CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8458|Reply: 17

artikel berguna ttg anak

[Copy link]
hazel_eja This user has been deleted
Post time 21-10-2005 08:45 PM | Show all posts |Read mode
jom kongsi kat sini...sesapa yang ada artikel berkaitan ttg anak yang boleh di manfaatkan...
jom paste...:cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hazel_eja This user has been deleted
 Author| Post time 21-10-2005 08:47 PM | Show all posts

Jaundis Neonatal serang bayi baru lahir

Jaundis Neonatal serang bayi baru lahir

Oleh DR ASMUNNI YAHYA
Pakar Perunding Paediatrik

JAUNDIS NEONATAL atau penyakit kuning bayi (juga disebut demam kuning) adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran.

Lebih kurang 60 peratus bayi matang (lahir selepas genap 37 minggu kehamilan) dan 80 peratus bayi pramatang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu, menyebabkan kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning.

Pada keadaan biasa, ada sedikit kuantiti bilirubin di dalam darah, tetapi apabila kuantiti bilirubin ini melebihi satu tahap (akibat sebab tertentu) pemendapan bilirubin ke tisu badan dan kulit akan berlaku.

Penyakit kuning bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyakit kuning berkonjugat dan kuning tak berkonjugat.

Bilirubin tak berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui pemecahan sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak berkonjugat seterusnya akan diproses kepada bilirubin berkonjugat di hati dan kemudian akan disingkirkan dari badan melalui najis.

Bayi baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yang banyak. Tambahan pula, hati bayi baru lahir belum matang dan tidak dapat memproses bilirubin sepenuhnya, menyebabkan paras bilirubin di dalam darah meningkat dan seterusnya pemendapan berlaku di dalam kulit yang menyebabkan kekuningan.

Penyakit kuning tak berkonjugat

Sebilangan bayi sihat mengalami masalah kekuningan pada hari kedua dan menjadi nyata menjelang hari ketiga dan keempat selepas kelahiran.

Fenomena ini adalah masalah fisiologi tubuh badan bayi dan kuning ini dipanggil jaundis fisiologikal.

Masalah jaundis fisiologikal tidak berlaku dalam masa 24 jam pertama kelahiran dan tidak melebihi jangka masa dua minggu dalam bayi matang atau tiga minggu dalam bayi pramatang. Tahap bilirubin dalam darah juga tidak tinggi (iaitu kurang dari 250 mmol/L atau 12 mg/dL).

Beberapa punca boleh menyebabkan peningkatan paras bilirubin dalam tisu, antaranya:


Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.


Ketidaksesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO


Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia)


Masalah kecederaan ketika lahir. Bayi yang lahir melalui kaedah vakum atau forsep mungkin mengalami masalah pendarahan di bawah bahagian kepala, sama ada di bawah selaput yang menutupi tulang tengkorak (cephalhaematoma) atau di bawah tisu lembut kepala (pendarahan subaponeurosis)

Semua masalah di atas akan menyebabkan pemecahan sel darah merah dan seterusnya jaundis. Penyakit kuning tak berkonjugat juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya dan 慴reast milk jaundice
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
 Author| Post time 21-10-2005 08:47 PM | Show all posts

Urut bayi anda banyak manfaat

Urut bayi anda banyak manfaat

Oleh DR ASMUNNI YAHYA (Pakar Perunding Paediatrik)

URUTAN bayi diiktiraf pelbagai bangsa dan negara di dunia sejak turun temurun sebagai terapi sentuhan terbaik, malah kebaikan terapi sentuhan ini juga diakui secara saintifik.

Urutan bayi kini menjadi teknik popular kerana kebaikannya dari segi perubatan, fisiologi dan emosi. Sentuhan lembut yang diberikan kepada si kecil yang comel boleh menggalakkan pertambahan berat dan koordinasi otot badan bayi, di samping merangsang sistem pengedaran darah yang dapat memberi kebaikan kepada jantung, pernafasan dan sistem perkumuhan.

Kaedahnya mudah dan bahan yang boleh digunakan juga murah, tertakluk kepada pilihan ibu bapa sendiri. Urutan untuk si kecil ini boleh menggunakan minyak atau losyen bayi.

Ia membabitkan urutan di seluruh anggota badan bayi menggunakan sentuhan yang sederhana kuat (cukup untuk mengubah warna kulit bayi dari merah ke cerah). Seelok-eloknya ia dilakukan secara berulang-ulang selama 15 minit selepas mandi atau sebelum tidur.

Sebaik-baiknya, urutan ini dilakukan ketika bayi dalam keadaan selesa dan tidak lapar kerana bayi mempunyai jangkamasa penumpuan yang pendek.

Bagaimanapun, pastikan tangan kita dibasuh bersih dan kuku dipotong pendek sebelum melakukan urutan kepada bayi anda kerana kulit bayi sangat halus dan sensitif.

Ada pelbagai kajian saintifik dijalankan ke atas urutan bayi dan semuanya membuktikan kaedah ini boleh mengekalkan kulit cantik bayi yang halus dan lembut.

Lebih penting, urutan ini juga boleh mengurangkan masalah kembung perut dan sembelit yang kerap dialami bayi.

Kajian yang dijalankan di Touch Research Institute di Miami, Florida mendapati urutan bayi boleh memperkuatkan sistem imun (pertahanan badan) bayi.

Kajian itu juga mendapati, bayi yang diurut mempunyai bilangan sel NK (sejenis kumpulan sel darah putih yang dapat bertindak ke atas sel-sel barah) yang lebih tinggi berbanding bayi yang tidak diurut.

Implikasi positif

Ini boleh memberi implikasi positif terhadap bayi yang mempunyai masalah barah atau Aids. Kajian lain menunjukkan bayi yang disentuh dan diurut memiliki paras immunoglobulin lebih tinggi yang berfungsi mempertahankan bayi terhadap penyakit berjangkit.

Kajian terbaru juga mendapati urutan boleh membantu bayi membentuk ritma tidur-jaga yang teratur. Ia boleh memendekkan masa untuk bayi terlelap dan mengurangkan masalah terjaga malam.

Tidur umpama sumber makanan untuk bayi. Hormon yang menggalakkan tumbesaran dan perkembangan bayi dirembeskan, terutama ketika fasa tidur nyenyak (deep sleep).

Jika fasa berkenaan terganggu, bermakna proses tumbesaran bayi juga terganggu.

Malah, urutan dan sentuhan ini juga memberi faedah kepada si ibu. Ketika menyentuh dan menjaga bayinya, badan wanita akan merembeskan hormon prolaktin yang dapat membantu penghasilan susu ibu.

Secara psikologinya, sentuhan ini akan membuatkan perasaan ibu lebih terjamin kerana dapat menyumbang sesuatu yang penting kepada bayinya. Ini secara tidak langsung dapat merapatkan kemesraan ibu terhadap si anak.

Walaupun urutan bayi banyak kebaikannya, ia tidak boleh dilakukan jika bayi anda ada masalah kulit seperti luka atau melecet, jangkitan kulit, tulang patah, luka akibat kebakaran dan bengkak atau benjol di badan yang belum diperiksa oleh doktor.

Teknik urutan bayi boleh dipelajari melalui doktor kanak-kanak anda. Setiap sentuhan yang dilakukan dapat memanfaatkan bayi anda. Oleh itu, lakukan dengan penuh kesabaran, kasih sayang dan perhatian.

Urutan dimulakan di bahagian dada, depan badan, kaki (berguling) dan belakang secara berulang alik.

Urutan bayi seronok dilakukan. Berkomunikasilah dengan bayi anda setiap kali sentuhan diberikan kerana walaupun si kecil belum memahami kata-kata anda, ia sebenarnya mempunyai manfaat besar; boleh merangsang deria sentuhan, penglihatan dan pendengaran bayi anda.
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
 Author| Post time 21-10-2005 08:48 PM | Show all posts

Periksa telinga masa bayi

Periksa telinga masa bayi

JIKA anak anda lambat bercakap, jangan anggap dia 慴erat mulut
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
 Author| Post time 21-10-2005 08:49 PM | Show all posts

Petanda budak kena dera

Petanda budak kena dera

Oleh DR ASMUNNI YAHYA
(Pakar Perunding Paediatrik)

HAMPIR setiap hari kes penderaan kanak-kanak di serata dunia, tanpa mengira bangsa dan keturunan, tersiar di dada akhbar. Masalah penderaan boleh dikategorikan kepada penderaan fizikal atau non accidental abuse (NAI), penderaan seksual, kanak-kanak yang terbiar dan penderaan emosi.

Walaupun pelbagai tindakan diambil oleh badan berwajib, kes penderaan masih kedengaran di dalam masyarakat kita.

Kanak-kanak yang lemah fizikalnya tidak berdaya melawan tindakan penderaan berkenaan.

Oleh itu, kita sebagai masyarakat Malaysia yang penyayang sepatutnya terpanggil untuk membantu mereka yang didera dan sanggup menjadi telinga, mulut dan mata kepada mereka, sejajar dengan seruan perdana menteri supaya menjadi masyarakat penyayang.

Kes penderaan dapat disyaki melalui jalan cerita bagaimana kecederaan terjadi dan melalui pemeriksaan terhadap kecederaan berkenaan. Melalui jalan cerita, antaranya adalah apabila wujud percanggahan dalam cerita bagaimana berlakunya kecederaan terbabit.

Contohnya, seorang bayi berusia tiga bulan sudah pasti tidak boleh mencederakan bahagian anggota badannya sendiri apabila kanak-kanak itu mendapat kecederaan, sedangkan penjaganya mendakwa bayi itu mengambil botol dan memukul muka atau kepalanya sendiri.

Penderaan juga harus disyaki jika berlaku perubahan cerita dari semasa ke semasa atau perubahan cerita daripada beberapa saksi mengenai kecederaan yang terjadi.

Petanda lain, apabila kecederaan berlaku, si penjaga lewat mendapatkan rawatan, disertai dengan reaksi selamba terhadap kecederaan yang dialami kanak-kanak berkenaan.

Begitu juga jika kecederaan yang berlaku sentiasa berulang atau apabila ada kes penderaan yang terjadi kepada anggota keluarga lain.

Melalui kaedah pemeriksaan, seseorang kanak-kanak boleh disyaki menjadi mangsa dera jika ada tanda lebam yang pelbagai usia, tanda lebam bekas jari dan tangan orang dewasa di pergelangan tangan atau buku lali (di mana kanak-kanak itu dihayun) atau tanda gigitan di anggota badan yang tersembunyi seperti punggung.



Tanda-tanda lain adalah mata menjadi lebam biru, bekas tanda rotan, tanda terkoyak di bahagian dalam bibir, kesan tampar dan pecah gegendang telinga, tanda kesan terbakar seperti puntung rokok, tanda kesan air panas di kedua-dua belah kaki atau tangan (seolah-olah dicelur di dalam bekas air panas), patah tulang rusuk akibat di goncang kuat, pendarahan di bawah selaput otak akibat goncangan atau hentakan kuat, pendarahan di dalam bahagian mata dan retina dan kesan patah atau kecederaan yang pelbagai usia.

Ada juga tanda lebam atau kecederaan tulang yang boleh terjadi akibat masalah perubatan seperti pendarahan (contohnya Immune Trombocytic Purpura) atau dalam masalah tulang (seperti Osteogenesis Imperfecta). Namun masalah di atas dapat dikenali melalui pemeriksaan selanjutnya.

Lebam

Untuk kes lebam, usia sesuatu lebam itu dapat dikenali di mana apabila berlaku kurang dari sehari kesan lebam adalah bengkak dan merah, bengkak dan lebam menjadi warna keunguan (satu hingga dua hari), menjadi kekuningan (tiga hingga lima hari), warna kekuningan semakin hilang (lima hingga tujuh hari) dan lebam menjadi keperangan apabila melebihi seminggu.

Faktor yang dikaitkan dengan seseorang pendera termasuk si penjaga atau ibu bapa terlalu muda dan tidak matang, berasal daripada keluarga yang mempunyai hubungan renggang, ibu bapa bermasalah contohnya penyalahgunaan dadah dan arak. Malah, ibu bapa yang mempunyai sejarah pernah didera ketika zaman kanak-kanak juga ada kecenderungan untuk mendera anak mereka.

Manakala faktor anak pula adalah yang mempunyai masalah kesihatan yang kerap sejak dilahirkan atau masalah kelakuan seperti autism, penumpuan dan hiperaktif.

Adalah wajar kita menjadikan kempen Budi Bahasa Budaya Kita sebagai amalan hidup yang secara tidak langsung dapat membantu mengelak berlakunya kes penderaan.

Jika kita melihat sesuatu kes penderaan, segeralah memberi bantuan kepada kanak-kanak malang berkenaan dan bawa mereka berjumpa doktor.

Pihak hospital dapat memberi perlindungan sementara dan kanak-kanak berkenaan akan dirujuk kepada pasukan SCAN (Suspected Child Abuse and Neglect) di kebanyakan hospital utama.

Bahkan baru-baru ini ada juga pihak mengemukakan usul supaya menjadi kesalahan pada pengamal perubatan yang tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan kes yang disyaki menjadi mangsa penderaan.
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
 Author| Post time 21-10-2005 08:51 PM | Show all posts

HFMD bahaya kepada bayi

HFMD bahaya kepada bayi

MEMANG ramai ibu bapa bimbang apabila tersiarnya berita mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang dikesan di Pahang dan Pulau Pinang sehingga tindakan penutupan beberapa taska dan tadika terpaksa diambil.

Negara kita pernah dikejutkan dengan kes wabak HFMD disebabkan virus EV71 pada 1997 dan HFMD akibat Echovirus pada 2000 yang mengakibatkan beberapa kematian.

Namun, setiap tahun beberapa kes penyakit HFMD dikesan dan dirawat di klinik swasta serta jabatan pesakit luar hospital kerajaan. Berita baiknya, kebanyakan pesakit sembuh tanpa mengalami komplikasi.

Penyakit HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang kerap berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kesan tanda jangkitan ini adalah demam, ulser di dalam mulut serta tanda ruam berair di tangan dan kaki.

Biasanya, bayi atau kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini akan mendapat demam serta kurang selera makan.

Lebih kurang satu atau dua hari kemudian, kanak-kanak berkenaan akan mengadu sakit di dalam mulut atau tekak disebabkan pembentukan ulser di dalam mulut.

Bagi bayi pula, penyakit ini boleh dikesan melalui gejala seperti air liur yang banyak meleleh; juga disebabkan oleh ulser mulut. Ruam merah yang kemudian berair akan terjadi di tangan dan kaki dan kadangkala di bahagian punggung bayi.

Bagaimanapun, ada juga pesakit hanya mendapat satu gejala, sama ada ruam di tangan dan kaki atau ulser di dalam mulut.

Seperkara yang perlu dijelaskan: Penyakit ini berbeza dengan penyakit tangan, kaki dan mulut yang terjadi pada haiwan ternakan.

Virus biasa

Ada beberapa jenis virus dikesan menyebabkan penyakit ini. Virus paling biasa dikesan ialah virus Coxsakie A16. Ada 23 jenis virus Coxsakie A dan enam jenis virus Coxsakie B yang sudah dikenali boleh menyebabkan penyakit ini.

Sebilangan kecil kes HFMD juga disebabkan beberapa kumpulan enterovirus seperti enterovirus EV71 dan beberapa enterovirus lain seperti poliovirus dan echovirus.

Penyakit HFMD disebabkan virus Coxsackie A16 menyebabkan kesan di atas dan pesakit biasanya sembuh dalam jangka tujuh hingga 10 hari dan kebiasaannya tanpa komplikasi.

Sakit tangan, kaki dan mulut disebabkan virus EV71 pula boleh menyebabkan kesan di atas. Malah, ada juga kes mendapat komplikasi meningitis dan encephalitis.

Wabak jangkitan EV71 pernah menyebabkan kes encephalitis yang membawa maut ketika wabak HFMDD berlaku di Malaysia pada 1997 dan 1998 di Taiwan, manakala HFMDD disebabkan Echovirus atau Coxsakie B3 didapati boleh menyebabkan komplikasi jangkitan pada otot jantung (myocarditis).

Penyakit HFMD lebih berbahaya jika menjangkiti bayi. Segera dapatkan rawatan jika bayi atau kanak-kanak yang dijangkiti HFMD mengalami demam panas, tidak meminum susu atau enggan meminum air, muntah-muntah atau cirit-birit kerana mereka memerlukan rawatan cecair intravena.

Juga dapatkan rawatan segera jika pesakit yang dijangkiti HFMD mendapat sawan, susah bernafas atau sentiasa tidur dan kelihatan lemah (tanda encephalitis) atau rasa berdebar-debar dan sakit di bahagian dada (tanda myocarditis).

Penyakit HFMD senang berjangkit dan boleh merebak melalui sentuhan terus kepada cecair yang keluar melalui hidung dan tekak atau najis pesakit yang dijangkiti. Pesakit yang mendapat HFMD boleh menjangkiti orang lain ketika minggu pertama pesakit dijangkiti.

Walaupun kebiasaannya kanak-kanak di bawah 10 tahun mendapat jangkitan HFMD, orang dewasa juga berisiko untuk dijangkiti. Penyakit HFMD juga boleh berulang pada pesakit sama jika dijangkiti kumpulan enterovirus yang lain.

Lazimnya, kes dan wabak penyakit HFMD berlaku sewaktu cuaca panas dan kering. Ujian yang biasa dilakukan untuk memastikan jenis virus adalah melalui pengambilan sampel cecair tekak melalui kaedah swab di tekak atau melalui ujian sampel najis.

Namun, keputusan sampel (kultur virus) biasanya mengambil masa dua hingga empat minggu. Walaupun jangkitan HFMD tiada rawatan spesifik, pesakit yang tiada tanda komplikasi akan dibekalkan dengan ubat demam dan ubat ulser mulut. Pesakit juga digalakkan meminum banyak air.

Langkah paling berkesan ialah langkah pencegahan, di mana kebersihan perlu dititikberatkan. Ibu bapa dan keluarga yang anak mereka dijangkiti HFMD hendaklah membasuh tangan setiap kali menukar lampin dan sebelum menyediakan makanan.

Lantai rumah hendaklah dibersihkan dengan klorin dan pakaian pesakit yang dijangkiti diasingkan dan dicuci dengan air panas. Kanak-kanak yang dijangkiti harus diasingkan dan tidak dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak, tadika atau sekolah ketika dijangkiti penyakit ini untuk mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain.

Langkah-langkah di atas dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit ini. Jika anak anda dijangkiti HFMD dan anda ada kemusykilan, bawa anak anda berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
hazel_eja This user has been deleted
 Author| Post time 21-10-2005 08:53 PM | Show all posts

Ibu bapa mesti ransang otak anak

Ibu bapa mesti ransang otak anak

SEMUA bayi dilahirkan cerdik, namun perkembangan kecerdikan kanak-kanak tertakluk kepada kebijaksanaan ibu bapa untuk meletakkan anak mereka pada tahap terbaik atau sebaliknya.

Membentuk keperibadian dan kepandaian anak sama seperti membina bangunan. Perlu ada perancangan, pelan dan cara melaksanakannya yang mesti dilakukan dengan teliti dan sabar seawal mungkin.

Namun, perkara inilah kebanyakan ibu bapa terlepas pandang. Bahkan, ramai beranggapan kanak-kanak membesar secara 憇emula jadi
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
 Author| Post time 21-10-2005 08:55 PM | Show all posts

Makanan paling lengkap bayi mn

Makanan paling lengkap bayi


SEMUA ibu bapa mempunyai impian memberikan kehidupan sempurna kepada anak sebaik mereka dilahirkan.

Memang tidak mudah memberikan kehidupan sempurna, tetapi ia boleh dimulakan pada hari pertama anak dilahirkan ke dunia.

Caranya mudah iaitu dengan hanya memberikan susu badan kepada si kecil. Susu badan ialah makanan paling lengkap yang dianugerahkan Allah kepada bayi dan ia tidak sepatutnya disia-siakan begitu saja.

Susu ibu mengandungi semua khasiat diperlukan bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan sempurna.

Ia juga makanan unik kerana kandungan susu ibu akan berubah secara automatik mengikut keperluan bayi dan membekalkan air secukupnya pada cuaca panas atau sejuk.

Bahkan, ia makanan paling bersih dan selamat; boleh diberikan pada bila-bila masa, walaupun ketika bayi sakit atau ibu menghidap penyakit demam kepialu, taun atau hepatitis.

Memang, khasiat susu ibu sudah acap kali dibincangkan, tetapi tidak salah jika ditulis lagi sebagai pengetahuan mengenai kandungan pemakanan yang diberikan kepada anak.

Susu ibu mengandungi faktor penentang jangkitan seperti sel darah putih untuk membunuh bakteria; imunoglobulin (antibodi) melindungi bayi daripada jangkitan umum sehingga badan bayi mampu menghasilkan antibodinya sendiri; bifidus yang membantu pembiakan bakteria Laktobasilus bifidus bagi mengelakkan cirit-birit dan laktoferin untuk memberi zat besi dan menghalang pembiakan bakteria berbahaya dalam badan bayi.

Kandungan kolustrum dalam susu yang dihasilkan pada tiga hari pertama selepas kelahiran bayi mengandungi lebih banyak antibodi dan sel darah putih.

Rangsang usus

Ia turut membantu merangsang perkembangan usus yang belum matang kerana tanpa kolustrum, makanan lain boleh merosakkan usus dan menyebabkan alahan.

Selain itu, kolustrum bertindak sebagai laksatif yang membantu bayi mengeluarkan najis pertama dan mengelak mendapat demam kuning.

Laporan Tabung Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) mengatakan, susu badan eksklusif ini dapat menyelamatkan 1.3 juta nyawa setahun atau 3,500 nyawa kanak-kanak setiap hari.

Bayi yang diberikan susu badan juga mempunyai sistem pertahanan lebih baik dan kurang diserang demam, cirit-birit, jangkitan telinga dan saluran pernafasan serta alahan.

Bahkan, ada kajian menunjukkan penyusuan susu ibu boleh mengelakkan masalah obesiti dan pelbagai penyakit kronik apabila dewasa kelak.

Seperkara yang nyata, walau semiskin mana pun, ibu masih boleh memberikan makanan terbaik untuk anak mereka.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan supaya ibu memberikan susu badan secara eksklusif selama enam bulan sebelum memperkenalkan makanan tambahan kepada si kecil.

Menurut Perunding Paediatrik, Dr Nur Atiqah Ng Abdullah, makanan tambahan boleh diperkenalkan apabila bayi mencecah umur enam bulan bagi bayi yang diberikan susu ibu sepenuhnya.

Manakala bagi bayi yang juga bergantung kepada susu formula, pemberian makanan tambahan boleh dimulakan seawal umur empat bulan kerana pada ketika ini mereka memerlukan lebih banyak khasiat untuk membesar.

揑bu tidak perlu risau anak mengalami masalah kurang zat jika diberikan susu badan semata-mata, kerana kandungan susu akan berubah secara automatik mengikut keperluan badan anak.

揂pabila anak mencapai umur enam bulan, mereka mula menjalani pertumbuhan dan perkembangan cepat. Ia juga penting untuk mengelakkan perkembangan terbantut, terutama bagi bayi yang bergantung kepada susu formula.

揚erlu diingat, makanan ini bukan pengganti susu badan. Ia hanya sebagai makanan tambahan. Justeru, susu badan perlu diteruskan, jika dapat sehingga bayi berumur dua tahun,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hazel_eja This user has been deleted
 Author| Post time 21-10-2005 08:57 PM | Show all posts

Manfaat susu ibu untuk semua

Manfaat susu ibu untuk semua


PUJIAN harus diberikan kepada ibu yang memberikan susu badan kepada anak. Walaupun kesedaran mengenai kepentingan memberikan susu badan semakin meningkat, ia masih belum mencapai sasaran.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 1996 menunjukkan, kadar penyusuan badan hanya sekitar 88.6 peratus dan masih banyak usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan semua ibu di negara ini memberikan susu badan secara eksklusif selama enam bulan.

Penghasilan susu akan bertambah dengan penurunan paras hormon progesteron, iaitu dalam tempoh 30 hingga 40 jam selepas bersalin.

Pada ketika ini, badan akan merembeskan prolaktin dan oksitosin (hormon yang menghasilkan susu). Hisapan puting oleh bayi juga akan merangsang penghasilan susu.

Paras prolaktin perlu tinggi untuk membolehkan susu dihasilkan. Bagaimanapun, ada kalanya pengeluaran susu terhenti jika penyusuan tidak berlaku secara sempurna dan susu yang terhasil tidak keluar dari payudara, walaupun paras prolaktin tinggi.

Biasanya bayi hanya menyusu tiga kali dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas kelahiran.

Kekerapan ini akan meningkat pada hari kelima dan menurun kembali pada hari ketujuh atau kelapan.

Namun ada cara untuk menggalakkan penyusuan ibu iaitu tidak memberikan puting tiruan kepada bayi. Ia bukan saja tidak membantu, malah menyukarkan bayi untuk menyusu susu ibunya.

Seperkara yang menarik, bayi tidak akan mengalami masalah keracunan kerana susu ibu adalah makanan paling bersih dan steril, walaupun ibu menghidap penyakit. Malah, ia boleh diberi sekerap mungkin selama mana bayi memerlukannya.

Beberapa faktor boleh merencatkan penghasilan susu badan iaitu apabila ibu berasa runsing, takut, sakit, malu dan bimbang. Malah, tabiat merokok dan minum minuman keras perlu dihindarkan sama sekali, baik ketika mengandung atau selepas bersalin.

Memberi susu badan bukan saja mendatangkan manfaat kepada ibu dan anak, tetapi kesannya turut dirasai masyarakat.

Ibu harus faham, bayi anda berhak mendapat makanan terbaik dan anak tidak sepatutnya diberikan makanan atau minuman selain susu ibu, kecuali atas sebab tertentu.

Manfaat kepada bayi:


Susu ibu mengandungi protein, lemak dan asid lemak omega 3 yang mudah hadam untuk membantu perkembangan mental.


Antibodi dalam susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan dan penyakit gangguan usus, masalah pernafasan dan jangkitan telinga.


Susu ibu mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan kanser di kalangan kanak-kanak.


Kanak-kanak yang diberikan susu badan terlindung daripada masalah alahan.


Susu badan mengurangkan risiko radang usus bagi bayi pramatang.


Susu badan juga mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan rahang.


Memberikan susu badan mengelakkan sindrom kematian bayi secara mengejut.


Susu badan dikatakan mampu merendahkan risiko diserang penyakit jantung apabila dewasa kelak.


Anak yang diberikan susu badan kurang mendapat masalah cirit-birit dan ini akan mengurangkan perbelanjaan perubatan.


Merapatkan hubungan di antara ibu dan anak.

Manfaat kepada ibu:


Melindungi ibu daripada kanser payu dara dan rahim.


Membantu mengurangkan berat badan secara semula jadi dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin yang dihasilkan mempercepatkan pengecutan rahim.


Proses di atas akan mengurangkan tempoh pengeluaran darah nifas.


Mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin.


Merendahkan risiko osteoporosis dan masalah jantung.


Menjimatkan belanja untuk membeli susu formula.


Pemberian susu badan antara cara merancang keluarga dan dapat menjarakkan anak secara semula jadi.


Biasanya ibu yang memberikan susu badan akan berasa lebih puas hati dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu.

Manfaat kepada masyarakat:


Pasangan yang baru mendapat anak masih boleh meluangkan masa untuk bersama keluarga dan masyarakat.


Mengurangkan kos rawatan, perubatan dan ujian makmal.


Menjimatkan sumber alam sekitar kerana penggunaan tenaga dan pencemaran dikurangkan.


Apabila anak sihat, ibu dan bapa boleh menumpukan perhatian kepada kerja dan menjadi lebih produktif.
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
 Author| Post time 22-10-2005 03:06 PM | Show all posts

Sarapan pagi kuatkan otak

Sarapan pagi kuatkan otak

PETUA orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia.

Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka.

Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.

Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui 憆ahsia
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
 Author| Post time 22-10-2005 03:44 PM | Show all posts

Susunan NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Epidural penawar sakit bersalin

Susunan NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


PENGALAMAN setiap wanita ketika mengandung dan melahirkan anak tidak sama. Sebilangan besar wanita menganggap ia pengalaman manis, namun ada juga mendakwa sakit bersalin mengatasi segala 憆asa sakit di dunia
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2005 05:11 PM | Show all posts
mekacih kak melati...sangat berguna info nih....:clap:
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 08:44 AM | Show all posts
kenapa la si moi ni tiba2 berterima kasih kat k melati lak nih....:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 03:39 PM | Show all posts
ala ida nih, moi nak tambah kredit pon takleh...
yelah kak...alamak kak hazel ller bkn kak melati...errr tershilap ler ida...harap mohon ampun kak hazel, ida.....ampun ampun...
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
 Author| Post time 25-10-2005 07:05 PM | Show all posts
Originally posted by moimed at 25-10-2005 03:39 PM
ala ida nih, moi nak tambah kredit pon takleh...
yelah kak...alamak kak hazel ller bkn kak melati...errr tershilap ler ida...harap mohon ampun kak hazel, ida.....ampun ampun...


takper ..kita tak kisah...tau takper(macam iklan radio era la pulak)...lol:ah::ah: so kalau ada artikel macam tu...kongsi2 la jgk ye..:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2005 05:28 PM | Show all posts
thanks....
berilmu berbakti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hazel_eja This user has been deleted
 Author| Post time 26-10-2005 08:40 PM | Show all posts

BAGAIMANA MENDIDIK ANAK MENGHINDARI MARAH?

BAGAIMANA MENDIDIK ANAK MENGHINDARI MARAH?
Oleh:

Norazimah Ibrahim

Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA

    Marah sesuatu yang perlu dalam kehidupan jika ia berada di tempat yang betul. Malah ketika manusia diciptakan, Allah telah meletakkan manusia dengan pelbagai perasaan dan kecenderungan yang tertentu. Marah sememangnya perlu untuk melindungi diri, memelihara kehormatan agama dan negara.

    Tetapi marah tercela yang dimiliki oleh manusia mempunyai pengaruh negatif terhadap keperibadian, kesimbangan akal dan keharmonian di dalam masyarakat.

    Sebagai penjaga mahupun ibu bapa kepada anak-anak adalah satu keperluan untuk membantu anak-anak menghindarkan sifat tercela ini. Bagaimana cara anda membantunya?

CARA MENGATASI KEMARAHAN  

Menghindari faktor-faktor kemarahan

Lapar
usahakan memberi makan anak pada waktu-waktu tertentu dan teratur
meremeh-remehkan keperluan makanan akan menyebabkan timbul pelbagai penyakit fizik dan gangguan psikologis.
Penyakit
Mengubati penyakit anak dan menjaga kesihatannya.
Nabi bersabda:

" Setiap penyakit itu ada ubatnya. Jika ubat itu mengenal penyakit, maka dengan izin Allah akan sembuhlah penyakit itu".

(Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)

Cemuhan dan Hinaan
Sebagai penjaga anak-anak jauhkanlah daripada perbicaraan yang mencemuh dan menghina agar marah tidak bersarang dalam diri.
Meniru tingkah laku orang tua
orang tua seharusnya memberi tauladan yang baik terhadap anak.
Anak-anak diperlakukan dengan penuh kelembutan dan seperlunya menahan hawa nafsu ketika marah
Dimanjakan dan kesenangan yang berlebihan
Perlu adil, beri kasih sayang dan nafkah dengan wajar.
Sabda Rasulullah:

Jauhilah oleh kalian  kehidupan bersenang-senang, kerana sesungguhnya hamba-hamba Allah itu bukanlah orang yang bersenang-senang.;

Ejekan, dipersendakan datau dipanggil dengan gelaran yang buruk.
Al-Quran memperkecilkan orang lain, berprasangka dan mencari kesalahan orang lain.
Mengubah posisi Orang yang Marah
Rasulullah bersabda:


  

"Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam posisi berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring."



Berwuduk
Rasulullah bersabda:



"Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk"



Minum air

Diam ketika marah.

Berlindung dari Allah dari syaitan yang terkutuk

Memberikan gambaran buruk tentang sifat marah ini.

Meluahkan masalah dan perasaan dalam keadaan yang sesuai dan dalam masa yang sesuai.

Senyum

Mengajar anak berfikir perkara yang positif dan mengingatkan perkara yang menyenangkan ketika marah.

Bayangkan marah akan menyebabkan punca kepada pelbagai penyakit (kita selalunya tidak mahu sakit).
Reply

Use magic Report

hazel_eja This user has been deleted
 Author| Post time 26-10-2005 08:44 PM | Show all posts

ANDA TIDAK BOLEH TIDUR?

ANDA TIDAK BOLEH TIDUR?
Oleh:

Norazimah Ibrahim

Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA


Anda mungkin menghadapi masalah atau gangguan untuk tidur yang dipanggil insomnia.

Insomnia ialah kesukaran untuk tidur atau tidur dengan nyenyak.

Keperluan untuk mendapat tidur berbeza mengikut umur dan keadaan:

Bayi memerlukan tidur 17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.090944 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list