CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rapid

BIODATA TOK GURU NIK AZIZ

[Copy link]
wacayasamalula This user has been deleted
Post time 24-1-2006 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by NURMIMIE at 24-1-2006 10:30 AM


dah betul ler tuh.. kalau kaum kerabat dia yang kaya, bukan dia yang carik itu harta.. itu harta, ahmad albab yang punyaaaa hahahaa..

btw.. kalau ko tak caya, ko tanya salimrock..

dia pan ...


maksudnya betullah tuduhan ahli2 UMNO di KMU yg kata Paklah ni HIPOKRIT. Kata telus, tapi anak beranak kaum kerabat sebat harta sana sini. Sekarang ni dah jadi pembelot negara pulak sbb jual negara kita kat Singapore.

Kenapa ahli2 UMNO kata camtu NM? Betul ke PakLah jual negara kita skang ni? Atau ahli2 di KMU tu semua kaki fitnah belaka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


wacayasamalula This user has been deleted
Post time 24-1-2006 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by NURMIMIE at 24-1-2006 10:31 AM


memang tak patut :no:


kesyan kan PakLah NM. ada ke patut dipanggil Sotong Tua oleh pengikut sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2006 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 24-1-2006 10:16 AM

Tapi Pak Lah tak der lah mengaku ulamak lah, pendeta lah....;)

Maideen~Pendeta.... prrrrpftghft :bgrin:



pak lah tak ngaku, dia cuba sebenarnya, kalau tak, takkan suratkhabar asyik suka betul tunjuk gambar jadi imam, nak cakap ulama jugak lah tu, eh maideen takkan tak reti baca gesture ekekekekekekekekeke... topik ni nak jadi bahan gaduh politik, cam uang masa lah, byk lagi benda yang orang politik aka ahli dewan yang mulia patut buat kat malaysia ni. Byk lagi kampung kampung tak de letrik, sekolah sekolah tak de letrik, asyik sibuk cerita pasal org PAS, kerja pun tak buat pehal
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2006 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by NURMIMIE at 24-1-2006 10:27 AM
sekarang nih pun tun tengah menulis buku..

tak sabar rasanya nak tunggu publish..


Wah sekarang pun dia tengah menulis lagi Mimie? :solute:

Begitu lah kalau dari keturunan orang baik baik....Dr. perubatan lagi suami Isteri dan graduate masa orang melayu masih lagi berkaki ayam.

Bukan keturunan Raja Jembal! Hahahahahahahalol:lol

Nota:

Kepada yang pembacaan terhad hanya kepada subtitle cerita Hindustan, Maideen  listkan di sini tajuk tajuk buku Tulisan Tun Dr. Mahathir. Lepas ini bolehlah ko senaraikan pulak buku buku tulisan Nik Aziz ulama Rebana...jangan lupa untuk pakai kertas tambahan jika ruang tidak mencukupi...prrrrpftph:bgrin:

1.The Role Of Islam in The Modern State
2.Globalisation and The New Realities
3.Malays Forget Easily
4.The Malaysian Currency Crisis : How and Why it happened?
5.A New Deal For Asia
6.The Way Forward
7.The Voice Of Asia: Two Leaders Discuss The Coming Century


8.The Malaysian System Of Government
9.Combating Poverty : Farmers and Fishmermen
10.Regionalism, Globalism and Spheres Of Influence


11.The Challenge
12.Dilema Melayu
13.Warisan Kepimpinan
14.Menghadapi Cabaran

15.Malaysia's Capital Market : Growth and Opportunities
16.Towards a Stable Asia
17.The Early Years 1947 - 1972 Compilation of Articles by Mahathir Mohamad
18.Mahathir Mohamad on The Multimedia Super Corridor
19.The Challenges of Turmoil
20.Kebangkitan Semula Asia
22.The Crisis Of Global Capitalisation
23.Reflection on Asia

Harap maklum ....melihat dari tajuk karya karya beliau tulisan YAB Tun Dr. M bukanlah untuk bacaan orang yang kagum dengan terjumpanya surah yasin apabila memeriksa kerandutnya sendiri..;) ;) ;)
Reply

Use magic Report

wacayasamalula This user has been deleted
Post time 24-1-2006 10:44 AM | Show all posts
kesyan aku org yg mudah kena tipu. Print nama Tua Gayut kat muka depan dah terpedaya percaya buku tu Tua Gayut yg tulis...kuikuikui... padahal Tua Gayut pun tak hafal tajuk buku-buku tu...
Reply

Use magic Report

omong kosong This user has been deleted
Post time 24-1-2006 11:08 AM | Show all posts
hah..dah berpage-page..rupanyanya NikAziz Phobia rupanya...
boleh jugak dipanggil Tsunikaziz....wakakaka...
apa yang korang sibuk ni..Biar lantakla nik aziz tu ...
tapi yang penting...isu kat negara skarang ni...apa yang jadi kat negara kita sekarang ni tak ada kena mengena dengan nik aziz...
btw..Tun  punya buku pun korang publish kat sini... takdenya guna buku-buku  tu  untuk keadaan sekarang ni...kalau bagus sangat.. apa dah jadi dengan negara sekarang ....hasil pembangunan yang takde makna pun....tambah hutang adalah...hasilnya mana...proton pulak apa cerita...takkan nak gadai pulak kut.....
kalau nak bagus....cuba lihat karangan-karangan prof Ungku aziz...banyak yang menaikkan semangat dan tulisan yang membina....kalau tak silap dulu ada tulisan beliau tentang sebab-sebab melayu miskin...tapi tak diterbit ke masyarakat...tak tahu kenapa...

[ Last edited by omong kosong at 24-1-2006 11:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2006 11:44 AM | Show all posts
Nak lagi bagus, baca Quran lah ! Tak faham Arab, cari terjemahan pun elok. Puja pemimpin buat apa !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2006 04:00 PM | Show all posts
aku suka tengok gambar nik aziz naik beca.nampak moderate.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


brolepak This user has been deleted
Post time 21-3-2006 03:34 PM | Show all posts
hai ..kalau manusia itu telah ditutup perasaan yg mahu mengenali ulamak ini lah dia...tak tahu mengenal mana yg intan dan kaca..kita bukan sekadar untuk berbicara tentang  seseorang dari kerajaan atau pembankang tapi cara pimpinannya...kita harus fikir kan secara rasional......
Paklah ADALKAH DIA TUU TELUS?? Selalu  katanya negara malaysia yang aman (penuh tanda tanya?).. jangan menilai seseorang dari paper sahaja .. buka minda anda.."PAKLAH cakap je tahu... suruh berkerja dgn dia tapi tengok lah dia penuh kemewahan ... sila lihat sejarah Para Peminpin lampau Islam sanggup berkorban harta benda demi rakyat bukanya mengikis harta rakyat.. Paklah harus bershukur bahawa rakyat malaysia bukan macam Indonesia.. Filipina .. Thailand dan kebanyakan negara demokrasi  lain
yang gunakan jalanan untuk menuntut yang benar... tapi di malaysia yang benar cuba ditutup
rapat ... SOKONG  Y.A.B.D.T.G.N.A.N.M and Islam. SELAMANYA......

[ Last edited by brolepak at 21-3-2006 03:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 08:35 AM | Show all posts
konco konco umno.... gitu laaa....tak payah heran sangat... amik sekadar hiburan mata...
Reply

Use magic Report

uma This user has been deleted
Post time 11-6-2006 12:24 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 24-1-2006 10:37 AM

Bukan keturunan Raja Jembal! Hahahahahahaha


ye ker?
lu teturunan apa lak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 04:03 PM | Show all posts
Originally posted by uma at 11-6-2006 12:24 PM


ye ker?
lu teturunan apa lak?

raja kapor!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 12:39 PM | Show all posts
huhu !! raja gak tuh.. ok rr
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 07:35 AM | Show all posts
Minta tolong jgn lupa include kan lah, penghalal carut.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by pelaga at 28-7-2006 07:35 AM
Minta tolong jgn lupa include kan lah, penghalal carut.

bagaimanapula Adnan carut ?....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 03:39 AM | Show all posts

Reply #235 hammer's post

mcm ni la...Kalau tajuk topik ni kata "Biodata Tok Guru Adnan", ente tambah la point2 ente mengenai Tok denan tu.

Ana tambah satu lagi:
1. Pemfitnah Tuhan sendiri dgn mengatakan Allah Samseng.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


bakri This user has been deleted
Post time 13-10-2006 05:48 PM | Show all posts
Ke arah memahami Negara Islam sebenar

OLEH DATO' DR HARON DIN

DALAM dunia politik hari ini, berbagai-bagai istilah yang disabitkan dengan pemerintahan telah dicipta oleh manusia, namun kebanyakan mereka bermuafakat tentang istilah, tetapi berbeza pendapat tentang pengertian atau definisinya.

Terdapat pula istilah yang mempunyai makna yang serupa, tetapi mempunyai beberapa perbezaan yang segi amalan dan perlaksanaan.

Malah kadang-kadang terdapat yang bertentangan antara satu sama lain. Inilah yang dikatakan 'sama tapi tidak serupa'.

Istilah politik itu sendiri, kebanyakan kita sepakat menggunakan namanya tetapi diberi istilah yang berbeza. Contohnya dalam masyarakat Greek digunakan istilah politik sebagai 'anak watan dan hak-haknya dalam negara'.

Di waktu lain mereka menggunakan istilah politik sebagai pemerintah yang sedang menjalankan urusan pemerintahannya dan terdapat yang menggunakan istilah itu sebagai polisi negara dan tipu muslihatnya.

Dalam sistem kita hari ini itulah yang berlaku, iaitu kita menerimapakai istilah politik tetapi memberi pengertian yang berbeza.

Ada antara kita yang merujuk politik sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara pemerintahan kepada dasar dan polisi sesebuah negara, ada yang merujuk kepada suatu kaedah yang dipergunakan oleh pemerintah sebuah negara dan hubungannya dengan negara lain.

Politik juga dikaitkan dengan kelicikan dan maslahat sesuatu tindakan.

Kalaulah istilah politik itu sudah bercelaru apatah lagi dengan istilah demokrasi yang sama istilahnya tetapi mempunyai pengertian yang amat berbeza.

Demokrasi adalah sistem pemerintahan yang dipilih rakyat melalui wakil-wakil mereka. Ada yang mengatakan pemerintahan rakyat untuk rakyat dan tidak kurang yang mengatakan demokrasi itu adalah kuasa rakyat untuk rakyat.

Kalau itulah realitinya, maka demikian pula dalam menggunakan istilah Negara Islam, memang sesuatu yang telah menjadi lumrah dan dipergunakan secara berleluasa oleh banyak pihak termasuk Umno dan Barisan Nasional (BN).

Namun apakah pemahaman sebenar mereka terhadap penggunaan istilah Negara Islam itu? Mereka begitu mudah menerimapakai istilah Negara Islam dengan hanya merujuk kepada pemerintah dan majoriti rakyatnya beragama Islam.

Jika itulah pemahaman mereka, maka seluruh negara umat Islam hari ini terutamanya yang menganggotai Persidangan Negara-negara Islam (OIC), tanpa kecuali semuanya adalah Negara Islam.

Akan tetapi realitinya tidak demikian kerana negara yang mengistiharkan mereka sebagai Negara Islam hanya beberapa buah sahaja, namun boleh dipertikaikan adalah mereka itu Negara Islam sebenar.
Reply

Use magic Report

bakri This user has been deleted
Post time 13-10-2006 05:49 PM | Show all posts
Istilah Negara Islam sebenar tidak boleh lari dari apa yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Negara Islam yang ulung ditubuhkan di Madinah dalam tahun 623M bersamaan dengan tahun ke 2H.

Negara Islam Madinah adalah contoh benar yang perlu difahami dan dihayati maknanya. Dalam hubungan ini Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ahzab, ayat 21, mafhumnya:

"Sesungguhnya telah ada pada perbuatan Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik bagimu..."

Sebagai muslim, tiada contoh yang lebih baik dalam lapangan kehidupan melainkan yang diambil dan ditiru dari perbuatan Rasulullah.

Dalam hal ketatanegaraan, Nabi Muhammad telah menunjukkan contoh seperti yang diperintah kepadanya oleh Allah SWT. Dengan sifat-sifatnya yang jelas seperti yang ditunjukkan dalam Surah al-Hajj, ayat 41 yang mahfumnya:

"Orang-orang yang Kami perteguhkan kedudukan mereka di muka bumi (pemerintah Negara Islam), mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang maaruf dan mencegah dari perbuatan mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan (berserah dan bertawakkal)."

Ayat ini, jika dirujukkan kepada tafsir al-Quran yang muktabar, diberi pengertian yang mendalam dengan merujuk kepada makna yang falsafi di setiap perkataan ayat itu.

Dalam tafsir al-Maraaghi misalnya, perkataan mendirikan solat, dihurai sebagai mentaati perintah Allah SWT dan melaksanakan hukum-hukum Islam dengan sebaik mungkin.

Solat itu sendiri adalah lambang kepatuhan mutlak kepada Allah SWT, meskipun perintah solat itu tidak difahami bersungguh-sungguh seperti mengadap kiblat, mengangkat tangan takbir, qiam tangan, tunduk rukuk, bangun, sujud dan sebagainya, tidak semestinya difahami tujuan perbuatan itu dipatuhi, namun solat seperti yang diperintahkan Allah mesti dilakukan sepenuhnya.

Sekiranya sengaja meninggalkan satu rukun sahaja, maka tidak sah didirikan solat itu.

Lambang pemerintah bersolat adalah lambang kepatuhan mutlak kepada Allah SWT, baginda Rasulullah s.a.w telah melakukannya. Negara Islam Madinah telah melaksanakan syariat Allah sepenuhnya, meskipun baginda sedar bahawa masyarakat Madinah bukannya Islam sahaja tetapi masyarakat majmuk.

Namun Islam tetap ditegakkan dengan tidak ada alasan untuk berdolak dalik. Negara Islam mestilah menyanjung perintah Allah dengan sebaik mungkin.

Mengeluarkan zakat diertikan dengan penjagaan rakyat sebaik mungkin dengan mengajak mereka mentaati perintah Allah, mencegah dari melakukan syirik dan perkara-perkara kejahatan.

Ia juga bertujuan untuk menjaga kepentingan masyarakat bawahan untuk mengatasi masalah mereka kerana falzafah zakat adalah jelas seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, "Ambillah dari mereka yang berada (kaya) untuk dibahagikan kepada golongan yang tidak berada (susah).

Kerana itulah Saidina Abu Bakar as-Siddiq, memandang serius masalah zakat ini, sehingga semasa beliau memerangi mereka yang enggan membayar zakat sehingga mereka tunduk semula kepada hukum Allah. Ini adalah keperluan dan kemaslahatan ummah yang wajib dijaga dengan sebaik-baiknya.

Seterusnya, pemerintah Islam hendaklah menegak yang maaruf dan membasmi yang mungkar. Apalah ertinya Negara Islam jika pemerintahnya asyik memerangi yang maaruf dan menegakkan yang mungkar.

Perkara maaruf yang jelas ialah seperti melaksanakan hukum-hukum Allah, seperti yang terkandung dalam hukum hudud, qisas, takzir dan sebagainya.

Hukum menutup aurat tidak boleh dipandang ringan dan remeh seperti yang ditunjukkan Allah dalam Surah an-Nur ayat 31 dan telah dilaksanakan oleh baginda Rasullah dengan sepenuhnya.

Perkara mungkar adalah jelas seperti arak, judi, pembinaan tugu, tenung nasib, adalah di antara yang nyata mungkarnya berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 90. Semuanya wajib dibasmikan termasuk mungkar-mungkar lain.
Reply

Use magic Report

bakri This user has been deleted
Post time 13-10-2006 05:50 PM | Show all posts
Bagaimana boleh wujud dalam Negara Islam perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan hukum Allah, bolehkan Negara Islam mempertahankan hal-hal yang sedemikian yang seolah-olah mencabar hukum Allah, atau sekurang-kurangnya melawan hukum Allah dengan keengganan mematuhinya.

Menentang dan melawan hukum Allah, telah dijelaskan hukumnya oleh Allah SWT dalam Surah at-Taubah, ayat 63 yang mafhumnya:

"Tidakkan mereka mengetahui bahawa mereka yang menentang hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya neraka Jahanam lah tempat balasan, mereka kekal abadi di dalamnya. Itu adalah kehinaan yang amat besar."

Negara Islam adalah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT, menyanjung dan melaksanakan hukum-hukum Allah dan mencari jalan sebaik mungkin dengan menyakinkan semua pihak muslim dan non-muslim bahawa syariat Allah adalah untuk kebaikan insan sejagat.

Pemerintah Islam tidak seharusnya mencari alasan yang tidak munasabah untuk sengaja memerangi maaruf dan menegakkan kemungkaran.

Pemerintah Islam bertanggungjawab meyakinkan semua pihak bahawa Islam itu agama Allah dan hukum-hukum Islam itu didatangkan oleh Allah kepada manusia untuk kesejahteraan sejagat.

Akhirnya, negara Islam berpandukan kepada Surah al-Hajj ayat 41 yang saya telah huraikan tadi, adalah negara yang bertawakkal kepada Allah, bergantung dan berserah diri kepada-Nya setelah sesuatu tindakan dibuat dengan rapi berdasarkan perintah Allah, maka Allah lah yang akan menentukan segala-galanya.

Oleh yang demikian, maka suburkanlah jiwa bertawakkal kepada Allah dengan memohon petunjuk-Nya demi melaksanakan perintah-perintah bagi menuju dan menghasilkan sebuah negara yang aman bahagia di samping Allah yang Maha Pengampun.
Reply

Use magic Report

bakri This user has been deleted
Post time 13-10-2006 06:05 PM | Show all posts
Takkannlah tak dapat nak fikir, seorang yang tidak dapat mentadbir keluarganya sendiri dengan baik pun diangkat sebagai pemimpin.

Hukum menutup aurat tidak boleh dipandang ringan dan remeh seperti yang ditunjukkan Allah dalam Surah an-Nur ayat 31 dan telah dilaksanakan oleh baginda Rasullah dengan sepenuhnya.

[31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Anak2 dan isteri dia yang tidak menutup aurat pun dia tak tegur, sehinggan hujung nyawa isterinya yang menghidap kanser. Sedang sakit teruk pun tak bertaubat lagi. Kan ke pelik tu.

Betullah kiamat sudah semakin dekat, orang yang jahil diangkat sebagai pemimpin, ulama dipinggirkan, dianggap kolot. Nabi sendiri pernah berkata islam itu sesuai untuk semua zaman. Ada juga pemikiran sesetengah orang yang berkata "takpa, keluarga dia, tak kisah", ketahuilah sesungguhnya itulah ciri2 pemikiran liberal. Kita wajib mentaati semua sunnah nabi dan ajaran al-quran bukan mentaati sebahagian daripadanya dan mengingkari sebahagian yang lain. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, di akhir zaman nanti, umatku akan berpecah kepada 73 golongan, dan satu2nya golongan yang terselamat dari api neraka adalah yang tetap berpegang teguh kepada Sunnahku dan al-quran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.267512 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list