CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iscol_klang

m.nasir - album baru SANG PENCINTA (review mula dari page 6)

[Copy link]
 Author| Post time 21-3-2006 01:10 PM | Show all posts

m.nasir menang lagi

dari utusan arini....


Anugerah MACP nobatkan M. Nasir sekali lagi
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

UNTUK kali keenam, M.Nasir mengungguli kategori Anugerah Komposer Terunggul kerana menerima royalti tertinggi daripada Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Muzik (MACP) bagi pengagihan tahun lepas.

Secara peribadi M.Nasir melahirkan perasaan gembira kerana kemenangannya itu (1996, 2000, 2002, 2004, 2005 dan 2006) tidak ditentukan oleh juri profesional atau awam.

揝aya gembira kerana pihak MACP mengiktiraf idea komposer dan kejayaan saya ini juga dibuktikan menerusi kekerapan lagu-lagu saya disiarkan.

揇aripada senario itu semua komposer tahu kedudukannya dalam bidang penciptaan lagu,拻 kata Nasir yang ditemui selepas majlis Anugerah MACP ke-10 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kelmarin.

Namun, kata M.Nasir, calon-calon yang bertanding dalam kategori tersebut seringkali orang yang sama dan itu merupakan satu persaingan sihat.

Selain M.Nasir, dua lagi komposer yang tercalon untuk kategori itu ialah Edry Abdul Halim (Edry KRU) dan Mohd. Faizal Maas atau Ajai.

Dia yang turut mengadakan persembahan penutup pada malam itu, bagaimanapun, menolak dakwaan yang melabelnya sebagai komposer kaya.

Sambil tersenyum M.Nasir berkata, kalau ikut penciptaan lagu memanglah dia 慿aya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2006 03:26 PM | Show all posts
ni dpt kat mstar online

Hayati lirik nukilan 'Sifu'
18-03-2006 11:05:40 AM  
KUALA LUMPUR:Bagi komposer, penulis lirik dan penyanyi, M.Nasir tugas menggubah dan menulis lirik lagu bukan sekadar untuk menghasilkan sebuah lagu yang merdu tetapi turut bersangkutpaut dengan perkembangan budaya dan bahasa, terutamanya bahasa Melayu.

Pada pandangannya, pemilihan bahasa yang terkandung dalam baitbait lirik itu akan memberikan kesan tersendiri kepada pendengar berdasarkan pertimbangan, pengalaman dan pengetahuan mereka terhadap seni dalam lagu.

Komposer yang digelar "sifu" dalam industri muzik tempatan itu juga mengakui bahawa kedudukan bahasa Melayu berada dalam dilema ekoran wujudnya jurang di antara generasi dahulu dan sekarang, yang perlu diberikan perhatian sewajarnya.

"Soal bahasa itu saya lihat berada dalam peringkat persimpangan jadi kita perlu usaha untuk merapatkan jurang itu. Dalam lagu umpamanya yang mempunyai berbagaibagai pemikiran kerana ia ada bersangkutpaut dengan perubahan masa," katanya dalam temubual dengan Bernama di sini.

Beliau diminta mengulas tentang nilai budi bahasa dalam lagu ekoran isu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kembali mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat di Malaysia termasuk pemimpin negara dan parti politik.

Isu bahasa Melayu mendapat perhatian media selepas Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kedudukan bahasa kebangsaan itu, ekoran sebab-sebab tertentu, sambil bertegas kerajaan akan melindunginya sekalipun terpaksa meminda akta-akta berkenaan.

Pakar bahasa menyifatkan penggunaan bahasa Inggeris yang meluas dan terbuka di kalangan masyarakat, kurang keyakinan terhadap keupayaan bahasa Melayu dan penggunaan bahasa rojak menyumbang kepada hakisan bahasa itu.

M.Nasir berkata penggubah dan penulis lirik lagu seharusnya mempunyai sikap bertanggungjawab ke atas setiap hasil karya yang mereka hasilkan kerana ia bukan sekadar untuk menghiburkan pendengar.

Bagaimanapun, pendekatan yang mungkin digunakan bergantung kepada pemilihan dan citarasa masingmasing sama ada menggunakan "directness" ataupun secara tersirat menggunakan bahasa puitis, katanya.

"Pendekatan orang seni itu (dalam menyampaikan lagu) kadangkadang terlalu halus untuk difahami oleh masyarakat. Kadangkadang dia pukul jauh ataupun tepat, bergantung kepada aliran (genre muzik) masing-masing.

"Penggunaan bahasa (dalam lagu) bergantung kepada pengetahuan masingmasing dan peringkat masyarakat yang mendengar. Dia mesti belajar mengenali seni bahasa untuk menyampaikan secara yang terbaik kepada pendengar," jelasnya.

Isu bahasa dalam lagu pernah dibangkitkan apabila kemenangan lagu "Gemilang" nyanyian Jaclyn Victor dalam Anugerah Juara Lagu Ke-20 dipersoalkan berdasarkan liriknya yang tidak puitis berbanding "Awan Yang Terpilu" nyanyian Ning Baizura.

Mengenai lagu "Lagu Cinta Lagu Jiwa" yang digubah oleh beliau yang sentiasa dimainkan stesen radio tempatan setiap hari, M.Nasir berkata lagu itu mempunyai keistimewaan tersendiri seperti kekuatan dan kekemasan liriknya yang ditulis oleh Loloq.

"Lagu itu seolah-olah main-main gitu tetapi sebenarnya ada keseriusan dari segi pengaturan bahasa, penyampaian dan isi lagu itu. Tetapi tidak semua orang akan menganuti aliran lagu itu," katanya yang dijangka menemui peminatnya dengan album baru pada awal April depan.

Penggunaan bahasa Melayu persis dalam lagu itu sejajar dengan cadangan ahli akademik dan ahli puisi tersohor, Dr Lim Swee Tin bahawa setiap pengguna bahasa harus menganggap diri mereka sebagai pejuang bahasa yang akan memastikan penggunaan bahasa Melayu yang menyeluruh
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 06:00 PM | Show all posts
wow menarik je aku baca pasal lagu-lagu baru sifu nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2006 08:09 PM | Show all posts
lagu ni m.nasir ada nyanyi masa APM aritu...
nak donlod bole ke topik media APM kat main board celebrities..
credits to idolfan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 10:36 PM | Show all posts
memula dengar biase2 jer,..pastu jadik best lak... cumer liriknya agak direct to the point.... tak berbunga2... ok lah... memula tuh aku ingat aperkemendelah style baru lagu m.nasir nieh... :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2006 02:18 AM | Show all posts
aku skrg dah meroyan ngan lagu nih :D

huhuhu...


ku lelaki..kau wanita...ayuhlah kita mengikat janji...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2006 02:21 AM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 27-3-2006 08:09 PM
lagu ni m.nasir ada nyanyi masa APM aritu...
nak donlod bole ke topik media APM kat main board celebrities..
credits to idolfan



ff:
kanda...dah dapat balik buku tu ke?

dinda dah pos rabu ari tuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2006 07:49 AM | Show all posts
Sedap lagu ni..kalau M.Nasir dah keluar album tolong update yerk? Hari tu kata akhir Mac..ni dah minggu terakhir tak dengar pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2006 08:22 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 28-3-2006 07:49 AM
Sedap lagu ni..kalau M.Nasir dah keluar album tolong update yerk? Hari tu kata akhir Mac..ni dah minggu terakhir tak dengar pun.



mnasir kata paling awal keluar akhir mac, paling lambat tak taulah pulak biler  
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 12:31 AM | Show all posts
Patutnya keluar hari ni. Aku pegi kat Victoria music kat amcorp mall dia kata petang nanti dia telefon (maksudnya luncai emas kot). Penipu sungguh m.nasir nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2006 12:55 AM | Show all posts
takleh caya gak ckp m.nasir tu...
dia kata 2 bulan dia buat 1 lagu...
until 20/3 yg dah siap baru 8 lagu..
maknanye ada lagi 4 lagu...
aci kerat lapan pun dia takkan sempat abiskan rekod 4-4 lagu tu dlm waktu terdekat nih...
ni bukan album mawi...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 12:36 PM | Show all posts
Luncai Emas dah update - kuar awal April. Sepatutnya 23/3 aritu.


Harap maklum...

Minta maaf, 'Album terbaru M.Nasir' akan lewat berada dipasaran!!! kami
baru terima info terkini album M.Nasir yang dijangka berada dipasaran
awal bulan April nanti.

Sila maklum kepada ahli Kelab Sahabat yang lain..

Tq.
Luncai Emas

[ Last edited by izhar1000 at 29-3-2006 12:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 10:07 PM | Show all posts
camne nak masuk kelab sahabat tu ekk?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 10:58 PM | Show all posts
wah m.nasir ada kelab sahabat ke? baru tau ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2006 12:38 AM | Show all posts
Kelab sahabat. Yang jenis kena bayar ke ni?

Sesungguhnya. Tak ada. Yang lebih. Ironik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2006 09:02 AM | Show all posts
yang ni yahoo group kelab sahabat dia. korang carila kelab sahabat m.nasir (ksmn).heheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2006 03:32 PM | Show all posts
nak join bayar rm30

kena renew annually bayar rm10.

nanti dapat souvenier.

ada aktiviti diaorg panggil.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2006 06:23 PM | Show all posts
ya ke dah ada kelab sahabat... hmm. kira artis lama yang pertama ada cam fan club..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2006 09:08 PM | Show all posts
kelab sahabat dia ni bukan dah lama ke...
aku sedar time filem merah baru kuar dulu,thn 1996...
luncai emas ada kuarkan biografi filem merah. mcmane ek, ada lukis karektor filem merah, jln citer dr awal sampai abis...utusan publishing yg cetak..
belakang buku biografi tu ada cam borang nak masuk KSMN..
masa konsert phoenix dia kat ntv7 dulu, KSMN ni yg dtg tengok konsert dia...
m.nasir ni banyak gak die hard fan dia, yg muda2 pun ada...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2006 01:06 PM | Show all posts
16 April ni ada Dari Studio 1 MNasir.  Dtglah ke Astro kalau nak tgk dia- most probably ada lagu dari album baru dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.065109 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list