita

tak kisahlah apa pegangan atau fahaman
kalau kita boleh bercakaran buat seketika dan lepas tu boleh berdamai
kan ke baik habis
lagipun kita bercakap dlm forum ni pun macam BAPUK aje
pasal kat luar semua TERSENTOT TELUR
TAK BERANI NAK TEGAKKAN HUKUM ALLAH DAN RASULNYA
TAATLAH ALLAH DAN RASULNYA
jika tak taat, maka berhukumlah kau dgn TAGHUT
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 12:06 AM | Show all posts
Bismillah

hambe-d'belande jumpa blog ni.
http://pondokhabib.wordpress.com/2012/06/23/menjadi-seorang-sufi/


Setiap yang dilahirkan oleh manusia sama ada fikiran dan tindakannya adalah berpunca dari hati. Kalau baik hati, maka baiklah seluruh perbuatan dan pertuturan. Begitulah sebaliknya kalau hati jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan.

Kedatangan Rasulullah SAW untuk memperbaiki akhlak manusia mendapat kejayaan kerana baginda berjaya mendidik hati manusia.



Sebab itu, kalau kita mahu berjaya dalam melahirkan peribadi yang baik sama ada pada diri atau dalam masyarakat kita, maka pendidikan hati hendaklah difikirkan dahulu.



Tetapi bukan semua manusia faham dan nampak bagaimana dan apa kesan hati kepada perlakuan manusia. Sebab itu manusia masih gagal membina hidup aman damai kerana gagal memahami bagaimana untuk mendidik hati supaya menjadi baik. Manusia juga gagal untuk mengubat penyakit hati yang telah merosakkan seluruh perbuatan zahir seseorang.



Oleh kerana itu manusia cukup sensitif dengan penyakit zahir tetapi tidak ambil pusing dengan penyakit batin. Penyakit bati yang dimaksudkan ini bukanlah penyakit jantung atau barah tetapi adalah penyakit mazmumah seperti riak, angkuh, dengki, ego, tamak, pemarah dan lain-lain lagi. Tidak ada alat x-ray yang dapat mengesan penyakit mazmumah kecuali ilmu tasawuf dan didikan dari seorang guru sufi.



Sebab itu kepentingan ilmu tasawuf dan pendidikan sufi  amat penting sekali demi menjamin kebahagiaan hidup manusia. Jadi, orang yang bercita-cita dan berazam untuk membersihkan hatinya dengan mengikut panduan ilmu dan didikan guru tasawuf, sebenarnya sedang menempuh jalan tasawuf.



Sekarang kita paparkan beberapa kisah ahli sufi yang jika kita ingin mengikut jejak ahli sufi maka ikutilah mereka. Kalau hendak menjadi seorang sufi jadilah seperti Nabi Musa yang memakai pakaian yang sederhana tetapi berani berhadapan dengan Firaun yang memakai pakaian maharaja. Atau jadilah seperti Nabi Sulaiman yang menjadi raja besar dengan segala kemewahan dan kekuasaan tetapi makanan hariannya cuma roti kering.



Satu ketika Nabi Sulaiman sedang melayang di atas tikar terbang diiringi oleh pengawalnya dari kaum jin. Datang peringatan dalam hatinya.  Jika dalam hatinya ada sebutir debu dari rasa takbur nescaya dia akan dibenamkan ke dasar bumi sedalam tingginya dia terbang di udara. Malah pernah Nabi Sulaiman berkata: “Satu kalimah Subhanallah lebih berharga bagiku dari segala dunia dan isinya.”



Menjadi orang sufi ertinya sanggup memikul tugas besar seperti Nabi Yusuf yang telah menjadi menteri Perbendaharaan. Baginda menyimpan makanan yang cukup selama tujuh tahun untuk berdepan dengan musim kemarau. Bukanlah dipanggil orang sufi jika menjadi masalah kepada masyarakat dan hidup dengan meminta belas kasihan dari orang ramai.



Seorang sufi bukanlah orang yang memutuskan nafsunya seperti seorang sami Buddha tetapi dia sanggup mengawalnya seperti Nabi Yusuf ketika berhadapan dengan godaan Zulaikha. Seorang sufi juga mesti sanggup menahan rasa sakit sepertimana Nabi Ayub, menahan penderitaan walaupun hanya tinggal hati dan lidahnya sahaja yang masih tidak dijangkit penyakit.



Apabila ditanya orang mengapa baginda tidak berdoa meminta sihat sedangkan baginda seorang Nabi yang makbul doanya. Lantas baginda berkata: “Aku malu untuk berdoa  pada Allah kerana aku baru ditimpa sakit selama dua tahun sedangkan Allah memberi aku sihat selama enam puluh tahun.”



Seorang sufi bukanlah orang yang lari daripada kemungkaran masyarakatnya tetapi dia adalah orang yag berjuang menegakkan makruf di tengah banjir kemungkaran. Kalaupun mereka lari, adalah dengan niat untuk membina kekuatan sebagai persediaan untuk kembali ke tengah gelanggang perjuangan. Seorang sufi adalah orang yang sanggup menurut jejak Nabi Ibrahim.



Baginda sanggup dibakar kerana meruntuhkan berhala pujaan Namrud dan rakyatnya. Jadilah pemimpin yang mempunyai jiwa sufi seperti Nabi Zulkifli yang tahan berhadapan dengan karenah pengikutnya. Atau milikilah kehebatan seperti Nabi Isa  A.S. yang sanggup berbantalkan lengan ketika tidur di malam hari.



Itulah hidup sufi yang dituntut oleh Allah pada kita untuk dimiliki. Syukur berhadapan dengan nikmat, sabar berhadapan dengan ujian, berani berhadapan dengan kezaliman, tawadhuk bila berhadapan dengan kebenaran dan dalam apa juga keadaan sekalipun hati tetap sama dan tenang tanpa cacat atau berubah.



Menjadi seorang sufi bukanlah mengalah pada semua  suasana dalam berhadapan dengan kekufuran, tetapi sufi sebenar sanggup berperang seperti peribadi Nabi Muhammad SAW yang ada kalanya berbicara dengan pedang apabila kata-kata gagal menahan serangan fizikal orang-orang Musyrikin.



Seorang sufi juga bukan orang yang lari daripada harta ketika diperlukan untuk mengendalikannya tetapi menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf yang bertindak sebagai “bank” kepada masyarakat Islam. Namun jangan sampai ditawan oleh dunia seperti Tsa’labah. Seorang sufi juga adalah orang yang licin mengintip musuh seperti Abu Huzaifah ataupun mempunyai kepakaran strategi peperangan seperi Salman Al Farisi yang menjadi “master-mind” dalam Peperangan Khandak.



Nah, itulah peribadi contoh jika kita hendak mengikut jalan-jalan sufi. Bukan seperti sangkaan orang sekarang yang meletakkan hidup sufi sebagai hidup yang hina.  Pada sangkaan setengah orang, sufi menjadikan seseorang lepas bebas dari masyarakat sekelilingnya. Bila disebut sufi orang akan membayangkan seorang yang berjanggut dengan pakaian yang  buruk duduk tersepuk di mihrab-mihrab masjid menggetil tasbih.



Makanannya disedekahkan orang, sementara dia duduk sendirian mencari Tuhannya dalam ‘khalwat’ dan zikirnya. Bukan itu cara hidup sufi, kerana bukan seperti itu hidup para Rasul, Nabi dan para sahabat zaman dahulu!



Bukan itu yang dinamakan sufi. Kerana bukan itu cara hidup tokoh-tokoh sufi yang telah kita paparkan tadi. Walaupun tangan orang sufi selalu menggetil tasbih tetapi tangan itu juga sanggup memegang cangkul untuk bertani, tangan itu sanggup memegang pena untuk memerangi kebatilan dan ada masanya tangan itu juga sanggup memikul senjata memerangi kekufuran.



Semudah memetik biji-biji tasbih di dalam zikirnya, maka semudah itu jugalah ia mentadbir dunia ayang diamanahkan padanya. Kerana apa? Kerana hati yang berpaut pada Allah boleh mengendalikan apa sahaja dengan mudah dan berjaya



Rasulullah SAW sebelum berjaya menegakkan Islam telah melalui banyak ujian dan segala ujian itu sebenarnya menyuburkan jiwa sufi baginda. Rasulullah diuji menggembala kambing sebelum berjaya memimpin manusia. Rasulullah tetap sujud ketika dilonggokkan dengan perut unta yang busuk sebelum berjaya meruntuhkan berhala-berhala di sekeliling Kaabah.



Bermula dari dua buah gua iaitu gua Hira’ dan gua Thur maka bangkitlah satu kekuatan Islam yang menguasai dua pertiga dunia. Mana pejuang-pejuang sufi seperti peribadi mereka itu kini? Mana lambang pusat latihan kerohanian (gua-gua) yang tegak di zaman moden kini? Mana sekolah-sekolah latihan sufi yang sanggup mencabar sistem pendidikan sekular (penyambung lidah penjajah)? InsyaAllah, semuanya mula kelihatan mercup tumbuh sekarang.



Sesungguhnya kita memerlukan jiwa sufi yang dapat menggunakan kemodenan zaman ini untuk Islam. Orang-orang sufi mesti bangun menggunakan jentera-jentera moden, komputer, alat-alat elektronik dan segala gajet teknologi yang “sophisticated” untuk memperjuangkan Islam.



Pertahankanlah peribadi sufi yang kukuh pendirian, hidup berdisiplin dan boleh berada dalam kemewahan sedangkan hati sedikit pun tidak terpaut dengannya. Boleh menanggung derita tetapi jiwanya tidak keluh kesah. Maka jika kita mahu jadi orang sufi jadilah seperti mereka itu.

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 09:54 AM | Show all posts
Lbh ramai yg xdpt bezakan perguruan dgn pengasingan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2013 01:50 PM | Show all posts
salam

kebenaran itu ialah Haq
kesesatan itu ialah Batil

وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَـٰطِلُ‌ۚ
إِنَّ ٱلۡبَـٰطِلَ كَانَ زَهُوقً۬ا

81. Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap."
Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 03:32 PM | Show all posts
Bismillah

segala sesuatu di alam ini baik dan buruknya bukan pada zat saja tapi bergantung pada penghargaan kita dan mengikut pada tinggi atau rendahnya aqal.
apa guna gadjet canggih tp digunakan utk bersosial semata-mata?
apa guna Al-Quran bg seorang atheis ?
apa guna segunung emas bg seorang yg gila?
sbb itulah manusia disuruh membersihkan aqal dan budi.
dengan bersihnya aqal dan budilah seorang manusia itu akan mencapai bahagia yg sebenar.

Wallahu'alam.

Tasawuf moden-Prof Dr HAMKA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 03:39 PM | Show all posts
Bismillah

bila aqal,hati dan budi takde usaha nak dibersihkan,gadjet-gadjet itu cuma berguna utk mengaibkan org,hijack system org etc.
Innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 06:18 PM | Show all posts
salam

yang Baik .. yang Jahat ..
dua² Haq Dia ..
betul .. tidak d'nafikan ..

tapi nilaian Aqal yang d'suntik dengan Ilmu ..
yang dapat membezakan dan mengenal pasti untuk memilih ..
terutama sekali dengan menguna pandangan Mata Hati ..

yang Baik .. mengikut akan Muhammad .. RahmatUllah
yang Jahat .. mengikut akan Syaithan .. LaknatUllah

kedua²nya d'makbul doa nya ..
Muhammad menguna kuasa Atasan .. Asli .. sampai pd Allah
Syaithan menguna kuasa Bawahan .. Tiruan .. tak sampai pd Allah ..

wassalam



Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 11:24 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 23-9-2013 09:54 AM
Lbh ramai yg xdpt bezakan perguruan dgn pengasingan...

Bismillah

pengasingan lebih kepada pengabdian,perguruan perlu menadah kitab.
dalam kedua-duanya itu ada ilham.
dalam awan ada hujan.
dalam hujan ada lautan.

Last edited by mr_evergreen on 24-9-2013 11:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 11:36 PM | Show all posts
Bismillah

dalam pengasingan takde perjanjian,tp blh happy dgn cara sendiri.
dalam pengasingan takde siapa nampak persembahan kita utk DIA. Last edited by mr_evergreen on 24-9-2013 11:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 09:55 PM | Show all posts
salam

pengasingan uzlah memerlukan akan tunjuk ajar guru ..
kalau tidak tidak akan berhasil ..
tidak akan lahir tajdid dan tidak akan ada islah ..

Nabi s.a.w. bersabda;
‘‘Duduk sendirian itu lebih baik dari mendekati orang yang durjana,
sedang bergaul dengan orang yang baik(soleh) itu lebih baik dari duduk sendirian.’’  
Riwayat Al-Haakim

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 06:48 PM | Show all posts
Surah Al-Kahf 18:17. Dan kamu melihat matahari, apabila ia naik, condong dari gua mereka ke kanan, dan apabila ia membenam, meninggalkan mereka di sebelah kiri, sedang mereka berada di rekahan yang luas. Itu adalah satu daripada ayat-ayat Allah; sesiapa yang Allah memberi petunjuk, dia mendapat petunjuk yang benar, dan sesiapa yang Dia menyesatkan, kamu tidak akan mendapati baginya seorang wali mursyid.

Surah Al-Maidah 5:35. Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (yang menyampaikanmu) kepada Allah, serta berjuanglah di jalan-Nya, agar kamu beruntung.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 09:52 PM | Show all posts
Bismillah

bila semakin kita nak dekatkan , akan ada ujian yg menjauhkan .

gunakan hikmah kebijaksanaan vertikal dan horizontal

HabluminAllah wa Habluminannas.

"Seorang muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya."
(Hadis riwayat Muslim)

Wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 01:45 AM | Show all posts
mr_evergreen posted on 17-11-2013 09:52 PM
Bismillah

bila semakin kita nak dekatkan , akan ada ujian yg menjauhkan .

wuuuu
hebat bila membacakan hadith nabi
tapi
pasai pa hang dok lari2
atau nak test ke aku leh ligan hang sampai dapat kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2013 07:36 AM | Show all posts
orangbesi posted on 18-11-2013 01:45 AM
wuuuu
hebat bila membacakan hadith nabi
tapi

Bismillahiammanabillah

kenapa ni ? masih rasa kurang kasih sayang ke ?

jgn mkn belacan mentah , nanti kena resdung .


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 12:18 PM | Show all posts
Hmm....wahabi dan salafi mmg dengki dan tak suka tassawuf / sufi / tarekat. Tak nak terima hadis dan kitab yg ditulis oleh imam yg tassawuf ok. Jgn fitnah kata dhoif / palsu.

Jgn fitnah sudah. Kalau semua benda yg bukan nabi buat masuk neraka dan sesat. maka kita semua baca doa makan (selain bismillah) pun bukan dari Nabi. Ke api neraka lah kita dgn doa yg direka oleh ahli ulama. Hmmm....

Udah udah la tu....


Jgn lupa Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat....

RUKUN-RUKUN AGAMA (IMAN, ISLAM DAN IHSAN)...tassawuf itu ialah Ihsan

Tasawuf itu ada di dalam alquran, hanya saja ia tersirat. Sebagaimana tersiratnya dilalah-dilalah hukum di balik nash-nash alquran begitu pula isyarat-isyarat tasawuf banyak tersembunyi di sebalik lafazh-lafazh alquran. Bukan ianya hendak disembunyikan Allah dari semua orang, tetapi agar ada usaha dan upaya untuk melakukan penggalian terhadap sumber-sumber ilahiyah yang dilakukan oleh jiwa-jiwa yang intibah. Di situlah akan muncul ijtihad dan mujahadah yang mengandung nilai-nilai ibadah (wa ma kholaqtul jinna wal insa illa liya'buduni).

Tasawuf itu akhlaq (innama bu'itstu li utammima makarimal akhlaq); berusaha mengganti sifat-sifat madzmumah (takhalli) dengan sifat-sifat mahmudah (tahalli). Kedua proses ini sering disebut dengan mujahadah. Para Rasul, Nabi, dan orang-orang arif sholihin semuanya melalui proses mujahadah. Mujahadah itu terformat secara teori di dalam rukun iman dan terformat secara praktek di dalam rukun Islam. Pengamalan Iman dan Islam secara benar akan menatijahkan Ihsan. Ihsan itu adalah an ta'budallaha ka annaka tarah (musyahadah), fa in lam takun tarah fa innahu yarok (mur'aqobah). Ihsan inilah yang diistilahkan dengan ma'rifat. Ma'rifat itu melihat Allah bukan dengan mata kepala (bashor) tetapi dengan mata hati (bashiroh). Sebagaimana kenikmatan ukhrowi yang terbesar itu adalah melihat Allah, begitu pula kenikmatan duniawi yang terbesar adalah melihat Allah.


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 10:01 PM | Show all posts
mr_evergreen posted on 18-11-2013 07:36 AM
Bismillahiammanabillah

kenapa ni ? masih rasa kurang kasih sayang ke ?

kenapa ni ? masih rasa kurang kasih sayang ke ?
jgn mkn belacan mentah , nanti kena resdung

hang tu yg bermasalah sebenarnya
dah kutuk org - lari pulak
camna nak naik pangkat niiiiii

kalau dok perasan diri sendiri masih dok betoi - camni le tak sudah2

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 10:04 PM | Show all posts
Sk8edge posted on 18-11-2013 12:18 PM
Hmm....wahabi dan salafi mmg dengki dan tak suka tassawuf / sufi / tarekat. Tak nak terima hadis dan ...

wasalam

kalau cam hang kata tu
kita banyak menjalankan HAK2 ALLAH
tapi
kita jauh kekurangan HAK2 SESAMA MANUSIA

macamana tu?
leh diterima ke nanti?
tq

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.096405 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list