CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27902|Reply: 178

Kempen penyusuan ibu gagal

[Copy link]
Post time 13-9-2005 03:53 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Kempen penyusuan ibu yang dilancarkan Kementerian Kesihatan gagal kerana masyarakat tidak mahu menyokong, malah ibu sendiri malu melakukan amalan sihat itu lebih-lebih lagi secara terbuka.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, tanggapan negatif dan rasa 'pelik' di kalangan masyarakat terhadap amalan menyusu badan menjadi punca kempen menggalakkan penyusuan ibu gagal.

"Ini semua disebabkan sikap masyarakat... mereka rasa pelik jika melihat ibu menyusu anak dengan susu badannya.

"Ada juga yang malu walaupun pada waktu dulu amalan ibu menyusui anak dengan susu badan di merata-rata tempat adalah pemandangan biasa," katanya kepada pemberita selepas mengisytiharkan Hospital Putrajaya sebagai 'Hospital Rakan Bayi' di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr E G Palaniyappan dan Pengarah Hospital Putrajaya, Dr Naginder Singh.

Dr Abdul Latiff berkata, kempen penyusuan ibu akan berjaya jika wujud keadaan 'mesra' di kalangan masyarakat yang menerima amalan penyusuan ibu sebagai fitrah dan normal.

Beliau berkata, kempen penyusuan ibu juga tidak disokong hospital swasta yang enggan melabur bagi menyokong kempen berkenaan.

"Pengurusan hospital swasta berpendapat usaha melatih kakitangan dalam kemahiran yang membabitkan penyusuan ibu sebagai langkah yang banyak mengambil masa.

"Langkah itu dianggap rumit dan mereka lebih suka melakukan perkara lain yang boleh membawa keuntungan kepada hospital," katanya.

Dr Abdul Latiff berkata, kempen penyusuan ibu hampir 100 peratus dicapai kementerian di semua hospital kerajaan.

"Ketika ini, 114 daripada 116 hospital kerajaan diisytihar 'Hospital Rakan Bayi', pada kadar pencapaian 99.9 peratus di semua hospital kerajaan, tetapi kita tidak puas hati dengan sambutan hospital swasta,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2005 12:07 PM | Show all posts
Saya setuju dengan artikel ni...
Kalau kat Malaysia ni, hosp kerajaan mmg menggalakan penyusuan susu ibu... mmg bagus... baby friendly... nampak orang bawak botol susu pun kena marah..

tapi kalau hosp swasta ni, setakat ni yg tau.. ada 2 hosp je menggalakkan susu ibu: hosp pantai dan hosp mawar.. yang lain belum lagi implement... rasanya sbb banyak sgt dapat sponsor pek pek susu tepung..

sedihnya

P/s: teringat kes bersalinkan anak pertama, misi terus sumbat botol sampai anak saya tanak langsung breastfeed... masa tu rasa sedih sgt hosp tak ajar penyusuan ibu yang betul -mmg tak baby friendly / mummy friendly langsung
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2005 01:30 PM | Show all posts
i think smc pun tak kurang hebat kempen menyusu
masa i bersalin, paed kat situ sendiri datang tanya "dah menyusu badan ke belum?"

tapi ye laa
ibu ibu sendiri kenalah ambil inisiatif sendiri
orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih
mcm nasi , mula2 seksa nak menyusu sbb puting takde
tapi usaha jugak cari nipple shield, alhamdulillah dapat juga menyusu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2005 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by nasi^impit at 14-9-2005 01:30 PM
i think smc pun tak kurang hebat kempen menyusu
masa i bersalin, paed kat situ sendiri datang tanya "dah menyusu badan ke belum?"

tapi ye laa
ibu ibu sendiri kenalah ambil inisiatif  ...


good for nasi impit... my hosp dulu, mmg tak galakkan pun nyusu badan.. masa tu first time, jadi exp pasal nyusu ni mmg takde langsung
my 2nd baby (diff hosp), i tegas ngan nurse nak nyusu badan.. kalau tak, sure dieorang tak hantar ke bilik langsung
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2005 01:57 PM | Show all posts
my experience pulak, masa pregnant, mmg plan nak breastfeed my baby, tapi lepas bersalin ajer, tetiba rasa isy malulah..nanti orang tengok..nampak kita punya...sebab utama MALU. tapi lepas tuh rasa menyesal sesangat, rugi rasanya...plan for 2nd baby plak..hopefully berjaya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2005 02:42 PM | Show all posts
sama le mcm exp kite...lahir2 anak terus disumbat botol susu.ade le gak nurse yg ok galakkan nyusu..ajar gak..but nampaknyer baby saya dah suker puting botol yg panjang tuh...waduh..jd le anak susu soya dn susu lembu.nsb lom jd anak susu kambing...hehe..
saya ngk exp adik ipar lak..mmg le bersalin kat spital k'jaan takleh pakai botol..but biler balik umah ada stigma..'your milk won't be enuf'...so skang lom sampai umur 2bln dah pakai botol.biler pakai formula sah2 le supply susu bdn pun berenti ngan sendiri.nampaknyer tiada penggalakkan penyusuan berpanjangan kat situ.i feel gov ptt bg subsidi skit to mommies yg brestfeed anak mereka spt di beb buah negara...at least mommies can purchase good breastpump and nutritious food.
anyway..i harap utk anak ke2 yg akan dtg berjaya le menyusu selama yg boleh.AMIN...
p.s:i dah tau dah..kalo bersalin kat private,awal2 u kena ckp u nak breasfeed..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2005 03:15 PM | Show all posts
hospital yg aku gi pon di haramkan bawak botol susu...
pasal stigma susu badan not enough tuh rasanye zaman ni wanita dah ramai yg di-educate yg breastmilk is the best milk for baby...
nak educate semua wanita mmg takes time
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2005 04:11 PM | Show all posts
nasi dulu target nak nyusu sampai setahun
tapi sempat 7 bulan jer
orait la tuh.. ihiks..

p/s : bila menyusu rasa puas satu macam.. lagi happy bila dengar baby sendawa.. burrpp :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2005 07:17 PM | Show all posts
anak sulung, sempat menyusu selama 3 bulan..

my nipple crack and sore dgn teruk nya..sampai bleeding and baby dah tak mo..

second baby breastfeed baby..usia dia sekarang hampir dua bulan..selang seli kan dgn bottle susu s-26

hopefully this time boleh breastfeed lama sikit..

oh ye, hospital tempat nashra bersalin ni baby friendly gak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2005 08:28 PM | Show all posts
Saya bersalin ceaser hari tu, so 1st day tu baby dijaga oleh nurse dan diberi susu botol..2nd day, baby diberi pada sy utk di breastfeed, siang baby ok dia minum, tapi bila malam dia meragam tahap serius sampai nurse ambil dia dan jaga dia dan bagi susu botol..sbb bila malam dia macam lapar sesangat dan nak minum cepat2..maybe sbb masa 1st day tu dia dah disuap susu botol.. Nurse siap marah sbb baby nangis kuat sgt dan sy tak berusaha bagi susu botol kat dia..Geram betul kat nurse tu ..dia kata sy tak pandai jaga anak, tak tahu yg anak dah lapar dan tanak susu badan..Masa tu rasa sedih sgt sbb saya kena stay hospital selama 7 hari (sbb baby ade G6PD) dan baby asyik diberi susu botol oleh nurse.. Tapi sy berazam balik rumah sy akan berusaha bg susu badan..Awal2 mmg susah tapi Alhamdulillah berjaya..Baby dah masuk 35 hari dah..dan dia dah tanak susu formula dah.. Insyallah lepas ni nak cuba breastfeed sampai baby umur setahun..:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 12:50 AM | Show all posts
memang ler malu nak menyusu kat public, aku walau duk kat negara org pun malu oi....

ni cadangan aku:

1. adakan sebuah bilik tempat ibu menyusu di shopping complex mcm midvalley ker, KLCC ker,
2. bukan terhad kat shopping complex, tetapi kat tempat yg selalu jadi tumpuan pengunjung mcm sunway laggon ker, genting ker, wet world ker
3. kerajaan kena la invest la skit duit, buat seminar breastfeed utk ibu hamil, free of charge, kasi ler buku panduan, tgk video tape ker, panggil lactation- wawarkan pada semua ibu hamil supaya join-kalau wajibkan lagi bagus
4. kerahkan hospital-hospital private utk laksanakan breastfeeding ni, diaorg ni kalau suruh, memang buat dek jer. yalah, bukannnya ada income masuk pun kalau laksanakan... kalau susu botol, blh jugak charge :agr:


yg lelain korang tambah la sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 08:57 AM | Show all posts
pengalaman breastfeeding baby no2 paling lama..dekat 24 bulan. anak no3 setahun lebih, anak no1 & 4 hanya 4 bulan shj...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 08:58 AM | Show all posts
kenapa yer ibu2 sekarang byk problem bile nyusukan anak.. tidak termasuk faktor bekerja yer...

1. masalah sakit nipple
2.nipple tak timbul.. confuse gak.. memang normal yer even dah pernah pregnant nipple tak timbul.
3. lagi satu masalah susu tak kluar.. nih pun aku confuse... sebab makcik aku yg bahagian ibu n kanak2 kater suap je kat anak... lelama otak akan stimulate utk suruh breast klurkan susu...

adakah disebabkan persekitaran,rutin diet, genetik atau kehendak...sebab dalam islam pun ader nyatakan pasal penyusuan anak...

lama kelamaan.. makin ramai anak susu tin dati susu gantung... agaknyer tu la antara punca anak rosak akhlak...wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 09:15 AM | Show all posts
masa anak sulong di hospital tu mmg dia tak bg bawak langsung susu botol, nurse pun pesan botol susu tu kalau doktor nampak siaplah kena marah....mmg strict....tapi akhirnya terpaksa gak bg susu botol sebab baby dah nangis2 haus tapi susu masih tak keluar....nurse yg suh buat susu..hehehe..selepas 3 hari barulah ada susu dan mmg baby menyusu badan sepenuhnya...baby no 2 lahir2 je dah kena sumbat susu botol sebab di hospital tu tak strict sgt pasal susu badan....tapi bila balik rumah terus bg susu badan walaupun susah pd mulanya.....sepatutnya semua hospital kena strictkan penyusuan susu ibu ni tak kira di hospital kerajaan atau swasta.....sebab kalau tak strict mestilah kita pun ambil jln mudah bg susu botol jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by zacko_inc at 15-9-2005 08:58 AM
kenapa yer ibu2 sekarang byk problem bile nyusukan anak.. tidak termasuk faktor bekerja yer...

1. masalah sakit nipple
2.nipple tak timbul.. confuse gak.. memang normal yer even dah pernah preg ...


aku rasa tak adil kalau ko kata tak menyusu badan tu punca anak2 rosak akhlak.... ada jugak golongan wanita yg mmg nak menyusukan anak tapi susu takde.....it happened to my SIL and friends....kesian diorg...tak taulah apa puncanya.... tak semua bernasib baik..... byk faktor yg menyumbang kerosakan akhlak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 09:23 AM | Show all posts
saya rasa sungguh bertuah kerana doktor saya penyokong kuat penyusuan ibu.  bulan ni genap 15 bulan aku menyusu badan.  hingga kini, beliau sentiasa bersedia menjawab apa2 pertanyaan mengenai penyusuan ibu melalui telefon ataupun sms.  cayaaangg ngan doktor i ni.  

bagi saya, penyusuan ibu ini harus ditekankan oleh doktor dari masa ibu mengandung lagi..para ibu juga harus melengkapkan diri dengan banyak membaca, bertanya dengan ibu2 yg berpengalaman dan mengikuti program2 penyusuan yg semakin banyak diadakan.

saya tidak menyesal kerana memilih untuk menyusukan anak saya secara eksklusif wlpn masa makan tengahari terpaksa saya korbankan semata-mata untuk mengepam di pejabat.  percayalah, ini adalah hadiah terbaik seorang ibu dapat berikan kepada anaknya.

antara kebaikan yg anak saya perolehi :-
- jarang jatuh sakit...jikalau demam atau flu, kadang2 cuma setengah hari sahaja
- tiada masalah semasa mula2 tumbuh gigi
- cepat bercakap
- cepat mempelajari apa2 yg diajar spt lagu, perkataan, buku cerita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2005 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by nashra at 14-9-2005 07:17 PM
anak sulung, sempat menyusu selama 3 bulan..

my nipple crack and sore dgn teruk nya..sampai bleeding and baby dah tak mo..

second baby breastfeed baby..usia dia sekarang hampir dua bulan..sel ...


nashra.. how did you overcome the cracked nipple problem? saya sampai demam panas seminggu sebab bengkak susu.. dan luka teruk dekat nipple (because of the crack). kalau org tua, dia cakap tu bentan susu.. tapi kalau orang putih, depa cakap, mastitis =blocked nipple duct

saya dpt breastfeed baby sebulan jer
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by eyzlyn at 15-9-2005 12:50 AM
memang ler malu nak menyusu kat public, aku walau duk kat negara org pun malu oi....

ni cadangan aku:

1. adakan sebuah bilik tempat ibu menyusu di shopping complex mcm midvalley ker, KLCC ker ...


nak tambah satu..

para ibu juga boleh membeli nursing wear/top...kadang2 orang tak perasan yg baby sedang menyusu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 09:41 AM | Show all posts
Paling lama Kota menyusukan anak sampai lapan bulan
paling kurang 1.5 bulan
Susu kuar tak banyak dan baby lak tak nak
Last2 bagi jugak susu botoll,  sedey kan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 15-9-2005 09:26 AM


nashra.. how did you overcome the cracked nipple problem? saya sampai demam panas seminggu sebab bengkak susu.. dan luka teruk dekat nipple (because of the crack). kalau org tua, dia cakap tu b ...


aku dlu beli cream yang safe for baby to swallow tuh...tak beli kot...hospital bagi freebies...hmm berkesan gak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.349945 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list