CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hazel_eja

[MERGED] Postnatal depression/Meroyan/Gila Isim

[Copy link]
hazel_eja This user has been deleted
 Author| Post time 20-11-2005 08:29 PM | Show all posts
sabar je lah kan...pikirkan yang positif tuk kebaikan anak je kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2005 08:06 AM | Show all posts
Taken from INFOMEDCHOICE:

Approximately 13% of women experience more severe mood changes after they had a baby. And it is this is called post natal depression. Theses feeling may begin during pregnancy and continue once the baby is born or they may begin few months after the birth of the baby.
The main characteristics include

1.        Feeling low on most days.
2.        Lack of interest or pleasure in usual activities.
3.        loss of appetite
4.        difficulty in sleeping
5.        loss of energy
6.        tearfulness
7.        irritability
8.        anxiety and excessive worry, often about how to care for their baby
9.        difficulty in concentration
10.        feelings of worthlessness or guilt about not being able look after their baby or being a bad mother.
11.        thoughts of suicide or harming the baby(although these are rarely acted upon)

WHo GETS POSTNATAL DEPRESSION?

Any new mother but some women seems to be at the higher risk than others. If you have the following 憆isk factors
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 04:30 PM | Show all posts

Tekanan di kalangan wanita selepas bersalin (Meroyan/Gila Isim)

1. Pendahuluan

Kehadiran cahaya mata merupakan detik yang membahagiakan namun tidak ramai pasangan yang membicarakan tentang kesan tekanan emosi yang dihadapi oleh wanita khususnya selepas melahirkan anak terutama semasa dan selepas pantang. Malah banyak yang tidak mengetahui bahawa jangka masa berpantang adalah penting untuk menentukan sama ada ibu akan kembali normal seperti sebelumnya atau si ibu akan menderita akibat tekanan emosi seumur hidup.

2. Definisi Tekanan Selepas Bersalin.

Tekanan emosi yang diertikan oleh masyarakat terutamanya masyarakat melayu dengan nama "penyakit angin meroyan". Ia dikaitkan sebagai penyakit tekanan emosi bagi ibu-ibu yang mengalaminya sewaktu atau selepas dalam pantang.

Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai "postnatal depression" yang bersangkut paut dengan kelakuan aneh sebagai kesan emosi (kejiwaan) yang dihadapi oleh wanita selepas melahirkan anak.


3. Bentuk Tingkahlaku "postnatal depression"

Wanita yang mengalami masalah "postnatal depression" seringkali menghadapi masalah sukar untuk tidur dan sentiasa mengalami kepenatan. Mereka kerap merasa tegang, rendah diri dan mudah untuk merasa marah. Mereka bukan sahaja menjauhi hubungan seksual dengan suami malah membencinya. Malangnya kebanyakan wanita yang menghidap "postnatal depression" tidak menyedarinya sebagai satu penyakit. Begitu juga dengan suami dan ahli keluarga. Suami mungkin menganggap isteri berubah laku bukan kerana penyakit "postnatal depression" tetapi semulajadi. Keadaan akan menjadi semakin teruk apabila suami tidak memahami keadaan tekanan emosi isteri

Keadaan wanita ini juga akan menunjukkan perubahan yang mendadak seperti kemurungan, runsing dan kelihatan tidak bermaya. Sikap juga berubah dari periang boleh bertukar menjadi pendiam. Kebanyakannya seakan hilang sentuhan dengan dunia alam realiti.


4. Faktor yang membawa kepada tekanan emosi "postnatal depression"

Sebenarnya terdapat banyak faktor psikologi yang boleh membawa kepada "postnatal depression" ini berlaku. Tidak dinafikan, kelahiran adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin. Tetapi tidak semuanya begitu. Berkemungkinan anak yang dilahirkan adalah anak yang tidak dikehendaki.

Tekanan ketika bersalin ditambah pula dengan rasa tertekan perasaan apabila mengenangkan anak yang dilahirkan. Apatah lagi wanita yang bersalin berkemungkinan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya sendiri atau mertuanya. Ini akan menambahkan rasa tekanan emosinya.

Kesakitan melahirkan anak diharap dapat difahami bersama oleh suami. Tetapi sebaliknya suami menganggap isteri telah biasa dengan kelahiran. Selepas kelahiran, ibu terpaksa berjaga malam menyusukan bayi dan menukar lampinnya yang basah. Ini membuatkan isteri tidak dapat menikmati masa rehat yang cukup. Baginya tiada kegembiraan dalam menimang cahaya mata sebaliknya merasakan ia sebagai kerja yang membosankan.

Tekanan emosi dan perasaan isteri akan lebih tertekan apabila suami tidak cuba memahami kepayahan dan kesakitan isteri. Setiap kali pulang kerja mengharapkan makanan terhidang, rumah bersepah isteri dimarah, sedangkan makan minum isteri ketika berpantang tidak pernah dihiraukan. Kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian harus dilakukan oleh suami jika tiada pembantu. Apabila keadaan tekanan ini tidak terbendung, rasa kecewa diluahkan dengan keadaan kemurungan dan menjadi pendiam. Yang lebih teruk sehingga menyebabkan isteri menjerit dan menangis seorang diri.


5. Sokongan emosi orang terdekat paling berkesan

Tidak banyak kajian yang dilakukan ke atas punca-punca berlaku kesugulan di kalangan ibu selepas melahirkan anak. Walaupun ada kajian yang menyatakan perubahan hormon merupakan punca berlakunya "postnatal depression" namun ia hanyalah faktor kecil disamping beberapa faktor penyebab yang lain. Seseorang wanita yang sering berasa kecewa, sentiasa muram dan bimbang juga menjadi punca berlakunya "postnatal depression".

Begitu juga bagi wanita yang belum bersedia menimang cahaya mata tetapi terpaksa menghadapinya juga cenderung mengalami masalah tersebut. Waktu dalam pantang, ibu mudah rasa tertekan kerana kehadiran bayi memerlukan ibu berjaga malam. Ada kalanya keletihan menjadikan ibu mudah tertekan. Oleh itu amat penting bagi bakal ibu mendapat sokongan moral dan emosi yang kuat daripada seseorang khususnya orang terdekat seperti suami terutamanya pada saat-saat menimang cahaya mata dan selepas melahirkannya.

Ini adalah kerana sokongan dan bantuan suami merupakan penawar yang paling mujarab ke arah kestabilan emosi isteri. Kajian yang dilakukan di negara-negara barat mendapati bahawa kaunseling merupakan ubat paling berkesan bagi merawat ibu yang mengalami "postnatal depression". Di Britain contohnya kaunseling biasanya dilakukan oleh kaunselor atau individu yang memberikan perkhidmatan menolong datang ke rumah pesakit. Sekaligus suami turut memberi bantuan sebagai kaunselor yang memberi sokongan emosi untuk menenangkan perasaan dan emosi isteri.

Harus difahami bahawa, wanita yang mengalami "postnatal depression" biasanya disebabkan oleh rasa kecewa kerana menyedari keadaan selepas menjadi ibu tidak seperti yang diharapkan. Sebelum kelahiran bayi mereka membayangkan bahawa kehidupan selepas mempunyai anak tentunya lebih indah kerana dikelilingi oleh bayi yang comel dan sihat.

Malangnya apabila mereka mengalami sendiri dalam dunia realiti, keadaannya berbeza. Apa yang dibayangkan dalam fikiran mereka menjadi sebaliknya. Mereka tidak melaluinya dengan mudah. Ini merupakan satu kejutan yang mengganggu emosi dan fikiran wanita tersebut. Maka bagi mereka yang gagal mengawal emosi ketegangan ini mudah mengalami "postnatal depression".

Bagi bakal ibu, persediaan paling penting sebelum menimang cahaya mata adalah persediaan emosi dan mental yang kuat. Selain daripada pengetahuan mengenai perawatan bayi, bakal ibu juga perlu tahu mengenai kesihatan diri sebelum dan selepas bersalin disamping bersedia untuk menerima kemungkinan buruk selepas bersalin. Meletakkan harapan yang tinggi tanpa persediaan jiwa dan rohani yang mantap akan hanya membawa kekecewaan yang memungkinkan anda mengalami "postnatal depression".


6. Pendekatan kaunseling sebagai satu altenatif

Secara teoritikalnya kita rujuk kepada pendapat teori yang terdapat dalam Terapi Rasional Emotif yang dipelopori oleh Albert Ellis memberi andaian tentang sifat semulajadi manusia iaitu manusia dilahirkan dengan satu potensi untuk berfikir secara rasional dan tidak rasional. Di samping manusia berkecenderungan untuk memelihara dirinya, mencapai kebahagiaan, berfikir dan menyampaikan buah fikirannya, ingin dikasihi dan mengasihi serta berkomunikasi dengan orang lain untuk berkembang maju ke arah nirwana kendirinya sendiri.

Sebagai suatu kaedah yang dianggap berkesan dalam mengatasi masalah tekanan semasa dalam pantang selepas melahirkan anak ialah melalui metoda psi****rapi dan kaunseling. Wanita-wanita dan suami yang bakal menimang cahaya mata disarankan supaya:

6.i Mempunyai persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal dan material dalam menghadapi sebelum dan selepas kelahiran cahaya mata.

6.ii Bertemu doktor dan pegawai perubatan untuk mendapatkan nasihat bagi membuat persediaan yang berpatutan untuk menghadapi saat-saat kelahiran.

6.iii Datang berjumpa kaunselor untuk mengadakan sesi kaunseling perkahwinan bagi membincangkan aspek-aspek persediaan emosi dan kedua-dua pasangan yang akan menimang cahaya mata.

6.iv Menimba ilmu kemahiran menghadapi sebelum dan selepas kelahiran anak. Ini supaya kedua-dua pasangan tidak merasa janggal apabila berlakunya situasi tersebut.

Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa keseimbangan emosi dan mental wanita yang melahirkan anak samada sebelum dan selepas pantang amatlah perlu diberikan perhatian. Bukan wanita itu sahaja bahkan perlu juga sokongan kefahaman dan pertolongan di pihak suami dan keluarga. Wanita yang melahirkan anak amat sensitif dan mudah tersinggung kerana perhatian dan bantuan amat di perlukan ketika itu.

Seseorang wanita yang mengalami tekanan postnatal depression ini boleh dipulihkan melalui sesi kaunseling dengan ahli-ahli keluarga terdekat seperti suami, ibu, kakak atau adik beradik yang lain haruslah bekerjasama dalam mengembalikan keriangan di dalam jiwanya. Pujuk dan bimbing supaya dia mendekatkan diri kepada Allah agar tidak berputus asa walaupun diberikan dugaan sedemikian rupa.

Dari sudut terapi kerohaniannya seseorang wanita yang menghadapi tekanan adalah disarankan supaya menenangkan diri dengan menanamkan rasa sabar, yakin dan tawaakkal di atas taqdir-Nya di samping menerima realiti yang berlaku. Cara yang terbaik untuk mengurangkan tekanan perasaan ialah memohon kepada Allah SWT supaya menenangkan fikiran dan perasaan resah gelisah menerusi solat dan doa. InsyaAllah dengan kekuatan ini wanita tersebut akan dapat merasa lega dan selaras antara kognitif, afektif dan tingkahlakunya.


7. Penutup

Masalah tekanan emosi dan mental seperti yang di alami oleh golongan wanita yang dikenali sebagai "postnatal depression" adalah merupakan suatu bentuk penyakit yang berlaku kepada wanita yang melahirkan anak. Jika tekanan ini dibiarkan berlarutan berkemungkinan ia akan menambahkan lagi kekusutan fikiran bahkan boleh menjadi tidak siuman.

Oleh yang demikian, tekanan seperti ini boleh di atasi dengan menggunakan kaedah kaunseling dan terapi yang dilakukan oleh suami atau individu yang ada kaitan dengan wanita tersebut. Namun apa yang lebih perlu ialah perhatian, kasih sayang dan juga bantuan kepada wanita yang melahirkan cahaya mata tersebut secara berterusan sehingga mengalami tahap kesihatan seperti sedia kala.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 04:38 PM | Show all posts
kekadang kita tak perasan pun, seseorang tuh ada penyakit meroyan ni ke tidak
tiba2 jerk kita dlm paper, emak bunuh anak etc
paling sedih, aku teringat lagi
kes ibu bawak 2 anak dia ke tasik jaya, kat dpn amcorp mall pj tuh
sorang tuh dia pangku, sorang tuh umo 2-3 tahun mcm tuh
masuk tasik tuh dan mati...lemas
anak masih lagi dlm pangkuan
sorang lagi masih pegang baju mak dia

sob sob sob
sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 04:52 PM | Show all posts
kalo pompuan dlm pantang better get a good rest sepanjang time tuh.haku dulu pung ader layan blues gitu..ntah naper sonang nor air mater mengalir.padahal yg ditunggu depan mata lak tuh.kalo dlm time ms pantang ade perasaan tak sedap tuh jgn simpan..ckp je kat org terdekat.
aku br bc kat babycnter.ada research mengatakan mothers yg play around ngan bb dia time pantang tuh lgk kurang prone dpt mende gini..so byk2 main ngan bb korang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 04:59 PM | Show all posts
Dera anak kerana gila meroyan

LAZIMNYA apabila sepasang suami isteri mendirikan rumah tangga, pasti mereka ternanti-nanti untuk mendapat zuriat bagi mewarisi nilai-nilai keluarga dan memanjangkan keturunan.

Biasanya ramai pasangan baru mendapat cahaya mata pertama dalam masa dua tahun setelah berumahtangga. Justeru itu pasangan yang kurang bernasib baik akan cuba sedaya upaya berikhtiar untuk mendapat anak kandung sendiri.

Penantian lama berbaloi dengan ketibaan cahaya mata. Si kecil penyambung keturunan ini diberikan kasih sayang sepenuhnya. Jika boleh, jangan seekor nyamuk pun dibenarkan menggigit mereka.

Namun, ada berita kurang senang didengar dan kadangkala menyayat hati, apabila ibu bapa atau penjaga sanggup mendera anak-anak kecil ini. Malah, ada yang dibunuh dengan kejam oleh ibunya.

Persoalannya, mengapa jadi begitu? Mengapa seorang ibu sanggup mencederakan dan membunuh anaknya setelah bersusah payah mengandung sembilan bulan dengan segala macam alahan?

Kadangkala tidak masuk akal bagaimana ibu tergamak mencederakan anaknya. Sebilangan ibu begini sebenarnya mengalami penyakit mental dan istilah digunakan dalam masyarakat kita ialah gila meroyan.

Dalam siri ini akan dibicara perihal penyakit mental gila moroyan atau dalam istilah perubatan psikologi disebut psikosis puerpera.

Mengikut perangkaan yang diperolehi daripada kajian di luar negara, dikatakan kadar berlakunya penyakit mental ini ialah lebih kurang 1.5 daripada setiap 1,000 kelahiran.

Perangkaan ini boleh diguna pakai di negara kita. Angka ini besar, dan jika diambil kira jumlah kelahiran di sini setiap tahun, kita boleh bayangkan berapa ramai jumlah ibu mungkin mengalami penyakit mental ini.

Namun kita bernasib baik kerana ramai ibu terbabit diberi bantuan dan rawatan pada peringkat awal, oleh itu gejala tidak diingini dapat dihindarkan.

Bagaimanapun, ada juga kes di mana orang yang menjaga ibu baru bersalin tidak percaya dengan perubatan moden. Justeru, ibu berkenaan dibiarkan saja atau dirawat secara tradisional semata-mata.

Tumpuan dan perhatian hanya diberi selepas ibu berkenaan tidak dapat mengawal dirinya lagi. Contohnya, ibu terbabit mula berlagak agresif dan mencederakan orang lain.

Dalam keadaan cemas itu, biasanya baru saudara mara mencari-cari orang yang boleh membantu dan merawat wanita terbabit.

Penyakit mental ketika pantang lazimnya berhubungkait rapat dengan ibu yang kali pertama melahirkan anak. Selain itu, wanita yang pernah mengalami penyakit mental seperti psikosis bipolar juga mempunyai risiko sebanyak 20 peratus untuk mengalami penyakit mental selepas bersalin.

Faktor genetik

Pelbagai faktor boleh menyebabkan berlakunya penyakit mental ini. Antaranya ialah faktor genetik atau baka, perubahan tahap hormon seperti progesteron dan estrogen secara mendadak, tekanan emosi ketika dalam pantang, kualiti perhubungan suami isteri serta perhubungan dengan bayi yang baru lahir.

Apabila dilihat daripada kefahaman dan kepercayaan sosio-budaya, ada pendapat mengatakan rahim ibu berkenaan berubah lokasi dan posisinya, oleh itu rawatan perlu dibuat bagi membetulkannya.

Penyakit mental psikosis puerpera dikaitkan dengan beberapa tanda. Selalunya penyakit ini mula nampak menjelma selepas lebih kurang dua hari setelah bersalin.

Tanda-tanda awal termasuk gangguan tidur, keresahan, mudah tersinggung perasaan, kurang selera makan dan boleh berlaku peristiwa kepiluan.

Susulan daripada tanda-tanda di atas, ibu terbabit akan menunjukkan perilaku luar biasa.

Wanita itu biasanya mengalami fenomena halusinasi dan delusi. Halusinasi di sini berbentuk pengalaman dapat melihat lembaga menakutkan, selalunya terjadi di dalam rumah si ibu. Kadangkala ibu berkenaan dapat mendengar suara-suara ghaib yang mendesak dia melakukan sesuatu.

Fenomena delusi berkait rapat dengan kepercayaan ibu itu bahawa ada orang merancang untuk memusnahkannya. Oleh itu, wanita berkenaan sentiasa berasa was-was dan dilanda syak wasangka apabila berdepan orang lain.

Dalam keadaan seperti inilah ibu itu dalam situasi bahaya. Dia tidak kisah dengan kebajikan anak yang baru dilahirkan. Fenomena halusinasi dan delusi boleh mendorong dan mendesak pesakit untuk melakukan sesuatu di luar dugaan.

Keadaan mental pesakit seperti ini akan mendorongnya melakukan jenayah. Daripada aspek undang-undang, ibu seperti ini yang melakukan jenayah, walaupun membunuh anaknya, akan didapati tidak bersalah kerana pesakit mengalami penyakit mental psikosis puerpera atau gila meroyan ketika berlaku insiden berkenaan.

Oleh itu, ibu itu tidak akan dihukum seperti penjara seumur hidup atau bunuh, sebaliknya diperintah menjalani rawatan di hospital.



Bagaimana pula dengan rawatan, adakah ia mujarab?

Sebenarnya lebih kurang 70 peratus daripada ibu yang terbabit dalam masalah ini akan sembuh semula dengan rawatan memadai. Risiko penyakit ini berulang semula pada proses kelahiran akan datang adalah lebih kurang 15 peratus.

Faktor seperti ada ahli keluarga lain mengalami penyakit mental, personaliti bermasalah dan wujudnya pertelingkahan dalam hubungan suami isteri, akan menjejaskan proses pemulihan pesakit.

Daripada aspek rawatan, jika keluarga tidak dapat mengawal perilaku pesakit, adalah lebih baik jika pesakit diberi rawatan sebagai pesakit dalam (di hospital).

Selepas pesakit menjadi rasional semula, dia boleh dibenar balik ke rumah, tetapi ubat-ubatan mungkin perlu dimakan untuk sementara waktu.

Ketika rawatan, si bayi perlu diberikan perhatian. Jika ibu diberi ubat-ubatan dengan dos tinggi, kemungkinan susu ibu turut mengandungi bahan ubat berkenaan.

Oleh itu bayi yang meminum susu ibunya mungkin terkena kesan sampingan ubat-ubatan berkenaan. Justeru itu dalam tempoh ini, memadai jika bayi diberi susu botol (formula) untuk sementara waktu hingga kesan ubat-ubatan dalam susu ibu beransur berkurangan.

Selain ubat-ubatan, kaunseling bagi memperbaiki hubungan kedua-dua pasangan yang terbabit patut dibuat serentak.

Walau apapun terjadi, ibu terbabit masih ada tanggungjawab dan fungsi masing-masing.

Oleh itu, jangan berasa segan dan silu untuk berikhtiar mencari rawatan. Banyakkan berdoa semoga ibu dan bayi sentiasa selamat; di dunia dan akhirat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2006 05:04 PM | Show all posts
anj rasa anj pun pernah mengalaminya.... tapi taklah kritikal sbb ada hubby yg very understanding...
yelah kan... anj masa bersalin takde mak, harapkan mak mentua, tak menolong plak..
alasan jauh dan ada hal lain...
nasib baik anj amik maid, tapi my maid tu langsung tak sentuh baby sbb anj tak percaya..
dia hanya masak, kema rumah, basuh baju dan sebagainya...
bayangkan anj baru 8 hari dah mandikan baby...
penatnya dan lenguhnya tuhan je yg tahu....
mmg nangis....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 05:40 PM | Show all posts
orang kata if rasa sedih tiba2 and teramat sgt, jgn dilayan perasaan tu nanti will get out of hand and jadi depression. so, bila u all start rasa macam tu, cuba2 la pikir yg elok2. sebab perasaan ni bila kita layan, memang boleh jadi lain. ni semua pasal hormones jugak. the feel-good hormones yg berlambak2 dlm system kita masa 2nd and 3rd trimester tu tiba2 dah tak de after kita dah beranak. tu yg jadi lain macam tu. tu pasal org yg menopause or yg dah dibuang rahim tu pun sensitive semacam. if ambik HRT, not so bad la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2006 08:29 PM | Show all posts
Memang tak dapat dinafikan ibu dalam pantang ni memang perasaan dia very sensitif dan terdedah dengan risiko tekanan perasaan ni. Tambahan pulak, bagi Muslim, kita tak boleh nak bersolat dan baca Qur'an, jadi bila camtu, tekanan bertambah dan bisikan syaitan pun senang nak masuk.

Kita pun berpengalaman mengalami perkara yang sama. Memang masa dalam pantang (masa 1st baby dulu) rasa macam semua orang dah tak sayang kita. Bila time hubby g keje pagi2, kita dok nangis teresak2 sebab ingat dia nak tinggalkan kita sorang2, pastu rasa takde mood nak layan baby. Tapi alhamdulillah, problem tu tak lama sebab dapat hubby yang understanding.

Bila dah 2nd time ni, baru kita tau, sebenarnya diri kita sendiri pun banyak memainkan peranan penting bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku. Yang penting kita kena sentiasa berfikiran positif dan jangan terlalu mengikut perasaan. Kalau ada masa, bacalah Ma'thurat waktu maghrib (himpunan zikir2) supaya sekurang2nya kita terlindung dari perkara2 yang kita tak nampak.
Reply

Use magic Report

teh_laut This user has been deleted
Post time 17-3-2006 08:35 PM | Show all posts
argh!!!!!!!!!

tak nak la sebab kite yg tak pandai kawal perasaan, anak jadik mangse...
TAK NAK!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2006 11:44 AM | Show all posts
aku penah rasa camni masa bersalin anak pertama dulu....mak aku tak jaga sbb bapak aku tgh sakit time tuh....so yg jaga aku my mil...segan la plak nak suruh itu ini...mana nak pakai bengkung lagi..
masa tu blum terer lg nak pakai semua2 tu..adat plak lain2...mil cuma mandikan baby dan jaga baby waktu siang je la...

dan yg paling tak tahannya PIL nak ambik anak aku...nak bela la kononnya....tak percaya dengan tangan org lain. nak tahu hari2 aku nangis...kalo dorang dok dekat takpe gak....ini jauh beribu batu....huh mmg kalo hingat balik aku sedih sangat lar........sib baik tak jadi apa2 kat aku.....tp yg nyatanya lepas pantang tu aku mula rabun....mak aku ckp sbb aku byk nangis masa lam pantang arituh....ntah arr........
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2006 03:24 PM | Show all posts
eiii.. risaunye kalo jadi mcm ni...
dahlah shey ni sometimes emotional giler.. takut masa berpantang karang emotional... masuk plak bende2 jahat... isk! mintak dijauhkan lar..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 01:03 PM | Show all posts
aku dulu masa anak pertama...hampir2 terkena....masa tu baru lepas bersalin...kena forsep...sakit teranmat sgt takleh duduk...waktu tu bila tengok anak rasa sakit yg teramat sgt....bila nak Bf diapun...masa tengah pangku tu..otak rasa berserabut sgt....ialah...just blh baring takleh duduk..susu pulak tak kluar...last2 bagi botol...tp nasib baik sekejap je....so sekarang...bila tengok anak pertama aku...rasa sedih sgt...sian dia...tak leh/tak dpt  minum susu ibu...:cry::cry:
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 02:35 PM | Show all posts
ish takutkan kena gila meroyan ni. harap2 tak jadi la kat kita.  Pernah tengok dlm oprah winfrey show, brooke shield pun kena gak, setahun dia ambik masa utk pulih. teruk gak dia kena. lepas deliver dia langsung tak nak pegang anak dia.  dia rasa anak dia dpt baca fikiran dia.  so anak dia nangis ke apa ke, dia buat dek je.  semua hubby dia yg buat. tapi lepas setahun baru dia ok. and skrg dia rasa dia tak leh berpisah dgn anak dia & tgh nak try for another baby.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 03:04 PM | Show all posts
penah bc gak kisah brooke shields nih.dia branak emergency c-sect sbb aper ntah.rahim dia hampir kena dibuang.sib bleh diselamatkan.pehtu time2 tuh bapak dia passed away sbb cancer.so mmg dia depressed giler ler.terpaksa amik ubat2 seme.
so korang kalo lps bersalin tuh takyah ngk citer sedih..ngk citer eppy2 jek..pasang cd zikir sambil dodoi anak.bese ler lamer takleh semayang setan pun kaco2 gak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 03:30 PM | Show all posts
Kena warning hubby awal-awal la, jangan lebih-lebihkan babay sampai kita terabai.
Selalu juga dengar kes, masa ibu ni mengandung, semua sayang dia, ambil berat pasal dia. Bila dah selamat bersalin semua alih perhatian ke baby. Ibu tu sorang-sorang tak siapa peduli.

Tak nak kena macam ni. Kesian baby pula nanti jadi mangsa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2006 11:23 AM | Show all posts
erm.korang penah came across info which tells food tuh actually can effect your mood?aku penah bc dulu.but sepatah haram aku tak save.but yg aku igt skit2 is green veggies  n fruits la.n then kalo banding wheat n beras,beras is better.nih penaha ngk dlmm bbc.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 12:20 PM | Show all posts
Gila meroyan
Oleh Hafizah Iszahanid


DI KALANGAN orang Melayu masalah tekanan perasaan dalam atau selepas pantang disebut 慻ila meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 01:49 PM | Show all posts
ader jugak rasa tension lepas deliver..tapi ignore kan ajer..kalau tak maunyer meroyan..dah ler hubby jauh..kesian kat Ayman...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 02:45 PM | Show all posts
Berurut, jaga makan ketika berpantang


SEORANG pengamal perubatan tradisional, Siti Rosemynah Othman, berkata kebanyakan wanita yang menghadapi masalah gila meroyan berpunca daripada keletihan dan tidak menjaga pantang.

Beliau berkata, penyakit ini memang biasa terjadi di kalangan ibu selepas bersalin jika mereka tidak dapat mengawal perasaan dan mengawal keadaan keliling.

揃ayangkan apabila bersalin kita bertarung berjam-jam untuk melahirkan satu nyawa ke dunia. Apabila badan letih, ditambah dengan tidak menjaga pemakanan sewaktu pantang, anak pula menangis tidak henti-henti, malam terpaksa berjaga kerana anak hendak menyusu, suami pula tidak membantu, memang seseorang itu tertekan,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.464736 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list