CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kenali Artis Kita : Dulu & Kini

[Copy link]
 Author| Post time 18-7-2007 09:49 AM | Show all posts
Rosemaria masih menyanyi
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

ANDAI kata anda teringin makan nasi dagang dan tidak tahu cara untuk membuatnya, silalah rujuk lirik lagu Nasi Dagang dendangan Rosemaria Abdul Hamid.

Menerusi lirik lagu tersebut sedikit sebanyak anda akan tahu bahan yang diperlukan dan cara untuk memasak nasi yang sinonim dengan masyarakat Kelantan itu.

Lagu yang bercerita tentang nasi istimewa itu, sebenarnya telah mempopularkan nama penyanyinya, Rosemaria.

Jelas Rosemaria, 52, dia bukan sekadar tahu menyanyi lagu Nasi Dagang malah memasaknya pun boleh kerana ibunya adalah penjual nasi dagang.

Selain lagu Nasi Dagang, nama juara Bintang RTM 1977 itu sentiasa menjadi bualan hangat apabila tiba musim raya. Lagu dendangannya, Di Pagi Aidilfitri adalah antara lagu raya malar segar yang sentiasa menjadi permintaan ramai.

Meskipun lagu-lagu tersebut sering berkumandang di corong radio, namun peminat-peminat seni suara jarang mengetahui perkembangan terkini Rosemaria.

Rosemaria yang ditemui di RTM sewaktu pertandingan akhir Suara Emas Bintang RTM 2007 baru-baru ini berkata, dia tidak pernah melupakan bidang seni.

揝iapa kata saya tidak menyanyi lagi. Sebenarnya saya tidak pernah menolak kalau ada undangan menyanyi. Entahlah mungkin orang ingat bila saya balik ke Kota Bharu, saya sudah tidak menyanyi.

揝ebenarnya menyanyi tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja kerana ia boleh membuatkan kita hilang skill,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2007 09:32 AM | Show all posts
Andre Goh disangka Melayu
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

揔eluarga saya sahaja keturunan Cina kat kampung saya di Kampung Sialang, Tangkak, Johor.

Jadi secara tidak langsung kami terikut dengan budaya orang Melayu. Lagi pun kami adalah keturunan Baba Melaka, jadi segala adat atau budaya orang Melayu sedikit sebanyak kami turut mengamalkannya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2007 09:31 AM | Show all posts
Lina Kamsan kini tauke jamu
OLEH KHADIJAH IBRAHIM

BILA sebut nama Hazlina Kamsan atau Lina Kamsan secara tidak langsung fikiran peminat-peminat muzik sekitar 80-an akan terbayangkan mata yang bundar dan rambutnya yang berketak panjang itu.

Kini Lina, 46, sudah berubah imej. Dia lebih selesa mengenakan pakaian muslimah. Biar apa cara penampilannya, Lina masih tetap anggun seperti dulu.

Ibu kepada enam orang anak itu tersenyum manis apabila ditanya tentang rahsia kecantikannya. Lina yang kelihatan lebih muda daripada usia sebenarnya berkata, semua itu kerana pengambilan jamu yang diamalkannya sejak zaman dara lagi.

揝aya mula makan jamu sejak remaja lagi sebab arwah ayah saya tukang buat jamu. Keluarga kami mengamalkan jamu tradisional Jawa Kraton sejak turun-temurun. Mungkin disebabkan amalan itu dan dengan izinNYA juga saya nampak muda,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 09:35 AM | Show all posts
Maria Menado - Wanita Tercantik Malaya
Oleh WANDA IDRIS



MARIA MENADO masih menyimpan baju tenun songket yang ditempah khas dari Brunei sewaktu ke negara itu yang pernah dipakainya pada awal tahun 50-an.
--------------------------------------------------------------------------------

MUNGKIN nama Liesbet Dotulong tidak memberi erti kepada sebahagian besar peminat seni mahupun warga industri perfileman tempatan.

Namun siapa yang tidak mengenali Maria Menado (kini Datuk), si jelita yang dilahirkan pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado di Sulawesi Utara, Indonesia.

Walaupun sudah tidak aktif secara langsung dalam industri seni namun beliau menjadi antara artis veteran yang namanya terus harum dan mekar sehingga hari ini.

Mungkin kehadirannya menyerikan Jalan Ampas hanya seketika malah saat teman-teman terus memperjuangkan kerja seni masing-masing, beliau nekad 慴ersara
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 03:55 PM | Show all posts
suka tgk maria menado..sgt cantik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 11:16 AM | Show all posts
Nostalgia: Salmah Ahmad sinonim dengan cerita Pontianak
Oleh Zainuri Misfar


Pelakon pilihan utama Cathay Keris Film gemar sertai pertandingan ratu cantik ketika muda

NAMA Salmah Ahmad dalam dunia filem Melayu klasik mungkin tidak sehebat atau menonjol seperti Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Maria Menado, Latifah Omar, Zaiton atau Allahyarham Normadiah, Saadiah dan Kasma Booty.

Bagaimanapun, Salmah adalah pelakon yang digandingkan dengan Maria Menado sebagai salah seorang bintang utama bagi tiga filem pontianak berturut-turut iaitu Pontianak (1957), Dendam Pontianak (1957) dan Sumpah Pontianak (1958).

Ketika itu, beliau berumur 20 tahun. Dalam usia semuda itu, nama Salmah sering menjadi pilihan utama pengarah di studio Cathay Keris Film seperti BN Rao dan Datuk L Krishnan.

Selepas membintangi siri pontianak, beliau dipilih oleh Krishnan untuk berlakon filem Chinta Gadis Rimba (1958), yang dipadankan daripada novel karya Harun Amin al-Rashid. Pelakon lain dalam filem ini ialah S Roomai Noor, M Amin dan seorang gadis berketurunan Dayak dikenali sebagai Narang.

Salmah, pada usia belasan tahun dikatakan gemar memasuki pertandingan ratu cantik kerana sering mendapat dorongan daripada kawan-kawannya.

Pada tahun 1954 ketika berumur 17 tahun, beliau memenangi gelaran Ratu Cantik dalam satu pertandingan anjuran Umno Johor Bahru. Tidak lama selepas dimahkotakan Ratu Umno, Salmah ditemui oleh seorang wakil dari Cathay Keris Film dari Singapura yang menawarkannya berlakon dalam filem Azan arahan L Krishnan pada 1956.

Bagaimanapun, tawaran itu ditolak kerana berasakan dirinya masih terlalu muda selain perasaan malu dan takut yang menebal dalam dirinya.

Wakil dari studio Cathay Keris Film sekali datang menemui Salmah untuk berlakon sebuah filem yang menjanjikan tawaran lebih baik dan selain tempoh penggambarannya agak singkat iaitu 16 hari saja.

Tawaran kali kedua itu adalah untuk membintangi filem Pontianak arahan B.N Rao dan skripnya ditulis oleh A Razak pada tahun 1957. Walaupun filem ini mendapat sambutan baik daripada penonton, Salmah masih tidak berminat untuk meneruskan kerjayanya sebagai lakonan.

Maria Menado berusaha bersungguh-sungguh memujuk Salmah untuk meneruskan pembabitannya dalam lakonan, sekurang-kurangnya dua lagi siri Pontianak. Melihat kesungguhan Maria, beliau bersetuju berlakon dalam filem Dendam Pontianak dan Sumpah Pontianak.

Selepas berasakan dirinya semakin serasi dengan kerjaya lakonan, Salmah membuat keputusan untuk mengikat kontrak dengan Cathay Keris Film selama tiga tahun.

Apabila kontraknya tamat pada tahun 1960, Salmah menerima tawaran lebih baik dari studio Merdeka Film Productions (MFP) di Hulu Klang, Selangor. Filem pertamanya bersama MFP ialah Tun Tijah arahan L Krishnan. Beliau digandingkan dengan Abdullah Chik (Allahyarham) selain Mustapha Maarof, Rahimah Alias dan Nyak Osman.

Seterusnya pada tahun 1962, Salleh Ghani mengambilnya berlakon untuk filem Siti Payong untuk beraksi bersama-sama Kasma Booty dan Datuk Mustapha Maarof.

Salmah bangga kerana beliau adalah pelakon perintis dalam sejarah penubuhan MFP. Filem terakhir lakonannya ialah Tun Mandan pada 1964, arahan Salleh Ghani berdasarkan skrip Abdul Shukor Harun. Fiem ini turut dibintangi oleh Abdullah Chik, Rosmawati, Mahyon Ismail dan Hashim Hamzah (suami kepada Allahyarham Noraini Hashim).

Dalam kehidupan peribadinya, Salmah pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon berkarisma tinggi, Nordin Ahmad pada tahun 1950-an tetapi jodoh mereka tidak berpanjangan. Pada tahun 1954, beliau kemudian berkahwin dengan Ahmad Shahlan dan dikurniakan enak anak.


PROFIL: Salmah Ahmad


Nama: Salmah Ahmad

Tarikh Lahir: 7 September 1937

Asal: Jalan Ibrahim, Johor Bahru, Johor

Mula Berlakon: 1957

Filem Pertama: Pontianak arahan B.N Rao

Filem Terbaik: Tun Mandan arahan Salleh Ghani (1964)

Filem Lakonannya: Pontianak (1957), Dendam Pontianak (1957), Sumpah Pontianak (1958), China Gadis Rimba (1958), Satay (1958), Nur Islam (1960), Selendang Delima (1958), Mahsuri (1958), Jula Juli Bintang Tiga (1959), Che Mamat Parang Tumpul (1960), Tun Tijah (1960), Keris Sempena Riau (1961), Selendang Merah (1962), Siti Payung (1962), Ibu Ayam (1963), Anak Manja (1963) dan Tun Mandan (1964).

Penghargaan: Anugerah Khas Seniwati Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) pada 4 Ogos 2007 di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2007 10:48 AM | Show all posts
Tony Kassim meninggal semasa solat Tahajud

KLANG 12 Ogos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 01:19 PM | Show all posts

Tony Kassim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2007 03:31 PM | Show all posts
S.M. Salim naik kereta kebal untuk menyanyi
Oleh ABD. AZIZ ITAR

TAN Sri S.M. Salim merupakan antara penyanyi yang memulakan kariernya dalam bidang nyanyian sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi.

Malah sehingga kini biarpun sudah berusia 79 tahun, beliau masih belum bersara daripada meneruskan karier dan minatnya itu.

S.M. Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Mohamad Al-Mahros itu tentunya menyimpan banyak pengalaman suka dan duka sebagai anak seni yang boleh dikongsi bersama terutamanya oleh penyanyi generasi muda.

Anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur ini bukan sahaja boleh menyanyi tetapi juga berlawak selain pernah mencipta nama sebagai penyampai radio dan televisyen di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak tahun 1950-an.

Justeru apabila diminta menceritakan pengalamannya sebagai anak seni, datuk kepada 13 cucu ini tidak lokek untuk menceritakannya.

Menurut S.M. Salim, pengalaman lampaunya dalam mengharungi perjalanan sebagai anak seni mungkin boleh menjadi pendorong kepada penyanyi muda hari ini supaya lebih bersyukur dan komited dengan karier mereka.

Kereta kebal

揝aya dapati penyanyi sekarang ini ramai yang hidup mewah dan menerima bayaran yang lumayan hingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk sesebuah persembahan. Tidak seperti zaman saya dulu.

揝ewaktu mula-mula menyanyi dulu, saya hanya dibayar RM35 sahaja untuk satu persembahan. Itupun terpaksa melalui perjalanan yang sukar termasuk di kawasan-kawasan pedalaman yang terdedah dengan bahaya.

揚ada tahun 1969, misalnya saya terpaksa menaiki kereta kebal tentera semata-mata untuk mengadakan persembahan di Bentong, Pahang.

揔etika itu pula negara sedang berada dalam darurat kerana ancaman komunis. Penyanyi ketika itu terpaksa tidur di kem-kem askar demi keselamatan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 09:18 AM | Show all posts
Hamid Gurkha artis dulu artis sekarang
Oleh WANDA IDRIS

KEPERITAN mengecapi kemuncak populariti nyata amat jauh berbeza antara zaman prakemerdekaan dengan pascakemerdekaan. Berbanding dulu, anak-anak muda hari ini mempunyai banyak peluang untuk mengintai kerjaya dalam seni perfileman dan nyanyian.

Tidak sahaja peluang terbuka besar ekoran kepesatan industri seni tanah air malah pelbagai program dan pertandingan banyak dianjurkan.

Paling mendapat perhatian ketika ini tentunya program realiti TV yang menyediakan hadiah lumayan berupa wang tunai dan pelbagai hadiah mewah lain.

Namun di zaman bangsawan menguasai pentas pada era sebelum merdeka, tidak banyak yang ditawarkan, apalagi limpahan wang ringgit.

Yang ada cumalah semangat untuk menghiburkan para khalayak tanpa mengharapkan sebarang upah.

揔alau ada pun hanyalah bayaran saguhati,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2007 09:34 AM | Show all posts
Jins Shamsudin produksi filem bumiputera pertama
Oleh ABD. AZIZ ITAR

PEMBABITAN dan sumbangan Senator Tan Sri Jins Shamsudin dalam dunia perfileman tempatan sejak tahun 1957 hingga kini sangat banyak dan tidak boleh dinafikan.

Selain berlakon dan mengarahkan drama serta filem, beliau juga merupakan anak Melayu pertama yang menubuhkan syarikat produksi perfileman pada 1973.

Menurut Jins atau nama sebenarnya Mohamed Jins Shamsudin, kesedaran itu timbul demi menyemarakkan dan memartabatkan lagi dunia perfileman tanah air.

揝aya menubuhkan syarikat produksi bernama Perfima Flims Sdn. Bhd. (Pengusaha Filem Malaysia) pada tahun 1973 bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

揔etika itu, saya merasakan sudah sampai masanya kami menubuhkan sebuah syarikat produksi perfileman bumiputra bagi menerbitkan sendiri filem-filem Melayu.

揑ni kerana, sebelum ini syarikat produksi dunia perfileman Melayu yang bermula di Jalan Ampas, Singapura pada awal tahun 1950-an dimiliki oleh kaum Cina.

揂ntaranya syarikat Shaw Brothers dan Cathay Keris. Sebagai orang Melayu, kami rasa lebih faham bagaimana untuk menerbitkan filem-filem Melayu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2007 09:44 AM | Show all posts
Hussein Abu Hassan makin uzur
Oleh Akmal Abdullah


KEADAAN kesihatan seniman veteran, Hussein Abu Hassan, 70, semakin uzur berikutan penyakit buah pinggang yang dialaminya serta beberapa kompilasi lain sehingga terpaksa dirawat di hospital minggu lalu. Beliau juga tidak berselera makan dan tidak bermaya untuk bercakap.

Anaknya, Fairuz Hussein, berkata keadaan bapa mereka selepas keluar dari hospital Sabtu lalu makin stabil tetapi dinasihatkan doktor supaya banyak berehat sementara menunggu keputusan pemeriksaan daripada pakar.

揃apa kehilangan banyak berat badan sejak beberapa minggu ini, ia berlaku secara drastik. Doktor pakar sudah buat pemeriksaan. Faktor cuaca pada masa sekarang juga menjadi faktor hingga memberi kesan pada keadaan kesihatannya.

揃apa dimasukkan ke hospital selama tiga hari dan selepas ujian dibuat ke atasnya bagi mengesan sakit yang dialaminya, bapa dibenarkan balik sementara untuk berehat di rumah dan kemungkinan dalam tempoh seminggu lagi, beliau akan dibawa semula untuk pemeriksaan lanjutan.

揚ada masa ini, sakit yang dihadapi bapa ialah buah pinggang. Keadaan jantungnya makin baik cuma bapa tidak ada selera makan, bercakap juga tidak bermaya macam orang letih. Sekarang kami (Dilla dan Faizal) menjaganya bergilir-gilir. Emak (seniwati Mahyon Ismail juga ada bersama walaupun sesekali dia juga dipanggil berlakon.

揝aya berharap peminat dapat mendoakan kesihatan bapa,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2007 10:01 AM | Show all posts
Sidek Hussin reda anugerah Tuhan
OLEH KHADIJAH IBRAHIM



Inilah papan yang digunakan oleh Sidek Hussin sewaktu belajar di Sekolah Kebangsaan Kuang, Selangor.
--------------------------------------------------------------------------------

KELEBIHAN atau kekurangan yang dimiliki oleh individu merupakan ketentuan daripada Allah. Sebagai insan yang menumpang di bumi ini, kita harus terimanya dengan tabah.

Bersandarkan pada prinsip tersebutlah maka pelakon terkenal Sidek Hussin,56, tidak berhasrat untuk membuang ketumbuhan di pipinya.

Kata Sidek, ketumbuhan seberat satu kilogram itu membawa rezeki dan merupakan identitinya.

揇i Malaysia ini siapa yang ada wajah macam ini, hanya Sidek Hussin seorang. Ini memudahkan orang untuk mengingati saya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2007 09:53 AM | Show all posts
Zam Zam tidak galak anak-anak menyanyi
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SEBUT saja lagu Bibir Mesra Jiwa Parah, peminat-peminat irama 60-an sudah tahu bahawa penyanyinya ialah Zam Zam atau Zam Zam Sahri, 60.

Menetap di Toa Payoh, Singapura,

Zam Zam yang mula melibatkan diri dalam bidang seni sejak 1963, kini masih lagi menerima undangan persembahan pentas. Bulan lalu, Zam Zam turut menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Satu Evolusi di Stadium Malawati, Shah Alam.

Dilahirkan di Geylang, Singapura, Zam Zam mula minat menyanyi setelah sering mendengar lagu-lagu dendangan M.Osman, Jefrydin dan A.Ramlie di corong radio.

Bagi menguji bakatnya, Zam Zam memberanikan diri menyertai pertandingan kugiran di kampungnya.

揑tulah kali pertama saya menyanyi depan khalayak. Saya memilih menyanyikan lagu Kenanganku, dendangan Jefrydin. Pada pertandingan itu saya mendapat tempat kedua,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2007 04:51 PM | Show all posts
Momo Latif Terharu Dapat Pingat Sarawak


KUCHING, 13 Sept (Bernama) -- Momo Latif, seniwati terkemuka era kegemilangan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tidak dapat menahan rasa sebak kerana terlalu gembira diberi penghormatan untuk menerima pingat Johan Bintang Sarawak (JBS) (Kehormat) baru-baru ini, pada usia 86 tahun.

Momo Latif, nama sebenar Momo Makarim, berasal dari Singapura berkata sejak bergiat dalam dunia seni bermula era 40-an hingga 60-an inilah kali pertama dia menerima anugerah seperti ini.

"Sejak mula berkecimpung dalam dunia seni saya tidak pernah menerima sebarang anugerah walaupun telah banyak kali berlakon bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, inilah kali pertama saya terima anugerah.

"Terima kasih kepada kerajaan Sarawak (Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Ketua Menteri) yang telah memberi penghargaan yang amat tinggi ini," katanya kepada Bernama di sini.

Antara filem yang pernah disertainya ialah "Pendekar Bujang Lapok" terbitan 1959 dengan memegang watak sebagai isteri Pendekar Mustar; Topeng Syaitan (filem pertamanya pada 1939), Buluh Perindu (1953), Si Tanggang (1961), selain filem-filem era 40-an, 50-an dan 60-an.

Momo yang ditemani adiknya Kamaliah, 56, berkata selain berlakon dia juga banyak terbabit dalam bidang seni suara dan antara lagunya yang cukup popular ialah "Merpati Dua Sejoli" (duet bersama Tan Sri P.Ramlee), "Ya-Le Ya-Le", "Semarak Hati" dan beberapa lagi.

Sementara itu, Momo sempat meninggalkan pesan kepada penggiat seni khasnya dalam dunia seni lakon dan seni suara mereka agar tidak mudah putus asa dan terus berjuang dan berbakti kepada industri seni.

"Kepada tunas baru (pelakon dan penyanyi) saya ingatkan agar tidak mudah putus asa dan teruskan perjuangan," katanya.

Momo menerima anugerah JBS Kehormat daripada Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada satu majlis sempena Ulang Tahun Ke-86 Yang Dipertua Negeri di Mukah pada 8 September lalu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2007 10:06 AM | Show all posts
Mat Sentul sibuk urus produksi sendiri
Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN



Wajah terbaru Mat Sentul.
--------------------------------------------------------------------------------



Setiap kali dia muncul, khalayak akan tertawa dan terhibur. Itulah Mat Sentul, pelakon komedi yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Pasti ramai masih mengingati filem-filem lakonannya antaranya Mat Bond, Mat Tenggek dan Mat Spy yang begitu popular pada akhir tahun 60-an.

Mungkin ramai tertanya ke mana perginya pelakon veteran berusia 70-an ini. Sebenarnya Mat Sentul tidak pernah hilang malah masih aktif dalam seni ini.

Ketika ditemui pada program Merakyatkan Filem: Tayangan Filem Malaysia, di Panggung Coliseum Kuala Lumpur baru-baru ini, Mat Sentul berkata, dia kini sibuk menguruskan produksinya sendiri iaitu Studio Maju Filem di Larkin, Johor.

揝aya sekarang ini masih lagi aktif menghasilkan cerita-cerita dalam bentuk video cakera padat (VCD) dan mengedarkannya di pasaran. Kesemua cerita yang saya hasilkan, judulnya bermula dengan Mat. Selain itu saya masih lagi buat iklan-iklan untuk televisyen dan radio. Antara iklan-iklan saya ialah Jojo, Tora, Apollo, Ding Dang dan banyak lagi,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2008 11:43 AM | Show all posts


Komited dengan dunia seni

Oleh ABD. AZIZ ITAR (aziz.itar@utusan.com.my)


ALLAHYARHAM Yusni Jaafar merupakan antara insan yang begitu setia dan sayang terhadap bidang lakonan yang diceburinya sejak lebih 40 tahun lalu.

Meskipun sudah mencecah usia 62 tetapi beliau tetap bersemangat berlakon filem mahupun drama kerana minat mendalam selain tidak mahu mengharapkan bantuan daripada anak-anaknya.

Tahun lalu menyaksikan Allahyarham sempat membintangi filem Cuci arahan Hans Isaac biarpun keadaan kesihatannya tidaklah sebaik mana.

Perkara itu diakui sendiri oleh anak kedua beliau iaitu Raja Ema Raja Ibrahim, 39, yang menyifatkan Allahyarham sebagai begitu 憈aat
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 05:26 PM | Show all posts
best nye topic ni!!! agak terharu baca sejarah Melah, Ziana..
rindu dengan gaya mereka dulu.. kalau la ziana tak ikut sgt J-Lo punyer style tu.. erm..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 07:02 PM | Show all posts
Seronok jugak topik ni sebenarnya, semua posting kat sini diambil dari akhbar ker?
Kalau boleh korg updates la topik ni...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 11:01 AM | Show all posts
semoga spirit(   ) Allahyarhamah Ibu Yusni mendapat rahmat daripadaNya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.061191 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list