CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: afja

zakat pendapatan

[Copy link]
Post time 28-6-2008 10:50 PM | Show all posts

Reply #80 Hang's post

apa yang saya bentangkan hanyalah sebagai perumpamaan.

soalnya tentang keadilan dalam Islam.

Bahkan seandainya pemerintah menindas rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi maka dengan hukum apakah selain hukum Al-Quran hendak kita ambil.

Mengenai zakat pendapatan,
telah ada nas dalam Al-Quran. Dan ia wajar dijadikan sumber utama walaupun tiada rujukan dalam sunnah dan hadith.

Adilkah bilamana ada golongan yang tidak membayar apa-apa zakat kerana simpanan/harta mereka dalam bentuk saham dan wang tunai/bank?

Adilkah??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2008 01:50 PM | Show all posts

Balas #1 afja\ catat

x silap kalu kita ada menyimpan 10 ribu la contoh dlm 1 acc tuh...tapi dlm masa 1 thn tuh kita x penah usik langsung acc...mungkin akan dikenakan zakat..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 10:08 PM | Show all posts
Originally posted by Hang at 28-6-2008 04:30 PM


Income tax tu bukan hukum agama , itu hanya hukum negara. Soal dalil tak timbul.

Zakat itu ialah soal ibadah. Sedangkan nak kerjakan ibadah mesti ada dalil. Apakah Dalil zakat pendapatan ?


Dalil Umum Wajib Zakat adalah:
Firman Allah:
" Dandirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa juayang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akanmendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasaMelihat segala yang kamu kerjakan." QS Al-Baqarah (110)

Dalil Kewajipan Zakat Pendapatan pula adalah:
FirmanAllah:  "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah(zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) danmensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka,kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." QS at-Taubah(103)

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 10:40 PM | Show all posts
Originally posted by kalalah007 at 28-6-2008 10:50 PM
apa yang saya bentangkan hanyalah sebagai perumpamaan.

soalnya tentang keadilan dalam Islam.

Bahkan seandainya pemerintah menindas rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi maka dengan hu ...


Benar semua wang simpanan wang pelaburan kita semuanya perlu di keluarkan zakat jika cukup haul dan nisabnya,
nisab adalah berdasarkan kepada 85 gram nilaian emas, hari ini adalah RM7824.20. So jika wang anda cukup haul dan melebihi nisab tersebut maka anda di wajibkan keluar zakat. Tp make sure wang yg anda simpan malah wang pelaburan anda adalah halal, bebas dari RIBA dan bebas dari sumber2 subhah.

Sebagai contoh baru2 ni saya menambahkan bulanan zakat pendapatan saya di pusat pungutan zakat dan sempat bertanya  tentang zakat wang pelaburan ASB walaupun di fatwakan harus oleh Majlis Fatwa,  tetapi mereka berkata  mereka tak dapat menerima zakat wang tersebut jika di kira bercampur dgn dividennya. Jika mau mengeluarkan zakat wang ASB anda, anda perlu mengumpulkan jumlah pokoknya saja tanpa di sertakan dgn dividen kerana mereka masih  tak mengiktirafkan lagik dividen pelaburan ASB itu.

Oleh itu sebelum mengeluarkan zakat pastikan sumbe tersebut adalah dari sumber yg HALAL.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 08:47 AM | Show all posts
Originally posted by NTvirus at 29-6-2008 10:08 PM


Dalil Umum Wajib Zakat adalah:
Firman Allah:
" Dandirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa juayang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu aka ...


itu dalil zakat harta bukannya zakat pendapatan....
kalau ada dalil zakat pendapatan...mengapa para ulama silam tak bahaskan dalam kitab mereka...?
terlupakah semua para ulama tersebut..?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 11:00 AM | Show all posts

Reply #85 Hang's post

macam tu juga SS Harussani kata tiada zakat pendapatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2008 01:18 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 30-6-2008 11:00 AM
macam tu juga SS Harussani kata tiada zakat pendapatan.



Zakat Gaji & Pendapatan Professional.

Muzakarah bersetuju bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.

Oleh : Muzakarah (khas) Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Tarikh Keputusan : 22 Jun 1997




http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=25
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 01:25 PM | Show all posts
Originally posted by Hang at 30-6-2008 08:47 AM


itu dalil zakat harta bukannya zakat pendapatan....
kalau ada dalil zakat pendapatan...mengapa para ulama silam tak bahaskan dalam kitab mereka...?
terlupakah semua para ulama tersebut..?  



Ini di kuatkan lagi dgn sabda rasullallah;

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

揓ika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (zakat) 5 dirham, dan tidak takwa ke atas kamu sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar.擺/i] (Riwayat Abu Daud)
dan sudah pastilah kadar zakat yg di keluarkan adalah 2.5% dari jumlah harta/pendapatan mereka.

Di samping itu, berdasarkan catatan sejarah, pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz (meninggal 72M) baginda telah pun melaksanakan zakat pendapatan ini ke atas gaji para tenteranya.

[ Last edited by  NTvirus at 30-6-2008 01:27 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2008 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by NTvirus at 30-6-2008 01:25 PM



Ini di kuatkan lagi dgn sabda rasullallah;

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

揓ika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (zakat) 5 dirham, dan tidak takw ...



sila rujuk posting 69 ke 73
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 04:17 PM | Show all posts
aku pun byr zakat gak.. byk orang tak nak byr zakat ni coz jumlahnya lg byk dr income tax...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 05:07 PM | Show all posts
berniaga dan makan gaji kedua-duanya merupakan hasil pencarian.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 09:06 PM | Show all posts
setahu aku SS Harussani berpendapat zakat pendapatan tak wajib kerana dalam suasana masyarakat sekarang, tak ramai orang yang berkemampuan (read: ada pendapatan bersih).
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 10:01 PM | Show all posts
double post

[ Last edited by  kalalah007 at 1-7-2008 01:14 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 10:01 PM | Show all posts
double post

[ Last edited by  kalalah007 at 1-7-2008 01:15 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 10:12 PM | Show all posts

Balas #92 Gemukkkkkkk\ catat

kalau dah bayar lain-lain zakat harta maka tak perlu lagi bayar zakat pendapatan
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 11:33 PM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 30-6-2008 09:06 PM
setahu aku SS Harussani berpendapat zakat pendapatan tak wajib kerana dalam suasana masyarakat sekarang, tak ramai orang yang berkemampuan (read: ada pendapatan bersih).


-Thats why lah yg berkemampuan saja yg di wajibkan zakat pendapatan mereka pabila telah di tolak perbelanjaan dan sara hidup jika kureng dari nisab 85gram emas maka taklah wajib hukumnya.

Hairan setakat zakat pendapatan tahunan berjumlah RM200-500 pun tak mampu nak keluarkan hingga ada pula mempertikaikan tiada dalil dari quran dan sunnah rasullallah, tp tiap2 tahun tukar hendpon sanggup pula. Malah dgn zakat yg dikeluarkan itu pula boleh juga sebagai rebet utk income tax.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 01:12 AM | Show all posts
Di Malaysia syarikat-syarikat utama kerajaan seperti TNB dan Petronas tidak pernah pun bayar zakat dari hasil bumi yang dikeluarkan apatah lagi zakat harta/pendapatan.

Tu sebabnya pusat zakat terlalu mewar-warkan zakat pendapatan hingga terpaksa diberikan pengecualian cukai.

Yang akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat bukan Islam.

Andaikata GLC seperti TNB dan Petronas membayar zakat maka tidak akan timbul soal ini.

Tiada siapa pun yang peduli. BN dan PR pun masing-masing senyap saja.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 08:34 AM | Show all posts

Reply #88 NTvirus's post

dah hampir setahun saya mula bayar zakat pendapatan. majikan saya tolak terus dari gaji bulanan. saya makan gaji di KL tapi saya bayar utk negeri johor. Alhamdulillah, sejak saya bayar zakat pendapatan rezeki saya bertambah2 murah, x mcm dulu. saya x pasti adakah kerana byr zakat pendapatan ini menyebabkan rezeki saya sgt murah atau mmg Allah nak memberikan rezeki yg lebih kepada saya. tapi saya katakan begini kerana perubahan ini saya rasakan ketara selepas membayar zakat pendapatan. Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 08:47 AM | Show all posts
Originally posted by NTvirus at 30-6-2008 11:33 PM


Hairan setakat zakat pendapatan tahunan berjumlah RM200-500 pun tak mampu nak keluarkan hingga ada pula mempertikaikan tiada dalil dari quran dan sunnah rasullallah, tp tiap2 tahun tukar hendpon sanggup pula. Malah dgn zakat yg dikeluarkan itu pula boleh juga sebagai rebet utk income tax.

...


Zakat adalah IBADAH. Nak beribadah kena ada dalil syarak.
IBADAH bukannya boleh di QIYAS dengan tukar henpon ataupun rebet income tax.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 11:18 AM | Show all posts

Balas #99 Hang\ catat

Mungkin anda tergolong dalam golongan yang mahu menyempitkan pengertian zakat (al-mudhayyiqin)

kalau begitu asnaf fisabilillah juga hanya diperuntukkan untuk golongan yang pergi berperang jihad sahaja kerana rasulullah tidak pernah menggunakan peruntukkan fisabilillah untuk kegunaan lain selain berperang.

Jadi anda beranggapan peruntukan fisabilillah tidak boleh digunakan untuk pengembangan syiar Islam dan sistem pertahanan.

Kalau tak ada peperangan (jihad) maka kemana peruntukan fisabilillah ini mahu digunakan?
Disimpan sahajakah? Setahun? dua tahun?

Namun sebenarnya konsep zakat ini luas dan menyeluruh.

Dari manakah sesebuah kerajaan Islam mahu mendapatkan dana bagi membiayai perbelanjaan membangunkan negara kalau tidak dari zakat dan baitulmal selain waqaf dan sedekah.

Sedangkan Islam itu mencakupi seluruh kehidupan dan masyarakat.

Sebab itulah pemerintah terpaksa membuat hukum dunia seperti (income tax) bagi menampung perbelanjaan ini.

Sedangkan telah diterangkan hukum zakat (tithe) dalam Al-Quran, Injil dan Taurat.

揟idak kami kurangkan (tinggalkan) di dalam al-Quran itu suatu apapun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.100127 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list