CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kenali Artis Kita : Dulu & Kini

[Copy link]
 Author| Post time 28-3-2007 09:56 AM | Show all posts
Sabri Yunus selesa dengan dialek Kelantan
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

BILA sebut saja nama Mohd. Sabri Yunus, 46, kita sudah tahu dia berasal dari negeri mana. Ini kerana Sabri amat sinonim dengan dialek Kelantan.

Loghat Kelantan diguna sewaktu dia berlakon sebagai Wes My Golok dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu untuk diseimbangkan dengan watak Budin lakonan Imuda yang bertutur loghat Utara itu.

Meskipun nama watak tersebut tidak terus melekat padanya, namun Sabri masih meneruskan tradisi berlawak menggunakan bahasa daerah.

Bila ditanya adakah dia terlalu mementingkan kenegerian hingga berlawak pun menggunakan bahasa daerah?

Sabri yang berasal dari Pengkalan Cepa, Kelantan berkata, dia lebih selesa berlawak menggunakan bahasa yang dekat dengan dirinya kerana ia lebih mudah.

Sabri mula berlawak ketika ditingkatan dua di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa, di mana dia pernah muncul sebagai juara lawak antara kelas.

Jelasnya, sewaktu di bangku sekolah dia amat popular di kalangan rakan-rakan dan guru kerana perangainya yang suka berlawak itu.

揔alau saya berlawak menggunakan bahasa Utara tentu kelakar bunyinya. Lagipun amat mudah kalau saya berkomunikasi menggunakan bahasa seharian sebab komedi ini perlu pantas untuk membalas cakap,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2007 11:08 AM | Show all posts
Mariani terkilan

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

SEBUT saja nama Seniwati Mariani, orang sudah tahu hasil lakonannya bagaimana. Memang dahsyat, ada kelas dan tiada apa yang perlu diragukan. Sedari dulu sejak era 50-an lagi, Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail, 74, sudah mempamerkan kehebatan lakonannya.


Jika tidak masakan dia diludah dan dibaling batu gara-gara penonton terlalu benci melihat watak antagonis yang dibawakan sesebuah filem.

Ekoran keberkesanan lakonannya juga, beberapa filem yang dibintanginya seperti Labu Labi, Sri Mersing, Tiga Abdul, Masam-Masam Manis dan Putus Sudah Kasih Sayang dikenang sehingga ke hari ini.

Justeru, apalah sangat bayaran RM500 sehari jika dihitung pada nama, pengalaman dan impak yang mampu dizahirkan seniwati ini dalam sesebuah filem atau drama.

Namun, apa yang mengecewakan gara-gara bayaran RM500 dianggap terlalu mahal, seorang pengarah terkenal tergamak berbohong kononnya pihak produksi terpaksa membuat rombakan skrip dan senarai nama pelakon.

Semua ini semata-mata mahu menutupi rahsia mereka yang merancang menggugurkan namanya daripada membintangi filem itu.

Paling mengecewakannya pada hari pertama penggambaran dijalankan barulah dia dimaklumkan mengenai hal itu.

揝aya tercegat di hadapan rumah sejak awal pagi lagi sambil menjinjing beg pakaian yang akan dibawa bersama ke set penggambaran drama itu. Satu jam, dua jam van yang sepatutnya datang menjemput saya di rumah masih juga tidak kelihatan.

揚uas saya menghubungi pengarah, pembantu produksi namun panggilan tidak berjawab kemudian telefon bimbit ditutup. SMS yang dikirimkan langsung tidak dibalas.

揝ampailah petang barulah pembantu produksi itu menghubungi saya memberitahu mereka tidak jadi ambil saya berlakon kerana pihak produksi melakukan rombakan skrip dan pelakon.

揘amun saya difahamkan mereka tidak melakukan sebarang rombakan.

揝emuanya disebabkan mereka tidak mahu membayar RM500 iaitu 憆ate
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2007 09:00 AM | Show all posts
L.Ramlie mendayung sampan untuk menyanyi
Oleh: KHADIJAH IBRAHIM



L.RAMLIE.
--------------------------------------------------------------------------------

DISEBABKAN minat yang mendalam terhadap seni suara, penyanyi L.Ramlie sanggup mendayung sampan dari Pulau Jerjak ke Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Katanya, dia dibesarkan di pulau tersebut kerana ayahnya bertugas di hospital di sana. Malah dia turut mengikut jejak langkah ayahnya bertugas di hospital yang sama selepas tamat persekolahan.

Malah sewaktu namanya mula menapak naik pun Ramlie masih menetap di Pulau Jerjak dan sebab itulah dia berulang alik ke Sungai Nibong.

揥aktu itu saya bekerja sebagai pembantu hospital di Pulau Jerjak, sebelum ia dijadikan tempat tahanan. Oleh kerana saya menetap di pulau, saya perlu berulang alik ke darat (Sungai Nibong).

揟idak ada perasaan takut ketika itu sebab yang paling penting saya dapat menyanyi,
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2007 10:01 AM | Show all posts
sedih mama bila baca kisah pelakon2 seangkatan dgn Allahyarham P.Ramlee...sehingga ke hari ni xde sape2 yg blh menandingi mereka semua...mama gelak sampai keluar air mata baca kisah Pak Aziz Sattar kena halau ngan P.Ramlee masa blakon citer Pendekar Bujang Lapok...mmg blh imagine keadaan tu mcmana...thanks a lot buat 'Syd' yg sudi bkongsi dgn yg lain....mama mmg terharu dan berbangga dgn 'Syd' kerana telah mengembalikan nostalgia zaman P.Ramlee yg tak mungkin mama lupakan sampai bila2...thanks again!!!

[ Last edited by  mamapea at 4-5-2007 10:06 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2007 01:26 PM | Show all posts
Nostalgia: Ahmad Daud aktif hingga akhir hayat
Oleh Zainuri Misfar


Ungkapan 憇teady laa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2007 09:24 AM | Show all posts
Mak Nani disegani kerana Mawar Merah

FILEM pertama arahan Datin Rosnani Jamil, 72, Mawar Merah berjaya meletak namanya sebagai pengarah disegani.

Malah filem lakonan Raja Ema bersama allahyarham Mustafa Noor pada tahun 1987 yang diterbitkan oleh RJ Filem itu turut dipilih sebagai Skrip Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Bintang Harapan pada Festival Filem Malaysia 1987.

Rosnani atau nama sebenarnya Rosnani Ludin yang lebih mesra dengan panggilan Mak Nani itu mempunyai cerita tersendiri tentang Mawar Merah.

Kata Mak Nani, dia tertarik untuk mengarah filem tersebut setelah mendengar drama Mawar Merah disiarkan menerusi radio.

揥aktu itu Mak tengah memandu kereta tetapi terus berhenti untuk mengikuti drama tersebut sampai selesai. Habis sahaja drama, Mak terus telefon penerbit drama RTM minta skrip untuk dibuat filem kerana Mak tertarik dengan jalan ceritanya,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-5-2007 01:39 PM | Show all posts
Kasma Booty dilapor stabil


AMPANG: Seniwati Kasma Booty, 75, yang menerima rawatan di Hospital Ampang kerana menghadapi masalah paru-paru berair, mendapat perhatian Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais dengan diiringi Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim dan Timbalan Ketua Pengarah Finas, Mohd Zulkifli Ab Wahab, melawat Kasma yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital itu.

Beliau juga menyerahkan sumbangan RM10,000 kepada Kasma.

Bagaimanapun, pertemuan itu tidak dapat dirakamkan jurugambar pelbagai media yang hadir kerana tidak mendapat kebenaran pihak hospital.

Menurut anak Kasma, Purnama, ibunya baru dipindahkan ke CCU semalam kerana ada masalah jantung.

揚aru-paru ibu juga sudah terkena jangkitan kuman. Setiap kali lawatan hanya dibenarkan dua orang saja. Pelawat juga mesti membasuh tangan sebelum dan selepas keluar dari bilik ibu ditempatkan.

揗ereka bimbang dengan kehadiran ramai orang kerana boleh memberi kesan kepada keadaan kesihatannya sekarang. Bagaimanapun keadaan ibu stabil,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2007 09:56 AM | Show all posts
Nostalgia: Liz Taylor Malaysia
Oleh Zainuri Misfar


Kasma Booty dapat bayaran berlakon paling mahal ketika zaman masyhur

PADA zaman kegemilangannya, Kasma Booty adalah primadona dengan kemasyuhurannya tersendiri sehingga pernah mendapat jolokan sebagai Liz Taylor dan Ratu Filem Melayu.

Ini kerana pada waktu itu, Kasmah mempunyai kecantikan yang mengagumkan. Mungkin kerana beliau mempunyai darah campuran Melayu-Belanda.

Bagaimanapun, dalam temu bual bersama New Straits Times pada 1992, beliau pernah berkata, dunia seni banyak membawa kedukaan padanya dan tidak menyesali untuk meninggalkannya. Ia terlalu pedih untuk diteruskan.

Beliau ialah pelakon yang mendapat bayaran paling mahal pada waktu itu iaitu RM1,500 untuk satu filem berbanding pelakon lain yang hanya menerima kurang separuh daripada bayaran itu. Namun, itu semua tidak dapat mengubah hasratnya untuk meninggalkan dunia seni.

Pada tahun 1950, Kasma pernah digandingkan dengan P Ramlee (Allahyarham Tan Sri) menerusi filem Bakti arahan L Krishnan (Datuk).

Beliau pada mulanya tidak suka dengan P Ramlee kerana dikatakan mempunyai wajah menakutkan dirinya. Selepas filem Bakti yang dilaporkan mendapat sambutan hebat, Kasma dipilih pula membintangi filem Sejoli (1951) arahan BS Rajhan dan filem Juwita (1951) yang diarahkan oleh S Ramanathan.

Di atas permintaan P Ramlee, Kasma bersetuju untuk berlakon bersamanya sekali lagi menerusi filem Damak pada tahun 1967.

Sebenarnya sebelum terbabit dalam dunia filem, Kasma sudah bergiat sebagai pelakon bangsawan dengan kumpulan Rayuan Asmara di Medan pada belasan tahun. Kesempitan hidup mendorong Kasma yang tidak mengenali bapanya, untuk bekerja keras dan pada usia 14 tahun Kasma sudah merantau ke Malaysia (dulu Malaya) terutama di Pulau Pinang dan Singapura untuk menjayakan pertunjukan pentas.

Ibunya, Kasmini, pula berkahwin lain dengan seorang alim bernama Rosli tetapi jodoh mereka tidak panjang. Beberapa tahun kemudian, Kasmini berkahwin dengan Jaafar Sidek dan dikurniakan tiga anak Yusni (pelakon), Yusna dan Yusno. Jaafar pula berkahwin dengan Aishah dan mendapat seorang anak, Sukarni.

Kejelitaan Kasma pada usia mudanya membawa tuah apabila dilamar oleh Shaw Brothers pada 1947 berlakon filem Chempaka arahan BS Rajhans.

Bersama dengan Shaw Brothers di Singapura, Kasma turut membintangi filem Pisau Berachun arahan BS Rajhans, Noor Asmara (BS Rajhans), Rachun Dunia (BS Rajhans), Dewi Murni (BS Rajhans) dan Manusia (S Ramanathan).

Pada tahun 1958, atas permintaan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Kasma berlakon filem Mahsuri terbitan Cathay Keris.

Pada era akhir pembabitannya dalam lakonan, Kasma banyak berlakon dalam filem terbitan Studio Merdeka di Hulu Klang. Antaranya filem Keris Sempena Riau arahan L Krishnan, Selindang Merah (L Krishnan), Siti Payong (Salleh Ghani), Ratapan Ibu (L Krishnan), Tangkap Basah (Salleh Ghani), Anak Manja (Salleh Ghani) dan Ragam P Ramlee (P Ramlee).

Kemunculan pelakon lain seperti Datuk Sarimah, Datin Rosnani Jamil, Rukiah Wanda selain Siput Sarawak sedikit sebanyak mengurangkan peluangnya untuk memegang watak utama.

Ketika tahun 1952, Kasma berhadapan dengan kontroversi terhadap pengurusan Shaw Brothers sehingga beliau membuat keputusan menarik diri daripada membintangi filem Antara Senyum Dan Tangis.

Ia berlaku apabila Soh Wing Eok iaitu anak saudara Run Run Shaw pemilik Shaw Brothers cuba berbuat tidak terhadap dirinya. Tindakannya enggan berlakon filem Antara Senyum Dan Tangis disebabkan mempertahankan prinsip dan maruah walaupun terpaksa diheret ke mahkamah.

Kini selepas hampir empat dekad tidak berlakon, Kasma yang ketika ini menghadapi masalah kesihatan, menghabiskan masanya bersama anak-anak dan cucunya di kediamannya di Klang Gate, Hulu Klang, Selangor.

Perkahwinannya dengan Jacob Booty dikurniakan lima anak. Uniknya, semua nama anak-anaknya diambil sempena judul filem yang pernah dibintangi atau lagu yang pernah dinyanyikannya.


Anak sulungnya bernama Chempaka ketika Kasma sedang hamil sewaktu berlakon filem pertamanya Chempaka.


Anak keduanya dinamakan Asmara ketika hamil dalam pembikinan filem Noor Asmara.


Nama anak ketiganya Kesuma, sempena lagu Kesuma yang dinyanyikannya ketika berlakon filem Dewi Murni.


Kasma hamil anak keempatnya Suria ketika menyertai kumpulan sandiwara, Booty Suria Negara.


Jika abangnya dinamakan Suria iaitu matahari, Kasma memilih Purnama sempena nama bulan untuk anak bongsunya.

PROFIL:

Nama: Kasma Booty

Nama sebenar: Kasmah Abdullah

Umur: 75 tahun

Tempat lahir: Medan, Sumatera, Indonesia

Nama suami: Booty Jacobs (arwah)

Anak: lima - (Chempaka, Asmara, Kesuma, Suria, Purnama)

Filem:

1. Bersama Shaw Brothers di Singapura - Chempaka (1947), Pisau Berachun (1948), Noor Asmara (1949), Rachun Dunia (1950), Bakti (1950), Dewi Murni (1950), Sejoli (1951), Juwita (1951) dan Manusia (1951)

2. Bersama Studio Cathay Keris, Singapura: Mahsuri (1958), atas permintaan Perdana Menteri Malaya, Tuanku Abdul Rahman

3. Studio Merdeka di Hulu Klang: - Keris Sempena Riau (1961), Selendang Merah (1962), Siti Payung (1962), Ratapan Ibu (1962), Tangkap Basah (1963), Anak Manja (1963), Ragam P Ramlee (1965) dan Damak (1967)

Anugerah: Anugerah Merak Kayangan bagi Pelakon Wanita Veteran di Pesta

Filem Malaysia ke-7 di Melaka pada 1987 dan Anugerah khas juri di Pesta Filem Asia Pasifik ke-35 di Kuching pada 1990.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2007 09:43 AM | Show all posts
Aspalela Abdullah ibarat permata di dasar lautan
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

APABILA jarang melihat wajah Aspalela Abdullah muncul di kaca TV, mungkin ada yang berpendapat penyanyi itu tidak aktif menyanyi. Maklumlah usia Aspalela pun sudah menjangkau 62 tahun.

Lagipun Aspalela penyanyi lama, adakah orang nak panggil lagi sebab sekarang ini kemunculan penyanyi baru bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Tapi kalau seseorang itu ibarat permata biar terdampar di dasar lautan sekalipun sinarnya masih menerangi.

Itulah bidalan yang dapat diberikan kepada Aspalela kerana tanpa publisiti, dia tetap diundang mengadakan persembahan secara eksklusif untuk majlis orang kenamaan.

Dia yang lebih senang membahasakan diri sebagai Aunty Aspa selain mengadakan persembahan tertutup juga sering diundang sebagai pengadil untuk pertandingan lagu-lagu Asli.

揜amai anak muda yang boleh menyanyi lagu Asli cuma mereka tidak mendapat tunjuk ajar yang betul sahaja. Aunty harap ada barisan pelapis untuk menggantikan orang lama seperti Aunty dan rakan-rakan lain,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2007 12:45 PM | Show all posts
Nostalgia: R Jaafar pernah jadi penarik beca, polis


Bakat TV RTM 1975 ubah perjalanan hidup menjadi pelawak, pelakon yang sukar ditandingi

R JAAFAR, antara nama pelawak atau pelakon komedi yang pernah sama-sama menyemarakkan persada seni tanah air. Tetapi, apabila beliau meninggal dunia pada 13 September 1996 di Hospital Universiti kerana sakit jantung, namanya kini kian dilupakan.

Semasa hayatnya masih ada, R Jaafar ialah antara penyeri dunia komedi bersama-sama Datuk Jamali Shadat, Hamid Gurkha, AR Badul, Param, mendiang Ayappan, Yahya Sulong, Yusni Jaafar dan Wak Sir.

Bahkan, ada juga yang keliru antara R Jaafar dengan Yahya Sulong, kerana kedua-duanya adalah pelawak yang bagus.

Bagi wartawan yang pernah menemui atau melihatnya ketika semasa hidup, sudah menjadi kebiasaan melihat R Jaafar membawa anak bongsunya Raja Rosminawati dalam setiap majlis yang dihadirinya.

Kedua-dua beranak ini sering dilihat berinteraksi sesama sendiri dengan menggunakan bahasa isyarat. Begitulah kasihnya R Jaafar terhadap anaknya yang tidak boleh bercakap dan mendengar sejak berusia setahun selepas diserang demam panas.

Beliau sanggup mengikuti kelas bahasa isyarat bagi memudahkan berhubung dengan anaknya. Ini memberikan kita realiti kehidupan seorang pelawak, di atas pentas beliau menghiburkan orang sebaik mungkin untuk ketawa, tetapi selepas itu seolah-olah tiada pihak yang mahu 憁enghiburkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2007 12:47 PM | Show all posts
Umi pernah merajuk

Oleh Ellyna Ali
elly@hmetro.com.my

MINGGU ini giliran filem Melayu Klasik, Bawang Putih Bawang Merah pula dipertontonkan secara percuma di Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur menerusi tayangan Sabtu ini, bermula jam 12 tengah hari.

Diadaptasi daripada kisah dongeng rakyat, Bawang Putih Bawang Merah arahan Datuk S Roomai Nor menggunakan skrip dan karya asal Salleh Ghani, satu aktiviti yang dijadikan pengisian Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKWa) serta Finas dalam usaha meningkatkan apreasiasi dan kecintaan masyarakat terhadap filem Melayu.

Bukan setakat itu saja, kehebatan filem yang dibarisi seniman dan seniwati terkemuka seperti Latifah Omar, Datuk Mustafa Maarof, Datin Umi Kalthum, Aminah Yem serta Siti Tanjung Perak turut menjadikan ia sebagai satu karya filem Melayu klasik yang terbaik pernah dihasilkan pada era 1950-an.

Seniwati Datin Umi Kalthum yang juga ibu kepada penghibur sensasi Noorkumalasari sewaktu diwawancara mengenai pengalamannya sepanjang menjayakan pembikinan filem itu berkata, dia pernah merajuk dengan S Roomai Noor apabila diminta untuk menyanyi secara sumbang dalam satu babak filem itu.

揝aya merajuk sebab malu apabila diminta berbuat demikian. Hinggakan saya ambil keputusan untuk tinggalkan lokasi sambil membawa beg mekap.

揗aklumlah waktu membuat penggambaran filem itu di Bukit Timah, lokasinya berdekatan dengan kem askar. Maka ramai isteri tentera yang datang menyaksikan penggambaran itu.

揝aya terus katakan padanya, tidak adil meminta saya menyanyikan secara sumbang kerana saya boleh menyanyi dengan baik.

揝edangkan Latifah Omar yang memegang watak sebagai Bawang Merah tidak boleh menyanyi dengan baik tetapi apa yang ditonjolkan dalam filem itu sebaliknya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 02:38 PM | Show all posts
KASMA BOOTY - Hilangnya sebutir permata
01-06-2007 10:24:34 AM
Oleh ZIEMAN
Bukan hanya sebagai kakak tapi Allahyarhamah Kasma Booty umpama ibu kepada pelakon veteran Yusni Jaafar.
Di dalam nada yang tersekat-sekat dan sebak, Yusni memaklumkan kehilangan kekanda tercintanya, primadona filem Melayu Kasma Booty yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 2 pagi tadi setelah sekian lama mengidap komplikasi paru-paru berair.

"Semasa arwah mengandungkan Cempaka, dia juga menjadi ibu susu saya ketika itu kerana ibu kami sibuk bekerja," jelas ibu Yusni ketika dihubungi.

Bagi Yusni, keakraban kedua mereka sukar untuk diterangkan dengan kata-kata.

"Makan ibu dijaga, pakaian ibu dijahit dan segala masalah ibu dikongsi bersama. Keadaan ibu sekarang samalah macam kehilangan seorang emak....," jelas Yusni lagi yang juga mempunyai seorang lagi saudara tiri bernama Sukani Jaafar.

"Kami lapan beradik kesemuanya tapi berlainan ayah. Arwah Kasma yang paling tua. Walaupun berlainan ibu, kami cukup rapat," kata Yusni lagi.
Kasma yang lahir di Kiasaran berdekatan Medan, Sumatera, Indonesia adalah seniwati Melayu berdarah kacukan Belanda-Jawa dan begitu rupawan sekali paras wajahnya.
Kasma terkenal dalam bidang lakonan pada akhir tahun 1940-an hingga pertengahan tahun 1960-an.
Jenazah Allahyarhamah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Klang Gate selepas Zohor hari ini.

Di zaman kegemilangannya Kasma berusia 75 tahun pernah mendapat jolokan sebagai Liz Taylor dan Ratu Filem Melayu kerana kejelitaan paras wajahnya.

Kecantikan Kasma amat mempesonakan sehingga dia dilamar menjadi bintang filem oleh Shaw Brothers pada 1947 untuk filem Chempaka arahan BS Rajhans, pada usianya 14 tahun.

Bersama dengan Shaw Brothers di Singapura, Kasma turut membintangi filem Pisau Berachun arahan BS Rajhans, Noor Asmara (BS Rajhans), Rachun Dunia (BS Rajhans), Dewi Murni (BS Rajhans) dan Manusia (S Ramanathan).
Kasma memulakan karier lakonan di usia muda disebabkan kesempitan hidup. Di antara filem yang dibintanginya ialah Chempaka, Pisau Berachun, Nur Asmara, Rachun Dunia, Bakti, Dewi Murni, Sejoli, Juwita, Manusia, Mahsuri, Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Siti Payung, Ratapan Ibu, Tangkap Basah, Anak Manja dan Ragam P Ramlee.

Pada tahun 1958, atas permintaan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Kasma berlakon filem Mahsuri terbitan Cathay Keris.
Pada era akhir pembabitannya dalam lakonan, Kasma banyak berlakon dalam filem terbitan Studio Merdeka di Hulu Klang. Antaranya filem Keris Sempena Riau arahan L Krishnan, Selindang Merah (L Krishnan), Siti Payong (Salleh Ghani), Ratapan Ibu (L Krishnan), Tangkap Basah (Salleh Ghani), Anak Manja (Salleh Ghani) dan Ragam P Ramlee (P Ramlee).

Pada tahun 1952 pula, Kasma berhadapan dengan kontroversi terhadap pengurusan Shaw Brothers sehingga beliau membuat keputusan menarik diri daripada membintangi filem Antara Senyum Dan Tangis.

Kasma juga merupakan satu-satunya pelakon yang mendapat bayaran paling mahal pada waktu itu iaitu RM1,500 untuk satu filem berbanding pelakon lain yang hanya menerima kurang separuh daripada bayaran itu.

Namun setelah membintangi hampir 20 buah filem Kasma bertekad meninggalkan dunia seni pada tahun 1992.

Filem pertama lakonan beliau ialah Cempaka keluaran 1947 oleh Shaw Brothers dan berlakon di samping seniman Maroeti. Kasma telah digandingkan dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada tahun 1950 dalam filem Bakti, arahan Datuk L.Krishnan.

Setelah filem Bakti mendapat mendapat sambutan hebat dan Kasma membintangi filem Sejoli (1951) arahan BS Rajhan dan filem Juwita (1951) yang diarahkan oleh S Ramanathan.

Tak lama kemudian, Kasmah menyertai Studio Merdeka dan terus berlakon dalam filem-filem seperti Anak Manja (sebagai ibu kandung Mustapha Maarof dan ibu tiri kepada Abdullah Chik) dan Ragam P. Ramlee (slot Damaq bersama P. Ramlee sendiri).

Di atas permintaan P Ramlee, Kasma bersetuju untuk berlakon bersamanya sekali lagi menerusi filem Damak pada tahun 1967.

Sebelum bergelar bintang filem, Kasma terlebih dahulu bergiat sebagai pelakon bangsawan dengan kumpulan Rayuan Asmara di Medan pada usia belasan tahun. Kesempitan hidup mendorong Kasma untuk berdikari dan sejak belasan tahun lagi, Kasma telah membawa diri merantau ke Malaysia, waktu itu Malaya, dan mendapat kerja sebagai pelakon bangsawan di Pulau Pinang dan Singapura.
Kasma Booty adalah kakak tiri kepada pelakon Yusni dan Sukari Jaafar. Mereka adalah saudara sama ibu tetapi berlainan ayah. Ibunya, Kasmini, pernah berkahwin pelakon Ulong Jawa dan kemudiannya dengan seorang alim bernama Rosli tetapi jodoh mereka tidak panjang. Beberapa tahun kemudian, Kasmini berkahwin dengan Jaafar Sidek dan dikurniakan tiga anak Yusni (pelakon), Yusna dan Yusno. Jaafar pula berkahwin dengan Aishah dan mendapat seorang anak, Sukarni.

Di usia tuanya, Kasma banyak menghadapi masalah kesihatan dan banyak menghabiskan masa menumpukan perhatian terhadap ibadahnya dan duduk bersama anak-anak dan cucunya di kediamannya di Klang Gate, Hulu Klang. Perkahwinannya dengan Jacob Booty dikurniakan lima anak.
Hasil perkahwinannya dengan Allahyarham Booty Jacobs, pasangan bahagia itu dikurniakan lima orang cahaya mata, Chempaka, 57, Asmara, 56, Kesuma, 55, Suria (meninggal dunia) dan Purnama. Kasma Booty atau nama sebenarnya Kasmah Abdullah juga dikurniakan 12 cucu dan seorang cicit.
Kesemua nama anak-anaknya diambil sempena judul filem yang pernah dibintangi atau lagu yang pernah dinyanyikannya.

Anak sulungnya bernama Chempaka ketika Kasma sedang hamil sewaktu berlakon filem pertamanya Chempaka. Anak keduanya dinamakan Asmara ketika hamil dalam pembikinan filem Noor Asmara. Anak ketiga pula bernama Kesuma, sempena lagu Kesuma yang dinyanyikannya ketika berlakon filem Dewi Murni.

Anak keempatnya Suria mendapat nama ketika menyertai Kasma kumpulan sandiwara, Booty Suria Negara. Dan anak bongsunya pula diberi nama Purnama sempena nama bulan untuk anak bongsunya.
Kasma mempunyai ciri-ciri ibu yang sejati dan penyayang. Sepanjang hayatnya dia sering menekankan pada adik beradik dan anak-anaknya perlu bersatu hati.
"Arwah suka buat makan-makan dan panggil semua keluarga berkumpul. Di situlah dia akan menasihatkan apa yang tidak betul. Dia lembut orangnya, tidak suka meninggikan suara. Dia cukup pentingkan maruah diri dan nilai kekeluargaan.
"Dia pernah pesan. Katanya walau ibu tak ada nama Booty akan disebut-sebut. Jadi, jagalah nama itu baik-baik," kata Yusni yang cukup terasa kehilangan kanda tersayang.
"Kenangan yang ditinggalkan sampai matipun ibu tidak boleh lupa. Dialah kakak, dialah mak....," kata Yusni mengakhiri perbualan.

FILEM DAN PENCAPAIAN
- Kasma bersama Shaw Brothers di Singapura - Chempaka (1947), Pisau Berachun (1948), Noor Asmara (1949), Rachun Dunia (1950), Bakti (1950), Dewi Murni (1950), Sejoli (1951), Juwita (1951) dan Manusia (1951)

-  Bersama Studio Cathay Keris, Singapura: Mahsuri (1958), atas permintaan Perdana Menteri Malaya, Tuanku Abdul Rahman

-  Studio Merdeka di Hulu Klang: - Keris Sempena Riau (1961), Selendang Merah (1962), Siti Payung (1962), Ratapan Ibu (1962), Tangkap Basah (1963), Anak Manja (1963), Ragam P Ramlee (1965) dan Damak (1967)

- Memenangi Anugerah Merak Kayangan bagi Pelakon Wanita Veteran di Pesta

-   Filem Malaysia ke-7 di Melaka pada 1987 dan Anugerah khas juri di Pesta Filem Asia Pasifik ke-35 di Kuching pada 1990.




[ Last edited by  Syd at 2-6-2007 02:42 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 02:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2007 10:19 AM | Show all posts
Maria Menado 憄ontianak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2007 10:05 PM | Show all posts
Nostalgia: Senandung Semalam buat Loga
Oleh Zainuri Misfar


Pemergian penyanyi kedua Alleycats amat dirasai

揇ALAM banyak lagu Melayu yang saya nyanyikan, Senandung Semalam paling saya suka. Lagu itu benar-benar menyentuh perasaan. Saya menghayati lagu itu. Jiwa saya melayang entah ke mana apabila menyanyikan Senandung Semalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2007 09:32 AM | Show all posts
Mariani dibenci kerana watak
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

TIADA secebis pun kenangan pahit yang terpalit di minda seniwati Mariani tatkala ditanya tentang pengalamannya sewaktu menjadi anak wayang di Studio Jalan Ampas, Singapura.

Bagi Mariani sepanjang tempoh berkampung di Jalan Ampas dari tahun 1953 hingga 1970, adalah saat yang membahagiakan kerana ditatang bagai minyak yang penuh.

Katanya, pemilik Studio Jalan Ampas, Tan Seri Run Run Shaw sentiasa mengutamakan kehendak pelakon.

揝emua pelakon disediakan rumah, api atau air tidak perlu bayar. Cakap sahaja nak kereta apa, mesti disediakan. Begitu juga kalau nak beli baju, taukeh kedai akan datang bawa baju untuk kami pilih.

揔etika itu kami mendapat layanan kelas pertama. Kalau ada pelakon Hollywood atau Bollywood yang datang, pasti kami akan makan malam bersama. Setakat Elizabeth Taylor, John Wayne, Marlon Brandon dan Alfred Hitchock semuanya telah datang ke Studio Jalan Ampas,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2007 10:06 AM | Show all posts
Latifah Omar pernah jadi ibu tiri Jins
Oleh Zainuri Misfar


Elak jumpa kerana berasa kekok mengenai panggilan sesuai untuk seniwati bertahi lalat


TETAMU yang datang mengikuti program Imbas Kembali... Latifah Omar yang diadakan di Galeri Perfileman, Jalan Pahang Kecil, Setapak di ibu negara, baru-baru ini, terpinga-pinga apabila moderatornya, Aimi Jarr memaklumkan seniman veteran, Tan Sri Jins Shamsudin pernah menjadi anak tiri kepada seniwati terkenal itu.

Kenyataan Aimi itu bukanlah satu babak lakonan dalam filem, malah Jins sendiri mengaku seniwati yang terkenal dengan tahi lalat di bawah bibirnya itu, adalah ibu tirinya. Ia terjadi ketika seniman veteran itu berkahwin dengan isteri pertamanya, Rahmah Rahmat (Allahyarham).

揃apa mentua saya Rahmat Ali adalah seorang pemuzik bangsawan, bermain trumpet. Dengan izin Allah, beliau bernikah dengan Latifah Omar, jadi secara tidak langsung menjadi bapa mentua tiri.

揝usah juga saya nak panggil dia. Nak panggil ibu, dia lebih muda dari saya. Kerana kekok hendak panggil apa pada dia, saya jarang jumpa dengannya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2007 09:31 AM | Show all posts
Nostalgia: Rindu Bayangan julang nama Carefree
Oleh Zainuri Misfar


Kumpulan muzik kelab malam sempat rakam tiga album era 70-an bersama EMI sebelum berpecah

KUMPULAN Carefree adalah salah satu kumpulan yang sangat popular pada akhir tahun 1970-an. Sehingga sekarang lagu mereka seperti Rindu Bayangan, Belaian Jiwa dan Kini Baru Kau Sedar masih segar dalam ingatan peminat mereka.

Populariti lagu dari kumpulan ini menyebabkan EMI Malaysia Sdn Bhd terus mengeluarkan album kompilasi Carefree yang ada antaranya digabungkan dengan kumpulan lain seperti Black Dog Bone.

Kumpulan Carefree muncul dengan album sulung berjudul Kebebasan yang memuatkan lagu Rindu Bayangan pada tahun 1979.

Sememangnya lagu Rindu Bayangan menjadi titik tolak kepada kejayaan Carefree mencipta nama gemilang mereka sehingga hari ini. Walaupun sudah berpecah, nama dan lagu mereka segar hingga hari ini.

Carefree dianggotai oleh Ahmad Fauzi Darus atau dikenali sebagai Jay Jay, Simon Justin Leon, Charles Paira (Charlie), Raja Rahman (Boy), Raja Rashid (Wan), Nana Pawan Chik, Lokman dan Rahim Othman, sebenarnya sebuah kumpulan muzik yang muncul dari kelab malam.

Selain menyanyi, Jay Jay juga pemain gitar bass, Simon sebagai pemain gitar utama, Charlie (keyboard), Boy (dram, percussion & penyanyi latar), Wan (alto saksofon, flute, percussion & penyanyi), Nana (teno saksofon, trombon), Lokman (trumpet, flugehorn, penyanyi latar) dan Rahim (tenor saksofon, flute & percussion).

Pada pertengahan tahun 1970-an, banyak kumpulan muzik yang diangkat dari kelab malam sebelum diberi kepercayaan merakam album. Bahkan, bagi Carefree, album Kebebasan dipasarkan ketika mereka masih bermain di kelab.

Ketika lagu Rindu Bayangan meresap ke jiwa peminat muzik, Carefree tidak bergerak bersama penjualan kaset dan piring hitam mereka kerana pada masa itu terikat dengan persembahan di Hotel Merlin, Pulau Pinang selama dua tahun.

Kumpulan Carefree mengikat kontrak sebagai artis rakaman antarabangsa EMI. Mereka sempat merakamkan tiga album iaitu Kebebasan, Kebebasan II dan Kebebasan III.

Mereka boleh dikategorikan sebagai kumpulan pop. Begitupun, Carefree juga turut memuatkan lagu berkonsep tradisional dan dangdut dalam album mereka. Itulah kelainan kumpulan muzik pada masa itu yang mampu mempersembahkan pelbagai konsep muzik.

Sementara itu, Jay Jay mengakui lagu Rindu Bayangan memainkan peranan besar dalam melonjakkan namanya dan nama Carefree ke puncak pada tahun 1979.

揑ni kejayaan bagi kami sekumpulan yang masing-masing menyempurnakan tugas. Tanpa kerjasama tidak mungkin Rindu Bayangan lahir begitu baik,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2007 09:15 AM | Show all posts
Bawah Rumpun Bambu popularkan Mimi Loma
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

MESKIPUN lagu Bawah Rumpun Bambu ciptaan Tan Seri P. Ramlee, dan lirik oleh Salleh Ghani sudah dirakam sejak tahun 1973, namun ia masih malar segar.

Malah kalau mendengar penyanyinya mendendangkan lagu tersebut ketika ini pun, masih kedengaran sama seperti di awal rakaman.

Itulah kelebihan penyanyi Mimi Loma tatkala mendendangkan lagu yang dipetik daripada album keduanya.

Menurut Mimi Loma, 61, pada asalnya lagu yang diterbitkan oleh syarikat GUO itu dicipta untuk dendangan kakaknya, Saloma.

Namun atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan lagu tersebut diserahkan kepadanya dan Mimi Loma tidak kisah menjadi pilihan kedua kerana lagu tersebutlah yang membuatkan orang mengenalinya hingga kini.

揟idak dinafikan lagu Bawah Rumpun Bambu bawa tuah kepada saya selain lagu Epok-Epok. Sekarang ini pun kalau dipanggil mengadakan persembahan, lagu itulah yang orang hendak dengar,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2007 09:47 AM | Show all posts
Najib Hanif Tom Jones Malaysia
OLEH KHADIJAH IBRAHIM



Najib Hanif sewaktu menyanyi pada pertandingan akhir Suara Emas Bintang RTM 2007, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

BILA mendengar Najib Hanif mendendangkan lagu Love In The Air, meremang bulu roma. Bukan kerana seram tapi teruja sebab tidak ramai penyanyi lelaki yang mempunyai suara sebegitu.

Itulah keistimewaan Najib, salah seorang finalis Bintang RTM 1979 yang mendendangkan lagu tersebut pada pertandingan akhir yang dimenangi oleh Jamal Abdillah itu.

Meskipun tewas, namun Najib atau nama sebenarnya Mohmad Najib Abdull Haniff, 52, tetap mendapat sambutan setara dengan pemenang.

Malah Najib yang turut mendendangkan lagu Kasihnya Ibu pada pertandingan akhir itu digelar sebagai Tom Jones Malaysia.

Penghargaan tersebut diberi kerana suaranya mirip penyanyi legenda tersohor Sir Tom Jones yang turut popular dengan lagu Delilah.

揔alau tidak silap saya, gelaran Tom Jones Malaysia itu diberi oleh pihak media sejak saya memasuki pertandingan separuh akhir Bintang RTM.

揝aya tidak pernah melabel diri sebagai Najib Tom Jones atau Tom Jones Malaysia. Orang dah beri, saya terima saja. Itu semua rezeki. Saya tidak pernah meniru gaya orang lain, cuma kebetulan sahaja suara saya kedengaran sama,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.116373 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list