CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vijaya

Buddhism in Bahasa Malaysia

[Copy link]
Post time 11-5-2014 09:55 PM | Show all posts
Dharma

Dharma menurut fahaman kita...
  • keadaan fitrah sesuatu, yatha butha
  • undang2 alam semesta secara tertentu atau menyeluruh
  • ajaran2 Guru Buddha sbg penjelasan bg undang2 alam yg terpakai utk masalah2 penderitaan manusya
  • fenomena2 dan yg berkait dgn nya

pengamalan ajaran Buddha itu dharma vinaya... pemahaman ciri2 fitrah kejadian alam itu dharma vicaya...

agama merujuk kpd kitab2 suci... 5 semua... dgn tambahan tradisi2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2014 10:04 PM | Show all posts
Tajuk ini menarik minat saya... Kenapa tidak mempertimbang untuk mencari semula bahan2 dari empayar Srivijaya dan penggunaan bhs Melayu Lama dan bhs Proto-Malay yg non-Muslim? Saya dapati terdpt byk istilah2 berguna Buddhism dalam bhs Melayu Srivijaya seperti niroga... nirupadrawa... etc...

Masalah yang Dihadapi dlm Penterjemahan Karya Buddhisme

1. Pendahuluan

Semasa Buddha menyampaikan AjaranNya, Beliau kebanyakan menggunakan Bahasa Magadhi, bahasa yang terdapat di India Timur pada masa itu. Selepaas Buddha memasuki Nirvana, pengikut-pengikutNya mengadakan 4 kali Kaunsil untuk menentukan Ajaran Buddha, dan menggunakan Bahasa Pali serta Bahasa Sanskrit untuk merekodkan Ajaran Buddha. Apabila Bhiksu-Bhiksu menyebarkan Ajaran Buddha ke merata-rata tempat, mereka terpaksa menggunakan bahasa tempatan. Di sinilah bermulanya penterjemahan karya Buddhis. Kadangkala terdapat Bhiksu yang tidak begitu fasih dalam bahasa tempatan, maka mutu hasil penterjemahan mereka itu kurang sedikit, walau bagaimanapun jika tiada hasil penterjemahan tersebut maka kitapun tidak akan dapat memelajari Dharma.

2. Alat :

  • kekurangan istilah dan kamus dwibahasa yang baik
  • kekurangan program komputer yang dapat menjalani penterjemahan (Ven. Piyasilo menggunakan Expert System untuk membuat penterjemahan dalam Bahasa Pali dan Inggeris di Damansara Vihara, PJ)

3. Bahan :

  • Mazhab Buddhis : Theravada, Mahayana, Vajrayana.
  • Bahasa Cina, Pali, Sanskrit, Jepun, Tibet, Inggeris, Siam.

4. Kepakaran / tenaga :

  • kekurangan kepakaran dalam teks
  • kekurangan kepakaran dalam exegesis (menerangkan makna tulisan asal agama)
  • kekurangan kepakaran dalam lexical (makna istilah atau perkataan dan tatabahasa dalam bahasa terjemah
  • kekurangan pekaparan dalam indigenous (bahasa asli/tempatan
  • kekurangan kepakaran dalam style (corak penulisan asal)
  • kekurangan penterjemah yang bertauliah/terlatih, dapat menguasai 2 atau lebih jenis bahasa dengan baik

5. Sikap :

  • tabah : kerana kerja tanpa ganjaran, sukarela, makan masa yang panjang, bukan untuk keuntungan diri, salah sedikit kena teguran.
  • gembira : kerana memperkenalkan pemikiran/pendapatan orang lain, menunaikan kewajiban sebagai seorang Buddhis, bebas dari kebongkakan.
  • committed' dalam penyebaran Dharma
  • sedia memelajari dari orang lain
  • jangan kerja seorang
  • sentiasa berbanding dengan hasil orang lain

6. Peranan Penterjemahan :

  • supaya orang boleh faham Dharma
  • menambahkan bilangan pembaca
  • menolong membentuk identiti Buddhis Malaysia
  • meningkatkan pengajian dan berdekatan dengan Dharma
  • bahasa menunjukkan kebudayaan

7. AJK Penterjemahan terdiri daripada:

  • AJK Penterjemahan
  • AJK Pemeriksaan
  • AJK Penyuntingan
  • AJK Pengesahan

Last edited by vikramavardhana on 11-5-2014 02:05 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.047135 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list