|
berita harian arini...
ABPBH: 'Tidak perlu bersepah di merata-rata'
KARYANYA sering saja dinanti pengikut setia dan setiap kali penghasilannya disenaraikan dalam pertandingan, tentu saja ada yang diiktiraf sebagai juara. M Nasir, satu jenama yang cukup sinonim dengan seni, populariti dan kualiti dalam kariernya.
Insan yang dilahirkan di Singapura pada 4 Julai 1957 ini juga pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1994, mengesahkan lagi statusnya antara artis paling diminati di negara ini.
Dan, pada sidang akhbar pertama mengumumkan penganjuran edisi ke-20 ABPBH 2006 di Palace of Golden Horses baru-baru ini, artis yang digelar sifu ini turut hadir bersama beberapa Bintang Paling Popular lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Ziana Zain dan Rosyam Nor, bagi memeriahkan acara dan menunjukkan sokongan pada usaha akhbar harian ini memartabatkan lagi dunia seni.
Ditanya pandangannya terhadap aspek populariti dalam kesinambungan kejayaan seseorang artis, terutama mereka yang sudah lama terbabit dalam seni sepertinya, penyanyi dan pelakon ini menegaskan, faktor keupayaan peminat untuk melihat bintang kesayangan mereka di media massa, acara dan sebagainya cukup memainkan peranan penting dalam hal berkenaan.
"Sudah tentu setiap artis ada gelombang popularitinya. Semua itu banyak bergantung kepada visibility dirinya serta bagaimana dia membawa kelainan atau pembaharuan setiap kali tampil dengan produk baru. Jangan dilupa, penampilan diri amat penting dalam dunia seni ini. Penampilan yang sesuai dengan diri kena sentiasa dijaga. Itulah pentingnya orang yang berada di sekeliling kita seperti pembantu, keluarga dan rakan. Merekalah yang perlu dijadikan tempat rujukan.
"Artis itu sendiri perlu sentiasa seiring dengan perkembangan zaman. Jadi, jika mereka selalu saja keep up dengan arus perkembangan, kemungkinan untuk dia terus diingati dan diminati adalah lebih besar. Lihat saja Santana yang sudah pun sekian lama dalam arena muzik, tetapi dia tetap popular. Dia rajin tampil bersama pembaharuan dan mengikut kehendak semasa, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|