CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: isaura

GROLIER BOOKS RM2000++ bagus kerrr?

[Copy link]
Post time 17-10-2005 11:57 PM | Show all posts
uiks...mahal nya buku sampai rm2000..

tak terbeli kita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2005 11:29 PM | Show all posts
Originally posted by isaura at 15-10-2005 12:34 AM


Is pun suka jugak kalau bab2  free ni :cak:. tapi masalahnya tak de sape nak bagi :mll:


ada juga yg saya berkenan,saya byr.tp,byk gak yg saya stop,sebab boleh dpt yg second hand yg murah..kadang2 boleh dpt yg baru2,tp,ntah kenapa boleh jual murah..saya pun x sure.

kalau Is berminat,saya boleh aje tlg carikkan,tp,tu leee..nak pos tu ,jadik mahal gak kot....
Reply

Use magic Report

isaura This user has been deleted
 Author| Post time 20-10-2005 07:38 AM | Show all posts
Originally posted by pelaga at 18-10-2005 11:29 PM


kalau Is bermkalau Is berminat,saya boleh aje tlg carikkan,tp,tu leee..nak pos tu ,jadik mahal gak kot... ...


Baiknya pelaga! betul ...cost penghantaran tu yg jadik mahal nanti..

Anyway thanks pelaga atas pelawaan u :tq: Cheers!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 08:41 AM | Show all posts
Well this is my opinion,

Buku-buku groliers yang i beli tu memanglah mahal, semuanya dalam bahasa inggeris, satu rak, i letak kat ruangan menonton tv.  I beli masa tu i belum ada anak lagi, tapi i ramai anak buah dari yang kindergarten hinggalah yang belajar university.  For forumners information, dalam pakej harga 2000 tu ada 20 buah primary school encylopedia, 10 general encylopedia, 10 cartoon charactes encylopedia (sesuai utk kindergarten to primary first semester) dan dapat 10 buah buku cerita disney characters like cinderella, snow white etc etc etc.

So, bila my nephew and nieces drop by diaorang selalu baca buku-buku nih, dan diaorang jugak ada refer pada encylopedia ni untuk some subjects like science, pengetahuan am, physic, geography. Macam contoh masa tsunami, diaorang tanya apa punca dan bagaimana ia terjadi i suruh diaorang refer pada encylopedia tu, so secara tidak langsung diaorang belajar macamana nak cari maklumat dari buku.  

Melalui buku-buku ini juga terdapat banyak fakta-fakta menarik yang tak pernah kita tahu dan ambil tahu. Like, macamana kapal terbang yang jauh tinggi di awan kita lihat mengeluarkan asap, adakah ia benar-benar mengeluarkan asap atau....? so u boleh refer dari buku-buku nih. Dan negara mana yang penduduknya menggunakan bahasa yang paling banyak? Kebanyakkan soalan dalam kuiz who wants to be a millionair ada jawapannya dalam koleksi encylopedia nih.

Lagi satu, buku-buku ni kualitinya memang bagus, kulit keras dan kertas tebal serta warna yang menarik. for me tak rugi beli buku ni walaupun ianya mahal tapi untuk kesan jangka panjang amat berbaloi.

Well that is my opinion
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 08:52 AM | Show all posts
Lagi satu, ianya dalam bahasa inggeris, mungkin sebab tu menjadi penyebab ia kurang digunakan, tapi Alhamdulillah anak-anak buah i yang berumur 2,3 tahun pun suka baca buku-buku nih especially yang ada cartoon characters dan buku tentang dinasour.  Gambar-gambar dalam buku ni semuanya menarik dan berwarna, dan apa yang i perhatikan, anak-anak buah i yang belajar science dan matematik dlm bahasa inggeris amat berminat pada buku-buku nih, sebab diaorang faham.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2005 03:21 PM | Show all posts
gorg beli grolier...

  instllment... 128 sbulan... bru abis ...
  --mmg mahal... tp rasa... klu tak beli tu pun duit abis jg...

  yg enkslpdia pun ok.... sesuai utk anak2 -- sampai remaja pun bleh guna lagi....
  skrng gorg guna ni ( world atlas) tunjuk kat DAMIA -- mana malaysia...

  Damia dah boleh cari malaysia... LONDON, PARIS ,TOKYO  ---- nin kes lagu HILLARY DUFF - wake up....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2005 12:11 PM | Show all posts
Tun baru je beli set ni, mmg RM2+++, tapi instalmen setahun. Memula tu mmg tanak beli, tapi Tun mmg
tengak nak mencari buku2 utk Aiman (3 tahun, 7 Bulan). Masa tu diorang tengah buat promosi, so bila
dah duduk dan dengar dia nye explaination ttg kebaikan buku2 tu....terus je ringan mulut setuju beli...

Tapi memang, ibu bapa , terutama ibu laaa...kena main peranan penting untuk mengalakkan anak-anak membaca..
Mesti sacrife tiap2 hari, sekurang-kurangnya setengah jam... mmg bagus..even Tun pun sediri dapat banyak
maklumat dari buku2 tersebut, yang mana secara tidak langsung turut menambah vocab Tun sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2005 11:19 AM | Show all posts
A'kum wbt

me pun ada beli jugak masa birthday my daughter 1 tahun. Skrg die dah berumur 3tahun lebih....memang die suka sangat buku-buku tu, time nak tidor mesti die bawak satu.....tgk gambar dan baca......tapi bila mama die baca, die lagi tak mou sleep.....lagi bulat mata die dengar mama die baca......parah-parah.....kalau saya tak der masa nak baca, die akan baca sendiri mengikut hayalan die....budak-budak mana taou baca....

baru-baru nie saya ada beli set CD bersama story books grolier jugak.....ada satu set tu, ada bateri dan dicomplile sekali dengan story books...kita dengar dan disamping tu kena selak page by page mengikut urutan cerita.Dan satu set lagi story books bersama CD....satu CD utk lagu-lagu.....  (set yg nie murah sket)....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2005 06:13 PM | Show all posts
Okey lah..untuk maklumat semua, sini Tun senaraikan buku2 yang Tun perolehi dengan
harga instalmen RM2+++ tu.., ada 5 set semuanya...

A.Help Me Be Good Story Book ( 29 buah), tajuk-tajuknya:
1. Bad Sport
2. Being Bossy
3. Being Bullied
4. Being Careless
5. Being Destructive
6. Being Forgetful
7. Being Greedy
8. Being Lazy
9. Beiang Mean
10. Being Messy
11. Being Rude
12. Being Selfish
13. Being Wasteful
14. Breaking Promises
15. Cheating
16. Complaining
17. Disobeying
18. Fighting
19. Gossiping
20. Interrupting
21. Lying
22. Overdoing It
23. Showing Off
24. Snooping
25. Stealing
26. Tattling
27. Teasing
28. Throwing Tantrums
29 Whining
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2005 06:26 PM | Show all posts
B. Disney Triplet Story Books bersama CD setiap satu (4  buah). Tajuknya:
1. Under The Sea: Little Mermaid, Finding Nemo & Atlantis
2. Princess : Cinderella, Sleeping Beauty & Snow White
3. Jungle : Jungle Book 2, Lion King & Tarzan.
4. Out There:  Toy Story 2, Monsters, Inc & Lilo & Stich

C. Disney Book of Words ( 4 buah) tajuknya:
1. Words That Are Opposite.
2. Words That Describe Things
3. Words That Name Things
4. Words About Doing Things

D. Grolier Children's Dictionary ( 2 buah)
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2005 06:35 PM | Show all posts
E. I Wonder Why & Other Questions About ( 25 buah)
1. Plants
2. Inventions
3. My Body
4. Baby Animals
5. Birds
6. Creepy Crawlies
7. Science
8. Music
9. Transports
10. Time And Seasons
11. People and Places
12. Our Planet
13. Communications
14. Mountains
15. Reptiles
16.PreHistory
17.Buildings
18. Oceans
19. Endangered Animals
20. Animals
21. Ancient Egypt
22. Deserts
23. Space
24. Dinasours
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2005 06:38 PM | Show all posts
Jadi, jumlah keseluruhan buku ialah sebanyak 63 buah. Semestinya setiap buku tu illustrasinya
mmg menarik dan buku-bukunya semua hard cover. memang sesuai kepada sesiapa yang nak
mulakan mini library kat rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2005 05:14 PM | Show all posts
damia's corner

Reply

Use magic Report

annalisha This user has been deleted
Post time 31-12-2005 09:38 PM | Show all posts
Saya beli Grolier 5 years ago. Untuk anak sulung yang berusia 6 tahun masa tu.

Saya tak beli Bedtime stories atau buku2 Grolier yang type buku cerita. Buku cerita banyak choice lain yang boleh kita beli di kedai2 buku. Lagi murah and up to date.

Saya beli buku2 Grolier yang lebih kepada general knowledge, sebab buku2 begini yang ada dipasaran tak nampak interesting sangat.

1. I wonder why
2. Children's Encyclopedia
3. Encyclopedia Ques n Answers
4. Children's Dictionary
5. Under the Microscope

Childrens encyclopedia may be for children tapi saya tak malu as a parent nak beritahu, half of the info is new to me. Very simple English is used and straight to the point. Under the microscope pula is a set of books on science, Everything about science yang you nak tau. Yang tu, anak sulung I belum baca lagi. I will only let her look at it after UPSR sebab taknak dia confuse, UPSR science in Malay but the books are in English.

Setakat ni, all my kids use Grolier books..... tanpa di suruh dan tanpa diawasi, walaupun anak saya yang 5 yrs and 6 yrs tu.

Sebenarnya, before sesiapa nak beli buku Grolier, you have to instill the love of reading to your kids. Saya tak pernah walaupun sekali paksa anak saya baca buku grolier, tapi everyday, mesti pintu almari grolier tu di buka dan ditutup several times.

Kalau ibubapa yang anaknya tak minat membaca, you have to sama2 buka buku grolier tu dgn anak2 for a certain time period. Kawan2 saya ada 2 orang yang beli grolier sebab dia suka tengok anak saya dok baca buku grolier, tapi dia setakat beli aje. Lepas beli, for 2 weeks anak2 dia baca grolier (sebab colourful n intertesting) tapi lepas 2 minggu, jadi perhiasan  je....

Oh by the way.... anak saya pun baca buku peter and jane jugak.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2006 06:09 PM | Show all posts
Kali pertama saya dapat buku sample Grolier ni masa anak saya umur setahun lebih. Buku tersebut mengajar membaca menggunakan phonetic. Saya cuma ambil set yang pertama sahaja lepas tu masa anak saya umur 2 tahun diorang antar sample buku set" Disney Babies". Masa tu memang anak saya tengah berminat membelek buku-buku yang dia jumpa tapi kalau tersilap belek akan berakhir dengan koyakan. Bila saya tunjukkan 3 buah buku sample tersebut, dia suka sangat. Jadi saya pun belilah untuk dia full set yang ada 36 buah kesemuanya.    Tiap-tiap malam atau selang sehari saya atau orang rumah akan bacakan untuk dia satu buah buku tersebut sebelum tidur. Dalam sebulan kami akan bacakan 4-5 tajuk sahaja untuk mengukuhkan ingatan dan pemahamannya. Sekarang ni dalam usia belum sampai lagi 3 tahun, untuk tajuk-tajuk buku yang pernah kami bacakan dia dapat menceritakan semula kepada orang lain ( di dalam bahasa Melayu ) dan kebanyakan ungkapan yang dalam bahasa Inggeris seperti "come here", wake up, "something smells awful", "magic Monday" dan sebagainya dia pandai gunakan pada situasi yang sepatutnya.
Selain dari buku Grolier tersebut, kat rumah saya memang banyak buku cerita sebab adik-beradik ramai  dan mak ayah cikgu jadi ada banyak sangat buku-buku cerita bahasa Melayu & agama termasuk kad hari raya keluaran syarikat Fargoes beberapa tahun dulu yang terkandung di dalamnya kisah-kisah Nabi. Pada pendapat sayalah tak salah nak beli buku-buku Grolier atau apa-apa sajapun tapi pertama sekali kenalah pupuk minat membaca tu dalam diri anak. Lainlah kalau duit dah terlampau banyak tak tahu nak buat apa. Macam saya, walaupun sibuk tapi cuba juga curi masa pergi library yang berdekatan dengan rumah. Saya turut membawa keluarga saya bersama supaya mereka turut mencintai budaya ilmu di samping dapat membaca pelbagai bahan bacaan secara percuma...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2006 10:30 AM | Show all posts
saya pun ada beli set grolier ni.. 2k lebih..tapi takde le lebih banyak mana pun dlm rm2090 jer.. since boleh buat installment saya pun buat lah installment, bukan saja saja nak beli.. pk punya pk kalau tak beli pun duit habis ntah kemana mana.. so sempena birthday my girl saya pun tangkap satu set.. gumbira tk terkata my girl. Alhamdulillah investment saya tak membazir, my girl mmg suka membaca buku buku tu.. paling dia suka buku i wonder why n bedtime stori..bedtime stori ni takde le tetiap malam saya bacakan .. .

pada saya mmg tak rugi beli set grolier ni..yg rugi kalau beli simpan je.. buku buku tu boleh dijadikan rujukan bila anak anak dah masuk sekolah . masa saya beli dulu dapat 7-8 buah buku free..antaranya ripley's believe it or not..buku tu mmg saya yg  baca..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2006 06:25 PM | Show all posts

buku

actually apa2 topic pun untuk anak2 mmg bagus. My eperience.. masa beli set grolier tu anak2 belum sekolah installment 2000+. Value for money? mmg ader... kalau nak harap kita pergi beli buku tu tiap2 bulan tak der lah kut. Yg bagus nyer buku nie walau pun anak akak sekarang dah 15 tahun buku2 dia masih releven masih boleh di gunakan.  Buku I wonder why.... tingkatkan curiosity anak2 tentang sains. then ade encyclopedia untuk rujukan. dan set buku untuk belajar 1- 19 then buku2 behavior tu. Yang buku WORDS..4 buah tu pun bagus juga. pendek kata guna semua lah sampai hari nie.

di samping tu ader gak ler beli sebulan sekali buku2 cerita tempatan mcm othman putih, buku2 eng enid blyton dll.

Tapi kan buku byk mana sekali pun kita beli kalau buat kumpul debu je tak d baca tak der lah juga value for money nyer tu.

Yang penting nyerTANAMKAN BUDAYA MEMBACA dalam diri anak2.bila dah sekolah ajar mereka guna buku2 tu untuk rujukan kerja sekolah. Anak2 akan buat projek sekolah pun selalu guna buku tu. kadang gaduh ngan cikgu pasal fakta2 tertentu pun dia bawa buku tu sekolah untuk back up argument dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 09:48 AM | Show all posts
Originally posted by dewi at 3-1-2006 06:25 PM
actually apa2 topic pun untuk anak2 mmg bagus. My eperience.. masa beli set grolier tu anak2 belum sekolah installment 2000+. Value for money? mmg ader... kalau nak harap kita pergi beli buku tu ...



Akak ada 5 set groliers.  Tapi masa zaman akak beli tu harganya belum lagi cecah 2K.  Cuma 1K + saja.  So boleh lah nak bayar cash. Walaupun nampak menarik pada mata akak dan hubby tapi anak akak yang waktu tu umur 2 tahun lebih tak pulak berminat sangat.  Gitu2 je.  Banyak buku lain yang lebih murah yang dia minat.  So buku2 tu sentiasa tersusun rapi kat shelf.  Disebabkan bukunya banyak, akak buat numbering to keep track, takut hilang. Anak akak yang second ni lain pulak.  Sejak dia mula boleh baca waktu umur dia 5 tahun terus dia berminat nak baca all the groliers book.  Tiap2 waktu kalau ada masa lapang, dia akan mengadap buku2 tu sampai dah "khatam" all the 5 sets. In fact dia suruh beli lagi set yang tak ada sebab dah habis semua di baca.   Dia rajin pulak tu bercerita dengan akak dan hubby tentang general knowledge dalam encyclopaedia tu. Bila sorang dah start, maka yang tak berminat sebelum ni pun mula berminat bila dengar the content menarik.  Even yang berumur 2 tahun sekarang ni pun rajin selak buku2 tu.

Jadi memang tak rugi kalau invest membeli buku.  Kalau kita mampu, belilah.  Kalau tak, banyak lagi buku yang berkualiti yang lebih murah.  Yang penting macam kata dewi, tanamkan budaya membaca.  Kita perlu jadikan masyarakat kita masyarakat yang berilmu. Tak kisahlah buku mahal ke murah asalkan berfaedah dan menjana minda.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 09:59 AM | Show all posts
saya setuju ngan sinky pinky....mahal mmg mahal tp ilmu tak ternilai harganya.....damia's corner tuh same as my doter corner la jugak..hehehe..tp saya letak dekat sebelah tv...so, biar rak tuh di tempat yg senang dilihat....selain tuh, ade jugak saya belikan buku lain....recently, saya tgk anak saya (9months)..amik buku dia...selak satu2 sambil baca dlm bahasa dia....nak gelak pun ade sbb dia baca ikut suka dia tp utk jangkamasa panjang...mmg berbaloi..bak iklan kamdar.....hehehehehe...;)
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 09:28 PM | Show all posts
salamz kawan2 semua...

apa2 pun..minat membaca nie kita sbg ibu bapa kena pupuk pada anak2 sejak kecil lagi...seawal usia 1 atau 2 bln dh start dh..
kalo beli buku ribu2 tp x baca nk wat apa kn? rugi jeh....

cadangan sy kalo ada yg bercadang nk beli GROLIER tu...pupuk minat membaca pada anak2 dlu sejak kecil...start dgn cloth book/3d cloth book/activity cloth book..

sesiapa yg ingin dapatkn siri cerita nabi atau apa2 buku leh la bgtau sy ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.276226 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list