CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hukaloh

[MERGED] Juling air @ Juling

[Copy link]
Post time 9-9-2006 01:55 AM | Show all posts
anak cham pun juling air..tp takde lah smpai nak bawa oprate..

dah besar ni 2 1/2 years...dah tak perasan langsung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2006 01:05 AM | Show all posts
Anak2 dara sy juling air jg..skit sngt tk perasan pun klu sekali tengok....tp rmai kata juling air nie sekali tengok comel..ada yer jg...sbb sblh hubby ramai yg juling air...kiut2lah.tk jemu memandang..ada jg yg kata juling nie keturunan..sama jg dng berlesung pipit....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by soulha at 13-9-2006 01:05 AM
Anak2 dara sy juling air jg..skit sngt tk perasan pun klu sekali tengok....tp rmai kata juling air nie sekali tengok comel..ada yer jg...sbb sblh hubby ramai yg juling air...kiut2lah.tk jemu memand ...


:setuju:

orang yg juling air ni kadang2 sweet jer tengok..apa lg ada lesung pipit... kui3
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 02:59 PM | Show all posts
Originally posted by ALDRIN at 8-9-2006 01:14 AM
Hello,
Ada tak anak2 kenkawan sini yg mengalami JULING AIR=mata yg juling sedikit.
Saya dah bawak anak ke specialist anak saya 2 tahun...tp Doktor cakap 2 tahun dia tak bole co-operate lagi.
...


aldrin...
co-operate ke operate??....confius den
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 04:03 PM | Show all posts
Anak pertama saya pn cam juling2 air gak. Ada dgr gak pasal juling nk kena p jumpa doktor. Saya pn sependapat dgn awan. Memang x perasan kalu x perhati.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 09:02 AM | Show all posts
Adik saya pon masa baby macam juling air tapi bila dia dh boleh jalan (dh besar sikit) terus normal. Mungkin time baby dia tak pandai lg kot nk koordinasi penglihatan dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2006 11:36 AM | Show all posts
mmg masa kecik baby nye mata x leh nak btul2 fokus..2 sbb la jadi juling2 tuh..slalunye bila dah besar ok..i masa kecik mcm tuh..bila tgk gambar masa kecik..mak ai mmg juling abih...tp bila dah besar ok je..ilang juling tuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 11:52 AM | Show all posts
ermm anak sedara rynn juling ari masa baby
pastue mak mentua rynn train dia since baby pandang ke arah satu objek
ajar dia fokus utk pandang objek tersebut
pastue bila dah besar ok
so yg baby baru 3 months tue trylah buat mcm my mother in law buat...

ermm anak member tue ada sorang tue juling airlah.. hehe memang kiut tp pandang lelama perasanlah...
tp better klau leh betulkan, betulkanlah... terutama yg nampak ketara
sebab nanti masa sekolah dia kene kutuk ngan kawan2...
nie pengalaman i masa sekolah.....
try ajar dia fokus pandangan pada satu objek...

maybe kita akan rasa cute tp nanti anak kita sendiri rasa rendah diri...
kalau tak ketara tak apalah...tak yahlah nak operate semua

ermm tak tahulah maybe ada parents yg tak kisah
mcm rynn baby rynn giginya sompek skit ( patah skit)
rasa sedih sangat dah kurang comel....
pastue gigi atas dia yg tgh tue mcm ronaldinho huhuhu
aku tak sukaaaaaaaaaaa...........
nanti dah besar skit maybe nak g  betulkan...

teruk sangat ker rynn nie ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2006 02:56 PM | Show all posts

Juling

Anak mata juling

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Bola mata tak selari

KATA orang, perasaan kasih sayang dan cinta bermula dengan mata yang perlahan-lahan turun ke hati. Sejauh mana benarnya tidaklah dapat dipastikan, tetapi yang nyata mata mempunyai pengaruh dan fungsi besar dalam kehidupan seseorang.

Jika boleh, semua orang mahu memiliki mata sihat, cantik dan dapat melihat dengan terang. Bagaimanapun, bukan semua orang bertuah untuk memiliki ketiga-tiga sifat itu kerana ada yang dilahirkan dengan mata juling.

Kejulingan berlaku apabila posisi atau kedudukan bola mata tidak selari atau sejajar. Anak mata individu yang juling terletak pada kedudukan tidak sama apabila melihat sesuatu objek.

Ada yang mengalami juling ke arah luar dan ada ke dalam. Walaupun biasanya kejulingan membabitkan kedua-dua belah mata, ia juga boleh berlaku pada sebelah mata saja pada satu masa dan secara berganti-ganti iaitu sekejap pada mata kiri dan ada kalanya beralih ke mata kanan.

Walaupun ia dianggap satu daripada masalah mata, ramai ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada perkara ini, terutama jika kejulingan dialami anak mereka adalah 憇edikit
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 02:57 PM | Show all posts

sambungan....

Rawatan

Bagi juling yang tidak disebabkan masalah lain yang serius, ada beberapa kaedah rawatan. Ada masalah juling yang dapat dirawat dengan hanya memakai cermin mata khas. Bagi kanak-kanak pula, ambliopia dapat diatasi jika rawatan pertama bermula sebelum mereka berumur sembilan tahun.

Mungkin anda pernah melihat orang menutup mata yang normal bagi menggalakkan kanak-kanak membaca dengan mata yang kurang jelas penglihatannya. Adakah ini tindakan yang baik?

Sebenarnya, kata Dr Muhaya, ini kaedah rawatan untuk ambliopia. Pesakit akan diberi rawatan dengan menggalakkan penggunaan mata yang mengalami ambliopia dan menutup mata yang normal.

Kaedah itu akan memaksa kanak-kanak menggunakan mata yang mengalami ambliopia untuk membuat 慿erja rumit
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 09:55 AM | Show all posts
Juling punca kerap alami kemalangan
Oleh Hafizah Iszahanid


Kanak-kanak juling tidak berupaya menganggarkan jarak dan kedalaman

WALAUPUN dilihat sebagai perkara biasa, masalah juling jika tidak dirawat dengan segera mungkin boleh menyebabkan kanak-kanak itu hilang penglihatan.

Pakar Perunding Kanak-Kanak, Dr Sharifah Khatijah Syed Hassan, berkata juling lazimnya terjadi kerana faktor genetik, tetapi ada faktor lain yang turut berupaya membuatkan kanak-kanak itu juling.

揓uling memang agak payah dikesan pada peringkat awal. Ini disebabkan pergerakan anak mata sangat pantas. Apatah lagi pada awal usia kelahirannya, mata kebanyakan bayi kelihatan juling kerana mereka sedang belajar untuk memfokus,
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 11:23 AM | Show all posts
well, anak i 1 and half year..mmg perasan bola mata tak selari..very mild kalau tak cakap org tak perasan..but i perasan ..so last week bawa dia ke pakar mata..that dr cakap she tak juling pun..katanya nampak tak selari coz dia punya batang hidung tu still flat..so nampak macam tu..dia bagi appt lagi in 6 month time..

saya pernah terbaca rawatan mengunakan eye patch tu..tapi dah dr kata no problem so wait fo another 6 month lah nampaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 10:51 AM | Show all posts
anak my sis.... ada juling ni... dah setahun pakai kaca mata..... next week jumpa dr. lagi... nak tgk perkembangan.... sekarang umur dia 2 taun stgh.... memang ada rabun skit....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 12:05 PM | Show all posts
mmg kena tunggu until 6 mths...anak kiter yg first before 6 mths mmg cam juling skit...skg dah ok
adik dia pun baru 4 mths+ juling gak skit...nak kena tunggu lah ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 12:52 PM | Show all posts
ok.
selalu jupe doc
doc ckp ap ek?

nak gak tahu nih.

utk info.

ada kena wat exercise ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 10:03 AM | Show all posts
my dotter masa baby mmg selalu buat2 juling kekadang lama lak tu juling nyer...panic gak lah bila time dia menjuling kan mata dia....selalu klu dia juling2 kan mata dia, me selalu raup mata dia...then ok jap...pastu buat lg.... tp alhadulillah bila dh besar sket dlm 5-6mos dh ok dh tak de plak dia buat2 juling...now mmg tak juling lah....

my boy laks...mmg xpernah langsung buat juling2 tu...kekadang t'pk jugak what makes my dotter jadi juling2 masa dia baby dulu... :hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2007 03:16 PM | Show all posts
ramai org kata cuba tengok sampai baby 5-6 bln... sbb kdg2 baby x leh fokus masa memandang... tp my doter dulu lain... umur nak masuk setahun pun still ketara nampak mcm juling... even dia pandang lurus ke dpn pun bola mata dia x berada di tgh2... bapak me selalu sebut2.. buat me lg risau.... ingat mmg nak bwk gi hospital dah.. tp masuk jer umur setahun, me tengok mata dia makin lama makin ok lak... mmg dah normal.. alhamdulillah... syukur sgt2 me rasa... kdg2 mungkin lambat skit kot... sbb tu yg terjd kat my doter...  
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 05:01 PM | Show all posts
baby kecik2 mmg nampak juling kadang2.. mata dia kadang tak betul2 leh focus lagi..
tp.. if dah 2 years ++ better bawa pi jumpa doktor la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 02:28 PM | Show all posts
Mata juling boleh diluruskan
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

KATA pantun, dari mana punai melayang, dari paya turun ke padi. Dari mana datangnya sayang, dari mata turun ke hati. Namun, bagi individu yang tidak mempunyai mata yang sempurna seperti juling, ia akan menjejaskan imej dan keyakinan diri mereka.

Kerap kali, mereka akan mengelak daripada bertentang mata dengan orang lain kerana berasa rendah diri. Malah, kajian telah membuktikan bahawa mata juling menyukarkan seseorang bertemu jodoh dan menjejaskan peluang pekerjaan.

Dengan penglihatan normal, kedua-dua mata akan menuju satu titik atau objek yang menjadi pusat perhatian. Kemudian otak menyatukan kedua-dua imej yang terbentuk dari setiap mata menjadi satu bayangan tunggal tiga dimensi. Imej tiga dimensi inilah yang memberikan kita persepsi kedalaman.

憫Juling atau istilah perubatannya strabismus adalah efek penglihatan di mana kedua-dua mata tidak terarah pada satu objek yang menjadi pusat perhatian.

憫Satu mata (kadangkala kedua-duanya sekali) boleh tertumpu pada satu objek sedangkan mata yang lain juling ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah,拻 kata Pakar Runding Oftalmologi dan Pembedahan Mata, Pusat Pakar Mata Antarabangsa (ISEC), Dr. Choong Yee Fong.

Menurutnya, juling sama ada boleh menjadi sesuatu yang kekal atau dapat juga tenggelam timbul di mana mata yang juling kelihatan lurus dan yang tadinya tampak lurus kelihatan juling.

Di kalangan kanak-kanak, juling bukan sahaja berubah-ubah dari hari ke hari tetapi keadaannya boleh berubah-ubah dalam masa sehari sahaja.

Juling tidak memilih jantina, ia boleh berlaku kepada lelaki mahupun wanita. Juling juga dapat diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak. Namun ia tetap boleh terjadi walau tidak ada riwayat keluarga juling.

Dr. Choong berkata, apabila salah satu mata juling, dua gambar yang berbeza akan dikirim ke otak.

憫Pada anak-anak usia muda, otak belajar mengabaikan bayangan dari mata yang juling dan hanya melihat satu bayangan dari mata yang lurus atau mata yang melihat lebih baik. Lama-kelamaan, kanak-kanak tersebut kehilangan kedalaman persepsinya.

憫Sementara itu, orang dewasa yang mengalami juling sering mengeluh penglihatannya menjadi berganda kerana otaknya sudah terlatih untuk menerima imej dari kedua-dua mata dan tidak dapat mengabaikan bayangan dari mata yang juling,拻 ujar beliau.

Mata malas

Penglihatan seseorang kanak-kanak itu akan berkembang baik apabila kedua-dua matanya dalam posisi normal. Juling mampu mencetuskan ambliopia (mata malas), iaitu penglihatan yang tidak sempurna pada mata yang juling.

Otak akan mengutamakan imej yang datang dari mata yang lebih baik dan mengabaikan bayangan dari mata yang lebih lemah atau mata yang ambliopia. Hal ini terjadi pada hampir 50 peratus kanak-kanak yang juling.

Ambliopia dapat diatasi dengan menutup mata yang lebih baik dan memaksa mata yang lebih lemah agar penglihatan menjadi lebih baik.

Apabila terapi dilakukan pada kanak-kanak pada usia yang sudah agak lewat, mata malas umumnya menjadi kekal. Justeru, lebih awal ambliopia dirawat, penglihatan akan menjadi lebih baik.

Penyebab juling

Enam otot mata yang mengawal pergerakan bola mata melekat pada bahagian luar mata. Pada setiap mata, dua otot menggerakkan ke kanan dan ke kiri. Empat otot lainnya menggerakkan ke atas, ke bawah dan berpusing.

Agar kedua-dua mata lurus dan dapat menumpu pada satu objek yang menjadi pusat perhatian, semua otot pada setiap mata harus seimbang dan bekerja secara bersama-sama.

Agar kedua-dua mata bergerak bersama-sama, semua otot pada kedua-dua mata harus diselaraskan dengan baik. Otot-otot mata ini dikawal oleh otak.

Juling lazim ditemui pada kanak-kanak dengan kelainan pada otak seperti palsi serebral, sindrom down, hidrosefalus, tumor otak dan anak yang lahir tidak cukup bulan.

Katarak atau trauma yang menjejaskan penglihatan juga boleh menyebabkan strabismus. Namun banyak juga kanak-kanak yang bermata juling tidak mempunyai kelainan-kelainan tersebut.

Gejala strabismus

Tanda utama juling adalah mata yang tidak lurus di mana apabila satu mata terfokus pada satu objek, mata yang lain tertuju pada objek yang lain pula.

Kadang-kadang, anak dengan strabismus akan mengenyitkan satu mata di saat matahari terik atau memiringkan leher untuk menggunakan kedua-dua matanya secara bersama-sama.

Apakah yang dimaksudkan dengan pseudostrabismus?

Mata bayi sering terlihat seakan-akan juling, padahal sebenarnya tidak juling. Keadaan ini yang disebut pseudostrabismus atau juling palsu.

Bayi baru lahir, kata Dr. Choong, sering mempunyai hidung yang agak lebar, leper atau agak penyek dan ada lipatan kulit pada bahagian kelopak dekat hidung yang kelihatan seolah-olah juling.

憫Keadaan ini akan pulih dengan sendirinya dengan bertambahnya usia dan perkembangan bayi. Bayi atau anak seperti ini tidak akan membesar menjadi benar-benar juling di kemudian hari.

憫Seorang pakar mata biasanya dapat menjelaskan kepada pesakitnya perbezaan di antara juling dengan pseudostrabismus,拻 kata beliau.

Jenis-jenis juling yang kerap ditemui

* Esotropia kongenital di mana mata juling ke dalam yang bermula dari usia bayi kurang enam bulan. Bayi seperti ini tidak dapat menggunakan kedua-dua matanya secara bersama-sama. Pada kebanyakan kes, pembedahan awal diperlukan untuk meluruskan matanya

* Esotropia akomodatif merupakan bentuk esotropia (juling ke dalam) yang biasa ditemui pada kanak-kanak berusia dua tahun atau lebih besar. Pada jenis juling seperti ini, apabila kanak-kanak memfokuskan matanya untuk dapat melihat jelas, mata akan tampak juling ke dalam. Juling ini berlaku semasa melihat jauh saja, melihat dekat saja atau kedua-duanya

* Eksotropia atau juling keluar merupakan bentuk lain juling yang juga sering ditemui. Bentuk juling ini paling sering terjadi ketika anak memandang objek yang jauh.

Eksotropia hanya muncul sekali sekala terutama bila anak dalam keadaan lelah, sakit atau mengelamun. Orang tua sering memperhatikan anaknya juling keluar saat berada pada matahari terik.

Walaupun kaca mata, latihan atau prisma dapat mengurangi atau membantu mengawal juling di kalangan sesetengah kanak-kanak, namun dalam kebanyakan kes, pembedahan mungkin diperlukan.

Bagaimana mendiagnosis juling

Dr. Choong berkata, strabismus dapat didiagnosis melalui pemeriksaan mata. Adalah disarankan agar kanak-kanak berusia di antara tiga hingga tiga setengah tahun menjalani pemeriksaan mata oleh pakar kanak-kanak, doktor atau mereka yang terlatih untuk memeriksa penglihatan anak prasekolah.

憫Apabila ada kanak-kanak yang gagal dalam ujian pemeriksaan ketajaman penglihatan, mereka akan dirujuk ke pakar mata untuk pemeriksaan lanjut.

憫Jika terdapat riwayat keluarga strabismus atau ambliopia, atau riwayat keluarga menggunakan kaca mata tebal, seorang pakar mata akan melakukan pemeriksaan penglihatan walaupun usianya kurang dari tiga tahun.

憫Sekiranya memang kanak-kanak tersebut kejulingannya nampak jelas sejak usia kurang dari enam bulan, ibu bapa perlu membawanya berjumpa doktor seawal yang boleh,拻 jelasnya.

Setelah pemeriksaan mata lengkap, pakar mata akan mencadangkan terapi yang sesuai. Dalam beberapa kes, pemakaian kaca mata dapat meluruskan kedudukan bola mata.

Terapi lain berupa prosedur pembedahan untuk menyeimbangkan otot-otot yang tidak seimbang atau surgeri katarak apabila terdapat katarak.

Selalunya, menutup sebelah mata yang dominan untuk mengatasi ambliopia, diperlukan.

Rawatan

Juling tidak akan pulih dengan sendirinya. Rawatan untuk meluruskan mata diperlukan. Jenis-jenis rawatan mungkin digunakan secara sendirian atau bergabung, bergantung kepada jenis juling dan penyebabnya.

* Biasanya kaca mata akan dipreskripsi untuk meningkatkan tumpuan dan mengarahkan garisan penglihatan, membolehkan mata menjadi lurus

* Ubat-ubatan dalam bentuk titisan mata atau sapuan mungkin juga digunakan dengan atau tanpa kaca mata. Ubat suntikan mungkin digunakan untuk melemahkan secara berpilih, otot-otot mata yang terlampau aktif

* Pembedahan akan dilakukan pada otot mata untuk meluruskan mata setelah pendekatan tanpa bedah tidak berjaya

* Latihan atau senaman mata berguna sama ada sebelum atau selepas surgeri.

Bagaimana pembedahan juling dilakukan

Dr. Choong memberitahu: 憫Apa pun jenis pembedahan mata, bola mata tidak akan dikeluarkan dari soketnya. Pakar mata akan membuat hirisan pada selaput putih mata untuk dapat mencapai otot penggerak bola mata.

憫Otot mata kemudian dilepaskan dari lekatannya dan dipindahkan (lekatannya) pada tempat yang diinginkan sesuai dengan arah juling bola mata. Atau, otot-otot dipotong sedikit sesuai keperluan kemudian dilekatkan lagi pada tempat perlekatan semula.拻

Pembedahan strabismus dapat dilakukan pada satu atau kedua-dua mata sekali gus bergantung jenis dan besarnya juling. Surgeri umumnya dilakukan dengan bius umum, terutama pada kanak-kanak.

Surgeri biasanya dilakukan sebagai prosedur pesakit luar sahaja. Waktu pemulihan juga adalah cepat. Kanak-kanak biasanya dapat kembali melakukan aktiviti normal dalam masa beberapa hari sahaja.

Setelah pembedahan, kaca mata mungkin masih diperlukan. Dalam beberapa kes, pembedahan lebih dari satu kali mungkin diperlukan untuk menjaga mata agar tetap lurus.

Kesan sampingan surgeri

Seperti juga pembedahan lainnya, surgeri strabismus juga ada risiko termasuklah infeksi, perdarahan, jaringan parut yang berlebihan dan walaupun amat jarang terjadi, gangguan penglihatan.

Pembedahan juling umumnya merupakan cara yang efektif untuk mengatasi masalah juling. Di samping itu, tambahan kaca mata dan terapi ambliopia tidak kurang pentingnya.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi ISEC di talian 03-22848989 atau layari laman webnya di alamat: www.isecmalaysia.com
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 11:29 AM | Show all posts
saya juling air.. sekarang saya perasan anak dara saya pun macam juling air..
mak saya pun juling air.. so, genetik memang mempengaruhi la jugak

my experience during school sangat teruk. kengkawan especially guys suka mengejek.. buat saya sangat rendah diri. saya cuba lawan. tapi dalam hati saya selalu marah dan salahkan parents saya coz tak bawak treatment masa kecik.

even dah besar panjang ni pun, effect diri sendiri.. bila bercakap dengan orang saya tak berani nak bertentang mata lama-lama.. malu kot-kot mata saya lari.. paling malu bila kita cakap dgn orang tu, dia toleh pandang kiri or kanan, sebab tak sure kita pandang n cakap dengan sapa.

hubby cakap masa bercinta DIA TAK PERASAN LANGSUNG I JULING AIR.. begitu kuatnya kuasa cinta kan hahahha.. after kawin br dia perasan, padahal i bercinta dengan dia 5 tahun..

so, saya berazam akan buat sehabis baik untuk anak dara saya supaya dia tak rasa rendah diri macam saya.. sesape yang rasa anak dia ala-ala juling ckit, i nasihatkan buat la sesuatu sebab kesian kat anak tu nanti.. sampai tua dia akan bengang dgn parents dia, sebab juling  ni leh repair.. cuma nak dengan taknak je.. sama la macam braces utk gigi tu kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.095078 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list