CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5567|Reply: 8

Sawan Beranak ( eclamptic fits )

[Copy link]
Post time 14-3-2006 04:35 PM | Show all posts |Read mode
by Dr Hamid Arshat

Sawan Beranak

"Baru-baru ini saya telah mendapat satu panggilan kecemasan daripada salah sebuah jabatan kerajaan yang memberitahu saya tentang seorang kakitangan wanita daripada jabatan tersebut telah terkena sawan, dan wanita itu sedang menjalani rawatan kesuburan selama beberapa tahun. Saya diberitahu, bahawa seluruh badan wanita tersebut menggeletar apabila terkena sawan. Mulutnya berbuih dan matanya terpusing sehingga dia jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Para kaki-tangan di jabatan tersebut tidak tahu berbuat apa-apa melainkan cuba memanggil ambulans dan seterusnya memanggil saya untuk memberi pertolongan cemas. Malangnya, apabila saya sampai ke pejabat tersebut, saya hanya dapat memeriksa dalam waktu yang begitu singkat kerana ambulans telah pun tiba untuk membawa wanita tersebut ke hospital. Apabila saya merasai nadinya dan memeriksa jantungnya, saya dapati wanita tersebut tidak bernyawa lagi. Saya percaya, bahawa wanita tersebut telah menemui ajal ketika dia terkena sawan."


        Kejadian ini adalah suatu yang sangat malang, khususnya bagi suami wanita tersebut kerana pasangan tersebut telah berkahwin selama 10 tahun dan telah mencuba untuk mendapatkan zuriat. Tetapi sayangnya, isterinya yang sarat mengandung telah terkena sawan dan telah menemui ajalnya. Dalam kes ini, bukan sahaja satu nyawa hilang, malah dua nyawa kerana bayi dalam kandungan wanita itu turut juga menemui ajal. Beginilah antara risiko terbesar yang boleh berlaku ke atas mana-mana wanita yang sedang hamil. Dari segi hikmah wanita tersebut mati syahid dan Allah S.W.T. menempatkan syurga kepada wanita yang menghadapi maut seperti tersebut. Yang pergi menemui Tuhannya, akan berbahagialah di alam baka tetapi yang ditinggalkan begitu sedih dan pilu, khususnya suami dan saudara maranya.

        Dalam kisah tadi, saya ingin mengulas sedikit tentang sawan beranak, dari segi bahaya, tanda-tanda, rawatan dan cara-cara pencegahannya.

Punca 揝awan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2006 04:36 PM | Show all posts
Apakah Rawatan Bagi Toksemia Dan Sawan Beranak?

Sebenarnya, tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit toksemia kerana kita tidak tahu apa punca sebenarnya, melainkan wanita tersebut perlu dimasukkan ke hospital untuk pengawasan dan untuk berehat seterusnya untuk mengawal pemakanannya. Wanita yang telah mempunyai tanda-tanda toksemia seperti air kencing yang mengandungi albumin dan bengkak kaki patutlah diberi rehat dengan sebanyak-banyaknya dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Jika keadaan ini masih ringan lagi, dia mungkin boleh diberi rehat di rumah dengan pengawasan yang rapi. Rehat adalah perkara yang terpenting dalam rawatan toksemia.


        Tidak ada ubat yang khusus yang boleh mengatasi masalah toksemia. Rawatan yang mutlak bagi keadaan toksemia dan sawan beranak ialah melahirkan bayi dengan secepat mungkin. Cara melahirkannya bergantung kepada tahap ketenatan penyakit tersebut dan umur kehamilan. Jika kehamilan telah cukup bulan, iaitu melebihi 37 minggu kehamilan, bayi perlu dilahirkan dengan secepat mungkin. Jika darah tinggi dan kandungan albumi di dalam air kencing tidak teruk, kelahiran boleh dilakukan secara paksaan (induction of labour). Tetapi, dalam keadaan yang teruk ataupun setelah sawan beranak berlaku, atau di mana keadaan bayi terlalu terancam, rawatan yang sewajarnya ialah pembedahan Caeserean.



Pencegahan

Toksemia atau sawan beranak patutlah dicegah dari awal lagi. Setiap wanita yang mengandung, khususnya mereka yang mempunyai risiko yang tinggi seperti mengandung anak sulung, gemuk badan, berpenyakit ataupun yang mempunyai sejarah keluarga yang bermasalah, patutlah mendapat rawatan daripada doktor pakar. Jagaan kehamilan patut dilakukan mengikut jadual, iaitu setiap bulan dan di peringkat awal sehingga tujuh bulan, kemudian dua minggu sekali diikuti dengan seminggu sekali.



Kebanyakan daripada kes-kes toksemia dan sawan beranak berlaku akibat daripada ibu-ibu datang ke klinik terlalu lambat, atau langsung tidak datang mengunjungi klinik ibu mengandung dan ada pula yang mengunjungi tetapi tidak mengikut jadual.



Jagaan pemakaan bagi ibu yang mengandung adalah sangat penting. Ibu yang mengandung patutlah mengawal makanan yang banyk mengandungi karbohidrat seperti gula, kanji dan lemak. Ramai wanita yang tidak boleh mengawal seleranya setelah kandungan mencapai usia lima bulan ke atas kerana mereka percaya, bahawa mereka makan untuk dua orang dan seleranya pun meningkat pada ketika itu.



Di samping jagaan pemakanan, waktu rehat dan waktu tidur yang mencukupi penting bagi wanita yang sedang hamil. Wanita hamil patutlah menjauhkan diri daripada tekanan fizikal akibat daripada pekerjaan yang berat dan teruk, tekanan mental dan jiwa. Perkara-perkara yang boleh mengganggu perasaan dan mental patutlah dijauhkan dengan kerana ini juga merupakan satu faktor yang boleh menyebabkan terjadinya toksemia dan sawan beranak. Ibu-ibu patut melebihkan masa berehat atau diberi cuti rehat apabila tanda-tanda toksemia mula timbul.



Apabila penyakit toksemia telah berlaku, ibu tersebut patut dimasukkan ke hospital untuk mencegah keadaan tersebut daripada berterusan menjadi sawan beranak. Kebanyakan daripada masalah-masalah toksemia yang teruk serta sawan beranak adalah disebabkan oleh faktor-faktor peribadi dan sosial yang telah saya huraikan di atas. Ada sesetengah wanita pula tidak mahu dimasukkan ke hospital walaupun dinasihatkan berbuat demikian atas sebab tertentu. Ada pula yang suka balik kampung untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.


Saya ingin menekankan, bahawa penyakit toksemia tidak mempunyai ubat yang khusus. Berehat, menjaga pemakanan, fikiran yang tenang dan kelahiran bayi yang tepat pada waktunya adalah perkara-perkara yang terpenting dalam mengendalikan kes seperti ini. Semoga kejadian yang saya ceritakan dalam makalah ini dapat kita elakkan sama sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 05:40 PM | Show all posts
thanks for the info..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 06:04 PM | Show all posts
baru tahu jenis penyakit...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2006 08:57 AM | Show all posts
Ibu yang hamil memang kerap mengalami masalah penyakit darah tinggi. Penyakit ini mempunyai bahaya tersendiri iaitu jika tidak terkawal boleh mengakibatkan maut kepada ibu hamil, apabila ibu diserang sawan beranak (eclamptic fit). Mengikut kajian pada tahun 1984, penyakit sawan beranak adalah punca kedua terbesar kematian ibu. Punca utama kematian ialah tumpah darah ketika bersalin.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2006 09:06 AM | Show all posts
baru aku leh bygkan eclampsia tuh mcm mana...tahnks syd..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2006 12:44 PM | Show all posts
Terima kasih dgn info berguna tu. Selama cuma dengar tapi tak tahu secara terperinci.

Ada juga member yg kena darah tinggi sewaktu hamil ni. Tapi, kebanyakkan bawah umur 30-an. Rasanya, yg paling penting sekarang ni jaga pemakanan. Jgn main belasah jer...yelah, ramai yg muda2 dah kena darah tinggi ni.

[ Last edited by alifinara at 15-3-2006 12:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2006 01:50 PM | Show all posts
isif waktu pregnant dkt haziq dulu, albumin banyak dalam urea..so dr kasi ubat cuci air kencing..aiseh..lepas tuh kena kontrol makan ler....alhamdulillah takder apa2. ibu isif pesan time tuh, minum air barli banyak2 cuci kencing...aaaaaaaaaa..try laaa.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mc_nors This user has been deleted
Post time 14-1-2007 04:27 PM | Show all posts
Nor baru tebaca thread ni... rasa takut jer...

Nor biasa tak sedarkan diri ngan tiba2 semenjak Nor berumur 3 @ 4 thn lagi... sekarang ni dah masuk 28 tahun dan Nor mengandung anak kedua....
Masa 1st pregnant dulu, awal kehamilan (1 bulan) nor tak sedarkan diri beberapa minit... Nor jatuh tetiba jer... tapi tu biasa terjadi...
sekarang ni nor dah mengandung anak ke dua dan sudah 3 kali nor tak sedarkan diri.... husband cakap masa nor nak kena tu... seolah nor tak leh bernafas & seluruh anggota menjadi kejang. Mata Nor terbeliak....

masa nor nak bersalin anak pertama dulu2, nor hampir2 terkena, mata nor cam juling2 gitu... Nurse cakap Nor tak tahan sakit... tapi masa meneran tu, alhamdulillah bertenaga jer....

Sekarang ni Nor betul2 runsing nak bersalin anak ke-2 ni.. 1001 perkara dah nor pikir.. takut sangat... sebab tiapkali "Dia" datang... Nor memang sesak nafas... sukar nor nak cerita... Nor memang tak tahan sakit... nak2 sakit perut.. (biasanya leh wat nor tak sedar diri)

ada tak cara tuk menghilangkan ni semua.. nor betul2 bimbang ni...

Kat mana leh Nor refer untuk penyakit ni.. pakar ker....sebab dulu nor pernah gi wat checkup kat hospital.. & doktor cakap nor kena jaga makan (tak leh lapo) & jangan beradah bawah matahari terik terlalu lama(pitam)... please... nor betul2 runsing....

[ Last edited by  mc_nors at 14-1-2007 04:48 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.412177 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list