CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: DTECCONAN

ANUGERAH ERA 2006 - PERINGKAT KEDUA (AKHIR)

[Copy link]
Post time 22-8-2006 11:09 AM | Show all posts
Aku naikkan balik khas untuk dexa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2006 11:13 AM | Show all posts

Reply #61 ColbyRaikkonen's post

ohhhh  colby...
saya memang nampak thread ni..
dan actually dah postkan article tu kat sini
then saya cancelled -- ingat kan tak sesuai...
sebab ada tulis  peringkat2 cam gitu..

memang saya silap la ni -- patut article tu  masukkan
sini aje...

saya akan PM  - MOD  dan beritahu to LOCK my thread
dan saya akan postkan semula article tu di sini..

terima kasih colby..... appreciate it...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 11:15 AM | Show all posts
Kawal celoteh pemenang

Oleh Rudy Imran Shamsudin

MAJLIS penganugerahan ditunggu-tunggu, iaitu Anugerah Era 2005 (AE06) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada 9 September ini semakin hampir.
Dalam pada itu penganjur iaitu stesen nombor satu di Malaysia, Era dan penyiar rasmi Astro, kini sibuk mengira undi dihantar peminat menerusi borang mahupun sistem pesanan ringkas (SMS) selepas tarikh tutup berlalu 20 Ogos lalu.

Pada waktu sama selaku penganjur pihak Era mahupun Astro kini berusaha merangka corak persembahan menarik agar mampu memberikan impak sekali gus AE06 menjadi acara penganugerahan terbaik pernah dianjurkan.

Pengurus Rangkaian Era, Azrullah Mohd Nor berkata pihaknya yakin acara bakal berlangsung tidak membosankan, dan untuk itu banyak perubahan dibuat bagi memastikan ia berjalan lancar.

?ika hendak dibandingkan majlis penganugerahan AE pernah dianjurkan sepanjang enam tahun rasanya AE05 yang terbaik. Namun tidak dinafikan ada beberapa faktor menjadi punca kepada kelembapan perjalanan majlis.

?ahun ini kita sudah menilai pelbagai sudut bagi memantapkan perjalanan majlis dan untuk tahun ini pihak kami berjanji peristiwa yang menimbulkan kontroversi juga isu panas tidak akan berulang.

?epada semua pihak saya ingin meminta maaf andai tahun lalu, majlis yang dianjurkan menimbulkan pelbagai masalah di luar jangkaan kami,? katanya.

Di samping itu kata Azrullah, pihaknya cuba menyediakan kedudukan artis yang dicalonkan berada dalam lingkungan pentas yang direka khas.

?ni bermakna apabila nama pemenang diumumkan mereka terus naik dan tidak payah hendak berjalan jauh-jauh. Dalam pada itu masa untuk para penyampai Era dan artis jemputan menyerahkan anugerah berceloteh di atas pentas akan kita kawal.

?pa yang pasti kita akan memastikan persembahan lebih panjang dengan penampilan artis popular dan terkini. Hanya lagu-lagu yang popular sepanjang tahun ini saja dipilih untuk didendangkan pada hari itu nanti,? katanya.

Anugerah tahun ini bakal digegarkan dengan persembahan hebat artis terkenal tempatan dan antarabangsa seperti M.Nasir, Elyana, Yazer, Farawahida, Shazzy, Samir, Rabbani, Ning Baizura, Nikki, Yanie, Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Sean Ghazi, Search, Pretty Ugly, Sixth Sense, Pop Shuvit dan Spider.

Pentas AE06 kali ini turut diwarnai dengan barisan artis yang akan menyampaikan anugerah 12 kategori yang dipertandingkan seperti Farah, Adam, Fauziah Latiff, AC Mizal, Mamat Khalid, Sheila Majid, Datuk Yusof Haslam, Maya Karin, Sharifah Amani, Fazley dan Erra Fazira.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 11:21 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 22-8-2006 11:13 AM
ohhhh  colby...
saya memang nampak thread ni..
dan actually dah postkan article tu kat sini
then saya cancelled -- ingat kan tak sesuai...
sebab ada tulis  peringkat2 cam gitu..

memang saya  ...



aku rasa sesuai sebab DTECONNAN dah bukak thread nie sejak pencalonan pertama lagik....cuma bila second pencalonan kuar, dia tukar tajuk...

Mungkin MOD boleh TUKARKAN TAJUK THREAD nie kepada ALL ABOUT ANUGERAH ERA....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 11:55 AM | Show all posts

Reply #64 ColbyRaikkonen's post

good idea..
nanti result and everything about the anugerah
ha - boleh kita semua rujuk kan sini aje..

thanks..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 02:47 PM | Show all posts
Siapa artis antarabangsa yang akan perform?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2006 02:52 PM | Show all posts
siapa agak nya kebetulan datang malaysia masa tue buat promosi / konsert
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 03:00 PM | Show all posts

Reply #67 ColbyRaikkonen's post

tak tau lah. artis indon ke? ke artis barat? selalu anugerah era suka bawak artis barat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2006 07:13 PM | Show all posts
DJ Cheapshot tu kot...yang jadi DJ untuk Fort Minor tu...sekarang kan dia ada tour kat Malaysia.. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 11:42 AM | Show all posts
Artis Indonesia mula dominasi Anugerah Era
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


ANTARA objektif penganjuran Anugerah Era, selain meraikan acara kemuncak ulang tahun Era, ia juga menjadi landasan kepada stesen radio nombor satu itu untuk memartabatkan industri muzik tanah air.


Persoalannya, akan tercapaikah impian untuk mengiktiraf hasil karya anak seni tempatan jika pintu penyertaan terus terbuka luas kepada artis luar, terutama penggiat seni Indonesia?

AE?06 dalam kategori tertentu terutama Band Pilihan menyaksikan penguasaan artis Indonesia mendominasi pencalonan. Dalam kategori Lagu Rock Pilihan pula, Jujur daripada Radja berjaya membolos diri bersaing dengan empat lagi ciptaan komposer tempatan.

Barangkali jumlah penyertaan mereka tidak besar, namun keterbukaan dengan mengundang mereka untuk bersaing pada acara berprestij seperti AE?06 lambat laun akan memakan diri sendiri.

Anugerah Planet Muzik yang menggabungkan penggiat muzik tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia saban tahun membuktikan perkara itu. Artis Malaysia hanya mampu merangkul kategori popular.

Sedangkan untuk kategori terbaik hampir kesemuanya dibolot artis Indonesia. Memang kehadiran mereka mewujudkan persaingan sihat, apa lagi jalinan dua negara ini dirapatkan lagi dengan rumpun bahasa yang sama.

Persoalannya, sampai bila kita harus bergantung kepada penggiat luar untuk menjana industri hiburan negara? Mengapa tidak letakkan saja artis Indonesia dalam satu kategori khusus?

Pengurus Rancangan Era, Rostam Zulkhairi Said apabila diajukan mengenai perkara itu berkata, AE?06 adalah untuk meraikan muzik, justeru mereka menyerahkan kepada kebijaksanaan pengundi memilih apa yang terbaik.

Kami tidak bercadang untuk mengkategorikan muzik berdasarkan negara. Selagi ia dinyanyikan dalam bahasa Melayu dan mendapat permintaan tinggi pendengar Era, karya itu layak bertanding,? katanya.

Katanya lagi, populariti artis bukan penentu kerana corak undian yang dilakukan peminat terhadap setiap kategori pencalonan adalah berbeza. Pola pengundian AE katanya, agak berbeza kerana peminat ada kalanya hanya mengundi lagu atau artis kesayangan mereka, manakala kategori lain dibiarkan kosong.

Disebabkan itu ada ketikanya kita akan nampak ketidakseimbangan dalam pola pengundian, terutama membabitkan pengundian menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Justeru, jangan terkejut jika berlaku kemenangan yang di luar jangkaan kerana itulah keunikan AE,? katanya.

AE06 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 9 September ini berkonsepkan Fesyen Dalam Muzik memperkenalkan Denim & Kulit sebagai tema khusus. Lima pereka fesyen muda dipertanggungjawabkan untuk mempamerkan rekaan pada malam itu nanti iaitu Faizal Hamid, Syaiful Baharim, Adnan Hassan, Hatta Dolmat dan Jasmi Rejab.

AE06 bakal diserikan dengan persembahan hebat artis tempatan dan antarabangsa iaitu M Nasir, Elyana, Yazer, Farawahida, Shazzy, Samir, Rabbani, Ning Baizura, Nikki, Yanie, Vince, Zahid, Mawi, Faizal (AF4), Sean Ghazi, Search, Pretty Ugly, Sixth Sense, Pop Shuvit dan Spider.

Pentas AE?06 juga diserikan dengan kemunculan Farah (AF2), Adam, Fauziah Latiff, AC Mizal, Mamat Khalid, Sheila Majid, Datuk Yusof Haslam, Maya Karin, Sharifah Amani, Fazley dan Erra Fazira sebagai penyampai trofi.

AE06 mempertandingkan 12 kategori, termasuk tiga anugerah khas iaitu Anugerah Seni Era, Anugerah Carta Era selain Artis Pilihan SMS DiGi yang menawarkan wang tunai RM10,000 serta trofi.

Menanti acara kemuncak AE?06, beberapa siri showcase turut diadakan di Johor Bahru pada 12 Ogos ini, disusuli Kuantan (26 Ogos) dan Alor Star (2 September) sebelum berada di Stadium Putra untuk persembahan Pra-Anugerah Era pada 9 September.

Kehangatan AE?06 tidak terhenti setakat acara kemuncak kerana sehari selepas itu, Konsert Gemilang AE?06 akan berlangsung pada 10 September, jam 8.30 malam.

Pemenang AE?06 akan mengadakan persembahan iaitu di pentas yang sama acara kemuncak berlangsung,? katanya.

Mawi dominasi pencalonan

SEPERKARA yang menarik, AE?06 menyaksikan kemaraan artis baru terutama bintang realiti dan antara yang terunggul ialah Mawi yang menerima tujuh pencalonan dalam enam kategori berbeza, manakala Nikki dan Zahid mengekori dengan tiga pencalonan.

Juara Akademi Fantasia 3 itu menerima pencalonan bagi kategori Artis Harapan Pilihan, Vokal Lelaki Pilihan dan Duo/Vokal Pilihan bersama M Nasir. Lagu nyanyiannya bersama M Nasir, Lagu Jiwa Lagu Cinta dicalonkan kategori Lagu Pop Pilihan dan Video Muzik Pilihan.

Mawi juga menerima pencalonan untuk Irama Global Pilihan menerusi lagu Irama Global Pilihan.

Nikki pula menyerlah untuk kategori Artis Harapan Pilihan, manakala gandingannya bersama Zahid dicalonkan untuk Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan dan lagu nyanyian mereka, Caramu bertanding Lagu Pop Pilihan.

Zahid juga dicalonkan untuk kategori Vokal Lelaki Pilihan. Adam dan Adibah Noor masing-masing menerima dua pencalonan.

Mawi yang menerima Artis Harapan Pilihan, tahun lalu mengakui terperanjat dengan pencalonan yang diterimanya memandangkan kebelakangan ini, dia berdepan pelbagai peristiwa yang cukup menguji.

Terima kasih kepada peminat yang masih menaruh kepercayaan. Saya akui tempoh enam bulan kebelakangan ini begitu mencabar dan alhamdulillah, pencalonan ini menjadi titik permulaan untuk kembali meraih kepercayaan peminat,? kata Mawi.

Sementara itu, Nikki pula menganggap Caramu yang menggandingkannya dengan juara AF2, Zahid banyak membantu memperkenalkan namanya kepada umum.

Lagu ini menyerlah imej Nikki sebagai penyanyi remaja. Mungkin ada beranggapan Nikki menumpang popularitinya, itu tidak dinafikan. Namun, Nikki melihat kerjasama ini memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak,? katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 01:00 PM | Show all posts
yg pasti jgn kasi artis indon menang.............., anugerah era akan ditukar kepada anugerah MAWI.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 02:34 PM | Show all posts
yang pasti kurang kurangnya mawi akan menang sekurang kurangnya 1 anugerah coz peminat n orang yang mengundi gak nak menang
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 02:37 PM | Show all posts
yang pasti kurang kurangnya mawi akan menang sekurang kurangnya 1 anugerah coz peminat n orang yang mengundi gak nak menang
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 03:13 PM | Show all posts
aku harap zahid ada bawa balik satu award .... he deserves it ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 06:15 AM | Show all posts
Anugerah Era 2006 ke kemuncaknya!

DEBARAN hampir tiba, dan kehangatannya semakin terasa! Stesen radio nombor satu di Malaysia, Era sekali lagi membawa Anugerah Era yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

Untuk kali keenam berturut-turut, Anugerah Era terus menjanjikan lebih kemeriahan dan kegemilangan. Acara anugerah itu diwujudkan untuk memberi ruang kepada pendengar Era yang kini berjumlah 6.2 juta untuk memilih artis dan lagu yang ke udara di Era menjadi pilihan mereka.

Di samping menjadi acara kemuncak ulang tahun Era setiap tahun, Anugerah Era adalah satu landasan radio Era memartabatkan lagi industri seni tanah air.

Berkonsepkan 慒esyen dalam Muzik
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 11:29 AM | Show all posts
persembahan sumer boring....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.058863 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list