CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bloxxzone

Dato Bahaman Pahlawan Kita

[Copy link]
nal This user has been deleted
Post time 12-5-2006 08:22 AM | Show all posts
Ini maklumat yg kawan dapat dari arkib negara. Buat lah perbandingan samada benarkah Dato' Bahaman & rhodong2nya kena tangkap di Siam?

Pada hari ini dalam tahun 1895 Hugh Clifford yang menjadi Residen British di Negeri Pahang telah sampai ke Kuala Trengganu dengan satu angkatan tentera yang mengandungi beratus-ratus orang askar yang lengkap bersenjata untuk mencari dan menangkap pahlawan-pahlawan Melayu Pahang yang telah lari menyembunyikan diri ke Ulu Trengganu kerana menentang pihak British yang telah masuk campur dalam pemerintahan negeri Pahang. Di antara pahlawan-pahlawan Pahang itu ialah Datuk Bahaman, Tok Gajah (Katib Rasu), Mat Kilau, Mat Lela, Awang Nong dan Teh Ibrahim.

Pasukan Clifford secara keseluruhannya terdiri daripada 252 orang, 190 di antaranya adalah orang-orang Melayu. 1 Beliau melakukan berbagai cara untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk-penduduk Kelantan dan Trengganu terhadap pergerakan pahlawan-pahlawan Pahang itu, termasuk membeli rahsia. Bagaimanapun cara ini telah tidak mendatangkan hasil, malah 'lebih daripada itu dilakukannya paksaan dengan kekerasan seperti perotanan........ 2 Beliau juga............. memakai cara dengan menyuruh penduduk-penduduk melakukan sumpah dengan Kur'an di atas kepala untuk mendapatkan keterangan yang diperlukannya.3

Taktik peperangan sepit udang yang digunakan oleh Clifford untuk mengepung musuh dan juga taktik menyekat bekalan makanan telah tidak dapat menyebabkan tertangkapnya atau penyerahan diri pahlawanpahlawan Pahang itu. Clifford mengatakan hal ini berlaku kerana bantuan penduduk-penduduk Kelantan dan  Trengganu kepada pejuang-pejuang Pahang serta sikap tidak jujur Pesuruhjaya Siam yang dipercayai bertalam dua muka.4

Hugh Clifford yang mengesyaki mereka sedang menyembunyikan diri dalam kawasan rumah Engku Saiyid Keramat di Kampong Paluh, Kuala Trengganu telah meminta pertolongan Sultan Trengganu, Sultan Zainal Abidin dan Eugku Saiyid Keramat untuk menangkap pahlawan-pahlawan Pahang yang dianggap sebagai "pemberontak" itu. Baginda Sultan Zainal Abidin telah menunjukkan sikap enggan membantu pihak British menangkap pahlawan-pahlawan Pahang itu kerana tidak mahu turut serta membinasakan orang-orang yang sebangsa dan seugama dengan baginda. Engku Saiyid Keramat yang telah bertemu dengan pahlawan-pahlawan Pahang itu dan menyuruh mereka berlindung di Besut serta menggalakkan mereka meneruskan perjuangan mereka terhadap pihak British, memberitahu Clifford bahawa beliau tidak tahu dan tidak pernah berjumpa dengan pahlawan-pahlawan itu.

Setelah tiga bulan ekspidisi memburu (hingga ke Kelantan) pahlawan-pahlawan tidak juga menunjukkan harapan cerah, malah semakin dalam keadaan ketidakpastian, akhirnya pada 17hb Jun, 1895, Gabenor mengarahkan Clifford kembali ke Pahang.5 Ekspedisi yang menelan   belanja RM 7,393.83 itu telah gagal dalam tujuan utamanya, tetapi menurut Wise (pegawai Inggeris yang terbunuh dalam pertempuran merebut kembali kubu Jeram Ampai pada 29hb Jun, 1894 bahawa ia telah memberikan maklumat yang berguna kepada Inggeris mengenai negeri-negeri Kelantan dan Trengganu.

Bagaimanapun dalam tahun 1896 Duff (Superintenden Polis Pahang) melaporkan dalam laporannya bahawa pemimpin-pemimpin pejuang Pahang yang melarikan diri, Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela, Imam Perang Yusof, Teh Ibrahim dan Awang Nong telah diperangkap oleh Siam dalam satu jamuan yang sengaja mereka (pihak Siam) adakan.6 Di dalam serkapan  ini dikatakan pahlawan Mat Kilau telah terbunuh, dan yang lainnya dibawa kd Chieng Mai. Laporan Duff ini disokong oleh hasil penyelidikan wakil Konsul British di Siam, Archer, berdasarkan kepada siasatannya ke atas adik Mat Kilau, Teh Ibrahim.

Antara lain, Teh Ibrahim menyatakan,

..The Siamese would not let us go; and, fearing probably that we would escape, they invited us to a banquet, and suddenly attacked and arrested us while we were eating. 1 was seriously hurt, and have, as you see, still the marks of about ten wounds in my head. My elder brother Mat Kilau was killed at the time, as also others of my relations' 7.

Bagaimanapun, tidak terdapat sumber yang pasti mengenai hal itu dan mengenai kematian Mat Kilau. Malahan, dalam bulan Jun 1969 masyarakat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu telah gempar dengan kemunculan seorang tokoh berumur lebih 100 tahun yang mengaku telah menentang Inggeris di Pahang hingga ke akhirnya.8 Tokoh itu dipercayai sebagai Mat Kilau. Kerajaan Negeri Pahang telah membentuk sebuah awatankuasa khas untuk menyiasat kemunculan tokoh itu dan perjuangannya, tetapi hingga kini masih belum dikeluarkan kenyataan rasmi mengenainya oleh kerajaan Malaysia.

--------------------------------------------------------------------------------
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2006 11:10 AM | Show all posts
bangga koi bersekoloh di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman...huhuhu
Reply

Use magic Report

nenes This user has been deleted
Post time 15-5-2006 04:23 PM | Show all posts
takkan bangga jerk...kaber2 la kombang tu..heh heh
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 18-5-2006 04:30 PM | Show all posts
Ari ni koi ingat nok nyambung lagi Jejak Bahaman ni. Mungkin ramei yang tertanya nape rajin hantor. Jawapannya bila kawan kaji sejarah Dato' Bahaman ni terlalu banyak sangat fakta bercanggah dan mempelekehkannya.

Pada tahun 69 apabila Pawang Nong diberitahu tentang kemunculan Tok Peramu. Pawang Nong (Ulu Cheka) orang yang penah berjuang bersamanya juga mengakui itulah Dato Bahaman. Begitu juga dgn Mat Kilau.

Tapi yang ajaibnya bila kerajaan buat siasatan bertahun2, tidak pulak mengistiharkan Tok Peramu itu Tok Bahaman. Pelik...bin Ajaib.
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 4-6-2006 11:49 PM | Show all posts
Selepas 15 tahun di Patani, Dato' Bahaman, Mat Kilau, Mamat Kelubi dan Tok Panglima Hitam balik ke Kelantan dalam tahun 1911.

Mat Lela pula pergi ke Indonesia. Panglima Garang Yasin dan Datok Seribu Garang meninggal dunia di Patani.

Datok Bahaman pernah jadi guru Al-Quran di Tanah Merah, Kampung Sireh dan Pasir Mas selama 9 tahun.

Pernah terlibat dalam Pemberontakan Kelantan dan Terengganu.

Mei 1920, balik ke Pahang dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) menggunakan nama Lebai Deraman

1926, pindah ke Lg. Peramu dan digelar Tok Guru Peramu sehingga meninggal pada 23 Julai 1978 dan dikebumikan di depan surau pondoknya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 11:54 AM | Show all posts
masa sekolah dulu saya sekolah kat sek. men. dato bahaman lanchang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
nal This user has been deleted
Post time 20-6-2006 12:38 PM | Show all posts
SEBAB - SEBAB MELETUS PERANG PAHANG

Pihak British telah memujuk Sultan Ahmad untuk campurtangan di dalam pemerintahan Pahang kerana hasil bumi seperti balak, bijih timah, getah, gading, rotan, emas, padi dll. Sultan, Datuk Bahaman, Tok Gajah dan pembesar Pahang telah mengadakan satu mesyuarat di Kuala Bera, Temerloh. Kemudian mesyuarat sulit diadakan di Sungai Salan, Pulau Tawar, Jerantut. Keputusannya semua pihak bersetuju tidak akan membenarkan campurtangan British ke atas Pahang.
Pihak British telah mengangkat Wan Mansur adik Wan Ahmad menjadi Raja Muda pada tahun 1885. Kematian seorang Cina di istana Sultan telah menyebabkan Wan Ahmad menandatangani perjanjian membenarkan British campurtangan dalam pemerintahan Pahang.
British membawa masuk buruh2 Cina untuk lombong dan menimbulkan kekacauan di dalam Negeri Pahang.
Sultan Abu Bakar (Johor) digunakan British untuk memajak tanah lombong di Pahang. Pembesar ditarik kuasa memungut cukai dan tidak dibayar gaji selama setahun seperti yang dijanjikan oleh pihak British.
Dato Bahaman telajh dipilih berbincang dengan British dan Sultan Abu Bakar. British menawarkan gaji tetap 500.00 sebulan dan lain2 kemudahan. Dato Bahaman menolak tawaran British.
British telah merampas tanah Orang Kaya Setia Raja Haji Wan Daud secara kekerasan pada tahun 1889. British mendirikan pondok polis di Lubuk terua, Semantan tidak jauh dari rumah Dato Bahaman. British juga membuka lombong2 baru di Lipis, Bentong dan Jerantut sesuka hati.
Sultan Ahmad berpindah ke Pulau Tawar selepas anaknya dilantik menjadi Pemangku Raja pada 1889. Sultan Ahmad hanya menjadi boneka kepada British sahaja bagi mendiamkan pembesar2 Pahang. Penghinaan kepada Sultan telah membangkit kemarahan pembesar2 Pahang.
Reply

Use magic Report

semantan This user has been deleted
Post time 13-7-2006 06:12 PM | Show all posts

nak tambah

akom.Leh saya menambah sikit....koi rasa dato bahaman dipanggil tok janggut.Beliau pernah balik ke semantan untuk melihat cucu-cicik beliau.Beliau menukar nama kerana tidak mahu dikenali dan takut kepada penjajah pada masa itu.untuk meklumat lanjut kita leh tengok buku sejarah cerita pasal pasukan unit ke 10 komunis malaya.Tentang abu samah.dia ada cita pasal dato bahaman dan keturunannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


semantan This user has been deleted
Post time 13-7-2006 06:17 PM | Show all posts

tahun berapa belajar 2

koi juga belajarkat sana...he..
koi skarang nak cara sangat maklumat pasak dato bahaman.tapi kalu menikut buku org putih, fakta x tepat sangat.koi ada baca kat library um, beliau lari ke siam.pastu masa buat landasan maut kat thailand terdapat juga dato bahaman.
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 14-7-2006 12:29 AM | Show all posts
Originally posted by semantan at 13-7-2006 06:12 PM
akom.Leh saya menambah sikit....koi rasa dato bahaman dipanggil tok janggut.Beliau pernah balik ke semantan untuk melihat cucu-cicik beliau.Beliau menukar nama kerana tidak mahu dikenali dan takut  ...


Tok Janggut, yang mana?

Buku Abu samah, tolong berikan tajuknya. Koi tengah kumpul maklumat berkaitan Dato' Bahaman.

Bagi kawan To' Bahaman tidok ditangkap oleh Siam. Sebab tak ade dalam Sejarah Siam. Lagipun buat ape Siam nak simpan sebab Dato' Bahaman memang dikehendaki oleh British. Itu cuma taktik British nak memalukan orang Melayu dan melemahkan semangat penentangan saje.
Reply

Use magic Report

semantan This user has been deleted
Post time 14-7-2006 03:28 PM | Show all posts

buku

xsilap koi buku tu tajuknya rejimen ke 10 parti komunis malaya.tapi buku tu asanya dah takleh keluar dah..ala mcm buku pasal memoir samsiah fakir.
tok janggut tu lah dato bahaman.dia tukar nama n kalu kita macam keliru tu sebenarnya dia org main tukar nama sesama sendiri bg mengelirukan org(musuh).pasal bahaman nie bnyk bukunya
tapi semua buku lama.masa aku belajar dulu rajin gak aku baca.dato bahaman nie pernah bertapa untuk mendalami ilmunya kat hulu teris.tapi aku ada musykil la.mcm mana silat gayong ada menyatakan dato bahaman, mat kilau dan syed zainal bg ke indo.sedangkan kalu ikut sejarahnya dato bahaman seusia ngan ayah mat kilau, tok gajah.
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 16-7-2006 09:58 PM | Show all posts
Banyak oghang nak tumpang name To' Bahaman. Biasa la Pahlawan Negara kan. Tapi sayang sejarah beliau sendiri pun tak dikupas dan dikaji.
Anok - ano Dato' Bahaman yang koi tau, Mat Lela dan Cikgu Jantan. Tapi tak kan deme ade dua anok je.
Reply

Use magic Report

semantan This user has been deleted
Post time 17-7-2006 03:00 PM | Show all posts
sebenarnya ada juga anak bahaman yg lain.menurut sumber, anak bahaman nie adalah kwn baik atau guru kpd abu samah.tapi yang koi tak puas hati semua sumber nie ckp org tua dan hanya pd satu sumber.koi juga puas cari pasal dato bahaman dlm buku.tapi maklumat dia sikit sngt dan bercanggah.ada yg koi baca tu, dato bahaman nie berasak dr kg cempaka lanchang.dia pernah bertapa kat hulu teris bg mendalami ilmu persilatan.dan lg satu dikatakan  kubur ayah dato bahaman nie kat senayan.dan apabila banjir berlaku kubur ini mcm tak tengelam.lagi satu, masa dato bahaman melarikan diri dr inggeris (lari bukan krn takut) pihak musuh telah menghantar seorg panglima dr perak (x ingat nama).panglima ini pernah bertempur dngn dato bahaman semasa perang klang dahulu, tapi kalah.nie kira untuk balas dendam lah.dlm masa mencari tu dia bertemu dngn dato bahaman dan berlaku pertempuran.dan dato bahaman menang.dan sebenarnya ramai pengikut datuk bahamn nie tak lut dipeluru kerana mengamalkan ilmu besi.(kalu tak caya tanya org kuantan yg mengamalkan silat mat kilau).tapi dah jadi sifat org melayu yg suka dirasuah, mereka ini lah yg membocorkan rahsia kelemahan ilmu ini.(mana ada ilmu didalam dunia ini tiada kelemahan, jika itu kehendak dr maha kuasa).Tapi satu yg koi tak puas hati, skrg org pahang dah tak mengaku org pahag.dah tak de ilmu pertahan diri mcm org dahulu (walhal mungkin dato moyang mereka hulubalang).pastu dah tak bersatu mcm org dahulu.mana semangat dato bahaman takpun semangat anti penjajah.Apa kata kita kumpulkan silat dr pahang dan bekalkan kepada muda mudi.mcm mana popularnay silat cekak, gayong, sendeng.etc.padahal dulu dengan silat nie org pahang dapat menawan kuala selangor.bangkitlah wahai org pahang!!!!
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 18-7-2006 12:36 AM | Show all posts
Kebanyakan buku rujukan berkaitan Dato' Bahaman ditulis oleh bangsa asing bukannya dari tulisan anak Pahang. Kemungkinan pada waktu tersebut status To' Bahaman sendiri yang dicop sebagai pemberontak/ penderhaka. Itu lah sebab perlu ada insentif dari kerajaan Pahang untuk mengkaji Sejarah Perjuangan Anok2 Melayu Pahang. Ketepikan dahulu kepentingan politik, cari sejarah yang sahih.

Zaman kini da berubah, jika ingin berkuasa bukannya bergantung kepada kekuatan fizikal sahaja, tetapi perlu ada pelbagai ilmu yang lain. Yang buat koi kecewa sedikit, pahang ni memang ketinggalan dari segi pendidikan. Anok pahang pun tak ramei yang dapat masuk IPTA, Universiti pun tak banyak. Lepas tu bagi pulok kuota kat oghang lain. Apkhirnya anok Pahang terpinggir kat bumi sendiri.:pmuka::pmuka::pmuka:
Reply

Use magic Report

semantan This user has been deleted
Post time 18-7-2006 09:20 AM | Show all posts
koi sokong tu....tapi kekuatan fizikal pemikiran perlu ditambah dengan kekuatan fizikal.baru boleh berdaya saing...koi dengar negeri pahang pun antara negeri yg mundur.aduhai pahang..masa koi belajar dulupun xramai org melayu pahang..tu belum dikira yg masuk koz jurutera, doktor dan law.etc.kalu ada pun sastera tu pun tak ramai....tolonlah cikgu2 kat pahang nie...ajarlah anak-anak pahang sehingga berjaya.kalu dulu ada ishak hj muhammad, tokoh persuratan takkan zaman serba canggih nie takde...
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 18-7-2006 11:50 AM | Show all posts
jawapannya mudah sahaja, kebanyakan ahli2 politik Pahang, hanya mengumpul kekayaan sendiri bukan nak perjuangkan nasib anok negeri Pahang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


semantan This user has been deleted
Post time 18-7-2006 01:55 PM | Show all posts
aduhai anok negeri pahang...malang nasib mu...dulu nenek moyang kita bngun melawan penjajah untuk kesenangan anak cucu..rupa-rupanya sia-sia perjuangan...cabut penjajah, dtg org kita sendiri menjajah...alahaiiii.
Reply

Use magic Report

terang This user has been deleted
Post time 18-7-2006 07:48 PM | Show all posts
nak tau betuah atau tidak kalau korang keluar pahang cuba korang bangkit kan asal usul korang contohnya "ini anak pahang" semasa gaduh atau ada kecelakaan. korang mesti ada rasa satu semangat dalam diri korang. kalau nak tau lebih lanjut korang carilah orang2 tua kat kampung. sebab itu orang pahang dulu handal2. sebab ada semangat inilah.
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 19-7-2006 01:04 AM | Show all posts
Originally posted by terang at 18-7-2006 07:48 PM
nak tau betuah atau tidak kalau korang keluar pahang cuba korang bangkit kan asal usul korang contohnya "ini anak pahang" semasa gaduh atau ada kecelakaan. korang mesti ada rasa satu sema ...


Terang, tak perlu la sampei nak bergaduh pulok.:lebai::lebai:
Reply

Use magic Report

semantan This user has been deleted
Post time 19-7-2006 11:25 AM | Show all posts
memang...tu org tua-tua lah..tapi ada ke budok muda skrag mcm tu. kalu ada pun xseberapa.berapa ramai yg letak logo kat kenderaan dia logo pahang.kalu org kelantan banyak lah.bukan koi nak bangkitkan semangat kenegerian, tapi just nak tunjukkan kita org pahangla.tapi pada koi skrg kita kena tukarla.semangat kenegaraan.kalu semua ada semangat kenegerian mcm mana nak pertahan kan negara.masa dulu mudah nya penjajah jajah tanah air kerana takdenya semangat ini.kalu setiap negeri bersatu pasti xdapat dijajah.pastu xdelak tali barut.skrg nie koi rasa kita patut tanamkan semangat ini kat anak muda.jangan nak ambil dadah, nak jadi bohsia,mat rempit  hiburan dan etc.
pastu kita buka kembali gelanggang silat or seni pertahankan diri.ialah kalu kita kena serang kurang-kurang leh jugak kita pertahankan.tapi janganlah tinggalkan pelajaran dan ilmu.lagipun koi tengok seni silat skrg dah kurang asli.dah banyak ditokok tambah.memang ada bagusnya tapi kita kena tahu gak buah asalnya, salasilahnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.061240 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list