CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mdsham76

HERNIA-Adakah anda pernah mengalaminya?

[Copy link]
Post time 27-2-2006 02:43 PM | Show all posts
lor kesiannya mdsham..kena reschedule ker?tp kalo hang pandai tolak masuk tuh kire ok ler..good luck ler...
lily..kalo lubang kat area groin tuh payah nak ttp..sbb situ selalu kena tekanan..tp kalo hernia tuh kat pusat usually dr just wait n see.kalo ttp sendiri dr tak buat per..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2006 06:34 AM | Show all posts
Alhamdulillah anak sham dah selamat buat operation isnin, 27/3 lepas.  Lepas sedar dari operation tu, punyalah dia menjerit. Nak dukung oun susah. Nak baringkan dia tak nak. Doc kata bukan sakit kena bedah tu. Mungkin dia lapar sebab kena puasa sebelum tu. Tapi sham rasa dia sakit sebab bius tu dah semakin hilang.

Esoknyer, dah tak saki dah. Punye la galak dia. Ketawa jer. Dah tak ada masalah... Dah telor dia tu tak sakit, punyalah tak dok diam. Risau plak. Doc kata jangan bagi dia aktif sangat. Susah la nak kontrol nih...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2006 07:24 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Teman pernah menghadapi sakit HERNIA ini.
Dan 2 kali pergi operation. :cak:

Penyakit hernia ini bolih terjadi kpd kanak2 dan juga oghang dewasa tidak kira umur ataupun jantina.
Kalau utk kanak2....kemungkinan ia adalah semula jadi.

Kalau bagi oghang dewasa, ia terjadi kerana mengangkat barang yg terlalu berat.
Ia membuat urat di bahagian tersebur terkoyak.

Pabila ia terkoyak...........usus akan menurun kebawah.
Ini akan menyebabkan terjadi satu bengkak kecil di kiri or kanan.( di atas skit pada kemaluan)

Penyakit ini amat mudah utk di rawat/perbetulkan tetapi sekira lewat, ia bolih membawa MAUT.
Masyarakat sering kaitkan ia dgn di sampuk etc.
Mereka selalu membawak kpd bomoh, or di urut....makan seketul bawang putih yg telah di bakar. :cak:

Ia akan membengkak pabila pesakit hernia berdiri.
Ia semakin sakit bila usus semakin menurun.
Bagi oghang lelaki.......buah zakar nya bley membesar sehingga sebesor bola baling.
Ia akan mengakibat seseorg itu sukar utk berjalan, KEKUATAN SEX pun akaterjejas. (same dgn buasir)

Kesakitan akan terasa mengilu di bahagian 'joint' tulang punggung + tulang peha.
Tak bley jalan jauh jauh apatah lagi bawa benda berat.
Utk kanak2.....mereka akan sering menangis.
Dan oghang kampung juga memanggil nya dgn penyakit 'angin pasang surut'.

OPERATION:
Teman buat di Pusat Rawatan Kampung Baru.
Masa yg di ambil ialah 1 1/2 jam sahaja.
Selepas bbrp jam......dah bley balik. :pray:
KOS: RM3k++

Penjagaan: 30 hari utk pulih tetapi di syorkan tidak membuat kerja berat selama 2 tahun.

Wsalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2006 09:12 AM | Show all posts
nko manyak angkat berat kot nice?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2006 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 31-3-2006 09:12 AM
nko manyak angkat berat kot nice?


bkn angkat berat lagi honeybee...memacam pakcik tu buat...semua kerja berat....tak caya pergi intai kat HL...sori ye nice...promo sikit
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2006 10:03 AM | Show all posts
itu le nak ckp tuh neisya...ntah pasu besor mana le dia angkut tuh...bwk2 berehat skit nice
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2006 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 31-3-2006 09:12 AM
nko manyak angkat berat kot nice?


Yang nak jadi kes tu.......sebab angkat PETI AIS. :cak:
Tu belum ceghiter angkat MIXER.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2006 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by neisya at 31-3-2006 09:49 AM


bkn angkat berat lagi honeybee...memacam pakcik tu buat...semua kerja berat....tak caya pergi intai kat HL...sori ye nice...promo sikit


Kang ada yg kena geget nih...... :kant:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2006 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by putubambu at 23-2-2006 04:41 PM
lily...petua org2 tua yg kita amalkan dulu masa baby kita dlm pantang..
tapi la ni pun boleh buat gak..

ambik daun sirih, layurkan atas api (tak kira le lilin ke ape ke)
peh tu tekup kat ari2  ...



petua org2 tua...

kita penah dengar... masa mengandung anak pertama dulu mak kita siap tanam pokok kechubung... sebab daun dier nanti bleh balut anu tu utk jgn masuk angin... masa tu mak kita ingat dapat cucu lelaki tp yg klua perempuan... tp x per simpan dan jaga2 baik pokok nie sbb alys tgh mengandung anak kedua..rasanya anak lelaki..

Pasal daun sireh nie...nenek alys x berapa galakkan sbb dier bleh buat bayi x berapa selesa... gatal
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2006 02:57 PM | Show all posts
last visit ke doctor ari tu lily ada tanya ttg mende hernia ni coz nampaknya skrg ni jarang sekali dia menjadik. kata doktor tu kalo x sakit biarkan je..tp kena beware kalau ada tanda2 yg dia sakit..sbb once usus masuk dlm lubang yg tak tertutup tu..kemungkinan dia x leh nak masuk balik..kalo dia x masuk balik usus yg tersepit tu boleh mati n tulah yg bahayanya. dia kata secara relatifnya bila anak makin besar lubang tu mungkin dah tak besar mana untuk muatkan usus bila ia tertekan. so, elakkan angkat berat atau sesuatu yg boleh menekan usus ke situ. kalau buat operation pun kebarangkalian utk lubang itu terbuka lagi tetap ada. so dia ckp for the time being..takper takmo buat operation pun tp kena keep watching
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2006 01:31 PM | Show all posts
Originally posted by Lily_Savage at 2-4-2006 02:57 PM
last visit ke doctor ari tu lily ada tanya ttg mende hernia ni coz nampaknya skrg ni jarang sekali dia menjadik. kata doktor tu kalo x sakit biarkan je..tp kena beware kalau ada tanda2 yg dia sakit ...


Kesilapan oghang bangsa melayu nie...biler kena hernia or hangin pasang surut....deme gi berurut or bomoh dulu.
Biler dah kronik..................baru ler jumper doktor.

Pengalaman teman.....mengajar ini semuer.
Bomoh or tukang urut......ada LIMITATION nya.

Kalau bab HERNIA....pi ler operate.
Satu setengah jam jer.......over night pun idak kat wad.
Bley jalan lagi........
Hanya nak bawak keter tu.....kena ler pakai yg AUTO bbrp hari. :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 02:00 PM | Show all posts

Bahaya angin pasang

Oleh NAJIBAH HASSAN

MEREKA yang mengalaminya sering kali terkeliru. Apabila dalam kedudukan berdiri, berjalan, berlari atau melakukan sebarang aktiviti fizikal seolah-olah dapat merasakan ada sesuatu yang bengkak di celah paha atau kelangkang.

Apa yang memelikkan, bahagian bengkak yang jarang menimbulkan rasa sakit ini seolah-olah `hilang' apabila dalam kedudukan berbaring.

Atas alasan itulah, mungkin ada segelintir lelaki mengabaikan gejala angin pasang, uluran atau bodek yang dialami.

Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai hernia. Hernia yang berlaku di bahagian celah paha juga dipanggil inguinal atau Groin hernia.

Hernia jenis ini lebih ramai dihidapi oleh lelaki. Risiko seorang lelaki menghidap hernia ini adalah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.

Malah, sebahagian besar bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak yang menghidap hernia ini juga adalah lelaki.

Timbalan Dekan Klinikal, dan Pakar Bedah Am dan Gastrousus, Jabatan Pembedahan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Yunus Gul Alif Gul, berkata lelaki lebih terdedah menghidap hernia kerana cara mereka terbentuk ketika dalam rahim agak berbeza dengan perempuan.

Menurut beliau, lelaki mempunyai kelemahan pada bahagian antara celah paha kerana semasa janin, zakar terbentuk dalam abdomen. Ia kemudian turun dari saluran inguinal untuk masuk ke skrotum. Sejurus selepas kelahiran, saluran inguinal ini akan tertutup rapat.

``Hanya sedikit ruang ditinggalkan untuk sperma korda dan saluran darah zakar masuk melalui bahagian inguinal ini,'' jelasnya. Bagaimanapun, ada kalanya saluran ini tidak tertutup dengan sempurna. Keadaan ini menyebabkan bahagian ini tidak begitu kuat.

Hernia merupakan satu benjolan organ atau tisu yang masuk melalui bukaan abnormal pada bahagian abdomen. Hernia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian pusat di celah kelangkang atau bahagian tubuh yang mempunyai torehan pembedahan.

Sesetengah hernia berlaku sejak seseorang dilahirkan atau selepas tempoh beberapa tahun. Sebahagian pula menghidap hernia pada pertengahan umur atau usia yang tua. Ia juga boleh berlaku secara tiba-tiba.

Komponen sebahagian besar hernia adalah organ-organ dalam perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini masuk ke bahagian yang abnormal ini.

Dr. Yunus memberitahu, sama ada wujud kelemahan atau tidak pada bahagian tersebut, tekanan secara berlebihan pada abdomen boleh menyebabkan berlakunya hernia.

``Tekanan ini boleh disebabkan oleh regangan pergerakan usus semasa membuang air besar atau kecil, mengangkat objek yang berat, kehamilan atau berat badan berlebihan,'' ujarnya. Malah, batuk yang kronik boleh mengakibatkan otot-otot di abdomen atau kelangkang menjadi lemah.

Tambah beliau, kesakitan hanya dirasai apabila mereka melakukan aktiviti fizikal tertentu seperti berjalan, mengangkat barang, regangan dan sebagainya. Ada kalanya, jika ada saraf di celah paha yang tertekan, ia boleh menyebabkan rasa sakit pada zakar.


Jenis-jenis hernia

- Hernia di kelangkang (Groin hernia)

- Hernia selepas pembedahan (Incision hernia)

- Hernia di pusat (Umbillicial hernia)

- Hernia di atas pusat (Epigastrik hernia).

Jenis inguinal hernia

- Indirect - Kongenital sejak seseorang dilahirkan. Dianggarkan 800 hingga 1,000/satu juta penduduk lelaki menghidap hernia jenis ini. Ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur. Ia empat kali ganda lebih kerap ditemui berbanding direct hernia.

- Direct - Hernia jenis ini dihidapi orang dewasa. Kebanyakan pesakit merupakan lelaki dalam lingkungan usia antara 40 hingga 60 tahun. Ada kalanya pesakit menghidap jenis inguinal hernia campuran direct dan indirect.

Siapa berisiko?

- Lelaki

- Sesetengah jenis pekerjaan

- Bayi yang tidak cukup bulan

Sekiranya mereka pernah menghidap hernia pada bahagian kiri, risiko terkena pada bahagian kanan atau sebaliknya adalah tinggi.

- Menghidap penyakit tertentu seperti batuk yang kronik

- Sembelit yang kronik

- Berat badan berlebihan

- Kehamilan

- Lahir tidak cukup bulan

- Pernah menghidap hernia.

Adakah hernia bahaya?

Jika bukaan bahagian yang lemah ini mengakibatkan usus termasuk ke rongga ini, ia boleh mengakibatkan saluran darah kepada bahagian usus tersebut tersekat. Lebih kurang satu hingga lima peratus pesakit mengalami komplikasi ini.

Ada kalanya akibat komplikasi ini, usus yang tersumbat dalam rongga ini boleh mengalami gangrene. Gangrene berlaku apabila bekalan darah berkurangan dan tiada bekalan oksigen. Ia boleh berlaku hanya dalam masa beberapa jam. Apabila usus mengalami gangrene, ia boleh reput. Keadaan ini boleh membahayakan pesakit.

Semasa pemeriksaan fizikal dilakukan, bahagian ini biasanya bengkak, kulit kemerah-merahan dan amat sakit. Dalam keadaan ini, pembedahan kecemasan diperlukan untuk mengeluarkan usus yang mengalami gangrene atau kekurangan darah. Usus yang tertinggal akan disambung semula.

Jika pesakit datang ke hospital pada masa yang awal, ada kemungkinan tinggi yang usus tersekat boleh dipulangkan ke tempat yang asal dalam perut tanpa mengeluarkannya. Tempat kelemahan hernia tersebut akan dijahit semula atau dikuatkan supaya keadaan ini tidak berulang.

Pesakit biasanya datang dengan gejala seperti:

a. Perut buncit dan kembung

b. Bengkak pada celah paha yang tidak berkurangan

c. Muntah-muntah.

Komplikasi usus tersumbat ini biasanya ditemui di negara-negara membangun. Bagi mengelakkan komplikasi, doktor akan menasihatkan pesakit supaya merawat hernia mereka secara elektif.

Bagaimanapun, bagi hernia yang tidak begitu serius dan jika pesakit terlalu tua, doktor tidak akan melakukan pembedahan.

Ini termasuklah pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang sukar untuk dikawal kerana komplikasi pembedahan adalah tinggi.

Rawatan

Pembedahan dengan memasukkan plastik di celah paha atau di bahagian hernia berlaku untuk menguatkan bahagian yang lemah merupakan kaedah terbaru.

Kaedah ini mengurangkan risiko hernia berulang.

Bagaimanapun, kaedah jahitan dengan nilon tanpa menggunakan alat plastik masih boleh dilakukan untuk pesakit muda.

Pembedahan laparoskopik juga boleh digunakan untuk hernia. Plastik atau mesh dimasukkan dan ditampal di bahagian yang lemah. Kaedah jenis ini biasanya dilakukan untuk hernia berulang. Bagaimanapun, kaedah ini lebih popular di Barat. Rawatan laparoskopik hernia di negara ini jarang dilakukan oleh kerana kos yang tinggi dan kekurangan tenaga mahir.

Komplikasi rawatan pembedahan adalah amat rendah. Komplikasi utama ialah berulangnya hernia. Risiko ini seharusnya kurang dari dua peratus jika menggunakan teknik pembedahan yang betul. Kadar hernia berulang amat rendah sekiranya fascia atau tisu di mana hernia berlaku adalah kuat atau kerosakannya sedikit.

Bahagian vas deferens iaitu bahagian yang mengangkut sperma boleh mengalami kerosakan jika pembedahan dilakukan berulang-ulang. Selain itu, celah paha juga boleh mengalami kesakitan atau rasa kebas selepas pembedahan.

Sehubungan itu, cara terbaik menangani hernia ini ialah menasihatkan pesakit menurunkan berat badan jika mereka obes. Jika mengalami sembelit, digalakkan makan makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi.

Pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menghisap rokok terutama mereka yang mempunyai masalah paru-paru atau batuk yang kronik.

Adakah hernia berulang?

Ada sesetengah pesakit mengalami hernia dua kali atau tiga kali.

Jika lebih, maka komplikasinya juga tinggi, terutama dari segi saiz hernia dan risiko hernia berulang.

Ini kerana, otot-otot dan tisu yang lemah apabila ada tekanan, keadaannya umpama belon yang semakin nipis apabila ditiup.

Hernia dan wanita

Wanita juga boleh terdedah dengan hernia tetapi ia jarang berlaku. Hernia jenis femoral lebih kerap berlaku di kalangan wanita. Kedudukan femoral hernia ini bawah dan di luar sedikit dari inguinal hernia di bahagian celah paha.

Hernia di kalangan wanita biasanya membabitkan wanita dalam lingkungan usia lebih 50 tahun ke atas. Ia juga jarang berlaku pada kanak-kanak
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 12:40 PM | Show all posts
my fren-ppuan pun baru-baru ni buat operation pasal hernia.  actually dari kecik lagi dah notice ada hernia tapi pasal tak sakit.. so tak de lah nak buat operation.. tpai bila dah besar ni.. pasal selalu angkat barang.. sampai jadi sakit n kena buat operation..  peringatan utk ppuan, jgn angkat barang berat selalu sgt.. memudaratkan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 02:26 PM | Show all posts
i pun penah kena hernia gak (femoral hernia) ade le sebesar telur ayam kampung..oprait di Ampang Puteri...puncanya mungkin le sebab selalu angkat barang yang berat...so bg wanita i nasihatkan jangan angkat beban yang berat
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by mawarbduri at 11-8-2006 02:26 PM
i pun penah kena hernia gak (femoral hernia) ade le sebesar telur ayam kampung..oprait di Ampang Puteri...puncanya mungkin le sebab selalu angkat barang yang berat...so bg wanita i nasihatkan janga ...


mawar, sebesar telur ayam tu notice kat mana? ke memang boleh rasa kat bahagian usus tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 01:15 PM | Show all posts
anak i nak masok 6 bulan dah.. ada hernia, tapi ingat lepas raya ni lah nak operation.. pasal apa, hari tu dia muntah2, kasi susu muntah, kasi apa jer muntah balik.. nanges terus.. bawak pegi ped die, ped refer dekat surgeon, surgeon tu tengok hernia tu besar, die paksa masok usus tu balik where it belongs... anak i punyelah nangess......... kesian tengok.. lepas balik dari hospital, bawak balik ubat berbakul dari doktor, tak pulak muntah lagi.. siap sengeh2 kat kiter...

nak tanya lah kat forumners yang dah pernah buat operation hernia kat anak ni, tak sakit ker dia orang? tak meragam ke lepas operation? ada pantang tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 02:51 PM | Show all posts

Reply #36 archaic_girl's post

sakit tu tak tau la plak kan. tapi masa anak saya dulu (2 boys, dua2 kena), lepas je operation cam ok je. Tambahan sekarang perubatan pun dah bartambah canggih.  Kes anak archiac ni cam kes anak kedua saya muntah2 dan tak boleh buang air sebab usus tersekat. sampai perut pun buncit. bila doktor scan, dia kata usus dah tersekat and try to masuk balik tapi tak boleh coz terlalu ketat. Masa tu memang serious sampai doc kata chances 50-50 coz masa tu lung dia ada masalah.  Jika doc silap sikit , entahlah. takut nak ingat kan balik. Sepanjang operation tu Mrs nangis jek tapi alhamdulilla semuanya ok walau pun masa tu dia masuk icu.  complecated betul case dia compared to abangnya. Ddoc advised to do operation and masa tu juga doc siap marah2 kat kitaorang. dia kata kan u dah ada pengalaman first baby (the same doc masa first baby), dia kata kan I dah kata jgn tunggu bila dah tahu baby ada hernia..bla bla bla..diam je la..dah salah sendiri. Tapi alhamdulillah sekarang ni dua2 dah ok...parut pun takde.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by MrsSexytery at 9-10-2006 02:51 PM
sakit tu tak tau la plak kan. tapi masa anak saya dulu (2 boys, dua2 kena), lepas je operation cam ok je. Tambahan sekarang perubatan pun dah bartambah canggih.  Kes anak archiac ni cam kes anak ke ...



takutnya dgr cerita baby sakit nih...
tapi kan cite u ni mcm cite my hubby frenz plak.. ahakksss:nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 05:55 AM | Show all posts
Hernia ni yg selalu org panggil angin pasang kan?

Kalau betul dulu my first son penah kene masa dia baby.

Pakcik hubby (Dah arwah dah dia sekrg) dulu amik daub kecubung, layukan atas api.

Bila dah suam kuku tu bubuh minyak kat ari2 my son and terus pakaikan pampers dia.

Dalam 2 hari I noticed that telur my son tu dah normal balik, dah tak bengkak sampai sekrg.

Anak kedua alhamdulillah takde pape!:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 09:26 AM | Show all posts
alhamdulillahlah ye aja anak kedua tak kena. memang betul dulu pun Mrs buat camtu gak, pakai daun kecubung tapi dah Allah tak izinkan, benda tu tetap ada....sebenarnya pun angin pasang ni penyakit keturunan gak.  Adik, anak sedara Mrs pun kena masa kecil even hubby pun sama..heheh abis tu camno!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.298197 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list