CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamirra

KENALI ARTIS BOTOX: BEFORE AND AFTER TREATMENT (BERGAMBAR)

  [Copy link]
Post time 30-6-2006 07:53 AM | Show all posts
Originally posted by miss_comel at 29-6-2006 06:24 AM
confirm ke dorang injek botox?yg julie tu maybe ar..kalau yg muda2 tu aku rase style mekap kot..shading idung,foundation kryolan bg kulit nmpk cantik n tegang


Betul tu.. teknik make up banyak merubah wajah sesorang..
Jgn main hentam je.. Lain la yg terlalu ketara beza dia mcm Mekel Jeksen tu..

Kalau setakat beza dagu runcing ke ape.. dgn teknik shading pun boleh runcin kan dagu..
Nak hidung mancung shading la kat hidung tu
Nak muka tak nampak lebar shading focus tang pipi plak..
Semua ni kena guna ilmu bersolek

Kalau tau teknik rawatan dan penjagaan wajah.. wajah boleh jadi tegang tak dimakan usia..

Jgn kan artis tgk je org biasa mcm kita..
Bila nk bersanding kat pelamin..ada yg kena makeup..nmpk berubah wajah pengantin.. so "pengantin" guna botox jugak ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2006 08:01 AM | Show all posts
Originally posted by nottie at 29-6-2006 12:43 PM
ri 2 dlm magazine ada citer muka si ella dah semakin tegang sbb guna produk kencantikan....jojie pun ada try gak.........diaorang dlm perancangan nk keluarkan their own brand..............


Betul tu.. ELLA dh keluar produk sendiri..

[ Last edited by  juara at 30-6-2006 08:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 08:07 AM | Show all posts
Originally posted by kate_lost at 28-6-2006 10:20 PM
MAS AF..TAPI TAKDER  GAMBO


dia ni selalu g cucuk vitamin c kat salon isteri cousin aku :D beria2 soh dia jgn bgtau org lain yg dia kaki cucuk...hehehe terlepas cakap gaakkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 08:42 AM | Show all posts

Reply #137 Blues's post

dia ni dah boleh ambil gambo dgn lelaki ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 08:52 AM | Show all posts
Originally posted by cikgu_murni at 29-6-2006 03:52 PM
Aku tempek dari berbagai sudut ... kalau nak aku tambah lagi

Sebelum

   

http://im ...



aku nengok hidung ct ni bila mekap mancung bila tak mekap hidung dia tak berapa mancung sgt
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by sarahj at 30-6-2006 01:26 AM



siti ni make up je yang lebih, cuba tengok time muka dia tak tempek ngan make up tebal, sama je, cam muka budak. tak ketara perubahannyer.  kena ingat, umur pun dah bertambah, for sure ada pe ...

:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2006 09:19 AM | Show all posts
rase nye ct mmg sbb make up je..aritu tgk muka dia tanpa make up same jer yg dolu2...cume skang makin tembam..tu pipi tu jd tembam:kunyah:
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 09:20 AM | Show all posts
badan dier dah semakin berisi....(CT) tapi part muka mmg tembam dari dulu lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2006 09:59 AM | Show all posts
SEDIKIT INFO TENTANG BOTOX (For Our Knowledge)

Boleh Doktor terangkan proses botox dan kesannya.

Botox ini bersifat non-surgical. Dari konteks kecantikan, kajian 15 tahun lepas mendapati otot-otot yang berkedut disebabkan overactive muscle boleh dirawat seperti di dahi dan tepi mata, boleh tegangkan kulit di bahagian dagu, leher. Bagi orang yang berpeluh berlebihan botox boleh membantu mengawal peluhnya. Evolusinya untuk sampai ke tahap sekarang panjang. Di Malaysia, kita ketinggalan 10 atau 20 tahun dari negara Barat, Jepun dan Korea. Di Korea sudah ditubuhkan satu institut untuk mengkaji penggunaan botox dari segi kecantikan. Lima tahun lepas, ramai yang tahu boleh gunakan botox disebabkan capaian kepada produk, informasi, YV satelit dan internet misalnya.

Masalah di Malaysia, penggunaan botox banyak ditawarkan oleh salun kecantikan dan kita harus akui di Malaysia, banyak 'rule and regulation' tetapi implantasi tiada.

Sepatutnya, segala jenis bahan yang didaftarkan sebagai ubat-ubatan hanya boleh diberikan oleh doktor bertauliah dan mereka yang diberi kebenaran seperti jururawat tetapi atas arahan doktor.

Tapi botox di Malaysia, pengusaha salun kecantikan pun boleh suntik botox pada pelanggan. Mereka buat secara haram. Ini melanggar peraturan.

Tetapi kebelakangan ini saya lihat kerajaan sudah mula prihatin akan perkara ini. Tapi dalam pada itu, lebih ramai ahli kecantikan ini dari doktor yang menawarkan botox sebab, mereka tidak perlu ikuti kawalan dari segi harga dan juga dari segi kebersihan produk dan keselamatan.

Mereka boleh buat bisnes sesuka hati dengan harga yang lebih rendah. Mereka tidak perlu bayar insurans dan lesen. Orang ramai yang pergi ke salun kecantikan untuk cukur kening misalnya, bila ditawarkan buat botox, dia pun ambil, buat apa susah-susah pergi hospital.

Ada ahli kecantikan ini tidak bertauliah dan tidak dilatih, jadi bagaimana menangani hal ini?

Memang benar. Mereka sekadar tengok doktor buat dan belajar daripada kawan- kawan saja. Jangan fikir tidak ada kesan negatif. Kerana mereka tidak terlatih, kalau suntikan ada masalah, kalau pergi pada otot yang tidak sepatutnya mata boleh jatuh dan bibir senget. Boleh juga berlaku pendarahan dan jangkitan kuman, kerana itu ia mesti dilakukan dalam kaedah steril untuk mengelak HIV dan Hepatitis misalnya. Bagaimana kalau ahli kecantikan itu menggunakan jarum yang sama dan bahan- bahan yang dicemar? Kerana hendakkan harga murah, muka jadi senget sebelah.

Kalau ia berlaku nak ambil tindakan ke atas mereka pun susah kerana mereka tidak berdaftar.

Masalah orang kita mereka hendak cantik tetapi tidak mahu orang tahu dia menyuntik botox. Kita tidak bercakap secara terbuka tentang kecantikan. Kadang-kadang ambil botox tetapi kata ambil kolagen. Kita kena tahu, botox digunakan untuk kedutan dinamik bagi overactive muscle manakala kolagen untuk kedutan statik.

Bagaimana botox kosmetik ini bertindak ?

Ia disuntik terus ke otot yang berkaitan, misalnya di dahi. Botox bertindak menahan pemindahan dorongan saraf (nerve impulses) terhadap otot yang disuntik. Ia mengurangkan aktiviti otot yang menyebabkan garis-garis halus itu. Ia juga boleh menyerang saraf otot-otot pernafasan dan jantung yang mengakibatkan fungsinya terhenti dalam tempoh beberapa minit atau jam jika diambil dalam dos yang berlebihan.

Harga botox RM800-RM3,000 bergantung pada kawasan dan dos yang diperlukan. Kegunaan botox dari segi perubatan lebih banyak sebenarnya berbanding kecantikan. Dari segi perubatan, kekejangan otot di sekeliling mata, mata juling, kepala teleng, kanak-kanak spastik yang kejang tangan dan kaki, salah satu cara rawatan adalah dengan botox tetapi ia perlu diulang-ulang kerana ia tidak kekal. Paling lama botox bertahan enam bulan.

Siapa yang memerlukan botox kosmetik sebenarnya?

Kami hanya tawarkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan, misalnya mereka yang suka berkerut dahi. Dia tidak sedar dia berkerut dahi pun. Botox bukan hanya untuk perempuan tetapi juga lelaki.

Kalau dari sudut perubatan, botox digunakan untuk mereka yang bermata juling atau lazy eye. Ia juga satu rawatan pilihan untuk mereka yang mengalami kekejangan, kanak-ka nak spastik. Tapi kalau tidak ada masalah apa-apa, sekadar hendak mencantikkan wajah, itu terpulang pada individu.

Ada kesan sampingan?

Seperti yang saya kata tadi, ada kesannya. Mata jatuh, sakit kepala, sakit perut, rasa macam selesema dan boleh bawa maut jika dos berlebihan.

Satu ketika dulu, ramai yang memilih suntikan Vitamin C sebagai alternatif kecantikan, adakah ia juga punya kebaikan seperti botox?

Vitamin C tidak ada bukti keberkesanannya dan dos yang digunakan terlalu tinggi dan digunakan untuk rawatan penyakit kurang vitamin C. Antara kesan sampingan penggunaan vitamin C termasuk kerosakan buah pinggang. Daripada ambil suntikan vitamin C, lebih baik minum jus oren atau buah-buahan yang mengandung vitamin C dan buat senaman. Itu 50 ribu kali lebih baik dari ambil suntikan vitamin C.

Ramai orang berpendapat botox adalah keajaiban untuk kelihatan muda.

Siapa kata ia keajaiban? Kalau keajaiban ia datang dari langit itu mungkin keajaiban. Tapi botox adalah kajian saintifik, ia ditemui menerusi kajian demi kajian dan evolusinya sangat panjang untuk sampai ke tahap begini, ia bukan keajaiban. Manusia sudah tahu tentang kehebatan botox sejak 30 tahun lalu.

Berapa lama tempoh untuk satu-satu prosedur suntikan dan biasanya ia membabitkan bahagian tubuh yang mana?

Prosedurnya ringkas tanpa membabitkan pembedahan dan mengambil masa 15 hingga 20 minit tapi ia mesti dibuat oleh doktor bertauliah. Biasanya di tepi mata, antara dua kening, dahi, kening dan ada juga memilih botox untuk membentuk dagu dan mengubah bentuk senyum.

[ Last edited by  zamirra at 30-6-2006 10:02 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 10:00 AM | Show all posts
atis "lelaki" yang cucuk BOTOX = AZWAN ALI
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by PEPPERMAN at 30-6-2006 10:00 AM
atis "lelaki" yang cucuk BOTOX = AZWAN ALI



muahahahaa:setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 11:17 AM | Show all posts
waaa.... azwana pun cucuk botox gak.... lol
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 11:37 AM | Show all posts
Ye ker AZWANA tu cucuk botox? Kelakor lah...Macam pondan jer dia tu. Mekap pun mengalahkan pompuan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by zamirra at 29-6-2006 12:29 PM


KETARA SESGT!...

perati kat dagu...

http://i62.photobucket.com/alb ...


aku rase lelaki nie hubby dia...ari tuh aku jumpe die ngan lelaki nie bersama2 ngan anak2 lelaki nie kat Genting...mungkin betul dia nie dah kahwin seperti yg penah digemburkan....kahwin duda kot....ff:
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 12:18 PM | Show all posts
aku penah cucuk bitamin c tapi tak sampai 3 bulan le.. so tak le menjadik sangat.. tak nampak apa pon.. sebab kulit aku liat kot? ahahhahahahah gila ah.. seminggu cucuk 50 hinggit melayang.. nak menten cenggitu bankrupt aku.. tapi kalau aku ada duit banyak mebbe aku konsider kot? sebab dulu aku buat pun sebab doc kata it's good for my sinus.. (to prevent kot).. lepas tu doc ada kata pasal vit c + kolagen.. kena 120 la pulak.. tak polah.. aku bersyukur le aku tak berduit sangat... kang aku taksub.. jadi mak lampir.. kalah azza nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 12:21 PM | Show all posts
yg ni ada x? tp xde gambo sebelum. Kena imagine la sendiri.. hehe..





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2006 01:46 PM | Show all posts
BEFORE









AFTER











Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 01:59 PM | Show all posts
ct = belajar dari kris kat Indon!

dgr citer kris la yang dok bawak ct kehulur kehilir cantikkan muka.. korang tak perasan ke, make-up & muka ct dah lebih kurang kris gak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 02:04 PM | Show all posts
AFTER













Before Rossa aku takde so korang tempek ok!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 02:06 PM | Show all posts
Originally posted by deena7 at 29-6-2006 01:00 PM
buat botox ni harga nye berapa.mahal ke.

kuang kuang kuang.. teringin gak ker??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.052000 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list