CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hiven

Susah Senang Perit Pahit berniaga sendiri

  [Copy link]
Post time 3-5-2011 09:41 PM | Show all posts
Reply 1118# inspirasiku


    cam best gak buku nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2011 10:48 PM | Show all posts
Reply 1121# makeupMAC

ya memang  best  buku ni makeupmac .kalau sesiapa yang dah anak besar ,sy syorkan bagi anak baca buku ini supaya dia mendapat pendedahan awal tentang kehidupan dan tahu betapa penting menetapkan matlamat dlm kehidupan...
Saya sendiri dah baca beberapa kali akhirnya saya dapatkan lesen hak jualan semula sebab saya percaya perkongsian dlm buku ini dapat membantu ramai orang....


    Majoriti daripada kita pernah mengalami kegagalan. Lebih daripada 90% antara kita pernah mengalami kegagalan in one way or another. Apa yang membezakan mereka yang gagal & mereka yang berjaya disimpulkan oleh Mentor Jutawan, "Guru kegagalan", Billi Lim...

Hari ini, apa kata kita ikuti sedutan daripada temubual Irfan Khairi dan Bili Lim dari ebook Mentor Jutawan.


**********

IK: Billi, boleh jelaskan how to use failure as a stepping ston towards success?

Billi Lim: Pada saya 'When you lose, don't lose the lesson'. Maksudnya bila anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Setiap yang kita buat adalah pelajaran. Mungkin bukan hasil apa yang kita nak, tapi apa sahaja yang terjadi, anda akan belajar dari kesilapan dan tugas anda adalah tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Sebagai contoh, dalam satu temuduga dengan Bill Gates 'What type of people you would like to employ?. Bill Gates jawab 'I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don't want him to fail in my company, so he must fail in other people's first!

Boleh katakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua, kesetiaan dan tenaga akan bertambah. Memang betul, daripada pengalaman saya, sesiapa yang pernah gagal, akan menjadi lebih baik kemudian. Tiada sebarang inovasi akan terjadi sekiranya seseorang itu takut gagal!

**********

Selain daripada nasihat-nasihat Billi Lim mengenai kegagalan, dalam  Mentor Jutawan, ada berbagai-bagai kisah kegagalan Jutawan-jutawan  di dedahkan. Dan bagaimana mereka menyusun strategi, yang anda  sendiri boleh ikut, untuk mencapai kecemerlangan. Bagaimana saya  gagal dalam perniagaan Internet, bagaimana Azizi Ali gagal dalam  perniagaan kedai muziknya, bagaimana Chef Li gagal dalam 2 perniagaan  makanannya sehingga hampir muflis!

Apa kata jadikan kisah-kisah kegagalan ini sebagai sumber inspirasi & motivasi untuk anda capai kejayaan anda juga.

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 02:07 AM | Show all posts
Reply  makeupMAC

ya memang  best  buku ni makeupmac .kalau sesiapa yang dah anak besar ,sy syork ...
inspirasiku Post at 3-5-2011 22:48


nak order direct dgn awk bole ke? mcmne caranya utk dptkn naskhah2 tu sume?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 10:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by inspirasiku at 4-5-2011 10:12

Reply 1123# mamatarosan


    terima kasih mamatarosan kerana berminat dengan ebook ni.
Dengan mudah, awak boleh dapatkan ebook tersebut dengan klik d c nie

kemudian ikut arahan yg diberi.Kalau ada yang tak pasti lagi atau link yang sy beri tak berfungsi ,sila  email kat sy / sms bagi tau yang nak order ebook mentor jutawan..
email sy luths.dcnie@gmail.com

Saya yakin awak tak akan menyesal dengan perkongsian  yang terdapat dalam ebook ini..Sebab saya sendiri sentiasa rujuk ebook ni utk bakar semangat atau ulangkaji teknik dan strategi yang terdapat didlm ebook tersebut..
Secara peribadi sy  gunakan ebook ini utk membakar semangat sy pada masa2 apabila perasaan terasa "down"

semoga dengan pembelian ebook ini, ianya akan memanfaatkan kehidupan awak kelak.
saya berharap akan mendapat berita selanjutnya daripada awak kelak

semoga sentiasa menemui kejayaan didlm kerjaya awak.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 11:18 AM | Show all posts
Reply  mamatarosan


    terima kasih mamatarosan kerana berminat dengan ebook ni.
Dengan mudah ...
inspirasiku Post at 4-5-2011 10:04


awak juga begitu...
mekasih atas info, dan pendapat melalui pengalaman anda tu yg secara tak langsung dpt jgk membantu majukan sesama kita dlm persaingan dunia moden skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 11:13 AM | Show all posts
sorry saya baru je masuk bahagian Thread ni.. teringin pulak nak berkongsi... sorrylah saya xkatam baca semua dalam thread ni.. tapi hati ni buak2 nak berkongsi jugak pengalaman bisnes ni...

selama saya bisnes ni dah pelbagai jenis bisnes dah saya buat.. menangis dan perit susah nak makan duit xada semua dah rasa...

hendak diceritakan pengalaman ni... dulu masa saya berusia 19tahun dulu.. saya baru je lepasan poli... saya dah buka 1 pusat rawatan alternatif di sebuah tempat di utara perak.. mula2 saya buka pusat ni pucnanya saya ni tahu mengubat orang secara xsengaja... jadi disebabkan kehendak mak dan abang2 diorang memujuk saya buka 1 pusat rawatan ni.. dengan pujuk rayu saya buka... itu pun mak saya berkongsi dengan kawan mak saya... saya xtahu menahu bab2 perkongsian mak saya ni dengan kawan dia.. apa syarat pun saya xtahu..

bayangkan saya ni tidak mengambil perkhidmatan pun.. hanya menjual ubat2an sahaja... dan rawatan mandian menggunakan CVT... 100% saya menggunakan kaedah ni...

saya buka hanya sewa 1 rumah tingkat bawah saja... sewa dalam rm450 sebulan... masa tu terasa mahal sangat rm450... pastu bila dapat duit bulanan tu saya bedak dengan abang saya dan kawan mak saya rm250 sahaja.. itu pun terasa seronok dan terasa banyak sangat.. kalau ikutkan rm250 tu sikit je nak makan pun xcukup sebenarnya.. pada suatu hari tu kami pergi rumah kawan mak saya dengan abng2.. dankami pun cakaplah kami sorang rm250 dan kami bagi kat mak kami rm200 bila kami kumpulkan duit tu.. memandangkan mak tu tolong kuarkan duit untuk buka pusat rawatan tu masa tu.. pastu kawan mak saya ni muka dia berubah... dia tanya lagi betul ke rm250 kami dapat.. kami pun katalah ye.. pastu esok malam tu dia datang dia minta duit rm500 kat mak saya.. sebab perjanjian bagi 2... kalau kami rm250 dan saya dan abang saya pula 2 orang... tentulah rm750 kan?? so dia mak kasi rm250 jugak macam kami.. rupanya.. dia cakap dengan mak saya dengan nada marah dan xpuas hati dia minta jugak hari tu jugak rm500 lagi.. sedangkan mak saya 1 sen xambil.. malam tu saya betul2 marah sangat... dan saya cuba tanya mak saya lepas tu apa mak saya buat perjanjian dengan dia.. sebenarnya saya betul2 xtahu perjanjian mak saya dengan kawan mak saya tu.. dan saya terasa saya dipergunakan ilmu dan kemahiran yang saya ada.. sedangkan yang mngubat tungkus lumus tu adalah saya dan abang2 saya pulak hanya bantu sahaja.. perkhidmatan memang xambil.. hanya ubatan sahaja yang kami jual.. bila terjadi amcam tu saya rasa dipergunakan oleh kawan mak saya... mak saya terdiam dan terasa bersalah... masa tu saya tetapkan mengubat selama 1 tahun.. itu pun saya xambil duit bayaran sebab saya tahu mak saya perlukan duit modal dia balik.. dan saya teruskan sebab nak jaga hati mak saya tu.. sehingga saya xtahan dengan sikap orang mengambil kesempatan ke atas kebolehan saya ni... akhirnya saya cuba cari keje disebuah syarikat pelukis pelan.. hanya gaji rm300 je sebulan.. jadilah dari xada duit nak makan... pastu pusat rawatan tu hanya saya turun kekadang je jika diperlukan.. itu pun ada yang xpuas hati...

lepas tu saya buat xperduli saya cuba nak cari keje ke ipoh.. untuk mencari kehidupan yang lebih bagus dan berpengalaman.. itupun banyak saya terima tuduhan yang bukan2.. sebab pusat rawatan tu memang saya xpeduli dan cuba membawa diri... akhirnya saya dapat keje rm550 sahaja kat sana sebagai juruteknik... saya terima terus tawaran keje tu... tapi sambil2 tu saya cuba juga bantu ornag lain... yang bermasalah... ok nanti kita sambung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2011 11:34 AM | Show all posts
ok sambung... pastu saya cuba cari keje di shah alam.. sebab berminat sangat bahagian pembangunan sebenanrya.. cuba cari pengalaman dan tahu selok belok...

akhirnya saya cuba buat 1 plan... yang menggunakan bantuan kerajaan 100% memang berjaya memang dapat dan saya buat 1 projek di selangor... 1 tahun saya cuba buat kertas keje tu dan berenti keje sebagai juruteknik... dan saya ada syarikat sendiri SDN BHD... semua pengurusan saya buat.. cuma ayah saya sebagai pemasaran...

masa nak buat dalam 1 tahun dan siap semua projek intergrasi pertanian dan pembangunan pembiayaan pun dapat... memang hati ni terasa seronok sangat... dapat projek untuk fasa 1.. yang bernialai rm200k.. projek ternakan lembu fidlot dan getah... tapi malangnya rm100k ditelan oleh 1 perbadanan ni.. dapat rm100k.. pastu minta buat kertas keje pulak untuk rm100k.. memang lari peruntukan tu memang xcukup tapi dah alang2 tu saya tetapkan juga buat kertas keje tolak ketepi semua tu sebab dah ada didepan mata cuma duit tu je nak dapat je tinggal..... pastu lulus rm100k dah seronok dah ni... dah ada tapak projek dan duit.. tapi tahu duit tu memang xcukup untuk fasa 1... tapi pikir ikhtiar cara lain nanti.. saya teruskan projek tu.. kandang lembu fidlot dah siap.. getah dah jalan.. pengurusan ada masalah.. patner saya ada penyelewengan duit getah setiap bulan dia ambil duit getah tu xmasuk ke dalam syarikat.. pastu untuk pembayaran hasil getah setiap bulan kepada pemegang tanah getah tu xdapat nak bagi yang sepatutnya.. 3 bulan dia buat macam tu.. pastu sayalah xlarat turun naik ke jabatan untuk menjawab tuduhan kata syarikat kami penyeleweng wang.. sebenarnya tanah2 projek tu adalah tanah2 orang kampung yang bagi kepada 1 jabatan ni untuk menguruskan projek getah dan tanah mereka untuk memberikan hasil yang bagus kepada penduduk2 kampung tersebut.. tetapi penyelewengan berlaku disitu...

selesai sahaja saya tolak patner saya ni... tetiba projek fidlot lembu pulak... ditukar nama kepada orang lain... sedangkan itu adalah atas nama projek saya yang buat... dapat tahu pulak sedara sendiri yang menggunakan pegawai kat situ... semua kewangan di tarik balik... berikan pada sedara saya ni.. memang perit... sedangkan saya yang buat semua projek dan kertas keje tapi macam mana boleh tukar tangan pada orang lain... pikir nak buat saman je... tapi pikirkan sedara saya tolak ke tepi semua tu... diri ni nak terapi memang susah.. xyakin... down sangat.. malu dan sebagainya.. semua ada... xtahu nak etak muka ni kat mana... masa tu baru je kawin duit hubby pun xada dia terpaksa tanggu semua perbelanjaan sedangkan dia baru sahaj 3 bulan keje dengan kerajaan.. mula rm900 je... dengan badan 2 masa tu.. tekan perasaan berapa kali masuk hospital tekanan perasaan punya pasal... asik terasa nak beranak je.. sedangkan xcukup bulan... tanggung terlampau banyak... terpaksa ambil kete dan bayar bank rm350 sebulan... rumah rm200 bil elektrik dan air lagi,.. makan .. lagi... bila dah kuar anak duit hanya nak makan rm100... tekanan dan xyakin diri memang kuart sangat... selepas sahaja anak tu besar 3 bulan... baru mula balik berniaga CVT sekali lagi... jual2 ubat dan merawat orang... dapatlah tampung keluarga...

sambil tu menggunakan kemahiran apa yang ada je.. jadi jurulatih taekwon do ITF.. buka semua kelas kat situ untuk menampung ekonomi... tapi masih xmampu nak sara diri.. sebab susu dan barang keperluan anak terlampau mahal waktu tu.. nak keje hubby xkasi sebab situ bukan kawasan bandar.. kawasan pekan kecil je.. takat gaji rm300-400 baik xpayah keje...

tapi tetap hati ni tabah terima dan redha.. menangis tu jangan cakaplah... last2 kerajaan bagi kenaikan gaji masa tu sujud syukur pada Allah berikan rezeki pada hambaNya... masa tu betul2 bersyukur sangat... adalah duit nak balik kampung.. untuk anak dan sebagainya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 12:04 PM | Show all posts
Reply 1127# eazzad


    bagus cerita nih.. teruskan usaha... nak tau jugak ape dah jadi skrang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2011 12:21 PM | Show all posts
Reply 1127# eazzad


    Ingatkan you ni lelaki.Tabah betul u ni..Kesimpulannya dari cerita ni jangan berpartner lah..Kawan2 ramai yg pesan jgn buat buss. secara partnet..kalau JV tu mungkin oklah kot..Saya pun skrg ni cuak nak buat kursus BI JV ngan org lain sebab maybe x puas hati nanti, Kalau buat sendiri walaupun students sikit x apa..x melibatkan org lain.

Skrgni ada buss lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 07:40 PM | Show all posts
yup jangan berpatner itu memang penting... tapi elok bergroup...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 07:59 PM | Show all posts
yup jangan berpatner itu memang penting... tapi elok bergroup...
eazzad Post at 5-5-2011 19:40



    statement ni sy sokong... sy pun dgn partner tapi dlm masa sama sy wujudkn 'group' dlm bidang kerja sy ni... Alhamdulillah, walau partner, masih mampu untuk perbaiki kekurangan department masing2.. yg penting telus sesama partner walaupun perkara kecil...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 10:17 AM | Show all posts
kalau kita tengok... cerita2 macma korea serkang ni dalam one HD... mereka berjalan dalam group... baru boleh mereka maju... kalau xada group susah nak naik ke atas.. sebab kita juga memerlukan kepakaran masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 12:16 PM | Show all posts
saya plak nak cerita pengalaman saya dan husband...
mase tu ktorg berniaga kecil-kecilan je....dari xde pekerja smpi la pekerja3 -4 org...
dari 1 tapak smpi la ke 3 tapak....
jadi bile kami sendiri yang manage,alhamdullilah berjaya..dari sehari ke sehari bisnes semakin berkembang.....syukur....

jadi nak dijadikan cerita,tibe2 rezki dari Allah smpi..
kami berdua dapat kerja gov.....perasaan mase tu berbahagi jgk le...
yeler bisnes pun semakin maju kan,syg pulak nk tggal...
atas nasihat keluarga,semua suruh terima keje gomen tu....
so kami pon terima ler keje tu...

Jadi bile kami da start keje gov,(kami dpt keje tu kat negeri lain)
jadi bisnes terpakse la suh pekerja yg manage...
sbb dah xde org nak manage.....keluarge yg lain sume ye keje...
Mungkin disini kesilapan kami..akibat mempercayai org luar
akhir nye bisnes kami lingkup!barang abis tpi duit xde..smpi berhutang....

Bayangkan pekerje sendiri tidak amanah..mkn duit org....
buat bisnes tu mcm bapak die punye...
siap bagi hutang kat org,pastu die  pun lupe dekat sape die bagi hutang brg tu...
So mcmne?Kami mase tu jatuh terduduk.....smpi berhutang la...
husband smpi da xde hati nak berniaga lagi...kesian die...
susah payah die bangunkan bisnes tu akhirnye jatuh ranap mcm tu je ditangan org luar..
sgt2 sakit hati....lepas tu budak tu siap mengajar laki aku lg.....
konon die xbersalah la....
pastu belum cmpur lagi dgn hasad dengki peniaga2 lain....
mmg menguji kesabaran mase tu....

Lepas kejadian tu,mmg kami xpercaye kat org luar da....
Hancur musnah mcm tu je...smpi skrg ktorg xleh tgok muke bdk tu....
biar Allah je la yg balas kan....
kire lame jgk la ktorg xbuat bisnes da...ktorg jadi org biase je...

Sehingga la skrg ni,ktorg bangun balik.....ktorg mule dari bawah balik...
pengalaman jatuh tu ktorg gune kan sebaik mungkin sebagai panduan kami...
kami mule secara online....sehingga sekarang da berjaya buka kedai..
syukur pada ALLAH....doakan kami berjaya ye....
dan yg paling penting jgn sesekali kite lupe Allah.....
Jadikan pengalaman kegagalan tu sbg 1 jalan utk kite terus maju....
Setiap yg berlaku ada hikmah nya.....

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 03:43 AM | Show all posts
saya plak nak cerita pengalaman saya dan husband...
mase tu ktorg berniaga kecil-kecilan je....dari ...
Dadadi Post at 6-5-2011 12:16



    anda dan suami memang cekal... tulah berkatnya jika ikhlas dlm sesuatu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 07:51 AM | Show all posts
bila dikenang2 semula kenapa sy tak jadi kawen dan duit untuk kawen tu dijadikan modal permulaan buka bisnes sndiri ni, bole membuatkan sy tersenyum sendiri je tanpa sedar... dalam masih kecamuk dgn masalah sndiri yg bole dikatakan wat ibubapa sy mcm terkilan sbb kejadian tak jadi kawen tu dan dgn tindakan sy ni sanggup berhenti keje yg dah benar2 lumayan gajinya sebab nak buktikan pada semua yg penah pertikaikan pengalaman sy ni, memperlekehkan 'matlamat' sy, menghina sy sebagai manusia yang takde masa depan, tak layak untuk jadi suami, akhirnya menjadikan sy ni sampai ketahap skrg walaupun belum lagi bergelar jutawan( insyaallah hendaknya dimakbulkn)... tapi mungkin sebab kerasnya hati ni nak jgk berjaya bila tgk orang lain berjaya dpn mata ataupun org yg sy bantu selama ni sehingga berjaya, akhirnya nampak membuahkan hasil walaupun baru permulaan... mungkin tanpa sedar, berkat doa mak ayah sy selama ni nak lihat sy berjaya sebagai seorang anak lelaki berguna, Alhamdulillah sudah menampakkan hasilnya.. cuma kadang2 ada juga lagi perasaan risau dan was2 dlm diri ni bila difikirkan apa akan jadi dgn bisnes sy ni dimasa akan dtg... bukan takut, bukan mengalah dah skrg ni cuma rasa seperti tak percaya je mcmne sy mampu sampai ketahap mcmni dan sampai bila sy mampu bertahan dgn dunia perniagaan yg sentiasa berubah2 ni... dari asalnya sorg yg kuitp surat, sehinggalah menjadi seperti skrg.. syukur sgt2, rasa bangga pada diri sndri pun ada kerana tak sangka apa yg ditarikNYA pada sy sblm ni rupanya diberikanNYA perkara lain yg lebih baik utk sy terima dgn gembira.... moga2 sy takkan lupa diri dimasa akan dtg...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 06:39 PM | Show all posts
alhamdullillah pada Allah berikan rezeki pada awak... kalau awak rasa risau elok awak buat 1 plan untuk backup awak... macam syarikat2 lain.. diorang akan buka kedai2 HP.. mini market.. ladang2 ternakan dan sebagainya tu untuk backup mereka bila ape2 jadi je... jadi awak kenalah cari ikhtiar pasaran yang terkini untuk backup awak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2011 01:36 PM | Show all posts
alhamdullillah pada Allah berikan rezeki pada awak... kalau awak rasa risau elok awak buat 1 plan un ...
eazzad Post at 7-5-2011 18:39


insyaallah sy sentiasa ada backup samada dari segi 'funder' atau 'aset' buat masa ni.. cuma belum sampai masa untuk digunakan kerana masih lagi mampu bergerak dgn ikhtiar sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 05:30 PM | Show all posts
alhamdullillah... jangan jadi macam saya dulu... baru je nak bermula awal2 dah kena sabotaj dengan orang lain... sampai sekrang masih lagi merangkak... ada je orang nak jatuhkan bisnes saya... tapi saya yakin pada Allah SWT... rezeki semua tu datang dari Dia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 07:49 PM | Show all posts
janganlah sebut sabotaj.. hehehe.. cakap je 'ambil berat'... saya pun masih juga terkena mcmtu sampai sekarang cuma Alhamdulillah, mungkin nawaitu sy betul dalam bidang sy ni, berkat doa restu mak ayah sy, sambil bantuan kawan2 yang selama ni masih lagi tak berubah percayakn sy...
mungkin sebab2 inilah sy masih lagi mampu juga bertahan dan bergerak sikit dgn rezeki yang diberiNYA...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 09:03 AM | Show all posts
yelah ambil berat nak jahamkan orang...

ok aku sambung lagi cerita pengalaman aku berniaga...

selepas aku 4 tahun trauma dengan syarikat aku tu... aku nak mengubah kehidupan aku... aku nak mula dari bawah... aku buka kedai untuk buat rawatan alternatif di johor.. memandangkan aku memang berbakat dalam bidang tersebut membuatkan aku yakin dengan keputusan aku...

aku mampu untuk menambahkan ekonomi aku... tetiba abang aku pun nak mengubah kehidupan dia... aku carikan dia 1 tempat berniaga di foodcourt di johor... aku pun daftarkan nama aku dan abang aku untuk bantu dia menjalankan bisnes...

aku dah sgin kontrak dengan 1 syarikat besar.. dan aku terpedaya dengan kata2 pegawai syarikat tu... dia kata kami akan dapat duit foodcourt tu selama 2 minggu.. aku kira ok cukup kalau 2 minggu kuar modal... dan akan dapat balik duit tu selepas tu.. dan duit sewa aku tolak ketepi sebab duit tu akan ditolak dengan persen yang dijual... pada pelanggan... aku xkira dah untuk bayar sewa... aku sangkakan senang dengan bisnes ni.. rupanya aku termasuk ke mulut jerung... duit aku hanya dapat pulangan modal sahaja... keuntungan di ambil oleh syarikat tersebut... dan duit untuk 2 minggu tu rupanya aku dapat cek 2 minggu akan datang baru dapat 2 minggu yang dah aku jual... contoh.. 1-15hb adalah 2 minggu selepas tu aku akan dapat cek hujung bulan 31hb... maknanya aku menanggung 1 bulan modal... memang duit xcukup makan aku dibuatnya.. nak buat pusingan modal pun xcukup dan lari bajet... tapi akau gagah jugak... pastu macma2 orang nak kenakan aku... masa tu.. macam2 kena.. aku dah malas dan kedai aku pulak lagi 1 untuk pusat rawatan tu aku terpaksa tutup sebab kena menampung modal yang besar untuk foodcourt.. sebab 100% duit aku yang sumbangkan semua dalam foodcourt tu semata2 nak tolong abang aku.. akhirnya aku terpaksa tutup kedai aku pusat rawatan tu.. kerana terikat dengan kontrak.. aku terpaksa menjaga anak aku sendiri sementara tu abang aku yang jualkan.. selama 6 bulan aku xdapat keuntungan... semua keuntungan di ambil oleh syarikat besar itu... kami hanya dapat modal sahaja.. aku rasa rugi teramat rugi.. akhirnya aku menyerah kalah dan terpaksa tutup foodcourt tu.. dari menanggung rugi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.056767 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list