CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7337|Reply: 8

Kesihatan Anak: Mengenali punca anak murung

[Copy link]
Post time 21-3-2006 01:33 PM | Show all posts |Read mode
KEMURUNGAN atau depresi adalah salah satu gangguan psikologi dan psikiatri yang paling kerap dialami seseorang. Lebih membimbangkan, gangguan itu boleh meninggalkan kesan menyeluruh terhadap perasaan, kehidupan, emosi dan tingkah laku seseorang.


Kemurungan juga sering kali dikaitkan dengan gangguan perasaan. Kemurungan yang berpanjangan akan menjejaskan kegiatan harian seseorang.

Orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh mengalami masalah kemurungan. Namun begitu, jika kita bijak mengatasi atau menangani setiap masalah mendatang, sudah tentu kita tidak dijerut perasaan kemurungan.

Pakar Perubatan Psikologi dan Klinikal di United Kingdom, Dr Michael G Conner, berkata kemurungan juga boleh berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Beliau berkata, lebih membimbangkan, seorang daripada 10 kanak-kanak didapati mengalami kesukaran untuk membebaskan diri mereka daripada gejala atau simptom kemurungan, malah, kadar atau kejadian kemurungan meningkat apabila usia kanak-kanak itu semakin bertambah

Sebagai contoh, katanya, satu peratus kanak-kanak berusia di antara satu dan enam tahun mengalami kemurungan berbanding 12 peratus kes dilaporkan di kalangan mereka yang berusia sembilan hingga 12 tahun.

揑ni jelas membuktikan semakin usia seseorang itu bertambah, semakin tinggi risiko mereka untuk mengalami masalah kemurungan dan gangguan perasaan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2006 02:31 PM | Show all posts
good info....
epal rasa ciri2 tu ada pd diri anak sulong yg umo 3 thn.....dia tension agaknyer adik dia asyik masuk hospital and kitorang pulak byk spend time kat hospital temankan adik...bila balik kang mulalah dia buat perangai, asyik nangis, tak nak makan, letih jer dan sering mengadu sakit perut....ni adik dia dah ok dia pun dah back to normal....tapi one thing dia macam marah jer ngan adik....agaknyer dia rasa adik dia menggugat perhatian kitorang pada dia agaknyer....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 02:38 PM | Show all posts
kesiannya anak epal...tapi baguslah sebab epal perasan perkara tu jadi boleh buat sesuatu untuk tolong dia overcome.  Kalau kita tak perasan lagi kesian dengan budak2 sebab diorang bukannya tahu nak cerita luah perasaan.  Orang tua lainlah jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2006 03:03 PM | Show all posts
tahniah epalijau
coz peka...
kesian kat budak2
semua tuh bermain dlm pikiran dorang
ada orang pun kekadang tak perasan
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 03:21 PM | Show all posts
mmg kesian sebab mmg nampak dia macam tension....now epal cuba luangkan masa melayan dia dan cuba buat dia rasa yg kami pun sayangkan dia dan tak abaikan dia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2007 02:20 PM | Show all posts
Personaliti kanak-kanak murung

DOKTOR,
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana pihak tuan melayani pertanyaan saya berhubung masalah kesihatan. Saya merupakan antara jutaan pembaca yang pastinya tidak ketinggalan mengikuti ruangan Kesihatan di Mingguan Malaysia pada setiap hujung minggu.

Beberapa bulan yang lalu, saya terbaca satu artikel mengenai masalah kemurungan di kalangan kanak-kanak. Apabila saya baca sahaja ruangan itu, saya dapati banyak persamaannya yang terdapat pada anak kedua saya. Sedari kecilnya beliau memanglah pendiam. Susah sangat nak dengar dia bercakap. Satu yang kita tanya, satulah yang dia jawab. Pada peringkat awal dahulu, kami tidak kisah sangat, mungkin ia akan berubah setelah remaja nanti.

Tetapi, makin remaja makinlah pendiam. Masa umurnya 4
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-7-2007 02:22 PM | Show all posts
Kesihatan Anak: Remaja murung boleh dirawat
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@nstp.com.my


Sistem pendidikan di Malaysia hanya bantu tangani masalah pelajar cacat fizikal tetapi kurang beri tumpuan kepada kes emosi

KEMURUNGAN dianggap masalah biasa bagi orang dewasa, tetapi sebenarnya ia juga berlaku di kalangan remaja.

Dalam satu kajian yang diketuai Pensyarah Perubatan Komuniti, Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Adlina Suleiman, membabitkan 2,048 responden daripada lima sekolah menengah di Selangor, mendapati 10.3 peratus responden mengalami kemurungan.

Kajian yang bermula pada 2005 itu membabitkan responden berusia antara 14 dan 15 tahun. Sebahagian responden adalah daripada tiga sekolah luar bandar manakala bakinya sekolah bandar.

Beliau berkata, 10.3 peratus adalah angka yang sederhana, tetapi ia sama dengan statistik di negara-negara Scandinavia.

揔ajian ini membuktikan wujud masalah kemurungan di kalangan remaja di Malaysia walaupun angka ini tidak boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan di seluruh negara,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2007 02:23 PM | Show all posts
Skizofrenia di kalangan kanak-kanak, remaja

Skizofrenia di kalangan kanak-kanak, remaja
Oleh Tajaiyah Ihsan

WALAUPUN amuk berasal daripada perkataan Melayu, namun insiden ini boleh berlaku kepada sesiapa jua tanpa mengira usia, bangsa dan mangsanya, dan di mana sahaja.

Kejadian amuk terbaru yang berlaku di Virgina Tech, Blacksburg, Amerika Syarikat (AS) yang membabitkan 33 mangsa termasuk pembunuhnya Seung Hui Cho telah membuka mata dunia dengan pelbagai soalan berkaitan kesihatan mental.

Antaranya, ada yang bertanya bagaimana orang biasa boleh mengenal pasti individu dengan masalah kesihatan mental dan apakah jenis corak yang mungkin ditunjukkan oleh mereka.

Insiden Virginia Tech jelas menunjukkan bahawa remaja seperti Cho, yang dikatakan mengalami gangguan mental ini mampu bertindak ganas tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda awal sebelumnya.

Pada masa yang sama, kejadian ini memberikan peluang kepada penyedia perkhidmatan untuk menerangkan tentang wajah sebenar penyakit mental dan perhatian yang lebih serius kepada masalah ini.

Kesihatan mendapatkan pandangan pakar psikiatri, Dr. Subash Kumar, dari Pusat Perubatan Universiti Malaya mengenai hal ini.

Beliau yang merujuk kepada kejadian di Virginia Tech berkata, biarpun berkemungkinan terjadi di sini, namun risikonya amatlah rendah.

Ini disebabkan masyarakat negara ini masih bersifat pemalu dan toleran. Lagipun, 慴udaya senjata api
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2007 02:23 PM | Show all posts
Selamatkan anak-anak daripada penyakit depresi
Oleh: DR. TAM CAI LIAN (Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Tunku Abdul Rahman

Kampus Petaling Jaya, Selangor)
揅IKGU, tolonglah saya. Saya rasa nak mati sahaja. Kebelakangan ini saya tidak dapat belajar, tidak dapat tidur. Kehidupan sudah tidak bererti!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.341344 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list