CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kenali Artis Kita : Dulu & Kini

[Copy link]
 Author| Post time 13-9-2006 10:07 AM | Show all posts
Taufik Hj Ali

Pejuang lagu asli meninggal dunia

Oleh Mohd Nasif Badruddin

KETIKA persada seni tanah air bergembira dengan majlis perkahwinan beberapa artis popular, kita dikejutkan dengan kematian artis veteran, Taufik Haji Ali, 70, yang meninggal dunia pada jam 3.25 pagi semalam.

Allahyarham yang dilahirkan pada 16 Januari 1936 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor akibat sakit lelah yang dihidapinya. Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang seminggu lalu akibat sakit lelah yang dihidapinya sejak berusia 40 tahun lagi.

Menurut anak sulungnya, Norizan Taufik, 50, ini adalah kali kedua Allahyarham dimasukkan ke hospital dan keadaannya tidak serius berbanding sebelumnya.

揚ada mulanya ayah tidak menunjukkan sebarang tanda dan nampak seperti biasa. Namun pada Sabtu lalu, keadaan ayah semakin serius dan terpaksa dipindahkan dari Wad 9 ke Unit Rawatan rapi (ICU).

揂yah tidak menunjukkan sebarang tanda sakit lain dan cuma tidak berselera makan saja. Namun kami reda dengan pemergian ayah yang sudah ditakdirkan Illahi,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2006 03:51 PM | Show all posts
Rosnani, P Ramlee pernah perang dingin


ROSNANI (tengah) bersama bintang Studio Jalan Ampas
ketika aktor John Wayne melawat Singapura.

Bermula dengan filem pertama, Lupa Daratan arahan L Krishnan pada 1952 di Singapura, Rosnani terus memperjudikan nasib menjadi pelakon dan akhirnya bergelar produser dan pengarah filem

DI layar perak, beliau jarangjarang ditonjolkan dalam watak pisau cukur. Rata-ratanya dia selalu memegang peranan perempuan yang baik, gadis malang dan banyak bergelumang dengan air mata. Itulah aura bekas bintang Shaw Brothers dan Cathay Keris, Rosnani Ludin yang hari ini dikenali sebagai Datin Rosnani Jamil.

Di kalangan orang-orang filem dan karyawan seni, pelakon bertahi lalat di sudut mata ini lebih mesra dengan panggilan Mak Nani. Zaman kegemilangannya dulu memanglah hebat kerana beliau pernah diasuh pengarah veteran tersohor seperti Datuk L Krishnan, S Ramanathan, Allahyarham Salleh Ghani, K M Basker, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan suaminya sendiri, Datuk Jamil Sulong.

Dalam beraksi pula, Rosnani pernah dipasangkan bersama hero Melayu veteran seperti P Ramlee, Allahyarham Nordin Ahmad, Ahmad Mahmud, Yusof Latiff, Datuk Jins Shamsudin dan Allahyarham Aziz Jaafar.

Rosnani yang dilahirkan pada tanggal 20 Januari 1936, sebenarnya berasal dari Kampung Sungai Geringiang, Padang, Sumatera. Namun apabila Perang Dunia Kedua meletus pada 1946, dia dan ibunya melarikan diri ke Singapura.

Pada zaman remaja di Kota Singa, gadis pingitan itu pernah bekerja sebagai pelayan di kedai kopi dan menjadi penari joget di Kelab Happy World. Suatu malam, pengarah L Krishnan tiba-tiba terpandang wajahnya lalu menawarkan peluang berlakon. Akhirnya, Rosnani muncul dalam filem pertama, Lupa Daratan bersama Allahyarham Omar Rojik pada 1952. Maka, bermulalah era glamor dalam diri Rosnani sebagai anak wayang yang penuh persona.

Sejak itu, Rosnani terus laris dalam filem klasik terbitan Shaw Brothers dan Cathay Keris. Walaupun sibuk berlakon, Rosnani masih sempat mencuri masa untuk belajar bahasa Inggeris bersama rakannya, penyanyi veteran Nona Asiah.

Apabila tiba zaman gerhana Studio Jalan Ampas, Rosnani sekeluarga berhijrah ke Setapak, Kuala Lumpur pada 1967. Di sini, beliau meneruskan kerjaya lakonannya bersama Merdeka Studio, Hulu Klang, selain meminjamkan suaranya pada filem dan drama terbitan Jepun serta Hong Kong. Atas inisiatifnya sendiri, Rosnani pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London pada 1970 selama dua tahun.

Dari segi pergaulan pula, Rosnani sememangnya akrab dengan rakan artis seperjuangannya terutama Allahyarham Puan Sri Saloma walaupun suatu ketika, dia (Rosnani) pernah berperang dingin dengan P Ramlee selama 13 tahun, atas sebab peribadi dan salah faham sewaktu di lokasi. Selain Saloma, rakan baik Rosnani ialah Seniwati Latifah Omar dan Allahyarham Rahmah Rahmat.

Membina rumah tangga dengan Jamil Sulong, pada 12 November 1953, Rosnani tidak pernah mempersia-siakan ilmu filem yang diperturunkan suaminya itu. Pada 1985, beliau berjaya menubuhkan syarikat sendiri, RJ Filem dan menerbit serta mengarahkan filem pertama, Mawar Merah lakonan Raja Ema dan Allahyarham Mustaffa Noor. Langkah pertama Rosnani itu jelas membuahkan hasil apabila Mawar Merah diiktiraf juri dalam Festival Filem Malaysia (FFM) menerusi beberapa kategori lakonan dan teknikal.

Kejayaannya itu turut menaikkan nama wanita Melayu di kerusi pengarah ketika itu selain Seniwati Saadiah.

Hari ini, Rosnani lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga selain aktif dalam beberapa persatuan seni tanah air. Dia jelas belum lagi menyerah kalah malah membuat comeback sebagai pengarah pada 2004 menerusi filem Bicara Hati yang memperkenalkan Nur Fazura Sharifuddin sebagai pelakon baru.

PROFIL ROSNANI JAMIL
NAMA SEBENAR: Rosnani Ludin
ASAL: Padang, Sumatera, Indonesia
TARIKH LAHIR: 20 Januari 1936
USIA: 69 tahun
SUAMI: Datuk Jamil Sulong
ANAK: Murniaty, 48; Arjunaidi, 45; Anwardi, 44, dan Asnadi, 38.
ANTARA FILEM LAKONAN: Lupa Daratan, Sedarah, Ibu, Samseng, Ribut, Miskin, Anakku Sazali, Lela Manja, Anak Buluh Betong, Kaca Permata, Laksamana Bentan, Seri Mersing, Lain Jalan Ke Syurga, Hang Jebat, Yatim Mustaffa, Playboy, Jasmin, Antara Dua Hati, Sumpah Mahsuri
FILEM ARAHAN: Mawar Merah, Antara Dua Hati, Memori, Amelia, Bicara Hati
KERJAYA: Pelakon, pengarah dan produser RJ Filem
PENCAPAIAN: Aktres Terbaik FFM 1984 (Jasmin)


Pic:


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2006 03:52 PM | Show all posts
Jamali Shadat hidup mewah hasil berlawak
Oleh: MUZLINA ABU BAKAR

SIAPA kata hidup sebagai pelawak tidak boleh senang atau mewah? Walau apa juga pekerjaan kita, pokok pangkalnya hati dan perancangan kita. Jika betul niat dan betul perancangan sudah tentu kemewahan menyelubungi hidup kita.

Begitulah yang diamalkan oleh pelawak yang tidak asing lagi, Datuk Jamali Shadat, 65, sejak menjadi pelawak pada tahun 1971 selepas menjuarai Bakat TV 1971.

揕ima tahun selepas menjadi juara Bakat TV saya masih meneruskan kerja saya sebagai tukang kebun sekolah.

揥aktu itu setiap malam saya mendapat undangan mengadakan show di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain.

揃ayarannya ketika itu tidaklah mahal sangat... cuma RM250 setiap malam. Tetapi saya tetap terima dan semua duit yang saya dapat saya simpan dalam bank. Isteri saya, Lela Yaakob, akan memberitahu saya bila jumlahnya sudah cukup RM7,000. Kami gunakan duit itu untuk membeli tanah dan kebun jika ada orang kampung mahu menjualnya.

揝aya tidak pandai berniaga, jadi apabila dapat duit saya jadikan sesuatu dengan membeli kebun atau tanah. Dulu harga tanah seekar antara RM6,000 hingga RM7,000. Tetapi sekarang harga seekar tanah di sekitar daerah Klang dan Sijangkang sudah mencecah jutaan ringgit.

揝aya bersyukur kepada Allah kerana selama ini duit yang saya dapat dengan berlawak tidak pernah saya gunakan ke jalan yang tidak betul.

揂ndainya kini saya menutup mata, saya tenang kerana setiap seorang daripada lapan anak saya boleh memiliki tanah sekurang-kurangnya satu ekar setengah,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2006 03:52 PM | Show all posts
Kucupan Azimat Datuk Ahmad Jais
Oleh Suzan Ahmad



LANTANG dan lemak merdu. Tiada lain sepertinya hanya Abang Mat nan satu. Demikian panggilan yang lebih disenangi penyanyi lagu asli dan langgam sepanjang zaman, Ahmad Jais atau nama sebenarnya, Mohd Jais Ahmad.

Biarpun baru menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Ke-63, penyanyi handalan era 1960-an ini masih lagi Abang Mat yang dulu.


SUARA emas beliau
tiada tandingan.

Ruangan Persona minggu ini terpanggil memaparkan personaliti legenda kelahiran Kapar, Klang, ini kerana auranya masih kuat dan sukar di bayangi sesiapa. Tanpa menyedari masa berlalu, sudah 46 tahun beliau mendambakan diri kepada bidang nyanyian.

Kita melihat banyak penyanyi baru datang dan pergi tetapi suara Ahmad Jais tetap dirindui dan berkumandang di stesen radio Klasik FM serta Sinar FM.

Paling tidak pun, setiap kali Aidilfitri menjelma, lagu dendangan beliau, Selamat Hari Raya menjadi salah sebuah lagu wajib untuk menaikkan semangat orang Melayu berhari raya!

Jika auranya tidak kuat, masakan lagu Umpan Jinak Di Air Tenang mampu dinyanyikan dengan baik oleh pelajar Akademi Fantasia (AF4), Hazwan Haziq Rosebi, (Haziq), 18, dalam Konsert Prelude, baru-baru ini. Tambah mengejutkan lagi, suara Haziq saling tidak tumpah macam suara Abang Mat!

Ini membuatkan ingat peminat bertambah kuat terhadap penyanyi yang terkenal dengan lagu Gelisah, Lembaran Terakhir, Mengharap Sinar Menelan Kabus, Bahtera Merdeka, Azizah, Kucupan Azimat, Di Ambang Sore dan Takwa Iman.

Selain menyanyi secara solo, Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan (Kartina Dahari).

Dilahirkan pada 1936, darah muda serta nekad mencari peluang sebagai anak seni membawa Ahmad Jais berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957. Di sini, beliau mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Kota Singa untuk lagi mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.

Kata orang, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian, kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

Selain Seriwarna, Ahmad Jais pernah menjadi penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan muzik terkenal di Singapura, Orkes Melati Putih. Akhirnya namanya mula menjadi sebutan.

Album pertama Ahmad Jais muncul pada 1965. Album itu tidak lain daripada Kucupan Azimat. Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Sebagai menghargai jasanya, Ahmad Jais pernah menerima beberapa anugerah mengiktiraf pembabitannya dalam dunia seni seperti Anugerah Artis Sepanjang Zaman daripada Papita pada 2002 serta manakala Anugerah Biduan Veteran daripada Berita Harian menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2002.

Mohd Jais Ahmad


Usia: 70 tahun

Asal: Kapar, Klang, Selangor

Lagu Popular: Gelisah, Lembaran Terakhir, Mengharap Sinar Menelan Kabus, Bahtera Merdeka, Azizah, Kucupan Azimat, Di Ambang Sore, Takwa Iman dan Umpan Jinak Di Air Tenang.

Anugerah: Juara lagu asli 1959 & 1960, Anugerah Artis Sepanjang Zaman Papita 2002, Anugerah Biduan Veteran pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2002.

Pingat Panglima Jasa Negara (PJN) membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 2006.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2006 03:53 PM | Show all posts
Ketumbuhan tak halang Sidek berlakon
Oleh Zubir Mohd Yunus

揃ACHOK... Mari Bachok... Mari ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 05:51 PM | Show all posts
kenali artis lepas bangun tido sure ramai yang pucat2 coz dok pakai mekap tebal2 tak gituuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-9-2006 01:58 PM | Show all posts
Nona Asiah anak seni sejati
Oleh Zainuri Misfar



Bakat digilap dalam majlis sosial, keramaian

BAGI penggemar lagu Melayu klasik, nama Nona Asiah memang tidak boleh dipisahkan. Namanya sebaris dengan kegemilangan penyanyi era 40-an hingga awal 50-an seperti Momo Latif, Jasni, Zaharah Agus, Aman Belon, Rubiah, Lena, Rohani, Sutinah dan ramai lagi.

NONA ASIAH

Lagu Ingin Tahu yang pernah dinyanyikan bersama P Ramlee dalam filem Hujan Panas, kemudian dengan Abdullah Chik, atau lagu Hasan Hasnah duet dengan Ismail Kassim adalah antara lagu klasik popularnya.

Penampilannya dalam dunia seni, tidak sekadar penyanyi saja, tetapi Nona Asiah pernah menjadi pelakon dan suatu ketika pernah juga sebagai penyiar di Radio Malaya sekitar awal tahun 50-an dulu.

Tambahan pula beliau memang daripada keluarga seni. Ibunya, Hajah Rahmah Osman adalah penyanyi dan pelakon bangsawan yang aktif di Singapura, manakala bapanya, Abdul Rahman Ahmad yang berasal dari Pontianak, Kalimantan adalah pemuzik handalan.

Dilahirkan di Singapura pada 1930, Asiah sudah ada kecenderungan menjadi penyanyi sejak di bangku sekolah lagi. Bakatnya digilap dalam majlis keramaian atau sosial.

Kebolehannya menyanyi dikesan seorang penyiar Radio Malaya di Singapura iaitu Allahyarham A Rahman iaitu bapa kepada Allahyarham R Azmi.

揗inat menyanyi seawal 1945, waktu itu sekolah lagi,
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2006 11:39 AM | Show all posts
Jarum Emas: Bekas juara Bintang Radio 1964 meninggal
Oleh Adam Salleh

TIDAK banyak liputan mengenai kematian Taufik Haji Ali. Ketika menziarahi jenazah Allahyarham, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dalam dunia hiburan tanah air. Bukan mahu menempelak sesiapa tetapi suasananya cukup berbeza ketika era saya menjadi wartawan hiburan pada 80-an, berita kematian artis seringkali menjadi buruan.

Tiga elemen diajar editor lama saya, Allahyarham Halim Mahmood dan Yusuf Taib, menjadi wartawan hiburan mesti beri fokus pada kahwin, cerai dan mati. Nampaknya suasana sekarang, kita sudah dikecamukkan dengan gosip picisan, hinggakan kita terlupa kematian artis itu lebih penting untuk kita lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Memanglah Taufik Haji Ali bukan Siti Nurhaliza, tetapi status dimiliki Siti selaku juara Hiburan Minggu Ini (1995), sama dengan Allahyarham selaku Juara Bintang Radio 1964. Ketika aktif menyanyi, Allahyarham popular dengan lagu Mabuk Kepayang dan Lain Di Bibir Lain Di Hati. Sejak tidak aktif, Taufik memang jarang diberikan publisiti.

Cuma pada hujung Jun lalu, pihak TV3 minta kerjasama saya mencari artis veteran untuk program khas Anak Seni dalam Bersamamu. Wajah Taufik ceria menunggu kunjungan kami. Banyak pahit getir di bidang seni selain pengalaman menjadi pengalih suara siri Jepun, Ohsin dan Giant Robot diceritakan Allahyarham.

Semangat kembali menyanyi tidak pernah luntur, namun peluangnya pula tiada. Bagi saya kematian Taufik, seharusnya dirasai insan seni kerana Allahyarham adalah antara penyanyi awal yang muncul melalui pertandingan nyanyian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2006 03:05 PM | Show all posts
Ziela tabah laui onak seni


Selepas diperkenalkan A R Badul, beliau dibimbing pengarah terkenal seperti Aziz Sattar, Othman Hafsham, Zek Lokman, Datuk Rahim Razali, Nasir Jani dan terbaru Raja Alauddin

KEMUNCULAN beliau dalam bidang lakonan khususnya pada pertengahan 1980-an berjaya menambah rona kepada bidang perfileman. Hasil bimbingan pengarah A R Badul menerusi filem humor, Mr Os, beliau berjaya mengasah bakatnya sehingga mampu menjadi produser drama yang disegani ketika ini.

Begitulah kesimpulannya episod perjalanan Ziela Jalil yang kini dilihat kembali berlakon. Sewaktu mula bertatih-tatih di depan kamera, usianya baru mencecah 16 tahun. Dalam usia keremajaan itu, Ziela atau nama sebenarnya, Norzilah Abdul Jalil, begitu ghairah mengasah bakatnya sehingga berjaya membintangi banyak filem tempatan, malah terbitan produksi dari Indonesia.

揝elepas diperkenalkan A R Badul, saya dibimbing pula oleh pengarah lain seperti Aziz Sattar (Perawan Malam), Othman Hafsham (Ujang), Zek Lokman (Konstabel Mamat), Rahim Razali (Rentak Desa) dan Nasir Jani (Rozana Cinta 87).

揚eluang berkerja dengan ramai pengarah memberikan saya banyak pengalaman dan keyakinan diri untuk terus berlakon ketika itu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2006 03:28 PM | Show all posts
Salleh Ghani angkat pemikiran Melayu
Oleh Zainuri Misfar

Filem arahannya digarap dengan kekuatan tersendiri, berbeza sentuhan P Ramlee dan M Amin

FILEM Sri Mersing arahan Salleh Ghani pernah diperkecilkan pengurusan Cathay Kris apabila mereka mengeluarkan tiket percuma kepada kakitangan syarikat itu kerana terlalu yakin filem berkenaan tidak akan mendapat sambutan.

Tiket percuma itu diharap dapat menutup malu kepada Cathay Kris jika panggung kosong kerana orang ramai tidak berminat untuk menonton filem Sri Mersing.

Bagaimanapun, apabila tiba pada tarikh tayangan, tiket percuma itu ditarik balik kerana menerima sambutan di luar dugaan daripada orang ramai yang mahu menonton filem itu. Sambutan baik terhadap Sri Mersing jelas membuka mata penerbit Cathay Kris dan ini sekali gus mengangkat nama Salleh Ghani menjadi antara pengarah filem berjaya pada waktu itu.

揟api sebenarnya sebelum ditayangkan, Tom Hodge memang tak yakin. Apabila filem itu mendapat sambutan, dia terus minta maaf kepada arwah Haji Salleh Ghani kerana memperkecilkan kemampuannya,
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 01:46 PM | Show all posts

Shamsudin laris setiap Ramadan

Oleh Ellyna Ali

SUDAH menjadi tradisi, setiap kali menjelang Ramadan, sudah pasti Shamsudin Lamin diburu kebanyakan pihak hotel.

Semuanya gara-gara mahukan penyanyi veteran itu menghiburkan tetamu dengan nyanyian lagu asli dan ghazal sepanjang menunggu waktu berbuka puasa sehinggalah saat mereka menikmati santapan.

Alhamdulillah. Inilah yang dikatakan rezeki pada bulan puasa. Bukan setakat itu saja, rezeki menyanyi pada bulan Ramadan juga selalunya mencurah datang.

Akibat sudah terikat dengan kontrak menyanyi di sesebuah tempat dan kesibukan dengan undangan nyanyian yang lain, ada kalanya ia memaksa saya menolak beberapa undangan lain yang tidak dapat saya penuhi seperti menyanyi di majlis perkahwinan atau pun majlis peribadi,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2006 02:06 PM | Show all posts


Samsudin Lamin
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 02:51 PM | Show all posts

Reply #72 Syd's post

ohhhh macam dah tua ye  dia...
mungkin suara dia sedap nyanyi lagu2 ghazal tu..
sebab tu banyak offer --
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 06:21 PM | Show all posts
Mariani pernah berada di puncak
Oleh Suzan Ahmad

SUMBANGANNYA dalam dunia perfileman bukan sedikit. Pelbagai watak pernah dilakonnya tidak kira bercorak ceria, lucu dan sedih. Antara lakonan berkesannya ialah dalam filem Hang Tuah, Labu Labi, Tiga Abdul, Masam-Masam Manis dan Putus Sudah Kasih Sayang.



Mungkin nama Mariam Ismail tidak begitu dihafal peminat, sebaliknya kalau disebut Seniwati Mariani, peminat akan terus terbayangkan aksinya sebagai Manisah anak Haji Bakhil yang menjadi rebutan antara dua tukang masak, Labu dan Labi. Selain itu, lakonannya sebagai isteri lumpuh dan berkerusi roda dalam Putus Sudah Kasih Sayang juga hebat.

Hari ini, Seniwati Mariani masih aktif. Lakonannya dapat dilihat dalam Pontianak Harum Sundal Malam 2 arahan Shuhaimi Baba selain banyak drama TV tempatan.

Selagi ada kekuatan dan peluang, saya akan terus berlakon kerana ia sudah menjadi darah daging saya," kata Mariani yang juga kakak Allahyarham Biduanita Negara, Puan Sri Saloma (Salmah Ismail).

Dalam satu temubual, Mariani pernah berkata, aura pelakon dulu lebih hebat berbanding sekarang.

"Saya tak nafikan kalau hendak dibandingkan, rasanya anak seni zaman sekarang lagi banyak pahit daripada manisnya. Zaman 1950-an dulu lain, hidup pelakon lebih terjamin.



"Bukan itu saja, kami tak dibenarkan keluar di khalayak ramai dengan sewenang-wenangnya. Tayang muka pada orang ramai tanpa pengetahuan produser pun tak boleh. Itulah sebabnya tiap kali kami keluar rumah mesti kena serbu, begitu juga tiap kali buat persembahan, mesti sesak. Itulah kesannya apabila pelakon tidak terlalu dijaja di akhbar, majalah atau selalu tayang muka," katanya.

Ironinya, Mariani tidak berminat menjadi anak wayang. Semuanya bermula selepas memenangi pertandingan ratu cantik pada 1951 ketika usia 17 tahun. Ketika itu, Shaw Brothers sedang sibuk mencari pelakon.

"Kebetulan adik saya, Saloma, memberi galakan sepenuhnya kepada saya supaya menghadiri uji bakat sebagai pelakon," katanya. Filem pertamanya ialah Cemburu dengan watak jahat.

"Bagi saya, filem itu cukup bermakna kerana sampai ke satu peringkat ada orang meludah muka saya disebabkan bencikan watak lakonan saya," katanya yang mempunyai 13 anak hasil daripada tiga perkahwinan.

Info

Nama sebenar: Mariam Ismail
Nama komersial: Mariani
Tarikh lahir: 1933

Filem: Cemburu, Raja Sehari, Istana Impian, Saudagar Minyak Urat, Labu Labi, Nasib Si Labu Labi, Tiga Abdul dan Masam-Masam Manis, Takdir Perkahwinan, Layar Lara, Pontianak Harum Sundal Malam 2.

Drama TV: Bila Larut Malam dan Surat Cinta Untuk Umi.

[b[Status: Mariani pernah berkahwin tiga kali. Bersama suami pertama, Darus, Mariani dikurniakan dua anak, Noraini dan Normala. Bersama suami kedua, Allahyarham HM Rohaizad, Maraini mendapat enam anak - Sharifah Haslinda, Sharifah Rozita, Syed Herwaini, kembar Syed Marhain & Syed Nazran dan Syed Hasnidan. Bersama suami ketiga, Alias, Mariani memperoleh lima anak - Iskandar Mierza, Shahruniza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melissa Saila.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 06:36 PM | Show all posts
Pasangan duet Uji Rashid, Hail belum ada tandingan
Oleh Fazallah Pit

DALAM kerancakan dunia hiburan dengan lambakan bintang ciptaan rancangan realiti televisyen, penyanyi duet veteran, Uji Rashid dan Hail Amir masih punya aura tersendiri, malah kehebatan mereka belum dapat disaingi mana-mana pasangan penyanyi generasi baru.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, kemunculan Uji dan Hail secara duet masih ?meletup? seperti zaman kegemilangan mereka, terutama sokongan daripada generasi yang membesar dengan lagu mereka.

Gandingan mereka dengan rentetan lagu popular yang masih menjadi siulan penggemar karaoke, sentiasa dinanti ramai khususnya peminat berusia lingkungan 30 dan 40 tahun. Dan mereka pasti tidak menghampakan peminat.

Bertempat di Sekolah Kebangsaan Saujana Utama (SKSU), Sungai Buloh, baru-baru ini, gandingan Uji dan Hail mendapat sambutan hangat dan tepukan gemuruh sebaik muncul di pentas. Kehangatannya berlarutan hingga penghujung majlis.

Majlis anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKSU itu bertujuan mengutip dana bagi melengkapkan kemudahan di Bilik Pendidikan Khas dan menambah koleksi buku di Pusat Sumber sekolah itu.

Memulakan persembahan dengan lagu `Wajah Kesayangan Hamba', vokal Hail Amir ternyata masih punya daya tarikan tersendiri, sekalipun nada suaranya mungkin tidak semantap zaman mudanya. Persembahan yang sesekali dicelah suara merdu Uji Rashid yang berkongsi pentas, kemudian diteruskan dengan lagu `Kaudatang Lagi Mengganggu Fikiranku' yang tidak kurang hebatnya.

Uji Rashid kemudian mengejutkan hadirin Malam Amal Kasih termasuk Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar, apabila mengumumkan Hail Amir baru saja mendapat gelaran Datuk.

"Malam ini hari bersejarah buat Hail Amir. Beliau sudah jadi datuk kerana baru saja menimang cucu pertama," kata Uji Rashid yang tak lekang dari senyum - mengurai persoalan, sebelum disambut tepukan.

Hadirin kian bersorak apabila mereka memulakan lagu duet popular iaitu Antara Matamu dan Mataku dan Asmara Gelora. Sebahagian hadirin turut sama menyanyikan lagu itu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 01:58 PM | Show all posts
Luahan hati Pak Jamil
Oleh Nor Akmar Samudin

KALAU permata ada sinarnya
Kalau wangi ada harumnya
Kalau emas nampak sinarnya
Begitulah juga tanda seniman dengan bakatnya

Ada madu ada lebahnya
Sungguh kecil lebahnya garang
Ada lagu ada penggubahnya
Seni lirik pun ada pengarang

Madu lebah hendak dijual
Buat gerai di tepi jalan
Lagu digubah sangat terkenal
Penulis lirik dilupa jangan


BEGITULAH luahan hati sutradara veteran, Datuk Jamil Sulong, 80. Cukup teliti dan halus sekali dia menzahirkan isi hatinya. Berpantun dan bergurindam adalah cara orang dulu menyampaikan setiap yang tersirat di sanubari.

Barangkali tidak ramai tahu bahawa Jamil atau mesra membahasakan dirinya Pak Jamil adalah antara yang aktif menghasilkan lirik lagu yang kebanyakannya untuk filem arahan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Kelunakan lagu nyanyian P Ramlee bertambah indah dengan lirik lagu Pak Jamil yang puitis menyentuh kalbu.

Selama ini pendengar hanya menikmati lagu tanpa mengetahui siapa penulis seni kata yang indah itu. Dibandingkan nasib penulis lirik dulu dengan sekarang, kini setiap lagu diletakkan nama penggubah lagu dan penulis liriknya. Namun, situasi seperti itu jarang berlaku kepada penulis lirik dulu.

Tanpa usaha pihak tertentu, nescaya generasi muda hari ini tidak akan tahu siapakah penulis lirik lagu itu. Apatah lagi jika si penulis itu sudah pergi menyahut panggilan Ilahi.

Justeru, menyedari perkara itu, isteri Pak Jamil iaitu seniwati Datin Rosnani Jamil berserta anak-anaknya mengambil inisiatif menerbitkan buku lirik pengarah terkenal itu berjudul Tiada Kata Secantik Bahasa.

Buku itu dilancarkan di Matic, Jalan Ampang, baru-baru ini. Pelancaran buku itu disempurnakan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Firdaus Abdullah.

Antara tetamu lain ialah Pengerusi Finas, Senator Datuk Jins Shamsuddin, Datuk Johari Salleh, Datuk Ismail Hudson dan Nona Asiah.

Mengingati kembali lagu yang mendapat sentuhan lirik darinya, beberapa penyanyi dijemput menyanyikan semula lagu itu termasuk cucu Allahyarham Rosiah Chik iaitu Jamie Chik, Zali Hussein, Ratnawati Jamil, Hail Amir, Uji Rashid, Aspalela Abdullah, Datuk A Rahman Hassan dan Kamariah Latiff.

Menurut Pak Jamil, beliau menulis lebih 153 lirik lagu dan lirik lagu terakhir ciptaannya menerusi filem Bicara Hati keluaran RJ Production Sdn Bhd.

揘amun, hanya sebahagian saja lirik lagu itu dapat dimuatkan dalam buku ini kerana yang lain salinannya sudah hilang, terlupa tajuk, nama filem dan sebagainya.

揢ntuk pengetahuan pembaca dan peminat, semua lirik yang diilhamkan untuk lagu filem diterbitkan di Singapura dan Malaysia.

揝ementara ada peluang, saya berasakan perlu menerbitkan buku lirik ini kerana apabila lagu yang liriknya saya hasilkan itu dirakam semula artis baru, ada yang memberikan kredit lirik itu kepada orang lain yang bukan pencipta asal.

揝aya juga kecewa apabila mereka merakam dan mengubah seni kata lagu tanpa memberitahu dan meminta izin penulis liriknya,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2006 08:39 AM | Show all posts
Nostalgia: Ed Osmera ada kelasnya tersendiri
Oleh Zainuri Misfar

Pengarah Jamil Sulong, Omar Rojik, S Kadarisman antara orang terawal asah bakat anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan

SATU ulasan mengenai lakonannya dalam filem Panglima Harimau Berantai yang disiarkan oleh Majalah Filem keluaran November 1969, menyatakan aksi Ed Osmera dianggap tidak mengecewakan.

Menerusi filem itu, beliau memegang watak Andi Ujang, seorang panglima gagah bergelar Panglima Harimau Berantai yang kejam dan segala kemahuan serta kata-katanya mesti dikotakan.

Selepas Panglima Harimau Berantai, muncul pula Pancha Indera Harimau Berantai (1970) yang turut membariskan Nasir Ramlee, Mariati, Norma Ismail dan Ismail Mahmud.

Dalam filem ini, Ed tidak saja menunjukkan kehandalannya sebagai pendekar, tetapi juga kemahirannya bertarung biarpun kedua-dua matanya buta.

Peranan jahat dalam filem itu dipegang oleh Hussien Abu Hassan yang memegang watak Pinchang.

Dalam filem Keranda Jingga (1969), beliau memegang dua watak iaitu Pertama dan Suriya. Dia menukar namanya dari Suriya kepada Pertama dan melarikan diri, hidup bersembunyi dalam hutan gara-gara fitnah manusia yang cemburu terhadap kebolehannya.

Dalam filem Asmara Kirana (1971) arahan Naz Achnas, beliau digandingkan dengan Barbara Lawn. Ed memegang peranan jurutera Melayu lulusan luar negara membawa pulang ijazah dan isterinya, seorang wanita Inggeris. Turut berlakon dalam filem ini ialah Sharifah Hanim, Yahya Sulong, Norlia Ghani, Taufek Haji Ali, Norizan, Ali Rahman dan Kamal Herman.

Itu adalah sebahagian daripada puluhan filem yang dibintangi Ed Osmera, seorang lagi hero filem Melayu klasik. Beliau kerap muncul memegang watak utama dalam filem dari genre purbawara.

Bagaimanapun, sehingga beliau meninggal dunia, tidak banyak catatan terperinci mengenai latar belakang pelakon filem ini.

Namun nama Ed Osmera terpahat dalam filem Melayu sebagai pelakon yang ada kelasnya tersendiri, terutama yang membabitkan aksi pertarungan.

Melakonkan watak utama dalam filem berlatar belakang purbawara ini bermula sejak awal kemunculannya di layar perak menerusi filem Panglima Besi (1964) arahan M Amin.

Orang yang banyak bertanggungjawab mengasah bakat Ed Osmera ialah Datuk Jamil Sulong (Pak Jamil), Omar Rojik dan S Kadarisman (Pak Kadar).

Pak Jamil mengambil Ed menerusi filem Bidasari (1965) diikuti Lain Jalan Ka Shorga (1967). Pak Kadar pula dengan Sri Andalas (1966), dan Omar Rojik untuk filem Panglima Harimau Berantai (1969).

Ed Osmera juga pernah berlakon dalam filem arahan P Ramlee seperti Sesudah Suboh (1966) dan Doctor Rushdi (1970).

Bagaimanapun, Pak Kadar dan Omar adalah orang yang banyak menggilap bakatnya di layar perak. Filem lain di bawah Pak Kadar ialah Kembang Layu (1970), Kudrat (1971), Hutang Darah (1972), Cengkaman Maut (1972),

Bersama Omar Rojik pula, beliau berlakon dalam filem Keranda Jingga (1969), Tuah Badan (1970), Kudrat (1971), Angkara (1972), Semerah Cindai (1973), Puaka (1974)

Beliau juga antara pelakon utama dalam filem arahan pertama Jins Shamsudin iaitu Bukan

Salah Ibu Mengandung (1969).

Selain itu, Ed pernah berlakon dalam filem arahan Naz Achnas seperti Asmara Kirana (1971), Bunga Mas (1973) dan Jantina (1974).

Pada tahun 1975, Ed Osmera kembali berlakon dalam filem di bawah arahan M Amin iaitu Pertiwi sebelum berehat dari dunia lakonan hampir enam tahun.

Aziz Sattar mengembalikannya berlakon menerusi filem Prebet Lapok pada tahun 1980. Selepas itu, beliau tampil dalam filem Raja Laut arahan Z Lokman pada tahun 1981.

Setahun kemudian, Ed Osmera menjadi pengarah pula dengan filem berjudul Ribut Di Hujung Senja (1982).

Ternyata daripada deretan filem yang dibintanginya, wajar sumbangan Ed dalam dunia filem tanah air patut tidak dibiarkan begitu saja. Perlu ada sejarah dan asal usul mengenai dirinya untuk generasi akan datang seperti nama di sebalik Ed Osmera itu sendiri.

Ringkas mengenai Ed Osmera

NAMA sebenarnya ialah Sheikh Osman Sheikh Ibrahim. Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini, bapanya seorang peniaga, manakala ibunya meninggal dunia ketika usianya masih kecil lagi.

Raut wajahnya agak serius. Namun, di kalangan rakan beliau dikenali sebagai pemuda pendiam.

Ed dianggap pelakon yang banyak berlakon dan kebanyakannya filem yang dibintangi menampilkannya sebagai hero.

Beliau diperkenalkan ke layar perak menerusi filem Panglima Besi, kemudian Bidasari diikuti pula dengan filem Sri Andalas.

Apabila Studio Shaw di Jalan Ampas ditutup, Ed Osmera berhijrah ke Kuala Lumpur dan cuba bakat di Studio Merdeka pula. P Ramlee kemudian memberikan watak penting dalam filem Sesudah Subuh.

Beliau dianggap mengabadikan dirinya terhadap dunia lakonan hampir sepanjang hayat. Walaupun tidak aktif lagi dalam dunia perfileman, Ed Osmera agak aktif juga mengarah dan berlakon drama. Antara drama terkenal ialah siri Cili Padi arahan Aziz M Osman, yang turut dibintangi Jaafar Onn, Melissa Saila, Norazemi Sulaiman, Nasriah Ngasri dan Nik Faridz Nik Fadzil.

Sebelum itu, beliau pernah berlakon dalam drama Kuala Lumpur arahan Arief Karmahani, Lain Jalan Ke Mekah dan Sesat Dalam Cahaya.

Beliau meninggal dunia kerana sakit jantung pada 2 Januari 2005 ketika berusia usia 63 tahun.

Fakta Ed Osmera

Nama sebenar: Sheikh Osman Sheikh Ibrahim
Tahun Lahir: 1943
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Drama Lakonan/Arahan: (antaranya) Kuala Lumpur, Lain Jalan Ke Mekah, Sesat Dalam Cahaya, Sadar dan Cili Padi.
Filem Arahan: Ribut Di Hujung Senja (1982),
Filem Lakonan: Panglima Besi, Bukan Salah Ibu Mengandung, Lain Jalan Ka Shorga, Sesudah Suboh, Panglima Harimau Berantai, Keranda Jingga, Kembang Layu, Tuah Badan, Panca Indera Harimau Berantai, Asmara Kirana, Kudrat, Durjana, Satria, Hutang Darah, Angkara, Cengkaman Maut, Semerah Cindai, Bunga Mas, Puaka, Jantina, Anak Setan, Pertiwi, Prebet Lapok, Raja Laut dan Ribut Hujung Senja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 09:59 AM | Show all posts
Kuswadinata terkenang Seniman Bujang Lapok
Oleh Norhayati Nordin

SELEPAS empat musim program Bersamamu memberi fokus sumbangan amal membantu golongan memerlukan. Musim kelima pula mengetengahkan golongan artis veteran tanah air menerusi edisi khas, 態ersamamu Anak Seni
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 05:52 AM | Show all posts
Orkes Nirwana rakam semula lagu berusia 41 tahun



A. RAHMAN HASSAN (berdiri dua dari kiri) bersama
kumpulannya, Orkes Nirwana.


TAHUN ini Orkes Nirwana Johor Bahru di bawah pimpinan Datuk A. Rahman Hassan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-41.

Pencapaian itu membolehkan nama kumpulan itu tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai Kumpulan Pop Yeh Yeh Paling Lama ditubuhkan.

Biarpun sudah empat dekad ditubuhkan tetapi lagu-lagu Orkes Nirwana seperti Tak Mengapa dan Syurga Idaman masih diminati hingga ke saat ini.

Malah, lagu Tak Mengapa juga telah dirakamkan semula sebanyak dua kali sejak ia menjadi siulan ramai pada tahun 1965.

Terbaru, lagu itu sekali lagi dirakamkan dan dimuatkan menerusi album koleksi 14 lagu-lagu lama Orkes Nirwana Ulang Tahun Ke-4 yang diterbitkan oleh Suria Records Sdn. Bhd..

Apakah kekuatan lagu itu sehingga ia dirakamkan semula sebanyak tiga kali selepas 41 tahun dicipta oleh A. Rahman Hassan?

Selain A. Rahman Hassan selaku penyanyi dan gitaris, kumpulan itu turut dianggotai oleh Datin Azizah Mohamad (penyanyi), E. Elias (bassis), A. Rozi Ashari (tamborin), B. Badron (gitaris) dan K. Tajudin (dram).

Ikuti temu bual wartawan ABD. AZIZ ITAR dengan A. Rahman Hassan pada satu pertemuan di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengapakah lagu Tak Mengapa yang sudah berusia 41 tahun itu dirakamkan semula untuk kali yang ketiga?

A. RAHMAN HASSAN: Lagu itu dirakamkan semula kerana adanya permintaan daripada para peminat. Kali pertama lagu itu dirakamkan pada tahun 1965, kualiti rakamannya agak raw (kasar) sedikit kerana teknologi studio rakaman ketika itu tidak secanggih pada hari ini. Kali kedua lagu itu dirakamkan pada 1986 dan tahun ini adalah kali ketiga kami merakamkan semula lagu itu. Lama-kelamaan bunyi rakaman lagu itu semakin bersih berbanding dulu. Lagu-lagu lain yang dimuatkan dalam album kompilasi kami itu juga dirakamkan semula tetapi ia tidaklah sebanyak lagu Tak Mengapa.

Adakah Orkes Nirwana terlalu bergantung kepada populariti lagu itu?

Tidak juga kerana banyak lagu kami yang lain seperti Usah Dikesalkan masih diminati hingga kini. Walaupun lagu itu dirakamkan pada tahun 1968 tetapi hingga kini masih ramai yang meminatinya. Lagu itu sebenarnya merupakan antara lagu yang mendapat sambutan hebat pada zaman pop yeh yeh kerana kelainan muzik yang kami tampilkan. Ada yang kata lagu itu telah melangkau zamannya ketika itu. Tahun ini apabila kami merakamkan semula lagu itu ada yang kata konsep muziknya seperti muzik rock dan bukannya pop yeh yeh.

Tidakkah menjadi satu kerugian membeli album kompilasi Orkes Nirwana yang cuma menampilkan lagu-lagu lama?

Walaupun kebanyakan lagu yang ditampilkan adalah lagu-lagu lama tetapi kali ini para peminat akan lebih berpuas hati kerana mutu bunyi dan rakaman album ini lebih baik berbanding versi asal lagu-lagu ini yang dibuat 41 tahun lalu. Selain itu, album ini juga memuatkan dua lagu baru berjudul Nasib Pak Tani dan Mestikah. Dua lagu ini adalah lagu-lagu lama Orkes Nirwana yang belum pernah dirakamkan.

Adakah Nirwana merancang menghasilkan album penuh lagu-lagu baru?

Kami memang mempunyai impian untuk merakamkan album lagu-lagu baru selepas lebih 20 tahun tidak merakamkan album baru. Setakat ini saya ada sekitar sembilan lagu lama dan baru yang tidak pernah dirakamkan. Kebanyakan lagu itu saya cipta pada tahun 1960-an. Album kompilasi ini diterbitkan untuk mengubat rindu para peminat. Kalau sambutannya menggalakkan kami tiada halangan untuk merakamkan album yang memuatkan lagu-lagu baru. Apatah lagi kami semua masih sihat-sihat belaka dan masih boleh bermain muzik dan juga mengadakan persembahan pentas.

Kenapakah Nirwana masih tampil dengan imej yang sama iaitu dengan konsep warna pakaian yang seragam?

Itu adalah identiti kami. Kami bukan tidak mahu pakai seluar jean tetapi takut juga ia tidak sesuai dengan umur kami. Lagi pun pakaian kami yang ala-ala baju seragam ini adalah untuk persembahan pentas ataupun pada kulit album sahaja. Secara tidak langsung pakaian kami melambangkan imej dan disiplin kami secara berkumpulan.

Akhir sekali apakah harapan anda terhadap Orkes Nirwana pada masa depan?

Kami ingin mengubat rindu para peminat melalui kemunculan album kompilasi kami itu. Selain itu, kami juga berharap supaya kami sentiasa sihat dan boleh bermain muzik seperti biasa. Kalau boleh kami mahu terus bermain muzik biarpun sudah mencatat rekod sebagai kumpulan pop yeh yeh tempatan yang paling lama ditubuhkan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 02:56 PM | Show all posts
Pak Esa tokoh seni era Studio Merdeka
Oleh Ellyna Ali


ASPEK pengarahan seni bukan saja dianggap penting tetapi juga bagaikan nadi di dalam sesebuah pembikinan filem.

Tanpa aspek pengarahan seni, sesebuah pembikinan filem bukan saja tidak akan menjadi lengkap tetapi juga hilang keindahan dari sudut artistik dan estetika visual dan bahasa filemnya.

Tanggungjawab untuk menyempurnakan tugasan rumit inilah yang terpaksa dipikul seseorang pengarah seni.

Ia tidak terhadap kepada daya kreativitinya dalam menghasilkan penataan seni yang baik saja tetapi juga kebolehannya menyelia unit lain di dalam jabatannya seperti krew tata cahaya, krew dekorasi, krew cat, krew mekap dan krew pakaian.

Maka, selayaknya penganugerahan Tokoh Seni Oskar 2006 diberikan Esa Ahmad atau Esa Pendek di dalam Anugerah Oskar ke-5 anjuran Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PFM) tidak lama dulu.

Pengalaman serta kebolehannya sebagai pengarah seni bagi kebanyakan filem Melayu yang dihasilkannya sejak era Studio Merdeka lagi bukan sedikit.

Daripada Datuk L Krishnan, Allahyarham Salleh Ghani, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham AR Tompel, Datuk Jamil Sulong, Datuk Jins Shamsuddin, S Sudarmaji, Allahyarham Aziz Jaafar hinggalah kepada Allahyarham Omar Rojik, semua pengarah tersohor ini pernah menggunakan kreativiti Esa di dalam filem mereka.

Manakala di kalangan pengarah generasi muda yang turut mendapatkan khidmat dan tenaga Esa pula ialah Rahman Adam, A R Badul, Othman Hafsham, Erma Fatima dan Bade Azmi.

Malah, khidmat serta daya kreativiti Esa juga sangat diperlukan di dalam beberapa produksi filem dari luar negara seperti Itali, Australia, Filipina dan Indonesia.

Tidak hairanlah mengapa begitu banyak sekali filem yang memerlukan sentuhannya. Antaranya, Fajar Menyinsing, Siti Payung, Hujan Darah, Anak Manja, Anak Setan, Perintah Seri Paduka, Tragedi Seri Mersing, Masam-Masam Manis, Anak Bapak, Keluarga 69, dan Laksamana Doremi.

Filem lain ialah Ranjau Sepanjang Jalan, Ribut Barat, Pertentangan, Penentuan, Jasmin 1, Jasmin 2, Esok Untuk Siapa, Menanti Hari Esok, Harry Boy, Hanny, Raja Melewar, Oh Fatimah, Cinta Metropolitan, Kad Cinta, Putera, Pelumba Malam, Isabella dan Bilut.

Menyorot kisah dan perjalanan kerjaya sebagai pengarah seni, Esa berkata, segala-galanya bermula daripada minatnya yang gemar melukis pada zaman persekolahan.

揗inat itu timbul secara semula jadi dan apabila bertemu dengan seorang rakan sekolah bernama Sabtu yang memang handal melukis, minat itu menjadi semakin bercambah.

揇isebabkan minat yang terlalu mendalam itu juga, pernah beberapa kali saya lari dari sekolah untuk belajar melukis dari seorang Cina kedai yang membuat papan tanda.

揂pabila ayah saya dapat tahu hal ini, dia memukul saya. Tetapi, saya tidak pernah serik.

揂khirnya sebelum sempat menamatkan persekolahan hingga darjah enam, saya melarikan diri dari Batu Pahat ke Johor Bahru,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.059822 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list