CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12997|Reply: 59

NOVEL: SAHUTLAH PANGGILANKU

 Close [Copy link]
Post time 17-5-2006 08:07 PM | Show all posts |Read mode
Jika mengikut kalendar sudah dua minggu musim sejuk berlalu, tapi malam itu seperti malam di musim luruh, udaranya dingin, tidak terlalu sejuk. Angin yang sekali-sekala kencang menampar pipi Ammar yang masih duduk di atas tunggul kayu di belakang sebuah masjid. Beberapa pokok besar terpaksa ditebang untuk memberi laluan kepada pembinaan masjid baru yang lebih besar. Masjid yang ada sekarang tidak dapat lagi menampung ahlinya yang ramai. Ranting, dahan dan batang pokok yang telah dipotong disusun di tepi dinding pagar masjid.

揇ulu bangunan ini merupakan gereja. Ia dibeli dan diubahsuai menjadi sebuah masjid. Terlalu banyak kenangan di masjid ini walaupun ianya kecil. Di sinilah aku mula memahami dan belajar mengenali wakil-wakil Allah di muka bumi. Belajar mengenali Pencipta, Rasul dan pengantinya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2006 08:11 PM | Show all posts
(2) SAHUTLAH PANGGILANKU

Ammar bangun untuk mengambil beberapa ranting kayu lagi,  dipungut dan dicampaknya ke dalam unggun api itu. Nyalaan yang semakin pudar itu menjadi terang semula. Dia duduk semula di atas tunggul kayu itu, melihat api yang marak memamah ranting-ranting kayu sedikit demi sedikit.   

Ketika sedang asyik mengelamun, seekor anak kuda datang dari belakang dan mahu bermanja dengannya. Bahu Ammar cuba dicapai dengan mulutnya. Ammar terkejut besar, menjerit dan melompat jauh. Semua semangat yang ada di dalam dirinya melayang dan keluar dari tubuh. Dia benar-benar terkejut kerana disangkanya pencuri yang cuba merompak.

揌ah! Kau rupanya Ramzan. Ingatkan pencuri tadi. Nasib baik tidak mati 慼eart attack挃, kata Ammar pada anak kuda itu. Kepala dan leher Ramzan diusapnya lembut. Ramzan hanya melangut dan membiarkan Ammar memberi sentuhan kasih sayang.

Ramzan adalah anak kuda jantan yang baru setahun lebih umurnya. Dia dilahirkan pada bulan Ramadhan, jadi dinamakan 揜amzan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2006 08:13 PM | Show all posts
(3) SAHUTLAH PANGGILANKU

Ammar berasal dari keluarga yang besar, dia anak yang bongsu dan selalu dimanjakan oleh ibunya. Semasa kecil, ke mana sahaja ibunya pergi mesti Ammar dibawa bersama. Dia buah hati ibu dan bapanya. Pantang sakit sedikit, ibunyalah yang paling risau, begitu juga dengan bapanya.

Ammar masih ingat ketika demam, bapanya akan membawanya menaiki basikal tua ke sebuah klinik di pekan kecil yang terdekat, lebih kurang 4 batu dari rumahnya. Itu sahaja kenderaan yang termampu oleh bapanya ketika itu. Apabila selesai mengambil ubat, bapanya akan membawanya pula ke kedai buku untuk membeli komik. Ammar memang suka membaca komik. Semua komik yang dibeli oleh bapanya disimpannya dengan baik dan selalu diulang baca.

Walaupun hidup susah, bapanya sanggup membelanjakan wang jika memberi manfaat. Dia mahu anak-anaknya menjadi orang yang bijak dan  berjaya di dalam pelajaran. Membaca itu baik pada anggapannya walaupun hanya komik.

Selepas itu Ammar akan ditanya apa yang mahu dimakan. Biasanya mereka akan singgah di sebuah gerai menjual laksa. Itulah makanan kegemaran Ammar semasa kecil. Melihat orang ramai yang lalu-lalang dan kenderaan yang bergerak ke sana-sini menghiburkan hatinya di kala itu. Amat jarang dia berpeluang untuk keluar dari kampungnya yang agak jauh dari pekan itu. Bila demam, dialah raja dan kemahuannya biasa dipenuhi. Walaupun begitu dia sedar akan kemampuan bapanya, dia tahu banyak mana duit yang ada di dalam poket bapanya. Kebanyakan kemahuannya terpaksa disekat dan cuma tersangkut di kerongkong, tidak berani untuk menyusahkan bapanya yang kais pagi makan pagi itu.

揗ungkin bila hidup susah, kita tahu menjaga perasaan dan hati ibu-bapa kerana tahu keadaan mereka. Kita tahu apa yang dikerjakannya dan berapa yang diperolehinya. Kita kesian melihat mereka kerja membanting tulang. Kasih kepada mereka amat mendalam kerana mereka terpaksa bekerja keras untuk memberi kita cukup makan dan keperluan. Kita nampak dengan mata kepala mereka bersusah payah untuk kita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2006 08:15 PM | Show all posts
(4) SAHUTLAH PANGGILANKU

Ammar cuba mengingat kembali pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapanya semasa kecil. Dia cuba menghitung jasa-jasa mereka yang masih melekat di kepalanya.

Teringat Ammar ketika berumur 9 tahun. Ketika itu ibunya ke rumah jiran untuk menumbuk emping. Ketika ibunya sedang sibuk bekerja, Ammar pula sibuk di hujung halaman untuk mengambil buah gajus yang berjuntai rendah. Dia bersama rakan-rakan sebaya berebut-rebut untuk mendapatkan buah gajus yang terbaik. Isi buah gajus boleh dimakan manakala bijinya digunakan untuk bermain.

Biji gajus digunakan untuk bermain 損ara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2006 08:17 PM | Show all posts
(5) SAHUTLAH PANGGILANKU

Ammar juga masih teringat masa dia terminum minyak tanah semasa kecil, kerana sukar bernafas ibu bapanya jadi kelam-kabut. Akhirnya dibawa ke klinik oleh bapanya dengan secepat mungkin.

Di zaman 70-an, penduduk kampungnya masih belum mendapat bekalan elektrik. Semua terpaksa bergantung kepada minyak tanah untuk memasak dan memasang lampu. Apabila malam, rumah hanya diterangi oleh lampu minyak tanah atau 憄elita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2006 08:19 PM | Show all posts
(6) SAHUTLAH PANGGILANKU

Ketika asyik melihat ungun api, Ammar terdengar bunyi ranting kayu patah dipijak orang. Matanya liar melihat ke arah bunyi tersebut. Dari jauh kelihatan seorang lelaki menuju ke arahnya melalui pintu pagar belakang masjid.

Ammar tahu itu Husin, adik Uncle Abbas yang menginap sementara waktu di pondok kecil bersama dengan abangnya. Sudah sebulan lebih Husin menginap di situ kerana menghadapi masalah rumah tangga. Tidak pula Ammar tahu apakah punca yang menyebabkan Husin dan isterinya tidak tinggal bersama lagi. Umur Husin di dalam lingkungan 50-an dan mempunyai 2 orang anak yang sudah remaja.

Ammar tahu Husin baru saja pulang dari membeli barang keperluan dari sebuah pasaraya yang tidak jauh dari situ, lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Walaupun di sebelah masjid itu terdapat sebuat gerai runcit yang menjual semua barang keperluannya, Husin lebih suka berjalan kaki dan membeli di pasaraya 慞ick n Pay
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-5-2006 08:21 PM | Show all posts
(7) SAHUTLAH PANGGILANKU

Selepas memastikan kayu api benar-benar terpadam, Ammar mengajak Husin ke rumah sewanya untuk mengisi borang penyertaan dan berbual-bual.

Sambil menunggu Husin yang pulang ke pondok kecil untuk menyimpan barang yang baru dibelinya, Ammar memanaskan air menggunakan cerek elektrik. Satu uncang teh 慺ive roses
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2006 08:24 PM | Show all posts
(8) SAHUTLAH PANGGILANKU
        
Sebelum tidur, Ammar memasang elektrik blanket. Pada waktu pagi, keadaan sekeliling sangat sejuk, penyakit asthma yang sudah bersarang di dalam dirinya amat sensitif dengan kesejukan. Dia selalu mengalami kesukaran bernafas di waktu pagi. Ditambah lagi dengan masalah sinus yang yang menyebabkan dua lubang hidungnya tersumbat apabila terlalu sejuk atau terdedah kepada asap rokok atau habuk, memaksanya menyedut dan menghembus nafas menggunakan mulut. Ia amat meletihkan.

Sambil berbaring di atas katil, Ammar memasang 慳larm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2006 08:26 PM | Show all posts
(9) SAHUTLAH PANGGILANKU

揗ungkin lelaki mempunyai tuntutan biologi yang tinggi dan mudah terpengaruh dengan godaan wanita. Di sini godaan sangat tinggi kerana pelacuran dibenarkan. Malah wanita muslim kebanyakannya tidak menutup aurat dan ramai bilangannya. Tidak ramai wanita yang mahu dimadu walaupun poligami dibenarkan di dalam Islam. Jalan mudah ialah meminta cerai apabila suami melakukan poligami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2006 08:29 PM | Show all posts
(10) SAHUTLAH PANGGILANKU

Menurut Uncle Salim, semasa kecil pernah satu kereta yang hilang kawalan merempuhnya di tepi jalan tetapi tidak ada apa yang berlaku, seolah-olah kereta itu merempuh bayangnya. Perkara itu menjadi kehairanan kepadanya dan juga kepada seorang paderi kristian yang berada di tempat kejadian. Paderi itu berkata dia adalah orang-orang yang terpilih dan ingin tahu amalannya. Setelah berfikir lama, barulah dia teringat bahawa dia tidak pernah lupa menyebut 99 nama Allah selepas solat, mungkin amalan itu yang menyelamatkannya dari kemalangan itu.

Apabila dewasa, dia selalu membaca al-Quran. Pada satu hari selepas solat di masjid, seorang perempuan bertemunya. Perempuan itu kematian suami dan hidup susah tetapi ingin menikahkan anak perempuannya kepada orang yang beriman. Dia menawarkan anaknya kepada Uncle Salim. Dia perlu menjawab 憏a
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2006 08:31 PM | Show all posts
(11) SAHUTLAH PANGGILANKU

慏uvet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2006 08:33 PM | Show all posts
(12) SAHUTLAH PANGGILANKU

Bunyi kokok ayam menyedarkan Ammar dari tidur, dia menyandarkan badan pada hujung katil dan mencapai telefon bimbit untuk melihat masa. Telefon bimbit menunjukkan pukul 3:30 pagi. Ayam jantan yang dibela oleh Uncle Abas di dalam kawasan masjid tidak betul 憈iming抧ya. Dia berkokok terlalu awal sehingga menganggu orang yang sedang tidur. Pernah seorang penduduk berdekatan menegur Uncle Abas kerana memelihara ayam di kawasan itu.

揂yam ini memang menganggu orang tidur. Patutlah wanita kristian di hadapan masjid menegur. Hairan! Mengapa Uncle Abas mahu membela ayam di kawasan masjid? Mungkin dia berminat hendak menjadi peladang tetapi ditakdirkan hidup di kawasan bandar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2006 08:52 PM | Show all posts
(13) SAHUTLAH PANGGILANKU

Buku yang ditulis oleh abuya dibuka. Ammar mencari helaian Isi Kandungan buku tersebut. Sudah seminggu dia membaca buku itu bila berpeluang. Lebih dari separuh kandungan buku itu sudah dibacanya dengan teliti sambil berfikir. Dia mencari tajuk yang berkaitan dengan kekeluargaan kerana sesuai dengan topik perbincangannya dengan Husin semalam.

Setelah membaca semua topik di bahagian kekeluargaan, Ammar meletakkan buku itu di tempat asal, di sebelah dengan lampu kecil tidak jauh dengan hujung katil. Selepas itu dia bangun ke dapur untuk menjerang air. Sementara menunggu air mendidih, satu cawan besar diambil dan dimasukkan dengan satu uncang teh Rooibos, sedikit madu dituangkan ke dalam cawan itu. Madu sesuai diminum untuk menghilangkan rasa sejuk di pagi hari.

Ammar masuk ke bilik mencari 慥icks VapoRub
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2006 08:54 PM | Show all posts
(14) SAHUTLAH PANGGILANKU

Ketika duduk menikmati teh, Ammar cuba menginggati kuliah Perkahwinan yang disampaikan oleh Maulana Jawad di masjid itu beberapa minggu yang lalu. Maulana Jawad adalah imam masjid yang berasal dari Pakistan. Dia menjadi imam masjid lebih dari satu dekad semenjak masjid itu digunakan. Kuliah perkahwinan diadakan pada setiap malam Selasa selama beberapa minggu untuk memenuhi permintaan kaum remaja yang ingin berkahwin.

Menurut Moulana Jawad, berdasarkan ayat al-Quran setiap benda yang dijadikan Tuhan berpasangan termasuklah haiwan, tumbuhan dan manusia. Setiap pasangan itu mempunyai daya tarikan antara satu sama lain seperti dua batang magnet yang berlainan cas. 慠eproduction
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2006 08:57 PM | Show all posts
(15) SAHUTLAH PANGGILANKU

揫u]Faedah pertama ialah memberi kebebasan kepada lelaki dan perempuan untuk membina hidup baru. Jadi mereka tidak bergantung kepada keluarga masing-masing. Fikiran, usaha dan masa mereka akan ditumpukan kepada sebuah kehidupan yang berasingan dari ibu-bapa. Mereka lebih fokus dalam hidup dan memikirkan kepentingan rumahtangga sendiri. Merekalah tuan untuk rumahtangga yang dibina. Secara tidak langsung menjadikan mereka serius, sabar, 憁ature
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2006 09:01 PM | Show all posts
(16) SAHUTLAH PANGGILANKU

Bunyi hentaman batu pada tong drum besi yang dipotong dua itu agak kuat, mengejutkan Husin dari tidur. Lampu dipasang untuk melihat apa yang berlaku. Cepat-cepat Ammar masuk ke dalam rumah ketika dilihatnya tingkap sedang dibuka. Dia tersenyum dan ketawa kecil seorang diri.

揔esian Husin terpaksa bangun dari tidur. Aku lebih teruk dari ayam jantan Uncle Abas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2006 09:05 PM | Show all posts
(17) SAHUTLAH PANGGILANKU

Pintu rumah diketuk orang. Terlalu berat bagi Ammar untuk membuka mata dan bangun. Selepas solat subuh, dia pulang ke rumah dan menyambung tidurnya yang tergendala. Kesejukan pagi masih terasa. Walaupun masih bernafas pendek-pendek, Ammar bangun dan mencapai telefon bimbitnya. Sekarang sudah pukul 8:45 pagi.

Uncle Salim mengucapkan salam apabila pintu dibuka. Selepas menjawab salam, Ammar mengajak Uncle Salim, Uncle Karim dan seorang pemuda yang tidak pernah dilihat sebelumnya masuk ke dalam rumah. Hari itu mereka datang untuk membuat 憆enovation
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2006 09:09 PM | Show all posts
( 18 ) SAHUTLAH PANGGILANKU

Hari itu Ammar membuat keputusan untuk membuat kerja di rumah sahaja. Sebelum masuk ke dalam rumah, dia singgah di kerusi luar. Dari situ dia dapat melihat Farid sedang membawa 憌heel barrow
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 10:12 AM | Show all posts
sedapnyer cerita...penuh penghayatan bila dibaca.. tahniah..karya yang bagus!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2006 08:47 PM | Show all posts
Originally posted by isif at 18-5-2006 10:12 AM
sedapnyer cerita...penuh penghayatan bila dibaca.. tahniah..karya yang bagus!


TQ. Saja PM menulis nak habiskan masa yg tak tahu nak buat apa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.078176 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list