CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eise

[MERGED]Medical Card/Insurance Kesihatan...... What U should know...

  [Copy link]
Post time 22-4-2018 08:42 PM | Show all posts
Edited by ipes2 at 22-4-2018 08:54 PM
mbk replied at 3-4-2018 08:17 PM
Sama-sama. Saya jawab soalan setakat yang saya mampu.

Kalau dah ada cyst dan kemudian didiagn ...

maaf tak sempat baca, but do tag me jika awak ade sesuatu yg i need to put my input in.
my input will only be medical
i will let u deal with the Insurance parts. Good service for forumers at least they know an agent is giving input
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2018 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 22-4-2018 08:42 PM
maaf tak sempat baca, but do tag me jika awak ade sesuatu yg i need to put my input in.
my input  ...

Will do ipes2. Any updates about medical will let you know. Happy to serve..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 09:55 AM | Show all posts
ada sesiapa tahu pasal steatocystoma multiplex tak dekat sini? boleh tahu cara nak hilangkan atau kurangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 04:33 PM | Show all posts
Setakat nie dah 3 orang yang mohon takaful menghidapi penyakit sedia ada. Kemungkinannya:

1. Caruman akan naik dari kiraan quotation
2. Exclusion penyakit sedia ada (Tak cover penyakit sedia ada)
3. Kategori no 1 dan no 2
4. Reject

Saya sarankan, mohonlah Takaful jika kita masih sihat wal afiat. Jangan berkira sangat Takaful perlindungan dan Takaful kesihatan. Bila kita dah sakit, yang penting nak sembuh dan tempat rawatan mesti nyaman.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pekerja yang diberi facility insurans dari majikan tak kira samada life atau medical perlu ambil personal takaful insurans sendiri?

Sebab facility berikut bukan hak milik mutlak pekerja Tapi Hak Milik Majikan yang boleh ditarik dan ditamatkan oleh majikan dalam 2 keadaan, BERHENTI kerja atau DIBERHENTIKAN kerja.

Facility berkenaan boleh berubah manfaat dan nilai coverage setiap tahun. Potensi besar semakin berkurang dan mengecil shj. Adakah ianya akan mencukupi kepada pekerja?

Tidak layak mendapat pengecualian Cukai bagi pekerja itu sendiri.

Pekerja terdedah Risiko Pengecualian atau Di Reject atau TIDAK dicover oleh syarikat Takaful Insurans (jika setiap tahun majikan menukar syarikat takaful insurans) kerana telah mempunyai penyakit atau membuat claim yg tinggi setiap tahun.

Ada banyak lagi info dan fakta yang boleh disenaraikan.

Cuma abg tertanya -tanya, mengapa Anda perlu risikokan atau membazir peluang yg diberikan kepada anda sekarang dengan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada majikan anda terhadap KOS PERUBATAN dan SARA HIDUP jika anda sudah tidak dapat berkhidmat lagi kepada majikan anda sekarang ??

Kempen abg sempena pilihanraya ni,
1 Rakyat 1 Sijil/Polisi Takaful Insurans.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mbk at 7-5-2018 02:45 PM

Sorry terpost 2 Kali.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2018 01:00 PM | Show all posts
APA NAK BUAT BILA POLISI TAKAFUL ANDA NAIK HARGA? NAK MARAH KE MARAH SANGAT?

Semua manusia, selagi normal, takkan suka benda yang buat dia bayar duit lagi banyak daripada sebelum tu. Saya pun!
Mesti rasa dah tak nak beli, nak boikot pun ada.

Tapi untuk polisi takaful, berbaloi tak anda stop bayaran setelah harga naik?

Anda lagi rugi kalau anda berhenti atau bertukar pada yang lain. Sebab apa?

✅medical card anda dah pun melepasi tempoh menunggu. Dah matang untuk anda pastikan bil untuk apa-apa* penyakit dibiayai(*seperti dalam kontrak). Takkan nak mula balik waiting period. Nanti tiba-tiba sakit pulak sementara waiting period nak habis, macam mana? Kalau waive waiting period pun, tak semudah tu nak cover terus. Akan ada investigations juga. Leceh.

✅dah pernah guna medical card. Jadi dah ada sejarah sakit. Jadi kalau nak ambil medical card lain, kemungkinan besar akan ada pengecualian penyakit yang akan dibiayai. Rugi lah. Dan anda sebenarnya ada 'tanggungjawab' nak menyumbang kepada tabung tabarru yang anda dah pernah guna. Bayangkan baru carum RM5K tapi dah guna dana tabarru sampai RM45K. Takkan nak berhenti macam tu je kan? Kesian la orang lain.

✅anda berhenti medical card, anda terpaksa tanggung risiko masalah kewangan bila sakit seorang diri. Dah tak ada tabung takaful nak bayarkan. Nak jimat RM40, sekali kena bayar bil RM20K! Aduh!

✅anda tukar company medical card lain, percaya lah semua pun akan naik harga. Sebab tak ada syarikat yang boleh control berapa orang akan sakit tahun tu dan berapa banyak claim akan dibuat. Jangan lupa juga faktor inflasi perubatan kita yang memang tinggi. Jadi hakikatnya, semua syarikat tu sama je. Berdepan dengan kemungkinan yang sama.

Nasihat saya,

Selagi manfaat medical card anda bagus, anda mampu lagi nak carum, teruskan lah. Kecuali benefits takaful anda tu kecil sangat, so tukar la. Dan, janganlah marahkan ejen anda. Bukan dia yang suruh naikkan. Malah dia lah yang fight gila-gila untuk anda, tak nak harga naik. Allah je tau betapa tak tenang nya ejen fikir pasal ni. Yang sampai kurus pun ada😅

Apa pun, sebelum nak terminate apa-apa polisi takaful, fikir baik-baik dulu. Adakah dengan menghentikan caruman anda berbaloi untuk anda pertaruhkan perlindungan yang masih bagus?

Moga Allah pun tambahkan rezeki kita, sebab kita derma lagi banyak dalam tabung tabarru. InsyaAllah. Aameen.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 01:07 PM | Show all posts
JUVENILE LIEN
--------------------

Saya tujukan pesanan ini kepada ibu-bapa yang mencarum insurans atau takaful untuk anak-anak.

Tahukah anda didalam polisi atau sijil anak anda ada dinyatakan JUVENILE LIEN?

JUVENILE LIEN akan dikuat kuasa jika umur anak-anak kurang dari usia 5 tahun. Bila ia boleh berkuat kuasa? Ia berkuat kuasa jika anak itu meninggal dunia, atau mengalami total permament disability atau didiagnose penyakit kritikal. Jika berlaku akan
3 perkara yang disebut itu, jumlah pampasan akan dikira berdasarkan peratus dibawah.

Peratus JUVENILE LIEN.

Umur       %
    1            20
    2            40
    3            60
    4            80
    5            100

JUVENILE LIEN diguna pakai oleh semua syarikat insurans dan takaful.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2018 03:37 PM | Show all posts
Puan MBK,

endo polyps di kira penyakit critikal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 01:20 PM | Show all posts
intanazlynna replied at 16-5-2018 03:37 PM
Puan MBK,

endo polyps di kira penyakit critikal ke?

Hai Intan,

Endo polyps TIDAK dikira penyakit kritikal.

cheers

mbk
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 01:21 PM | Show all posts
Edited by mbk at 4-6-2018 12:13 PM


@ipes2 fyi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 02:04 AM | Show all posts

ohhh camtu!
terimakasih MBK, very good info; I will reawrd credit+
well done
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 04:25 PM | Show all posts
#tanyatakaful
#AMR
#takaful
#cpmbk

Abu suka main futsal. Suatu hari, Abu terjatuh ketika nak tackle bola. Bila pi buat x-ray, lututnya kena ACL (Ligamen terkoyak). Sebelum pembedahan, Abu pun pi buat fisioterapi di sebuah hospital swasta yang pakar bab "sport n sugery" untuk redakan sakitnya. Kos fisioterapi adalah RM800. 😭😲

Soalan. Bolehkah Abu buat tuntuntan fisioterapi itu?

Jawapan: Ya, boleh dengan manfaat "Accident medikal reimbursement" atau dalam bahasa Malaysia pembayaran balik kos Perubatan akibat kemalangan. Pastikan Dr yang bertugas buat endorsement yaitu tulis diagnose apa diatas resit untuk tuntutan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 12:45 PM | Show all posts
Pastikan polisi anda inforce(aktif) dan bukannya lapsed.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 04:07 PM | Show all posts
KHAS UNTUK ANAK GADIS DAN WANITA

Sista ovary atau "ovarian cyst" dah jadi penyakit yang biasa kita dengar. Macam mana penyakit nie ada dalam diri kita? Ini kerna cara pemakanan kita, cara kita uruskan stress seharian, emosi dan gaya hidup. Sista atau cyst bermula dengan sengugut yang kebanyakan kaum hawa akan merasainya. Jika ia masih terjadi bila peringkat dewasa, saya sarankan pilah periksa dengan dr yang bertauliah. Jangan takut untuk buat pemeriksaan. Cegah awal adalah jalan yang terbaik.

Saya sendiri pada mulanya runsing dan takut bila didiagnose endometriomas cyst atau dikenali cokelat sista. Saya beranikan diri untuk pi jumpa Dr. Buat ultrasound (sampai sekarang masih trauma dengan ultrasound), dan kena operation keesokan harinya. Perkara yang berlaku nie bagaikan mimpi. Tapi, saya bangga dan bersyukur saya buat keputusan untuk buat pemeriksaan dan jalani pembedahan. Nie semua pun atas sokongan dan nasihat keluarga.

Diakhir kalam, jaga diri, sayangi diri. Dan ambilah takaful ketika kita sihat. Pi pujuk hubby ambikkan polisi takaful untuk kita. kalau mahal sangat kad perubatan ambik yang bukan investment link (tiada cash value) atau pun ambiklah takaful wanita yang cover penyakit berkaitan reproduktif wanita. Anak gadis diluar sana, pi pujuk mak ayah ambikkan takaful. Yang ada ambik PTPTN, tak salah kalau kita mulakan tabungan pertama di Takaful. Yang baru bekerja, gaji pertama jangan buat joli. kalau nak joli, ambik duit joli tue pi joli di tabung Takaful. Kita tak tahu apa akan jadi 5 tahun akan datang.

Langit tak selalu cerah dik..akak semua!!!!

Nota CPMBK: Memula kena memang nangis. Lebih-lebih lagi kena operate segera. Ingatkan dua belah ovari akan dibuang kuar. huhuhu sedih tau. Tapi rupanya pi buang kantung nyer saja. hehehe.. Tuelah kurang membaca. Padan muka. Risau tak bertempat.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT PEMBACA BENANG INSURANS DAN TAKAFUL. Moga Aidilfitri kali ini memberi seribu kecerian dan dilimpahi rezeki. Amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2018 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
BILA ANDA SANGKA MEDICAL KAD ADALAH SEGALANYA

Satu benda yang anda tak tahu pasal medical kad sekarang adalah, walaupun penyakit kanser itu dilindungi sekiranya ia terbukti wujud selepas 120 hari, rawatan chemotherapy dan radiotherapy hanya akan dilindungi secara PAY & CLAIM, seperti rawatan kanser pesakit luar. Tak kira medical kad anda cover 50,000 setahun ke, mahupun cover 1.5 juta setahun. Ia hanya cover secara BAYAR DULU, CLAIM KEMUDIAN

Contoh kena buat radiotherapy di hospital swasta dengan kos RM26,000, anda kena bayar RM26,000 tu dulu, baru boleh buat rawatan di hospital swasta.

Nak buat di hospital awam? Kena tunggu giliran. Melainkan keadaan anda sangat kritikal dan dapat recommendation dari doktor pakar supaya dapat rawatan segera.

Tu belum masuk kena rawatan stemcell yang kosnya boleh melebihi RM300,000. Doktor pakar di hospital awam sendiri rekomen rawatan tersebut, namun hospital awam tak sediakan ubat tu. Anda kena order dan bayar sendiri, baru mereka buatkan. Tak kira anda kakitangan awam atau orang biasa, kena bayar dulu beli ubat stemcell tu sebab kerajaan tak tanggung!
SO, ANDA ADA CUKUP DUIT TAK NAK BAYAR CASH?

Saya cakap berdasarkan pengalaman pesakit kanser sendiri. Bukan nak takut takutkan anda. Tapi ni realiti.

PASTIKAN ANDA ADA FAEDAH PENYAKIT KRITIKAL  RM200,000 dan ke atas sebab kanser adalah penyakit MAHAL. YANG MAHAL ADALAH KOS RAWATAN, BUKAN CARUMAN TAKAFUL.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Beberapa medical term yang menarik untuk dipelajari:

epistaxis - pendarahan daripada hidung
hemoptysis - batuk berdarah
dyspnea - sesak nafas
epilepsy - sawan
lethargy - lesu
flatulence - perut kembung
pus - nanah
ascites - busung
furuncle - bisul
goitre - begok

Sekian, terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 10:44 AM | Show all posts
Lain orang lain pendapatnya. Ini pendapat saya..

Premium payment tak leh convert to savings. Commonly, premium divided into three portions. Medical card-investment-saving. Percentage depends pada product tersebut eg: 70-20-10. Portion paling besar adalah medical card, sebab itu fungsi asalnya. Utk perlindungan. Investment link+savings biasanya sebagai payung, in case policy owner "terlepas pandang" monthly premium. So akan potong dari account tersebut (dengan syarat duit ada). Policy tak lapse dan agent sempat follow up utk update client for payment.

Kalau nak tambah benefits lain pada medical card, boleh add on riders. Ada macam-macam riders. Pilihlah mana yg sesuai dgn tujuan ambil policy. Biasanya higher value utk TPD-total permanent disability atau death.

If plan for saving, lebih baik simpan di TH/ASB (dlm RM) atau buka akaun skim PRS-private retirement scheme (mcm kwsp, tapi tiada caruman majikan, disimpan dlm bentuk unit).

Medical card is NEVER A BEST INSTRUMENT for saving.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga saya rajin setiap hari bagi info dan awareness pada kawan kawan saya tentang income replacement 10 tahun gaji. Terima tak terima soal kedua,sebab hati mereka Allah yang jaga. Apa yg penting saya dah usaha sampaikan info ni. In case one day mereka ‘tidak bergaji lagi’, pihak sy nak jadi yg pertama bagi cek berjumlah 10 tahun gaji.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.093001 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list