CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matjan

AHLUL BAIT DAN IMAM SYIAH

[Copy link]
Post time 1-7-2006 02:24 AM | Show all posts
Originally posted by mohi at 30-6-2006 05:44 PM
...
mereka pun sama jugak ahlul-bait...tapi ingat, berhati-hati....bukannya semua ahlul-bait yang betul....
ada yang pendusta pun ada.....ahlul-ahlul bait yang jadi ketua syiah tu pun semuanya x  ...

macam pipi nie....... dikira sebagai ahlulbait yang TAK BETUL lar ye? :

kalaulah anda memahami kesukaran Datuk kita, Al-Hassan, dan Al-Hussein, bagaimana mereka diperlakukan.... pasti kau akan menyesal apa yang engkau katakan ini.

Lihatlah datuk kita Al-Hassan yang diracuni oleh isterinya sendiri......... kau sebagai keturunannya...... bertanyalah kepada keluarga yang lebih TUA... bertanyalah kepada keluarga Tabatabai.....

aku...........
aku...........
bertanya kepada siapa???
aku bertanya kepada datuk kita................
Al-Mohsin.........
Mohsin yang syahid di dalam perutnya Fathimah Az Zahra..........
siapakah aku????...............
siapa??..........



walaupun begitu.... aku masih bersyukur kerana engkau masih mengaku sebagai salah seorang dari keturunan yang suci ini.... tidak seperti mereka yang menuduh Muhammad S.A.A.W..... sebagai tiada keturunan yakni abtar... (terputus)..............
Al-Kautsar
1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
2. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah
3. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.


Hari-Hari perginya bonda kita.... Fathimah Az Zahra.... tidakkah kau merasakan????..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2006 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 28-6-2006 03:12 PM
Alhamdulillah...terima kasih kyas sebab menimbulkan persoalan ini. Aku bukan major dalam bahasa arab tapi opsyen dalam bidang Design Eng. Dengan persoalan ini aku rujuk dulu pada seorang kawan  ...


Kenapa pula apabila menyentuh ahlul-bait maka ia berubah menjadi muzakkar dan kembali balik di ayat berikutnya menjadi sifat muannas??

Ayat 33 surah al-Ahzab yang bersifat maskulin (muzakkar) kerana ia merujuk kepada perkataan Ahl (أهل ) yang sememangnya bersifat maskulin.

Berapa banyak kah perkataan ahlul-bait itu disebut dalam al-quran?? Adakah semuanya membawa maksud yang sama berhubung dengan hubungan kekeluargaan??

Maaf, saya kurang arif tentang kesemua maksud perkataan ahlul-bait dlm quran. Namun, berikut adalah satu contoh dari rujukan saya tentang ayat al-Quran yang menggunakan istilah Ahl al-Bait ketika merujuk kepada isteri Nabi Ibrahim.

"Isteri (Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan.

Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya.? [Hud 11:72-73]

Mengapa pula di dalam ayat-ayat quran yang lain Allah membezakan menyebut sifat muannas dan muzakkar dalam ayat yang sama. Mengapa tidak Allah menyebutnya secara umum muzakkar saja ataupun muannas saja??

Kan sudah diberitahu di atas, ia disebabkan perkataan Ahl yang sememangnya bersifat maskulin. Apabila istilah Ahl itu bersifat maskulin, maka seluruh ayat akan bersifat maskulin sbb keseluruhan ayat menceritakan tentang Ahl al-bait itu.

"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahl al-bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."

Mengapa perlu dipersoalkan mengapa tidak muzakkar sahaja atau tidak muannas sahaja? Sedang ayat itu yg bersifat muzakkar tidak hanya terhad penggunaannya kepada lelaki atau lelaki dan perempuan sahaja. Jadi, hujah yg mengatakan ayat muzakkar ini tidak mungkin terpakai kepada isteri2 Rasulullah adalah sebenarnya tidak tepat.

Perkara pokok di sini ialah Allah hendak dan telah menggunakan perkataan Ahlul Bait sbg penggelaran kepada isteri2 Baginda sama seperti ayat dari Surah Hud di atas.

Ia berperanan menerangkan tujuan atau hasil yang ingin ( bukan telah ) dikurniakan oleh Allah kepada para isteri Rasulullah dengan segala tunjuk ajar, perintah dan larangan ayat2 tersebut.

waAllahualam.

Point to note: Saya tidak tahu berbahasa arab. Apa yang saya sampaikan hanya berdasarkan kepada rujukan. Kepada semua: Sila betulkan kalau salah.

[ Last edited by  kyas at 12-7-2006 01:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 06:39 PM | Show all posts
Salam selawat keatas nabi muhammad dan ahlulbaitnya...

alhamdulilah nampaknya saudara kyas ini juga tahu serba sedikit tentang istilah bahasa arab yang digunakan dalam surah al-ahzab ini...

wahai saudaraku kyas, silalah rujuk kembali dialog saya bersama sheir'Ali, disitu ada jawapannya.....
saya harap saudara dapat memerhatikan hujjah saya disana....

saya mendoakan saudara akan menemui jawapan bagi memecahkan kebuntuan yang ada dalam diri saudara...dan juga saudara mendapat taufiq dan hidayah dari allah S.A.W...

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 09:00 AM | Show all posts
amin. mudah-mudahan sama-samalah kita.

yang mana tu wahai saudaraku? dlm tu byk sgt... dah kecamuk.

saya cuma mahu tahu sama ada hujah ayat maskulin boleh digunakan utk menafikan bahawa ayat tersebut dimaksudkan kepada isteri2 rasulullah.

kecik skit skop. insya Allah mudah faham.

kalau buleh minta di pastekan.

[ Last edited by  kyas at 13-7-2006 09:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 08:54 PM | Show all posts
salam semua.

tak sangka sehingga hari ni masih ade yg tak tau maksud sebenar ahlulbait.

meh sini ana terangkan baik kepada sunni atau syiah.

ahlulbait terbahagi kepada dua yakni 'ahlulbait alzuwaj' dan 'ahlulbait alkissa'. alzuwaj bermakna ikatan keluarga yg terjadi melalui perkahwinan yakni istri2 nabi termasuk dlm 'ahlulbait alzuwaj' manakala rasul, fatimah, ali, hasan dan husein termasuk dlm 'ahlulbait alkissa' yakni mereka2 yg disebut oleh allah dlm quran 33:33. Kesahihan 'ahlulbait alkissa' diperkuatkan lagi oleh hadis alkissa. Wahai antum semua..takyahlah nak tafsir surah alahzab tu..nabi dah lama tafsir ayat tu yakni ayat 33:33 tu diturunkan kepada 5 org(muhammad, fatimah, ali, hasan dan husein) melalui hadis alkissa yg tidak dapat lagi disangsi kesahihannya.

Pada kaum sunni, jgnlah antum cuba nak masukkan istri2 nabi dlm golongan ahlulbait alkissa kerana mereka ni tak termasuk dlm istilah ahlubait yg tuhan sebut dlm quran. pada syiah pula..jgn nak nafikan 100% bahwa istri2 nabi tidak termasuk dlm 'keluarga' beliau atau ahlulbait alzuwaij kerana istri mestilah termasuk dlm kaum keluarga tetapi bukan termasuk dlm firman allah 33:33. Kalau ada kaum syiah yg dah beristri..apa antum akan berkata yg astri antum itu terkeluar dari kaum keluarga? tentu tidak bukan.

pada ana dua2 salah tafsiran baik sunni atau syiah. yg antum berikan tu semuanya adalah fatwa ulama yg ntah apa2(cut&paste aje tu) bukannya buat kajian sendiri.

kesimpulannya..kedua2 istilah 'ahlulbait alzuwaj' dan 'ahlulbait alkissa' ada kelabihan yg allah kurniakan pada mereka. so..puak syiah jgn nk kutuk istri nabi lebih2 plak..dan puak sunni jgn nak puji istri nabi tu lebih2 plak pasal istri nabi pernah menyakiti hati baginda dan secara terang berbuat salah selepas wafatnya rasulullah saw. ana dah terangkannya di thread lain tapi nampaknya thread ni lagi sesuai.

salam hormat
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 11:48 AM | Show all posts
ye... mmg cut and paste...
dr awal lagi saya beritau...
ia mmg petikan

tak sampai tahap nak buat kajian sendiri apatah lagi
nak kata depa punya pendapat ntah hapa-hapa

stakat ni cuma bab maskulin/feminin je
hadis alkisa tak masuk bab lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2006 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 10-6-2006 01:17 PM


jelas nampak grave hanya tahu membuat pernilaian dlm bentuk sarcastic.  inilah apabila orang berasa terlalu hebat pantang dikomen terus melompat.  posting-posting sebegini dah banyak dan dah na ...


PAKCIK GRAVE, itu nasihat dan komen yg trbaik tatie pernah dengar utk pak grave..sila le ambil perhatian...
Reply

Use magic Report

anNaqiy This user has been deleted
Post time 14-7-2006 12:23 PM | Show all posts
Originally posted by yahya at 13-7-2006 08:54 PM
salam semua.

tak sangka sehingga hari ni masih ade yg tak tau maksud sebenar ahlulbait.

meh sini ana terangkan baik kepada sunni atau syiah.

ahlulbait terbahagi kepada dua yakni 'ahlulbait alzuwaj' dan 'ahlulbait alkissa'.alzuwaj bermakna ikatan keluarga yg terjadi melalui perkahwinan yakni istri2 nabi termasuk dlm 'ahlulbait alzuwaj' manakala rasul, fatimah, ali, hasan dan husein termasuk dlm 'ahlulbait alkissa' yakni mereka2 yg disebut oleh allah dlm quran 33:33. Kesahihan 'ahlulbait alkissa' diperkuatkan lagi oleh hadis alkissa. ...

habis jika disebut kalimah ahlulbait semata2, maka ia merujuk kpd y mana satu antara dua tu? az zawaj ke al kisa'?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2006 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by anNaqiy at 14-7-2006 12:23 PM

habis jika disebut kalimah ahlulbait semata2, maka ia merujuk kpd y mana satu antara dua tu? az zawaj ke al kisa'?


Sebelum ana terangkan baik ana tanya saudara annaqiy dulu..apa makna ahlulbait dan itrah? Adakah keduanya mempunyai maksud yg sama? Tafsiran ahlulbait dan itrah sungguh luas maksudnya..ianya bukan semata2 membawa maksud 'keluarga' dari fahaman kebanyakkan org malah lebih dari itu.

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 10:26 PM | Show all posts
Saya edit sedikit topik thread ini.  Sekarang boleh bincang berkenaan ahlul bait di sini.

wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 02:40 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 6-6-2006 01:11 PM
wahai saudara www.almawaddah.orgfree.com nie adalah laman yang mempunyai banyak buku-buku yang boleh dijadikan rujukan carilah yang sesuai dgn apa yg dimahukan.


Ana selalu mengikuti laman almawaddah dari dulu lagi(semenjak hari pertama perlancarannya). Depa takdak hosting sendiri asyik dok pakai root aje(mungkin ada sebab2 tertentu). Byk buku2 arab yg diterjemah ke dlm bahasa melayu. Yg paling kontroversi ialah buku tijani. Dlm bukunya sahabat semua murtad kecuali minoriti...tapi member ana kat uia dah terjemah judul asal buku tijani tu dlm bahasa arab, yg berakhir dgn pengakuan tijani sendiri bahwa beliau telah bertobat dan masuk sunni semula. Kalau terjemahan kat almawaddah tu tak pulak disebut macam tu. hmm..sape yg betul agaknya?

Di nasihatkan saudara syiah jgn telan bulat2 terjemahan buku depa ni kerana depa dah filter kandungan yg agak 'karut-marut' dlm buku2 syiah tu..byk bab2 asal dlm buku asli bahasa arab ditinggalkan..kenapa ya? Yg dah terjemah semuanya nampak 'cantik' pada pandangan kaum syiah..pasal tu kalau boleh dapatkan naskah yg asli dlm bahasa arab dan antum buat perbezaan.

maaf tuan moderator kalau off topik..sekadar teguran dan nasihat.

Kheir
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 06:55 PM | Show all posts
Salam selawat keatas nabi muhammad dan Ahlulbaitnya...

Astagfiruallah...begitu sekali apa yang mereka lakukan !!!, mudah-mudahan allah menurunkan azabnya yang berat kepada mereka yang menfitnah...

Bolehkah saudara yahya membawakan secebis teks sebenarnya berkaitan pengakuan tijani itu saya ingin sangat melihatnya..harap saudara sudi menunjukkan

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 07:32 PM | Show all posts
salam

teksnya berbunyi begini: "Adapun aku sayyid tijani dgn ini mengistiharkan bahwa telah bertobat dari kelakuan2 ana yg keterlaluan dan telah kembali kepada ajaran yg benar iaitu Ahlul sunnah Waljamaah..."

he...he...byk koleksi kitab2 syiah yg ana ada dah 'disedekahkan' pada para sahabat ana yg berminat kat mazhab syiah ni. Rasanya semua dah takde kot..yg tinggal koleksi debat prof lufti dgn 'puteri sunni' kat berita harian pada mei 1985 (naskah asli dari keratan surat khabar). kalau nak ana boleh bagi...almaklumlah, shaikh ni kan suka benda2 debat ni.

Kheir
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 07:40 PM | Show all posts
Salam selawat keatas nabi muhammad dan Ahlulbaitnya

teksnya, muka surat ?? takkan mcm tu sahaja... tidak mengapalah saudara ini asal mana sekarang menetap dimana...

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 10:23 PM | Show all posts
salam.

Kalu tgk hujah2 saudara billionaire ni nampak 'hebat' jugak..tapi dulu tak sempat nak menyampuk, tapi skrg ni nampaknya dah takde..pegi mane takkan dah merajuk?

Dlm forum ni ana tgk saudara billionaire aje yg boleh memberikan hujah yg mantap dan kuat..yg lain2 tu ana no komen. kekadang terdetik juga dihati nak berdialog dgn saudara billionaire ni(nak tlg sedara aswj kita yg lain2 macam nahzaluz)....amacam setuju tak? bukan apa ana ni 'geram' jugak tgk terlalu hebat fitnah yg dilemparkan pada sahabat...dah sampai ketahap murtad dan kafir.

Kheir
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by yahya at 15-7-2006 10:23 PM
salam.

Kalu tgk hujah2 saudara billionaire ni nampak 'hebat' jugak..tapi dulu tak sempat nak menyampuk, tapi skrg ni nampaknya dah takde..pegi mane takkan dah merajuk?

Dlm forum ni ana tgk sa ...

: bila dah tak ada.... terpekik2....  nampak 'hebat'....
saudara bill kirim salam kepada anda. :love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2006 05:01 PM | Show all posts
Manusia begitulah bila sudah tiada baru memanggil...

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 06:58 PM | Show all posts
bukan apa..dulu masa ana byk kat jakarta, dapat surf internet pun gitu2 aje..tapi skrg dah ada kat sini.

kheir
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 02:10 AM | Show all posts
Originally posted by matjan at 7-6-2006 02:21 PM
orang yg ada nama  syeih dan syarifah tu  .... keturunan ahlul bait ke, atau keturunan arab...

tak pun .... saje x2 letak kot....


tulis pun tak betul.....syed bukan syeih

Kalau keturunan india muslim letak anak nama syed atau syarifah....bermakna anak mereka lahir hari jumaat. So bukan bukanlah pure jalinan keturunannya.

Biasanya keturunan syed dan syarifah ni, tanya dari salasilah kaum apa. Yang pipi kata Al-Attas tinggi darjatnya di Malaysia. Saya nak tanya pipi kata serupa tu atas dasar apa?

Biasanya Syed / Syarifah di Malaysia ni berasal dari Yemen seperti arwah atuk saya
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 09:56 AM | Show all posts
Berkenaan ayat 33 surah al-ahzab, soalan ditujukan kepada tuan syed yahya.

ahli sunni menyatakan ayat dahulu turun, diikuti dengan do'a rasulullah kemudian kata-kata ummu salmah dalam keadaan tiada pengetahuan tentang ayat yg diturunkan.

versi syiah menyatakan ayat turun dan hadith menerangkan tentang ayat lalu datang ummu salmah meminta untuk dapat bersama.  ini dari apa yang saya faham dari posting ahli syiah.

bolehkah tuan syed yahya menerangkan dari ilmu yang tuan belajar, apakah pendapat tuan tentang ahlul bait dari ayat dan hadith tersebut?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.067608 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list