CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: honeybee1802

Kempen penyusuan ibu gagal

[Copy link]
Post time 26-9-2005 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 23-9-2005 05:38 PM
Infants whose mothers have higher levels of an essential omega-3 fatty acid show more advanced cognitive development Child Health News
Published: Wednesday, 21-Jul-2004
   Printer Friend ...


hmmm.... sepanjang mengandungkan Nur mmg suka sgt makan ikan & ketam. hari2 makan ikan. Nur lahir jer mate dia mmg nampak very aktif. infact at 1 weeks anak mate dia bergerak ikut gerakkan object yg dekat ngan dia. supprise gak.... or is it normal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2005 10:25 AM | Show all posts
haku lak suker makan mater ikan besar2..kalo makan kari paler ikan,haku musti jd tukang mkn mater.hehe...org jepun kater byk omega 3..ntah...;);)tp haku rabun...tp biler anak lahir2 jer..mata terbuntang...;)
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2005 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 26-9-2005 10:25 AM
haku lak suker makan mater ikan besar2..kalo makan kari paler ikan,haku musti jd tukang mkn mater.hehe...org jepun kater byk omega 3..ntah...;);)tp haku rabun...tp biler anak lahir2 jer..mata terbu ...


aku pon rabun gakkk...... L4.50 R4.25... kweng kweng.... harap Nur tak rabun la
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2005 02:07 AM | Show all posts
nasi impit,

ha'ah sama le ngan saya. ada video session mcm mn nak BF..hubby nganga tgk,balik,terus hafal segala position. bila baby lahir,dia lak yg tau samada baby nipple suck atau tidak...hehehhe...bermanfaat betul...

dapat gak video dr avent cara BF ,tp,tokleh tgk sebab video tape,kita mana ada video player,kalau bg CD lain citer la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2005 08:44 AM | Show all posts
to deck...enjoy urself...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 22-9-2005 03:42 PM
Aduh.. dah masuk bab hukum agama pulak.. Takpe takpe, sabar forumers.. me tgh rajin nak menaip based on kitab rujukan ni, boleh la kita kongsi bersama... Saya ni pun bukan ilmu tinggi sangat, tapai ...


thanks limau nipis..sorry la kalau kenyataan saya boleh buat orang emo..n'way...saya cakap berdasarkan pengalaman saya..kebanyakkan kawan2 saya tak nak menyusukan badan sebab pilihan sendiri..meaning...dia tak cuba pun nak menyusukan anak dia....dengan alasan susu tak mau keluar..dua tiga hari try baru dah give up..saya terpaksa bersabar selama 2 minggu utk dapat flow susu yang banyak....

n'way..sorry kalau ada yang terasa....saya bangga pada ibu2 yang menyusukan anak mereka..sebab saya tau kesusahpayahan mereka esp ibu2 yang berkerja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2005 04:47 PM | Show all posts
Originally posted by cekodok at 6-10-2005 09:47 AM


thanks limau nipis..sorry la kalau kenyataan saya boleh buat orang emo..n'way...saya cakap berdasarkan pengalaman saya..kebanyakkan kawan2 saya tak nak menyusukan badan sebab pilihan sendiri..m ...


Kat sini I rasa most forumers berusaha bagi susu badan kan? Sampai 2 minggu lebih, masa 2-3 hari tu mmg susu tak banyak, tapi kadang-kadang nasib, ada anak yg nak susu badan, ada yang tak.. macam pengalaman saya sendiri lah, anak pertama taknak, anak kedua nak pula menyusu..

pointnya: perlu ada pengetahuan, kalau takde org ajar nyusu badan (esp first time mothers) tu yang tak tahu betul ke tak nyusu anak style macam ni or macam tu. anak tak boleh bagi botol mula-mula lahir lagi (geram ngan hosp swasta.. still sumbat botol)
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 09:54 AM | Show all posts
hospital swasta mmg shortcut jer. terus sumbat botol susu. kite yg first time mother nie, ingat itulah yg terbaik memandangkan air susu tak kuar. bila saya baca satu buku pasal BF nie, sebenarnyer, ada ibu yg hanya selepas 2 hari baru air susu keluar. dan acc. to that book, sebeanrnyer baby tak perlu menyusu selama 48 jam selepas dilahirkan. baby can survive. spttnye walaupon susu kite tak keluar, lahir jer baby kite patut exclusively BF, ini  bleh meransangkan pengeluaran air susu lebih cepat. so for first day, kalo air susu kite tak kluar gak, no need to worry yg baby kite lapar. so no need to give bottle. sbb ade baby yg once dia dah guna bottle, dia takkan bleh adapt ngan mom's nipple.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2005 10:33 AM | Show all posts
aah..betui tu..sokong ija

phoenix masa baby lahir derang sumbat gak botol..but somehow..baby takmo bukak mulut n derang cam jolok2  sket tp bb luah blk..adik phoenix yg nmpk..ms tu phoenix dlm labor room.so  pastu abt 1  hr ..tak sampai kot lepas bsalin, bg bb..terus phoenix bf..alhamdulillah..terus ngap mulut dia..nurse tu kata..ingatkan dia tak reti minum..haha..padan muke nurse tu..pepandai je sumbat botol..actually dlm perut phoenix mmg selalu ckp kat baby, jgn minum tau susu dlm botol tu..tak sodap..minum susu mama tau..hehe sib baik dia dgr ckp mama..tp yg tak besnye,smpai skrg tak nak susu mama yg letak dlm botol..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by phoenix at 7-10-2005 10:33 AM
aah..betui tu..sokong ija

phoenix masa baby lahir derang sumbat gak botol..but somehow..baby takmo bukak mulut n derang cam jolok2  sket tp bb luah blk..adik phoenix yg nmpk..ms tu phoenix dlm l ...


cuba pheonix beri ur milk dlm botol susu avent atau yg sewaktu dgnnyer. yg wide neck la... sbb nipple dia selalunyer besar dan immitate mother's nipple. kalo pheonix dah mmg guna yg tu, dia takmo gak.... errr.... tak tau nak cakap dah.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 11:24 AM | Show all posts
cuba try botol jenis nie bagi baby yang takmo minum susu dalam botol...beli kat susuibu.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 04:08 PM | Show all posts
berkenaan kempen penyusuan ye..

Blue baru jek habis cuti 2 bulan selepas melahirkan..
tergolong dlm golongan yg jahil tentang penyusuan ibu, semangat ada dari sebelum bersalin..mulanya masalah nipple confusion kemudian bila baby pandai hisap susu kurang, perah pon x dpt 1 oz so bb ngamuk..dlm menangis terpaksa gak beri formula..pasal org sekeliling kata tu mmg teliga ni tahan jek..hari ni masuk keje berkobar2 nak cari info yg possible for me utk start bfeed semula walaupon dah hampir 2 bulan tak bfeed. oleh itu blue sgt mengharap kan bantuan kawan2, blackmore ke sekiranya tahu kat mana dan bgaimana utk bermula..setakat ni yg blue tahu tentang pengambilan ubat maxalon utk promote susu kembali sebab susu mmg dah kering..blue bersedia utk berkorban sekiranya perkara ini mustahil, sesiapa yg ada contact utk kaunseling pon bolehla share dgn blue..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 01:52 PM | Show all posts
Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menyatakan bahawa
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 02:40 PM | Show all posts
Originally posted by bLUe_jaMBu at 10-10-2005 04:08 PM
berkenaan kempen penyusuan ye..

Blue baru jek habis cuti 2 bulan selepas melahirkan..
tergolong dlm golongan yg jahil tentang penyusuan ibu, semangat ada dari sebelum bersalin. ...


BJ,

contact:

7A, Jalan Kolam Air, Kg. Klang Gate Baru
Kuala Lumpur
Wilayah Persekututan
Malaysia
53100

Tel : 603-41073678
Faks : 603-41072862
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 02:46 PM | Show all posts
Untuk dapatkan tips penambahan susu, sila rujuk ke laman seperti yang dibawah....

www.MyMomsBest.com
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 02:49 PM | Show all posts
paste artikel nih...tuk manafaat dan infor semua


Kempen Penyusuan Ibu Ekslusif selama 6 bulan Pertama -  Mingguan Msia

Oleh: TAJAIYAH IHSAN


WALAUPUN kempen penyusuan ibu baru sahaja berakhir, namun usaha untuk menggalakkan lebih ramai ibu menyusukan bayi mereka masih diteruskan.

Ini kerana kelebihan menyusukan bayi sendiri adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia bukan sahaja bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri.

Menurut Pakar Perunding, Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, sungguhpun sudah ada kesedaran di kalangan ibu-ibu menyusukan bayi mereka tetapi ternyata ia tidak mencukupi.

``Paling penting, mereka perlu menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan pertama, barulah dikatakan matlamat menyusukan bayi itu tercapai dan memberi kesan yang cukup positif pada bayi,'' ujar Dr. Jamiyah.

Jelas beliau, penyusuan eksklusif ini bermaksud, hanya susu ibu diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan itu tanpa sokongan makanan atau minuman lain (termasuk air masak).

Makanan tambahan hanya dimulakan selepas bayi berusia enam bulan ke atas.

Lebih baik lagi, jika ibu-ibu dapat meneruskan susuan ke atas bayi mereka sehinggalah bayi meningkat dua tahun.

Dr. Jamiyah berkata, ``Memang benar sudah ramai ibu yang menyusukan bayi mereka kerana sudah dilatih sebaik sahaja melahirkan anak termasuk ibu yang melahirkan anak mereka melalui pembedahan Caesarean.''

Malah, ibu-ibu mendapatkan pendedahan awal mengenainya selepas satu jam bersalin daripada jururawat dan mereka yang terlatih di hospital.

Pihak hospital kerajaan dan swasta juga mengambil inisiatif dengan mengadakan kempen penyusuan ibu sempena sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang diadakan pada bulan Ogos setiap tahun.

Kempen-kempen ini dianjurkan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan ibu di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Inisiatif Penyusuan Ibu PPUM, memberitahu, pihaknya juga mengadakan sambutan yang sama bertemakan `Menyusu Bayi dan Makanan Keluarga, Sayang dan Sihat' pada 13 Ogos lalu.

Dr. Jamiyah berkata, walaupun sambutan Minggu Penyusuan Ibu sudah berlalu, program seperti ini berterusan dan aktiviti berkaitan terus diadakan dari semasa ke semasa.

Apa yang jelas, menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan langkah bijak dan terbaik ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi.

Kepentingan penyusuan ibu menurut Islam:

``Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.'' - Surah al-Baqarah.

Kelebihan susu ibu

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari

* mengelakkan pendarahan selepas bersalin

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.

Menurut Dr. Jamiyah lagi, biarpun penyusuan ini banyak memberi kelebihan, namun masih ada yang agak keberatan mahu menyusukan bayi mereka.

Senario ini mungkin terjadi kerana kurang pengetahuan mengenai cara menyusukan bayi dengan betul dan selesa atau cara lekapan yang betul tanpa menyakitkan puting buah dada.

``Teknik menyusukan bayi juga perlu betul kerana jika tidak ia boleh melukakan puting buah dada dan membuat ibu serik menyusukan anaknya,'' ujar Dr. Jamiyah lagi.

Cara yang betul ialah dengan memasukkan puting dan sebahagian kawasan gelap buah dada ke dalam mulut bayi. Puting akan terluka jika dihisap pada pangkal puting sahaja.

``Sebenarnya ibu boleh memilih gaya mana yang mereka selesa untuk menyusukan bayi, duduk atau baring mahupun lain-lain posisi. Apa yang pasti proses penyusuan itu mewujudkan satu hubungan yang akrab penuh kasih sayang antara ibu dan anak-anak.''

Beliau juga memberitahu, di PPUM, bakal ibu dan bapa digalakkan mengikuti kelas ibu mengandung dan penyusuan ibu. Kehadiran ayah akan memberi sokongan kepada ibu.

Malah kata Dr. Jamiyah lagi, pihaknya juga menggalakkan ibu menyusukan bayinya di depan anak-anaknya yang lain supaya anak-anak memahami mengenainya dan apabila mereka dewasa, ia (penyusuan ibu) sudah tidak pelik lagi.

Proses pengeluaran susu

Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi anda. Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek.

Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.

Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.

Kala bayi menyusu ia akan merangsangkan pengeluaran oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.

Walau bagaimanapun proses mudah dan semula jadi ini tidak akan berjaya jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan.

Kata Dr. Jamiyah lagi, yang penting ibu mestilah berasa seronok dan positif untuk menyusukan bayinya.

Menurutnya, ibu angkat juga boleh menyusukan bayi yang dipelihara bila bayi itu menetek dengannya dan proses itu sekali gus merangsangkan air susu ibu untuk mengalir.

``Terdapat kes-kes yang melibatkan ibu angkat yang berjaya menyusukan anak angkat mereka dengan jayanya,'' katanya lagi.

Selepas tempoh dua bulan, ibu yang kembali bekerja masih boleh terus menyusukan bayinya.

Mereka boleh menyimpan perahan susu dalam peti sejuk (bahagian dingin beku) beberapa bekas untuk kegunaan bayi dan boleh juga membuat perahan yang sama di pejabat.

Dalam hubungan ini, Dr. Jamiyah berharap majikan boleh mengadakan ruang atau bilik khas buat ibu-ibu yang bekerja.

Beliau juga memberitahu, apa yang penting ibu juga perlu menjaga kesihatan, kebersihan dan makan makanan seimbang.

Dr. Jamiyah juga menambah, walaupun seseorang itu sakit atau menghidap sesuatu penyakit, dia juga layak menyusukan bayinya.

Pesakit HIV positif dan pesakit barah yang dalam rawatan tidak dibenarkan menyusukan bayi kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan bayi.


Tolak tanggapan negatif

Beliau juga menolak tanggapan yang mengatakan ibu yang menyusukan bayinya akan menyebabkan buah dadanya melendut atau jatuh.

Sebaliknya mereka akan mendapati buah dadanya elok asalkan mengenakan coli yang betul dan bersesuaian. Apa juga masalah mengenai penyusuan boleh diatasi andainya mereka merujuk kepada yang arif.

Apa yang penting ibu perlu sentiasa menjaga pemakanan mereka dan kebersihan dari awal mengandung sehinggalah bayi dilahirkan dan seterusnya.

Seperkara lagi banyak kaedah dan tip boleh diberikan kepada mereka yang baru mula menyusukan bayi mereka.

``Saya berharap ramai ibu akan tampil untuk menyusukan anak mereka kerana mereka boleh melakukannya. Istilah susu kering atau apa sahaja, insya-Allah semuanya boleh diatasi. Rujuk kepada yang pakar jika anda mengalami masalah mengenai penyusuan ibu ini,'' ujar Dr. Jamiyah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2005 03:42 PM | Show all posts
tujuan minggu penyusuan tu adalah untuk menyedarkan orang ramai..bahawa susu ibu adalah yang terbaik...sebab sekarang nie hanya 28% sahaja rakyat malaysia yang memberi susu ibu kepada anak mereka(majalah mother&baby)...adakah anda terdiri daripada 28% tu??...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 12:39 AM | Show all posts
Originally posted by bLUe_jaMBu at 10-10-2005 04:08 PM
berkenaan kempen penyusuan ye..

Blue baru jek habis cuti 2 bulan selepas melahirkan..
tergolong dlm golongan yg jahil tentang penyusuan ibu, semangat ada dari sebelum bersalin. ...
...blue...try selak kat page 5 from this thread...i think u can get your answer kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 07:27 AM | Show all posts
perlukan bantuan ttg breastfeeding ??

1) BREASTFEEDING INFORMATION BUREAU (BIB)
    Pegawai bertugas : Puan siti Norjinah Moin , tel : 03-4105 3872,4107 3678 Fax : 03-4107 2862
    email : info@bibmalaysia.com
    laman web : www.susuibu.org, www.bibmalaysia.com

2) IBU FAMILY RESOURCE GROUP
    email : ibu@ibufamily.org
    laman web : www.ibufamily.org

yang lain masuk web nie : www.mamalink.com.my, www.lalecheleague.org, www.pumpingmoms.org, www.waba.org.br

kalau ada website yang menarik ttg breastfeeding..bagitau saya ok
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 08:33 AM | Show all posts
OWEN support abis mana-mana ibu yg nak bf anaknya... memang ramai lagi ibu2 kat luar yang merasakan tak bf pun tak aper sebab anak2nya sihat dan cergas..pandai dan pintar dengan susu formula.. tapi kena fikir balik bukankah lebih baik dan lebih afdal anak2 yg pandai dan pintar serta yg cergas ini datang daripada air susu ibu itu sendiri..Ramai yg dah bercakap tentang kebaikan susu ibu ..yg cuba mendorong ibu2 utk bf tapi masih ader segelintir yg cuba jugak nak bandingkan kelebihan susu formula ngan susu ibu...So ibu2 yg kat luar jom kiter support abis2 kempen penyusuan ibu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.123736 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list