CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4337|Reply: 11

badan letih2 dan lesu...

[Copy link]
Post time 31-5-2006 05:01 PM | Show all posts |Read mode
apakah ini disebabkan penat bekerja (tp kerja office je..gov lak).apakah faktor pemakanan mempengaruhi jugak..kesian hubby lesu je tengok selalu..i penat gak kerja tp masih leh control lagi penat...muka berseri la jgk..hubby berulang jauh gak dr gombak ke putrajaya naik motor..i plak naik keta..keja kat gombak jugak...perjalanan jauh pun boleh meletihkan sangat kan? so ada tak aper2 suplement utk buat hubby i tak tunduk pd keletihan..kesian dia...tido pun dah berdengkur2 skang nih..penat sgt la tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2006 07:05 PM | Show all posts
berapa umo hubby u tu . . muda lagi ke? Hubby I plak  amek multi vit, pas dia amek bertambah letih la pulak, so dia stop. .  Dia pun tak tau, nak wat cam ne, pada hal g opis tu, wat keje pejabat je . . .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2006 11:42 AM | Show all posts
ummy43,
my hubby baru 27...keja ofis...kerajaan as ptd..kerja memang adakala presure gak sebab buat dasar.. naik moto ulang alik gombak to putrajaya...berat dia dlm 58kg tinggi dlm 171cm bmi tak balance...ada sorang forumner pm saya suh beli vit B complex..skang tgh tunggu explaination drpd dia...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 05:15 PM | Show all posts
Exercise ... insyallah.. tapi liz pun malas exercise.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 05:47 PM | Show all posts

solution to letih-letih

ellooooo,
my hubby pun ada same problem gak! so i keep on searching macam-macam multivitamin bagi kat dia, even tongkat ali pun i penah bagai kat dia. Tapi entahlah maybe because of working environment, lagipun dia ni IT line. masa i gi wat facial adalah orang promote produk HGH kat i. I cuba bagi kat dia and alhamdulillah sesuai lak. maybe u cuba la... try to search produk apa :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by heart_princess at 1-6-2006 11:42 AM
ummy43,
my hubby baru 27...keja ofis...kerajaan as ptd..kerja memang adakala presure gak sebab buat dasar.. naik moto ulang alik gombak to putrajaya...berat dia dlm 58kg tinggi dlm 171cm bmi tak b ...



Lor muda lagi hubby u tuh : ... biasalah keja gomen nie ada kala memenatkan...walaupun tak setimpal dengan gaji yang dibagi.....


Saya saran hubby u minum susu IGG Plus r......dan makan makanan berkhasiat tambahan...cam sprullina........makan 5 biji pagi  setiap pagi sebelum sarapan..insyaalah bertenaga.........


...beb...aku terpaksa edit posting ko nie...self advert is not allowed here...

[ Last edited by  blackmore at 23-7-2006 12:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2006 03:09 PM | Show all posts
bleh amalkan minum shake herbalife...utk kesihatan dalaman yg lebih baik dan sihat, bertenaga dan takkan rasa penat..walaupun keje byk or travel jauh ke tempat keje.
herbalife bukan saja utk turunkan berat badan, nak tambah berat pun boleh...
Herbalife lebih daripada diet, ia adalah cara hidup sihat. ramai pengguna herbalife rasa lebih sihat, bertenaga dan ada juga yg mengalami masalah migrain, tekanan darah tinggi, kencing manis dan lain2 penyakit akan sembuh selepas mengamalkan cara hidup sihat dgn Herbalife.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2006 04:02 PM | Show all posts

Reply #1 heart_princess's post

keciann.. mmg penat berulang everyday.. i dah rasa, my husband pun dah rasa..
yang penting kene makan bagus.. tidur bagus.. itu je..
kalau rasa makan pun tak seimbang boleh ambil supplement..
and bila weekend rehatla puas2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2006 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by ummy43 at 31-5-2006 07:05 PM
berapa umo hubby u tu . . muda lagi ke? Hubby I plak  amek multi vit, pas dia amek bertambah letih la pulak, so dia stop. .  Dia pun tak tau, nak wat cam ne, pada hal g opis tu, wat keje pejabat je ...


ummy, nak tanyer ler....multi vit tuh tuk per hek???ada kemungkinan tak, tambah selera makan???

sejak ada baby ni, ulang alik keje jauh gak...menapak lagik....smpi umah da maghrib...penatnyer.....selalu keletihan....nak uat caner hek???

baru try multi vit nih, baru 5 ari, rasanyer tambah selera makan nih..tu yg nak tanyer ummy tuh...

tq
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 12:33 PM | Show all posts
keje dah pent..naik moto jauh plak tuh smpai gombak...memang la bdn penat..nak plak keje byk yg kena berdiri mcm mengajar..mmm..memang letih ler..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 04:41 PM | Show all posts

from my inbox email...

PENAWAR PENAT OLEH RASULLULLAH

Penawar Di Kala Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahu pun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar)

33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini.



Katanya:-
"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah
petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Apabila Allah menyintai seorang hambanya, Allah akan memanggil malaikat Jibril dan berkata:
Allah menyintai si fulan maka cintailah dia. Jibril pun menyintai hamba tersebut dan

kemudian mengumumkan kepada penduduk langit dengan berkata:

Sesungguhnya Allah menyintai si fulan maka cintailah dia. Semua penduduk langit pun menyintainya.

Kemudian diletakkan penerimaan bagi hamba tersebut di bumi (maksudnya disenangi dan disayangi)."

(Hadis no.3209 riwayat Imam al-Bukhari dalam kitabnya Sahih al-Bukhari)
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:25 AM | Show all posts
cantik lah...tips yg diberi ni...nak amalkan yg mana ye....cari yg mudah dulu ekk...x usah tangguh2...moga letih ku akan berkurangan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.676421 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list