CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BENTARA

Kumpulan Search

[Copy link]
Post time 10-2-2004 12:59 PM | Show all posts
Konsert di Stadium Merdeka - Buktikan taring Search masih berbisa
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU

PADANG yang becak, rusuhan kecil oleh peminat fanatik dan sistem bunyi yang rosak kerana di panah petir tidak menjejaskan walau seinci Konsert Evolusi Lagenda Rock Search. Konsert hebat di Stadium Merdeka yang berlangsung malam Sabtu lalu adalah manifestasi keunggulan Search dalam mengekalkan namanya sebagai sebuah kumpulan yang terhebat, bertahan dan disayangi peminat-peminat.

Lebih 30,000 penonton membanjiri Stadium Merdeka dan kesemua tiket habis dijual.

Ribuan peminat juga terpaksa pulang dalam kekecewaan kerana tidak berpeluang menyaksikan sendiri kehebatan Search gara-gara membeli tiket di saat-saat akhir.

Hampir enam tahun tidak muncul dengan konsert besar-besaran seperti ini, nyata taring Search masih sangat berbisa.

Search muncul agak lewat, kira-kira pukul 10.30 malam kerana masalah tiga sistem bunyi Adam Sons yang rosak akibat disambar petir sebelum persembahan mereka.

Persembahan kumpulan popular Indonesia, Godbless terpaksa dilanjutkan sehingga satu jam setengah walaupun mengikut perancangan awalnya hanya 45 minit.

Godbless muncul dengan cukup bergaya sekali, sama memukau walaupun hampir kesemua lagu-lagunya tidak biasa pada penonton di sini. mereka turut mengundang Awie untuk berduet dalam sebuah lagu berjudul Semut Hitam yang menghantar mesej jauhkan lumba haram.

Memilih lagu Fantasia Bulan Madu sebagai lagu pembukaan, suasana Stadium Merdeka bermula dengan kehangatan apabila peminat turut sama bernyanyi dan adakalanya lebih nyaring daripada suara vokalis Search, Amy.

Lagu pertama ini nampak sangat Amy sedikit menggeletar, mungkin kerana melihat lautan manusia yang datang.

Terus kepada Bencana, Langit dan Bumi, Amy juga kelihatan agak kurang selesa dengan jaket kulit 'harimau bintangnya' yang tebal dan labuh sehingga ke buku lali.

Barangkali kerana rasa tidak mahu terus 'terkongkong' Amy terus menanggalkan jaket berkenaan apabila masuk lagu keempat, Pawana. Barulah terbit gaya rock & rollnya dan persembahan diteruskan dengan lagu Pelesit Kota.

"Setelah hampir enam tahun terpisah, malam ini kita bertemu semula. Andai dipisah laut dan pantai, musnahlah ilham hilang pedoman.

"Andai dipisah Search dan anda, lidah kelu tidak terkata,'' perkataan pertama yang diucapkan oleh Amy sebagai salam buat peminat-peminat rock yang hadir.

Sebelum Isabella bergema, Amy menyatakan rasa terharunya kerana sambutan yang diluar jangkaan.

"Kalau anda rindu, kami juga rindukan anda. Rindu suara anda yang menjerit-jerit di sana.''

Isabella yang sehingga ke hari ini terus menjadi lagenda bagi industri hiburan tempatan nampaknya masih segar dan releven dengan tuntutan masa.

Gadisku yang disampaikan selepas Fenomena mengganggu seketika tumpuan penonton apabila ada sekelompok pihak yang tidak bertanggungjawab bergaduh di tengah-tengah lautan manusia.

Marah, geram dan kecewa terbuku dalam hati peminat yang benar-benar mahu berhibur. Ini kerana sikap tidak sopan sekelompok manusia telah mengganggu tumpuan mereka terhadap Gadisku yang juga antara lagu-lagu 'berhantu' Search.

Bagaimanapun Amy dengan tenang meneruskan persembahan sambil melaungkan "Ini malam penting untuk kita semua. Kita buktikan peminat rock cintakan keamanan,'' dan kejadian itu tidak berlarutan kepada masalah yang lebih besar.

Tanpa sedar masa sudah berinjak ke pukul 12 malam dan sebagai langkah-langkah keselamatan, pihak stadium menerima arahan supaya lampu-lampu di seluruh stadium dinyalakan.

Lalu beralunlah Rozana dalam suasana yang sedikit tidak keruan kerana penonton tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

Bermula dengan kehebatan, berkesinambungan dengan sesuatu yang sangat memberangsangkan, tetapi persembahan Search berakhir dengan sedikit kekecewaan bila stadium di terangkan.

Penutupnya bagaikan tergantung dan tidak melengkapkan perjalanan cerita sebuah konsert.

Berhibur, berhibur juga tetapi Search dan penganjur, MCat Generation dan Apex tidak mahu berkompromi dalam soal keselamatan penonton lalu mengikut arahan pihak berkuas supaya menamatkan konsert pada pukul 12 malam.

Apapun, Search kekal hebat. Konsert ini sekaligus memberi penjelasan bahawa artis tempatan juga mampu 'mengkayakan' penganjur yang selama ini tidak yakin dengan mereka.

Rock & roll Amy, Nasir, Kid, Din dan Lola membuktikannya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


seek1u This user has been deleted
Post time 10-2-2004 11:19 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 10-2-2004 12:58 PM:
kalo nak wat konsert lagi pas ni, search kena wat rockestra la pulak. panggil ramli m.s tuh, wat konsert kat bukit jalil, pergghhhh.... memang sejarah la tu... tapi jangan wat cam XPDC, wat album o ...

mmg dowang akan buat konsert bersama orkestra tu SEARCH ROCKESTRA..perancangannya disember 2004 ni..
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 10-2-2004 11:23 PM | Show all posts
Originally posted by gigi kuning at 10-2-2004 09:40 AM:

si DUDE tu tgh tunggu konsert gergasi Eddie Ham ...


pandailah lu buat lawak kuning..

bukan gua tak tau..lu tu yg tgh tunggu SPOON reunion..
Reply

Use magic Report

gigi kuning This user has been deleted
Post time 11-2-2004 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by 蝯z坞悬衻 at 2004-2-10 23:23:
pandailah lu buat lawak kuning..

bukan gua tak tau..lu tu yg tgh tunggu SPOON reunion..



gua tengah tak sabar nak tunggu konsert gergasi New Boyanz la
Reply

Use magic Report

myville This user has been deleted
Post time 11-2-2004 11:15 AM | Show all posts

10,000 peminat serbu search punya konsert.....waw!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2004 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by myville at 2004-2-11 11:15 AM:

10,000 peminat serbu search punya konsert.....waw!!!!!!


Kalah juga konsit miga Siti Nurhaliza akhirnya ... penangan oleh old-timer!
Reply

Use magic Report

Follow Us
myville This user has been deleted
Post time 11-2-2004 11:40 AM | Show all posts
Originally posted by Zalim at 11-2-2004 11:35 AM:
Kalah juga konsit miga Siti Nurhaliza akhirnya ... penangan oleh old-timer!



hmmm.... tapi dari segi kategori, siti tetap menang sbb siti dikategorikan sbg artis wanita...search pulak lelaki...maka nya, siti tetap masih di no. 1 sbg wanita yg pernah buat konsert tertinggi jumlah tiketnya....eh!, dulu ella punya tiket melebihi siti ke?? tak sure pulak aku....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2004 01:01 PM | Show all posts
apa boleh buat .... pada sapa-sapa yang tengok, Search malam tu masih pakai back-up vokal pompuan lagi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


myville This user has been deleted
Post time 11-2-2004 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by Zalim at 11-2-2004 01:01 PM:
apa boleh buat .... pada sapa-sapa yang tengok, Search malam tu masih pakai back-up vokal pompuan lagi ke?



lagu yg evergreen yg tak boleh ditandingin memana lagu kini....iaitu ISABELLA
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2004 01:36 PM | Show all posts
Originally posted by greykoala at 2004-2-9 12:08 PM:
balik modal la tu, concert sold out. ada bebudak buta dapat tiket free... ada jugak kerja amal yang search buat hehehe


tak de kena-mengena dengan quote tu ... just nak tau in case ko tengok detail le malam tu, dia orang masih pakai instrumen lama diaorang ke? maksud aku ... Din dengan Gibson Les Paulnya, Nasir dengan gitar bass macam yang dia pakai masa konsert Rock N Roll Pie dulu & Kid dengan Kremernya?

Atau mungkin sekarang ni dia orang prefer Fender Strats sepertimana majoriti gitaris kat Mesia?
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 11-2-2004 01:49 PM | Show all posts
Originally posted by gigi kuning at 11-2-2004 09:27 AM:
gua tengah tak sabar nak tunggu konsert gergasi New Boyanz la

baguslah lu dah ngaku kuning...
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 11-2-2004 01:49 PM | Show all posts
Originally posted by Zalim at 11-2-2004 01:01 PM:
apa boleh buat .... pada sapa-sapa yang tengok, Search malam tu masih pakai back-up vokal pompuan lagi ke?

rasanya..yup
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 11-2-2004 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by Zalim at 11-2-2004 01:36 PM:
tak de kena-mengena dengan quote tu ... just nak tau in case ko tengok detail le malam tu, dia orang masih pakai instrumen lama diaorang ke? maksud aku ... Din dengan Gibson Les Paulnya, Nasir deng ...

ingat ko nak tanya kid pakai floyd rose ke tak zalim..

jawapannya...ya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2004 02:00 PM | Show all posts
sayang jugak diaorang kat gitar-gitar tu yea? ... maklumlah zaman "poket kempis" diaorang dulu boleh tahan jugak lamanya!. Tapi rindu le kat Flying V Din tu...
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 11-2-2004 03:49 PM | Show all posts
aku suka din pakai gitar kereta..cam masa die main ngan hillary masa konsert pree

masa zaman hillary kat panggung anniversary dulu..

atau itukah flying v yg ko maksudkan...:bg:
Reply

Use magic Report

greykoala This user has been deleted
Post time 11-2-2004 05:37 PM | Show all posts
Originally posted by myville at 11-2-2004 11:40 AM:
hmmm.... tapi dari segi kategori, siti tetap menang sbb siti dikategorikan sbg artis wanita...search pulak lelaki...maka nya, siti tetap masih di no. 1 sbg wanita yg pernah buat konsert ter ...


apa pulak kategori2 ni?

kita kira sapa dapat pull the largest crowd la. & the rowdiest!!

hidop search!!:cool:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


greykoala This user has been deleted
Post time 11-2-2004 05:39 PM | Show all posts
Originally posted by Zalim at 11-2-2004 01:01 PM:
apa boleh buat .... pada sapa-sapa yang tengok, Search malam tu masih pakai back-up vokal pompuan lagi ke?


oh tidak!!!

kalau search pakai back up singer pompuan memang aku dah blah dah.

they went back to their roots!! good time rock n roll.

hidop search!:cool:
Reply

Use magic Report

greykoala This user has been deleted
Post time 11-2-2004 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by Zalim at 11-2-2004 01:36 PM:
tak de kena-mengena dengan quote tu ... just nak tau in case ko tengok detail le malam tu, dia orang masih pakai instrumen lama diaorang ke? maksud aku ... Din dengan Gibson Les Paulnya, Nasir deng ...


din ngan kid pakai gitar baru. ada sebijik flying v warna cream kat stage tu tapi tak ingat lagu mana diorang guna.

nasir pun pakai bass baru. tapi for a while dia main guna bass lama yang warna hitam, ala yang bentuk cam gitar james hetfield tu. lupa pulak, kramer kot?

aku masih teingat hillary goreng pakai kramer merah time album mentari merah dulu..kow kow.... masa tu din pakai gitar kaler cam celoreng askar
Reply

Use magic Report

greykoala This user has been deleted
Post time 11-2-2004 05:49 PM | Show all posts
Originally posted by 蝯z坞悬衻 at 11-2-2004 03:49 PM:
aku suka din pakai gitar kereta..cam masa die main ngan hillary masa konsert pree

masa zaman hillary kat panggung anniversary dulu..

atau itukah flying v yg ko maksudkan...:bg:

gitar kereta? time bila tu?:stp:

yang gitar macam gibson james hetfield tu, ada gambo bendera nippon, lepas tu din kasik spray merah meleleh. takkan tak ingat?

din pernah guna gitar tu untuk konsert kat rtm..masa tu man kidal ngan yan main lagi. aku ada pernah tengok rancangan rtm tu, search main isi atau kulit dengan balada pemuzik jalanan..heheh baru nak start popular masa tu., so jadi band undangan aje la

hillary masa panggung anniversary tu pakai sratocaster merah kan, then pakai kramer merah, masa before dia blah dia pakai ibanez kuning flouresent, ada lubang tu...

eh, yang pernah pakai gitar ibanez steve vai 7 string dulu exist kan?:stp:
Reply

Use magic Report

myville This user has been deleted
Post time 11-2-2004 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by greykoala at 11-2-2004 05:37 PM:
apa pulak kategori2 ni?

kita kira sapa dapat pull the largest crowd la. & the rowdiest!!

hidop search!!:cool:



mesti kene ada kategori...

siti wanita

search lelaki


mana boleh lelaki dan wanita sama...nanti jadik cam aznil ngan azwan nyah sundel tu pulak....tuihh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.056962 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list