CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hiven

Susah Senang Perit Pahit berniaga sendiri

  [Copy link]
Post time 9-5-2011 12:31 PM | Show all posts
wow! bila baca pengalaman senior kat sini rasa mcm berkobar je perasaan ni...kena bijak dan kena agresif! aaarghh 5 bulan pertama mia mula berniaga ..xcukup lagi kaedah usaha yg mia lakukan....mia rasa mia nak buat something yg lebih besar....kalau mula mula niat tu nak jual nasi lemak skdr nak cukup duit bayar keta and etc since dah tak keje...tp mia rasa skrg objective mia dah bertukar.....insyAllah dgn izin Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2011 12:52 PM | Show all posts
yup teruskan mia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 02:30 PM | Show all posts
saya sendiri telah menempuhi pelbagai jenis perniagaan dlm tempoh 10 tahun.. berniaga pasar ramadhan, tepi jalan, pergi ekspo/karnival, MLM dan sebagainya.. memang byk dugaan.. saya tak pernah merasa kecewa dengan kegagalan saya di dalam perniagaan .. mungkin itu bukan rezeki saya mungkin.. apa2 pun apa yang kita nak buat kita mesti ada semangat, berani dan sentiasa berfikiran positif. berdoa kepada allah supaya segala urusan kita dipermudahkan dan dilimpah ruah rezeki melalui apa2 perniagaan yang kita ceburi..

alhamdulillah dlm byk2 jenis perniagaan yang saya ceburi MLM juga yang boleh mendatangkan rezeki dan duit yang byk.. yang penting kita nak buat, diajar secara betul, rezeki yang kita terima itu halal dan berkat dan kita lakukan bersungguh2 dan berterusan.. kita tak perlu sangat pandai2 memadai hanya dengan pandai sahaja..

kemudian saya diajar direct dengan jutawan bukan jutawan biasa2 tetapi dengan jutawan berganda yang tak lokek ilmu untuk mengajar kita.. kalau ikutkan title jutawan tu pun dah boleh kalau dia tak nak mengajar kita baik dia duduk rumah aje.. tetapi "akak" ni tidak.. dia tetap akan turun padang untuk mengajar dan ingin menjayakan orang melayu.. kekadang kita rasa malu sebab orang yang dah bergelar jutawan sanggup untuk mengajar kita cuma kita orang yang "tak ada" ni sombong pulak .. tak mau belajar.. manusia ni kalau gagal..dia tak akan salahkan dirinya tetapi akan menyalahkan orang lain sebab kegagalannya.. mcm2 ragam manusia sekarang kan.. tak pe lah itu orang .. yang penting kita yang nak buat ni teruskan sehingga jutawan itu tak jemu mengajar orang yang nak seperti saya ini.

alhamdulillah 3 bulan melakukan perniagaan ini saya diberi peluang ke umrah melalui syarikat ini (memang ini yang saya nak dan berdoa jika betul perniagaan ini yg akan ku jalankan maka ko permudahkanlah laluanku menjadi tetamumu ya allah) dan mendapat pendapatan sehingga RM5k.. alhamdulillah sangat2 dapat juga keluarga, ibu bapa merasai pendapatan hasil perniagaan yang ku lakukan ini..

sekadar berkongsi pengalaman aje...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 03:44 PM | Show all posts
hari ni alhamdulillah ada rezeki.. ada cust nak tengok barang jualan. Suruh bawak n hantar pergi ofis diorg. Bawak pergi ofis tu bermakna banyakla sikit pelanggan..amin. Tuhan nak tolong di saat memerlukan.

Tapi hari ni tuhan aja yang tahu betapa penatnya saya. Dah la pagi2 sebelum pergi kerja kena hantar anak pergi rumah mak mertua (utara)..lps tu kena patah balik pergi kerja (selatan). Tertinggal la pulak baju sekolah. Haru betul..dan sangkut siap2 kat pintu, mcmana boleh lupa. Selalu la jugak lupa ingatan mcm ni. Ye la, pagi2 nak kena siapkan 3 orang anak. 2 pergi nursery, sorang dah standard 1.  Mungkin masa bersalin terlebih bius kot..ha..ha.. Tu yang selalu dok lupa..ke dah mai penyakit nyanyuk ke..nauzubillah la mintak dijauhkan.. anak2 pon masih kecik lagi..

Pagi tak sempat nak mkn, minum nescafe je. Tghari plak bergegas ke ofis cust time lunch. Peruk dah berkeriuk2 dah.. dah la terpaksa la pulak panjat tangga 4 tingkat. Tp demi duit lebih habuan anak2, terpaksa la gagahkan juga. Bukan senang nak dapat rezeki bergolek macam ni.. Lps balik, singgah jap beli mkn tghari. Tangan pon dah menggeletar dah, dok tahan lapar..kalau ada rezeki lebih bulan ni, bolehla beli hadiah hari ibu untuk mak.. dapatla balik kampung hujung bulan ni..amin..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 03:48 PM | Show all posts
setiap rezeki lain2... sebelum nak buat sesuatu perkara hendaklah melihat diri kita dahulu... arah mana yang kita nak lalui... setiap orang ada dugaannya... bukan senang nak jalan dengan betul... mesti jatuh... sama juga kalau kita nak berniaga ape pun akan jatuh... yang penting semangat tu mesti kuat...

tumpukan pada minat dan hobi dan keyakinan... jika itu yang rasa dalam jiwa haruslah melangkah pergi jauh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 12:36 AM | Show all posts
yelah ambil berat nak jahamkan orang...

ok aku sambung lagi cerita pengalaman aku berniaga...

...
eazzad Post at 9-5-2011 09:03


insyaallah rakan2 bole bantu jika nawaitu kita benar keranaNYA...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2011 01:08 AM | Show all posts
Reply 1133# Dadadi


    awk bukak bisnes apa?..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 07:41 AM | Show all posts
harap pengalaman pahit ni melangkah kita lebih jauh lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2011 02:52 PM | Show all posts
harap pengalaman pahit ni melangkah kita lebih jauh lagi..
eazzad Post at 10-5-2011 07:41



    dan secara tak langsung awk dgn pasangan awk pun makin kuat hbgn bersama walaupun dlm keadaan susah mahupun senang... tu berkat namanya.. Insyaallah dibalas jgk akhirnya... lupa nak tanya? mcne skrg bisnes anda?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 02:44 PM | Show all posts
ooo.. sekrang pun masih merangkak lagi... ada je orang yang cuba buruk2kan bisnes kitaorang... kekadang tu xpaham kenapa ada je nak berdengki sedangkan kita pun nak cari makan dan nak bina kehidupan yang lebih baik... tapi mesti ada yang xpuas hati... walaupun saya boleh mengubati orang yang ada masalah gangguan sihir dan sebagainya.. dugaan tetap ada... selalunya lebih teruk dari ganguan2 sihir...

fitnah orang... yang membuatkan bisnes susah nak pergi jauh...

contoh hubby saya ada buat bisnes spare part kete... ada pulak orang pun jual spare part kete... suka betul buruk2kan barang hubby saya... canang sana sini... orang bangsa kita ni lebih percaya yang buruk lagi dari yang baik... pastu kwan2 hubby pulak sesuka hati ambil barang kat kedai sampai beribu diorang ambil tapi xbayar... tanya2.. hubby kuarkan barang itu ini.. pastu angkut terus dalam kete xbayar... geram betul aku... kenapa orang kita ni suka betul nak aniaya orang...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 10:24 PM | Show all posts
ooo.. sekrang pun masih merangkak lagi... ada je orang yang cuba buruk2kan bisnes kitaorang... kekad ...
eazzad Post at 11-5-2011 14:44


ok2.. berat sebenarnya 'kerja' mcm awk ni... biasalah gangguan manusia yg nak hancurkn manusia ni lagi teruk sebenarnya dari gangguan jin iblis setan ni.. betul jgk kata awk tu.. bukan semua perawat mcm awk disukai semua orang.. (dan mungkin awk juga diperlekehkn selama ni kan?), nak pulak kalo awak tak pandai buat 'MARKETING' mcm diorg sampaikan dah jadi satu trend plak kena bangga buktikan siapa mereka... kalo semata2 kerana Allah, takkanlh ramai yang sy lihat sbnrnya terang2 makin takbur dan riak (tanpa sedar) yang mereka mampu ubati, singkirkn mcm2 jenis sakit serta mencari pengaruh kepercayaan ramai dgn mcm2 cara dan 'bukti' , rawat semua sakit dgn 'sedikit hadiah' yg diberikanNYA sementara tu.. memporak perandakan hidup orang lain lagi adalah dgn mcm2 'ilmu' dan 'amalan' yg diajar.. membantu ke namanya tu? (ikhlas kerana Allah ke tu?)... nabi sndri pun penah demam inikan diorg yg nak riak mcm takde sakit pape plak sbnrnya dlm diri diorg tu..

mengikut pengamatan dan pengalaman sy sbg budak2 ni yg cuma setebal kulit bawang je pengetahuan kat dunia ni, biasanya yg benar2 ikhlas kerana Allah, diorg ni tak pandai buat 'MARKETING' mcmne yg blaku pada awk skrg ni masih tak dapat nak buat 'MARKETING' buktikn siapa awk.. diaorg takkan ngaku dorg hebat walaupun ramai dah kenali diorg dan ada setengahnya akan cuba ngelak utk menonjolkan diri.. tawakal, yakin je awk sbnrnya beruntung dipilih untuk 'membantu' walaupun awk sndri rasa berat nak menanggung kesannya... kalo tak, takkan lah ustaz harun din, hassan din pun ada yg ckp mcm2 ttg mereka sebabkan mereka buka darul syifa.. bela jin ke apa ke... ada ke mereka berlagak bole ubati semua penyakit?(kita mampu ke buktikan?) yg seingat sy pnh sy baca ttg mereka dulu, diorg jadi mcmtu berubah drpd budak2 nakal jadi baik dan mampu mengubati dan merawat(megikut ikhtiar mereka), sbb berkat doa mak dia masa mlm lailatulqadar(Wallahualam kalo info sy ckp ni ada yg kata sy sengaja reka) awak yakinlah, ada hikmahnya kenapa awk 'dipilih' jadi mcmtu... nawaitu sbnr awk tu yg awk sndri tau.. biarlah apa org nak aniaya, nak dengki kat awk, nak ckp bukan2 pada awk tu sebab awk buka perniagaan mcmni.. diaorang pun bukanlah sempurna juga sbnrnya.. masih lagi makan nasi mcm kita semua ni.. kalo diorg hebat sgt, diorg mampu ke tau masa depan kita nanti? lagi memporak perandakan orang lain sy tgk adalah... sy bukan nak mencabar sape2 untuk 'uji' sy, yg mungkin anggap sy ni nak cari pasal.. sy takde sebarang ilmu dan kelebihan mcmne yg mereka dpt utk sy jadi riak atau takabur memperlekehkn sape2, atau amalan yg sy nak banggakn sbb sy ni nyawa cuma 1 je dan sy pun byk wat dosa juga selama ni... pokok pangkal sy tau apa yg sy nak dlm idup sy dah cukuplah... sy pegang kata org tua sy..'NAWAITU'.. tak semua yg diorg mampu rawati tu berhasil.. dan tak semua yg awak bantu rawati tu tak berhasil... sume ckp niat kerana Allah tapi kalo niat kerana Allah tu ada bersebab lain camne? sampingan setakat awk buka tmpt niaga, jual minyak2 dan mcm2 lagi utk sara hidup awk, utk bantu ekonomi awk tu dianggap ilmu salah ke? lainlah tiap kali kalo org dtg bnr2 minta tlg ikhtiarkn awk jgk charged 'rawatan' awk tu selain jual brg2 yg kat kedai tu... awk yakin jelah dgn diri awk tu sbb tak semua orang mampu dpt mcmne yg awk dpt sbnrnya skrg ni... insyaallah pesakit akan cari awk jgk nanti tak perlu awak nak risau mcmne nak fikirkan masalah tu... selain awk membantu ikhtiar dlm rawatan awk tu, awk sndri tau kenapa awk jadi mcmtu dan kenapa ramai fitnah awk mcm2...NAWAITU awak betul, insyaallah, berkat yg awk dpt sbnrnya awk sndri tak sangka akan awk perolehi tak lama nanti.. buat je promosi brg2 yg awk nak jual tu... sekurng2nya secara tak langsung insyaallah akan ada jgk yg akan minta 'bantuan' awk nanti tak perlu awk nak bgtau.....

bab suami awk plak..

berkenaan suami awk tu, mmg suami awk tu kena tegas skit tak kira kawan ke saudara mara dlm hal hutang piutang ni.. mmg betul, perniagaan sparepart ni kalo kita lihat majority kat mesia ni bukan bangsa kita yg buka kan? kenapa diaorg berjaya? sbb riba tu mmglah diorg dah amalkn tapi bab lain tu ada kita perasan? bab masa, bab utang dan bab janji tu yg diorg pegang sbnrnya... lagi satu, diorg ni kalo berniaga, kita tgk camne style diorg? bersatu dlm diam kan walaupun kita nampak mcm tak maju je tapi nape tetap bole bertahan.. tak salah 'belajar' dari bangsa lain dan tak bererti kita masuk 'kaum' mereka, kita dianggap lupa agama, lupa bangsa.. sbb bangsa sndri pun masih lagi nak dengki mendengki sesama sendiri sebab semuanya banyak dan mcm2 'ilmu'.. cakap pandai, tapi diri sndri duk takuk tu jgk.. pantang nampak kita lebih skit, mulalah mcm2 tohmahan diberikn pada kita sampai porak perandakan kita bknnya bantu kita... pergi lantaklah orang nak kata kita ni sape asalkn kita tak lari lagi dari landas2 islam kita.. dosa pahala bukan diorg yg tentukan pandai2 nak hukum kita ini itu yg tak betulnya.... diorg ke yg bagi kita rezeki? tentukan ajal maut kita?


saya bukan mencabar siapa2.. saya bukan tak percaya jin iblis setan tapi sy yakin kenapa sy diberikan roh dan jasad kat sy didunia ni.. teruskan je ikhtiar awk tu, pedulikan apa orang nak kata pada awk... NAWAITU tu ya perlu awk 'jaga' cuma 'hati2' dgn permainan manusia yg ramai bijak pandai dlm 'bidang' awk ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 10:06 AM | Show all posts
pasal marketing tu memanglah ada kekurangan kat situ sebab semua saya yang nak kena buat... nak jalankan spar part lagi... untuk rawatan lagi.. pekerja pun boleh ambil sorang je.. dialah nak buat itu ini.. kekadang tu kesian jugak tengok dia... nak bayar gaji mahal2 memang xmampu pun... hehehehe.. tapi ada niat nak bagi gaji tinggi kat dia ni... sedih memang sedihlah... tapi apa boleh buat dugaan dan ujian memang tebal... kekadang tu kita sendiri takut nak hidup dunia yang penuh pancaroba ni... tapikan mamatarosan terima kasih banyak2 sebab bagi sokongan xtahu pulak mamatarosan masuk ke MPS selama ni.. kecewa memang kecewa... minyak attar tetap saya jual.. cuma hari tu saya nak diorang diam dulu pastu baru on balik... sekrang ni minyak attar dah mula jual balik...

kalau pasal hubby tu memang saya dah banyak kali sound pun... tapi nak jaga muka suami ni depan kawan2 dia ni yang buat saya sakit hati... kita ni jual spare part kete nak tolong bangsa sendiri... selama ni bangsa kita beli barang kereta yang cap ayam pun mahal sama je harga dengan harga jenama... tapi bila orang kita nak jual macam nilah... kata itu ini.. bising kata jual mahal.. sana murah lagi... macamlah saya xtahu harga sana tu jual berapa.. sedangkan saya jual lagi murah dari yang sana tu jual... pernah sekali tu kawan hubby saya ni jual spare part kete 2nd hand... tapi dia kata ori punya... dia boleh cakap depan kami kalau dia jual letak 1 longgok barang dia yang 2nd hand ni... dengan barang dia jual.. barang dia lagi laku dari barang kami... terkejut tau bila dengar... pastu ada mamat sorang ni datang dia kata nak tengok kedai kami.. pastu dia cakap.. kenapa buka kedai ni kat sini... sini dah ada orang jual tapi part 2nd hand.. kami jual barnag baru... semua dari taiwan... pastu diorang cakap diorang xkan beli dengan kami sebab diorang nak jaga hati orang tu... kami ni macam terkejutlah.. kenapa cakap macam tu kan???  kalau kita ni adatlah persaingan secara sihat... barang dia pun tumpang letak kat kedai kami ni.. xpulak kami charge ape2... benggang jangan cakaplah... tapi itulah adat kita ni yang makan diri kita sebenarnya...

cina ni diorang memang maju sebab riba... diorang boleh ambil secara banyak sekali pun... tapi riba tetap kena... cuma kita ni islam... xmakan riba... niat nak tolong bangsa dari kena tipu bangsa lain.. tapi bila dah buka pun bangsa sendiri sanggup nak kayakan bangsa lain walaupun kena tipu bulat2... entahlah.. kekadang tu xtahu nak cakap ape lagi... dah baagi murah nak murah jugak.. ada yang nak harga kami pulak beli dengan import gila siapa nak jual macam tu... kekadang tu sakit hati ni memang... tapi gagahkan jugaklah nak buat macma manakan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 06:12 PM | Show all posts
dalam perniagaan sentiasa ada pertandingan...
ada yg sihat dan banyak jugak yg tak sihat.....

untuk menang kita kena bersedia...

tapi kita harus jugak terima kenyataan..
bukan semua pertandingan tu kita boleh menang....

nak jadi world wrestling champion.. mungkin susah kot buat kita ni...
nak menang fifa world cup pun.. mungkin susah jugak...

tapi badminton, squash... congkak, dam haji ke... mungkin ada harapan....

so........ kalau nak berjaya...  pilih lah bidang yg kita ada peluang untuk menang...

instead of worrying about apa org lain buat...
focus on our strength... and build on it.......

susah nak control apa org lain boleh atau tak boleh buat...
akhirnya kita juga nanti jadi marah2... hidup pun tak tenteram...

bukan setiap gunung didepan tu harus didaki...
kadang2 jalan kat tepi2 pun boleh lepas gak...........
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 06:27 PM | Show all posts
target, plan dan strategi tu kadangkala kena sentiasa diolah dgn keadaan semasa.. bidang apa pun kita ceburi kalo dah tu yg kita yakin mampu hadapi, kita teruskn je... bab dengki mendengki ni mmg lumrah sbnrnya... bila ada perasaan takut nak hadapi, tu yang cepat kecundang sebelum menjadi... bukan senang nak jadi senang, dan lebih senang nak jadi susah sbnrnya..
mengalah bukan bererti kita terus kalah.. tak semestinya kita pandai akaun, kita akan buka bisnes bidang akaun.. dan tak semua yang pandai berkata2 tu akan hanya jadi salesman saja..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 08:07 PM | Show all posts
dalam perniagaan.. ape yang kita buat harus kita jalankan walaupun banyak rintangan.. mesti ada jalan penyelesaian dia... walaupun lambat.. rezeki Allah tentukan... itu je yang saya pegang sampai sekrang...

saya xnak saya buat bisnes macam dulu sebab bergantung pada orang lain... untuk membantu saya untuk uruskan projek kerajaan dulu.. itu dah cukup bagi saya kena tamparan yang hebat sangat.. dan saya xnak saya dimundurkan lagi dalam dunia penuh penindas... bukan saya je yang hadapi semua ni ramai yang jadi macam ni...

target tu amat penting dalam bisnes... kalau xada target kita tetap macam tu...

1 teladan cerita thumb yang penuh duka untuk berjaya... tapi dia gagah untuk atasi masalah dia akhirnya dia berjaya walaupun mengambil masa yang lama... sebab dia bergantung pada orang2 dia untuk menjayakan bisnes dia... itulah kesilapan kita....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 10:30 AM | Show all posts
hidup nie satu perjalanan...

sepanjang perjalanan kita akan jumpa berbagai jenis kehidupan
dan pemandangan....

dari situ kita dapat timba pengalaman dan pengetahuan

so...... the best we can do is to enjoy the scenery


scenery kalau sama jer pun boring jugak kannnnnnn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2011 11:09 AM | Show all posts
kita baru jek nak mula berniaga kain sulam dalam blog sulaman craft... awal2 lagi da kene tipu... sedey gler... customer order bundle, end up taknak amek... sedey gler... memula caya kat dia sbb ayat dia manis. dia ckp baru kene tipu rm35k... so dia mintak takyah bayar deposit... kita mati2 caya... end up kita kene tipu... da la student neh... haish..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 08:48 PM | Show all posts
hidup nie satu perjalanan...

sepanjang perjalanan kita akan jumpa berbagai jenis kehidupan
dan p ...
aarie Post at 13-5-2011 10:30



    sokong... makin 'jauh' kita nak tuju, makin byk scenery kita akan hadapi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 08:51 PM | Show all posts
kita baru jek nak mula berniaga kain sulam dalam blog sulaman craft... awal2 lagi da kene tipu... se ...
ika_ivy Post at 13-5-2011 11:09



   sy pun pnh terkena mcmni..:@ pengajaran... sebaik manapun keliling kita, kalo urusan niaga tu kenalah ada 'deposit'.. urusan dgn gomen pun skrg kalo btl cara, mudah je dpt 30% deposit bila LO dikuarkan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 09:19 PM | Show all posts
Eazzad,

Pada saya yg ambik spare parts dari husband awak tu x bayar tu bukannya kawan tapi 'hantu' yg tak layak di buat kawan. Kalau dia org mintak elok2 nak bayar ansur ke x apalah.At least akhirnya dapat jugak duit. Ni x layak buat kawan sebab mereka ambil kesempatan dan dia org ni mungkin ingat 'kawan aku ni kaya, x yah bayar pun x apa.'
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.059582 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list