CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: hazel_eja

[MERGED] Postnatal depression/Meroyan/Gila Isim

[Copy link]
Post time 19-5-2006 02:58 PM | Show all posts
Sebab tulah not advisable utk tinggalkan perempuan lepas bersalin seorang diri jaga baby. Silap2 kalau berpanjangan, sampai kesudah takboleh terima baby dia. Bahaya post-natal depression ni b'coz it can happen to the best of us.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2006 03:28 PM | Show all posts

Reply #18 Syd's post

urut sebenarnyer dpt melegakan urat2 yg tegang2 ms bersalin tuh..ilangkan rs letih..beri kesegaran pd bdn.kasik darah berjln lancar...fuh bestnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2006 03:49 PM | Show all posts
yang tak beranak pun, kena urut rasa lega
ni yang dah sembilan bulan
penuh dgn cabaran, kesakitan, kelesuan, etc
sure lagi legaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 04:06 PM | Show all posts
Kesan psikologi sewaktu dalam pantang

Di antaranya persiapan fizikal seperti bilik, tikar, bantal, kain, baju serta tidak ketinggalan juga ubat-ubatan tradisional untuk memulihkan tubuh badan ibu supaya pulih seperti sedia kala.

Pelbagai peraturan pantang larang dilaksanakan supaya ibu tidak cepat luntur dimakan usia setelah melahirkan beberapa orang anak.

Ada peraturan tradisi yang baik untuk diikuti seperti berurut. di samping itu ada peraturan tradisi yang tidak baik untuk kesihatan seperti larangan minum air secara berlebihan serta larangan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. Sama ada disedari atau tidak, peraturan-peraturan tersebut, sedikit sebanyak akan mendatangkan tekanan atau stress kepada ibu. Proses kelahiran itu sendiri, tidak boleh dinafikan, adalah merupakan suatu stress kepada ibu.

Apatah lagi dengan adanya peraturan-peraturan, yang secara sosialnya akan menyebabkan tekanan meningkat. Ada suami yang menunjukkan sikap tidak hormat kepada isteri pada saat-saat seperti ini. Akibatnya ramai isteri yang 'makan hati berulam jantung'.

Pada minggu ini saya akan membincangkan tentang kelainan psikologi yang boleh didapati ketika dalam pantang atau 'dalam hari'. Secara umum, biarlah saya membahagikannya kepada tiga, iaitu:

(a) Kepiluan keibuan (maternity blues).

(b) Kemurungan selepas bersalin (postnatal depression).

(c) Psikosis puerperium (puerperal psychosis).

(a) Kepiluan keibuan:

Tentu ramai ibu-ibu yang pernah mengalami perasaan pilu terutama ketika dalam pantang. Ramai orang beranggapan ia adalah keadaan semula jadi dan menyifatkannya sebagai perkara biasa. Akan tetapi, ada segolongan kecil suami yang menganggap bahawa mereka telah mengecilkan hati isteri.

Lebih mudarat lagi, jika ibu mertua merasakan yang mereka telah menyebabkan menantunya berperasaan sedemikian. Salah faham yang timbul angkara telahan dan andaian, jika tidak diperbetulkan dengan cara komunikasi yang berkesan akan berlarutan. Justeru itu isteri akan merasa semakin pilu dan tertekan.

Perasaan ini seakan-akan sama dengan perasaan yang biasa dialami wanita sebelum datangnya haid pada tiap bulan. Emosi ibu menjadi berubah-ubah seperti kepiluan, rasa hendak menangis, mudah mengalirkan air mata, gelisah dan kurang tidur terutama ketika sepuluh hari pertama selepas bersalin.

Kajian perubatan menunjukkan bahawa keadaan ini berlaku kerana perubahan paras hormon progesterone yang turun mendadak selepas kelahiran. Selain dari itu, tidak dapat dinafikan juga bahawa masalah-masalah sosio-ekonomi, kewangan dan hubungan suami-isteri juga mempunyai kaitan dengan gejala tersebut.

(b) Kemurungan selepas bersalin:

Agak sukar untuk mengenal pasti kemurungan selepas bersalin. Ini kerana fenomena seperti kurang berat badan, perubahan haid, kurang selera makan serta kedinginan seks adalah fenomena biasa semasa dalam pantang.

Bagaimanapun, tanda-tanda utama yang dikenal pasti hadir adalah susah tidur yang disebabkan oleh perasaan bimbang yang keterlaluan bukannya kerana bangun tengah malam untuk menyediakan susu kepada bayi. Di samping itu perasaan sedih, hilang minat untuk melakukan sesuatu dan anxieti adalah tanda-tanda utama kemurungan sekiranya berlaku selepas bersalin.

Wanita yang biasa mengalaminya bersalin pada usia yang agak muda serta mempunyai pasangan-pasangan yang tidak memberi sokongan moral dan emosi.

Kajian perubatan menunjukkan bahawa sebilangan kecil ibu yang mempunyai kemurungan selepas bersalin disebabkan oleh disfungsi kelenjar thyroid, yang dikenali sebagai postpartum thyroiditis. Penyakit ini dikaitkan dengan status antibodi thyroid yang positif.

(c) Psikosis puerperium:

Puerperium (nifas) adalah masa selepas keluarnya uri semasa bersalin hingga masa rahim kembali seperti sedia kala. Ia selalunya mengambil masa selama enam minggu. Pada masa ini, sebilangan kecil ibu-ibu terdedah kepada risiko mendapat kelainan psikologi yang dikenali sebagai psikosis puerperium. Statistik menunjukkan bahawa daripada 1,000 kelahiran, 1 atau 2 kes psikosis puerperium akan berlaku.

Gejala ini biasanya bermula pada hari ketiga pasca kelahiran, di mana ibu mendapati dirinya susah tidur, gelisah, mudah keletihan, emosi berdukacita dan mudah mengalirkan air mata.

Ini disusuli dengan perasaan syak wasangka, kebingungan di samping mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak waras.

Ibu akan memberi perhatian yang keterlaluan kepada bayi dan menjadi terlalu prihatin tentang kesihatan dan kebajikan bayi mereka. Paling dikhuatiri ada segelintir kecil ibu yang mempunyai perasaan benci kepada bayi mereka sendiri sehingga terfikir untuk mencederakan bayi tersebut. Bagi kes yang serius ibu mengadu mendengar suara-suara yang menyuruh mereka membunuh bayi mereka sendiri. Fikiran mereka berserabut serta mereka tidak lagi dapat berfikir secara rasional.

Hubungan dengan suami dan keluarga terdekat menjadi renggang. Kerja mengurus bayi dan diri sendiri tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Ibu-ibu juga tidak dapat melakukan kerja-kerja rumah tangga.

Masyarakat Melayu mengenal pasti kelainan ini sebagai ''meroyan''. Rawatan segera sangat-sangat diperlukan. Masyarakat umumnya dan kakitangan perubatan khususnya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenal pasti kelainan seperti ini dan merujuk segera kes-kes berkenaan untuk dirawat oleh pakar psikiatri.

Pada pendapat saya, kes-kes seperti ini memerlukan tindakan segera. Rawatan berkesan boleh diberikan dengan ubat mencegah kemurungan dan antipsikotik.

Apa yang lebih penting adalah mencegah sebarang percubaan untuk membunuh bayi dan diri sendiri. Jika diperlukan, ibu perlu dimasukkan segera ke hospital untuk mendapat rawatan intensif.

Oleh: DR. MOHD. JAMIL HJ. YAACOB
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 04:48 PM | Show all posts
Bersalin sokongan suami amat penting

Mereka juga perlu bebas daripada kelainan mental yang serius seperti kemurungan dan skizofrenia. Bagi kandungan berikutnya, risiko untuk mengulangi keadaan yang sama adalah tinggi.

Suatu aspek yang menarik apabila kita membandingkan tentang ketiga-tiga kelainan di atas adalah persamaannya di antara budaya-budaya pelbagai kaum di Malaysia.

Hasil pengamatan dan perbincangan antara budaya menunjukkan bahawa gejala dan tanda-tanda adalah sama walaupun wujud perbezaan kepercayaan dan adat resam.

Kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia menunjukkan bahawa kadar kejadian penyakit-penyakit tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor sosial dan kelainan silang budaya.

Doktor-doktor mempercayai bahawa penyebab primernya adalah faktor-faktor dalaman (endogenous).

Ia berkait rapat dengan kekurangan bahan kimia perantara (neurotransmitter) di otak yang dikenali sebagai serotonin dan norepinephrine.

Kajian susulan pada wanita-wanita yang menghidap kemurungan selepas bersalin mendapati bahawa hanya satu pertiga daripada mereka mendapat rawatan daripada para profesional.

Ini disebabkan kurangnya sokongan daripada suami dan kaum keluarga, rasa terasing sehingga enggan mendapatkan rawatan serta keuzuran tubuh badan.

Kebanyakan ibu-ibu mendapat khidmat nasihat daripada kalangan yang bukan profesional seperti orang-orang tua dan bidan kampung.

Ramai kalangan yang bukan profesional ini akan berpendapat bahawa ia bukanlah sejenis penyakit yang boleh dirawat, sebaliknya disebabkan oleh faktor-faktor sosial dan rumah tangga.

Oleh kerana itu mereka akan cuba sedaya-upaya mencari faktor-faktor sosial dan rumah tangga yang boleh dijadikan penyebab kepada kelainan tersebut.

Akhirnya, sama ada si suami, mertua atau diri ibu sendiri yang akan dipersalahkan. Ini akan mengakibatkan keretakan rumah tangga serta mengeruhkan hubungan mertua dengan menantu.

Justeru itu, saya menyeru kepada ibu-ibu supaya mendapatkan nasihat yang betul daripada kalangan profesional yang terlatih untuk mengelak berlakunya masalah kepada rumah tangga anda.

Rawatan yang berkesan harus disediakan di dalam komuniti. Jururawat masyarakat adalah ahli perubatan terlatih yang paling hampir dengan ibu.

Mereka akan mengadakan lawatan ke rumah sebaik sahaja diberitahu tentang sesuatu kelahiran. Sebagai orang yang paling hampir, mereka harus peka dan dengan seberapa segera merujuk kes berkenaan kepada doktor.

Doktor akan melakukan diagnosa dan seterusnya merawat penyakit tersebut. Sekiranya perlu, doktor akan merujuk pesakit ke hospital untuk mendapatkan rawatan pakar.

Suatu perkara yang paling penting di sini adalah memberi pengetahuan kepada pesakit serta kaum keluarganya dan juga meminimumkan kemungkinan berlakunya kecederaan serta hilang upaya. Ini adalah risiko jangka panjang yang harus sentiasa difikirkan oleh doktor yang merawat ibu berkenaan.

Doktor pakar harus mengenal pasti serta merawat faktor risiko seperti disfungsi thyroid kerana didapati antara 15% - 20 % daripada ibu-ibu yang mendapat postpartum thyroiditis akan mendapat penyakit hypothyroidism yang berkekalan.

Hypothyroidism adalah sejenis penyakit di mana terdapat kekurangan hormon thyroxine di dalam tubuh.

Ini memberi kesan seperti sejuk-sejuk pada tangan dan kaki, kekeringan kulit, bengkakan pada leher, kemurungan dan tekanan perasaan.

Selain daripada faktor biologikal, doktor pakar juga akan cuba mengenal pasti faktor risiko sosial dalam usaha untuk mengetengahkan sokongan moral dan emosi yang sangat-sangat diperlukan oleh ibu.

Dalam perjumpaan dengan suami, doktor akan memperbetulkan salah faham tentang penyakit yang dialami, meminta supaya suami memberikan sokongan moral dan emosi dan kepada isteri serta menolong menangani perspektif negatif tentang kelahiran sekiranya ada.

Ubat-ubatan antikemurungan didapati sangat berkesan dalam merawat kelainan di atas. Untuk psikosis puerperium, antipsikotik perlu digunakan bersama-sama di dalam rejim rawatan.

Rawatan elektrokonvulsif didapati sangat berkesan dalam perawatan kes-kes serius, terutama yang telah membabitkan kecederaan kepada bayi dan diri sendiri.

Penyebaran maklumat melalui media, ceramah-ceramah perlu dipertingkatkan untuk memberi pengetahuan tentang penyakit berkenaan. Kesinambungan penjagaan kesihatan seharusnya lebih berkesan.

Ia harus bermula daripada penjagaan sebelum bersalin (antenatal) kepada selepas bersalin serta rawatan di dalam komuniti. Ini termasuklah khidmat kaunseling selepas bersalin.

Kualiti khidmat lawatan ke rumah oleh para doktor dan jururawat harus di pertingkatkan untuk berupaya melakukan pengesanan awal kes-kes yang berpotensi sebelum ia menjadi serius dan sukar dikawal selia.

Saya menyeru kepada ibu-ibu, terutamanya yang mengandung, supaya sentiasa berhubung dengan pusat kesihatan yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Di samping melakukan pemeriksaan kesihatan antenatal dan posnatal petugas kesihatan akan membuat pengesanan awal dan seterusnya membuat rawatan susulan dan merujuk anda dengan segera sekiranya anda menghidapi sebarang masalah sama ada yang berkaitan dengan fizikal atau mental anda.

Oleh: DR. MOHD. JAMIL HJ. YAACOB
Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 18-7-2006 06:59 AM | Show all posts
mmg support from husband & family is very very important. masa i nak deliver dulu, my parents came & moved in with me 3 weeks before i delivered. then my grandmum & aunt & sister pun moved in the night before delivery. my mum & grandmum stayed with me until i habis pantang. then my mum-in-law pulak dtg stayed with us for 1 week. by that time, i dah strong enuff to manage the house, & my 2 newborn babies.

1 week after delivery, my mum suruh my hubby & i take a break. so i pumped enuff breast milk for both my bubs & my hubby & i went out for shopping, dinner & movies. the break was reallly what we needed.

in my opinion, usually post-partum depression happens when a new mother isnt prepared mentally as well as physically. husbands oso plays a very vital role in ensuring that both wife & babies get the attention & love. family members need to know when to support & when not to poke their nose too far. it is normal for new mothers to have mood swings. its a new experience. youre anxioius, excited, somewhat sad, happy, etc...all those feelings blend into one. BUT bottom line is: once you know youre pregnant... prepare yourself, get in shape, seek help if you need, coz... you are going to be a mother.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2006 11:36 AM | Show all posts
Kesihatan: Kemurungan selepas bersalin perlu perhatian
Oleh Halina Mohd Noor


WANITA yang tinggal di bandar dan menjalani pantang secara bersendirian atau jauh daripada keluarga lebih cenderung mengalami kemurungan selepas bersalin (PND) berbanding wanita yang tinggal bersama keluarga seperti ibu, nenek atau saudara mara lain.

Perunding Psikologi Klinikal, Paul Jambunathan, berkata walaupun tiada data khusus menunjukkan bilangan sebenar wanita yang mengalami PND, kebanyakan kes yang ditemui mendapati PND lebih kerap terjadi di kalangan wanita Cina berbanding Melayu dan India.

揑ni mungkin disebabkan faktor keluarga nuklear iaitu tiada ahli keluarga lain selain suami dan anak seperti yang ada hari ini. Kehadiran ahli keluarga lain seperti ibu, ibu mentua, makcik dan sebagainya sebenarnya membantu mengurangkan beban pasangan ketika menjalani pantang. Bagaimanapun, kebanyakan wanita terutama di bandar tinggal berjauhan daripada keluarga masing-masing,
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 11:37 AM | Show all posts
Suami kena selami perasaan isteri


SECARA luarannya, wanita yang baru lepas bersalin nampak sihat saja. Bagaimanapun, hakikatnya mereka berdepan dengan pelbagai risiko yang boleh mendorong kepada tekanan perasaan yang tidak disedari suami.

Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Ho Choon Moy, berkata suami harus memahami bahawa wanita dalam pantang mudah tertekan terutama sekiranya suami tidak menunjukkan perasaan simpati seperti membantu menguruskan rumah tangga mahupun bayi yang baru dilahirkan.

揝elepas bersalin, biasanya 5 hingga 30 peratus wanita mengalami tidak lawas membuang air kecil. Ini disebabkan otot menjadi longgar selepas bersalin, menyebabkan pengaliran air kecil tidak dapat dikawal seperti dulu.

揂kibatnya mereka perlu kerap ke tandas dan akhirnya ia cukup meletihkan dan menimbulkan tekanan. Ini adalah antara masalah utama yang paling kerap dihadapi wanita tetapi kurang dipandang serius. Kira-kira 11 peratus wanita berusia 70 tahun menjalani pembedahan akibat kencing tidak lawas atau vagina yang menurun,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2007 04:50 PM | Show all posts
agak-agak kes ibu jerut anak tuh
ada kena mengena ngan meroyan tak?

mcm tak betul jerk mak budak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 09:42 AM | Show all posts
Kaunselor Anda: Gila meroyan selepas keguguran
Bersama Dr Rubiah K Hamzah
bminggu@bharian.com.my

Wanita hilang pertimbangan menjadi pemarah, pernah cuba bunuh diri kerana terlalu tertekan masih belum punyai zuriat

SOALAN

SAYA mengalami keguguran setelah disahkan mengandung 8 minggu. Saya terlalu inginkan anak. Bagaimanapun, selepas mengalami keguguran saya berasa sangat tertekan sehingga tidak dapat mengawal keadaan. Saya sering menyalahkan suami kerana menganggap dia adalah puncanya. Suami sentiasa sibuk dan sering kerja di luar kawasan. Ketika saya masih dalam pantang dia sering tiada menyebabkan saya rasa semakin tertekan. Saya tidak berpantang seperti orang lain dan bekerja seperti biasa untuk menghilangkan rasa sunyi dan sedih. Saya berasa benci kepada diri sendiri, berubah menjadi seorang yang pemarah dan saya juga pernah cuba untuk membunuh diri. Disebabkan berasa terlalu tertekan saya hilang pertimbangan diri dan berpisah dengan suami yang saya kahwini sejak enam tahun lalu. Saya masih sayangkannya dan ingin meneruskan rumah tangga kami. Adakah saya gila meroyan? Bantu saya puan kerana saya terlalu tertekan sedangkan peristiwa sudah lima bulan berlalu.

Isteri Sedih.

JAWAPAN

TERIMA kasih kerana sudi mencari penyelesaian kepada masalah yang sedang puan hadapi. Persoalan yang puan kemukakan adalah persoalan yang terlalu banyak bersangkutan dengan hal yang sudah berlaku dan berlalu. Ibarat kata pepatah Melayu ‘nasi sudah menjadi bubur’.

Namun, sebagai hamba Allah puan tidak wajar membiarkan diri puan terlantar dalam dakapan derita sepanjang hayat kerana itu bukan acuan hidup orang beriman. Puan hanya berada dalam situasi yang menekan perasaan atau dalam istilah tenggelam dalam emosi saja disebabkan harapan tidak kesampaian secara berseorangan, tanpa dapat sokongan dari suami.

Akibat situasi itu puan berasa sangat tertekan, lalu mengalami stres fizikal, mental, emosi dan spiritual lalu mencari sebab kepada kejadian itu. Apabila tidak menemui sebab sebenar masalah puan, maka puan mula menyalahkan diri sendiri, suami dan situasi, tanpa mendapat sebarang khidmat nasihat daripada orang yang puan percayai.

Keadaan bertambah buruk apabila suami tidak menjadi seorang yang boleh meredakan masalah puan dan tidak mampu membantu puan melalui saat yang getir itu hingga menyebabkan perceraian yang tidak membantu ke arah meredakan dan meringankan masalah yang dihadapi. Malah, lebih memburukkan keadaan ialah kekeliruan yang puan alami. Akhirnya puan terus berperang mencari jalan untuk membaiki diri lalu menemukan istilah gila meroyan.

Gila meroyan tidak serius jika dirawat lebih awal. Gila meroyan biasanya berlaku kepada ibu yang melahirkan bayi cukup bulan, tetapi darah kotor yang mengiringi bayi tidak habis keluar lalu tersimpan dalam rahim agak lama tanpa rawatan. Puan hanya keguguran dua bulan dan biasanya jika semuanya keluar ketika keguguran tidak ada kena mengena dengan gila meroyan. Apatah lagi kebiasaannya orang keguguran yang masih tertinggal sisa darah di rahim dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya membuat pembersihan rahim.

Oleh itu jangan beratkan kesulitan dengan alasan yang kurang berkaitan. Nasihat Umi buat puan ialah belajar menerima semua perkara yang terhidang dan laluinya dengan lapang dada dengan cara mendekatkan diri kepada keyakinan kepada Allah. Semua yang berlaku adalah kehendak Allah untuk membuat hambanya kuat dan kembali bergantung dan menyerah kepada-Nya. Perbanyakkan berdoa pada masa lapang, kerana doa adalah cara yang paling berkesan “apabila manusia itu ditimpa kemudaratan, dia memohon pertolongan kepada Rabbnya dengan kembali kepada Rabbnya, kemudian apabila Rabb memberi nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudaratan yang pernah dia berdoa kepada Allah untuk menghilangkannya sebelumnya itu……..(QS Az-Zumar:8) Ini bermakna sesiapa yang ingin melepaskan dirinya daripada semua belenggu bencana dan kesedihan, maka lisan mahupun hatinya tidak boleh lali untuk sentiasa berhubungan kepada Dzat Yang Haq dengan cara memuji dan mengagungkan-Nya.

Antara kandungan doa yang dilakukan harus berbentuk pujian, pernyataan syukur dan pengakuan terhadap kurnia yang Allah berikan, permohonan kenikmatan, pertolongan dari Allah dan permohonan ampunan kerana selama ini mengabaikan Allah dalam hidup. Mungkin puan diuji kerana selama ini tidak menjadikan Allah di depan mata, maka faedah-faedah yang dia dapat akan berubah menjadi kerugian dan kehilangan, kegembiraan yang diperoleh akan bertukar menjadi kesedihan dan kebaikan akan berubah menjadi bencana. Mudah-mudahan puan akan menemui keriangan hati, lapang dada dan ketenangan hati kerana hidup dengan rasa dekat dan benar kepada Allah sebagai pedoman serta gembira melakukan kebaikan. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 10:49 AM | Show all posts
kawan haku seb baik tak terus sewel...skang pon macam ada blurr2 sikit...trauma...cian...dah la lawa gila...tp bila ada menda camni kena kat dia rasa cian sgt...dpd jenis happy dan positif nyer org jd camtu lak...ni seme pasal berpantang gak....dolu dia hampir2 nak bunuh anak yg baru lahir sbb dia rasa anak tu bawak siol...even skang pon dia ngn anak dia tuh tak brp...even anak dia tuh dah dekat masuk sekolah dah...tu je lah sorang...ngn laki dia pon dia cam pemarah...pendek kata jauh sekali berubah dpd sblm dapat anak...dia terkejut dan trauma katanya pas apa yg tak di duga jadi kat dia...

bukan per pasal dia kena mental torture ngn mak mertua dia masa dalam pantang...asik kena kutuk je ngn mak mertua termasuk depan2 org ramai...pastu kena masak lah...tak bertungku, berbarut...berstokin segala...makan jamu jauh sekali..makan berpantang haram tak terjaga...dpd happy baru lahirkan anak jadi sasau jap kawan aku neh...cian...seb baik skang dah ok tu pon banyak tpt dia berubat dah...wat purging darah kotor segala...tp dia serik la nak berpantang ngn mak mertua dia kalau ada rezeki dapat baby lagik...apa punya bangsat perangai mak mertua camtuh   ...org kata meroyan nih terjadi coz masih ada gumpalan darah kotor tak abis kuar yerk...tah la haku pon tak tau...mintak dijauhkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.395712 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list