CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: zurin_79

[MERGED] Cirit Birit

[Copy link]
Post time 16-1-2006 01:12 PM | Show all posts
akucome cuba tgk link kat health tuh..or kat pharmacist forum pun ader kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2006 03:21 PM | Show all posts
make sure baby you tu tak dehydrated.. bagi minum air selalu2.... and kalau doc ada bagi mineral salts tu lagi bagus... atas nasihat doc, I kenkadang bagi my son minum 100plus (tapi kena bukak lama2 baru bagi kat dia)...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2006 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 16-1-2006 01:12 PM
akucome cuba tgk link kat health tuh..or kat pharmacist forum pun ader kot


dah check dah kat form tu..thanks byk info berguna..so takdelah risau sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2006 08:49 AM | Show all posts
baby dah ok ke belum..?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2006 11:43 AM | Show all posts
alhamdulillah..baby dah kurang beraknya....adalah dlm 3-4 sehari...ni dah masuk hari ke 5..panas badan pun dah hilang...tp cirit birit nyagkit kat ibunya pulakle...come plak yg sakit perut memulas2...tak tahulah knp...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2006 12:08 PM | Show all posts
akucome..cirit mmg leh jangkit,always wash your hands...get well soon!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2006 02:08 PM | Show all posts
akucome beli ke ubat rzjs cadangkan tu? u pon boleh minum smecta tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 05:00 PM | Show all posts
Originally posted by rzjs at 18-1-2006 02:08 PM
akucome beli ke ubat rzjs cadangkan tu? u pon boleh minum smecta tu..


er, ops tmpang nyampuk...
smecta tuh bleh guna kt baby usia 2 bulan x?

Baby guppy, tgh cirit birit nih...dah jumpe dokte...tp dokter kater x per, x paper...just cairkan susu die jer....sampai arini baby guppy still mcm nih...susu pun guppy tukar...dr dutch lady 123 ker dutch lady frisolac...awal2 tuh ok..then die jd balik....:stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2006 10:15 AM | Show all posts
cuba tanya pharmacist tuh...kalo ada pedialite pun okeh...ORS tuh kebykannya sama jek
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 10:13 PM | Show all posts
Anak2 I pun penah kena jugak masa kecik2 dulu... ni sume sb susu formula ler I rasa, sampai merah2 bontot diorg sian sb pedih kesan lecet tu.... biasanya kitorang bagi free lactose milk or soya based milk... solve problem... tak berak2 lagi, memang susu tu untuk baby yang kena cirit birit.. tapi my 3rd baby ni fully breastfeed ... so problem tu x penah ada... kembong pun tak penah... alhamdulillah sihat jer..cuma kita yang kena pantang makan jgn silap makan.. suffer ler sikit..tapi apa nak buat, biar anak sihat. kita pun tak susah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2006 12:00 PM | Show all posts
my doter br ok dr cirit birit n muntah2...2 mggu lebih kena gitu...dah ler bdn kurus...bertambah susut tgk....3 kali bw pi hosp..memula pi hosp muar, pastu hukm..pastu hosp serdang...semua tanak bg dia masuk air sbb kecik ..lagipun takut usus dia tak matang lg....sebenarnyer bukan sbb susu tp air kotor masa tuh kat muar...saya yg kena cirit oun sampai lenguh2 kaki..inikan plak bdk kecik.....

biler dah ok..susu plak sbb peralihan setahun...mmg minum dumex, biler tuko dumex dugro sthn tuh..still cirit ...so, tuko isomil buat sementara waktu sbb doc tak galakkan minum susu soya sbb kurang skit zat berbanding susu lembu....skrg nih nak try tuko susu plak...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 04:18 PM | Show all posts
Kesihatan Anak: Cirit-birit bawa maut
Oleh Hanisah Selamat


Kanak-kanak mempunyai ketahanan rendah terhadap serangan bakteria, parasit berbahaya


KANAK-KANAK perlu diberi rawatan segera jika keracunan makanan.

KERACUNAN makanan di kalangan kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan. Senario cirit-birit dan muntah berterusan itu menyebabkan dehidrasi selain berkemungkinan merosakkan organ penting dalam tubuh termasuk sel hati, buah pinggang serta tisu lembut selain mengurangkan kecekapan fungsi badan secara normal.

Walaupun kebanyakan ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga ketika makan di luar, lebih-lebih lagi pada musim perayaan yang mengamalkan tradisi berkunjung ke rumah saudara serta rakan taulan, 憄antang larang
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 01:28 PM | Show all posts
Baby Aja pulak asyik berak2 since lahir lagi.. Dia fully breast feeding.. Dulu rasanya masa my sons baby pun sama juga tapi dah lupa laa berapa lama.. Yg si baby ni next week dah genap sebulan.. Tapi still berak2 cair, taik dia kaler kuning kunyit gitu bersama lendir@air.. Aja kerap ler tukar diapers dia takut kulit melepuh tapi teruk gak montot dia merah2 w'pun Aja tukau diapers dia every 1/2 hours.. Tiap kali tukau diapers tu Aja sapu skali krim montot utk kurangkan melecet tu.

Apa nak buat ek nak kasi baby tanak berak2 camtuh? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:20 AM | Show all posts
bby kembara pun kena cirit birit gak semalam..risau betul. maklum la anak sulung. ingatkan bby sitter dah kasik solid food kat dia...manalah tahu kan..dia baru ja 4 bulan dan kembara x kasik makan lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 12:26 PM | Show all posts
anak aku baru baik dr cirit birit....sampai bontot dia melecet...sian ake nengok dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 02:44 PM | Show all posts
Cirit Birit

punca dan jenis
Oleh Dr. Mohmed Izham Mohamed Ibrahim


Masalah cirit birit (diarea) selalunya dikenal pasti melalui peningkatan kekerapan membuang najis yang lembut dan berair dalam tempoh yang singkat. Kekerapan pembuangan najis berbeza di kalangan individu. Terdapat individu yang membuang air besar sekali dalam tempoh dua hingga tiga hari. Ada laporan yang mencatat berat normal najis sehari lebih kurang 100 hingga 150 gram. Jika beratnya mencapai 200 hingga 300 gram (atau lebih daripada 200ml/hari), ini dianggap sebagai cirit birit.


Faktor utama yang menyebabkan berlaku cirit-birit ialah pengumpulan air pada bahagian usus. Kandungan air meningkat kepada 60 hingga 90 peratus. Air ini sepatutnya diserap semula oleh usus. Cirit-birit berlaku apabila faktor-faktor tertentu mengganggu keupayaan usus untuk menyerap air dan garam mineral daripada najis. Kadangkala najis tersebut berdarah, bernanah dan berlendir.


Cirit-birit sering dilihat dan dirawat sebagai masalah gastrousus (sistem penghadzaman) yang tidak serius dan sementara. Lebih daripada 50 jenis penyakit termasuk penyaki-penyakit kronik seperti buah pinggang, jantung, hati kelenjar tiroid dan AIDS akan menyebabkan masalah cirit-birit. Selain itu, pelbagai jenis ubat boleh menyebabkan kesan sampingan cirit-birit. Cirit-birit juga sering dikaitkan sebagai tanda penyakit yang utama.


Usus besar manusia mempunyai dua fungsi, penyerapan dan penyimpanan. Di bahagian penyimpanan, usus menyimpan bahan-bahan buangan yang dikenali sebagai najis. Najis ini terdiri daripada 75 peratus air dan 25 peratus bahan-bahan lain seperti makanan yang tidak dapat diserap, sel-sel tubuh yang telah mati, kuman bakteria, bahan garam mineral yang tidak diserap dan dalam kuantiti yang kecil. Dalam saluran usus, kuman bakteria menghasilkan  vitmain dan bahan kimia yang dikenali sebagai ammonia.


Kuman yang sering berada dalam kawasan usus dikenali sebagai Bakteroides dan Laktobasilus. Selain itu, terdapat juga jenis bakteria yang dipanggil sebagai Escherichia coli, Streptococus Clostridium dan juga kulat yang tinggal dalam usus besar manusia. Kuman-kuman ini akan menjadi merbahaya apabila jumlah mereka mengganda tanpa kawalan. Di antara faktor yang boleh merubah atau mempengaruhi jumlah kuman-kuman ini ialah jenis pemakanan, tahap keasidan bahagian usus, penyakit gastrousus dan ubat-ubatan seperti antibiotik.


  Bagaimana cirit-birit boleh berlaku?  

Ciritt-birit berlaku akibat pelbagai perkara, menyebabkan pihak perubatan sukar untuk mengenal pasti punca masalah tersebut. Ia memerlukan sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan ujian makmal yang rapi. Punca masalah ciri-birit boleh berlaku akibat masalah psikogenik (ketegangan emosi dan kerisauan), neurogenik (gangguan sistem saraf), selepas pembedahan, gangguan sistem kelenjar (edokdrin), rengsaan, osmotik, pemakanan, alahan, masalah penyerapan makanan dan garam mineral, jangkitan serta radangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2007 02:46 PM | Show all posts
Jenis-jenis masalah cirit-birit            

Terdapat dua jenis utama masalah cirit-birit akut dan kronik

Cirit-birit akut  

Cirit-birit jenis ini ditunjukkan dengan kejadian cirit-birit secara tiba-tiba. Najis yang dihasilkan lembut dan berair, perut yang 'berangin' atau bergas (flatulens), kesakitan dan individu mengalami demam dan muntah-muntah.

Cirit-birit akut mungkin disebabkan oleh jangkitan, keracunan (toksin), kesan sampingan ubat atau jenis makanan. Sesetengah penyakit boleh menyebabkan cirit-birit. Cirit-birit yang berpunca daripada jangkitan kebiasaannya disebabkan oleh kuman virus.

   1.Cirit-birit disebabkan kuman bakteria

      Kebiasaannya, kuman bakteria yang sering menyebabkan cirit-birit akut ialah E. coli, Shigella, Camphylobacter dan Staphylococuc. Sebahagian kuman ini menghasilkan racun (toxin) yang menyebabkan cirit-birit. Bahagian usus yang terbabit ialah usus kecil. Antara tanda-tandanya ialah pembuangan najis berair yang banyak secara tiba-tiba, rasa mual, muntah, kekejangan di bahagian perut (perut) dan kadangkala mengalami demam.

      Jika usus besar terbabit, individu akan mengalami demam, kekejangan di bahagian perut (perut), rasa ketegangan dan kerap kali menghasilkan najis berdarah dan bernanah. Individu yang termakan racun oleh kuman Staphylococos  akan menerima kesannya dalam tempoh satu hingga dua jam, dan 12 hingga 24 jam jika racun itu dihasilkan oleh bakteria Salmonella. Kesan-kesan lain ialah demam, lesu, sakit otot, pedih pada bahagian ulu hati dan masalah anoreksia yang teruk. Individu yang dijangkiti oleh kuman virus, sering merasa sakit yang teruk pada bahagian atas pusat dan muntah-muntah dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum masalah ini mulai reda.

      Cirit-birit yang boleh disebabkan oleh kuman bakteria campylobacter jejuni yang memakan masa satu minggu. Rawatan bantuan sudah memadai tetapi jika tidak berkesan antibiotik eritromisin perlu diberikan. Selain itu, bakteria Ysrsinia enterocolitica turut menyebabkan cirit-birit. Masalah ini berlarutan selama satu hingga tiga minggu dan akan reda sendiri. Pesakit hanya memerlukan rawatan sokongan tanpa ubat antibiotik.

      Cirit-birit akibat jangkitan hanya perlu dirawat dengan memberikan air yang secukupnya dan  garam mineral bagi menggantikan jumlah air yang telah hilang melalui pembuangan najis berair yang kerap. Dalam kebanyakan kes, masalah akan reda dengan sendiri dan fungsi saluran pemakanan (usus) akan pulih tanpa atau dengan rawatan dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Antibiotik hanya digunakan apabila cirit-birit terus berlaku dalam tempoh yang lebih lama walaupun rawatan sokongan telah diberikan kepada pesakit.

   2.Cirit-birit akibat kuman virus

      Bayi dan kanak-kanak sering mengalami masalah cirit-birit. Puncanya sukar dikenal pasti walaupun dalam kebanyakan kes disebabkan oleh kuman virus. Kuman virus yang sering menjangkiti kanak-kanak ialah rotavirus. Kanak-kanak akan mengalami kesan jangkitan dalam tempoh 12 hingga 48 jam. Mereka akan mengalami cirit-birit, muntah-muntah dan demam. Namun cirit-birit tersebut akan reda dengan sendiri dalam tempoh lima hingga lapan hari. Manakala individu hanya perlu diberikan rawatan sokongan sahaja. Kajian membuktikan bahawa susu ibu mampu mencegah bayi daripada mengalami cirit-birit.

      Cirit-birit yang akut pada kanak-kanak terutamanya bayi boleh membahayakan kesihatan mereka akibat ketidakseimbangan garam mineral dalam tubuh dan kekurangan air yang teruk. Kekerapan cirit-birit sebanyak lapan hingga 10 kali sehari bagi bayi berumur dua bulan boleh menyebabkan kehilangan cecair dalam badan yang serius sehingga mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang dan fungsi jantung serta gangguan peredaran darah. Bagi kanak-kanak, masalah cirit-birit adalah serius dan perlu pemerhatian doktor.

   3.Cirit-birit diakibatkan oleh protozoa

      Cirit-birit yang akut boleh juga disebabkan oleh organisma protozoa yang dikenali sebagai Giardia lamblia dan Entamoeba histolytica. Protozoa Giardiasis sering menjangkiti kanak-kanak, pelancong yang melancong ke kawasan atau negara bercuaca panas (tropika dan subtropika) serta pesakit-pesakit yang berada dalam wad hospital. Selepas satu hingga tiga hari jangkitan, individu akan mendapat cirit-birit dan kekejangan di bahagian perut.

      Organisma protozoa Entamoeba histolytica selalu berada dalam kawasan yang mempunyai sistem pembuangan najis yang tidak bersih dan sempurna dan menjangkiti pesakit-pesakit yang berada di dalam hospital, pelancong dan pekerja-pekerja atau buruh asing (luar negara). Mereka akan mengalami kekejangan pada bahagian perut yang teruk dan cirit-birit selama tiga hingga 10 hari. Rawatan yang sesuai bagi kedua-dua jenis jangkitan oleh protozoa ialah ubat antibiotik Metronidazole.

   4.Cirit-birit yang diakibatkan oleh ubat

      Terdapat ubat-ubat di dalam pasaran yang boleh mengakibatkan kesan sampingan cirit-birit. Individu yang menggunakan ubat-ubat tertentu untuk penyakit yang lain dan mendapat kesan sampingan cirit-birit. Kebanyakan daripada ubat antibiotik boleh menghasilkan kesan sampingan ini pada kebanyakan individu. Di antara ubat antibiotik tersebut ialah ampisilin, klindamisin, eritromisin, linkomisin, neomisin, triometoprim-sulfametoksazol, tetratsiklin dan sefalosporin.

      Kesan sampingan tersebut berlaku kerana ubat yang digunakan menyebabkan kuman bakteria dan kulat yang ada dalam tubuh rintang atau dalam kata lain antibiotik tersebut tidak berkesan terhadap kuman-kuman tersebut. Akibatnya, kuman-kuman tersebut membiak dengan banyak dan ada di antara bakteria yang menghasilkan racun atau toksin. Antara kuman bakteria yang sedia ada dalam usus dan membiak apabila individu berkenaan memakan antibiotik ialah staphylococcus aureus, Pseudomonas aeruginosa, Streptococcus faecalis, Canadida albicans, kumpulan Salmonella dan Proteus.

      Kesan sampingan ubat ini boleh reda dengan sendiri apabila ubat yang dimakan diberhentikan. Namun, individu dinasihatkan supaya menghubungi doktor atau ahli farmasi dengan segera apabila menghadapi kesan sampingan ubat tersebut. Doktor atau ahli farmasi juga patut menasihati pesakit berkaitan kesan samping cirit-birit yang mungkin akan dialami oleh individu apabila memakan sesuatu ubat.

      Penggunaan antibiotik yang berpanjangan boleh menyebabkan pertumbuhan kuman bakteria Clostridium difficile. Ia akan menghasilkan racun yang boleh membawa maut jika masalah ini tidak ditangani dengan segera. Selain turut mengakibatkan radang pada bahagian usus kecil dan besar yang dikenali sebagai Pseudomembraneus colitis (PMC). Ini mudah berlaku pada warga tua. Individu akan mengalami cirit-birit yang sangat serius dan berpanjagan. Antara rawatan yang berkesan ialah dengan pemberian ubat antibiotik eritromisin, tetrasiklin, kumpulan sefalosporin, cankomisin dan metronidazol.

      Kumpulan ubat lain yang boleh mengakibatkan kesan sampingan ialah seperti ubat untuk masalah sembelit, antasid, ubat darah tinggi, ubat kanser, ubat malaria dan ubat gout.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 09:50 AM | Show all posts
Kesihatan Anak: Bayi kena cirit-birit kurang air


MUNTAH dan cirit-birit boleh terjadi kerana virus, bakteria, parasit selain makanan yang sukar dicerna (kerana terlalu manis).

Kedua-dua masalah itu berbahaya kepada kanak-kanak kerana ia menyebabkan kekurangan air (dehidrasi) dalam tubuh. Bayi mudah berhadapan dengan masalah ini, begitu juga kanak-kanak.

Apabila anak anda mengalami muntah dan cirit-birit, dia memerlukan air yang banyak bagi menggantikan cecair yang hilang. Galakkan dia (jika anak berusia lebih dua tahun) untuk minum lebih banyak air dan tidak semestinya air suam. Mungkin anda boleh beri dia jus buah-buahan. Kadangkala doktor memberi 憃ral rehydration solution
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 12:35 PM | Show all posts
anak saya umur setahun dah 2 mggu lebih cirit birit..dah 3 kali bwk g klinik tp still tak baik2...fully breastfeed..taktau apa yg tak kena...nak kata saya mkn jamu, takde plk.

nak tanya...yg garam utk dehydration tu budak2 umor setahun bleh mkn tak?
harap ada yg sudi menjawap. sbb anak dah nmpk kurus tu..takut dia dehydrated je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.395774 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list