CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11245|Reply: 71

ARTIS INDEPENDENT (M'sia ketandusan bakat...konon!)

[Copy link]
Post time 18-4-2006 07:27 PM | Show all posts |Read mode
Satu rencana mengenai orang-orang yang mungkin bakal menjadi pengemudi industri muzik tanahair:

Ko kenal tak laman web bernama musiccanteen.com? Ya, nama yang terpapar pada topi keledar Alex Yoong sewaktu di A1GP musim lalu. Sebenarnya pihak pengurusan laman web tu nak melariskan hasil-hasil artis yang tidak berapa glamor tetapi ada "mutunya yg tersendiri."

Artis-artis independent merujuk kepada pemuzik yang tidak terikat kepada mana-mana syarikat rakaman mainstream, maka mereka menghasilkan karya mereka sama ada dengan menyertai syarikat kecil atau buat sendiri, macam Jaclyn Victor sebelum menyertai MI.

Artis independent juga dikenali sebagai artis underground, tapi ini boleh dianggap sebagai gelaran yang kurang sedap, kerana ini seolah-olah menyamakan artis tersebut dengan lirik kesat dan gejala sosial. Maka mereka menghadapi kesukaran diterima pasaran mainstream yang tengah menggila-gilakan idola bernama besar. Album dan single mereka bukan mudah didapati di kedai muzik berhampiran, tapi lebih senang diperoleh melalui muat turun di portal muzik seperti musiccanteen.

Suatu masa dahulu saya pernah berbincang dengan bekas guru saya pasal masalah industri muzik tanahair. Katanya, pasaran tempatan amat kompetitif pasal kebanjiran artis-artis di muzik mainstream Malaysia, jadi agak susah nak jadi seorang pemuzik di Malaysia. Tapi sekarang, dengan kehadiran Internet, artis-artis baru boleh menjual karya muzik mereka di kedai muzik online untuk menyasarkan niche pasaran tertentu.

Menurut pihak musiccanteen, sesiapa yang ingin menjadi artis independent tidak wajar pentingkan untung lumayan, cuma kena jual muzik dengan keinginan/kepuasan peribadi sahaja. Bisik hatiku: inikah namanya keikhlasan?

Satu lagi promoter muzik independent ialah Xfresh FM, yang menetapkan kuota yang adil bagi kandungan mainstream dan independent dalam playlistnya. Hitz.fm menyediakan carta mingguan lagu Inggeris buatan tempatan yang juga mengetengahkan hasil independent. Stesen-stesen radio lain turut membantu tapi sedikit aje. Di musiccanteen.com, sekali muat turun bagi sesebuah lagu berharga RM3. Tak perlu download album penuh pun boleh.

Antara nama-nama artis independent yang agak tinggi bagi kedudukan mereka ialah Lo. Nama beliau naik kerana lagu Evening News dan Sleepy Head yang amat mneyentuh perasaan, serta penglibatannya dalam kerjaya sebagai pengacara radio dan TV. Selain itu, Nitrus dan Pop Shuvit juga tidak kurang luas bagi pasaran sasaran mereka, iaitu penggemar muzik yang ada sesuatu kelainan.

Pernahkah anda dengar nama-nama artis independent tempatan? Adakah anda seorang penyokong muzik independent tempatan? Dapatkah anda merasai kehebatan artis-artis ini?

[ Last edited by  scorpio_mmiv at 5-7-2006 12:51 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2006 07:36 PM | Show all posts
love me butch tu independent kan..suke gilekk ritu ade buat show kat tempat aku tapi tadek sape inform aku..waa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2006 07:40 PM | Show all posts
xfresh mmg suka psg lagu2 diorg contohnya cam Juwita Suwito sblm dia popular...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2006 07:55 AM | Show all posts
Saya tengok hitz.tv kat kantin kampus saya, nampak artis-artis independent boleh hasilkan video muzik yang sungguhpun amatur namun bermutu tinggi! :bgrin: Boleh dikatakan lebih bagus daripada MV artis rakaman sesetengah syarikat tempatan yang kedekut! :jeler:
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2006 08:02 AM | Show all posts


satu je aku kurang berkenan dengan sesetengah artis independent ni..

melebihkan lagu & allbum inggeris...

kalau nak tawan pasaran malaysia, kenala melalui bahasa kebangsaan dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2006 08:10 AM | Show all posts

Reply #5 houdini's post

Artis independent mungkin lebih mudah mengekspreskan perasaan mereka dengan bahasa Inggeris... maklumlah antara mereka ramainya orang India dan Serani.... ;)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2006 08:58 AM | Show all posts
dejavoodoo spells tuh independent band gak kan??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2006 03:06 PM | Show all posts
Originally posted by babycc at 19/4/2006 08:58 AM
dejavoodoo spells tuh independent band gak kan??
Betul tu... baby suka kan? :kerek:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2006 06:46 PM | Show all posts

RENCANA: ON THE MUSICAL PATH

NEW STRAITS TIMES, 11, April 2006

Two years after its inception, local indie music site musiccanteen.com has now reached another milestone with the launch of its own record label. RIDZWAN A. RAHIM writes.

IT抯 tough to survive as a musician in this country. Even when you抮e signed up with one of the major labels, there抯 no guarantee that your album will be easily available.

It was out of this frustration that a new record label was recently born. It抯 called musiccanteen records.

If it rings a bell, you have probably heard of musiccanteen.com. Well, musiccanteen records is a separate entity from the musiccanteen.com website. The latter is a platform that provides worldwide exposure for Malaysian musicians by putting their profiles and songs online where they can be previewed and downloaded at a cost of RM3.

To mark the occasion, musiccanteen records announced its first two signings, Tempered Mental and Evenstarr, at a recent ceremony in Kuala Lumpur. Both are among 265 artists currently under musiccanteen.com.

Founder Alex Wong describes musiccanteen records as a 搉on-profit DIY label
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 09:12 AM | Show all posts

Reply #9 scorpio_mmiv's post

kimmy rasa independent nie memang pentingkn kualiti cam film  independent...da MUSIM independent naik kot cam kt hollywood..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2006 03:12 PM | Show all posts

Reply #10 kimmyrie's post

Betul cakap awak gak. Di beberapa forum lain ada peminat muzik independent/underground yang benci sangat artis mainstream... keluh mereka, muzik mainstream terlalu "pop", pentingkan imej ke pakej ke bla bla bla... tapi saya pulak akan menilai lagu-lagu dengan seadilnya. :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 04:42 PM | Show all posts
Originally posted by scorpio_mmiv at 19-4-2006 03:06 PM
Betul tu... baby suka kan? :kerek:



yeah.. kalau x salah dulu nama diorang just dejavoodoo kan??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2006 06:29 PM | Show all posts

Reply #12 babycc's post

:ah: Tapi nama dejavoodoo diambil oleh band luar negara, jadi kena bubuh perkataan spells tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 08:14 AM | Show all posts
Originally posted by scorpio_mmiv at 20-4-2006 06:29 PM
:ah: Tapi nama dejavoodoo diambil oleh band luar negara, jadi kena bubuh perkataan spells tu.



owh..ok..jadi mmg x salah la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2006 05:39 PM | Show all posts

Sumber maklumat populariti lagu independent

MUSICCANTEEN TOP 10 - carta bulanan
Dihoskan oleh Simon Lee, boleh stream dari www.musiccanteen.com

XFRESH FM INDIE TOP 10 - carta harian
Isnin-Jumaat, 5-6ptg

HITZ.FM MALAYSIAN ENGLISH TOP 10 - carta mingguan
Ada lagu yang mainstream, tapi 90% underground.

[ Last edited by  scorpio_mmiv at 23-4-2006 07:04 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2006 04:31 PM | Show all posts
Pada masa sekarang, saya sudah mengumpul 11 buah lagu daripada Musiccanteen! Yeh!

Ada yang saya bayar RM3 setiap d/l, ada yang free d/l kalau ko buka New Straits Times setiap Isnin, cari kat Life & Times untuk kod freetrack of the week (6 aksara) yang disediakan oleh Musiccanteen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2006 08:14 PM | Show all posts
Korang kenal Saer Ze tak? Dia tercalon dalam AIM13! Suka lagu Chumelnya Si Dia tu... beli dan donlot dari musiccanteen.com menjadi lagu ke-12 dalam koleksi aku! :lol

Tapi setiap kali saya donlot dari sana, saya menghadapi sesuatu rintangan kecil tapi berulang-ulang jadi masalah besar... saya klik donlot lagu, kena blok, refresh seluruh halaman baru boleh donlot... ada sesiapa boleh tolong selesaikan masalah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2006 08:43 PM | Show all posts
Originally posted by scorpio_mmiv at 18-4-2006 07:27 PM
Satu rencana mengenai orang-orang yang mungkin bakal menjadi pengemudi industri muzik tanahair:

Ko kenal tak laman web bernama musiccanteen.com? Ya, nama yang terpapar pada topi keledar Alex Yoo ...


kalau indie, mesti dikaitkan dgn muzik berbahasa Inggeris. adakah muzik indie kat malaysia nie wajib berbahasa Inggeris? aku rasa banyak lagi hasil kerja indie lain berbahasa Melayu tetapi jarang diketengahkan kerana mereka nie selalu buat performance atau show jer dan jarang publishkan hasil kerja diorang dalam bentuk media.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2006 12:43 PM | Show all posts

Penerbit album 'indie' terpaksa ikat kontrak

m22-04-2006 05:33:03 PM
Oleh Salhan K. Ahmad  
sumber: http://www.mstar.com.my/cms/cont ... 2-45ce1700-bd902da7
m
Demi meneruskan hidup dalam industri muzik, pemilik label independen Bodysurf Music akhirnya terpaksa menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat antarabangsa pengedar rakaman Inter Global Music untuk memasarkan Radio Malaya, album kompilasi 15 kumpulan tempatan.

Album kompilasi Radio Malaya yang akan dilancarkan hari ini di Kuala Lumpur Performing Arts Center (KLPac). Album edaran Inter Global Music ini boleh didapati di semua kedai muzik seluruh negara sedikit masa lagi dengan harga RM22 seunit.

Langkah seumpama ini, yang tidak disenangi di kalangan penggiat muzik independen, pernah diambil oleh pemilik label Alternative Garage Entertainment (AGE) sewaktu senario DIY (Do It Yourself) dalam muzik ini mula bertapak sejak sedekad lepas.

Sementara kumpulan-kumpulan muzik, The Pilgrims, Carburetor Dung, FTG dan OAG yang berasal dari kelompok DIY turut berhijrah ke dunia arus perdana.

AGE dan Carburetor Dung bagaimanapun telah kembali semula ke arena DIY setelah menyedari pergelutan dalam arus perdana muzik tidak selari dengan amalan senario independen.

Bodysurf Music akan melancarkan Radio Malaya bersama persembahan 15 kumpulan terbabit di Kuala Lumpur Performing Arts Center (KLPac) hari ini.

Daripada 1,200 keping album, 300 unit telah berjaya dijual melalui pos dan juga secara runcit di konsert-konsert mini (lebih popular disebut 'gig') sejak Disember lalu.

Jumlah itu amat kecil berbanding dengan jualan album artis-artis arus perdana. Kaedah pasaran muzik dalam senario DIY ini menyukarkan kelangsungan hidup (survival) pemilik-pemilik label.

Meor Shahiran (kanan) dan adiknya Meor Sharuz (dua dari kiri) dari kumpulan Muck memulakan label Bodysurf Music sejak 1993 dengan harapan untuk meneruskan amalan DIY sebagai kaedah alternatif kepada pergelutan dalam industri muzik arus perdana. (Foto The Star).

Bodysurf Music diusahakan adik beradik yang dikenali Meor Shahiran (Meor) dan Meor Sharuz (Ducktoi). Label ini sebelumnya dikenali Medan Kidd Slackers Distro, gelaran bagi peminat-peminat muzik indie, punk dan hardcore yang menjadikan Medan Kidd di tengah bandar Ipoh sebagai tempat mereka berkumpul, bertukar-tukar fikiran dan merchandise mereka sejak 1993.

Pemilik abel ini, sewaktu dikenali MKS Distro, menerbitkan album kompilasi Kopi Sechewen Vol 1 dan album Good Riding Cat karya kumpulan Brush Moistened. Selepas bertukar namanya kepada label sekarang pada 1997, Bodysurf Music membuka sebuah studio latihan di Wallercourt, Ipoh.

Ia kemudiannya menerbitkan kompilasi Kopi Sechewen Vol 2 dan Kopi Sechewen Vol 3 serta album Why Too Care karya Bloodymary dan album bersama Muck, band yang dianggotai mereka, dengan kumpulan independen dari United Kingdom bernama Things in Herd.

Dua beradik ini berhasrat melebarkan lagi promosi kumpulan-kumpulan independen tempatan, namun mereka masih kabur dengan masa depan label muzik ini.

"Selepas (gig) pelancaran Radio Malaya, entahlah.... Mungkin kami akan beri perhatian untuk menerbitkan album lagi," kata Meor kepada mStar Online baru-baru ini apabila ditanya rancangan mereka untuk tahun 2006.
  
"Di sini (Ipoh) masih tak boleh buat show (gig). Kalau ada pun, banyak yang dibatalkan. Saya pun tak berani nak anjurkan apa-apa persembahan setakat ini, tahu-tahu sajalah dengan isu Black Metal baru-baru ini."

Awal tahun ini, media massa menggambarkan penggemar-penggemar muzik genre Black Metal, sebahagian besarnya anak muda Melayu, sebagai mereka yang telah melencong daripada pegangan agama.

Laporan-laporan meluas ini menimbulkan rasa resah-gelisah masyarakat sehingga mendorong Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan muzik ini akhir Januari lalu.

Sebelumnya, satu gig di Kuala Lumpur diserbu polis pada malam menyambut Tahun Baru dan 380 pengunjung, termasuk penganjur dan pemilik premisnya di Jalan Klang Lama, ditahan dan disoal siasat. Susulan perkembangan ini, usaha menganjurkan gig di seluruh negara menemui jalan sukar.

Meor, juga sebagai pemain drum Muck, menambah, "sudah tidak ada tempat lain untuk buat show (gig). KLPac adalah tempat yang masih selamat (daripada tanggapan negatif masyarakat)".

KLPac, sebuah kompleks kesenian persendirian, terpaksa dijadikan pilihan terakhir Bodysurf Music selepas pusat-pusat hiburan enggan mengizinkan gig tersebut diadakan.
=======
Kesian tengok...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2006 06:43 PM | Show all posts
Semalam saya donlot lagu Jiwa Kacau oleh Just Antidote. Memanglah lagu BM... boleh tahan ler, cuma vokal tak kemas tu jer...

Nampak gaya forumer Cari x berapa ambik perhatian artis independent... :nerd:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.074771 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list