CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6486|Reply: 21

Gubra Yang Sesat Lagi Menyesatkan

[Copy link]
Post time 29-4-2006 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Fri | Apr 28, 06 | 07:46:19 PM

Gubra ialah sebuah filem bancuhan beberapa kerat mesej iklan Hari Raya Petronas, lawak yang meraban merapek, pembelaan terhadap inter-faith commission, geng sister in Islam, Islam ala Islam Hadhari, dan penyelewengan ajaran Maulana Rumi yang ramai orang mahu percaya diri mereka memahami sebahagian aspek kesufian tetapi berada di dalam kurungan istidraj yang sesat lagi menyesatkan.
Sesungguhnya hak dan batil dalam filem ini dibaur-baurkan hingga kita akhirnya tahu bahawa inilah jenis Islam yang ditolak oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika ditawarkan oleh kafir musyrikin, Islam jenis inilah yang membawa Rasulullah berhijrah ke Madinah. Islam jenis inilah yang baginda telah menegaskan andai bulan dan matahari pun diletakkan di kiri kanan baginda, tidak ada apa yang dapat merubah baginda dari menolak Islam jenis ini. Islam jenis gubra.
Inilah sebuah filem untuk meraikan sekularisme dalam kehidupan rakyat Malaysia.
Kos pembikinan Gubra ialah RM 1 juta, jenis filem 35 mm berwarna dengan lokasi sekitar Ipoh di mana gubra kononnya bermakna gugup atau gelabah.
Menurut pengarah dan penulis filem ini, Yasmin Ahmad: Saya mahu paparkan tentang kisah dan sikap manusia yang biasanya selalu berada dalam keadaan gubra. Kerana gubra ramai di antara kita tidak reti untuk menghargai kasih sayang. Selain itu, mesej yang ingin saya sampaikan melalui Gubra ialah tentang kemaafan (Utusan Malaysia, 9 Ogos 2005).

Kos pembikinan Gubra ialah RM 1 juta, jenis filem 35 mm berwarna dengan lokasi sekitar Ipoh di mana gubra kononnya bermakna gugup atau gelabah
Saya tidak memahami apa yang indah dan gelap atau lucunya Gubra. Saya tahu filem, mise en scene dan segalanya. Saya tak pandang semua itu. Sesekali saya malah berasa terhina dengan adengan-adengan filem ini. Lakonan sehebat mana sekalipun telah dimualkan dengan inti yang sungguh menyesak lagi menyesatkan ini. Kerja cahaya atau sinematografi yang handal sekalipun tak dapat menenggelamkan kelucahan dan kekeliruan yang diutarakan.
Saya tidak mahu memanjangkan isu Bilal Li memegang anjing sebelum melaungkan azan Subuh. Diskusinya boleh sahaja panjang memasuki sekian mazhab dan takrif najis mughalazah. Meski sesungguhnya tidak ada keperluan untuk Bilal memegang anjing (dan ya, semua orang dapat menangkap kiasan yang ingin dihantar. Saya juga tidak bodoh).
Tetapi juga, saya kira, tanpa apa alasan sekalipun filem yang dipenuhi dengan ciuman, pelukan, dakapan, elusan, gentelan, pautan, gomolan, belaian, pegangan, ramasan, picitan, urutan, hempukan, goyangan, dukungan, kucupan, rabaan, geleman dan yang seumpama dengannya, konon untuk menggambarkan kasih sayang ini adalah sebuah filem yang meremehkan malah menghina persoalan amar makruf nahi mungkar. Peluk sana cium sini seolah-olah tema kasih sayang ialah peluk cium sesuka hati tanpa batas dan garis panduan.

Ukurlah skala iman anda. Filem ini bukan sahaja mencabar budaya tetapi mencabar duduk letak syariat dengan mempersendakannya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tindakan, jika tak sanggup maka dengan teguran, jika dengan itu tak sanggup maka dengan hatinya, yang demikian itu selemah-lemahnya iman."
Hadis tersebut terang lagi bersuluh menjelaskan bahawa aspek amar makruf nahi mungkar merupakan hal yang wajib bagi setiap Muslim. Apatah pula berada di pihak seorang Bilal yang mewakili institusi keagamaan.
Amar makruf nahi mungkar adalah wajib berdasarkan banyaknya ketentuan hukum dalam kesepakatan para ulama, berdasarkan Alquran, hadis, ijma, dan akhlak yang mulia.
Lihat sahaja ayat 71 surat At-taubah, ayat 104 dan 110 surat Ali 'Imran, Allah jelasnya telah mensyariatkan amar makruf nahi mungkar. Justeru para ulama bersepakat tentang wajibnya amar makruf nahi mungkar, cuna ia berbeza dalam tingkatan wajibnya samada wajib 'ain dan wajib kifayah.
Ukurlah skala iman anda. Filem ini bukan sahaja mencabar budaya tetapi mencabar duduk letak syariat dengan mempersendakannya.
Andai kata wajib 'ain, maka setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf nahi mungkar, akan tetapi dengan wajib kifayah, jika ada segelintir melakukannya maka terpenuhlah kewajiban tersebut walau hanya dilakukan oleh sebagian umat Islam. Tetapi semuanya berdosa bila tidak ada seorang pun yang melakukannya. Dalam urusan kemasyarakatan, amar makruf nahi mungkar adalah satu hal yang digalakkan dan keperluan yang luar biasa signifikan supaya keseluruhan kehidupan dapat berjalan dengan baik.
Apakah yang makruf itu? Makruf adalah segala sesuatu yang dipandang baik oleh manusia dan diredhai oleh Allah SWT, samada ia perbuatan yang wajib maupun sunat, seperti mana ketaatan kepada Allah dan pengamalan perintah Allah. Sebagai contoh menegakkan solat, melakukan puasa, menolong orang yang kesusahan, memberikan derma atau melakukan kebajikan dan lain-lain lagi.
Pun ada bahagian yang sangat penting sebagai kembarnya iaitu hal yang mungkar itu perlu ditegah. Mungkar adalah setiap yang dipandang tidak baik oleh manusia dan tidak dibenarkan oleh Allah SWT. seperti maksiat, menyekutukan Allah, juga melakukan larangan Allah, seperti penzinaan (iya 8 kali, dalam Gubra lapan kali adalah angka ajaib untuk satu penzinaan berulang) makan rasuah, menipu rakyat, dan sebagainya.
Perlaksanaan amar makruf nahi mungkar harus dilaksanakan dengan apa jua cara, ini disesuaikan dengan banyak mana kuasa anda ada.Jika anda bapa dalam keluarga ya ahli keluarga yang melakukan mungkar harus ditegur dan digalakkan melakukan makruf. Jika pemerintah urusan makruf adalah sama pentingnya dengan pencegahan kemungkaran. Secara fitrah manusia tertarik dengan musuh abadinya iaitu iblis. Dan iblis akan bijak sekali memusing-musing kepala kita hingga kita akan mencari jalan sendiri untuk mengatakan ia benar.
Penegahan mungkar dilakukan dengan kekuatan fizik, juga dengan lidah yang sopan dan bijaksana, atau hanya dengan diam dalam penyesalan terjadinya kemungkaran, atau tidak terwujudnya hal yang makruf.
Hal ini tidak terjadi dalam Gubra, Bilal sebagai satu entiti yang mewakili institusi keagamaan meredhai jiran-jirannya duduk dalam maksiat. Betul Bilal Li tak perlu memulau Temah atau Kiah tetapi Bilal Li juga tidak boleh meredhainya dengan ikhlas tanpa rasa sesal sedikit pun. Tidak pernah dalam filem ini, walau sekali ada gambaran pencegahan di dalam hati yang paling rendah tingkatannya dilakukan. Perhatikan dialog di hadapan rumah pelacuran yang wajar dicemuh ini:
Bilal Li: Assalamualaikum, awal balik pagi ini (nota pengarang: dari melacur). Temah : Esok pagi nak hantar Shahrin pergi sekolah. Ada pelanggan nak pun terpaksa tolak. Hai abang lambat pergi surau pagi ini? Hah rambut basah tu... Bilal Li: (Gubra) Ah mana ada... Temah: Kami balik dulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2006 03:36 PM | Show all posts
Pelaksanaan amar makruf nahi mungkar diberikan syarat: (1) Bahawa jelas kemakrufan yang tidak dilaksanakan orang dan kemungkaran pula jelas dilakukan, (2) Bahawa pendakwah sedar dengan diri dan jatidirinya sebagai orang yang alim dan sesuai dengan misi amar makruf nahi mungkar yang hendak ditunaikan, (3) Pendakwah dengan itu tahu benar bahwa amar makruf nahi mungkar tersebut membawa manfaat, maslahat, serta tidak membawa madarat (4) Amar makruf nahi mungkar ditegakkan dengan bijaksana, berterusan dan penuh kesabaran, serta (5) Hal amar makruf nahi mungkar itu ditunaikan dengan ikhlas berorientasi pada keredhaan Allah SWT. Ini dilakukan demi mempertahankan keluhuran Islam dan menegakkan kalimah Allah.
Temah barangkali bernasib baik kerana mendapat hidayah dan kejutan Tuhan kerana disapa penyakit (kemungkinan HIV). Temah mencari Maz, belajar al-Quran, belajar solat dan menginsafi diri tetapi itu semua datang dari Temah. Dan ilham untuk bertaubat tentulah datang dari Allah. Manusia yang diberi hidayah seperti Temah tidak ramai, dia mencari hidayah datang. Tetapi di pihak Maz dan Bilal Li yang tahu agama, tidak ada secuit pun rasa kesal rasa mahu mendorong dan rasa nahi mungkar tersebut ditonjolkan sebelumnya. Tidak ada. Tidak, saya tak minta mereka mengherdik pelacur-pelacur yang baik itu. Mereka agaknya memang terpaksa melacur sebab tak pas SPM atau tak ada modal untuk berniaga nasi lemak bungkus. Iyalah, kita mahu percaya mereka melacur kerana tiada pilihan lain. Tetapi sebagai sebuah naratif yang bermula dengan Bismillahhirahmanirrahim kita dikejutkan kerana Bilal Li dan isterinya bersikap tak apa dengan kerja maksiat jiran itu. Bukan sahaja tidak menegah tetapi meraikannya.Kita faham sisi kemanusiaan yang ingin disogokkan tetapi fahami pula sisi kemanusiaan yang Islam tawarkan. Ada rangka dan konsepnya. Kenapa merendahkan ayat Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini?
Ya Islam memang luhur agamanya, mak cik bertudung labuh boleh menawarkan rendang ayam buat pesakit sebelah katilnya yang muak mengunyah daging babi seperti di dalam Gubra. Siapa nafikan? Ya Malaysia memang indah kerana kita dibina dengan berbagai warna, bangsa, bahasa, masakan dan lain-lain lagi. Tetapi memaksakan Islam memahami semua persoalan itu seumpama Islam sebuah agama yang tidak cukup adalah sesuatu yang salah. Islam yang harus difahami, dihayati dan diamalkan.Islam turun untuk kita, kita yang mesti fahamkan Islam bukan menceramahkan pula Islam yang mesti memahami kita.
Sungguh ini sebuah filem yang kacau dan sungguh kerana Yasmin serta pelbagai lagi manusia karyawan filem kita terperangkap oleh definisi Barat. Kononnya filem hanyalah gambar bergerak. Dan elemen-elemen kekaguman (untuk gubra) yang penuh kepalsuan ditawarkan juga seperti pesakit yang nampak punggungnya, atau Orked yang selamba meraba puting tetek Alan yang berbulu, atau watak Arif lakonan Adlin Aman Ramli menari dengan hanya memakai tuala hampir terlucut, atau pujian jururawat India bahawa alat kelakian Pak Atan sungguh utuh dan gemilang.Ini filem Malaysia, relaks, cool...itulah yang hebatnya, agaknya?
Tidak, filem lebih dari itu. Filem bukan cuma naratif, bukan cuma gambar yang bergerak. Filem adalah ar-Risalah seperti yang dinukilkan oleh Dr Abu Hassan dari Universiti Malaya dalam bukunya yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Filem haruslah kembali ke jati diri kita, kepada tradisi penceritaan yang berakar pada bangsa. Bukan caca marba tidak ketentuan bahasa.
Kasihan, dalam Gubra mereka mahu percaya mereka hidup dalam kebenaran tetapi orang yang berilmu melihat mereka dalam kebodohan. Seperti mana kumpulan Sisters In Islam terpekik setiap kali apabila timbul segala isu yang mereka rasa harus dimanfaatkan untuk kepentingan diri. Kita tahu mereka bahlol lagi jahil tetapi mereka rasa mereka maju, moden dan Tuhan memang memandang mereka mulia, oh ya dan mereka percaya bisikan iblis: Tuhan memandang semua orang sama.
Dan tepekkan satu kata-kata Maulana Rumi yang lari konteks setelah dikerat-kerat bait-bait terdahulunya yang lebih enam ribu itu iaitu lampu ada pelbagai tetapi cahayanya sama. Ya, gereja, masjid dan tokong ialah rumah ibadat yang sama. Tuhan satu. Tuhan sama sahaja.
Begitu? Bagaimana dengan konteks ayat Quran, untuk Kamu agama kamu untuk kami agama kami? Cuba buka tafsir terlebih dahulu dan fahami surah al-Kafirun. Inilah asas jati diri orang Islam yang telah diterap dan diturunkan awal sejak di Mekah lagi. Surah dengan 6 ayat ini adalah surah mengenai jati diri.Dan ya, boleh juga buka surah Taubah kerana ada juga jati diri orang munafik untuk kita lebih berwaspada dan hati-hati supaya tidak jadi seperti mereka.
Kalau tak reti agama jangan syarahkan agama dalam filem.Jangan rosakkan orang.
Gubra seperti tajuknya. Filem yang kacau, gugup dan ketidaktentuan hala seperti mana kefahaman dan diri pembikinnya.Dan memang ramai pengekor dan orang yang tak ketentuan jiwa menyokongnya.
Saya tidak hairan, bila pengarahnya ditanya wartawan tentang adengan Bilal memegang anjing, "Entah, tawakal sahajalah."
Ya konsep tawakalnya begitu.Tawakal gubra.
Allah memang pengasih dan penyayang. Tetapi Allah juga ada nama-nama lain, ada sifat-sifat lain yang Allah boleh sahaja menghukum, baran dan mengingatkan dengan keras. Allah memang Maha Pengampun tetapi Dia juga tidak memberi belas kasihan. Kerana itu ada neraka sebagai tempat diazabkan. Baca asmaul husna biar habis, faham Islam biar selesai, bukan satu bahagian sahaja. Amar makruf tetapi nahi mungkar diabaikan.
Justeru, kalian memang Gubra. Janganlah membaca Rumi untuk satu bait, kemudian mendabik dada, khatamlah dahulu Mathnawi dan Diwan, dan fahamilah hubungannya dengan Tabrizi baru boleh mengeluarkan hujah di dalam filem anda. Jangan cemari ajaran kesufian dengan pendirian sesat anda ini.
Hayy Allah !
Wallahu'Alam, moga kita dikurniakan Jalan Yang Lurus yang selalu kita minta dalam solat kita itu. Moga kita dilindungi oleh sebarang kesesatan yang nyata dan juga tidak nyata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2006 04:41 PM | Show all posts
Originally posted by lows^man^lyrics at 4/28/06 11:36 PM
Saya tidak hairan, bila pengarahnya ditanya wartawan tentang adengan Bilal memegang anjing, "Entah, tawakal sahajalah."  


eer, what's wrong with that scene?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2006 05:39 PM | Show all posts
Originally posted by BeanDiesel at 29-4-2006 04:41 PM


eer, what's wrong with that scene?

memang ada babak tu..tak tau tu babak camera trick atau truely.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2006 07:19 PM | Show all posts
Originally posted by lows^man^lyrics at 4/29/06 01:39 AM

memang ada babak tu..tak tau tu babak camera trick atau truely.


let's say it's real. so, what is wrong?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2006 07:41 PM | Show all posts
what's wrong??

hurm..
let say

kalau sebelum kita smayang pun
elok jgnlah pegang kucing kita
sbb air liur kucing tu najis mutasittah

inikan pulak
tetiba nak pgg ajing yg mmg nyata najis mughalazzah

ya..mmg tak salah
dah pgg samak la

tapi napa nak susahkan diri

tak perlu nak benci anjing..tak perlu nak baling dia dgn batu

kalau nampak dia dlm kesusahan
tersepit ke
tergolek golek tgh jalan

tak ada jalan lain
niat ikhlas
angkat lah dia

tu pandangan aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2006 09:14 PM | Show all posts
aku rasa scene yg diorang berpeluk tu pasal diorang suami isteri kan? biasa lar tu... lain ler kalau jelas dalam undang2 takleh benarkan peluk2 dan cium2 dalam filem.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2006 09:15 PM | Show all posts
Originally posted by Duta lover at 29-4-2006 07:41 PM
what's wrong??

hurm..
let say

kalau sebelum kita smayang pun
elok jgnlah pegang kucing kita
sbb air liur kucing tu najis mutasittah

inikan pulak
tetiba nak pgg ajing yg mmg nyata najis ...


dalam islam kita disuruh menyayangi haiwan. malah kalau nampak babi tersepit pun kita patut tolong lepaskan. tapi pandai2 samak ler lepas tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2006 01:16 AM | Show all posts
org skunk pikir pelek2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2006 08:00 AM | Show all posts
Originally posted by Duta lover at 4/29/06 03:41 AM
kalau sebelum kita smayang pun
elok jgnlah pegang kucing kita
sbb air liur kucing tu najis mutasittah

inikan pulak
tetiba nak pgg ajing yg mmg nyata najis mughalazzah



oh, bilal tu pegang anjing lepas amik wudhu and ready utk semayang ke? lah. aku ingat just the fact that a bilal pegang anjing. memang la, kalo aku kucing pon tak pegang kalo ade wuhdu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2006 09:06 AM | Show all posts

filem besar pengaruhnyer.

betui la apa hangpa cakap tuuu. ramai orang selalu suruh kita berfikiran terbuka, buka tu buka ni....semua nak buka. semua nak boleh aje... tak de yang tak boleh . bile ade yang nasihat, kata orang tu pikiran tertutup, tak modern, tak up to date dan tak matang. abes tu buka sana buka sini, peluk sana peluk sini, pegang sana sini dan lain2 tu matang ke???? sedih la bila depa kata EG; bila dah dewasa boleh la buat 2 buat ni. kite dah matang beb....zaman modern nii...(contoh je la ek. bukan semue org camni.. sesetengah je..).   so, tepuk dada tanya hati bukan tanya selera key....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2006 10:31 AM | Show all posts
salam

tumpang tanya
adakah NABI kata batal wudhuk bila sentuh anjing
atau batal wudhuk bila bersentuhan kulit lelaki dan perempuan???

kan nama pun filem/cerita
jadi manusia jadi pelakunnya
kan AKAN KU PENUHKAN NERAKA JAHANAM DR GOLONGAN JIN DAN MANUSIA
jadi apa nak dihairankan
semoga dr cerita karut tu, ramai yg dapat pengajaran drnya
dan memberi PERINGATAN kepada yg kurang TAHU

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 09:28 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 29-4-2006 09:14 PM
aku rasa scene yg diorang berpeluk tu pasal diorang suami isteri kan? biasa lar tu... lain ler kalau jelas dalam undang2 takleh benarkan peluk2 dan cium2 dalam filem.



dia belakon jadi suami isteri berpelukan ke?  atau dia suami isteri berlakon berpelukan dalam filem?
nak ikutkan yang soalan pertama saya tu memang tak boleh, yang kedua tu rasa-rasanya pun tak boleh jugak (betul ke?)
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 03:07 AM | Show all posts
berlakon tu berlakon la jugak
tapi kalau dah bukan muhrim berlakon berpelukan
memang dah amat jelas HARAMnya..

erm..filem ni..penuh dgn ciuman, pelukan, dakapan, elusan, gentelan, pautan, gomolan, belaian, pegangan, ramasan, picitan, urutan, hempukan, goyangan, dukungan, kucupan, rabaan, geleman dan yang seumpama dengannya, konon untuk menggambarkan kasih sayang ini adalah sebuah filem yang meremehkan malah menghina persoalan amar makruf nahi mungkar.

dah sah lah haram.
even kalo pelakon tu suami isteri sekali pon..sebab filem ni utk tontonan ramai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 09:09 AM | Show all posts
takyah laa nengok cita camtu.. tak mengambarkan nilai2 keislaman langsung dan adakah dengan cara " pelukan gomolan dll" itu sahaja yang menunjukkan kasih sayang sesama manusia??? teringat gak cerita syukur21.. still ada gak nilai2 kasih sayang yang kita nampak dalam cerita tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

gennosukesama This user has been deleted
Post time 4-5-2006 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by aza at 4-5-2006 09:09 AM
takyah laa nengok cita camtu.. tak mengambarkan nilai2 keislaman langsung dan adakah dengan cara " pelukan gomolan dll" itu sahaja yang menunjukkan kasih sayang sesama manusia??? teringat ...


betul. aku sokong. aku memang nyampah cerita macam ni. cam bagus je. tak malu ke tengok cerita camtu, depan anak2. kalau nak tiru cerita barat pun, amik yang elok je, yang tak elok, pelukan, gomolan...geli aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2006 11:20 AM | Show all posts

betoi3

betoi... hidup kat dunia bukan untuk tengok cita camtu....
Reply

Use magic Report

harith_hadi1204 This user has been deleted
Post time 15-7-2006 02:11 AM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 29-4-2006 09:14 PM
aku rasa scene yg diorang berpeluk tu pasal diorang suami isteri kan? biasa lar tu... lain ler kalau jelas dalam undang2 takleh benarkan peluk2 dan cium2 dalam filem.

:hmm:
undang2 dunia atau undang Allah lebih penting?isu yg cuba diketengahkan kat sini adalah tentang filem tu yg
menyimpang termasuklah adegan2nye sekali.masyarakat skrg lebih suke ikut majoriti..walaupun majoriti tu salah...takut nak tegakkan kebenaran.takut kena ban ngan masyarakat.cthnye fesyen yg byk trend HALAM(halam=halal+haram).

aku sokong betul pendpt filem ni x bagos.bkn berdasarkan pemikiran semata2 tp ade hujah2 sekali.:lebai::setuju:

ttg scene peluk and what so ever yg menjiikan tu, walau suami isteri yg lakonkan, setahu aku mmg x ble.dlm islam, mana ble tunjukkan kemesraan yg melampau di khalayak ramai...cam cium2 n ringan2..tgk makbapak sendiri bermesra secara over pun kita ble naik segan..ni apatah lg dlm filem utk tontongan umum...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 10:52 AM | Show all posts
Tak faham kenapa filem macam Gubra boleh ditayangkan. Katanya pengarah/penerbit nak sampaikan mesej sebenar mengenai Islam, nak membuka mata Barat yang melabelkan Islam sebagai agama pengganas & sebagainya, tapi pada masa yang sama menggadaikan ajaran agama Islam sendiri. Berpelukan tanpa baju, berpelukan dengan baju dan sebagainya jelas mempersendakan Islam lebih2 lagi apabila dilakonkan oleh orang2 yang mengaku Islam. Berlakon sebagai suami isteri ke, adik beradik ke, kekasih ke, aurat is aurat, haram is haram. Lagipun berapa kerat sangat non-Muslims yang tonton Gubra? Berapa ramai pula yang tonton untuk mendapat gambaran sebenar mengenai Islam? Orang seperti Yasmin Ahmad yang dah lama berkecimpung dalam arena perfileman & pengiklanan ni tentu tahu apa masyarakat Malaysia dan dunia mahu. Masyarakat mahukan 'kontroversi' dan itulah sebenarnya yang Yasmin Ahmad suapkan. She wants to be known, dia mahukan kontroversi, that's all. Sebagai seorang Islam, saya malu dengan Sepet dan Gubra, begitu juga dengan filem2 melampau yang lain yang bersepah dalam dunia perfileman kita. Katanya nak menyokong Islam tapi bagi gambaran salah tentang Islam tanpa sedar. Kisah benar : A kid asked me once - "Aren't they Muslims? Touching like that is haram"

Betapa ramai kanak2 yang dah rosak pemikiran mereka hasil penangan filem2 seperti Gubra dll...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

harith_hadi1204 This user has been deleted
Post time 15-7-2006 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by unik-woman-warr at 15-7-2006 10:52 AM
Tak faham kenapa filem macam Gubra boleh ditayangkan. Katanya pengarah/penerbit nak sampaikan mesej sebenar mengenai Islam, nak membuka mata Barat yang melabelkan Islam sebagai agama pengganas & ...


Kisah benar : A kid asked me once - "Aren't they Muslims? Touching like that is haram"


:setuju:

aku pon pnah gak ade membe India beragama Hindu yg pnah aku keje skali kata kat aku," bkn org Islam xble pakai seksi2 ke?menyampahla tgk org Melayu pakai bj ala2 hollywood.pakai tudung mcm waheeda lg cantik.dahla boyfren girlfren  peluk cium dpn org ramai..xmalu sungguh.kami org hindu pun tau malu jugak".

adeh..aku hanya mampu senyap je la time tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.100205 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list