CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10120|Reply: 25

Pembangunan Material VS. Pengekalan Alam Sekitar

[Copy link]
Post time 23-2-2006 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Yang manakah lebih ideal?

melaksanakan pembangunan untuk memenuhi tuntutan ketamadunan bangsa, atau pengekalan alam sekitar demi melestarikan alam utk generasi akan datang.



pembangunan material.....



pengekalan alam sekitar

Nyatakan pendirian anda akan persoalan ini.

[ Last edited by mysara at 23-2-2006 02:33 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2006 05:24 PM | Show all posts
cigu..katakan ko ada koge berdua oang jek okkk? dan ko idup di area cuma beso cam gambo lalang ko tunjuk tuh hihihi

katakan laki ko aktif banget..suka anak ramai..dan ko pun suka koge besor..INGAT..tanah untuk idup cuma beso ko tunjuk tuh..

so pk dari sudut demographic populasi, explosion population , kebutu*an untuk idup tanah bercocok tanam untuk buat rumah berteduh..camna agaknya dalam imajinasi ko ?

kene pill perancang laa gamoknya yer dak? hihihihi

moral aku suruh tuh..cite fungsi apa tu balance. fungsi forward brain dalam visi. fungsi kretif berfikir misal bina rumah pangsa pasal atas tu never crowded aa gitu. kene fikir ekoloji sistem..salination , penghakisan tanah, pengaliran air.

apa maksud materi..rumah dinding buluh atap rumbia mende material tak? ko campak gambo menara klcc tuh..tu material ka maksud ko? abis rumah setinggan tu bukan material? aaa camna tu cigu?

dengan daya fikir buleh ada sintetik silk..sintetik rubber sintetik rain pun buleh..yang dulu nature provide kita buleh provide synthethically. tang mana yang tak boleh ditiru dari nature? aaa pikir.

apa kesan sampingan tiruan misal soal waste toxic.

actually kalo manusia boleh tiru sebaiknya soal kitaran idup semulajadik..banyak masalah buleh di atasi..persoalannya bila kitaran akibat intervention manusia itu terbantut..disitu masalah muncul..even dalam badan manusia..bila darah stop mengalir..susah ler. manusia part of nature..nature ada kitaran semulajadi so too manusia..even bab WEALTH. pasal tu islam ada zakat..kene wajibbbbbbbb kuo kan untuk KITARAN, ni asas kehidupan bertitik dari teori movement kehidupan or living organisma.

[ Last edited by ajinomotonosuga at 23-2-2006 05:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 05:50 PM | Show all posts
Pembangunan Material VS. Pengekalan Alam Sekitar

Yang manakah lebih ideal?


Sy lebih berminat memberi idea ttg 慿eseimbangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2006 10:28 AM | Show all posts

Reply #2 ajinomotonosuga's post

yup.. apa yg onyang perkatakan itu ada kebenarannya,
dan blackpurple punya idea pun ada poinnya..

onyang menyarankan agar perancangan yg dibuat demi modenisasi perlukan pemantauan yg jitu dan tekal, manakala black pulak berpendapat dengan keseimbangan yakni mengamalkan pemodenan dan juga pengekalan alam semula jadi dapat menjadi solusi dalam perdebatan ini. :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2006 08:12 PM | Show all posts
KEMAJUAN  tidak bererti KEMUSNAHAN.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 02:10 PM | Show all posts
pembinaan rumah yang tidak terkawal vs. banjir besar yang melanda...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-3-2006 10:10 AM | Show all posts

Reply #6 seribulan's post

ha'ah.. banjir di Shah Alam :cak:
tarah le lagi bukit bukau pasak bumi.. kan dah banjir
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2006 07:04 PM | Show all posts
pencemaran semakin berleluasa....

related articles...

Air busuk: Laporan EIA tentukan siapa bersalah

HANGAT diperkatakan sekarang isu bekalan air berbau busuk yang berlaku pada 27 Februari 2006.

Setiap kali ada masalah berkaitan dengan perkhidmatan bekalan air ini tiada siapa yang hendak mengaku kesilapan.

Yang berlaku semua pihak saling menyalahkan. Kenapa tiada kejujuran dan ketelusan di dalam menangani isu besar yang melibatkan berjuta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ini?

Pusat Pelupusan Sampah Bukit Tagar (PPSBT) terletak di Mukim Sungai Tinggi, Hulu Bernam, Selangor. Tapak ini seluas kira-kira 2,000 ekar, manakala pemilik PPSBT ini ialah Berjaya-KUB Consortium.

Sehubungan itu, penulis ingin memetik laporan daripada Penyata Rasmi Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang dari 29 November 2004 hingga 1 Disember 2004:

``Kajian Terperinci EIA telah dijalankan oleh pemaju Berjaya-KUB Consortium dan laporan terperinci EIA tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar pada 23 Jun 2004 untuk dikaji.

Hasil kajian tersebut mendapati air larut resap (leachate) yang terhasil dari tapak pelupusan boleh mencemarkan kualiti air jika tidak dikawal.

``Laporan EIA telah mencadangkan lapisan lining pada tapak pelupusan dan air larut resap yang terkumpul dirawat bagi mematuhi Piawai B, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-Effluen Perindustrian) 1979.

Air yang dirawat tidak akan dilepaskan ke Sungai Selangor kerana terdapat takat pengambilan sumber air minuman di hilir. Sebaliknya air yang telah dirawat akan dilepaskan ke dalam hutan paya gambut Raja Musa dan seterusnya mengalir ke Sungai Tengah di hilir. (Laporan EIA tersebut telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 13 September 2004.)

``Syarat-syarat EIA yang ketat telah dikenakan. Di antara syarat tersebut ialah tidak dibenarkan leachate mentah dan leachate yang telah dirawat dilepaskan ke dalam mana-mana alur air termasuklah Sungai Tengi, Sungai Air Hitam, Sungai Selangor dan kawasan paya gambut Raja Musa dan semua langkah kawalan perlu digunakan untuk mengelak leachate mentah dan leachate yang telah dirawat dari alur air sama ada dalam keadaan biasa atau kecemasan/luar biasa.

``Di samping itu semua leachate yang terhasil dari sistem rawatan leachate perlu mematuhi Piawai B, Jadual Ketiga, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-Effluen Perindustrian) 1979.

``Kawalan ke atas aktiviti kerja tanah, keperluan sistem perparitan air yang berasingan bagi mengelak air memasuki sel tapak, pengawasan air tanah, pengawasan kualiti air sungai, pengawasan udara ambien di tapak dan kawalan penyaluran gas methana yang terhasil dari tapak pelupusan juga telah disyaratkan untuk dilaksanakan oleh pihak pemaju.''

Ini adalah sebahagian Laporan EIA yang membuktikan siapa yang bertanggung jawab terhadap syarat-syarat EIA yang ditetapkan. Apabila menteri berkata kerosakan injap selama 30 minit telah menyebabkan leachate memasuki Sungai Selangor, maka laporan EIA tersebut telah menetapkan siapa yang telah melakukan kesilapan yang menyebabkan pula Syabas tidak dapat merawat leachate yang masuk ke Sungai Selangor.

Memang betul syarikat Syabas melenting apabila mereka dipersalahkan kerana pencemaran bukan dilakukan oleh syarikat berkenaan. Apabila air larut resap (leachate) ini masuk ke loji air Syabas, syarikat ini menghadapi masalah kerana tidak mampu untuk merawat bekalan air yang sudah tercemar.

Maka penulis yang (sama seperti berjuta pengguna air di Selangor) sudah bosan dengan isu ini mencadangkan:

* Pihak kerajaan negeri memanggil pemilik PPSBT dan syarikat Syabas.

* Jabatan Alam Sekitar sebagai ejen penguat kuasa dan kawalan menyatakan siapa yang melakukan kesalahan.

* Jika Syabas tidak cekap, boleh dikaji semula kontrak konsesi 30 tahun dengan kerajaan negeri Selangor.

* Perbelanjaan membersihkan air busuk tersebut dibayar oleh pihak yang bersalah.

* Jika pihak yang bersalah tidak mahu membayar, Syabas bolehlah menuntutnya melalui tindakan undang-undang.

Kita berharap perkara ini tidak berulang.

- SHAIFUL BAHRI SAIDIN,

Sekinchan, Selangor.

Air cemar: Ozon lebih sesuai ganti klorin

ISU air paip berbau najis baru-baru ini yang dikaitkan oleh kehadiran ammonia yang diklorinkan perlu diberi perhatian serius.
Di Malaysia, lebih 90 peratus dari loji olahan air minuman menggunakan sistem disinfeksi (membasmi kuman) secara pengklorinan terhadap air mentah.
Hanya beberapa loji sahaja yang menggunakan ozon atau sistem lain untuk tujuan disinfeksi. Sekiranya kandungan bahan organik dalam air mentah tinggi, pengklorinan air ini boleh memberikan hasil sampingan klorin dalam bentuk organoklorin (unsur trihalometana atau THM), terutama dibromoklorometana (yang paling kerap dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser oleh pengambilan berterusan air yang mengandungi unsur ini).
THM terbentuk hasil pengklorinan bahan-bahan organik dalam air yang hadir secara semula jadi atau ditingkatkan parasnya oleh pencemaran kumbahan, air sisa industri, larut lesapan (air sampah atau leachate) dan lain-lain.
Air yang tinggi kandungan organiknya tidak sesuai diklorinkan tetapi ozon boleh dilakukan sebagai gantian. Sebagai langkah berjaga-jaga (sekiranya berlaku), operasi loji perlu diberhentikan buat sementara pada ketika tersebut.
Risiko pemberhentian operasi loji pada keadaan tersebut, saya kira lebih kecil berbanding risiko melakukan pengklorinan dan membekalkan air kepada pengguna.
Kajian tentang kehadiran bahan-bahan sampingan proses pengklorinan di Malaysia masih terhad dan kurang data diterbitkan.
Saya tidak pasti sama ada pihak-pihak berkuasa air di negara kita mempunyai sistem untuk menguji parameter-parameter kandungan organik sebelum pengklorinan dilakukan.
Kalau saya tidak silap, parameter THM juga belum lagi termaktub dalam standard bekalan air minuman di Malaysia.
Sehubungan ini, saya mencadangkan:
l Kajian tentang kehadiran THM dalam air yang dibekalkan perlu dipergiatkan. Sama ada masalah ini serius atau tidak perlu ditentukan segera. Sebagai langkah awal (sekiranya belum ada), semua loji air minuman di negara kita perlu mempunyai kelengkapan memantau kandungan bahan organik air mentah sebelum pengklorinan dilakukan. Standard air minuman tentang THM dan `keluarga'nya perlu digubal.
l Reka bentuk dan operasi tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia perlu menggunakan konsep semi-aerobik yang lebih mesra alam.
Selain tapak pelupusan haram yang mengamalkan operasi pelupusan terbuka, kebanyakan tapak pelupusan di Malaysia bercirikan anaerobik.
Di samping itu, pihak berkuasa tempatan perlu mempertingkatkan usaha membetung operasi kambus tanah haram di kawasan masing-masing.
l Semua larut lesapan perlu diolah sebelum dilepaskan ke persekitaran. Kajian yang saya lakukan sejak beberapa tahun dahulu menunjukkan lebih 90 peratus tapak pelupusan di Malaysia berada dalam keadaan yang menyedihkan di mana larut lesapannya tidak diolah.
Terdapat beberapa tapak yang mempunyai kolam tahanan dan melaksanakan pengudaraan sahaja, tanpa olahan susulan. Tidak kurang yang tidak mempunyai kolam tahanan langsung.
Olahan larut lesapan bukan semudah yang disangka dan tiada satu sistem tetap yang boleh diterima pakai di mana-mana.
Teknologi luar negara tidak semestinya boleh terus diguna pakai di negara kita, seperti yang pernah dicuba oleh beberapa pihak.
Pengalaman pihak USM menunjukkan teknologi olahan larut lesapan yang dibangunkan telah berjaya mencapai standard untuk kebanyakan parameter yang ditetapkan di mana sebuah loji di salah satu tapak pelupusan sedang beroperasi dengan jayanya manakala sebuah loji lagi sedang dalam peringkat akhir pembinaan.
l Masalah pembakaran atau penggunaan insinerator menggantikan tapak kambus tanah telah lama dibicarakan. Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan.
Isunya bukan setakat mana satu yang lebih baik tetapi lebih dari itu. Saya tidak fikir pembakaran sampah boleh menyelesaikan kesemua masalah pelupusan ketika ini, sekiranya operasi pengendalian sisa kita tidak berubah.
Masalah utama kita adalah operasi pelupusan sisa yang diamalkan ketika ini di mana sisa yang kita buang adalah bercampur di antara bahan organik, plastik, kertas, logam dan sebagainya. Ia diburukkan lagi oleh reka bentuk serta operasi tapak yang kurang sempurna.
Di kebanyakan tapak yang saya lawati keadaannya hampir sama. Di negara kita, kandungan plastik, kertas, kaca dan logam mewakili lebih kurang 50 peratus dari sisa yang dilupuskan.
Sekiranya sebahagian besar sisa ini boleh didapatkan semula atau dikitar semula, kedua-dua sistem kambus tanah atau teknik pembakaran boleh berjaya.
Peratus kejayaan kitar semula di negara kita masih amat rendah berbanding Singapura, Switzerland dan Austria yang berjaya mengitar 47 peratus (%) dari sisa mereka, Belanda (75%), USA (30%), Hong Kong 35%).
l Ozon digunakan sebagai bahan disinfeksi menggantikan klorin untuk loji air yang mempunyai risiko tinggi menerima pencemaran sumber air.
l Sekiranya masalah air paip berbau berulang dan disebabkan masalah yang seumpamanya dan untuk mengelakkan risiko yang dibincangkan, pengguna dicadangkan untuk minum air minuman atau air mineral yang banyak terdapat di pasaran buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.

- PROF. MADYA HAMIDI ABDUL AZIZ,
Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Universiti Sains Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2006 07:05 PM | Show all posts
laporan dan statistik terkini mengenai bencana di Malaysia...

http://www.em-dat.net/disasters/ ... hp?country=Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2006 08:14 PM | Show all posts
semakin banyak bencana alam...

Like a scene from the movie 慣wister

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

encik_hyper This user has been deleted
Post time 16-3-2006 03:59 AM | Show all posts
hhaaa meh sini aku citer plak...

MALAYSIA & MASYARAKAT ENGINEER+DEVELOPERNYA:

Arus pemodenan sejak awal 1970an da byk mengubah malaysia...pengenalan kepada senibina telah byk mengubah alam persekitaran lebih2 lagi di kawasan urban...Sayangnya kemasukan arus senibina yg kebanyakannya diadaptasi dari barat, tidak mengambil masuk Senibina Landskap...

Pemikiran masyarakat pula terkongkong oleh rekacipta si jurutera awam yang hanya mementingkan    praktikaliti struktur dan design tanpa mengambil kira alam sekeliling...asalkan cantik, kos yg efisyen, senang nak construct, mudah nak kira2...okler...manakala si developer plak hanya mementingkan keuntungan semata2...

Hasilnya?? cuba korang perhatikan setiap pembangunan kawasan perumahan, semuanya dalam bentuk kluster, rumah sebariss jer...bosan kan?? Masa permulaan pembangunan tu, kalau ada bukit diratakan, kalau ada sungai dikambus...kalau ada hutan ditebang licin.....inilah kerja si engineer dan developer, nak keuntungan mudah dan cepat...akibatnya bila rumah da siap, kawasan tersebut akan jadi over heat dan sangat panas...heran tak duduk dalam rumah batu tapi bila mlm mcm duduk dlm neraka...panas giler arrr....

Menjelang tahun 1995, senibina landskap diperkenalkan oleh beberapa Arkitek Landskap melayu, antara yg terkenal adalah Prof Madya Zainul Hakim yg kini mengajar di UTM skudai... Generasi pertama arkitek landskap ni disalah anggap masyarakat dan kerajaan sebagai, 'tukang tanam pokok bunga'...malah masyarakat menganggap pekerjaan arkitek landskap hanya sebagai tanam2 pokok sahaja... persepsi ini sama sekali SALAH...

Senibina Landskap adalah salah satu skop bidang senibina...jika arkitek kejenya merekabentuk bangunan, arkitek landskap pula merekabentuk bangunan serta alam sekelilingnya...maksudnya landskap sekelilingnyaa... Perkataan landskap itu membawa maksud yg sgt besar...iaitu built environment...

Tugas arkitek landskap pula nak memngimbangi antara pembangunan dengan alam sekitar, tapi takde sapa tau, sebab masyrakat kuno malaysia hanya mengetahui senibina landskap ialah tanam2 pokok...hahahha tugas arkitek landskap da bemula di Barat dan negara Timur sejak dahulu kala lagi, cuma tak sampai di malaysia sepenuhnya...

alhamdulillah, senario masa kini da berubah..pihak berkuasa tempatan da mula tahu apa itu senibina landskap dan skop kerjanya...skang ni segala pembangunan yg dijalankan perlulah melalui pengawasan arkitek landskap...untuk make sure alam sekitar ini balance dgn pembangunan....dgn wujud jawatan arkitek landskap ni, developer semakin membuat keuntungan manakala engineer plak ada yg merungut...hahahha

moga malaysia tercapai cita2 utk jadi negara dlm taman...amin..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 08:46 AM | Show all posts
yg terbaru plak...pembakaran terbuka...
tu pasal kita sekrg merasa bahangnya...
bukan setakat pembakaran di Indonesia,
malah di Malaysia...kawasan Johor...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 01:09 PM | Show all posts
Aku perpegang pada prinsip Ying & Yang. Hidup mesti seimbang. Tidak salah kalau mahu buat perumahan baru, tetapi kenapa perlu digondollkan seperti padang boleh sepak? Kenapa tidak boleh kita bina rumah ikut konsep rumah dalam jutan? Maksudnya, cuma tebang pokok yang perlu sahaja. Jangan kasi licin. Barulah seimbang. Lagipon bukan selasa tinggal di kawasan yang panas tanpa pokok. Rasa mcm neraka panasnya. Sebab tu aku suka lepak dalam hutan kat air terjun. Udaranya benar2 fresh dan menyihatkan. Sejuk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 02:26 PM | Show all posts
sbnarnya kalo nak ckp psl pembakaran..
indonesian every year menyumbangkan jerebu untuk negera kita..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2006 01:59 AM | Show all posts
Originally posted by evita_ina at 27-3-2006 02:26 PM
sbnarnya kalo nak ckp psl pembakaran..
indonesian every year menyumbangkan jerebu untuk negera kita..

:lolmalaysia ambil bau saja

[ Last edited by joe1983 at 28-3-2006 02:00 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2006 02:06 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 27-3-2006 01:09 PM
Aku perpegang pada prinsip Ying & Yang. Hidup mesti seimbang. Tidak salah kalau mahu buat perumahan baru, tetapi kenapa perlu digondollkan seperti padang boleh sepak? Kenapa tidak boleh kita bi ...

pendapat yg bagus...pertengahan...tapi kalu pertengahan pon jadi musibah....tapi setidak2nyer mengurangkan musibah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2006 07:42 PM | Show all posts
Read this somewhere;

We do not inherit the earth from our ancestors but we borrow it from our children.
Kita tidak mewarisi bumi ini daripada datuk nenek kita tapi kita meminjamnya daripada anak-anak kita.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2006 07:44 PM | Show all posts
Definition of Sustainable Development

"development that meets the needs of the present without compromising the ability of future generations to meet their own needs." - Brundtland Commission - UN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2006 09:01 AM | Show all posts
Menyentuh tenteng keseimbangan berkait rapat dengan konsep permaculture.

Banjir di TTDI Jaya , Shah Alam baru-baru ini salah satu bukti jelas jika keseimbangan di antara proses pembangunan dan urbanisasi sesebuah kawasan dan kehendak alam tidak dititik beratkan, bencana akan timbul. Bencana yang bukan dari sebab proses semulajadi tetapi sebab kerakusan tangan-tangan manusia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2006 06:52 PM | Show all posts
emm bercakap pasal keseimbangan ni...perlu ada idea ataupun solution untuk kita capai tahap "keseimbangan" itu sendiri...salah satu jalan yg saya nampak di Malaysia ialah penggunaan palm oil mill effluent (POME),saki-baki buah kelapa sawit untuk di convert kepada biodiesel....boleh mengurangkan pencemaran udara kerana berbanding gas petrol,biodiesel mengeluarkan karbon dioksida dengan jumlah yg lebih sedikit...almost 60% kadar pengurangan...bagus le,harga minyak pun dah naik sekarang ni..
so kalau projek ni berkembang lagi bukan sahaja kita dapat alternatif untuk mengekalkan alam sekitar,tapi pada masa yang sama dari segi pembangunan teknologi pun boleh meningkat kerana ilmu serta pakar dalam bidang ni amat diperlukan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.188795 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list